Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink 23
Posted on Thursday 30 June 2011
@ June 30, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Jo tersengih bila melihat muka Hadhira yang sudah siap bersolek itu. Inilah pertama kalinya dia melihat Hadhira disolek. Lain benar dari selalu. Dah macam baby doll dah dia tengok. Dengan mata bulat yang kadang-kadang tu selalu digunakan untuk meminta simpati. Dia terus tergelak..

"Kau gelak apasal?" tanya Hadhira. Ya Allah beratnya benda-benda alah atas kepala ni. Berat juga bulu mata palsu ni. Boleh tertidur aku macam ni.. padan sangat la semalam tak cukup tidur nak siapkan hantaran kawen. Kawen express lagi..

"Muka banyak cantik lorrrr..." Memang cantik pun. Sumpah tak tipu. Cuma dia tak biasa saja sebab Hadhira ni mana pernah pakai mekap pun seumur hidup dia. Even keluar pergi jalan-jalan pun dia bare face je.

"Nak kutuk la tu?"

"Serious..ni!"

"Macam la tak biasa tengok aku pakai mekap"

"Elleh bila masa kau pakai?" tanya Jo. Kepalanya mula ligat berpikir bilakah yang Hadhira ni pernah sekali pakai full mekap. Tak pernah kut. Enam tahun diorang berkawan.. sumpah sekali pon tak pernah tengok.

"Dulu masa dinner.."

"Dinner tu kau pakai bedak dengan celak je okay.."

"Serious ke muka aku pelik?"

"Cantik.. Ezzaq pasti tertawan"

"Dah lama dah Ezzaq tertawan.. masa tu cik kak ni selekeh kut dengan hood dia tu" kata suara dari luar bilik. Jo dan Hadhira berpaling.. Ya Allah Sarah dengan Aini. Rindunya zaman bilik 105!

"Mangkuk betul la.. kau balik rupanya?"kata Hadhira.

Sarah dan Aini tayang gigi. Saja ja diorang kata dekat Hadhira yang diorang tengah busy dengan klinikal sebab tu tak boleh nak balik padahal awal-awal lagi dah tempat tiket flight.

"Aku kan nak tunaikan janji aku.. Mestilah kena balik.."kata Sarah.

"Sungguhla aku cakap.. aku doakan dia ended up dengan mamat tu jugak.. pastu masa dia nikah je aku nak pergi kat dia senyum sinis dengan buat muka I-TELL-YOU-SO. Expression dia masa tu aku nak tangkap gambar dan bingkaikan. Serius aku cakap!"

Jo, Sarah dengan Aini tersengih. Mereka semua ingat lagi perkara lima tahun lepas di bilik 105 itu. 

Hadhira je yang masih bingung. Sumpah dia tak faham drama apa yang kawan-kawan dia tengah lakonkan sekarang ni.

Jo lantas menceritakan kisah sebenar. 

Hadhira terus menunjukkan buku limanya. Amboi minah ni.. dah jadi psikik apa.

"See? mulut aku masin kan?" kata Sarah..

"Kau doakan aku bahagia jugak tahu.."kata Hadhira. Sarah hanya mengangguk. Dia tumpang gembira untuk kawannya yang sorang ni. Aini pun begitu tapi tidak pulak bagi Jo. Baginya ayat terakhir Hadhira tadi macam ada something wrong somewhere.. cuma dia tatahu kenapa.

"Jom tangkap gambaq!" 

Suara Aini itu membantutkan fikirannya. Dia pantas ke arah tiga kawannya yang sudah posing semacam di hadapan kamera. Rindunya kolej.

...

"Finally boleh rest!!!" jerit hati Ezzaq. Dia masuk ke dalam bilik. Mahu rehatkan badan sekejap. Dari semalam lagi badan ni tak fully rest. Ada je kerja nak kena buat tapi dalam penat-penat ni dia rasa blissfully happy. Senyum je kalau fikir..

Finally after five years.. I'm married.. to Nur'iz Hadhira Hisham.

The same girl yang aku jatuh cinta pandang pertama lima tahun lepas.

Terima Kasih YA ALLAH!

Pintu bilik air dibuka. Hadhira dah siap mandi. Mukanya tadi nampak sangat riak terkejut. Terkejut tengok aku ada kat bilik ni kut tapi normal la kan ada husband sendiri dalam bilik pengantin ni. Takkan dia nampak aku macam Arul kut? HA HA HA.

Sama-sama diam.

"Tak nak mandi?" tanya Hadhira. Rambut yang diikat tadi dilepaskan. Lega. Satu hari pakai tudung hari ni.. tak masuk udara. Dia mengambil penyegar Loreal di atas meja solek itu.. lepas habis pakai ni aku mahu tidur. Mata dah serupa mata anak cina dah. Sepet. Mengantuk punya pasal.. tapi sebenarnya dia segan. Nak tidur atas katil ke? Ahh susahnya kahwin.. dia memandang Ezzaq yang sudah merebah dirinya di atas katil melalui cermin meja solek itu. Nak tanya pasal sleeping arrangment,, dia rasa takut pulak? Ada ke wife tanya soalan tu masa first night diorang as husband and wife? Naaaa I dont think so.

Ezzaq hanya menggelengkan kepala. Penat sangat. Dia rebahkan badan di atas katil. Kedua tangannya diletakkan di bawah kepala. Mata memandang siling putih itu. Penat juga kawen kan? Sumpah tanak kawen dah lepas ni. Ha ha ha. Ada hati tu nak tambah satu lagi.. yang sorang ni pun susah nak dapat.


"Awak.." kata Hadhira masa diorang shopping beli barang hantaran hari tu. 

Ezzaq hanya diam mendengar. Takut jugak dia masa tu. Takut kalau-kalau Hadhira ni tiba-tiba nak batalkan perkahwinan. Janganlah.. kad dah diedar, dan lagi seminggu je. Kang mengamuk lagi mama dengan Opah. Nak pujuk diorang meminang sekali lagi pon dah jenuh.

"Saya sebenarnya..tak bersedia lagi.. to... you know.. marriage.."

"Tak boleh get over Arul lagi?" tanya Ezzaq. Tangannya dah digenggam erat di bawah meja. Kalau boleh mahu saja dia tumbuk meja ni. Kasi pecah sikit. Come on, lelaki mana boleh bersabar sampai macam ni. Setiap benda ada limit..


"Saya try tapi macam awak cakap it takes time.."

"I need help. From you.. harap awak faham" sambung Hadhira lagi bila Ezzaq dihadapannya dah muka dah keruh semacam.

"I'm not going to cancel off the wedding"

"Bukan tu maksud saya.. I mean.. give me some time.. bagi saya masa untuk gantikan Arul dengan awak.."

Masa tu dia tatahu nak kata apa tapi apa boleh dia buat kalau si hoodies pink dia seorang ni tak bersedia dan perlukan masa. Takkan aku nak ikutkan perasaan sendiri je.. perasaan si hoodies pink macam mana?

"Dia first time heartbroken.. so she needs time. Kau kena la sabar.. Dhir ni jenis lembut dan aku yakin kau boleh pikat dia balik. Cuma bagi masa dan ruang kat dia.." kata Jo sebelum pulang tadi.

Dia pandang Hadhira yang sedang duduk di hadapan cermin. Bagi masa? Tapi sampai bila? Ezzaq mengeluh.

"Saya nak mandi. Awak tidur la dulu.. Ma cakap awak tidur berapa jam je siapkan hantaran." kata Ezzaq. Dia bergerak ke arah beg bajunya yang dibawa tadi mencari tees dan seluar tidur.

"Towel saya dah letakkan dalam bilik air.."kata Hadhira. Ezzaq mengangguk. Baru je nak tanya tadi. Ada chemistry rupanya kita ni.

Hadhira pantas bangun bergerak ke katil bila saja pintu tandas itu ditutup. Dia mahu tidur. Dari tadi kepala dah berat.. badan dah minta katil. Penat berkenduri memang real. Ingatkan jadi raja sehari best, penat ya amat rupanya. Tanak la aku jadi raja dah lepas ni. Jadi Hadhira lagi best! Mata yang ngantuk itu terus terlena bila dia letakkan kepala di atas bantal.

Lima belas minit kemudian Ezzaq keluar dari bilik mandi. Fresh. Nikmatnya mandi. Suasana dah kelam. Hanya lampu meja saja dibuka. Air-cond di dalam bilik dinaikkan suhu.. sejuk wok!

Matanya memandang katil. Memandang si hoodies pink yang sedang tidur. Comel. Rambut ikal tu dah hampir penuhi muka. Dia berjalan ke arah katil. Mahu tidur jugak. Tapi sebelum sempat dia tiba di kanan katil, dia singgah dulu di kiri katil yang menempatkan Hadhira yang sedang lena tidur berpelukkan bantal segi empat itu..

Dia berlutut di atas lantai, tangan pula menongkah dagu. Mahu menghayati pemberiaan Allah. First time dia rasa dia betul-betul duduk dalam jarak dekat dengan Hadhira. Sebelum ni tak pernah langsung ada chance nak tengok wajah si hoodies pink ni dengan betul-betul. Selalunya kalau dia mara dekat je, Hadhira akan belok tempat lain.. tak pun kalau dah dapat duduk dekat-dekat mesti Hadhira ni dalam keaadaan berair mata..

"This is how my wife looks like.." bisiknya dalam hati. Thank you Allah..

Rambut-rambut yang memenuhi muka Hadhira itu dikuiskannya. Muka itu bersih tanpa sebarang mekap.. ingat lagi tadi pagi bila dia first time tengok Hadhira bermekap. Terkejut pun ada. Terkejut tengok yang si hoodies pink ni rupa-rupanya ada rupa. Kalau dulu perkataan pertama tengok si hoodies pink ini ialah comel tapi tadi si hoodies pink ni nampak cantik. Nampak matang..

Dahi itu diciumnya lama.

