Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink 32
Posted on Friday 29 July 2011
@ July 29, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzaq senyap-senyap masuk ke dapur. Dia melihat Hadhira sedang sibuk menyediakan hidangan sahur mereka itu. Lagu Rolling In The Deep berkumandang dari Portable Speaker untuk iPod itu. Suara lelaki ni, bukan Adele yang nyanyi, itu pasti.

Hadhira yang belum sedar akan kehadiran Ezzaq itu terus menyanyi mengikut rentak. Sambil tangannya lincah bermain dengan senduk sebagai konon-kononnya bertindak sebagai microphone itu. 

Ezzaq tersenyum. Perangai baru Hadhira yang dia tak pernah nampak. Tiba-tiba fikirannya memikirkan satu niat jahat. Perlahan-lahan dia bergerak ke arah Hadhira. Masih tak sedar tu. Memang feeling habis ye, si hoodies pink. Terus badan itu dipeluknya dari belakang.

"Oh mak.. YA ALLAH" jerit Hadhira. Lagu Rolling In The Deep hilang entah ke mana. Terlepas senduk itu dari genggaman.

Ezzaq ketawa. Dia suka bila tengok si hoodies pink ni gelabah.

"Ahmad Firas Ezzaq," 

"Ya saya, Nur'iz Hadhira," sambung Ezzaq.

"Terkejut saya tahu tak?" tanya Hadhira. Tangan dipinggangnya yang sedang memeluknya itu ditepis. Suka hati je. Ingat aku teddy bear ke nak peluk-peluk.

"Saya tahu, tapi saya suka nak buat macam mana?" kata Ezzaq. Lagi si hoodies pink ni tepis, lagi tu aku nak peluk. HA HA HA.

Hadhira menjengilkan mata. Geram. Dari awak jadi doktor, Ezzaq baik awak jadi lawyer. Ada ja nak tolak hujah orang. 

"Rolling in the deep?" tanya Ezzaq.

"Yeapp covered by Chester LP. He rocks it well, isn't it?" 

"Adele is good singer too! Tapi apa ni dengar lagu English. Dengar la nasyid ke apa ke?" kata Ezzaq.

Hadhira mencebir. Alla dia semalam dalam kereta pon masa lagu Muse aku tak kata apa pon. Hadhira memandang tangannya lelaki itu. Hishh, orang dah la nak buat kerja ni.

"Awak, saya bukan teddybear."

Ezzaq mengangkat kening. Hurmm, cuba mentelaah apa yang Hadhira mahu sampaikan.

"Teddybear untuk dipeluk tapi Hadhira bukan," jelas Hadhira.

Ezzaq mengangguk. Oh baru faham. Lambatnya kau Ezzaq.

"Eh apa pulak, awak ni teddybear saya tahu. Boleh dipeluk dimana-mana saja, orang tak marah. Lain la kalau saya peluk Jo, mati kena tikam saya dengan Ajip." kata Ezzaq. 

"Saya nak masak la awak.."

"Say please dulu," kata Ezzaq. HAHAHA. Ambik kau, bini dah jadi macam budak-budak. Ni mesti badi kena jaga ward pediatric ni.

"Pleaseeee, yang amat mulia Inche Ezzaq!"

"Okay. Wait jom tangkap gambar dulu nak?" kata Ezzaq tiba-tiba. Blackberry dalam seluar pajamanya dikeluarkan.

"Buat apa?" tanya Hadhira. Suka-suka hati ja. Dah la serabai ni. Tudung apa tak pakai.

"Memory la. First time isteri saya masak sahur kat saya,"

Hadhira mencebir. Ada-ada ja.

"Kut-kut orang tu nak letak dalam blog dia ke?" ujar Ezzaq sambil menangkap gambar sauce spaghetti yang sedang dimasak itu.

"Awak ada blog?" tanya Hadhira. 

"Nope. Awaklah yang ada" kata Ezzaq. Dia berjalan ke arah Hadhira. Bahu si hoodies pink dipeluknya. Klick. Gambar ditangkap. Just nice, first time gambar berdua. Terus button enter ditekan. Buat wallpaper. Buat peneman waktu on-call nanti. HAHAHA. Kalau dulu gambar kawen Hadhira je yang dibuat wallpaper, sekarang gambar berdua ni. Lagi super nice. Baru nampak real, ye dak?

Hadhira membulatkan mata. Mana Ezzaq tahu dia ada blog?

"Saya ada confession nak buat," kata Ezzaq. Dia membuka peti sejuk, mencari makanan. Pagi-pagi ni rasa lapar la pulak.

"Hurm.."

"I read your blog sejak kolej sampai sekarang," kata Ezzaq. Tupperware yang berisi epal yang sudah dikupas di tarik keluar. Pintu peti sejuk ditutup. 

"What?"

"You heard it," kata Ezzaq. Epal dimasukkan ke dalam mulut. Manis, just nice.

Hadhira membulatkan mata lagi. Seingat-ingatnya dia start menulis blog sejak dia habis sekolah menengah dan maknanya Ezzaq dah membaca hampir semua kisahnya. Ya ALLAH, malunya.

"I was at Dublin and you were in OZ. So yeahh.. found it through Jo's and lepas tu terus jadi silent reader" cerita Ezzaq.

"Oh my.." kata Hadhira. Sebelum sempat dia habiskan ayatnya, Ezzaq terus memasukkan epal ke dalam mulut Hadhira.

Ezzaq meng-kenyitkan mata kanannya. Teknik tak nak bagi si hoodies pink naik angin.

"So you read all of it?" sambung Hadhira bila dia epal di dalam mulut sudah habis dimakannya.

"Khatam about three times. When I missed you ke apa ke, I read your blog as in I can know you better. Nak comment takut, kang you shut it off, mana lagi nak cari sumber kekuatan. Medic is tough ya know" kata Ezzaq. Zaman head over heels kat si hoodies pink. Dia kata ja kat Ajip dia nak let go si hoodies pink ni tapi at the same time, he cant. Masa kat Dublin, ramai budak batch dia yang dok couple-couple and ada jugak yang sukakan dia tapi fokus dia masa tu hanya kat Hadhira sorang. 

"Wow," kata Hadhira. Sumber kekuatan? Ezzaq oh Ezzaq. Nak terharu ke tak ni? tapi kalau memang ikut hati perempuan dia ni, dia memang dah terharu tapi cuma dia tak tahu nak express macam mana. 

"Just W.O.W. WOW! Yang, awak nie memang tak romantik la. Awak tahu tak yang awak patut buat apa sekarang ni?" kata Ezzaq. Kalau dalam drama sah-sah aku rasa heroin tu dah nangis, terharu. Ni si hati batu ni boleh dia sebut WOW aje. Ya WOW saja. Nasib kau la, Ezzaq.

Hadhira buat muka blur. Dia memang pandai berlakon jadi watak blur.

Ezzaq tersenyum. Terus dia berdiri di hadapan Hadhira. Kepala Hadhira di pegangnya. Bibirnya mendarat di atas dahi si hoodies pink.

"Like this," 

Seminit..

Dua minit..

Kelepaaapp.

Ezzaq gelak. Dua minit. New record.

Reaksi tu dia memang dah jangka. Even dia jangkakan sesuatu yang lebih teruk dari tu, macam kena pukul dengan senduk ke, baling pisau ke tapi Alhamdulilah hanya dengan pukulan di tangan. Pukulan apa la sangat, tak terasa pon. 

Hadhira terus berpaling mengadap sauce spagettinya. Dia dapat jangkakan kemerahan warna kulitnya sekarang ni. Tak payah tengok cermin apa dah, sah-sah muka macam tomato sos ni ha. 

"So meh sini saya tolong," kata Ezzaq. Kesian pulak dia tengok si hoodies pink yang dah blushing semacam tu. Amboi yang, allergik lagi ke? Hua hua hua.

Hadhira membuat gesture awak-reti-masak-ke ke arah Ezzaq.

"Amboi ingat husband awak ni tak pandai masak ke?"

Hadhira hanya mengangguk. 

"See the leg la," kata Ezzaq.

Serentak Hadhira memandang kaki Ezzaq. 

"Sama ja macam kaki manusia lain," kata Hadhira. Tak ada pula aku nampak kaki dia macam kaki senduk ke, kaki pisau ke yang sampai suruh tengok kaki kalau nak tahu pandai masak ke tak. 

"Saja buat loyar buruk kan?" kata Ezzaq. Pipi Hadhira dicubitnya.

"Suka hati ja,"

"Suka la.. Kalau tak suka, tak pegang la," kata Ezzaq. HAHAHA. Ingat awak sorang tahu loyar buruk?

Tangannya terus mencubit Ezzaq. Suka-suka ya dia.

"Auchhh, apa ni yang. Cubit anak teruna orang,"

"Geram! Dah awak pergi rebus spaghetti tu," kata Hadhira. Dari layan perangai pak cik ni, baik suruh dia buat kerja. Cepat sikit siap, dah pukul 4.30 pagi ni. Kang nanti rushing pulak. 

"On your command, m'am" kata Ezzaq. Dia tersenyum sambil mengambil pek spaghetti itu. Entah kenapa inilah sahur pertama dia rasa gembira bila bangun, segar bugar. Heee. 

You, si hoodies pink.. change my life.. indeed.

....................................................
p.s: Linkin Park - Rolling In The Deep (Adele Cover) Here

Labels:


5 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 31
Posted on Thursday 28 July 2011
@ July 28, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Pappp. Mainan yang dipegang budak perempuan bertudung biru turquoise terjatuh di hadapan Hadhira. Hadhira terus mengambil dan berjalan ke arah kanak-kanak yang masih tidak sedar akan mainannya yang sudah terjatuh itu. 

"Adik, nah. Terjatuh tadi," jelas Hadhira bila kanak-kanak itu duduk di bangku yang disediakan di sekeliling masjid itu. Ada seorang wanita yang sedang mendukung baby di situ. Mungkin ibu kepada kanak-kanak itu. 

"Kakak tak sedar ke mainan kakak jatuh?" tanya si ibu. Kanak-kanak itu hanya menggeleng.

"Say thanks," 

"Thank you, auntie." kata kanak-kanak itu sepatah. Hadhira hanya tersenyum. Auntie. Nampaknya aku dah tua, tapi masih berlagak muda. HAHAHA.

"Dia memang macam tu. Jarang bercakap kalau dengan orang yang tak kenal tapi kalau dah kenal memang tak berhenti bercakap. Penat nak melayan," cerita ibunya.

"Berapa bulan ni kak?" tanya Hadhira. Comel sungguh. Lena je duduk dalam dukungan ibunya.

"Lepas raya ni masuk setahun la dia. Hari ni nasib baik dia behave, tak nangis-nangis. Takut jugak kan tadi kacau jemaah nak solat tarawikh," cerita kakak itu. 

