Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 13
Posted on Wednesday 30 November 2011
@ November 30, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah melihat gambar-gambar sekitar hari pertunangannya. Cantik. Dia tersenyum. Dah seminggu dah dia pegang title tunangan orang. Macam mana rasa? Dia geleng kepala. Sama ja. Dia masih tak tahu siapa tunangan dia. Dia tahu nama tapi dia tak tahu siapa? Pelik bunyinya kan.

Dia mahu juga bertanya kepada Opah tapi entah kenapa dia rasa malu nak bertanya. How could I say yes if I dont know him kan? Opah sendiri pun tak ada initiatif nak bersembang-sembang pasal tunang dia.

Dan akhir sekali, dia duduk di atas katil ni sambil tengok gambar-gambar dan mula 'membuat' lakaran wajah tunangnya di dalam kepalanya. Dia membayangkan Iman Hariz ni tinggi sebab Haikal, adik Hariz tu tinggi. Mukanya suka tersenyum sebab Mak Cik Awa rajin tersenyum. Badannya sedang-sedang, tak kurus, tak gemuk.. macam Haikal. Matanya bulat dan tersenyum.. dan ramah macam Haikal dan Mak Cik Awa.

Ezzah tersenyum. Entah apa-apa.. tapi okay apa, tunang sendiri kut kan?

"Ezzah.." suara Opah dari luar bilik memanggilnya.

Ezzah bingkas bangun dari katil dan bergerak ke arah pintu. "Awat Opah?"

"Nanti tengah hari kita pergi rumah Mak Cik Awa.. dia panggil makan kat sana."

"Mak Cik Awa?" Mak Cik Awa, bakal mak mertua, Ibu tunang dia tu?

"Aaah. Kenapa kamu ada kerja ke?" tanya Opah. Takut juga dia bila tiba-tiba Ezzah ada kerja yang perlu disiapkannya.

Ezzah menggeleng. Mana nak ada kerja kalau duk melagho je dalam bilik ni. Pergi pun bagus juga, dah bosan dia pandang dinding bilik..

Kalau pergi, entah-entah inche tunangan mesti ada di rumah. Gulp. Tiba-tiba dia rasa takut, nervous.

"Kamu siaplah ye." kata Opah lalu menghilang ke biliknya.

Ezzah menarik nafas. Dia jadi cuak tiba-tiba. Macam mana kalau tunangnya ni tak sampai tahap apa yang selama ni dia bayangkan. Macam mana kalau Iman Hariz ni pendek untuk dia yang tinggi ni? Macam mana kalau dia ni sebenarnya tak peramah, sebaliknya pendiam?

Ezzah menarik nafas.

Semuanya akan okay..

......

"Banyaknya Ibu masak hari ni?" kata Hariz bila dia masuk saja ke dapur. Bau masakan Ibu dah memanggil-manggilnya dari dalam bilik. Dia memandang hidangan di atas meja. Beraneka juadah.. rajinnya Ibu. Selalunya dua tiga juadah je sehari.. ni satu..dua.. enam juadah. Nak sambut menantu ke apa? Hariz menggelengkan kepala. Langkahnya dihalakan ke peti sejuk. Dahaga.

"Ada sapa nak datang ke Ibu?" tanya Haikal pulak. Dia terus duduk di meja makan.

"Aikk tangan tu.. tunggu ada tetamu." kata Mak Cik Awa bila Haikal cuba mengambil bergedil di atas pinggan.

"Tetamu? Sapa Ibu?" tanya Haikal lagi. Mak Cik Awa memuncungkan mulutnya ke arah Hariz yang sedang membuka peti sejuk mengambil air.

Haikal hanya mengangguk. Paham sangat. Ni mesti taktik Ibu ni nak baik-baik kan abang dengan Ezzah.

"Siapa Ibu?" tanya Hariz. Dia kurang dengar tadi jawapan Ibu bila Haikal bertanya.

"Assalamualaikum.." suara dari luar memanggil.

Mak Cik Awa tersenyum. Perfect time. Terus dia berjalan ke pintu, Haikal hanya mengikut dari belakang dan Hariz pula terus ke sinki meletakkan gelasnya.

"Masuklah.. jom semuanya dah siap. Mai makan." suara Ibu kedengaran.

Hariz berjalan untuk menyambut tetamunya..

dan betapa terkejutnya dia bila melihat tetamu yang sedang berjalan ke dapur itu. Apa yang Ibu cuba buat ni?

"Hah Hariz.. salam Opah." kata Ibu. Hariz hanya berjalan dan bersalaman dengan Opah. Gadis yang dibelakang Opah itu masih sibuk memasukkan barang ke dalam begnya..

Ezzah yang mendengar nama 'Hariz' di sebut terus mengangkat muka dari begnya. Matanya terpandang lelaki yang sedang bersalaman dengan Opah..

dan bila saja lelaki itu mengangkat muka terus dia terpaku di situ.

Dia? Monster? Heartless? Wooden heart?

Kakinya rasa lembik di situ.. dan kedebupppp dia terjatuh di situ.

.....

Hariz yang melihat gadis berbaju kurung merah hati itu terjelepuk di hadapannya itu terus ketawa. Ketawa yang betul-betul punya ketawa sehinggakan dia merasa tangan Ibu mengetam lengannya itu barulah dia berhenti. Muka Ibu dah merona, mungkin marah melihat dia yang 'suka' melihat 'kejatuhan' orang. Tapi serius la, sumpah lawak.. melihat gadis yang selama ni 'kuat' melawan dan bergaduh dengan dia tiba-tiba terkulai layu di hadapannya. Sejujurnya ini bukan ekspresi dan aksi yang dia harapkan... dia ingat pertama kali bila Ezzah berjumpa dengan dia, Ezzah mungkin akan menggunakan idea yang lebih kreatif tapi pengsan? Senyuman terukir di bibirnya..

"Ya ALLAH.. kenapa dengan Ezzah ni?" tanya Opah sambil memapah cucunya ke ruang hadapan. Mak Cik Awa membantu sambil menjeling ke arah anaknya yang sedang tersenyum. Hishhhh..

"Nah ibu.." kata Haikal bila dia kembali dari dapur dengan semangkuk air. 

Mak Cik Awa mengambil air dari tangan Haikal, terus merenjis ke muka Ezzah.

Opah di sebelah hanya memandang cucunya. Raut risau terpancar di wajah setiap manusia di situ.. kecuali satu mahluk yang sedang bersandar di dinding ruang tamu itu.

Hariz hanya berdiri, bersandar di dinding dengan tangannya disilangkan di dada sambil menghadap mereka yang sedang mengelilingi Ezzah. Dia sedang cuba fokus untuk tidak ketawa..

Tak berapa lama selepas itu, Ezzah akhirnya tersedar..

Retina matanya difokuskan kepada wajah Opah yang nampak sangat risaunya. Mak Cik Awa pun sama.. kepalanya sedang menyusun kembali apa yang berlaku sebentar tadi.. Ezzah cuba untuk dan bangun dan saat dia bangun dan memandang ke hadapannya dia melihat lelaki yang sedang memeluk tubuh di hadapannya.

Matanya mencerun ke arah lelaki yang sedang tersenyum memandangnya.

Senyuman yang dia tak dapat nak rungkaikan.. tapi 99.9999% hatinya berkata senyuman itu senyuman sinis yang lelaki itu selalu 'hadiah'kan bila mereka bertemu.