"Good night sayang"

Labels:


4 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 22
Posted on Wednesday 29 June 2011
@ June 29, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira hanya pandang orang yang lalu-lalang di kafe hospital ni. Sudah ramai orang yang ada walaupun jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Macam-macam ragam yang dia jumpa. Ada yang berlab coat bawak file sana sini, ada yang berbaju uniform senyum ketawa dan ada juga orang-orang biasa macam dia ni. Ada yang nampak senyum, ada yang nampak sedih.. 101 perasaan dalam satu bangunan.

Dah lama benar dia tak masuk hospital.. hari ni first time selepas empat tahun lepas.. masa dia buat full medical check up masa nak fly dulu. Dia paling takutkan doktor. Takutkan hospital.. Kalau sakit pun dia kan telan je ubat dari farmasi. Tak akan sekali-kali ke klinik unless dia dah teruk sangat dah. Selagi tak pengsan ke apa ke, jangan harap dia akan ke klinik/hospital untuk jumpa doktor.

"We need to talk" 

Semalam dia dapat mesej itu dari Ezzaq selepas dua minggu peristiwa dia 'propose' Ezzaq dalam kereta tu.

Dari jauh dia nampak Ezzaq datang dengan uniformnya. First time dia nampak Ezzaq dengan labcoat putih tu.

"Tak makan ke?" itu soalan pertama Ezzaq bila sampai di mejanya.

Hadhira menggeleng. Dia dah makan dah tadi. Memang selalunya bila ke site meeting, kontraktor akan sediakan makanan pagi untuk konsultan-konsultan diorang. Hee ingat lagi dulu masa mula-mula kerja, memang dia tak sabar-sabar tunggu nak ke site. Dapat makan free. Haha.

"Kejap.." kata Ezzaq dia berlalu pergi. Hanya meninggalkan file biru di atas meja. 

Tak lama kemudian Ezzaq kembali dengan dua set air mineral dan sandwich. Satu set diletakkan di hadapannya dan satu lagi dia buka..

"Lapar.." terang Ezzaq. Memang lapar pun.. tadi breakfast roti bakar je.. mana cukup untuk orang yang macam dia ni.

Hadhira mengangguk. Entah kenapa dia rasa malu.. malu sungguh buat perangai tak serupa perempuan dua minggu lepas..

"So?"tanya Ezzaq lagi.

"Huh?"

"Dah fikir masak-masak?" tanya Ezzaq lagi. Dua minggu tu dia bagi masa kat Hadhira untuk berfikir masak-masak. Kalau dia ikutkan hati, memang dia dah masuk minang petang hari tu jugak tapi dia tak nak terburu-buru.

"Saya tak kisah.."

 Dia dah fikir masak-masak.. kut. 

"Tak kisah? Dah get over that architect guy?" Tanak sebut nama. Rival kut tu.

"Am.. trying.. still" 

Tudia main gagap-gagap balik dah. 

"Apa yang awak fikir sampai buat keputusan macam ni?"

Dah macam masuk zaman kena interview masa cari kerja dulu.. haiyooo.

"Lagi baik kita pergi kat orang yang sayangkan kita dari kita pergi pada orang yang tak sudi.."

"So the case is awak pergi kat orang yang sayangkan awak.. dan saya pula pergi kepada orang yang tak sudi? Now.. where is the justice?"

Hadhira diam. Lelaki ni mempersoalkan apa dia rasa dulu..

"Awak rasa ada ke lelaki dalam dunia ni yang akan bounce back kat seorang perempuan ni walaupun dia dah berapa kali kena reject.. for the fourth times? or fifth?" Ezzaq bertanya. Dia tak faham sungguh emosi seorang Hadhira ni. Kadang-kadang tu dia akan nampak macam superwoman, tough, berani tapi kadang-kadang tu emosi dia sangat fragile. Mudah tumpah air mata.. macam minggu lepas. Nampak sangat fragile.. macam belon nipis jatuh atas rumput.. tak sampai seminit meletup. Macam tulah Hadhira. You can see her smile at one time.. tup tup seminit lepas tu she bursts into tears. And seing her in tears membuatkan hati lelaki dia ni tiba-tiba rasa nak protect..

Hadhira terdiam. Dia pandang Ezzaq yang dari tadi memandangnya.. dia geleng kepala. Mana mungkin ada lelaki macam tu dalam dunia ni. Sebab dia yang first time rasa kena reject ni pun dah macam overdosed morphin. Ni kan pulak orang yang dah fourth or fifth times.. manusia ke apa tue?

Ezzaq bangun. Masa rehat dah tamat. Ezzaq berjalan ke arah pintu cafe. Handphone dikeluarkan..

Hadhira termangu di situ.. dia tersenyum. Bitter. Perit. Sekarang aku pulak yang kena? Hahaha. Karma happens, isnt it? Padan muka kau Hadhira. Lain kali jaga perasaan orang jugak.. Tapi betul la takkan Ezzaq still nakkan dia yang dah berkali-kali menolak Ezzaq.

Blackberrynya berbunyi..

Mesej masuk..

"Awak salah. Ada orang tu dalam dunia ni. Saya. Ahmad Firas Ezzaq."

...

"Assalamualaikum.." Suara Ma dicorong telefon. Nasi goreng ayam buatannya diletakkan tepi. Hari ni dapat balik awal. Sempat la tunjuk skill memasak kat dapur tadi. Rumah sunyi.. dah berapi hari dah dia tak bertegur sapa dengan Kak Nia tapi dia tak boleh nak terima lagi. Takut kalau dia bercakap nanti dia akan menangis lagi..

"Waalaikumussalam.."

"Diorang dah datang.."terang Ma.

Faham sangat la maksud diorang Ma tu. Dia mengangguk macam Ma nampak je dia mengangguk tu.

"Ma dengan Abah dah setuju.." kata Ma macam nampak je dia mengangguk tadi.

"Diorang cadang bulan depan nikah.. diorang takut kamu lari kut" gurau Ma.

Ha ha ha. Pandai Ma buat lawak. Boleh masuk Maharaja Lawak.. Lawak bitter. 

"Betul-betul la Ma.."

"Betul la.. bulan enam nanti.. musim cuti sekolah. Kan kamu cakap setuju je semuanya. Memang betul la Ma buat setuju je semua.."

Tapi tak da la dia nak setuju bila bab sebulan nak Nikah ni.. Ni macam dah nikah express je ni..

"Dah tu takkan nak call cakap ubah kut.. Tak nak la Ma.. kesian kat diorang.. dah dua kali datang tahu.. Ni dah ada cincin tanda.. balik la rumah ambik"

"Sebulan Ma nak prepare?" dia tanya lagi. Nak confirmkan information kut..

"Aah tapi kamu jangan risau. Ma ada kawan ramai. InshaALLAH okay.."

"Thanks Ma. I love you.."

"Ma pun sayang Dhir.."

Klik. Telefon dimatikan. 

Tangannya rancak mencari nombor Ezzaq. Mahu fire! Ada ka sebulan terus nak kawen.. patut-patutnya bertunang dulu ke apa ke? Ni tak da angin tak da apa nak kawen je terus.. boleh survive ke macam ni?

Tak dijawab.

Kerja mungkin bisik hati Hadhira.. Nasi goreng ayam di tolak tepi. Tak lalu dah nak makan.. Allah, banyaknya kerja nak kena prepare ni.. sebulan lagi ni.

Memang spesies think outta box la Ezzaq ni!

Labels:


2 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 21
Posted on Monday 27 June 2011
@ June 27, 2011 by Ednin Kesukma Dewi



Chris Medina - What Are Words
download here

Hadhira duduk diam dalam kereta. Ezzaq tenang dalam pemanduannya. Hanya lagu dari CD saja yang menemani mereka. Hadhira masih lagi terbawa-bawa dengan cara Opah melayannya semalam. Tadi bila nak pulang pun Opah macam nak layan tak nak layan.. dingin semacam je. Tak macam sikap Opah masa diorang mula-mula jumpa masa kenduri Jo bulan lepas.

"Cantik kampung Opah.. nanti Dhir datang lagi ye?"

Opah hanya tersenyum. Senyum paksa dalam tekaan Hadhira.

Suara Ezzaq yang tiba-tiba menyanyi sekali membuatkan lamunannya terbantut. Hadhira memandang Ezzaq yang memandu.. ngantuk ke mamat ni? Tapi tak nampak pun macam ngantuk..

Dia mengikut rentak lagu yang baru bermula itu..

Lagu itu menarik perhatiannya..

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
Anytime you whisper my name, you’ll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

Bait-bait lirik itu didengarnya satu persatu.. nice.

What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I’m meant to be where I am
And I’m gonna be
Standing right beside her tonight
And I’m gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

Tiba-tiba dia rasa dia menangis balik. How perfect life is if there is someone like him.. for me? Tapi wujudkan lelaki baik macam tu kat dunia ni? Yang sanggup berdiri sebelah, stand up sama-sama bila ada hujan dan guruh. Ada ke? Air mata dah bertakung di kelopak mata.. haiyooo complicatednya perasaan.

"Nice isnt it?"

Hadhira mengangguk. Couldnt argue more. 

"He wrapped it well.. this song mirrors myself.. sumpah masa first time saya dengar.. all what I think is you.."kata Ezzaq. Entah la kenapa dia rasa dia tak boleh nak lepaskan si hoodies pink.. walaupun dah banyak kali dia direject.

Hadhira terdiam. Tanak jawap apa-apa.

...

Ezzaq masih terpaku di dalam kereta.. masih tak percaya apa yang dia dengar tadi dalam mulut Hadhira. Dah berapa kali pipinya dijadikan mangsa cubitan tangan sendiri. Sungguh rasa macam tak betul je.. mimpi ke ni?

"Awak.." kata Hadhira sebelum dia keluar tadi. Masa tu diaorang dah sampai di hadapan apartment Hadhira. Dia hanya mengangguk saja.. fikirnya Hadhira mahu berterima kasih saja.

"Awak hantar la rombongan meminang.. InshaALLAH kali ni saya akan terima.."

Dia tergamam. Sumpah tergamam. 

"Terima kasih ya..untuk semalam dan hari ni.." Pintu kereta ditutup.. Hadhira dah berjalan ke arah lift.. tapi dia masih macam tadi.. terpaku. Terpaku mendengar ayat yang terkeluar dari Hadhira..