"Pandaikan dia? Baik budi ni. Selalu ke akak datang sini?" tanya Hadhira. Hari ni ialah hari pertama dia menjejakkan kaki ke masjid ni. Kalau tidak, solat tarawikh nya hanya di rumah. Tadi selepas Maghrib bila Ezzaq mengajaknya ke masjid, terus dia setuju. Dah lama tak solat di masjid. Bertahun jugak la. Tolak solat sunat hari raya.

"Selalu la jugak kalau si kecil ni tak meragam. Tapi ALHAMDULILAH dia pun tak banyak songeh. Adik nama apa? Nama akak Maryam." kata kak Maryam. 

"Hadhira. Yang ni nama apa pulak?" tanya Hadhira kepada kanak-kanak bertudung biru turquoise itu. Pipinya di pegang. Comel. Dia tak pernah ada adik, maka tak pernah berasa nak bermain dengan kanak-kanak. 

"Nurul Umairah Saadah binti Umar Hanif!" kata Umairah dengan penuh semangat. Kak Maryam hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak perempuannya itu.

"Adik ni pula?" tanya Hadhira sambil menunjukkan ke arah baby yang sedang didukung oleh Kak Maryam.

"Umar Qushairi bin Umar Hanif!" 

"Sedapnya nama. Boleh auntie ambik bawak balik adik tak?" usik Hadhira.

"Mana boleh!!! Itu adik saya!" kata Umairah. Dia terus bangun berjalan ke arah adiknya. 

"Alla auntie tak ada adik, tak ada kawan nak bermain. Umairah ada ibu. Bagi la auntie Umar"

"Tak bolehhhhhhh! Ibuuuuuu tengok ni,"

"La kan kakak sendiri tak nak bantu ibu jagakan Umar tadi petang," kata Kak Maryam yang turut memainkan peranan mengusik anak sulungnya.

"Alla nanti kakak janji kakak jaga Umar," kata Umairah. Dia sudah pun memeluk ibunya. Matanya sudah pun bertakung.

"Auntie main-main ajalah. Mana boleh  auntie nak ambik Umar. Nanti auntie kena tangkap dengan polis pulak," kata Hadhira

"Promise?" kata Umairah. Tangannya sudah menunjukkan isyarat pinky-promise kepada Hadhira

Hadhira mengangguk. Tangan si kecil itu terus diraih. Umairah diangkat dan duduk diribanya. Dari jauh dia kelihatan Ezzaq yang seakan-akan mencarinya. Terus tangan dilambai supaya Ezzaq dapat melihatnya yang sedang duduk di bangku itu. Di tangannya ada plastik yang mungkin berisi makanan atau moreh itu.

"Husband?" tanya Kak Maryam.

Hadhira tersenyum. Husband. Bunyinya macam sedap didengar.

Ezzaq datang menghampiri lalu duduk disebelahnya. Kepalanya ditundukkan tanda hormat bila menyedari kak Maryam yang duduk di bangku hadapan mereka. Pipi Umairah yang duduk di atas riba Hadhira dicubitnya. 

Kuih dalam plastik kecil itu dibukanya. Donut dibawa keluar dan baki kuih itu diserahkan kepada Hadhira.

"Umairah nak?" tanya Hadhira.

Umairah memandang kak Maryam. Mungkin mahu meminta kebenaran kut. Kak Maryam hanya mengangguk. Hadhira mengeluarkan kuih karipap yang tinggal dalam plastik itu lalu diberikan kepada Umairah. 

"Kata apa?" tegur kak Maryam.

"Terima kasih auntie, uncle."

Hadhira tersenyum. Dia pandang Ezzaq yang mencubit pipi Umairah sekali lagi itu. Amboi inche doc ni, suka hati je nak cubit pipi anak orang. Perempuan pulak tu? Aikkk Hadhira, kau cemburu kah? Hadhira geleng kepala. Ada ka sampai ke situ?

Ezzaq menghulurkan kuih donutnya yang tinggal separuh itu ke arah Hadhira.

Hadhira akan kening. Apa kes pulak nie?

"Makanlah.." kata Ezzaq lalu meletakkan kuih donut itu ke tangannya.

"Malu la tu kak.. padahal selalu je nak kongsi makanan dengan saya," kata Ezzaq sambil menyiku Hadhira. Hahaha. Amboi yang, muka dah merah.

Hadhira terus mencubit lengan Ezzaq! Suka-suka hati dia je nak buat ayat macam tu. Saman kang!

"Maklumlah kak.. tengah fasa berchenta sekarang ni. Berkasih sayang," kata Ezzaq sambil memandang Hadhira yang sudah menjengilkan matanya itu. Serentak mata kanannya dikenyitkan kearah Hadhira. HAHAHAHA.

"Kekasih halal tak pa. Nak buat apa pon, semuanya dah halal disisi-NYA. Jangan tak ada ikatan, tak ada apa-apa nak menggedik pulak. Sekarang ramai akak tengok budak-budak berchenta hati. Kalah kita yang dah berkawen ni," cerita Kak Maryam. Memang betul pun, tadi petang ketika dia ke Mall dengan suaminya. Depan-depan dia melihat budak berpakaian sekolah berpimpinan tangan tanpa segan silu. Ya ALLAH, dah la sekarang ni bulan mulia. Bulan Ramadhan.

Hadhira mengangguk. Perkara tu dah menjadi perkara biasa dalam masyarakat. Terkejut dia membaca berita semalam yang umur belasan tahun sudah mengandung tanpa ikatan nikah, ada juga yang tak segan silu mengaku sudah melakukan hubungan seks ketika masih di bangku sekolah. Dunia oh dunia, apa la kau nak jadi.

"Dah lama dah korang berkawen?" tanya kak Maryam.

"18 haribulan ni masuk la enam bulan, kak" kata Ezzaq.

Hadhira mengangguk. Aah enam bulan dah perkahwinan ni survive. Macam tak sangka pulak dia dengan Ezzaq boleh selamat selama setengah tahun ni. Alhamdulilah, sikit pon dia tak rasa ada halangan antara diorang. Bukan dia tak tahu yang alam perkahwinan ni lah yang lagi banyak pancaroba dari alam single dulu tu. Sebab sekarang ni nak buat dah melibatkan dua pihak tapi Alhamdulilah sekarang semuanya okay. Thanks to inche husband yang banyak mengalah. Hui hui hui.

Hadhira mengigit sedikit donut yang dipegangnya. Lantaklah. Takkan nak buang kut, sayang! Dah la orang penat-penat buat, makanan mohreh lagipun kan tak baik membazir. Layankan je la perangai Ezzaq hari ni.

"Ni bila pulak nak tambah family member?" tanya kak Maryam tiba-tiba.

"Huh?" hampir tersedak Hadhira ini dibuatnya. Kak Maryam pon suka hati je nak tanya!

"Coming soon akak," kata Ezzaq. HAHAHA. Dia gelak dalam hati. Kalut sungguh bini aku ni, nasib baik tak terkeluar donut yang dia telan tu.

"Jangan lama-lama, nanti dah tua anak baru nak masuk sekolah. Lagipun budak-budak ni sebenarnya interesting. Banyak benda yang dia ajar kita,"

"InsyaALLAH, kak. Kak doakan la." kata Ezzaq. Hadhira disebelah dipandang. Anak? Macam jauh je lagi perjalanan ni. But the thing is how wonderful life is, bila dia ada anak dengan Hadhira. Sure terbaekkk punya. Dia cuba bayangkan seorang kanak-kanak yang ada iras dia dengan Hadhira. It's gonna be fun and nice..

Tapi masalahnya sekarang, perjalanan masih panjang.

Keluhan dilepaskan.

...

Hadhira memandang luar tingkap, senyap je Ezzaq dan dia macam biasa mematungkan diri. Kadang-kadang dia wonder, macam mana dia boleh survive duduk tanpa bercakap dengan orang dalam masa yang lama. Dia ni jenis yang lebih sukakan diam daripada bercakap. Entah la, social skills dia memang fail tapi dengan Ezzaq is different. Dia suka bila Ezzaq bercakap, kalau dia macam ni, dia rasa pelik. Dia pandang Ezzaq yang sedang memandu. Awak tak nak cakap apa-apa ke?

"Awak nak makan apa?" tanya Hadhira tiba-tiba. Tadi bila duduk dengan kak Maryam, dia baru perasan banyak benda yang dia tak buat untuk Ezzaq sebaliknya Ezzaq yang banyak buat untuk dia.

"Hurmm.."

Hadhira mengangkat kening. Sedang fikir masalah negara ke, pak cik?

Tangannya menampar lembut lengan Ezzaq yang duduk di tempat gear itu. Ezzaq ni memang ada habit bawak kereta sebelah tangan, pastu dia buat perangai pikir masalah negara pulak sekarang ni. FOKUS!

"Huh? Kenapa awak?" tanya Ezzaq.

Hadhira membulatkan mata. Memangla dia tak fokus tadi!

"Saya tanya awak nak makan apa?"

"Supper?" tanya Ezzaq. Alahai si hoodies pink, saya dah kenyang makan nasi ayam awak beli masa berbuka tadi. Bila pulak la saya nak merasa air tangan awak ni.

"Awak lapar lagi ke?" tanya Hadhira. Mata dibulatkan, biar betul pak cik ni! Selera apa ni?

"Dah tu tanya nak makan apa tadi.." kata Ezzaq.

"Untuk esok. Pakej sahur dan berbuka dari chef Hadhira!" kata Hadhira. Esok kan weekend, so memandangkan weekend, dia jadi free walaupun tak free sangat sebab banyak drawing perlu ditaking-off tapi dah namanya weekend, dia freekan juga. Otak mahu rest. Kalau 24/7 pandang drawing, dia boleh muntah hijau kut.

"Sahur boleh la kut. Berbuka macam tak ja. Saya on-call esok," kata Ezzaq. Ahhh timing selalu tak kena! Bila si hoodies pink dah buka hati, masa tu pulak schedule dia cemburu nak on-call semua.

"On-call?" tanya Hadhira ingin kepastian. La, kenapa pulak macam tu.

Ezzaq mengangguk. Lemah je dia mendengar soalan dari Hadhira.

"Tak pa la macam tu.."

"InsyaALLAH, hari Ahad saya off."

"It's okay..."

"Sahur kan ada?"

Hadhira mengangguk. Betul jugak tu, ya ALLAH penat je hati ni kecewa tadi. Baru je nak show-off skill memasak. Bukan dia tak pernah masuk dapur langsung seumur hidup dia, pernah. Masa zaman belajar dulu. Zaman kena-memasak-juga-walaupun-malas sebab susah nak cari nasi dengan lauk kat sana. Kalau asyik nak layankan western food, makan kedai semua.. boleh rongaklah duit masa tu.