"Kenapa Ezzah pengsan? Ezzah okay ke?" tanya Opah.

Pengsan? For real, sebetul-betulnya dia pengsan ke tadi? Patutlah senyuman itu mekar sekali... sekarang baru Ezzah faham apa ertinya senyuman itu. Mesti dia fikir aku ni lemah kan?

Ezzah mengangguk. "Okay.."

Mak Cik Awa menaikkan kening, mungkin sedang memikirkan kenapa ya tiba-tiba bakal menantunya ini pengsan..

"Betul ni?" Mak Cik Awa bertanya lagi untuk memastikan yang Ezzah betul-betul okay..

"O.."

"Okay. So jom makan. Hariz dah lapar dah ni." kata Hariz tiba-tiba sebelum sempat Ezzah menjawab. Dia terus berjalan ke arah dapur meninggalkan mereka yang masih lagi mengadap Ezzah.

Ezzah hanya mampu mengangguk. Tangannya mengcengkam bantal kecik disebelahnya.. kalau tak memikirkan manusia-manusia lain di sekeliling mereka.. dah lama dah bantal tu elok kena kat belakang Monster tu.

Labels:


14 Surat Chenta ♥


Bencisayang 12
Posted on Tuesday 29 November 2011
@ November 29, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Abang, nah tengok gambaq tunang abang ni." kata Carl bila Hariz keluar dari biliknya malam tu. Niatnya yang mahu ke dapur mencari makanan terbantut sebaliknya langkah dihalakan ke arah ruang tamu di mana Carl sedang duduk dengan Ibu itu.

"Cantik kan menantu ibu?" tanya Ibu kepada Carl. Senyuman elok di wajahnya.

"Bakal." Hariz memperbetulkan ayat ibunya.

Mak cik Awa menggelengkan kepala. Ketegaq lagi tu.

"Diorang sepakat bulan sembilan tahun depan, korang bernikah. Lagipun Ezzah dah habis belajar waktu tu. Hariz pun tengah cuti kan?"

"Yella kut." kata Hariz tak endah.

"Ibu.. betul ke tadi masa majlis tu dia tak lari? Tak kena ikat?" tanya Hariz. Dia sebenarnya masih tak dapat mencari jawapan, like for real, budak tu terima nak bertunang dengan dia? Dia tak tahu ke siapa aku?

"Buat apa dia nak kena ikat? Lari? Hishh merepek je kamu.. nah tengok gambaq dia." kata Ibu sambil meletakkan laptop Carl itu di pahanya.

Hariz mengalihkan tumpuannya di TV itu ke arah skrin laptop. Terpampang wajah gadis yang sedang tersenyum memakai baju kurung putih itu.

Cantik. Satu perkataan keluar dari kepalanya. Hariz mengangguk, perempuan ni memang cantik.

Tangannya mengklik ke paparan gambar seterusnya. Close-up. Again, cantik.

Next. Gambar Ezzah dengan Ibu dan Carl.

Dia tersenyum. Gambar tu mungkin akan complete bila dia ada di situ.

Next. Gambar Ezzah dengan Opah.

Next. Gambar candid Ezzah memeluk lengan Ezzaq yang sedang tersenyum.

Senyuman yang tadi terus mati. Kepalanya teringat kembali jenazah adiknya sepuluh tahun.

"Nah. Hariz nak keluar." dia terus menyerahkan laptop itu kepada Ibu di sebelahnya. Ibu yang sedang khusyuk memandang TV itu terkejut. Baru tadi dia nampak wajah si anak yang sedang tersenyum dan selepas satu ketika pandangannya beralih ke TV, tiba-tiba, tup-tup saja muka Hariz kembali kelam.

Deruman enjin di luar mematikan lamunannya. Carl di hadapan di pandangnya. Carl hanya mengangkat bahu dan menggeleng. Tak tahu kenapa mood abangnya berubah sekelip mata.

Ibu memandang skrin laptop.

Gambar Ezzah sedang tersenyum memeluk abangnya. Ezzaq! Mak Cik Awa melepaskan keluhan.

Dia masih tak boleh terima, ya Allah!

.....

"Kau kenapa datang rumah aku malam-malam ni? Orang baru bertunang ni selalunya duduk rumah berangan." kata Tok'ie.

"Berangan apanya? Ni aku mai rumah, at least, bancuh la kopi." kata Hariz. Betul apa? Apa punya kawan, orang mai datang menziarah dia boleh buat main terjah halau balik.

"Widad, hang buat kopi sat." jerit Tok'ie menyuruh adik perempuannya itu membuat air.

"Adik hang juga kena."

"Adik aku tu syok kat hang tau dak."

Hariz menggeleng kepala. Gila apa. Adik Tok'ie tu dah macam adik dia sendiri. Dia ingat lagi bila Widad lahir, dia dah masuk 15 tahun.

"Kalau kau tak jadi dengan tunang kau ni, adik aku ada." kata Tok'ie sambil ketawa terkekeh-kekeh. Suka.

"Hang ingat aku apa? Child molester?"

"Aku main-main ja. Buat apa aku bagi adik aku kat hang. Merana adik aku."

Widad datang dengan air tehnya. Dia terdengar perbualan abangnya itu. Rasa macam mahu diketuk-ketuk saja kepala otak tak betul abang dia ni.

"Widad dah tak heran dah dengan abang Hariz ni." katanya. Matanya dijengilkan kepada abangnya dan tangannya dah mencubit lengan abangnya.

"Abang Hariz tok sah dengaq abang dok merepek."

"Mana abang merepek. Hari tu abang dengaq yang Widad dengan Aida dok bercakap pasal abang Hariz. Abang Hariz itu, abang Hariz ini.."

Mata Widad membulat. Abang dia seorang ni memang nak kena sekeh!

"Tu dulu, sekarang abang Hariz ni kak Ezzah punya. Kak Ezzah tu baik tau abang.."

"Aikk dah tukaq haluan nampak. Dulu bukan main jadi pro-Hariz.. tak kecewa dik oii?" kata Tok'ie.

Hariz diam bila mendengar nama Ezzah disebut. Ingatnya keluar dari rumah, dapat la hilangkan nama tu dari disebut dari perbualan tapi..

"Buang masa ja layan abang ni. Dah Widad nak pi sambung buat kerja sekolah." kata Widad. Bukan boleh percaya abang ni, lagi dia kita attack, lagi dia counterattack.

"Kau diam apahal?"

Hariz menggeleng. Tak tahu nak jawab apa.

"Aku terkejut sebenaqnya.." kata Tok'ie. Memang dia terkejut bila mak dia kata yang Hariz nak bertunang dengan cucu Opah tu. Terkejut sampaikan dia boleh terbrek tiba-tiba tadi petang. Tu nasib baik kat jalan kampung, on the way balik dari kerja.. kalau kat tengah bandar, yang kereta penuh di jalan? Nuzubillah minzalik.

"Terkejut aku dengan Ezzah?"

"Aaah Hani.. budak yang langgaq keta aku tu. Aku tahu reason dia kau lari balik hari tu, aku tahu semua reason kenapa kau anti sangat tapi bertunang? Kau ni waras ke tak?"

Hariz mengeluh. Waraskah dia?

"Mak aku, dok bebel pasal suruh lupakan kisah sepuluh tahun tu but kau tahukan, aku tak boleh.."