Pipi dicubitnya sekali lagi.. auchhhh.. betul la ni.

Tangan diangkat ke langit. Alhamdulilah Ya Allah atas rahmatmu ini. Syukur Alhamdulilah..

...

Hadhira terus masuk ke dalam bilik bila sampai saja ke rumahnya. Sungguh dia tak sangka dia cakap macam tu tadi tapi itulah keputusannya.. dia memang dah fikir masak-masak dalam lima jam perjalanan Kedah-KL tadi.. 

"Nak kawen ni baik kita pilih orang yang sayangkan kita dari kita sayangkan orang tu.."kata Mak Su Ana setahun lepas masa perkahwinan sepupunya, Ayuna. Dia hanya mendengar sambil-sambil tengok Yuna yang sedap dimekap oleh Mak Su Ana itu.. 

Baginya masa tu ayat yang keluar dari bibir Mak Su Ana tu macam tak betul je. Yella bunyi macam orang pentingkan diri sendiri je..

Tapi sekarang memang betul la apa yang orang tua cakap tu ada benarnya..

Baru dia nampak insight baru dalam ayat tu..

Orang yang disayangnya tu terang-terang sukakan orang lain, hancurkan hati dia jadi berpieces-pieces.. tapi orang yang dia tak sayang tu pulak yang ada disebelahnya bila hatinya dah macam tak serupa hati ni..

Tangannya membuka suis laptop.

Lagu Chris Medina - What are words itu dimainkannya..

Tadi masa dengar lagu tu dalam kereta.. Ezzaq juga yang dia nampak bila dia dengar betul-betul bait-bait lirik itu..

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
Anytime you whisper my name, you’ll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

Air mata dah merembes keluar balik..

"Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get."

Betul sangat lah apa yang mak Forrest Gump cakap tu.. betul sangat dah.. dulu dia pandang remeh je quote-quote semua ni tapi sekarang bila dah tersadung baru rasa rational dan logiknya semua benda tu..

Kesian kan?

Dah 23 tahun, baru nak rasa kena tamparan realiti..

Labels:


4 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 20
Posted on Tuesday 21 June 2011
@ June 21, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzaq memasuki R&R Sungai Perak.. dah hampir dua jam perjalanan mereka tapi dalam dua jam ni satu patah apa pun tak terkeluar dari mulut si hoodies pink ni. Masa dua jam tadi Hadira memang menggunakan sepenuhnya dengan menangis. Even lagi lama dari yang first time dia tengok si hoodies pink ni menangis dulu. Kalau dulu ada jugak Lollipop nak kasi.. sekarang apa yang dia boleh buat. Heartache is the most incurable pain.. even with sweets and icecream pun tak boleh nak buat apa. Bisik hatinya..

I tried and failed..

Ingat lagi bulan lepas dia banyak habiskan masa lepas balik kerja ke Giant. Habiskan masa beli aiskrim dan chocolate.. kunun-kununnya nak pakai teori 'benda manis boleh gembirakan hati' tapi satu apa pun tak lepas. Si hoodies pink tu juga dia ingat.

Tipu la kalau dia cakap dia tak terluka bila tengok gadis yang dia suka selama ni menangis untuk lelaki lain which is obviously bukan dia.. tapi takkan la dia nak biarkan Hadhira ni terkontang-kanting sorang diri tadi melawan perasaan.. ingat senang ke nak lupakan orang yang kita suka?

"Where are we?" soalan tu jugak soalan first yang Hadhira tanya sejak tadi. Sejak dah sepuluh minit diorang melayan perasaan kat parking R&R nie.

"Sungai Perak.."

"What are we doing here?"

"Obviously nak makan.. and solat.. dah nak masuk waktu Asar.."

"Why here?"

"I dah kata nak pergi Siam kan? Ajak you kawen.." gurau Ezzaq. Saja nak ubah suasana sikit..

Ha ha ha. Lawak bitter.

"Just kidding. I nak tunjuk tempat yang I suka pergi bila sedih.. it works for me. All the time." Sungguh bila dia down je memang dia akan drive balik Kedah. Tak kisah la penat ke apa ke. Yang penting hati jadi tenang balik.. walaupun sebenarnya buat seketika saja.

"Here?"

"Not here tapi akan sampai kejap lagi.. Jom solat dan makan dulu?"tanya Ezzaq. Hadhira hanya mengangguk. Hari ni kalau Ezzaq nak bawak dia lari pergi Siam pun dia ikut..

...


"Here we are.. Kedah negeri Jelapang Padi.." jerit Ezzaq. Honda Civic hitam itu dipakirnya disebelah sawah. Diorang sampai sini lebih pukul 6.30 tadi. So ada masa la jugak sebelum sunset. Ezzaq terus keluar dari keretanya. 

"Cantiknya.."

"Kan?"

"Welcome to Kedah!" kata Ezzaq lagi. Tapi Hadhira dah macam terpukau melihat keindahan alam ciptaan-NYA. 

Hadhira memandang sekelilingnya. Kawasan sawah yang luas menghijau.. macam rumput karpet.. Kalau dulu dia dapat tengok dalam buku saja tapi sekarang betul-betul ada di depan mata.. Macam tak percaya. Hadhira pandang ke langit.. dah nak masuk waktu Maghrib.. langit dah tukar warna.. dah senja hatinya berbisik.. Telinganya pulak mendengar kicauan burung-burung yang terbang balik ke sarang.. 

Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan Tuhan..

Betapa bodohnya dia rasa bila dia ikut perasaan tadi.. Sedangkan dia tahu semua yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya. Jodoh dan ajal tu kan semuanya di tangan Tuhan. 

Bodohnya aku menangis kerana kan lelaki? Lelaki yang tak ada pertalian pulak tu.. Astagfiruulahalazim..

Hadhira pandang ke arah Ezzaq yang sedang tersenyum memandang langit itu. Lelaki ni dah dua kali tengok aku menangis.. 

'Terima kasih ya awak' Bisiknya dalam hati.

...

Hadhira yang baru saja keluar dari biliknya itu bergerak ke arah dapur. Baru saja selesai solat dan mandi. Segar. Dah okay sedikit. Dia mahu ke dapur.. mahu menolong apa yang patut. Adat la dah menumpang di rumah orang.. menumpang baju pulak tu. Tadi memang mahu disekehnya je kepala Ezzaq bila Ezzaq cakap nak tidur di rumah Opah malam ni. Ada ke patut? Dah la dia tak bawak apa pun barang..

"Kenapa datang sini? Banyak cuti ke?"

Opah sedang bersembang dengan Ezzaq di dapur. Opah sedang memanaskan lauk manakala Ezzaq pulak sedang minum di meja makan.

"Takda la.. Isnin ni kerja la.." Pantas Ezzaq menjawab. Kenapa dengan Opah ni.. tiba-tiba tak da angin apa macam nak marah je?

Tak jadi Hadhira nak masuk bila dengar namanya disebut..

"Opah, Hadhira tidur sini ye Opah.. Tadi Firas bawak dia tunjukkan sawah.. tapi dah nak senja.. malas nak drive balik.."

"Opah kan dah cakap.. jangan jumpa dia.. Kamu tak ingat ke.. dia dah tolak pinangan kamu bulan lepas.."

"Opah.. janganlah.."

"Opah tak nak kamu sedih-sedih macam dulu-dulu.."

"Sudahla Opah.. Firas dah okay dah sekarang.."

"Firas..."

"Wah sedapnya" kata Hadhira. Buat-buat tak dengar perbincangan cucu-opah tadi. Sungguh dia rasa bersalah gila dengan Ezzaq sekarang. Bersalah dengan family Ezzaq jugak..

Ezzaq lantas bangun. Dia melihat Hadhira yang sedang turun tangga itu.. siap berbaju Kedah dengan kain batik. Kampung girl..

"Opah masak memang sedap.. first class!"

Opah mematikan api di dapur. Dia bergerak ke arah singki.. membasuh tangan.

"Opah dah panaskan ni.. Firas makanlah.. Opah nak naik solat Isya' dulu.." ujar Opah terus naik ke biliknya.

Hati Hadhira terus rasa macam nak pecah. Memang real la Opah ni.. dia tak suka dia tunjuk je.

"Opah memang macam tu.. dia tak suka lewat-lewatkan solat. Jom makan.. nanti kita keluar beli barang awak"

Hadhira duduk saja di kerusi. Buat-buat tak nampak dengan sikap dingin opah tu. Dia senyum ke arah Ezzaq yang dah siap menceduk nasi ke dalam pinggan tu.

Takkan nak buat perangai kat sini kut..

.................................
picture credit to here.
cerita dah dragging kan? Mianhe.

mianhe= sorry in Korean. Hehe.

Labels:


2 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 19
Posted on
@ June 21, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Kepada kawan-kawan sekalian, theres gonna be potluck party at my new home this coming Sat. Maka jangan malu jangan segan datang la ye.. Ngeee. Love, Jo Jannah"

Dah lama diorang satu geng tak bertemu. Masing-masing ada life sendiri. Maka bila Jo tag simple art dekat Facebook tu, memang dia tak fikir apa dah terus cakap yes. Tapi dia tak tahu pulak bala yang akan dia dapat bila bertemu kawan-kawan balik ni.

"Guys I nak cakap ni.. that Nia and me is going to get married.. InshaALLAH after raya ni.."

Masa Arul habis cakap tu elok je cawan yang dipegangnya itu jatuh ke lantai. 

Suasana masa tu terdiam seketika. Mungkin tak expect kut nak dengar kaca jatuh bila kawan sendiri buat pengumuman nak kawen.

"I..am.. soo.. ry.. sorry.." tergagap Hadhira masa tu. Tak sedar masa tu tangan dah luka bila kena kaca.

"Tangan kau dah luka.." 

Jo datang mengampiri. Air mata dah nak merembes keluar masa tu. Tapi berjaya tahan. Takkan nak meraung kat sini kut..

"Biar aku yang buat.." kata Jo lagi. Hadhira mengangguk. Dia berpaling ke belakang. Mahu ke dapur..  dan masa tu la dia perasan yang Ezzaq sedang berdiri di pintu dapur. Mata lelaki itu memandangnya. Pandangan yang dia sendiri tak dapat tafsir.