"So what do you want? Saya try," kata Hadhira. Dalam hatinya, dia dah mula berdoa yang Ezzaq tak akan minta nasi ayam ke, nasi kandar atau nasi yang sekitar dengannya. Jangan oh jangan.

Ezzaq cuba memikirkan apa yang perlu dia cakap. Dia perlukan jawapan yang simple, yang tak susah untuk si hoodies ni masak. Kesian pulak dia nak bangun awal, siapkan juadah sahur nanti.

Tiba-tiba matanya tertangkap perkataan IKEA di papan sebelah jalan itu.

Tekaknya terasa kering. Air liur ditelannya.

"Spaghetti and meatballs?" tanya Ezzaq.

Hadhira mengerutkan dahinya. Punyalah dia takut yang Ezzaq nak nasi beriani ke apa ke atau any masakan melayu. Spaghetti? Nasib baik dia selalu buat dulu. Small matter la.

"Okay!"

Ezzaq menaikkan kening! Bunyi Okay si hoodies pink ni semangat semacam. Haha. Buat spaghetti tak ada la susah sangat kan? Aku yang lelaki ni pun tahu buat, takkan perempuan girly macam si hoodies pink ni boleh fail kut..

Hurmm.

Labels:


5 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 30
Posted on Saturday 23 July 2011
@ July 23, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzaq memandang kawannya, Alia yang sedang menulis di kaunter depan ward Kenanga itu. Ada dua tiga orang jururawat sedang bertugas di situ. Dia berjalan ke arah mereka. Jam di tangan dah menunjukkan pukul 5.10 petang, shiftnya sudah tamat. Imej katil sudah bermain di kepala. Nak qada' tidur.  Kalau boleh mahu saja dia terbang balik, penatnya YA ALLAH. Nasib baik hari ni tak da on-call, tunggu hari minggu pulak. Wuh wuh wuh. Semangat oh semangat.

"Kau masuk?" tanya Ezzaq kepada Alia. Alia hanya mengangguk sambil tersenyum simpul. Apahal pulak cik kak ni?

"Kenapa?" tanya Ezzaq lagi. Pelik. Alia ni spesies Hadhira jugak, spesies jarang senyum. Ni boleh plak senyum kambing kat sini. Ezzaq melihat dirinya atas bawah. Baju smart. Tali leher jerut okay je.. lab coat putih berseri tanpa sebarang darah atau muntah. So what's the problem now, Dr. Alia?

Alia ulang tayang posture tayang gigi dia. Pen yang dipegangnya ditunjukkan ke arah sejambak besar bunga ros pink yang duduk elok di atas bangku yang disediakan itu. Elok pulak duduk elok sebelah Ezzaq.

Ezzaq mengangguk.

"Patient mana ni?" tanya Ezzaq. Hari-hari dia tengok pesakit-pesakit di sini dapat bunga atau buah-buahan dari orang yang datang menziarah. Tapi kali ni macam pelik pulak bila bunga tu masih berada di kaunter lagi dari berada di sisi pesakit.. dan tambahan pulak saiznya kali ni lebih besar dari selalu.

Alia mengangkat bahu.

"First time aku nampak laki dapat bunga weii.. warna pink lagi.. hui hui hui.. eh alamak! Aku dah lambat aku nak round ward dulu," kata Alia lalu pergi dengan sisa senyuman yang tidak lekang lagi. 

Ezzaq hanya mengangguk walaupun dia masih tak faham apa yang Alia cuba sampaikan. Mimpi apa cik Alia ni hari ni?

"Doc tak balik lagi?" tanya seorang jururawat di situ. 

"Dah nak balik ni. Isi ni kejap," jawab Ezzaq. Tangannya ligat menulis. Mahu cepat pulang. Misinya hari ni nak ke bazar Ramadhan.. mahu membeli juadah berbuka.

Done.

Pennya ditekan dan dimasukkan ke dalam lab coat. Kakinya bergerak ke arah pintu ward Kenanga tapi sebelum sempat dia bergerak sepuluh langkah dia dipanggil balik oleh misi yang sedang bertugas itu.

"Doc ni jangan lupa pulak," kata jururawat itu.

Ezzaq mengerutkan dahi. Seingat-ingatnya dia tidak lupakan apa-apa. Semua benda dah siap. Dia terus berpaling ke belakang. Matanya dibesarkan. Apa kes? Betapa terkejutnya dia bila melihat jururawat itu mengangkat jambangan bunga ros pink itu kepadanya.

"Huh?" takkan nurse ni nak suruh dia buat special delivery kat patient kut?

"Ni doc punya. Tadi ada delivery," terang jururawat muda itu sambil tersenyum menunjukkan lesung pipit di kanan mukanya itu.

"Saya?"

"Dr. Firas kan?" tanya jururawat itu lagi. Ada Dr. Firas lain ke?

"Bertuah ye doc," sambung jururawat itu sebelum berlalu pergi.

Lambat-lambat Ezzaq mengambil jambangan itu. Hidden camera ke apa ni? Aiyoo. Siapa pulak spesies luar alam nak bagi bunga kat aku ni? Dalam fikirannya mula mencari idea siapakah gerangan yang bertuah sangat menghantar bunga ini kepadanya. Matanya jatuh ke arah bunga-bunga pink yang rasa-rasanya lebih dari 20 tangkai ini. 

Pink roses. 

Pink. 

Memang tak lain tak bukan.. pastinya si hoodies pink.

"First time aku nampak laki dapat bunga weii.. warna pink lagi.."

"Bertuah ye doc.."

Ezzaq rasa macam mahu pengsan.

...

Hadhira hanya diam menjamah laksa penang yang dibelinya tadi di bazaar Ramadhan. Yummy. Laksa ni memang makanan kegemaran dia sejak kecik lagi. Dalam seminggu tu, mesti ada dua tiga kali jugak dia akan ke gerai kak Wan di depan pejabatnya membeli atau membawa bekal pulang. Heee. Hari ni pun sama, tadi bila dia singgah di bazar, dari awal sampai akhir dia berjalan, dari satu ke satu gerai mencari makanan tapi akhirnya laksa penang juga yang dibelinya. Siap beli empat bungkus, persiapan untuk sahur nanti. Heee. 

Dia pandang ke arah lelaki yang sedang menjamah kuih donut dihadapannya itu. Diam bukan main sejak dari balik tadi. Kenapa agaknya? Patient sakit ke? Aiyoo harus la sakit.. baru dia ada kerja. Kalau tak ada orang sakit, Ezzaq nampak gayanya kena duduk rumah jadi surirumah la. Har har har. Ish apa kamu ni Dhir, ada ke nak doakan tak baik untuk orang. Tangannya terus refleks menampar dahi.. adoi.

Ezzaq yang sedang mengunyah donut itu mengerut dahi apabila melihat si hoodies pink menampar dahinya.

"Kenapa?" tanyanya. Air tebu dalam cawan dihirupnya.

Hadhira geleng kepala. Tadapapa. Takkan nak kantoikan diri kata dia sedang memikirkan Ezzaq. Huishh. Malu woo.

Ezzaq mengangguk. Matanya berhenti di bunga ros pink yang sedang duduk di atas kabinet dapur itu. Tadi petang sengaja di letak bunga pink itu di dapur. Masa tu Hadhira elok je sedang menggoreng donut segera yang dia sedang baham sekarang ni.

Dia pandang si hoodies pink yang nampak enjoy benar layan laksa dia tu. Bukan satu bungkus dia makan sebaliknya DUA! Hantu laksa sungguh.

Apasal Hadhira tak tanya langsung bila tengok dia diam macam ni.

"I'm done." kata Hadhira lalu bangun dari kerusinya. Dia mengambil pinggan-pinggan yang sudah kosong di atas meja itu dan dibawa ke sinki. Tangannya rancak membasuh pinggan-pinggan kotor itu.

"Nah," kata Ezzaq sambil menyerahkan cawan-cawan yang tak sempat Hadhira angkat tadi.

Ezzaq memanjat kabinet disebelah sinki itu. Duduk sambil berselang-seli memandang si hoodies pink dan ros pink di hadapannya. Kedua kakinya dimain-mainkan.

"Cantik bunga," kata Ezzaq. Bunga ros pink itu ditenungnya lagi. First time aku dapat bunga weii. Kalau jenis tulis diari, dah lama dah dia masukkan entri pasal hari nie.

"Cantik juga harganya," kata Hadhira. Terkejut dia tadi melihat harganya tapi demi mahu 'membalas budi' ini, dia sanggup.

"Kenapa bagi?"

"Why not? You did the same, kan?"

"Saya lelaki,"

"Dan saya perempuan,"

"Come on. Mana ada perempuan bagi bunga kat lelaki?" kata Ezzaq. Betul la kan? Ada ke orang dalam dunia ni bagi bunga kat lelaki.

"Ada. During my convocation," jawab Hadhira. Matanya dijulingkan ke arah Ezzaq.

"Payback heh?"

Hadhira pandang ke arah Ezzaq dan tersenyum. Memang pun. Awak boleh buat, saya pun boleh tau! Dia mengambil towel kecik untuk mengeringkan tangannya.

"I knew it," kata Ezzaq mengikut Hadhira yang sedang menaiki anak tangga.

"Awak pun sama kan? Hantar kat orang.. so seri la," kata Hadhira.

"I'm just showing my appreciation towards my wife,"

"And I'm doing the same thing, salah ke?"

"Mana aci tiru orang!" kata Ezzaq.

"I'm not creative, I'm not don juan either. Macam awak," kata Hadhira. Lidahnya dijelirkan ke arah Ezzaq.

"Jangan buat lagi, please. Malu la saya kat nurse and my friends," kata Ezzaq. Dia masih lagi mengikut Hadhira yang sudah pun masuk ke dalam bilik pink itu. Huh, nasib la. Kawen dengan si hoodies pink ni dah macam-macam benda feminin aku dapat. Dapat bilik pink, dan hari ni dapat ros pink. Esok lusa?

Hadhira yang mahu menutup pintu tandas itu membulatkan mata bila melihat Ezzaq masih lagi mengikutinya. Apa dia ni dah pusing sangat ke, yellah first time dapat bunga? Ha ha ha.

"Okay okaayyy saya janji.. Itupun kalau awak tak buat perkara macam tadi. Saya pun malu jugak kat bosses and friends. Btw, boleh keluar tak? Saya nak guna tandas ni," kata Hadhira bila lelaki itu ikut sekali masuk ke dalam tandas. Time is ticking, and Maghrib dah nak habis nie.

Ezzaq tersenyum. Punyalah dok mengikut si hoodies pink ni, tak sedar pulak dah sampai masuk ke dalam tandas.

"We can share," usik Ezzaq.

Hadhira mencebik. Pintu tandas segera ditutup. Ada ka nak buat main macam tu?

