Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink 07
Posted on Monday 30 May 2011
@ May 30, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Abang sepupu aku suruh tanya.. betul kau tak nak kenal dulu mamat tu?" 

"Jo, it has been months now.. takkan kau expect jawapan aku berubah kut"

"Dia nak fly dah puasa ni. So probably nie his last chance.."

"Cik Nur Jannah. Jawapan aku dari dulu sampai sekarang semuanya sama.."

"Positive?"

"PO-SI-TIVE!"

"Okay then.."

...

Jo meletakkan bag kertas di atas meja studi Hadhira. Pesanan khas dari abang Razif dan katanya hadiah dari Ezzaq. Ya ALLAH, susah benar nak lembutkan si hati batu ais kepal Hadhira ni dan susah jugak nak bagitahu si Ezzaq ni supaya berhenti berharap. Aku yang jadi perantara ni yang terseksa tahu tak. Ngeeeee.

"Apa nie?"tanya Hadhira. Tangannya membuka bag kertas silver itu. Ada kotak saiz A4 dan sekeping kad.

"Dari sumber yang boleh dipercayai saya dengar ada orang tu tengah berchenta dengan studio.. nak siapkan final project kan? Good luck.. ingat jatuh terduduk ke apa ke kita kena senyum. So yeahh Lolipop tu semuanya untuk awak.. Ngeee.. Till we meet again, Ezzaq"

Ezzaq? Ezzaq mana? 

"Btw, my name is Ezzaq. Nice meeting you girl!"

Peristiwa enam bulan lepas kembali bermain di kepala. Ahhh Ezzaq yang tu rupanya.. inche stranger.. Mr. Smiling eyes..

Lantas kotak bersaiz A4 itu dibuka. Wow penuh dengan lolipop! Ikut congakan mata kepala aku boleh survive sampai final exam nie!

Terus dia pandang Jo yang sememangnya setia duduk disebelahnya.

"Kau kenal dia?"

Jo mengangguk. Soalan jenis apa tu cik Hadhira?

"Mana jumpa?"

"Tak jumpa. Abang Razif yang bagi"

"Abang Razif pun kenal dia? Satu course?"

"Soalan apa tu cik kak?"

"Yella macam mana kenal Ezzaq ni? dan macam mana Ezzaq ni tahu kau kenal aku?"

"Hadhira.. Ezzaq ni ialah the same mamat yang nak kenal dengan kau tu.. kawan abang Razif.. kan aku dah bagitahu dulu?"

"Huh?"

"I tell you so.."

"Aku tak faham. So maknanya si Ezzaq ni lelaki yang masa kita first sem dulu tue.. dia yang.."

"Dia kirim ni kat kau through Abang Razif sebab tadi Abang Razif ada hantar dia kat KLIA"

"So dia dah fly la?"

"Aaa-ha."

'So tak ada chance la aku nak cakap terima kasih....' bingkasnya dalam hati.

Hati oh hati, kenapa kau rasa ngilu sangat ni.

...

"There can be miracles, when you believe"

Ezzaq membaca tulisan yang tertera di profil Hadhira di Facebook. Tak sangka betul ye akhirnya insan bernama Ahmad Firas Ezzaq ni tahu erti stalking somebody's profile kat Facebook. Bajet sungguh la. For the last time kut, lepas ni aku janji tak akan sekali kali jenguk profile perempuan bernama Nur'iz Hadhira ini.

Sungguh rasa penat sudah mengejar si merpati putih itu. Nampak macam jinak tapi sebenarnya...

Dia memandang jam ditangan. Masa dah tiba. Apple Macbook ditutup dan dimasukkan ke dalam bag galas.

Selamat Tinggal, Malaysia!

Selamat Tinggal jugak, si hoodies pink.

.................................

pssst: I MISS MY FOUNDATION DAYS!!!

pssst(2): Okay sebenarnya yang ni je yang ada dalam kelapa hotak.. yang mana saya simpan dalam laptop.. tapi macam sedih je kan bila ending macam ni.. so probably may be akan sambung.. tapi kena buat plot dulu.. wehheee.. btw what say you?

Labels:


4 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 06
Posted on Sunday 29 May 2011
@ May 29, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Barang-barang studio dicampaknya di koridor lab sains. Kedebam. Bunyi T-Square dan Bazooka akibat bersentuhan dengan lantai simen koridor tersebut. Hadhira terus terduduk. Air matanya yang ditahan sejak dari studio tadi dilepaskan. Sungguh dia rasa terbeban sangat belajar benda yang dia tak minat ini. 