"Bukan tak boleh.. susah je sebenarnya." kata Tok'ie. Hariz menggeleng, dengan Tok'ie ni ada je dia nak menjawab, biar la aku lepaskan perasaan di dada ni dulu.

"Iya susah nak lupakan.. dan mak aku dok cakap benda tu je sejak dua menjak and aku entah hantu apa masuk badan cakap kat mak aku yang suruh pinangkan perempuan tu..."

"Ezzah. Nama dia Ezzah.."

"Ye pinangkan perempuan.. okay.. Ezzah.. dan mak aku entah apa lurusnya terus pergi bincang dengan Opah pasal aku dengan Ezzah dan Opah entah apa yang hasut cakap benda yang absurd lagi gila ni adalah salah satu benda yang baik. Good solution kata diorang.. to make us, family aku dengan dia baik balik.. dan paling tak percaya sekali perem.. Ezzah tu terima. Untuk something yang risky macam ni. For God's sake, she is my fiance now."

Tok'ie mengangguk. Itulah padahnya bila terlajak kata.

"So? Apa kau nak buat? Kau boleh pergi ke dengan dia ni?"

Hariz menggeleng. Pergi jauh? Hubungan dia dengan Ezzah?

"Susah.." bila dia nampak Ezzah, dia nampak bayangan adik dia. Punca utama adik dia mati, disebabkan abang Ezzah.

"Susah selalunya bila kita nak mulakan langkah je."

"Kau tahu tak setiap kali aku nampak dia, aku nampak jenazah adik aku. So tell me how would I survive nak hidup bersama dengan perempuan yang abang dia punca kematian adik aku?"

"Ten years.."

"STOP TALKING ABOUT TEN YEARS. Aku try, every day tapi tak boleh. Tak boleh." kata Hariz. Macam mana dia nak lupa bila malam-malam dia nampak mimpi benda yang sama.

Tok'ie terdiam. Orang cakap berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

..............................

p.s: To kak Mona yang dah 5 kali masuk and the rest. HAHA. Saya ingat nak published chapter ni esok pagi but it wouldnt hurt kut kalau awal sikit. Tehehe..

Labels:


7 Surat Chenta ♥


Bencisayang 11
Posted on
@ November 29, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Baju pertunangan yang tersangkut di dinding itu dipandangnya. Cantik. Design baju tu sebenarnya dah lama 'siap' di dalam fikirannya. Sejak dia tahu apa itu ertinya imiginasi dan tahu melukis. Dia memang suka melihat baju-baju cantik, dan di situlah dia mendapat ilham. Teheee.

Dia pun macam perempuan lain juga sebenarnya, ada fantasi sendiri mengenai hari 'bahagia' dia akan berlaku. Warna apa? Bajunya macam mana? Tema? Semualah.. lengkap dari segenap segi. Dari sebesar-besar benda hinggalah sekecik-kecik benda macam goodies bag.Dari kecik lagi dia dah ada fantasi fairy tales macam tu. Katanya dia akan kawen dengan sang putera yang baik hati dan live happily ever after..

Happily ever after?

Ezzah melepaskan keluhan.

Kalaulah lelaki yang memang dia suka, yang dia sayang, sah-sah la hari ni hari yang paling gembira yang dia pernah rasa selama jadi Ezzah Hani.

Huhhh, dia mengeluh.

Betul ke apa yang aku buat ni?

Betulkah kalau dapat restu dari keluarga ni menjamin kebahagiaan dia?

Tanya Ezzah kepada diri sendiri.

"Cantik.." suara dari belakang membantutkan fikirannya.

Ezzah berpaling, kak Dhir tengah tersenyum ke arahnya. Ezzah tersenyum, kak Dhir ni memang rajin senyum!

"Nervous?"

Ezzah mengangkat bahu.Dia memandang ke luar tingkap. Kereta-kereta sudah berbaris di halaman rumah Opah untuk hari pertunangannya. Cuak kah dia? Entah la, rasa sekarang ni lebih kepada tak pasti. Adakah betul pilihan yang dia akan buat ni? Kalau tak betul, dia ada masa lagi 10 jam untuk keluar dari rumah Opah ni, pandu Swift putih di halaman dan lari! Lari menyorok dan bila sampai masa yang sesuai dia akan pulang ke kampung dan meminta maaf.

Dia tersenyum. Tak mungkin dia akan bertindak demikian. Kesian Opah.. mana Opah mahu sorok muka? Dia berpaling menghadap kak Dhir.

"Betul ke ni kak Dhir?"

Hadhira tersenyum. Macam tu jugak dia rasa bila dia di tempat Ezzah dulu. Betul ke? Soalan tu berjuta kali dia tanya dan Alhamdulilah pilihannya itu betul.

"Minta doa, biar Dia permudahkan."

Ezzah angguk.

"Masa kak Dhir dengan abang dulu, how did you know?"

"Whether he is the one, for me?" pertanyaan Ezzah dijawab dengan soalan.

"Dont say you just know.. because I feel none, empty." kata Ezzah. Dia selalu dengar yang orang selalu kata, 'I just know he is the one yada yada yada..' tapi macam mana?! Just know is bullshit, mestilah ada sebab kenapa kita berani to say yes. Marriage is a big thing! Bukan macam main kawen-kawen dulu masa kecil dan bila sampai masa (waktu tengah hari), berpisah dan balik rumah masing-masing sebab kalau tak balik  Ibu datang bawak rotan! Dan esoknya pula datang balik, resume balik main kawen-kawen tu macam hari sebelum.

Bagi Ezzah kahwin ni benda serius, benda yang forever, bukannya kena resume/replay balik macam permainan dia main kecik-kecik dulu.

"I dont know."

Ezzah memandang Kak Dhir yang dah duduk atas katil tu, dia kurang dengar apa yang dikatakan oleh kakak iparnya.

Hadhira tersenyum. "I dont know he is the one for me. In fact masa dia shake hand dengan tok kadi tu pun kak Dhir rasa confuse, pastu mula la keluar 'awan-awan' dari kepala tanya adakah benda ni betul, right decision.. it takes for a while, for both of us, for me, to put back the lost pieces of jigsaw puzzles?" Hadhira tersenyum. Put back the lost pieces of jigsaw puzzles, awwwww. Ezzaq la punya pasal ni! Dah pandai bermadah-madah pulak Hadhira ni!

Ezzah mengerut dahi. "So kak Dhir gamble je, risk your life for my abang?"

"Bukan risk my life, gamble ke apa ke.. hurmm.. more to tawakal, berserah kepada Dia, percaya apa yang Dia datangkan kepada kita tu ada sebab musababnya. Kita dah berdoa, dan buat apa yang mampu and the rest, He knows better." kata Hadhira tersenyum. Dia teringat kisah dia dengan Ezzaq setahun lepas, dia tak tahu, tak pasti dengan perasaan dia, apatah lagi nak ada instinct he-is-the-one macam orang selalu cakap tu tapi yang pasti dia percaya dengan ketentuan Allah, dan apa yang menguatkan lagi perasaan dia untuk kata Ya kepada Ezzaq ialah sikap Ezzaq yang mesti ada kat sebelah dia bila dia rebah..

"Thank you kak Dhir. I always love talking to you."