Labels:


4 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 29
Posted on Wednesday 13 July 2011
@ July 13, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira berjalan ke arah kubikelnya. Drawing-drawing A1 yang baru diterimanya dari En Ahmad itu diletakkan di atas meja kecil bersebelahan mejanya. Belum pun habis satu projek, dah datang satu projek lagi. Selamat la malam ni balik lewat lagi ke rumah. Kerja oh kerja.

Blackberry di dalam beg dicapainya. Mahu lihat kut-kut ada mesej atau call dari kontraktor ajak bermesyuarat. Bukan boleh percaya sangat.. selalunya esok nak meeting, baru hari ni dia dapat call. Haishh..

One message received. Dari Blackberry Messenger. Ni sah bukan dari kontraktor.

From Ezzaq; 
Handsome, Sweet, Intelligent, spontaneous, good-looking, nice friends, charming, funny, well...Enough about ME! How about you? 

Hadhira tersenyum. Apa punya taktik nak mengorat ni inche Ezzaq oii.

HAHA. You're cheesy.. but to answer your qs.. my friends said I'm an ice queen. Interested much?

Jarinya rancak membalas. Boleh pulak kan main mesej tengah-tengah kerja ni. Nasib la kompaninya ni jenis tak kisah. Jenis menggunakan dasar buatlah-apa-saja-asalkan-kau-siapkan-kerja-kau. 

Beberapa minit kemudian, Blackberrynya bergegar lagi tanda masuk satu mesej.

Cheesy you said huh..err how about this.. If I could rearrange the alphabet, I'd put U and I together.. Ni lagi cheesy kan?

Hadhira tersenyum lagi. Hahaha. Memang la dah kawin dengan adik beradik Don Juan ni. Ayat flirty ada-ada je keluar dari otak dia..

But unfortunately you couldn't!

Hadhira membalas. Suka dia main tarik tali macam ni.

Indeed an ice queen you're! but let see how far you can go.. btw sayang, ive gotta go. Patients need me.. see ya tonight..

Hadhira tersenyum lagi. Macam ni la kut perasaan budak-budak mesej dengan kekasih hati. Kalau dulu punyalah dia tak faham, apa kes nak bermesej, bergayut 24/7 kalau dah selalu berjumpa.. Sekarang sedikit sebanyak dia dah boleh relate dengan benda tu.

"Nuriz" terdengar suara En Ahmad memanggilnya. Kepala diangkat sedikit dari kubikelnya. En Ahmad membuat isyarat tangan memanggilnya ke meeting room sambil itu menunjukkan En Rahim, client mereka untuk projek akan datang. Tahulah Hadhira yang dia kena masuk sekali ke dalam meeting room. Lantas Blackberry dimasukkan ke dalam beg tangan, planner merah hati di ambil dan dibawa sekali ke dalam bilik meeting.

Bercinta, bercinta jugak.. kerja pun kena berjalan jugak.

...

Hadhira hanya mengikut dua orang lelaki yang sedang bersembang di hadapannya. Nasib baik kali ni projek yang di dapat tidaklah sebesar mana, projek pembinaan masjid di Melaka. Maka, workload dia tak la perit sangat. Nanti raya bolehla dia minta cuti lama-lama sikit. Heeee. 

"So Nuriz, kita bekerjasama lagi. Jumpa lagi.." kata En Rahim yang ketika itu sudah pun di muka pintu pejabat. 

"Sure, En. Rahim.." balas Hadhira. Dia memang sukakan En. Rahim yang peramah dan pemurah ni. Selalu saja dia dapat projek dari lelaki ini dan selalunya projek dia mesti melibatkan projek dakwah. Macam membina masjid, madrasah.. Semoga Allah balas segala jasa baiknya.. Amin.

"Nuriz..." panggil Kak Hani bila En Rahim sudah keluar dari pejabat mereka. 

"Kenapa kak?"

"Nah bunga kamu.." kata Kak Hani sambil mengeluarkan sejambang bunga ros yang dibalut dengan kerta putih-pink itu.

Hadhira tercengang. 

"Untuk saya kak?"

Kak Hani tersenyum mengangguk. En. Ahmad dah mula mendekat.

"Bunga siapa ni Hani?" tanya En Ahmad. 

"Untuk mawar seorang ni la boss" kata Kak Hani. Dia tersenyum. Muka Hadhira ketika itu sudah memerah. Kesian adikku seorang nie.

"Birthday kamu ke?" tanya En Ahmad lagi. 

Alahai bos aku seorang ni. Boleh pulak dia rajin bertanya sekarang ni. Aku dah la tengah speechless ni. Ezzaq memang nak kena!

"Wahhhh bunga siapa ni kak Hani?? Besarnya.. mahal ni" kata Aliya, budak trainee di pejabat.

Sudahhh. Semua dah buat mesyuarat kat depan reception counter ni. 

"Boyfriend bagi ye kak?" tanya Aliya lagi.

Alahai adik aku sorang ni. Nak kena babab ni.. busy body sangat. Kerja dah habis?

"Ehhh apa pulak.. husband dia la kasi!" ujar Kak Hani pulak.

"La da kawen ke? Baru je nak masuk line.." sambung Adib. Pekerja baru syarikat mereka.

Hadhira hanya tersengih. Hati dah macam dup dap dup dap sebab jadi headline pejabat hari ni. Suka hati je Ezzaq nak bagi bunga macam ni. Kasi kat rumah kan lagi senang.. tak da la orang lain nak tahu.

"Eh apa ni berkumpul kat sini?" tanya Puan Hanim, senior QS yang masa tu baru je masuk ke pejabat. Mungkin baru balik dari meeting kut. Aliya dan Adib terus berjalan ke tempat masing-masing. Takut ditegur oleh Puan Hanim yang garang tu. Hadhira hanya tersenyum.. En Ahmad pun entah bila menghilang masuk ke dalam biliknya.

"Wow bunga? Birthday you ke?" tanya Puan Hanim yang ketika itu sedang mencari suratnya di kaunter.

Hadhira menggeleng. 

"Lucky la you.. birthday tak apa tak husband kasi bunga.. Kan Hani?"

"Betul tu! Saya ni dah bertahun-tahun kawen, nak dapat bunga setangkai pun susah!" kata Kak Hani lagi. Puan Hanim hanya mengangguk mengiyakan.

"Bak sini I nak tangkap gambar! I nak suruh En Nazril belikan I satu.. hahaha" kata Puan Hanim lalu mengeluarkan iPhonenya. Hadhira hanya tersenyum.. aduhh nanti apa En. Nazril kata.. Dah la En Nazril tu rakan kongsi syarikat ni. Malunya bila orang-orang atasan pun tahu sekali.

Awak ni memang la betul adik beradik Don Juan! Flirty habisss. Ingat dalam drama je ada adegan ni, tup-tup kena kat batang hidung sendiri.

Dia terus duduk di kerusinya. Jambangan bunga itu di pandang. Cantik! And for sure mahal ni.. Alahai.. Kad yang terselit di bunga itu dibukanya..


Are you free for the rest of your life?
Love, 
Inche Husband a.k.a Boyfriend untuk 18 hari. 


Pantas Blackberry dicapainya.

+ Awakkkkk! Malu tahu tak.!

- Malu apa nya? Mak saya datang pejabat ke? Kekekeke.

+ Ish saja ja. Kenapa hantar bunga kat sini?

- Dah tu nak hantar mana? Hantar hospital ni ke?

+ Saja ja. Habis semua orang bising!

- Diorang bising, apa saya kisah.

+ Geramnyaaaaa! 

- Kalau geram nanti balik saya tadahkan pipi untuk awak cubit.

+ AHMAD FIRAS EZZAQ!

- YA SAYAANGGGGGGGGGG!

Hadhira melepaskan keluhan. Susah betul la dengan orang tak faham bahasa nie! Ezzaq sekarang dah pandai main-main dengan dia, dah pandai mengusik. Kalau dulu dia selalu tenang je sekarang mesti dia akan mengusik.. Kalau tak mengusik tu memang bukan Ezzaq la tu. Ada je idea baru dia hari-hari.

Sabar je la. Tengok la nanti apa yang aku nak buat!

Hurrrrr...


Labels:


2 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 28
Posted on Tuesday 12 July 2011
@ July 12, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzaq mencampakkan tali lehernya di atas katil. Allah. Penatnya hari ni. Patient tak berhenti-henti masuk keluar hospital. Tapi nasib baik la dah tak on-call lagi. Kalau tak boleh jadi zombie.. dah macam overdosed morphin.

Dah dua minggu dah pun masuk bulan Ramdhan, tapi boleh kira dengan jari je hari dia boleh balik ke rumah dan bertarawikh dengan Hadhira.. tak pun bersahur. Niaya je. Dah la ini puasa pertama diorang sebagai suami isteri.

"Dah makan?" tanya Hadhira yang sudah berdiri di muka pintu. Dia memandang Ezzaq yang sedang terbaring di atas katil. Dah berapa hari dia tak nampak muka suaminya ni. Dia pun satu hal, busy juga semedang dengan projek baru syarikatnya. Hari-hari balik dua tiga pagi.. Masa tu antara Ezzaq dah terkulai layu atas katil tak pon Ezzaq on-call kat hospital tak balik-balik. Busy. Nasib la.. sama-sama kerja nak cari duit.

"Dah.. tadi berbuka.." dengan roti bakar dan air jus epal. Matanya masih lagi terkatup. Ngantuk. Nak qada' tidur je sekarang ni..

Hadhira berbaring di sebelah Ezzaq memandang siling.

"Bangun la mandi.. bagi fresh sedikit.."kata Hadhira. 

"Hurmmm.." malas nak menjawab. Masih dalam mood mahu rehatkan mata sekejap. Nak mandi pun rasa tak bermaya.

"Tadi pagi saya kena marah.." kata Hadhira.

Serentak itu mata Ezzaq terbuka. Alahai kenapa dengan wife tersayang nie? Dia mengiring ke arah si isteri yang sedang merenung siling itu. Tangan kanannya menongkah kepala..

"Siapa marah awak?"

"Contractor.. tak suka la. Bukannya besar mana pun salah tu tapi nak hentam saya depan orang lain. Malu..." terang Hadhira. Sejak bila entah Ezzaq ni ambik role jadi kaunselor tak bertauliah dia.

"Dah tu tak marah balik?" tanya Ezzaq. 

"Tak berani.. dia besar" jelas Hadhira. Lagipun nak marah macam mana, mana la Hadhira ni tahu marah. Kalau marah sangat pun dia akan diam. Tak reti. Haiyooo.

"Nanti cakap saya. Biar saya karate je. Suami awak ada black belt tahu?"

"Elleh.." matanya memandang sekeliling bilik pink yang mereka cat masa mula-mula kawin tu. Dia tersenyum. Punyalah mamat black belt ni oppose idea bilik pink ni, sekarang aku tengok okay je hidup sampai sekarang. Dah nak enam bulan kut..