"Apa yang awak try nak buat sekarang ni Hadhira?"tanya Encik Anuar. Studio master studionya. Lelaki itu lelaki garang..dan sinis.

Garang itu dia tak kisah sangat kerana abah lebih garang daripada itu tapi bila part sinis tu.. oh Ya ALLAH kenapa la rasa down sangat. Rasa loser gila. Dia tak kuat dan pandai macam rakan-rakan sekelasnya yang lain.

"Kalau awak buat macam ni Hadhira.. awak tahu tak apa yang saya nak rekomenkan kat awak? Awak quit je study and kerja kilang. Awak tak berani Hadhira.. bidang ni hanya untuk orang yang berani dan kuat. Apa awak expect lembut dan penakut macam ni awak boleh survive nanti bila dah kerja?? You're absolutely at the wrong place. Wrong course.."

Kata-kata Encik Anuar masih lagi segar dalam benak kepalanya. Masa tu mahu saja dia menjawab 'WHAT CAN I DO!! Abah yang paksa saya!!' tapi dia sedar itu lagi menampakkan dia ini seorang yang pengecut, tak berani nak mencapai impian sendiri. Bagaikan si lalang yang hanya mengikut sang angin. 

Air mata merembes keluar lagi. Esakannya yang tadinya perlahan mulai rancak. Malu rasanya bila ditengking sedemikian di hadapan rakan-rakan walaupun dia berjaya membuat muka tanpa riak ketika di studio tadi. Dia hanya mampu tersenyum bila Jo datang menghampiri dan cuba memujuknya tapi yang sebenarnya hanya Tuhan saja yang tahu apa yang di dalam hatinya.

"Errr miss.. are you okay?"

Hadhira mengangkat mukanya dari lutut. Seorang lelaki tersenyum di hadapannya. Tangan kirinya memegang lab coat. Ahhh mesti dari lab ni. Tangan Hadhira terus mencapai beg Tote-nya. Mencari tisu. Ya ALLAH, malunya menangis macam nie.

"Ahh mana dia plak ni?"tingkahnya. Tangannya masih sibuk mencari tisu.

"Here.." lelaki itu menyerahkan sapu tangannya.

'Eee mamat ni mushy semacam je. Apa dia ingat ni soap opera ke?'gumamnya di dalam hati.

"Jangan risau it's clean and clear. Tak pernah guna.."

"Err it's okay.. but.. okay...errr.. thanks" tangannya mencapai juga sapu tangan biru itu. Ada inital AFEAH dijahit di atasnya. Ngeeee.. nama macam perempuan.

"Kenapa menangis?" riak concern ada diwajah chinese-look lelaki itu.

Hadhira geleng kepala. Rasa macam tak sesuai je nak buat curahan hati dengan stranger. Lagipun Ma ada pesan sejak kecil lagi yang jangan percaya orang yang kita tak kenal. Agaknya sekarang pun boleh apply lagi kan teori dan amanat Ma tu?

"LIFE? LOVE? STUDY? FAMILY? Pick one." lelaki itu memandangnya dan terus duduk sedepa darinya.

'Haish dia ni tak nak kalah langsung!' bingkas hatinya.

Tapi bila kembali teringat apa yang terjadi di studio tadi air matanya terus merembes keluar lagi tanpa dipaksa-paksa. Serentak dengan itu semua cerita yang berlaku diceritakannya kepada si stranger seorang ni. Dari peristiwa kena paksa oleh abah sampaikan apa yang telah berlaku hari ni. Si stranger hanya mengangguk dan mencelah bila perlu. Sumpah sebijik perangai macam Nadiah. Pendengar yang baik.. 2 thumbs up! 

Air matanya dilap lagi. 

Nasib kau lah stranger terpaksa dengar cerita bosan aku ni di petang hari. Aiyooo malu malu malu. Lepas ni harap-harap kita tak berjumpa lagi la  ye inche stranger! Saya malu...

"Nah!" sebatang Lolipop diserahkan kepada Hadhira. Hadhira membulatkan matanya.