"Kak Dhir pun, Kak Dhir tak pernah ada siblings.. nasib baik Ezzah ada, boleh la kak Dhir show-off gaya seorang kakak sikit." *flips hair*

Ezzah tergelak. Dengan adanya kak Dhir ni, sedikit-sebanyak, kerisauannya terhapus jugak. Dah tak ada 'awan-awan' keluar dari kepala bertanya betul ke tak.

I'm gonna trying my best dan tawakal..

....

Ezzah memandang cincin di jarinya. Akhirnya, Ezzah Hani is someone's fiance. Kalau kawan-kawan kolej tahu sah-sah dia kena hambur sebab rahsiakan, tapi kata Opah, pertunangan ni seelok-eloknya dirahsiakan. Ye ke? Alla baru je nak ubah status kat facebook, dari Single to Engaged. Mesti ramai orang comment dan like. HAHAHAHA. Ezzah tersenyum.

"Kakkkkkk!" suara dari luar bilik menyebabkan dia hampir terbangun dari kerusinya.

"Widad? Aida?"

"Yella.. sampai hati akak!" muka Widad dan cemberut. Aida di sebelah pun sama, tapi tak ada la cemberut macam gadis berbaju kurung ungu ni.

"Kenapa?"

"Kak bertunang dengan abang Hariz!"

Ezzah tergelak. Sebab tu je? Haha. Alamak dia dah mengguris perasaan ahli-ahli fanclub Hariz ni?

"Korang yang cakap dia tu calon paling sesuai jadi husband, so kak say yes je la."

"Akak dah merosakkan kepercayaan kami kat akak." sambung Aida pula yang diam dari tadi.

Ezzah menyambung gelaknya tak sudah tadi. "Korang ni umur berapa?"

"14 tahun.." jawab mereka serentak.

"Percaya la cakap kak. Abang Hariz tu hanyalah your childhood-crush. Akak dulu pun ada juga childhood crush." Ezzah tersenyum, mengingatkan kisah childhood crush dia dulu.

"Handsome tak dia kak?" tanya Aida. Ezzah tersenyum, amboi dah tak kecewa nampaknya?

"Mestilah dia kena handsome, cute dan cool gila. Bawak keter sport, semua kawan akak suka kat dia."

"Pastu?" tanya Widad pulak.

"Pastu dia kawen dengan orang lain. Yang lagi cantik dari akak.. tinggi dari akak yang masa tu baru dalam proses nak besar. Hopeless rasanya tapi masa tu akak baru 13 tahun tahu dan dia pulak sepuluh tahun tua pada akak."

"Akak menangis?"

"Menangis? Nope tapi akak tekad that someday akak akan jadi macam perempuan, lagi cantik dan tinggi daripada dia.. biar childhood crush kak tu tahu yang rugi dia tak pilih akak and someone, someone yang beruntung, yang deserved untuk dapat seorang Ezzah Hani! Crazy kan?"

"Macam tu je?"

"I met him last year. Dengan perempuan tu lagi, ada dua orang anak yang comel. Happy family dan korang tahu tak apa yang kak rasa bila jumpa childhood crush akak tu?"

Aida dan Widad menggeleng kepala. Tangan mereka diletakkan di bawah dagu, khusyuk mendengar cerita barangkali.

"I felt nothing, tak da perasaan. Langsung. Ironi kan kalau dulu masa akak 13 tahun, rasa macam nak pecah jantung je tapi sekarang.. I lived on."

"14 years old.. korang ada banyak lagi masa nak cari. Hepppp study dulu, masuk U dapat ijazah and then come the perfect time!"

"Akak ni cakap macam fairytales."

"We create our own fairytales. I create mine, korang pon boleh buat benda yang sama." Ezzah tersenyum. No biggies, I'm big sucker for fairytales story!

Aida dah tersenyum. Widad pun sama. Ezzah mengurut dada. Lega. Bila 'kawan-kawan'nya ni dah tak merajuk dengan dia.

Aida berbisik sesuatu dengan Widad. Widad hanya mengganguk. Ezzah menaikkan kening? Entah apa adik-adik ni berbincang. Rahsia mungkin?

Ezzah tersenyum. Dia dulu pun macam tu.

Dia memandang cincin di jari yang baru saja disarungkan oleh Mak Cik Awa, bakal mak mertua. Dia suka dengan bakal mertua dia tu, baik, peramah dan cantik. Cantik semulajadi, yang tak payah mekap tapi dah terserlah kecantikkannya.

Agak-agaknya anak teruna dia tu, Hariz Iman ni, mewarisi tak kecantikkan semula jadi perempuan ni? Kebaikkan dia? Keramahan dia?

"Kak,"

"Hurm..."

"Kitorang dah bertekad..."

Kening Ezzah diangkat, bertekad?

"Kami sepakat, sehati, menyerahkan abang Hariz kepada akak. Kitorang setuju seratus peratus!"

Ezzah dah tergelak. Macam-macam.

"Thank you." kata Ezzah sambil tergelak. Sampai terkeluar air matanya kerana ketawa.

Oh alangkah bahagianya jadi remaja..

.....................................

p.s: Again sorry for makes all of you menunggu-nunggu bencisayang 11. Teeheee. Saya ada tapi idea nak menulis tak ada. Hehehe.  
This is for you guys, who waits.

Labels:


7 Surat Chenta ♥


Bencisayang 10
Posted on Wednesday 9 November 2011
@ November 09, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Kenapa cakap YE?" itu soalan pertama keluar dari mulut Ezzaq bila Opah bangun meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu itu.

Ezzah buat muka toya, remote TV diambil dan ditekan.

"Ezzah. Hani." satu-satu namanya keluar dari mulut Ezzaq.

"Entah. Instinct kut," kata Ezzah. Naluri. Dari dulu lagi dia memang manusia yang pakai hati, dari pakai otak. Entah kenapa, selalunya hati tu lagi berkata benar daripada otak yang berbicara. Sebab tu dia sanggup berhenti belajar civil (walaupun dah tiga semester) dan sambung ke bidang industrial designing walaupun Mama dan Papa mati-mati halang niat murni tu.

"Instinct?"

Ezzah mengangguk. Matanya dijelingkan ke arah Ezzaq. Tahu sangat dia yang abang ni lain tak bukan mesti nak mempersendakan naluri seorang Ezzah ni.

"It is the worst answer, dear."

See? Kan aku dah cakap, abang dia ni memang skema. Hurrr.

"Okaylah.. Ezzah buat research pasal dia tadi."

"Research?"

"Dari anak murid." Wink wink wink.

Ezzaq mengerutkan dahi. Anak murid, research? Sejak bila Ezzah dah jadi cikgu..

"I met two girls masa lukis kat sungai tadi dan diorang cakap Hariz tu handsome, baik, rajin, ganteeeeng bangeeettt.. So okaylah kan kalau dapat future hubby macam tu. Tak ke betul ni kak Dhir?" kata Ezzah. Kedua-dua ibu jari diangkat, sebijik pose Widad dan Aida tadi.

Hadhira mengangkat bahu. No comment.

"It's your life. Your future depends on it.."

"Memang la tapi.." muka Opah tu ha yang buatkan dia tak sampai hati nak kata TAK.

"Fikir betul-betul. Timbang berat ringan yang Ezzah buat ni.." kata Ezzaq.

"Ezzah dah decide, that's my answer. Period. Titik. Noktah." kata Ezzah. Mata dihalakan ke TV, sinetron Indonesia sedang ditayangkan.