"Stress eh keja?" tanya Ezzaq. Dia teringat kisah mereka di kolej bila Hadhira menangis cakap tak sukakan bidangnya itu. 

"Macam mana? Best jadi QS? Dulu kemain tak suka.." tanya Ezzaq. 

"Boleh la. Nak kata benci tak juga.. sayang la jugak." kata Hadhira. Betul juga apa yang Abah cakap dulu.. lagipun kalau sekarang masih benci, boleh mati stress aku kat pejabat tu. Mana boleh buat kerja tanpa kita sukakannya..

"Dekat saya? Dah sayang?" tanya Ezzaq. Dah nak dekat setengah tahun mereka sebumbung tapi hubungan mereka masih lagi di takuk lama. Sampai bila dia harus menunggu?

Hadhira memandang siling. Apa nak jawab ni? Hari tu baru je dah buat keputusan nak terima Ezzaq dalam hidup.. tapi entah la kenapa mulut ni macam kelu nak menjawab. Malu ke? Segan ke? Kan baik kalau Ezzaq ni ada kuasa boleh baca fikiran dia.. senang sikit.

"Ada show Korea tajuk We Got Married.. pernah tengok?" tanya Hadhira tiba-tiba.

Ezzaq berpaling. Sebelah keningnya diangkat. Pelik. Si hoodies pink ni kenapa? Ingat aku ni jenis layan show Korea ke? Dulu waktu belajar boleh la jugak nak layan drama-drama ni.. sekarang jangan harap!

"We Got Married ni macam make-believe couple. Selebriti ni akan digandingkan untuk tengok keserasian diorang.."

 Ezzaq hanya mendengar. Nak menyampuk tak reti.. sebab ni la first time dia dengar ada show macam tu. Macam main kawen-kawen pulak.

"So one of the couple ada buat macam pre-marriage dulu. Diorang kenal dulu untuk beberapa bulan and lepas tu baru masuk alam real marriage.."

Ezzaq mengangguk. So sekarang cik hoodies pink ni nak mintak extension of time ke?

"So my point is apa kata kita buat macam tu.. pre-marriage style. Kenal diri masing-masing dulu.."

"Enam bulan ni tak cukup lagi ke nak kenal diri masing-masing?"

"Bukan macam tu..." bantah Hadhira. Aiyaaa macam mana nak conclude bagi orang faham ni.

"Dah tu macam mana?"

"Ermm kita jadi macam boyfriend-girlfriend dari terus straight ya know husband-wife.."

"We are husband and wife.. macam mana nak jadi boyfriend-girlfriend pulak.."

"Kita belajar bercinta dulu? Macam teenager sekarang.. tengok wayang, keluar weekend, texting, bla bla bla.. Seriously dalam enam bulan ni pun kita macam roommate.. dan masing-masing busy dengan kerja. So saya tak boleh nak kenal awak macam mana.." gumam Hadhira.

"Bercinta? Hahahahaha. Husband and wife tak boleh bercinta ke?"

"Awak ni tak faham la.."

Memang saya tak faham. Macam mana nak faham kalau awak tak nak bagi saya faham, Hadhira.

"Sampai bila nak pre-marriage nie?"

"Month, two months.."

"Naaa. After raya?" cadang Ezzaq. Lagi mahu tunggu dua bulan.. tak nak la.

What? Raya.. bukan lagi berapa minggu je ke? Mana cukup nak kenal-kenal sampai dua minggu je.

"Tak cepat sangat ke?" tanya Hadhira. Jarinya bermain dengan rambut ikalnya yang sudah panjang itu.

"Lepas raya atau never?" kata Ezzaq. Amboiii sejak bila dah pandai cakap tone serius dengan Hadhira nie.

"Okay then.."

"Good girl.. lagipun saya pernah baca berita pasal couple yang satu minggu kenal dan terus ajak kawen.." kata Ezzaq. Dia terus bangun dari pembaringan dan mencapai towel untuk mandi. Hadhira masih lagi baring mengadap siling. Entah apa yang difikirkannya?

"Suka pulak saya dengan cadangan 'comel' awak ni, wife. Saya pun dah lama tak berchenta-chenta ni.. tak sempat nak ajak berchenta.. orang tu tak mahu dulu.. mati-mati dia reject tapi sekarang orang tu yang ajak dulu.. apa lagi pucuk dicita ulam mendatang.." kata Ezzaq sambil tersenyum besar.

Kelepappp bantal segi empat dibaling tepat ke arah Ezzaq. Ketawa Ezzaq masih lagi kedengaran walaupun lelaki itu sudah di dalam bilik air.

Suka ye awak, inche 'boyfriend'. Dalam diam, Hadhira tersenyum sekali..

Agak-agaknya macam mana ya berpacaran sama inche Ezzaq nie?

Labels:


4 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 27
Posted on
@ July 12, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Jom yang.."kata Ezzaq bila melihat Hadhira yang ralit melihat tudung-tudung di booth hadapan pintu masuk Tesco tu.  Serentak tangannya cuba mengambil beg tangan Hadhira.

"Kenapa ni?" kata Hadhira sambil menarik balik beg tangannya dari tangan Ezzaq. Nak kata perompak, bukan. Ni suami sendiri. Lagipun tak akan Ezzaq ni tak ada duit kut, gaji dia saja lebih dari aku.. hissh. Suka-suka je nak ambik beg tangan orang!

Mulutnya dimuncungkan ke arah pasangan di hadapan mereka yang sedang berjalan masuk ke dalam Tesco. Lelaki itu sedang mengapit beg tangan si isteri di bawah ketiaknya manakala si isteri pulak jalan melenggang sambil memandang kanan kiri.

"Selalu saya tengok ramai lelaki pegangkan beg tangan girlfriend diorang.." Ezzaq menerangkan kepada Hadhira yang membuat muka tanpa reaksi itu.

"Errr tapi bukan saya.." kata Hadhira. Ada ke nak suruh lelaki pegangkan beg tangan. Tak paham betul trend zaman sekarang ni. Boleh mati ke kalau beg tangan tak dipegang lelaki.. bukannya berat mana pun. Kalau beg sekolah yang penuh buku-buku tu logik la sikit nak terima dek akal, ni beg tangan yang ada apa je dalam tu. Haiiyoo haiyooo.

Ezzaq mengangguk. Sebenarnya dia sendiri tak faham juga perangai macam tu. Pelik bila melihat lelaki menggalas beg tangan seorang perempuan.. kut-kut ye tangan si perempuan penuh barang tak apa la jugak ni tangan kosong. Troli pun tak pegang.. alahai. Apa sekarang dah keluar peribahasa sayangkan isteri, pegangkan begnya ke?

"Hurmm nak beli apa ni awak?" tanya Hadhira. Kepalanya dah siap memikirkan senarai barang dapur untuk dibeli. Yellah dah nak masuk Ramadhan.. banyak benda nak kena beli untuk keperluan sahur dan berbuka. Kalau selalu main taram je makan kat luar.. Memang la Nur'iz Hadhira ni bukan isteri mithali. Heee Ma tahu nie boleh kena lecture..

"Saya makan je apa yang awak masak.."kata Ezzaq. Teringin jugak dia merasa air tangan Hadhira ni. Asyik-asyik makan bungkus je..

"Makan hati la awak. Saya tak pandai masak." gumam Hadhira. Memang pun dia tak pandai masak. Benda simple-simple dia pandai.. kalau masuk bab suruh masak lauk-pauk dia memang fail. Tak reti. Selalunya memang Ma yang masakkan.

"Tak pandai.. belajar la"

"Apa yang awak suka? Saya cuba buatkan,,"

"Apa-apalah.. hurmm saya suka Tom Yam.." lama Ezzaq berfikir. Tiba-tiba dia teringatkan Opah di kampung. Tom Yam opah memang umphhh..

Tom Yam? Alahai dulu pernah belajar dari Nenek tapi bila dah lama tak praktis memasak memang dah lupa macam mana nak memasak. Otaknya sibuk menjana kembali resepi Tom Yam yang diajar Nenek dulu..

"Awak tunggu sini sekejap.. saya nak pergi ambik barang kat sana sekejap.." kata Hadhira. Tadi dia ada nampak pes tom yam di belah kanan Tesco itu.

Ezzaq yang sedang melihat pack makanan itu hanya mengangguk.

Hadhira berjalan mencari tempat yang dilihatnya tadi. Akhirnya dia melihat pes tom yam dari berlainan jenama itu. Terkial-kial dia cuba mencapai pes tom yam yang terletak tinggi sikit dari ketinggiannya itu.

Tiba-tiba ada seorang lelaki datang membantu..

"Nah.." ujar lelaki yang memakai kemeja hitam itu. Tali lehernya sudah dilipat dimasukkan kedalam kocek bajunya.

"Thank you" kata Hadhira.

"Irah..?"

"Huh..? Encik salah orang kut.." ujar Hadhira. Seingat-ingatnya inilah kali pertama mereka berjumpa.

"Sorry.." kata lelaki itu.

"It's okay.." kata Hadhira berlalu pergi. Lelaki itu masih mengikutnya. Hadhira mempercepatkan langkah ke arah Ezzaq yang sedang menunggunya bersama troli itu. Sampai saja di sisi Ezzaq, terus tangannya merangkul tangan Ezzaq. Matanya menjeling ke arah lelaki tadi yang masih lagi sedang memandangnya..

"Kenapa ni?" kata Ezzaq terkejut. Tak pernah-pernah si hoodies pink ni nak memegangnya alih-alih sekarang.. dia memandang tangan Hadhira yang sudah erat di lengannya. Heee suka~!

"Tu ha.." kata Hadhira. Mulutnya memuncung ke arah lelaki tadi.

Ezzaq mengikut arah mulut isterinya itu. Dia melihat seorang lelaki berkemeja hitam sedang memandang ke arah mereka. Mulut yang tadinya tersenyum terus berubah menjadi segaris.. Fikirannya terus mencerna satu nama di benak kepala. Haris.

"Dia buat apa dengan awak?"

"Dia panggil saya Irah.."

"Irah..."

"Awak kenal ke?" tanya Hadhira. Pelik bila melihat Ezzaq begitu.. tadi bukan main tersenyum bila aku pegang tangan dia.

"Dah habiskan? Jom balik.." sepatah Ezzaq menjawab. Tangan Hadhira terus dipegangnya erat.

Hadhira hanya mengikut saja. Masih lagi takut dengan renungan lelaki tadi. Macam ada benda yang tak kena saja ni.. tapi apa ya? Mahu ditanya kepada Ezzaq, dia takut pula bila melihat mood Ezzaq yang sudah bertukar darjah itu.

....

Ezzaq duduk di balkoni biliknya itu sambil-sambil menghirup udara malam. Dah lama tak buat perangai macam tu. Perangai melayan perasaan.