"Saya ada adik perempuan.. kalau dia menangis je, sedih, etc.. saya tutup je mulut dia guna aiskrim tapi memandangkan saya tak ada aiskrim sekarang .. maka apa kata kita ganti dengan something sweet.. macam Lolipop walaupun sebenarnya jujur saya cakap yang Lolipop je ada dalam bag doraemon ni" kata lelaki itu lelaki sambil tersenyum.

Smiling eyes. Mr. Smiling Eyes. Bisik hati Hadhira.

"Thank you.. sedikit sebanyak dapat la comfortkan saya.."kata Hadhira perlahan. Apa nak jadi ni Nur'iz Hadhira. Tak pernah-pernah cakap dengan lelaki.. tup-tup terus memuji mata anak teruna orang ni. Haip haip.

"No big deal.. it comforts me too.."

"Btw.. sorry for being rude.. kita pernah berjumpa ke?"tanya Hadhira. Melihat lelaki itu buat pertama kali tadi membuatkan dia rasa macam pernah berjumpa tapi di mana ye?

"People all the time cakap saya macam Nicholas Tse.."kata lelaki itu sambil tersenyum.

Hadhira mencebir. Nicholas Tse? Err Nicholas Tse tu sumpah sangat different dari lelaki ni. Lelaki ni memanglah nampak chinese-look tapi dia bermata bulat, dan Nicholas pulak memang lain. Lain sangat-sangat.

"Err really?.. orang cakap saya macam Cecilia Cheung" Hadhira mencebir. Tengok aku pun boleh jadi sarakastikus macam Jo jugak.

Hadhira=Cecilia Cheung. Yang ni lagi lawak. Macam langit dan bumi. Hadhira is no way akan jadi macam Cecilia Cheung. Muka pun Melayu tulen with a lil bit mix with Arab and Indo, dekat mana nak jadi chinesenya. Aduyaii.

"Sesuai sangat la tu. That makes us a beautiful couple. Nicholas-Cecilia kan married.."

Kedepap. Senyuman yang mula-mula ada di wajah Hadhira akhirnya bertukar. Lelaki itu masih lagi tersenyum.

"Lawak je la cik adik... Awak ni jenis kelam kabut tahu tak.. err got to go. Ada kelas in fifteen minutes.." lelaki itu bingkas bangun dari tempat duduknya. Tangan kanannya menunjukkan jam ditangannya tanda dia sedang mengejar masa.

"Jangan lupa untuk tersenyum tau! sebab kawan saya pernah cakap kalau terjatuh terduduk macam mana sekali pun kita tetap kena senyum. Senyum itu sedekah.. Smile, girl! Lagipun you fall 99th times.. it's okay asalkan u stand up for the 100th times.." ujar lelaki itu lagi lalu membengkokkan badan mengambil beg galasnya yang diletakkan di koridor tadi lalu berjalan ke arah lab hadapan.

Sebelum sempat dia membelok ke arah kanan, lelaki itu berpaling kembali.

"Btw, my name is Ezzaq. Nice meeting you girl!" jerit lelaki itu lalu hilang di pandangan Hadhira.

Hadhira masih lagi menyandar di dinding koridor. Entah kenapa dia rasa lega sungguh bila dapat meluahkan masalah. Walaupun masalahnya itu diluahkan kepada seorang yang dia tak kenal langsung..

"Jangan lupa untuk tersenyum tau! sebab kawan saya pernah cakap kalau terjatuh terduduk macam mana sekali pun kita tetap kena senyum. Senyum itu sedekah.. Smile, girl! Lagipun you fall 99th times.. it's okay asalkan u stand up for the 100th times.."

Serentak dengan itu senyuman terukir di wajahnya.

Talking to stranger is not a bad idea.. at all!

Labels:


4 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 05
Posted on Saturday 28 May 2011
@ May 28, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


YM! Ya Allah dah lama benar dia tak online. Yella sejak jadi budak kolej ni memang semedang je busy. Studio, kelas, aktiviti koko pon dia dah rasa macam tak cukup masa je nak bernafas. Ni pulak tiba-tiba minggu lepas dapat khabar berita yang ada jejaka terbuka hati nak berkenalan. Hish semak semak.

Nad_nad00 is online.

Serentak matanya bercahaya. Kawan baiknya di sekolah tiba-tiba online. Syurganya! Dah lama tak bercerita panjang. Yella Nadiah di Kolej Matrikulasi Kedah dan aku pulak di tengah-tengah bandar ni. Macam mana nak bersua, bertukar cerita!

cikeskrem (Nur'iz Hadhira): Nadddddddddd!