Dia buat tak peduli.

Terus ke sinki. Pili dibuka. Ditadahnya jari di air yang keluar itu. 

Nak menangis boleh? 

"Dah lama sangat dah tu.."kata Ezzaq bila dia melihat Hadhira berteleku di hadapan sinki. So he likes Arul.. baru dia sedar. Bodoh la kalau dia tak sedar lagi kalau dah terang-terang tadi. Mana mungkin seorang kawan akan terkejut begitu sekali bila kawan sendiri bagitahu nak kawen.. kan?

Plaster di hulurkan. 

"Thanks.."

"It's okay.."

"I'm sorry.."kata Hadhira. Dia sebenarnya rasa bersalah dengan lelaki itu bila dia terpaksa menolak pinangan lelaki itu beberapa bulan yang lepas. Nak buat macam mana hati tak bagi jawapan yang pasti masa tu. Agak-agaknya perasaan Ezzaq masa dia tolak pinangan tu sama tak macam perasaan dia sekarang ni? Perasaan macam hati dah kena letak dengan bom.. any soon akan meletup.

Lelaki itu tesenyum. Tapi senyum terpaksa.

Sungguh la Allah itu Maha Besar. Apa yang dia buat kat orang, dia dapat balik. Karma.

"Nak buat macam mana.. suka dia ya?"

"Entah.."

"It will heals eventually.."

"How?"

"Time. Based from my experience.."

"So dah completely heal?"

"What do you think?"

"Tak rasa akan pulih anytime soon.."

"Nak lari?"

"Lari mana?"

"Lari pergi Siam?" kata Ezzaq. Boleh tak aku bawak je pergi Siam.. paksa kawen.

 Aikk mamat ni nak ajak aku kawen kat Siam ke?

"From this.. mess.. I mean" kata Ezzaq. 

Kalau Hadhira terluka macam ni, dia lagi beribu kali terluka. Bulan lepas masa dia dan family pergi meminang.. sumpah dia tak fikir langsung yang Hadhira akan tolak pinangan tu tapi dalam benda-benda yang dia tak fikir Hadhira akan buat tulla yang Hadhira buat. Malu memang bukan kepalangla. Mama dah menjerit-jerit bila sampai rumah.. mungkin tak sangka yang ada orang berani buat family Sharifah Hanim ni macam tu sekali. 

Lepas tu jugak Mama suruh dia jumpa dengan anak kawan-kawan dia. Dia dah tak percaya dengan pilihan anak sendiri. Along pun kena bala sekali. Semuanya penangan si hoodies pink ni. Setiap minggu Mama akan suruh pergi matchmaking.. naik muak dia tengok anak-anak orang kaya yang kebanyakkannya tak serupa manusia. Baju dah macam spesies apa, belah sana sini..

"Ezzaq.. lupakan ja la dia ya" pesan Opah masa dia balik kampung minggu lepas. Mahu lari dari masalah kut. Masa tu jugak dia dah buat keputusan nak lupakan si hoodies pink ni.. noktah.

"Jom.." 

Hadhira berjalan ke arah Kak Nia dengan Arul yang sedang makan. Dia tersenyum. Senyum dalam paksa. Pantas tubuh Kak Nia dirangkul.. 

"Congratulations.. for you guys.."

"Dhir.. Kak Nia.."

"It's okay.. you found your happiness..kan? Jangan lupa jemput tau?"kata Hadhira. Dia dah tergelak. Pandai kan berlakon..

"So guys.. I'm sorry tak boleh nak duduk lama sini nak balik dulu.."

"Kau nak balik dengan sapa? Tadi kan kau naik kereta aku" kata Arul.

"She's with me.." kata Ezzaq. Dia dah bersalaman dengan Ajip dan lain-lain. Hadhira dah melulu keluar.. 

...

Jo berjalan ke arah suaminya yang sedang mengelap pinggan mangkuk di dapur. Untung la dapat suami yang rajin macam ni. Jo terus menghadiahkan satu kucupan kat pipi Ajip. Hadiah!

"Thank you sebab basuhkan pinggan"

"No big deal. Jannah dah kemaskan dekat depan tu.." kata Ajip sambil mengelapkan tangannya dia towel kecik. Jo macam sedang melayan perasaan. Pinggang si isteri itu dirangkul.

"Kenapa?"

"Ingat potluck party ni habis dengan happy ending..tapi dua hati terseksa.."

"Dhir dengan Ezzaq?"

Jo mengangguk. Kesian si kawan. Nampak sangat tadi. Boleh pulak Arul tu nak announce kat sini.. takkan la dalam empat tahun berkawan dia tak sedikit pun rasa yang Dhir tu ada hati dekat dia. Aku yang buta hati ni pun nampak. 

Hari ni dia memang rasa nak masuk group Anti-ARUL. Geram!

Labels:


3 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 18
Posted on Sunday 19 June 2011
@ June 19, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira berjalan sekeliling rumah contoh semi-D dua setengah tingkat dibawah projek pembangunan Sime Darby itu. Moden style. Cantik. Tapi harganya MashaALLAH tinggi benar.. memang tak mampu la untuk orang yang baru je setahun jagung bekerja ni.

Tapi dalam semua projek-projek yang dia uruskan, projek ni la yang dia paling suka. Sebab seni binanya yang cantik, interior yang memang superb. Yella semua best consultants in town yang terlibat dalam projek ni. Arkitek, Landskap Arkitek, Interior Designer.. tapi projek ni jugak la antara projek yang paling renyah nak handle. Sebabnya sikit-sikit material nak ubah, sikit-sikit design berubah.. Semuanya disebabkan developers nak yang terbaik untuk client mereka. Semuanya menggunakan material dan teknologi yang terkini.. tak hairan la bila tengok total amount rumah ni. Hampir 2k. Gulp. Tak mampu.

Hadhira masuk ke satu per satu bilik. Ada empat bilik, satu maid's room, mini library.. Dia selalu nak ada mini library kat rumah sendiri. Macam rumah Abah dengan Ma. Abah kan peguam.. so memang banyaklah koleksi buku kat rumah..

"Hello darling.." suara Liam menegurnya dari belakang. Liam ialah arkitek untuk projek ni. Dah tua tapi jiwa muda. Sempoi je dengan jeans dia.

"Aiseeh you kalau Elaine dengar habis la I.."

Elaine tu girlfriend Liam. Memerangkap Interior Designer projek ini.

"She's not coming.. so I cari you la. Nak ambik Pn. Mahani dah tua maa.."

Pn. Mahani tu pulak ketua projek ni. Suka hati je Liam, dah la Pn. Mahani tu ketua dia. Ngeee.

"So what do you think about this house?" tanya Liam. Mungkin puas hati dengan rekaannya..kut. Arkitek. Macam tullah.

Arul pernah cakap arkitek ni akan rasa satisfied bila diorang tengok apa yang diorang design itu direalisasikan. Macam dari sketches, drawings and lot of efforts they had put into finally keluar dalam bentuk bangunan. Real thing.

"Macam mimpi jadi kenyataan.. tak ka heaven tu?" kata Arul bila dia tanya kenapa seni bina dari banyak lagi benda yang dia boleh buat. Macam jadi cikgu ka? Lawyer ka? Kenapa Senibina yang asyik-asyik kena hentam je dengan client ni jugak yang dia pilih.. ingat senang ke nak senangkan hati orang?? Tapi tak da la dia nak kata jadi cikgu, lawyer tu senang.. setiap kerja ada pros and cons.. kan?

"I personally think its fabs.. cuma the price is quite high just for only you know for the sake of home shelter.." Hadhira meluahkan perasaannya. Zaman sekarang dah nak masuk zaman materialistik, orang berlumba-lumba kejarkan harta benda dari berlumba-lumba kejarkan pahala Tuhan.

"Yeah I know.. but at some points I know you can resist this house kan?" kata Liam. Tahu sangat dia perangai seorang Quantity Surveyor. QS ni kan sangat prihatin dengan cost.. sikit2 cost.. tak pun budget.. Kadang-kadang tu Arkitek selalu mahu lari dari QS.. Tak boleh match.

Hadhira mengangguk. Sudah tentulah.. kan dia cakap tadi rumah ni memang cantik, semua orang tengok pun pasti terjatuh hati. Jangan kata terjatuh, tergolek habis semua..

Telefon bimbit yang dipegangnya bergegar. Hadhira mengangkat tangan yang memegang phone ke udara menandakan dia mahu menjawap call. Liam mengangguk. Dia berjalan keluar dari bilik utama tadi.

Home sweet Home.

Aikk awalnya Ma telefon.. selalunya malam sikit baru Ma call.. ni baru 12.45 tengah hari.

"Assalamualaikum Ma.."

"Waalaikumussalam.. Dhir minggu ni kerja tak?" tanya Ma. Hadhira mencongak dikepalanya.. macam tak ada kerja..

"Tak da kut.."

"Balik rumah eh?"

"Awat?"

"Ada orang nak datang.."

"Siapa nak datang?"

Pelik. Selalunya bila orang nak datang rumah tak pernah suruh aku balik pon. Demam apa Ma ni.

"Cik Mah tak da ke nak tolong Ma?"

Yella kut-kut Cik Mah sakit.. Ma tak da tangan nak entertain tetamu. Nak masak. Nak kemas rumah lagi. Rumah kat Bukit Beruntung tu bukan main besar.. rumah idaman Abah dengan Ma. Baru je siap dua tahun lepas.. tapi dalam besar-besar tu ada tiga orang je. Abah, Ma dengan dia. Tak ka bosan.

"Dia orang datang nak risik Dhir la.. "

Huh?

"Balik tau.. Ma nak keluar dengan Abah ni.. cari barang.. Okay bye.. Assalamualaikum.."

Waalaikumussalam. Telefon dimatikan di sebelah sana.

Dah lima minit masa berlalu tapi Hadhira masih lagi berdiri. Rasa tak percaya. Rasa nak pengsan.. Seram sejuk tiba-tiba.

"Dia orang datang nak risik Dhir..."

Sebiji-biji perkataan yang Ma khabarkan tadi bermain balik di kepala. Replay. Over and over again..