Hari ni ialah hari pertama dia melihat Haris sejak peristiwa sepuluh tahun dahulu. Entah mana silapnya, dia dan Haris yang dulunya rapat kini menjadi musuh. Tak boleh berjumpa, bertegur sapa.. semuanya selepas kematian Irah.

"Haris.. how's Irah?" soalan itu soalan pertama keluar dari mulutnya selepas dia sedar dari koma. Opah masa tu hanya menangis disisinya. Haris ketika itu memandangnya dengan pandangan yang penuh kebencian.

"She's gone.. sebab kau. Lepas ni hubungan kau dengan aku putus" kata Haris lalu keluar dari ward lelaki hospital itu. Tangisan Opah masa tu terus berubah rentak. 

Ezzaq turut menangis di sisi Opah. Dia dah menyebabkan Hazirah meninggal, hanya kerana sikapnya yang suka berlumba-lumba di jalan raya itu. Walaupun dah acap kali Opah dan Haris menegurnya tapi dia degil. Akhirnya Hazirah yang menjadi mangsa,. Hazirah, teman wanitanya ketika itu. Adik perempuan kesayangan Haris. Cucu angkat Opahnya juga yang menjadi mangsa..

Selepas kematian Hazirah itulah dia mula serius sikit belajar. Mula menjadi matang. Mula hormatkan orang tua.. tapi persahabatannya dengan Haris sudah menjadi sejarah. Lelaki itu tidak sudi memandangnya lagi.. kalau ada kenduri atau majlis di kampung pun, Haris akan berusaha mengelak dari semeja dengannya. Walaupun sebelum tu Haris la abang idolanya. Haris yang baik, Haris yang pandai.. semuanya Haris.. Dia pula sudah malu menebal muka bercakap pada yang tak sudi. Akhirnya mereka terpisah jauh bila Haris melanjut pelajarannya di German dan dia pulak ke Dublin..

"Are you okay?" soalan Hadhira membantutkan fikirannya.

"Nak hot choc ke atau horlicks?" tanya Hadhira bila Ezzaq tidak menjawab pertanyaannya. Mug di kedua tangannya di angkat.

"Hot choc la sebab puan sorang ni suka Horlicks kan?"

Hadhira tersenyum. Tahu pun.

"Kenapa?"

Soalan Hadhira dibiarkan berlalu tak berjawab. Ezzaq memandang sisi Hadhira yang sedang mengadap langit itu. Tudung pashminanya itu hanya diselempangkan saja. Memang Hadhira ada rupa Hazirah sedikit.. agaknya sebab itu lah Haris boleh tersasul tadi. Mungkin sebab itu jugak la kut dia tersuka Hadhira bila dia pertama kali berjumpa dengan Hadhira lima tahun lepas.

Hadhira berpaling setelah jawapannya tak dijawab oleh Ezzaq. Matanya terperangkap dengan renungan Ezzaq yang entah bila merenungnya tadi. Dia cuba melawan pandangan redup itu.. dan yang dia pasti dia akan kalah. 1-0.

Papppp.

"Apa ni? Tengok anak dara orang.."

Ezzaq ketawa.

"Funny okay. Anak dara? Come on, kalau orang sekeliling dengar malu la saya.."

Hadhira pandang kanan kiri.. atas dan bawah.

"Jangan risau. Nobody is here.. kecuali cik cicak yang tengah usha kita kat siling nie.. tapi kan awak ada masalah ke?" tanya Hadhira lagi. Kut-kut kali ni soalannya berjawab.

Ezzaq memandang langit. Mahu ceritakah pasal Haris dan Hazirah tu? Kisah tu dah jadi kisah lama.. buat apa diingatkan lagi kan?

Kepalanya digelengkan.

Dia memandang kembali si hoodies pink yang dah buat muka cemberut disebelah. Mungkin tak puas hati dengan jawapannya kut..

"I love you, Nur'iz Hadhira. Sayang sangat-sangat.." pantas tubuh kecil itu dirangkulnya.

Hadhira hanya mendiamkan diri. Kalau selalunya dia akan menolak tapi entah kenapa kali ini dia mahu bagi peluang untuk Ahmad Firas Ezzaq ini bertapa di hatinya. Sebagaimana nama Nur'iz Hadhira yang sudah lama terukir di hati seorang Ahmad Firas Ezzaq nie.

...

ps: I am back yooo! But still cinta tertinggal di sana.. LOL.
pps: Saya makin kekeringan idea nak tulis apa.. nak sangat wrapp this things cepat2..

Labels:


2 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 26
Posted on Monday 4 July 2011
@ July 04, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzaq memandang saja Hadhira yang sedang melangut di hadapan meja kerjanya itu. Drawing saiz A1 itu dibiarkan saja di atas meja kerja itu.. sebaliknya isterinya itu lebih selesa melayan perasaan daripada membuat kerjanya. Ada masalahkah?

Dia bergerak ke arah Hadhira yang masih lagi sibuk dengan dunia dia tu. Cawan yang berisi Horlick panas itu diletakkan di atas meja.

Hadhira terjaga dari dunia dia tadi. Dia melihat Ezzaq yang sedang tersenyum dihadapannya sambil meletakkan dua cawan Horlick di atas meja tersebut. Asap masih berkepul-kepul. Nais. Horlick panas itu diambik dan dibawa ke mulut. Cuaca sejuk-sejuk ni memang sesuai minum minuman panas. 

"Thank you doc.." ucap Hadhira. Ezzaq memanglah husband yang baik. Kalau selalunya dia dengar cerita dari akak-akak kat pejabat yang complain mengenai suami diorang yang suka duduk saja tidak mahu membantu dalam hal kerja rumah.. tapi Ezzaq ni different case. Seboleh-bolehnya lelaki ni akan membantunya dalam kerja-kerja rumah. Kadang-kadang tu bila balik kerja lewat sikit, dinner dah tersedia di dapur. Malu pulak bila fikir..

"You're welcome, wife" kata Ezzaq. Dia berjalan ke arah rak bukunya. Buku Sidney Sheldon milik Hadhira yang cukup semua set itu dibeleknya.

"Sheldon's fans ey?" kata Ezzaq. Baru dia sedar yang isteri dia ni mempunya koleksi penuh Sidney Sheldon.

"Aah since high school. My favorite.. why?"

"Ingat perempuan suka baca love stories.. Judith McNaught, Julia Quinn, Ahern.. but you.."

"I did.. love love stories. Cuba check tengok tingkat dua rak tu. I collect historical romance too. Boleh pinjam.. kalau nak"

"Thanks but no thanks.."

"Is it an insult to guys to read the buku jiwang a.k.a love stories?"tanya Hadhira. Dia ingat lagi bila Arul mempertikaikan minatnya membaca novel cinta itu. Katanya semua itu membuatkan perempuan berada di awang-awangan.

"No honey.. I read Pride and Prejudice once.. but cuma nak habiskan tu takes time sikit.. lagipun I cant stand all those lovey dovey things.."

"Perempuan suka.."

"How about you?"

Hadhira hanya terdiam. Dia tak tahu nak menjawab apa. Sukakah dia? Suka kut sebab bila baca dia rasa macam whoooaahhh terawang-awangan.

"Saya pernah buat kat awak but you seems not to like it much.." 

"When?" kata Hadhira.

"Box of lollipops, ice-cream, love notes during college.." kata Ezzaq.

Hadhira mengangguk. Yeah he's right. Tapi masa tu dia tak kenal siapa Ezzaq lagi.. dan masa tu juga prioriti dia hanyalah untuk belajar. Ma sendiri tak galakkan dia bercinta lagi masa tu. Dan dia sendiri tak ada masa nak semakkan kepalanya dengan dunia cinta-cinta ni..

"Awak ni ice queen tahu tak? Saya hampir-hampir give up.."

"But you didn't"

"I'm glad I'm not. Kalau tak, tak dapat la nak jadi inche husband kepada awak, sayang" kata Ezzaq yang sudah berdiri di sebelah Hadhira yang masih duduk memandang drawing A1 tu tapi dia tahu Hadhira tak membuat kerjanya itu..

"So sayang.."

Hadhira diam. Adui kenapa mamat ni dekat-dekat ni. Jantung dah berdegup lebih pantas dari biasa dah ni. Jantung, mintak maaf ye sebab kau kena kerja lebih masa sejak dua menjak ni. 

"You dah sedia ke nak jadi isteri kepada Ahmad Firas Ezzaq ni?" kata Ezzaq.

Tiada jawapan dari perempuan di hadapannya ini.

Ezzaq tersenyum.. alahai si hoodies pink.

Bibirnya sudah mendarat di atas dahi Hadhira. Lama. Sungguh dia sukakan perasaan ni, inilah kali kedua dia berbuat begini selepas malam diorang berkahwin hari tu.. cuma kali ni dia terpaksa menunduk SEDIKIT untuk mencium si hoodies pink yang sedang duduk di atas kerusi itu.. tapi still perasaan indah itu memenuhi dirinya sekarang.

"Er saya baru teringat saya ada drawing tertinggal dalam kereta" kata Hadhira. Dia terus terpacak bangun dan berjalan keluar dari bilik kerja mereka itu. Dear cik jantung, sila baik-baik ya. Huaa. Jantung Hadhira masa tu seakan-akan dah nak terlompat keluar dah. Tambah-tambah part bila Ezzaq mencium dahinya itu.. mana ada lelaki berani buat macam tu kat aku. Abah okay la tapi ni huaaaa.. malu!

'Nampak sangat tak bersedia lagi tu..' bisik hati Ezzaq bila melihat si hoodies pink jalan straight je keluar bilik tadi. Tu baru mukadimah je cium dahi.. agak-agaknya kalau aku kiss kat tempat lain tadi apa yang akan jadi. Entah-entah bazooka kat atas meja tu elok je mendarat kat atas kepala aku. Nasib kau la Ezzaq dapat isteri macam ni..

....

Ezzaq terus duduk di meja makan yang sememangnya sudah tersedia sarapan pagi diorang. Mee goreng masih lagi berasap menandakan Hadhira baru saja selesai masak.. dia pandang Hadhira yang sedang membelakangnya. Bunyi sudu bertemu dengan gelas yang didengarnya tadi bila masuk dapur sudah berhenti. Hadhira berjalan ke arah meja maka sambil membawa jag yang berisi air teh panas itu.

"Morning, yang" kata Ezzaq. Tangannya sudah menyeduk mee goreng itu kedalam pinggan.

"Morning.." kata Hadhira lalu duduk disebelah Ezzaq. Ezzaq meletakkan pinggan yang berisi mee goreng dihadapannya. 

Ezzaq memandang sekilas si hoodies pink yang masih memandang pinggannya itu. Alahai takkan segan kut? Normal la husband and wife.. tapi its only a kiss... on the forehead.. salah ke?