Ezzaq mengeluh. Dah tak tahu nak kata apa, Ezzah ni satu spesies dengan Hariz jugak. Degil. Dia bangun meninggalkan Hadhira dan Ezzah yang sedang menonton itu.

Ezzah hanya memandang sebelah mata, merajuk ke abang ni?

"Dear, just go with your guts. Istikharah, is the best way." kata Hadhira.

Ezzah mengangguk. Istikharah? Kenapala dia tak pernah terfikir selama ni.

....

Hariz bangun bila mendengar bunyi ketekang ketekung di ruang tamu. Bunyi bising itu menganggu kerjanya. Dia menjeling sekilas jam di tangannya. 8.15 pagi. Awal lagi untuk aktiviti memasak ibu ni. Selalunya ibu mula memasak lebih kurang pukul 10 pagi, ni 8.15 pagi dah bising bunyi besi aluminium berlaga. Entah apa yang ibu tengah buat ni? Desis hati Hariz.

"Ibu buat apa ni?" tanya Hariz bila melihat ibunya sedang membawa keluar dulang-dulang dari bilik stor mereka. Siapa pulak nak kawen ni?

Puan Awa memandang ke arah anaknya. Buang tebiat apa tanya soalan ni?

Hariz bersandar di pintu. "Siapa nak pinjam bu?" tanya Hariz lagi. Dulang-dulang hantaran ni memang selalu ibu pinjamkan untuk kawan-kawan dia pun.

"Ish kamu ni buat tebiat ke apa?" kata Puan Awa.

Hariz kebingungan tapi dulang-dulang di tanggan Puan Awa terus dicapainya dibawa ke ruang tamu.

"Untuk kamu la ni."

"Huh?" dah memang betul dia kebingungan. Lawak antarabangsa ke apa ni?

"Diorang dah setuju, awal bulan depan kita hantar rombongan meminang. Ni ibu tengah nak siapkan hantaran semua. Kamu nak kaler apa? Jangan cakap hitam, dah muak ibu tengok kamu dengan warna tu."

"Diorang setuju?" like seriously, she did what? Gila, dia ni sedar ke tak sedar ni.

Puan Awa mengangguk. Tangannya sedang mengira bilangan dulang-dulang hantaran itu. "Warna gold la ye?"

"Ibu, biar betul ibu?"

"Betul la.. warna gold eh. Ibu dah dapat ilham dah ni, nanti temankan Ibu pergi beli barang-barang." kata Puan Awa. Selalunya anak orang lain saja yang bertunang tapi kali ni anak sendiri, ya Allah gembiranya.

Hariz termangu di situ. Wow, benda ni seriously benda yang paling dia tak expect.

"Ha, yang dok termenung tu awatnya? Pergi siap, nanti kita pergi cari barang. Bulan depan kalau ikut tambah tolak kali bahagi tinggal tiga minggu je lagi, ishhh takut tak sempat ni. Haahhh cepat.. hee tak sabar ibu."

Hariz hanya mengangguk. Drastiknya hidup.

......

"Opah ni cantik kan?" tanya Ezzah sambil mengalihkan laptopnya menghala ke arah Opah menunjukkan mini pelamin yang berbunga roses turquoise pink itu.

"Nak buat apa ni?" tanya Opah.

Ezzah mencebir. "Buat pelamin la Opah.. kata nak tunang."

"Tu macam nak kahwin, ish tak elok la.. lagipun membazir ja."

"Tak bazir, mama dengan papa taja." Ezzah tersenyum monkey. Betul la mama dengan papa taja walaupun semalam diorang hampir kena heart attack bila Ezzah mengkhabarkan berita dia mahu bertunang.

"Nanti kawen la kamu buat macam tu, bertunang tak payah. Lagipun tunang ni tak elok nak heboh-hebohkan,  lain la kalau nak kawen nanti. Pelamin-pelamin ni tak penting,"

Tudiaa Opah dah masuk berceramah dah. Ezzah mencebir.. Alahai, baru nak pasang angan-angan nak cari theme semua. Yella kat TV tu berlambak artis-artis bertunang secara besar-besaran. Siap ada theme lagi, arabian night la, princess tale la, garden semua tapi dia? Dah la calon bukan pilihan sendiri, bertunang pun tak boleh ikut kesukaan sendiri ke..

"Dalam TV Ezzah tengok cantik, teringin jugak Opah.." perlahan dia menuturkan.

"Tula Opah tak suka TV ni, suka sangat menghasut otak budak-budak. Yang betul dimanipulasikan, yang tak betul tu depa buat bagi nampak cantik, betul.."

Ezzah diam. Kelepaapp terkena batang hidung sendiri.

"Yella yella tapi baju tu Ezzah nak pilih sendiri, beli sendiri jugak." kata Ezzah, di matanya sudah keluar design baju rekaannya. Teheee. Cuba nak cari laces yang sesuai saja, ni yang bestnya bila hidup dengan dunia design, semua benda nak design sendiri. Hohohoho.

Opah mengangguk. Dah tak boleh nak kata apa dah. Dia dah cukup berdiplomasi dengan Ezzah ni, kang nanti dia merajuk tak nak bertunang macam mana.

........

"Ibu masuk la cari barang. Hariz nak kena balik. Bella nak beranak ni, Ibu. Hanip baru telefon." kata Hariz kepada Puan Awa bila mereka baru saja menjejak kaki ke shopping complex. Telefon dimasukkan di poket seluar.

"La.. dah tu biar Ibu shopping sendiri?"

"Nah Ibu ambik je card ni, beli ja apa yang Ibu suka.. semuanya Hariz okay. Sorry Ibu.."

"Yella Bella, lembu kamu tu lagi penting dari Ibu.." merajuk puan Awa bila Hariz buat perangai macam ni. Anak lelaki dia ni mahu kawin ke tak mahu ni, buat suka hati dia aja.

"Alla ibu, jangan marah.. sorry ya ibu."

"Yella.. balik la. Nanti Ibu naik teksi saja balik.. drive elok-elok."

"Baik bu.. thanks. Sayang Hariz kat ibu.. muahhhh" kata Hariz lalu berlari ke pintu masuk shopping complex. Dia risau dengan Bella sebenarnya, hailloo.. betul la kata Zaki yang kalau Bella ni manusia, sah-sah dia kawen dengan Bella. Mana taknya lembu nak beranak pun dia dah berpeluh semacam macam ni dan disebabkan dia mahu cepat ke kereta terus dia terlanggar seorang gadis dari arah bertentangan.

"Sorry." kata Hariz tapi tidak berhenti, dia mahu cepat. Emergency.

"Finally you just blurted out that sorry word from your mouth," kata suara si gadis itu. Hariz berpaling, there she is. With ponytail di ikat tinggi, blouse biru dan jeans. Hariz menggeleng, ini perempuannya? The future wife?

"You."

"Me." dia menjawab.

"It's okay, forgiven. Emergency case lagi.. perhaps?" sambung Ezzah lagi.

"Whatever, I'm out of this." kata Hariz. Dari dia bergaduh baik dia pergi jumpa Bella.

"I'm out of this too! Good day, sir." kata Ezzah lalu membuat gesture curtsy kepada Hariz.

Hariz menggeleng kepala, perempuan ni sumpah tak betul.

......