Tiba-tiba dia teringat kisah minggu lepas. Kisah di kenduri kahwin Jo.

"Kalau betul saya masuk meminang.. boleh awak terima macam how a real woman would do?"

I don’t think he’s serious at all.. masa tu. 

Labels:


2 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 17
Posted on Saturday 18 June 2011
@ June 18, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzaq baring di atas sofa di ruang tamu keluarganya. Penat. Baru je jejak kaki ke rumah selepas berapa bulan dia tak balik sini.. selalunya lepas kerja ja dia terus straight balik rumah sewa di Putrajaya je.. tak sempat nak balik rumah keluarga sendiri.. yellah busy memanjang.. ni baru nak merasa kasih sayang keluarga sikit.. lagipun Opah ada kat rumah kan? 

Rindu Opah.. ngee.

Dia rasa dia lebih rapat dengan Opah dari keluarga sendiri sebab dengan Opah la dia hidup, Opah la yang tengok dia membesar.. jadi Ahmad Firas Ezzaq, jadi manusia yang manusia sikit.. Kalau duduk dengan mama dan papa, macam ni la hidup.. dah nak masuk 'Isyak pon tak sampai rumah lagi.. busy dengan hal masing-masing.. hal duniawi. 

Kereta satu hapa pun tak ada dekat porch tadi bila dia sampai. Nampak sangat Along, abangnya yang sulong tu tak balik-balik lagi.. papa dan mama jugak. Adik perempuan dia sendiri pun dia tak pasti di mana dia berada sekarang..

Hidup alahai hidup. 

"Ish ish ish anak teruna apa ni.. dok terlentang kat sini?" 

Tudia suara Opah yang pekat dengan loghat Kedah dah keluaq dah. Ni buat chek lagi rindu ni..

"Penat la Opah.."mukanya dah buat muka seposen.. muka mintak simpati..

"Tak baik mengadu Firas.. tu kerja mulia tao dak.."nasihat Opah. Opah dah duduk di sisi kanan sofa. Ezzaq membaringkan kepalanya di atas riba Opah. Rindunya kampung!

"Tapi penat la Opah.. sakit kepala.. banyak masalah"

"Masalah apa nya? Gaya macam urus satu negara ja.."

Sempoi dah Opah aku ni cakap..

"Opah, picitkan kepala Opah!" pujuk Ezzaq. Lama benar tak merasa kuasa sakti tangan Opah ni. Dulu masa dia stress dengan SPM, Opah selalu jugak la urutkan dia. Konon-kononnya kasi kuasa baru la kepada dia yang dah lemau ni.. tapi memang betul tangan Opah memang berkuasa gila.. sebab lepas tu mesti badan dia yang lemau tu jadi okay balik..

Tangan Opah bermain di kepala. Alahai leganya ada Opah.. boleh tolong picitkan..

"Opah jomla duduk dengan Firas.. Firas jaga Opah.. tapi Opah kena bagi upah la.. upah dia picitkan kepala Ezzaq boleh?" 

Telinganya dipiat Opah. Ambik kau, padan muka! Buat perangai tak kenang budi lagi.. ada ka suruh Opah yang bagi upah. Ezzaq oh Ezzaq.

"Adoi Opah sakit la.."

"Buat perangai lagi.."

"Opah ni.. orang tengah sakit kepala ni.." Ezzaq bangun dari riba Opah. Mukanya di buat seposen.. mintak simpati..

"Tak ada calon ke?"

"Calon apa Opah? Calon pilihanraya?"

"Calon isteri la.. kesian Opah tengok kamu ni.. dah la duduk sorang-sorang.. pastu dok sakit sana sini mintak urut.. kesian.. Opah nak tolong pon Opah duduk jauh.."

"Tulla Firas ajak duduk sekali tak nak.."

"Ayam itik kat kampung tu sapa nak bela? Kesian Pak Man hang nak jaga.. dia pon dah tua.."

Opah pon dah tua jugak.. nak je dia cakap macam tu kat Opah tapi mana mungkin sebab Opah tu sama je spesies macam dia, spesies tak makan saman. Ha ha ha.

"Opah.."

Ezzah melabuhkan kepala dia balik kat riba Opah.. Automatik tangan Opah bekerja di kepalanya.. that's why I love you Opah !.

"Ingat tak perempuan yang Firas kenalkan masa kenduri adik Kak Amnah tu?"

"Yang diam tu?"

"A-ah.."

"Jom kita masuk pinang dia Opah.. nak tak?"sambung Ezzaq lagi.

Amboi tanya macam nak bagi calon untuk Opah pulak kan..

"Abang! Nak kawen ke?" jerit Ezzah yang entah dari mana tiba. Ezzah bingkas bangun.. terkejut! Dia pandang ke arah suara itu.. Papa dan Mama menyusul di belakang..

"Firas nak kawen ke?"tanya Papa.

Ezzaq tersengih. Tatao nak react macam mana.

"Dengan siapa?"

"Anak kawan Mama yang Mama cakap hari tu ke?"

Ezzaq menggeleng. Jujurnya dia tak call pun nombor yang Mama bagi hari tue.. kasi Along je la Mama.. Firas tak interested! Si hoodies pink tu jugak yang dia nak..

"Dah tu siapa?" tanya Mama lagi.. tak suka bila Ezzaq mempertikaikan pilihannya.

"Budak satu kolej dulu.."

"Anak siapa?" Mama dah masuk gear jadi interviewer dah.. dia ingat aku ni pekerja dia ke?

"Anak manusia.. kut"

"Yang kamu nak pikir anak apa semua ni buat apa? Ezzaq dah suka biarkan je la.." Opah dah masuk campur. Ngeee. Dengan Opah tak da sapa berani bangkang. Opah ni ibarat the Ruler dalam rumah.. jangan buat main.

"Takut la mak.. kang dapat anak orang tak baik ke kan dah susah.."

"Dia okay. Mak dah approved. Dah tengok dah.."

Wow Opah skipping English!

"Bila mak tengok?"tanya Papa pula.

"Tulla hari tu Amnah ajak pergi rumah dia.. tak nak ikut.. kata busy.. kan dah terlepas peluang.."

Papa dan Mama terdiam. 

See? Papa dengan Mama memang tak boleh lawan Opah. Opah is the best!

"Dah ada alamatnya? No telefon?" tanya Opah.. Opah dah jadi Chief Officer dah ni.. Ezzaq menggeleng. Mana nak tahu Hadhira tu duduk mana..

"Laa.. apalah abang ni?" Ezzah dah pukul dahi.

Ezzaq menarik kening. Amboi adik aku ni.. dia pulak yang buat drama kat sini.. telefon bimbit di ambil dari kocek seluar.. Blackberry dikeluarkan..

"Jo.. nak no phone family Hadhira dengan add dia sekali boleh?"

Beberapa minit selepas itu.. dia berpaling ke arah keluarganya yang memang sabar menanti dari tadi tu. Macam tengah tunggu perutusan bila nak raya pun ada aku tengok. Ngeee.

Dia menunjukkan kertas memo kuning yang berisikan alamat dan nombor telefon keluarga Hadhira itu.

"Dah dapat.. so bila nak proceed?"tanya Ezzaq.Tak sabar rasanya.. be a real man, suara si hoodies pink tu bermain di kepala.. Ha ha ha.

"Minggu ni.. minggu depan Opah dah nak balik!"

Ezzaq tersenyum. Opah ni macam tahu-tahu je perasaan dia.. haha. Agak-agaknya macam mana ya reaksi si hoodies pink bila dia tahu yang aku masuk minang dia ni? Haha. Boleh pengsan tak? Kalau pengsan pun apa salahnya, her private dedicated personal doctor ni kan dah ada.. Ngeeee..

So si hoodies pink, this is how a real man would do, isnt it? 

Labels:


5 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 16
Posted on Thursday 16 June 2011
@ June 16, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira duduk-duduk di sofa di ruang tamu rumah Jo itu.. Jo dah hilang entah ke mana. Melayani tetamu yang datang kut.. tinggalkan aku keseorangan lagi. Nak bersembang, sorang manusia pun aku tak kenal. Jam ditangan dipandangnya untuk ke 1234567890 berapa kali dah.. 'Oh di manakah Nurrania Ahmad dengan Arul ni?'

"Weh kawan apa ni? Janji nak pergi sekali?" tanpa salam greetings apa ke, Arul terus fire dia pagi tadi.. Masa tu dia on the way ke masjid untuk majlis pernikahan Jo.

"Assalamualaikum.." ucapnya. Malas nak layan.

"Hehehe. Sorry sorry. Waalaikumussalam.."

"Aku drive ni weii.. nak gi Masjid"

"Oh ye ke. Okay okay. Sorry. Kang nanti kita makan sekali kat kenduri Jo eh. Period. Thank you.. bye"

Klik. Telefon dimatikan dihujung sana. 

Maka di mana kamu berdua? Mahu je dia menjerit biar semua orang dengar. Aku dah lapar ni.. kang aku makan dulu bising buat drama 'Inikah kawan?' padahal dia mai lambat bagi aku kelaparan ni dia tak pikir pulak. Gumam Hadhira.

"Auntie Dhir..!"

Mata Hadhira mencari arah suara yang memanggilnya. Alisha dengan Alina sedang berlari ke arahnya. Dia tersenyum melihat telatah dua orang kanak-kanak yang sedang berlari dengan mengangkat sekali gown putih mereka hingga menampakkan paha mereka. Alahai si comel ni! 

"Kata nak bagi hadiah semalam sebab tolong masukkan telur" tanya Alina.

"Yalla. Auntie lupa.. kejap auntie tengok ada tak lagi Lollipop dalam bag auntie.."kata Hadhira sambil menyeluk beg tangannya mencari Lollipop.. selalunya memang akan ada stock.. entah sejak bila dia dah terbiasa menyimpan Lollipop dalam begnya.. seingatnya sejak zaman duduk OZ kut.. Dua batang Lollipop dikeluarkan. Nasib baik!

"Siapa nak strawberry? Siapa nak lychee?"

"Lina nak strawberry!!" 