Nad_nad00 (Nurul Nadiah): Yoo cik kak. Salam mana? Assalamualaikum!!

Hadhira tersenyum. Kawan ustazah aku ni sorang. Tak berubah-berubah. Rindu la!

cikeskrem (Nur'iz Hadhira): Waalaikumussalam, ya Nadiah! Hehe.

Nad_nad00 (Nurul Nadiah): Hehehe.
Nad_nad00 (Nurul Nadiah): Awak rindu saya kan? Cakap je la.. saya faham.. ngeee.

Eh macam tahu-tahu plak.

cikeskrem (Nur'iz Hadhira): Hehehe. Mana main rindu2 ni awak.. hehe kitakan hati kebal...

Nad_nad00 (Nurul Nadiah): Hehe. It's okay la kalau orang tak nak ngaku. Tapi saya nak ngaku saya rindu awak.. saya sayang awak..

Tengok tu.. dia selalu buat ayat sedih. Pandai psiko la cik kak sorang nie.

cikeskrem (Nur'iz Hadhira): Yella kita pon rindu awak.. tapi malu nak mengaku.. bluwweeek!

Nad_nad00 (Nurul Nadiah): kan.. gotcha!
Nad_nad00 (Nurul Nadiah): hehehe. so apa cerita? Bila fly?

cikeskrem (Nur'iz Hadhira): Next year kut.. heheehe.. InshaALLAH.. awak kita ada cerita ni nak cerita??

Nad_nad00 (Nurul Nadiah): cerita?? cerita apakah??
Nad_nad00 (Nurul Nadiah): takkan nak kawen kut??

Ish ada ke dia cakap aku nak kawen. Aku ni baru sweet 18 tahu tak? Mana mungkin nak berkahwin.. lagipun nak ada teman-teman sehidup semati ni bukan prioriti dia sekarang. Yang aku tahu nak habiskan belajar. Nak kerja dan hidup sendiri.

cikeskrem (Nur'iz Hadhira): Hishhh mana ada. Tanaklah kawen-kawen ni. Kita nak jadi independent la. Nak dapat ijazah and kerja. Hehee.

Nad_nad00 (Nurul Nadiah):Kalau dah Allah nak bagi.. awak tak boleh buat apa-apa tahu?

cikeskrem (Nur'iz Hadhira): Ye saya tahu.. terima kasih ye kerana ingatkan.. ngeeee.. tapi saya ada benda nak cerita ni.. konpius sejak dua tiga malam berfikir..

Lantas Hadhira menceritakan semua kisah yang berlaku kepadanya beberapa minggu lepas. Macam selalu Nadiah sememangnya pendengar yang baik.. dari zaman sekolah lagi dia dah awal-awal ambik Nurul Nadiah Syafie ni sebagai kaunselor tak bertauliah. Apa saja masalah mengenai dirinya akan diceritakan kepada Nadiah.. dan Alhamdulilah yang Nadiah ni bukan jenis orang yang suka membawa cerita kepada orang lain. Long story short, Nadiah ni lah pemegang rahsia-rahsianya. Terima kasih ya sahabat!

Nad_nad00 (Nurul Nadiah): Hahaha. Sah mamat tu tak kenal awak lagi kan? Awakkan si hati batu but what he did is the sweetest thing ever.. hahaha lebih hebat dari cara Micheal propose awak dulu kan.. kehkehee..

cikeskrem (Nur'iz Hadhira): Micheal micheal jangan sebut.. x suka!

Hadhira masih teringat lagi tentang Micheal yang ditolaknya ketika sekolah dulu. Hampir tiap-tiap hari lelaki itu akan datang ke sekolahnya dan cuba memikatnya tapi yella macam dia cakap tadi bercinta bukanlah prioriti dia ketika itu. Dan mungkin sekarang juga.

Nad_nad00 (Nurul Nadiah): Hehehehe. Janganlah marah, cik kak. Anyway macam mana ye dia tahu awak suka makan aiskrim ye? Hhehehe you've got stalker to deal with la cik kak..

Aah ye.. macam mana dia tahu aku suka aiskrim ey?

cikeskrem (Nur'iz Hadhira): Entahla.. saya tatahu la awak.. hehehe.. seriau plak stalker stalker nie..