Labels:


10 Surat Chenta ♥


Bencisayang 9
Posted on Tuesday 8 November 2011
@ November 08, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah meneruskan lukisan kanvasnya sambil tersenyum melihat keriuhan kanak-kanak yang sedang mandi-manda di sungai ni. Nice. Tempat yang sesuai sangat untuk orang yang tengah serabut kepala macam dia ni. Dan sebetulnya bila dia jejak saja kaki ke sungai ni, terus aura positif datang menyerap dirinya. Dah rasa okay sedikit sejak tiga hari lepas. Mana taknya sejak peristiwa Opah menyuarakan hasrat Hariz untuk meminangnya tu, terus dia rasa demam tikus. Sejuk je semedang, nak makan tak lalu. Nak tidur, tak terlena.. semuanya post-symptoms Inche Hariz la ni.. dia mengeluh.

"Wahhhhhh lawanya kakak ni lukis!"

Ezzah berpaling ke sebelah kanannya. Entah bila pulak budak ni duduk di sebelahnya.. Ezzah tersenyum ke arah remaja perempuan yang memakai baju biru itu.

"Aaah la weii.. cun gila.." sambung kawannya yang baru tiba di tempat Ezzah duduk itu.

"Korang pun boleh buat, perlukan praktis yang banyak je." skema Ezzah menjawab.

"Mana pulak kak.. tangan kami ni keraih, kaku. Kalau lukih sah-sah jadi katun.. tak nampak real macam akak lukih ni.."

Ezzah tersenyum kembang semangkuk.

"Tullah kita kena praktis.." sambung Ezzah. Betul apa, practice makes perfect. Kalau ada usaha, rajin sudah tentu boleh. Tak semuanya perlukan skill dan talent untuk pandai melukis.

Kedua remaja perempuan itu tersenyum. "Mana sempat kak.. lagipun mana kami mampu nak pi belajaq melukis."

Ezzah mengangguk. Betul jugak. Tak semua mampu nak pergi kelas melukis.

"Huhhh apa kata akak je yang ajaq kami melukih.. ni akak sikit punya terror..!"

Ezzah membulatkan mata, mengajar diorang melukis? Aiyooo, dia sendiri pun selalu ber-'imiginasi' bila masuk kelas dulu, ni nak mengajar adik-adik ni.

"Apa macam kak? Boleh?" tanya si baju merah pulak sambil berkelip-kelip mata.

Ezzah mengangguk. Hurmm.. bantai je la, lagipun ada juga kawan kat kampung ni. Tak ada pandang Opah 24/7.

"So korang ni nama apa?"

"Nama saya Aida, dan sebelah ni Widad.." kata Aida, si gadis berbaju biru itu.

"Nama akak Ezzah, cucu Opah.. kenal Opah?" tanya Ezzah.

"Mestilah kenal.. Opah tu baik tahu akak.. bertuah akak dapat Opah macam tu."

Ezzah mengangguk. Betul, tak dinafikan lagi Opah memang Opah terbaik dalam dunia dan sebab Opah terbaik dalam dunia lah dia jadi serba salah macam ni. To say yes dan dapat kawin free, or to say no dan biarkan Opah sedih.. ohhhhhhh.

"Jadi kak bila kelas kami nak start ni?" tanya Widad. Dia dah tak sabaq ni dah bermain dengan warna.

"Nah, ambik sorang satu kertas lukisan ni, dan pensel and start. Lukis je, nanti akak ajar macam mana nak rendering dan buat shades okay?"

Widad dan Aida terus tersenyum. Cepat-cepat mereka duduk di sebelah Ezzah dan mengambil kelengkapan melukis di dalam beg galas Ezzah.

"So korang ni memang dari kecil la eh duduk sini?"

Aida mengangguk. "Dari kecik kak.. tak keluaq-keluaq, sini la tempat bermain, melompat semua.."

"Betul.. sampai dah bosan tengok orang yang sama.. nasib baik akak datang, at least dapat la juga tengok muka baru kat sini.. dapat kelas free lagi. Thanks ya akak. Budi akak kami ingat sampai bila-bila.." sambung Widad. Tangannya dah mula melakar panorama di hadapannya.

"So kenal semua orang la?" tanya Ezzah.

Widad dan Aida hanya mengganguk dengan soalan Ezzah.

"So korang kenal la Hariz?"

Aida memberhentikan pergerakan tangannya. Dia memandang Ezzah dengan mata yang tersenyum, glowing.

"Kakak kenal abang Hariz?"

Ezzah menggeleng. Masakan dia kenal sedangkan dia baru je seminggu di sini.. lagipun hidupnya kan di rumah Opah saja. Dia pandang Opah, Opah pandang dia.

"Rugi." sambung Widad.

Ezzah angkat kening, tak faham. Apa ruginya kalau tak kenal Hariz ni?  "Kenapa dengan dia?"

Dan sekarang dua gadis itu memandang Ezzah dengan mata yang tersenyum.

"Kenapa? Kak, abang Hariz tu macam lelaki yang paling ganteeenggggg kat dunia ni." kata Widad. Perkataan ganteng itu ditekannya, dah macam sinetron negara seberang saja.

"Gantengggg?"

"Ye kak.. handsome, tinggi, putih, tegap cuma muka dia tu slack sikit.. garang.. tapi overall bagus~!" sambung Aida.

Ezzah mengangkat kening. Kenapa diorang ni macam describe si monster tu saja.. eh eh apasal keluar si Monster ni pulak dalam kepala!

"Dan dia baik jugak kak.. rajin pun ye jugak."

Ezzah mengangguk. Definitely bukan si Monster sebabnya si Monster tu M.O.N.S.T.E.R. Jahat!

"Tapi kan kakak apasal entah dia tak kawin-kawin sampai sekarang.. yellah umur dia dah panjang tapi entah apa yang ditunggunya.. tunggu bidadari datang kut." kata Widad.

Ezzah tersengih. So akulah si bidadari tu.. mungkin?

"Overall korang bagi dia berapa bintang."

"5 stars." kata Aida dan Widad serentak. Kedua-dua ibu jari mereka siap diangkat, kununnya terbaekkk la.

"So kalau dia datang pinang korang, korang terima?" Ezzah bertanya.

Mata Widad dan Aida bercahaya sambil tersenyum mengada. "Gatal!" kata Ezzah sambil mencubit kedua remaja itu.

"Sambung kerja.." kata Ezzah. Widad dan Aida hanya tersengih monkey lalu meneruskan lukisan mereka.

'5 stars?' Wowww dia ni Mr. Perfect ke apa sampai budak-budak sekolah pun dah jadi macam ni sebab dia. Siap macam artis, ada peminat bagai.. nasib baik tak ada fanclub je lagi. Kalau tak, satu hal pulak aku nak kena handle, yella takut kena serang dengan 'peminat-peminat'.

Eh Ezzah Hani, macam ye ye je awak nak bertunang dengan dia?

.....

Sementara itu di rumah Opah, Ezzaq sudah tiba dengan Hadhira petang itu.

"Assalamualaikum Opah." tangan wanita itu diraihnya, bersalaman. Hadhira turut berbuat demikian.

"Ezzah mana?" tanya Ezzaq bila mereka duduk di sofa.

"Keluar, dia cakap dia ada jumpa tempat untuk melukis." kata Opah. Ezzaq mengangguk, adik dia seorang ni memang artistik sikit, dan selalunya Ezzah akan melukis bila dia rasa gusar.