"Auntie sama je dengan uncle.. suka bagi Lollipop!"tukas Alisha. 

"Huh.. I heard my name mentioned.. siapa kutuk ni?"

'Alahai.. ada je dia dimana-mana' gumam Hadhira. 

Ezzaq datang ke arah mereka sambil berpimpinan dengan seorang perempuan yang nampaknya sudah berusia. Tapi walaupun dah ada kedut-kedut dimukanya tapi Hadhira pasti wanita itu pastinya cantik ketika muda dahulu. 

"Tok nyang!" jerit Alina dan Alisha lalu memeluk wanita itu.

"Salam la tok nyang dulu.."nasihat wanita itu. Alina dan Alisha terus patuh. 

"Opah saya. Opah ni Hadhira.." terang Ezzaq. Hadhira hanya mengangguk lalu dia berjalan ke arah wanita itu lalu menyalaminya. 

"Opah dah makan dah opah?" tanya Hadhira. Berbahasa.

"Dah.. ni nak duduk dalam sekejap. Dah tua kaki sakit-sakit.." ramah wanita itu bercerita. Macam cucunya yang satu tu jugak! Hadhira membawanya ke arah sofa yang didudukinya tadi.. kesian nenek ni.. dia pun ada nenek. Nenek pun selalu lenguh-lenguh macam ni.. tak larat nak berdiri lama-lama.

"Dah makan?"tanya Ezzaq.

 Hadhira mengeleng sambil bermain dengan rambut Alisha yang didandan rapi itu. Flower girl!

"La awat tak makan lagi.. pi makan dulu satgi habis.." Opah menyampuk. Hadhira hanya tersenyum.. jenis nenek aku jugak Opah ni. Kalau nenek sah-sah dia kena bantai suruh pi makan cepat-cepat.

"Jom makan sekali!" ajak Ezzaq tiba-tiba. Peluang terbaik ni sebab ada Opah! Ha ha ha. Kau guna Opah ye, Ezzaq. Ezzaq nampak mata Hadhira yang menjeling ke arahnya. Ha ha ha.

"Opah nanti macam mana?"kata Hadhira. Alasan datanglah kau alasan.

"Opah tak kisah. Ni dah ada dua orang princess ni temankan.. aip makan Lollipop tak pelawa!"kata Ezzaq sambil menggosok rambut Alina.

"Pergi la.. Opah okay je ni.."

Suka ke tak terpaksa juga bangun bila Opah dah masuk campur. Matanya mencerun ke arah Ezzaq yang sudah tersenyum tu. Dia seraya bergerak ke pintu.

...

"Saya tunggu kawan saya.." kata Hadhira bila diorang keluar saja pagar rumah Jo. Dia ingat dia mahu tunggu Arul dengan Kak Nia di sini saja. Terus dia duduk di bangku yang sememangnya sudah disediakan di situ. Dari sini dia boleh nampak kereta-kereta yang sedang masuk/keluar kawasan perumahan itu. Senang sikit nak nampak kereta Arul.

Ezzaq terus duduk di bangku sebelah.

Hadhira tarik kening? La tadi serupa orang lapar je, tak menyempat nak ajak makan. Ni boleh plak duduk sebelah. Apa kes ?!

"Saya tunggu awak" terang Ezzaq.

Hadhira bangun dari tempat duduknya. Dah panas punggung. Ya Allah, kau bagilah aku kekuatan. Geram sungguh dia dekat makhluk yang tak faham bahasa ni.

"Ezzaq, awak ni nak apa ya?" tanya Hadhira. Dia berjalan ke arah tempat parking kereta. Adoi mana pergi the king and the queen ni!

"Awak. Boleh?" ujar Ezzaq dari belakang. Mengikut si hoodies pink. Ngeee.

"Huh?" Hadhira berhenti. Berpaling ke arah Ezzaq. Face to face. Tak dengar tadi. Oh tinggi aku di paras dada dia.. pendeknya aku. Ngeee.

"Nak awak. Boleh kah?" jawab Ezzaq satu-satu. Kepalanya ditundukkan sedikit. Biar sama eye-level sikit.. kan orang dolu-dolu cakap dari mata turun ke hati. 

Hadhira berpaling. Tak selesa.

Ezzaq tersenyum. Baru kau tahu.

"Kalau berani sangat.. jumpa la mak dan bapak saya.. be a real man.. this is not how a real man would do.. budak zaman sekolah boleh la.." provok Hadhira. Apa dia ingat aku ni playground ke, suka hati je main-main hati macam ni! Suka hati je cakap 'nak awak boleh' kat public macam ni.. gila hapa?!

Mata Ezzaq membulat. This girl, are you real? Betul ke ni? Takkan dah terkena badi Jo terus-terus suruh aku masuk minang?

"Kalau betul saya masuk meminang.. boleh awak terima macam how a real woman would do?" tanya Ezzaq lagi. Dia emphasize dekat part a real woman would do tue.. sambil kepalanya didekatkan lagi dengan gadis itu. Ni baru eye-to-eye. Kalau tak turun ke hati jugak.. tak tahu la.

Hah amek kau Hadhira. Jawab jawab. Main provok sangat tadi. Apa kau nak jawab ni Hadhira. Fikirannya rancak memikirkan jawapan.

"Dhir.." jerit suara lelaki dari arah belakang mereka. Mereka berdua berpaling.

Kak Nia dengan Arul. My savior. Bisik hati Hadhira. Sungguh tadi dia tak tahu macam mana nak balas soalan terakhir Ezzaq. Dia ingat aku serious ke apa? Tu perkara gila namanya.. nak get over Arul pun tak boleh lagi.. ni nak main redah kawen dengan orang lain.. buat diri merana ada la!

"Kak Nia!"

Pantas Hadhira berjalan ke arah Kak Nia yang sedang berjalan ke arah mereka ketika itu. Mahu lari.

Ezzaq geleng kepala. Tahu sangat perangai si hoodies pink ni.. nak lari la tu. Tapi lari jauh mana pun awak si hoodies pink oii, saya akan tetap kejar.. macam yang saya tengah buat sekarang ni..

Ezzaq membuka langkah mengikuti gadis berbaju kurung kuning cair itu.

"Hi, I'm Ezzaq. Kawan Hadhira eh?" kata Ezzaq. Tangannya sudah bersalaman dengan Arul. Hai mamat ni bila pulak dah sampai sebelah ni. Ni kawan aku la! Mahu je dia jerit macam tu dekat telinga Ezzaq.

"Arul" Arul dah sambut salam Ezzaq ketika itu. Ezzaq macam biasa, senyum tayang dimples dia tuh.

"And this lovely lady in red ni?" tanya Ezzaq lagi.

Hadhira menjeling. Memang sweet talker la pak cik ni!

"Rania" jawab Kak Nia sambil tersenyum.

"So I bet dah cukup korum kan? Makan jom sayang.. " kata Ezzaq sambil memandang ke arahnya.

Masa tu dia mahu saja nak sekeh kepala Ezzaq tu tapi bila tengok reaksi Kak Nia dengan Arul yang memandangnya dengan muka siapa-dia-ni. Dia jadi gembira tiba-tiba. Hadhira buat-buat tak peduli lalu mengikuti langkah Ezzaq yang dah berjalan ke arah khemah itu.

Diorang tahu berahsia.. aku pun tahu.  

Ha ha ha.

This is what we called pay-back time, peepos!


Labels:


3 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 15
Posted on Wednesday 15 June 2011
@ June 15, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira bermain-main dengan Blackberrynya itu. Bosan. Dari tadi dah semua akaun alam maya dia dah buka. Dari Facebook ke Twitter ke Blogspot ke Facebook balik dan sampai akhir-akhir sekali batteri Blackberry tu dah macam nak kena kasi CPR je..

Jo yang sedang berinai itu dijelingnya. Amboi sedap je dia tidur.. kakak dengan sepupu dia punyalah berhempas pulas pakaikan dia inai.

Tadi bila Jo sampaikan niat dia untuk suruh tidur dirumahnya terus dia kasi kata putus.. tak da sempatnya nak pikir satu-satu macam selalu.. 

"Okaaayy kang nanti lepas Isya' aku pergi rumah kau!" jawabnya tadi.

"Kau serius ka?"tanya Jo pulak. 

"Kenapa kau tak serius ka ajak aku?"

"Selalunya punyalah banyak alasan bila ajak teman tidur kat rumah aku"

"Manusia berubah.."

"Berubah? Kau? Minta mohon ye kasi aku gelak dua tiga minit jap.." 

Klik. Talian itu dimatikan. Kau gelak puas-puas. Tapayah tunggu dua tiga minit.. sejam pun boleh.

Tangannya pantas menaip mesej untuk dihantarkan kepada Arul. 

'Jo ajak aku overnight rumah dia. Esok kau pergi dengan Kak Nia je la. Sorry.'

Mesej dihantar. 

Arul tak membalas pun. Tahu sangat mamat tu, mana reti balas mesej. Kata je belajar tinggi-tinggi. Siap sambung Architecture Part 2 dan score baik punya tapi balas mesej satu pun tak lepas. Ngeeeng betul.

Tapi betul la tadi dia cakap manusia memang berubah. Kak Nia dengan Arul pun dah berubah. Dah pandai ada feeling meeling semua.. tapi sorok kat kita orang. Kejam. Aku je yang buta dok pi sebar berita yang aku suka Arul kat dia.. 

Jo dipandang lagi. Masih nyenyak tidur. Kak Amnah dah tiada disitu. 

Huargh. Dia menguap tapi menguap pada-pada. Tak da feel langsung. Ramai lagi sedara mara Jo kat dalam rumah ni. Tadi masa dia terima je ajakan Jo suruh datang sini dia tak sangka yang benda akan jadi sebosan ini. Yella bukan selalunya rumah orang nak kawen busy ke.. nak siapkan bilik pengantin, nak siapkan khemah, bunga telur, pelamin la apala tapi rumah Jo ni pelik sebab majoriti barangnya semuanya dah siap. 

Dia berjalan ke dapur. Mencari kerja. Kang kalau duduk situ nanti gayanya aku join sekali Jo yang dah masuk alam Twinkle Twinkle Little Star tu..