Nad_nad00 (Nurul Nadiah): So macam mana?

cikeskrem (Nur'iz Hadhira): Macam mana?? macam biasalah..

Nad_nad00 (Nurul Nadiah): eeeeeee.. hati batu!

Agaknya aku, Nur'iz Hadhira binti Hisham ni memang berhatikan batu. Batu kepal. Sedingin ice cube kat Antartika sana. Ngeeee. 

Tapikan nak buat macam manakan? Dah tak ada perasaan sekarang ni. Mana boleh nak paksakan?

Lagipun sudah banyak dia baca dan mendengar cerita mengenai keburukan bercinta ni. Ada yang sanggup bunuh diri, menggadaikan maruah diri dan bermacam-macam lagi la.. Nauzubillah.  Tak sanggup!

...

"Syurga dunia! Assignment dah hantar, project dah submit.. this is what we called a REAL weekend!!"jerit Jo. Punyalah bahagia bila dah submit project pertama ni. Ya Allah lega gila aku rasa. Rasa macam nak melonjak ja.

"Aku pon tumpang gembira.. yellah kalau tak semedang je korang tak ada kat bilik ni. Bosan aku tengok muka Aini je memanjang..." Sarah menyambung.

Aini menjelirkan lidah. Eh elleh kang aku tinggal dia sorang-sorang baru tahu.

"Eh Dhir..macam mana dengan mamat hari tu. On ke?"tanya Sarah.

Hadhira geleng kepala. Minah ni menyibuk sungguhla.

"Sweet kut cara dia nak mengorat. Pak we aku dulu aci main mesej je tanya.. kan bagus aku main tarik tali macam kau.. dapat bunga sejambak, icecream.. wahhh syio..."

Kelepaaappp.

Teddybear Jo dijadikan mangsa. Ambik kau, kan dah kena sejibik kat kepala. Nasib la kamu Maisarah, yang tukang baling ni sebenarnya pernah jadi wakil sekolah dalam memanah, maka skill menembak sasarannya sedikit sebanyak memang akan kena la. 

"Apa ni?" Sarah mengambil teddybear Jo yang sudah terjatuh di atas ribanya dan dibalingkan kembali ke arah Hadhira yang akhirnya sempat mengelak. Sebelum saja sempat Hadhira membalas balingan Sarah, terus Jo menyambar teddybearnya dan diletakkan di atas katil.

'Amboi minah dua orang ni. Suka hati selamba kera je nak amek teddybear abang Razif bagi ni!'

Matanya dijengilkan ke arah dua minah yang ada gaya nak meletus je ni. Muka si Sarah ni cool je tapi si Hadhira ni seriau semacam aku tengok.

"Kalau kau nak sangat dia. Ambik la.. aku bagi free je"

"Elleh.. kang aku amek.. kau jeles kut.."provok Sarah. Saja nak test. Bisik hatinya.

"Tak ada maknanya.."jawab Hadhira. Dia lantas bangun dari tempat duduknya. Mahu lari dari situasi begini. Bosan la cakap benda ni.. pintu bilik 105 terus dibuka. Aku mahu ke bilik TV. Tengok The Prince of Tennis pagi-pagi ni lagi masyukk dari cakap bab hati dan perasaan.

Sementara itu di bilik 105..

"Sungguhla aku cakap.. aku doakan dia ended up dengan mamat tu jugak.. pastu masa dia nikah je aku nak pergi kat dia senyum sinis dengan buat muka I-TELL-YOU-SO. Expression dia masa tu aku nak tangkap gambar dan bingkaikan. Serius aku cakap!"ujar Sarah dalam satu nada. Geram sungguh dia dengan perangai hati batu Hadhira.

"Ameen Ya Rabbul 'Alameen" Jo dan Aini serentak mengiyakan.

Labels:


4 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 04
Posted on Thursday 26 May 2011
@ May 26, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Not in the mood?"

"Aaa-ha.." sepatah jawapan keluar dari bibir Razif. Matanya rancak mengulangkaji subjek elektronik itu. Yella kut-kut Miss Linda, tutornya bagi subjek itu, tiba-tiba buat selamba je nak buat kuiz esok macam mana.Tak nak aku ambik risiko repeat paper.

"Kenapa plak?"

"Entah mana aku tahu. Kau ni tanya macam gaya aku ni yang sebenarnya roommate dia"

"Tak tanya si tees hijau tu ke?"