"Tidur pukul berapa semalam?" tanya Ezzaq. Setahunya masa dia tidur semalam Hadhira belum lagi masuk ke kamar tidur.. waktu tu lebih kurang pukul 2 pagi.. tapi tadi bila dia bangun Subuh, Hadhira sudah terlena disebelahnya. Lega. Takut jugak kalau si hoodies pink ni buat perangai tidur bilik tetamu. 

"3 a.m.."

"Lambatnya.."

"Buat kerja.." kata Hadhira walaupun dia sendiri tahu yang kerjanya tak berjalan langsung semalam. Gara-gara tindakan luar kawal Dr Ezzaq ni la. Haiyoo haiyooo..

"Malu eh?"

"Huh?"

"Kiss on the forehead? Segan ke?" tanya Ezzaq. Matanya memandang Hadhira yang sedang bermain-main dengan garfu itu. Kepala itu diangkatnya.. merah sungguh pipi si hoodies pink ni. Alahai comelnya isteri aku ni.

"We're husband and wife.. awak ni pergi tak kursus kahwin ni?"

Hadhira masih lagi diam. Memang betul la dia malu.. walaupun dia rasa dia dapat tangkap apa yang Ezzaq cuba sampaikan ni.

Ezzaq bangun duduk disebelahnya. Badan Hadhira dipusing menghadapnya. Sampai bila diorang nak jadi macam ni. Ini namanya roommate, bukan suami isteri..

"I can do this.." 

Dahi Hadhira diciumnya lagi. 

"Everytime and everywhere I want.. Why? because its normal between husband and wife.. and I can even do more than that.. but only.. with only with your permission. But I think, judging from what you behave last night.. apa kata kita biasa-biasakan macam ni.. yella kut-kut nanti bila awak dah bersedia kan tak da la nak terkejut macam semalam.." kata Ezzaq lalu ketawa. 

"Ada drawing tinggal dalam kereta eh yang? but how come bila saya tengok awak masuk rumah balik without any drawing in your hand? Alasan je kan?" kata Ezzaq lalu bangun dengan dari kerusi dengan tawa yang masih bersisa. Dia memandang Hadhira yang sudah merah mukanya di bangku sebelahnya. Marah atau malu dia tak tahu tapi dia suka tengok Hadhira begini.. comel.

Labels:


1 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 25
Posted on Saturday 2 July 2011
@ July 02, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Dah nak masuk dua bulan Hadhira menjadi 'Mrs Ezzaq'. Kalau orang tanya dia macam mana perasaanya jadi seorang puan? Dia sendiri tak tahu nak jawab apa melainkan hanya dengan gesture tayang gigi dia. Sungguh betul la memang dia tatahu nak jawab apa. Perasaan dia sama saja macam dia jadi 'Miss Hadhira' dulu. Tak ada yang berubah melainkan rumah dan housemate dah bertukar. Kalau dulu duduk di apartment bertingkat-tingkat sekarang dah duduk atas rumah dua tingkat. Kalau dulu Kak Nia jadi housemate tukang berbual sekarang dah jadi Ezzaq. Yang tu je kut dua perbezaan ketara yang dia rasa.

Ezzaq pun dah banyak ambil role orang-orang terdekat dia dulu.. Ezzah dah ambik role Arul, si tukang argue bila bab-bab memilih benda.

"What?" Ezzaq menjerit di kedai cat itu. Mata Ezzaq terbeliak.. no no no this is so not going to happen.

"Apa?" tanya Hadhira. Dia buat-buat tak peduli.. kata tadi aku boleh pilih color apa saja. Dah pilih dia nak object pulak. Ini tidak adil!

"Ini pink.. kut..."

"So?"

"Saya lelaki la awak. Takkan master bedroom nak cat kaler pink kut. Malu woo kalau Ajib tahu"

Hadhira angkat kening. Of course la aku tahu dia lelaki.. duh. Takkan perempuan ada badan dan ketinggian macam ni kut..

"Alla dinding je pun. Bukannya saya nak letak furniture kaler pink.. plus its not a bright pink. Just ya know a shade of pink.. but if you hate it.. apa boleh saya buatkan" ujar Hadhira. Mukanya saja dibuat riak sedih. Kalau tadi asyik ada je bahan dari lelaki tu nak object, apa kata sekarang kita guna psikologi pulak.

"Haissssshh. You.. Nur'iz Hadhira.. you... pink it is. Whatever.."kata Ezzaq. 

Hadhira dah tersenyum menang. Kalau dengan Arul jangan haraplah aku akan menang.

Selain tu Ezzaq juga jadi tukang usik macam Jo. 

"Yang pandang sini jap.."kata Ezzaq. Kedua jarinya sudah bersedia untuk melancarkan 'serangan'.

Hadhira buat muka toya. Suka hati je nak bersayang-sayang dengan aku. 

"Nama saya Hadhira.. bukan sayang"

Kelepap jari Ezzaq mendarat di atas pipi Hadhira. Dia tersenyum melihat 'hasil' artworknya di pipi isterinya itu. 

"Kotor" jelasnya. Padahal muka Hadhira dah dicalitkan dengan cat pink bilik mereka itu.

Hadhira pelik. Tangannya memegang pipinya.. terasa basah. Dia melihat tangannya, tompokan cat jelas kelihatan.

"Ahmad Firas Ezzaq!" jerit Hadhira. Jarinya terus dicelupkan ke dalam tempat cat itu. The war begin. Serentak dengan itu Ezzaq berlari keluar dari bilik itu menyelamatkan diri.

Hadhira tersenyum mengingati peristiwa itu. Kalau orang lain honeymoon pergi tempat-tempat bercuti, jalan dekat pantai semua tapi diorang habiskan masa menghias rumah baru mereka tu dengan mengecat, memilih perabot.. sebab dalam masa yang sama dia dapat tahu karakter sebenar Ezzaq.

Disamping tu juga, Ezzaq juga berjaya ambik role Ma, si tukang jaga makan minum dia. Kalau dulu Ma akan telefon rumah sewa tanya "Dah makan ke belum" tapi sekarang Ezzaq pulak yang take over. Tanya dah makan belum, dan kalau belum seboleh-bolehnya Ezzaq akan memasak ataupun membeli makanan diluar saja..

"Dhir.. bangun Dhir.." 

Suara Ezzaq digantikan dengan suara Micheal Jackson yang setia dari pagi tadi dipasangnya di ruang tamu. Peneman setia dia mengemas.. beribu kali jugak la kut lagu I'll be there itu bermain. Heee.

"Kenapa tidur sini?" tanya Ezzaq. Lantas dia melabuhkan punggungnya di atas sofa bewarna kelabu kehitaman itu. 

"Penat" satu patah jawapan keluar dari mulut Hadhira. Tapi memang penat pun. Dari pagi tadi dia mengemas rumah. Seorang diri. Angkat barang-barang naik ke atas.. pikir space arrangement. Penat la buat kerja ni sorang-sorang. Ezzaq pulak dah start kerja..

 "Sorry.."

Hadhira buat isyarat saya okay dekat Ezzaq. Bantal kecik yang bewarna hues yang sama dengan sofa dipeluknya.  

"Dah siap kemas?"tanya Ezzaq. Rasa bersalah memenuhi diri. Yella boleh plak dia cuti seminggu je, kesian si hoodies pink ni nak kena kemas rumah seorang diri.

"Tinggal working space and your books.. tak larat la nak angkat kotak awak tu" 

"It's okay, nanti saya buat.." kata Ezzaq. Tangannya membuka tie yang mengikat leher.. Hadhira membaringkan diri sekali lagi.  

"Dah makan dah?"

Hadhira menggeleng. Mana nak cari makan kat rumah? Barang dapur satu hapa pun tak ada.. tadi petang pun nasib baik lunch dengan Jo kat luar sebab Jo ada kerja kat area-area sini.. kalau tak memang alamat aku puasa satu hari la hari ni.. 

"Nak makan?"tanya Ezzaq. Dia melihat jam di tangan. Sepuluh setengah malam.

"Malas nak tukar baju.." kata Hadhira.  

"Chinese food?" kata Ezzaq. Tadi dia ada nampak kedai makanan cina muslim semasa dalam perjalanan pulang. Sleeve kemeja dilipatkan sampai ke siku.. badan dah melekit semacam. Satu hari round ward pun rasa penat..  

"Sounds good.."

"Give me half an hour. Nak pesan apa-apa?"

"Naaa.. but thanks"

"It's okay.."

Dua bulan kenal Ezzaq sebagai suami dia rasa gembira. Ezzaq lebih banyak menjaga perasaannya daripada menjaga perasaan sendiri. Kalau boleh, semua benda yang dia mahu pasti akan diturutkan Ezzaq.. sampaikan kadang-kadang tu dia rasa bersalah. Bersalah kerana dia sendiri tak menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan betul.

"Kau dengan dia macam mana?" tanya Jo semalam bila diorang keluar bersama selepas kerja. Wife day out kata Jo. 

"Macam biasa je.. okay. Kau jangan risau la tak ada adegan balik pinggan mangkuk.. we survived pretty well" kata Hadhira. Memang betul la.. memang dia dengan Ezzaq elok-elok saja. Rapat.. macam kawan baik. Macam aku dengan kau. Mahu saja macam tu dia jawab kepada soalan.

"Perasaan kau macam mana?"


Soalan tu bermain di kepalanya sejak semalam. Jawapan tu macam memang tak ada dalam skema jawapan. Perasaan aku kepada Ezzaq? Sukakah? Sayangkah? Cintakah? Bencikah?

Tak tahu dia nak jawap.. tapi yang dia tahu dia selesa dengan Ezzaq. Cukup tak jawapan tu nak masuk silibus rumah tangga diorang ni.


Labels:


0 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 24
Posted on Friday 1 July 2011
@ July 01, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Mana manusia dalam rumah ni pergi ni?" bisik Hadhira dalam hati. Tadi bila dia bangun, Ezzaq sudah tiada di dalam bilik. Turun ruang tamu pun tak ada.. apa aku mimpi aku dah kawin ke semalam? Dia berbisik kepada diri. Matanya memandang ke arah sliding door yang terbuka luas itu.. ada khemah. Macam baru habis kenduri.. Betul la tu aku dah kawin semalam. Haiyoo haiyoo.. biul kepala ni pagi-pagi.. tidur banyak sangat semalam.. kununnya nak qada' tidur yang tak cukup la tu.

Dia berjalan ke dapur. Biul-biul kepala pun, perut mesti diisi.

"Good morning Cik Mah" kata Hadhira kepada Cik Mah yang sedang sibuk bersiang ikan itu. 

"Morning neng.."

Amboi Cik Mah dah pandai cakap omputih. Dulu ingat lagi bila aku speaking je dengan dia masa mula-mula datang sini dia buat donno je.

"Ma mana Cik Mah?"

"Ma dengan Abah kuar."