"Mak cik.. buat apa tu?" tegur Hadhira kat Auntie Sarina, emak Jo..

"Nak buat icing untuk kek Ajip ni.. dia minta tolong mak cik.." Hadhira mengangguk. Matanya memandang sekeliling dapur. Ada beberapa orang mak cik-mak cik yang sedang bersembang. 

"Ada kerja apa-apa tak mak cik?"

"Dhir bosan ye? Jo buat apa?"

"Tidur. Penat kut.."

"Yella kawan tak tidur semalaman hiaskan bilik pengantin. Semua dia nak buat sendiri.."gumam Auntie Sarina.

Hadhira tersengih. Jo 'perfectionist' Jannah. Memang betul dia tak nafikan lagi.. kalau dulu jangan harap la nak main-main buat kerja dengan Jo.. kang kena bantai free dengan dia. Semua kerja Jo memang jaga betul-betul punya..

"Dhir, tolong masukkan telur dalam kotak ni boleh.. tadi petang dah buat cuma ni baki sebab telur dah habis tadi.. ni baru Angah belikan Maghrib tadi.. baru je siap Mak Cik rebus ni.."terang Auntie Sarina. 

Hadhira tayang gigi lagi. Senyum je memanjang. Nak jawab tak reti. Soft skill dia memang fail.

Tangannya mengambil mangkuk besar yang sudah berisi telur-telur itu dibawanya ke hadapan. Matanya liar mencari port yang sesuai. Ngeee. Depan TV tak ada orang, oraitooo! Telur diletakkan di hadapan TV yang sememangnya terpasang sejak tadi. Cerita orang putih.. Dia kembali ke dapur mengambil bekas-bekas telur yang sudah siap dibentukkan itu. 

Dia membuka sila..
Hoyeeye. Finally aku dah ada kerja. Wehee. Tenang hidup aku.. tadi punyalah rasa kekok sebab tak ada kerja nak buat.. 

...

"Umi oh umi, kek dah siap ke belum?" Jerit Angah yang tadi di luar. Sibuk menguruskan khemah di hadapan rumah. Nasib la Angah, the only son. Haha.

"Belum tengah baking lagi ni.. Ajip dah sampai dah ke? Suruh dia masuk dulu!" jerit Auntie Sarina dari dalam rumah. Dah main jerit-jerit pulak Angah - Mak Cik ni. Hehe.

"Woi mak aku suruh kau masuk dulu.. kau buat apa la patut.. aku nak siapkan khemah ni kejap.. kau layan diri sendiri la eh.."kata Angah kat Ajip. 

Hadhira tak ambik peduli, matanya ralit tengok TV. Part tengah best ni.. walaupun dia sebenarnya curi-curi mendengar juga perbualan orang-orang sekitar. Perbulan mak cik-mak cik yang tengah bersembang ni.. nak join sekaki dia tak ada idea nak mencelah.. yella cakap pasal anak cucu semua,. mana aku nak ada experience. Ngeee. 

Dengan budak-budak ni jugak aku buat kawan.. matanya memandang Alisha dengan Alina, anak kembar kak Amnah. Comel dan dengar cakap pulak tu. Gunakan khidmat diorang untuk masukkan telur-telur dalam kotak. Nanti Auntie Dhir kasi Lollipop ye..

"Auntie Dhir.. telur ni retak nak masukkan jugak ke?" tanya Alisha.

"Ni retak sikit je.. boleh masukkan lagi.. kalau retak banyak baru la bagi kat Lisha dengan Lina makan.."

"Dhir.. jangan kasi diorang.. tadi petang dah rembat empat telur sorang.."ujar Kak Amnah yang sememangnya duduk disitu bersembang dengan sedara-sedara diorang.

"Kasi uncle la macam tu" ujar satu suara yang sedang berdiri. Suara yang sepatutnya suara Ajip tapi obviously lain gila dari suara Ajip yang dalam tue.

"Hai" ujar Ezzaq. Tangan yang tadinya dalam pokek dikeluarkan menunjukkan isyarat 'Hai' dekat Hadhira.

Dia lantas duduk disebelah Alisha yang sibuk betul memasukkan telur di dalam bekasnya. Alina lantas bangun duduk di atas ribanya. Alina memang rapat dengan dia.. dia memang selalu bertandang ke rumah Kak Amnah sebab suami Kak Amnah tu abang sepupunya. Selalu la jugak dia lunch di rumah Kak Amnah yang memang dianggap macam kakak sendiri tu.. tambahan lagi bila opah datang ke KL. Memang hari-hari dia tadah muka depan rumah Kak Amnah. Haha. Nasib baik tak kena halau..

"Busy ke?" tanyanya lagi. Tangannya pun bergerak membuat kerja. Walaupun tadi dia mengadu penat dekat Ajip bila Ajip suruh dia drive ke PJ semata-mata nak ambikkan kek dari Shah Alam. Dah la semalam dia on-call.. tak cukup rehat. Tidur tiga jam, terus pergi rumah Ajip.. tolong apa yang patut..

Amboi Ezzaq, cuba betulkan niat tu sedikit.. nak tolong kawan kan?

"Tak da la sebusy awak.."ujar Hadhira.

Ezzaq buat muka bingung. Mana dia tahu aku busy?

"Saya busy?" tanya Ezzaq kembali.. kut-kut salah dengar ke.

"Yeap awak kan busy.. busybody.."sambung Hadhira lagi.. bila dia nampak Ezzaq yang buat rupa macam blur je tu.

Serentak tawa Ezzaq meletus. Loyar buruk jugak si hoodies pink ni, fikirnya. 

Manusia-manusia dalam rumah tu semuanya memandangnya yang masih lagi ketawa... mungkin tengah berfikir dalam hati kenapa la pak cik baju hijau gelap ni suka benar ketawa. 

"Oh girl, you never fail to make me smile.." sambung Ezzaq lagi dalam ketawanya.. walaupun dia tahu gadis itu sedang buat ayat sarkastik dengan dia. Ha ha.

Hadhira mengerutkan dahi. Aku ada buat lawak ke? Aku rasa aku buat ayat sarkatikus dengan dia tadi.. you salah faham la bro!

"Amboi semangat ketawa ye Ezzaq.."kata Auntie Sarina sambil membawa kotak kek bewarna merah itu. 

'You save me auntie! From him. Hantaq dia balik cepat-cepat!'getus hati Hadhira.

"Si hood.. Hadhira ni buat lawak.. oh ni kek dia ya.. terima kasih ye Mak Cik!"

"Aah.. nah.. sorry la lambat sikit. Lupa nak buat tadi petang.. sibuk dengan hal lain.."terang Auntie Sarina. Ezzaq hanya mengangguk.. tak kisah pun. Dapat jumpa dengan si hoodies pink kut! Gatal.

"Okay.. so I've got to go.. uncle balik dulu ya princesses.. sayang sikit.."ujar Ezzaq kepada dua-dua kanak-kanak berusia lima tahun itu. Pipi Alisha dan Alina diciumnya. Geram betul tengok pipi tembam sweetheart dia dua orang ni.

Alisha dengan Alina hanya tersengih saja.. suka!

"Yang princess in pink ni.. see you again eh.. nak sayang tak boleh.. tak ada lesen lagi.."kata Ezzaq sambil tersenyum dengan mata smiling eyes nya.. oh ya with dimples both on his face. Kanan dan kiri.

Hadhira menjeling. Tak kuasa nak layan.

"Mak cik, kak Amnah.. saya balik dulu eh"

"Drive leklok.. jangan dok high je.. tahu la baru jumpa buah hati kan.."ujar Jo yang entah bila dah bangun dari tidur tu.. Ditemannya Ezzaq ke muka pintu.. tadi Ajip ada call cakap yang dia hantarkan Ezzaq ke rumah suruh ambikkan kek.

Ezzaq tersengih lagi. 

Hadhira? Jo tak berani pandang.. tahu sangat mata bulat itu sedang mencerun ke arahnya.

Labels:


6 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 14
Posted on Tuesday 14 June 2011
@ June 14, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Dhir.. Hadhira.." satu suara memanggilnya dari belakang. Hadhira memberhentikan langkahnya yang sebelum ni laju ja ke arah keretanya. Dia ingin balik cepat ke pejabat. Tak ada mood sungguh la hari ni.. peristiwa semalam asyik dok buat ulang tayang je dalam kepalanya. Ingat kepala aku ni Astro ke nak main-main ulang tayang hari-hari.

Hadhira berpaling ke belakang.

Hazrul. Dia kelihatan termengah-mengah dengan safety helmet di tangan kanan dan kertas saiz A0 di tangan kiri. 

Hadhira berkerut. Sejak bila dia handle projek kat Seremban ni?

"Menonong je pergi.. aku panggil tadi tak dengar ke?"tanya Hazrul. Nafasnya yang tercungap-cungap tadi dah mula normal. Hadhira hanya menggeleng menjawap pertanyaanya tadi.

"Busy tak? Jom lunch?"

"Aku nak balik KL cepat.." cepat-cepat Hadhira bagi alasan. Yella kes semalam pun dia tak conclude habis lagi dalam kepala otak dia.. ni nak keluar pulak dengan watak utama dalam masalah dia ni. Hish tak nak lah!

"Dah 12.30 tengahhari ni kut.. jom la. Kereta aku kat sana je.."tunjuk Arul ke arah kereta Vios hitam yang parking di sebelah site office sana tue.

"Naik kereta sendiri la. Kau lead" kata Hadhira lalu menekan punat keretanya. Malas nak bertelagah dengan Arul yang selalunya memang tak mahu nak kalah dalam apa pun yang dia buat. Mungkin sebab tu boleh score first class degree masa kat Uni dulu..

....

"Kau ada masalah ke?"tanya Arul ketika mereka makan. Hadhira nampak lain benar hari ni. Kalau dulu mulut dia akan becok cakap itu ini tapi hari ni sepatah-patah dia jawab.. Arul memandang Hadhira yang sedang menguis nasi di pingannya. Ni satu lagi perkara pelik.. mana mungkin Hadhira yang dia kenal dulu akan kuis nasi dalam pinggan kalau lauk dalam tu ialah asam pedas dan ikan keli?