"Opah.. macam mana ceritanya ni? Ezzaq tak faham la. Penat dah Ezzaq cuba justify sikap Hariz ni tapi tak boleh jugak. Opah sendiri cakap dia dengan Ezzah asyik bergaduh, ni jadi macam ni pulak?"

"Bukan kamu je tak faham, Opah, cik Awa semua orang tak faham tapi cik Awa cakap Hariz sendiri yang cakap, suruh cik Awa pinangkan Ezzah.."

"Ezzaq tak suka, Ezzaq takut dia nak balas dendam kat Ezzaq je.."

"Tak baik tahu awak bersangka buruk dengan orang," sampuk Hadhira tiba-tiba.

"Awak, dia seriously betul-betul terluka bila.. Hazirah pergi.. dan sebabnya saya awak.. saya punca Hazirah mati.. dan Hazirah tu adik yang paling rapat dengan dia dan dia salahkan saya, sampai sekarang.. and tup tup dia nak kawen dengan adik saya, macam mana saya nak bersangka baik dengan dia?"

"Opah rasa apa yang Dhir cakap tu betul.. tak elok, lagipun Opah rasa Hariz tak jahat, tak kejam nak buat anak orang lain macam tu. Ezzaq sendiri kenal Hariz kan? Ezzaq kan rapat dengan dia dulu? Dia baik.." kata Opah.

"Kematian Hazirah dah matikan hati dia Opah.."

"Ezzaq, ni mungkin boleh baik-pulihkan hubungan kamu berdua.." sambung Opah lagi. Sejujurnya dia mahu saja terima pinangan Hariz untuk Ezzah tu.

"Tapi Ezzaq takut Opah.." muka Opah dipandang dalam.

"Awak... who knows? Ezzah mungkin orangnya yang dapat padamkan amarah Hariz pada awak.." kata Hadhira. Entah kenapa, nalurinya mengatakan Ya kepada persoalan Ezzah-Hariz ini.

Ezzaq memandang Opah dan Hadhira bersilih ganti. Sukar.

"Fine, biar Ezzah saja yang putuskan." berat Ezzaq menuturkan kesimpulannya.

.....

"Abang!!" jerit Ezzah bila melihat kereta Civic hitam itu parkir di hadapan rumah Opah. Terus dia berlari masuk ke dalam rumah mencari abangnya.

"Abang buat apa kat sini?"

Ezzaq mencebir. Orang sikit punya penat memandu dari KL-Kedah boleh soalan pertama keluar dari mulut adik kesayangan ni tanya buat apa? Tak tahu ke yang abang dia ni risau sungguh dengan adik dia?

"Kak Dhir sihat?" tanya Ezzah bila melihat Ezzaq mencebir.

"Sihat. Baby pun sihat.." kata Hadhira.

"Heee. Glad to hear that,"

"So abang buat apa sini?" tanya Ezzah lalu duduk di sebelah Hadhira.

"Sebab awaklah."

"Ezzah? Sihat je ni. I'm okay, inche doc."

"Pasal lain.." kata Ezzaq.

Ezzah hanya mengangguk. Dia faham sebenarnya maksud abang dia ni tapi sengaja. Nak bermanja-manja sekejap. Hohoho.

"So?" tanya Hadhira.

"Yes or No?" Ezzah menjawab dengan pertanyaan.

Dia tersenyum. Ketiga-tiga pasang mata itu sedang memandangnya.

"Yes..." kata Ezzah, perlahan tapi masih lagi kedengaran di corong telinga manusia-manusia di sekelilingnya.

Labels:


9 Surat Chenta ♥


Bencisayang 8
Posted on Monday 7 November 2011
@ November 07, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah perlahan-lahan berjalan ke arah dapur. Suara ketawa dari dapur itu menarik minatnya yang sudah pening menghadap FYPnya dari tadi. Nak juga dia tengok apa yang Opah sibuk gelakkan tu.. dan bila dia hampir tiba di muka dapur, dia terdengar namanya disebut-sebut dalam perbualan itu.

Jeng jeng jeng..

Ezzah lantas menyembunyikan dirinya di antara dinding penghadang dapur dan ruang tamu itu. Telinga ditekapkan di dinding.. kunun-kununya bagi impak pendengaran yang lebih jelas walaupun sebenarnya tanpa perlu kan aksi begitupun dia pasti dengar. Satu rumah kut.. rumah kampung lagi.. pasti dengar melainkan ada kecacatan.

"Lama Ezzah duduk sini, Cik?" tanya Puan Awa bila mereka berdua sudah habis ketawa atas insiden 'telur' kelmarin tu. Tak sangka sungguh gadis yang dia nampak lemah lembut itu sebenarnya nakal dan berani! Yella mana ada manusia berani kacau anak lelakinya tu..

"Entah. Katanya sampai dia habis cuti semester dia tu. Nak temankan Opah dia ni, Ezzaq la ni risau semacam bila Cik jatuh demam hari tu. Terus dipaksanya Ezzah balik kampung.. kesian jugak Cik tengok dia. Duduk sini bukannya nak ada kawan pun, dah la dia pun orang bandar.. tak pernah masuk kampung.. kamu nak tahu Awa, ada ke pagi tadi disuruh potong halia, dibuatnya potong halus dadu tu.."

HAHAHAHHAHAHA.

Sekali lagi dekahan suara ketawa Opah dan kawannya itu memenuhi rumah hujung kampung itu.

Ezzah yang disebalik dinding itu sudah merah mukanya menahan malu. Aiyooo apa la Opah ni, ada ke buat diskusi pasal diri dia dengan orang lain. Kan dah jatuh saham ni.

"Nanti-nanti dia pandai la Cik.. sekarang kan dia sibuk belajar.."

Ezzah tersengih. Suka mendengar orang membelanya. Teheee. Hati dah menari-nari kesukaan.

"Belajar tu memangla tapi dia tu kan perempuan.. kenalah tahu kemahiran memasak ni. Jangan dok harapkan bibik di rumah tu aja.."

Ezzah mencebir. Opah ni ada je hujah nak balas balik, aiiii.. tapi okay apa bukannya dia tak tahu masak sangat pun. Tak pandai sangat tapi okaylahh.. sekurang-kurangnya cucu Opah ni pandai masak cupcakes dan dia juga ada 'kemahiran' mengenai restoran-restoran yang menyediakan juadah yang sedap. Cakap saja, nak western, east, kampong style.. anything. Ezzah Hani pasti tahu di mana. Teheee.

"Cik... sebenarnya ni Awa datang ada hajat.."

Ezzah menaikkan kening, telinga ditekapkan ke dinding..

"Hariz.."

Ezzah buat kening the rock, kepalanya mula mencerna nama Hariz dalam kotak ingatan.. Hariz? Tak kenal kut. Telinganya sekali lagi ditekapkan di dinding.

"Dia minta Awa risikkan Ezzah untuk dia.."

Ezzah membulatkan mata dan mulut. Kejap, kejap, kejap..

Inhale. Exhale. Inhale. Exhale.

"Dia minta Awa risikkan Ezzah untuk dia.." Suara mak cik tadi bermain di kepalanya sekali lago.

Risik? Ezzah? ME?!

Terus dia terjelepuk di belakang dinding tu.. that cannot be. Cannot be..