Ezzaq? Mahu je dia tanya tapi kang nanti Che Mah buat muka apa-ni-suami-sendiri-tak-tahu ke? Dari tanya soalan yang berisiko tu baik aku makan. Pantas tangan kanannya mencapai roti bakar atas meja. Jam coklat dicapainya.

"Nenek?" baru dia teringat yang nenek overnight di rumah diorang. Yella takkan Nenek nak balik Langkawi terus kut lepas majlis semalam. 

"Nenek ada diluar sana.. main sama ikan"

Hadhira mengangguk. 

"Dhir keluar dulu eh Cik Mah,,"kata Hadhira. Dia berjalan ke arah kolam ikan Koi di taman rumahnya. Abah memang penggemar ikan hiasan itu. Ikan tu ibarat anak kedua Abah, maka boleh la secara tak rasminya yang si ikan-ikan tu ialah adik kepada Hadhira.. sayangkan ikan sampaikan Abah memang tak akan travel lama-lama kerana takutkan anak-anaknya tu tak dijaga.

Sampai saja di taman itu, dia melihat Nenek sedang memberi makanan kepada 'cucu-cucunya' itu.. like mother-in-law like son-in-law. Hadhira geleng kepala. Nenek pon sayangkan ikan tu macam saya cucu-cucunya juga. Nasib la kau Hadhira..

Dia terus mendakap Nenek dari belakang. 

"Ya Allah terkejut Nenek.."

"Sorry Nek.. Dhir rindu. Semalam tak sempat nak peluk-peluk." Hadhira ikut Nenek duduk di bangku. Sambil pandang Ikan Koi dihadapan mereka ni. Yang semuanya tengah berebut makanan.

"Ni apa anak dara bangun lambat ni? Dah nak pukul 10 baru turun breakfast.."

Nenek dah start nagging. Ayooo.

"Penat la Nek.. ingat kawin senang je.. rupa-rupanya banyak benda nak kena siapkan. Tanak kawin dah lepas ni.."

"Amboi cakap serupa nak kawin lagi je"

Hadhira tayang gigi. Ampun Nek salah cakap. Ha ha ha.

"Ezzaq bangun awal dari kamu.. ish malu Nek"

"Dia dah biasa bangun awal Nek.."

"Kamu tak biasa?"

"Biasa bangun awal tapi tido balik Nek.." seloroh Hadhira. Tapi memang betul la.. dia memang jenis macam tu. Kalau tak ada kerja je, dia akan bangun solat Subuh pastu sambung tidur balik. Kalau bangun awal-awal pun apa dia boleh buat. Nak tengok TV hampeeh tak ada cerita best pagi-pagi. So dari kematu tatahu nak wat apa baik tidur lagi bagus... weheee.

"Rezeki tak masuk"

Hadhira tayang gigi lagi. Haha. Tak tahu nak jawab apa. Nenek ni memang ratu nagging.

Tiba-tiba kereta Honda Civic hitam masuk ke dalam garaj. Dah balik dah pak cik ni. Asal la awak tak gerak saya tadi masa nak keluar.. kan saya dah kena nagging dengan Nenek ni. Huahuaaaa.

Hadhira melambai-lambai ke arah Ezzaq. Mahu lari dari leteran nenek. Nenek ni once dia dah start berleter memang dah tak boleh stop.

"Apa lagi bangun pergi salam.. Ni pergi kursus kahwin tak nie?" marah Nenek. Cucu dia seorang ni memang jenis nak kena ketuk baru nak buat. 

Ezzaq dah berjalan ke arah diorang. 

"Tu dia da.." sebelum sempat dia nak habis cakap dia terus bangun. Sebab tengok mata Nenek yang kalah mata singa betina. Garang. 

Dia terus berjalan ke arah Ezzaq. 

Tayang gigi lagi. Senyum. Tangan dihulurkan kepada Ezzaq.

"Nenek suruh.."jelasnya bila Ezzaq dah buat muka pelik dia tu.

Ezzaq tersenyum. Padanlah. Terkejut jugak aku bila si hoodies pink ni tiba-tiba je datang nak bersalam macam isteri mithali. 

"Dah jumpa kawan kamu tu?"tanya Nenek.

Ezzaq dah duduk di bangku yang Hadhira duduk tadi.

"Aah.Rumah dia area sebelah sana ja.."kata Ezzaq. Semalam baru dia tahu rupa-rupanya kawan sekerjanya pun ada duduk di area sini.

Hadhira buat muka blur. Tak tahu apa yang sedang dibualkan oleh Nenek dengan Ezzaq ni. Dari layan diorang baik aku layan Ikan Koi ni.. Ngee. Lantas dia mengalihkan pandangannya ke arah Ikan Koi yang sedang berenang di hadapannya itu. Cantik jugak tengok ikan-ikan yang berkelompok warna warni ni.. Patutlah Abah suka benar bela ikan-ikan Koi ni. Penyejuk hati rupanya..

"Kamu ni nanti nak duduk mana?"tanya Nenek. 

Kalau aku bela ikan-ikan ni agak-agaknya senang tak nak jaga?

"Dhir.. dengar tak apa yang nenek cakap ni?"

Kelepapp tangannya di pegang oleh Ezzaq.

"Saya dah ada rumah dah.. so dia tinggal dengan saya saja la.."

"Huh?"

Dia pandang Ezzaq. Rumah.. bukan tadi cakap pasal ikan Koi ke?

"Elok la.. Nenek ingat tak ada rumah lagi nak tinggal. Kang susah pulak nak cari. Lagipun sekarang rumah Dhir tu kan dia kongsi dengan Rania.. takkan nak suruh Rania keluar kut.."

Oh rumah. Aah memang dia tengah kongsi dengan Kak Nia. Apa salahnya? Dia pandang Ezzaq yang sedang memberi ikan-ikan itu makan. Fikirannya mula menangkap sesuatu..

Ezzaq..... Kahwin... Rumah...

Oh my...
...

Hadhira duduk diam saja dalam kereta. Dari pagi tadi otak dia sibuk nak mencernakan idea duduk serumah dengan Ezzaq tapi sampai sekarang asyik error je. Tak boleh nak masuk dalam kepala dia. Gerun pun ada nak duduk serumah dengan anak teruna orang walaupun pada asasnya yang lelaki tu dah sah pun jadi suami dia selama... er sehari tiga jam. 

"Lepas Zuhur nanti siap eh. Kita keluar kejap" kata Ezzaq bila diorang masuk ke bilik pagi tadi. 

"Nak pergi mana?" tanya Hadhira. Kalau ikut perancangan diorang, diorang duduk rumah Ma sampai habis cuti kan? Cuti dia lama lagi.. boss bagi cuti dua minggu kut. Syurga gila.. kalau tidak bila lagi nak boleh cuti lama-lama ni..

"Adalah.. siap je kalau tak nak kena dukung" ugut Ezzaq. 

Hadhira mencerun. Ada ka dia nak buat anak dara orang macam tu. Ingat aku baby apa nak dukung-dukung. Tapi dalam masa yang sama dia takut jugak.. sebab Ezzaq ni bukan boleh pakai kepala dia. Kang kalau dia buat betul-betul dukung aku nanti.. tak ke niaya. Sebab tu tadi lepas solat je terus dia siap cepat-cepat walaupun Ezzaq boleh pulak ambik afternoon nap sampai pukul 2.30 petang. Gurrrrr.. Makan hati je la tunggu Ezzaq siap tadi.

"Lama lagi ke nak sampai?" tanya Hadhira. Kang nanti dia bawak pergi jual aku ke macam mana? Nak call Ma macam tak boleh je bila tengok Blackberry yang dah nak nyawa-nyawa ikan ni. Padan muka. Semalam main lena sampai terlupa nak bagi Blackberry kesayangan ni makan. Huahuahua.

"Dah nak sampai ni.. just wait and see"

"Awak tak jual saya kan?" 

Ezzaq tergelak. Ada-ada aja si hoodies pink ni. Ingat aku bapak ayam ke nak jual anak dara orang. Dari jual kat orang baik jual kat diri sendiri.

"Awak ni pemikiran memang some kind of pelik tahu tak?" kata Ezzaq. Ada ke orang normal akan fikir suami yang dah tergila-gilakan isteri dia sangat ni sanggup nak jual bini sendiri. 

"Awak nombor two. I thought Jo is the one and only.."

"Saya tak nak jadi nombor dua awak. Let me be your one and only.."

Hadhira macam nak tergelak je. Ayat dah cheesy dah ye pak cik ni sekarang. Baru sehari kawin ni.. kalau dah berhari-hari gemuk la aku makan cheese je. Tanak tanak. Dia menggelengkan kepala.

"Dah sampai.."

Ezzaq memberhentikan keretanya di hadapan rumah dua setengah tingkat bewarna kelabu itu.

"Rumah siapa ni?" tanya Hadhira. Ezzaq buat muka tak peduli. Tangannya terus membuka pintu kereta. Dia terus berjalan ke pintu utama. Kunci di poketnya dikeluarkan..

"Your house?"

Ezzaq berhenti. Badannya berpaling ke arah Hadhira yang masih tercegat di belakangnya.

"Nope... Our house." kata Ezzaq satu persatu. Dia mahu tengok reaksi Hadhira..

Hadhira membulatkan matanya.. Like.. seriously? Tak mahal ke? Mahal ni.. kalau ikut pengalaman bekerja aku sebagai QS. Dah la lot tepi. Lagi double mahal.
"So what do you think?"

"Kita kongsi je la. Saya bayar half.." usul Hadhira sambil-sambil dia berfikir.. Gaji tolak duit kereta, minyak, saving, bla bla.. boleh kut survive duduk rumah ni.

Dia pandang sekeliling rumah. Masih kosong, rumah baru la katakan. Cantik.. Memang cantik rumah ni. Rumah yang berkonsepkan minimalis. Sesuai sangat dengan dia yang suka benda-benda yang simple nie..

"Ini tanggungjawab saya. Nak sediakan tempat tinggal untuk anak isteri.. So macam mana? Nak jadi interior designer for this house?" tanya Ezzaq.

"Are you dead serious? Seriously?"

"Anything.. for you.."

"I think this is perfect.. tapi the wall is quite dull ya know. Warna putih is ...."

"Boringgggg" sambung Ezzaq. Tahu sangat yang Hadhira ni jenis suka benda2 warna warni ni.

Hadhira tersenyum. Tahu pun. Kita ni memang ada chemistry la Ezzaq. Huhuhu. Boleh survive ni kalau nak hidup sekali.

"Upstair?"

"Jom.."

Hadhira dah berjalan ke arah tangga. Tak sabar sungguh nak decorate rumah sendiri. Otak dah mula fikir nak pergi IKEA.Nak cari perabot yang sesuai.. color apa nak guna untuk wall.. konsep, bla bla bla. Ezzaq kan dah cakap anything for ya tadi.. HA HA HA.

Best juga eh jadi bini Ezzaq ni? 

Labels:


3 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum | Kisah Selepas