"Tader la.."ujar Hadhira. Air teh 'o' ais laici dihirupnya. 

"Aku nampak macam tak je?"

Hadhira menggeleng.

"Aku okay la.." sambungnya selepas itu. Ni la balanya kalau makan dengan Arul. Spesies Jo. Kalau tak dapat jawapan yang dia nak, jangan harap nak boleh lepas.

"Yella tu.."

Mata Hadhira dijulingkan. Haish mamat ni. Sekeh mahu? Tak faham-faham bahasa.

"So sejak bila kau handle projek ni.. aku tak tahu pun.."tanya Hadhira. Tukar topik.

"Kau apa yang tahu.. diam semedang je.. tak telefon apa tanya aku makan ke tak, hidup ke tak.. main jalan terus je dengan life kau lepas grad.."

'Takkan kau nak expect aku buat macam tu kut.. lagipun Kak Nia kan dah ada nak tanya kau soalan basic tu' gumamnya dalam hati. Nak cakap terus straight kat muka mamat ni tak terkeluar pulak dari mulutnya. Ngeee.

"Aku dah handle projek tu sejak initiation kut. Kau je yang tatahu.. tiap-tiap minggu aku pergi meeting.. cuma kali ni first time aku nampak kau kat site meeting.. selalunya En. Ahmad kan attend?" sambung Arul lagi bila Hadhira tak membalas. Spesies pelik dah perempuan ni rupanya bila grad. Dia ingat lagi kalau dulu dia dengan Hadhira memang selalu berbalah. 

"Aaah dia ada kerja sikit.. tu suruh aku attend tu.. sebenarnya malas nak pergi.."

"Sebab tu kau main berangan je dalam meeting tadi.. nasib baik tak kena tibai dengan contractor tadi."

"Eh elle aku punya sesi hentam menghentam dah lepas.. eh Jo ada contact kau tak?"

"Ada.. hari tu ada jumpa dia kat Mid.. dengan tunang dia sekali. Kenapa?"

"Saja ja tanya..dia ada tanya alamat kau hari tu nak kasi kad jemputan.."

"Dah dapat okay.. hand-post tahu.. tak main pos-pos ni.. kau je yang sanggup nak pos guna pos laju kad kawen kau.. tak nak la aku pergi kau kawen nanti.."usik Arul.

"Berani kau buat la? Aku buat benda yang sama kat kau.." jawab Hadhira. Tak ingin aku nak pergi kenduri korang. Tambahnya dalam hati. Astagfirullahal'azim.. apa yang kau fikir ni Hadhira..

Arul tersengih.

"Jom pergi sama-sama nak tak kenduri Jo nanti? Minggu ni kan.. Kau cakap la dekat Nia sekali.. aku jemput korang kat apartment"tanya Arul tiba-tiba. 

Hadhira yang tengah minum tu hampir tersedak. Alahai bala lagi. Ingat dah tak nak jumpa dulu lepas ni.. or at least sampai hati dia dah terubat sikit tapi kalau nak pergi sama-sama macam ni kan dah terseksa dalam dia namanya.. dengan Kak Nia pulak tu.. boleh pass out tiba-tiba kut hari tu nanti.. tapi pass out pun bagus jugak. Tak payah pikir apa-apa.. untung-untung dapat MC boleh balik rumah Ma... 

Tiba-tiba rindu Ma! Huaa.. hati oh hati! Kompleks nya kau..


Labels:


0 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 13
Posted on Monday 13 June 2011
@ June 13, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Sampai saja di rumah terus Hadhira masuk ke bilik. Tak ada siapa pun di rumah sebenarnya. Gelap gelita je ruang tamu tu tadi. Jo mesti tidur rumah famili dia lagi malam ni dan Kak Nia mungkin tengah syiok berdating dengan Hazrul. Eh eh eh bunyi dah macam cemburu je kamu Hadhira tapi motif la Dhir kau nak cemburu-cemburu macam ni. Siapa kau di mata Arul tu? Hanya kawan je kut. Kawan baik.

Kepalanya penat memikir. Dari dalam kereta masa dia keluar OU sampai la dah siap masuk rumah ni, dia tertanya-tanya kat diri sendiri.. 'Are they real?'. Susah betul otak dia nak mencerna idea kak Nia-Arul tu. Almost impossible..

Kalau aku tanya Jo.. sah-sah dia suruh aku face to face tanya tapi bila difikirkan balik of course la diorang tak nak komen apa-apa.. dah nak berahsia sangat kan?

"Muhammad Hazrul bin Ilham.. panggil I Arul je. Malaysian kan?" itu soalan pertama yang keluar dari bibir lelaki tu empat tahun dulu. Masa tu dia dengan Jo tengah lepak-lepak dekat park depan Uni sambil-sambil tunggu next class. Nak balik rumah rasa tak berbaloi memandangkan kelas akan mula dalam masa sejam lagi.

"No sir. I speak no English"" jawab Jo dengan accent ala-ala Pakistan dia tue. Kepalanya digerak-gerakkan. To make it real.. kut. Jo Jannah oo Jo Jannah.

"With that style of hijab.. nampak sangat Malaysian. Bawal kan?Bawal no 1 ni! Based from experience anak lelaki tunggal dalam fam.." gurau lelaki yang memakai baju tees biru muda tu. Lelaki tu tanpa dijemput dengan muka tak malunya terus duduk sebelah diorang.. 

First impression Hadhira dekat Arul masa tu sah lelaki ni jenis tak tahu malu..

Tapi dalam first impression entah apa-apa tu boleh jugak diorang berkawan. Mungkin dah namanya satu negara, satu bahasa, satu agama.. maka lama-lama tu diorang jadi rapat pulak. Bila perlukan pertolongan yang memerlukan kudrat lelaki, sah nama Arul yang akan keluar dari kepala. Macam nak angkat kotak-kotak bila pindah rumah ke, atau drive bila keluar bercuti ke.. semuanya kitorang akan minta perkhidmatan Arul. Cepat dan tangkas. Free of charge too! Ngeee.. Niat tak baik dalam berkawan dah tu..

Melalui Arul juga diorang kenal Kak Nia. Kak Nia ni satu course tapi setahun awal dari diorang.

"Dhir aku memang tak faham la apa Prof White cakap.. tadi kan bila dia cakap 'GOOD-DAY' masa habis kelas kan.. aku dengar 'GOOD-EYE' kau tahu tak??"gumam Jo. Buku Econs yang terbuka dihadapannya ditutup. Malas sudah.

"Aku lagi la.. rasa nak pengsan. Dah la econs ni tak pernah ada basic langsung.."

"Korang apa hal sedih-sedih ni.. Jangan risau aku ada solusinya.." pintas Arul tiba-tiba. Hadhira dengan Jo pandang sesama sendiri. Pak cik ni memang sentiasa dengan taglinenya tu.. jangan risau aku pasti ada solusinya.. dari awal kenal sampai la dah kenal-kenal sekarang ni. Padanla muka dia je yang kami akan minta pertolongan bila perlu!

Maka Kak Nia pun masuk dalam fasa hidup diorang. Mula dengan menjadi tutor bagi subjek membunuh raga tersebut dan akhir sekali menjadi teman serumah bila dia dengan Jo masuk menyewa rumah yang disewa Kak Nia dengan kawan-kawannya yang lain. Kak Farah dengan Kak Hani.

Sama-sama diorang belajar hidup sendiri masing-masing di negara orang.. jadi teman belajar memasak.. teman shopping.. teman menerokai OZ bila je masuk waktu cuti..

"Sydney cuti kali ni nak tak?" cadang Kak Hani lepas diorang berhalaqah malam tu.

"Tak jauh ke Melbourne-Sydney?" dia bertanya. Kalau guna airflight sejam dah sampai tapi ikutkan pengalaman dia dengan kakak-kakak ni semua selalunya diorang lebih suka travel naik train. Adventurous kata mereka.. sambil-sambil save budget sikit. Student kan.. macam ni la nasib... budget could be tight kadang-kadang..

"Alla dari cuti seminggu duduk sini je buat apa.. lebih kurang 11 jam je naik train.. nak tak? Alla kasihani la kami yang dah nak grad ni.."pujuk Kak Farah pulak. 

Dia dan Jo berpandangan sesama sendiri.. mata Jo seakan-akan berkata ya.. berkilauan semacam. Matanya dah mula nampak Sydney Opera House..

"Set!" jerit dia dan Jo. Serentak dengan itu mereka semua melompat sekali. 

Sydney Opera House, here we come!!

Sama-sama jugak diorang menangis pagi-pagi raya sebab tak dapat balik beraya gara-gara clash dengan exam..

"Ni apasal semua spesies mata bengkak ni?"tanya Hadif masa diorang makan-makan malam Raya tu. Kunun-kununnya macam rumah terbuka la.. tapi standard pelajar je la. Mana nak ada grand semacam.. kalau nak best sikit pergi beraya rumah-rumah pak Arab yang duduk area situ. Memang masyuk habis la..

"Ni mesti menangis telefon ayahanda, bonda dan sanak saudara di kampung kan ni?" giat Hadif lagi.

Mata Hadhira sudah mencerun ke arah Hadif. Geram.

"Eh elleh kau pon Dif tadi aku nampak sebak semacam je cakap dengan mak kau.."kata Arul yang entah bila ada disebelahnya ketika itu. 

Sepinggan ayam panggang diberikan kepada Hadhira..

"Eh Dif kau jangan sakat Dhir eh. Kena kau nanti! Dhir kau cakap je kat aku kalau dia sakat kau lagi.."ujar Arul sebelum dia berjalan kembali ke arah pelajar-pelajar lelaki yang sedang sibuk ber-BBQ di halaman belakang rumah itu. 

Tengok? Baik macam tu sekali.. macam mana si hati batu ni tak jatuh hati.. Gumam Hadhira bila fikir kembali zaman dia belajar di OZ dulu.

Keluhan dilepaskan. Jam di tangan dipandangnya. Dah nak masuk pukul 1 pagi. Sampai macam tu sekali kau melayan perasaan Hadhira..

Labels:


2 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum | Kisah Selepas