....

"Can you stop laughing now?" marah Ezzah bila dia mendengar dekahan ketawa Shen di hujung telefon sana. Rasa mahu saja dia campakkan iPhone 4 ni ke luar tingkap tapi bila mengingatkan keringat yang dia terpaksa lakukan untuk mendapatkan telefon ni terpaksa juga dia menadah telinga mendengar ketawa menjengkelkan itu.

"No.. come on I thought your family ni modern but what mesirik.."

"Merisik." keras Ezzah membetulkan perkataan yang terkeluar dari kawan Chinesenya ni.

"Whatever it is but hahahhaa.. oh my god I just cant stop laughing now. Could you excuse me for a while.."

Sekali lagi dekahan menjengkelkan itu bermain di corong telefon bimbit tu.

Ezzah mengetapkan giginya. Nasib baik kawan seorang ni berada beratus kilometer jauhnya, kalau lah ada di hadapan mata.. sah-sah dah berbinjul kepala mamat seorang ni.

"So you nak buat apa? Lari rumah? That sounds like hella fun."

"No I dont think so but you know, I dont think my Opah akan accept that pinangan.. lagipun I rasa Opah I ni open-minded, she'll let me decide it on my own.. I think."

"La yang you screwed up sangat apasal? Chillex.."

Tok tok tok.. pintu bilik berbunyi.

"Ehh will call you later. Daaa." terus talian itu dimatikan.

"Tengah cakap telefon ka?" tanya Opah bila Ezzah membuka pintu biliknya.

"Dah habis dah cakap ni.. awat Opah?" tanya Ezzah. Senyuman segaris dihadiahkan kepada Opah. Segaris saja, tu pon dia rasa dah cukup kekok. Hurrr agaknya macam mana nak berlakon ni? Nak buat-buat terkejut ke bila Opah cakap pasal tu, tak pun pengsan terus pun baik juga. Boleh dapat simpati Opah sikit..

"Opah nak bincang sikit.."

Ezzah menelan air liur. Otak dah mula memikirkan idea-idea untuk menolak..

"Kamu kenal Hariz, anak cik Awa tu?"

Ezzah menggeleng kepala. Tupperware air disebelah dihirup.. tekak rasa kering.

"Hariz mintakan cik Awa tu datang pinang kamu untuk dia.. kamu ni dah ada sapa-sapa?" tanya Opah. Kalau Ezzah ni dah ada calon, dia pasti akan menolak pinangan Hariz tu..

Tupperware biru itu diteguk lagi.

Opah diam memerhati..

Kepala Ezzah digelengkan. Betul la mana ada siapa lagi.. boyfriend paling last pun tahun lepas punya kekasih hati.

"Opah.. Ezzah.." sebelum sempat Ezzah habiskan ayatnya Opah dah awal-awal menjawab.

"Kalau macam tu Opah terima je la ye.."

Rahang jatuh.. mata Opah dipandang dalam-dalam meminta penjelasan. Opah yang seakan-akan faham itu hanya mengangguk sambil menunjukkan ekspresi muka yang sampai bila Ezzah tak akan mengerti, yang membuatkan Ezzah tak sanggup untuk berkata tidak kepada kehendak Opah yang satu tu.

....

"WHAT?!" empat jam selepas peristiwa itu, suara Ezzaq pula yang kedengaran di rumah miliknya. Hadhira di sebelah hanya memandang suaminya yang sudah berdiri memandangnya.

"Tapi Opah.. Ezzah dengan Hariz.. Hariz, Opah.. Hariz Iman.. bukan dia benci kita ke Opah?" kata Ezzaq, sesungguhnya dia dah tak faham apa yang dah berlaku sekarang ni.

"Ezzah mana? Dia jawap apa?"

"Opah.. please. Ezzaq balik minggu ni, nanti kita bincang elok-elok. Ezzaq tak boleh benarkan adik pergi ke tangan orang yang tak sukakan keluarga kita Opah.. please ya Opah.. okayy bye.. Assalamualaikum."

Telefon tangan dimatikan. Ezzaq memandang Hadhira yang sedang memandangnya.

"Kenapa?" tanya suara lembut itu. Mata bulat itu di pandang lama..

"Ezzah.. wait.. Hariz, dia hantar pinangan untuk Ezzah.."

Rahang Hadhira jatuh. Terkejut.

"Hariz yang awak cakapkan tu.. kisah sepuluh tahun lepas tu?"

Ezzaq mengganggukkan kepala. The very the one.

"That cannot be.."

"Can...." jawab Ezzaq sambil mengangguk.

"But why?"

"Dia je yang tahu sebabnya,.. saya takut la awak, Ezzah tulah satu-satunya adik saya. Saya takut Hariz apa-apakan dia.. and she knows nothing pasal cerita sepuluh tahun lepas tu. Ahh tak faham sungguh dengan Hariz ni.. apa yang dia nak cuba buat ni?" kata Ezzaq. Bahu si isteri dirangkulnya erat. Dia mahukan kekuatan dari tubuh kecil yang semakin membulat itu..

Hadhira tersenyum. Pelukan suaminya diketatkan.. dia tak tahu nak memberi respon apa selain dari apa yang dia sedang buat sekarang ni..

"Things gonna be okay.. He, the Almighty knows better. Mana tahu ada rencana disebalik kisah ni?" kata Hadhira. Itu saja dia dapat simpulkan. Cliche, but it helps. Keyakinan pada Dia yang Satu itu perlu ada pada setiap manusia, setiap muslim. Dan sesungguhnya setiap kesulitan itu akan datang kesenangan..

Ezzaq mengangguk. Mungkin ada benda yang menanti di sebaliknya? Who knows? Ezzaq tersenyum.. ironi sungguh kalau dulu dia yang menjadi si crying shoulder untuk Hadhira dan sekarang pula Hadhira yang berbuat demikian bila dia lelah dan gusar. Agaknya inilah kut kecantikan ikatan perkahwinan yang orang uar-uarkan tu.

It feels great.. completeness.

Pelukan itu dirungkaikan..

"So kena balik Kedah la minggu ni, yang. Alahai awak okay ke? Nak ikut balik Kedah? Kalau tak nak pun tak apa, alla awak stay je la rumah Ma dengan Abah, saya balik sorang-sorang je.."

Hadhira menggeleng.. lengan Ezzaq dirangkulnya.

"Nak ikut! Tak kira!.."

"Degil."

"Takut rindukan saya ler tu.." kata Ezzaq.

"Mana ada.. orang rindukan Opah dengan karipapnya la. Tak puas makan hari tu.."

Ezzaq tergelak. Hidung Hadhira ditariknya.. "Bagus juga nanti ada la orang layankan saya dalam kereta..  menyanyi lagu Chris Medina pastu menangis.."

Kedepaappppp. Bantal kecil di atas sofa dibalingkan ke arah Ezzaq.

"Menangis-nangis jangan sebut,." kata Hadhira. Malu.

"Tak pa.. tangisan awak tu la yang membuatkan saya sayang.." kata Ezzaq lalu memeluk Hadhira. Insha-ALLAH sampai ke liang lahad dia akan sayangkan perempuan ni seorang. Janji.

...............................

Selamat Hari Raya Idul Adha ya korang! Teheee.. have fun, meh kirim daging sini sikit meh. Teheee..

Labels:


6 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum | Kisah Selepas