"Si tees hijau?" matanya terus difokuskan kepada Ezzaq yang sedang duduk bersila di atas katilnya. Ewah inche doktor ni, relaks semedang je aku tengok sejak dua menjak ni. Kalau dulu aku tengok punyalah busy. Sana sini program, tae kwon do lagi semualah dia main rembat tapi sekarang amboi-amboi dalam bilik je.

Ezzaq tersengih. Ambik kau suka hati je letak nickname kat orang.

"Your cousin la. Aku mana tahu nama nak panggil nama sebenar."

"Jannah. Nur Jannah Amani binti Abdul Razak. Nama pendek Jo. Okay get it?"

Ezzaq mengangguk. Jannah. Jo. Dia menganggukkan kepala. Barangkali mahu mencerna nama itu masuk ke dalam kotak ingatan kut.

Handphone Razif yang sedia berada di atas meja belajarnya bergegar. Mesej masuk.

"Jo cakap si hoodies pink kau tu sedang down. Masalah studio, drawings or something.."

"Down? Budak tu course apa? Nanti sambung mana?" Ezzaq bertanya. Yella kut-kut terbang gi Dublin ke sama dengan aku, tak ke syurga gila tu. 

"Entah la.. kalau dia satu course dengan Jo. Dia may be buat QS.. may be Aussie or somewhere but for sure bukan Dublin kau tu."

Eh inche Razif ni macam tahu-tahu je apa yang aku pikirkan. QS. Tak salah aku kerajaan hantar budak QS ni pergi Aussie je. Kan bagus around Europe. Boleh la senang berjumpa. Eh eh amboi dah jauh fikir ni inche Ezzaq! Anak dara orang tu.. kang opah tahu mampus kena ligan satu kampung.

Tapi seriously.. not in the mood?

Kenapa?
...

"Apa nie?" mata Hadhira yang sedia bulat itu bertambah bulat. Apa kes minah ni? Tak da ribut tak da taufan boleh plak sponsor ice-cream sorang sebijik malam-malam ni. Baru je diorang dinner kut, tup-tup dapat dessert free lagi.

"Ice-cream. Cornetto.." Jo menjulingkan mata.

Sarkastikus gila cik Jo kita sorang nie.

"It wasnt my treat anyway. Someone" sambung Jo lagi.

"Someone mana?" Sarah mencelah. Aiskrim favorite nie.

"Someone yang adores our hoodies pink ni la.." elok je matanya memandang Hadhira yang memang jodoh betul la dengan hoodies pinknya itu.

Tiga gadis dihadapannya memandang sesama sendiri. Dia geleng kepala. Blur jugak roommate-roommate aku sekalian ni. Dah terang-terang la hoodies pink itu Hadhira. Yang lain bukan kemain lagi announce awal-awal yang diorang tak suka pink. Pink is you know feminine color, mana masuk dengan mereka yang rockers ni kecuali ye si pendiam Hadhira sorang nie.

"Wow ada orang dah ada secret admirer la.." Aini tersenyum memandang Hadhira yang buat muka bosan.

"Siapa?"

 Jo tersengih. Tadi semasa dia ke kiosk, dalam perjalanan balik dari makan di kafe, diberhentikan oleh seorang lelaki. Tinggi. Pakai seluar putih taekwondo, mungkin baru balik training kut. 

"Jo kan. Cousin Ajip. I'm Ezzaq. You know yang Ajip cakap nak nombor si hoodies pink. Yeahh I'm the one who're asking for that" Straight tak berhenti langsung mamat tu bercakap. Jo hanya mampu mengangguk. Dia ingat mamat ni, kawan abang Razif malam tue.

"So?"

Lelaki itu tergelak. Nampak lesung pipit di pipinya. Mak oiii dalamnya.

"Bagi ni kat si hoodies pink. I nampak you all balik dari cafe tadi. Empat orang kan? So my treat. Thank you ey!"kata Ezzaq. 

Bag plastik berisi aiskrim Cornetto itu bertukar tangan. Ezzaq berlalu pergi sambil membuat gaya hormat dengan failnya itu.

Jo mengeluarkan card memo kuning yang elok je dia masukkan dalam seluar tracknya. Utusan dari Ezzaq. Ditulis dalam keadaan tergesa-gesa bila dia paksa jugak pak cik tu tulis notes. Yella kut-kut cik Hadhira ni tamau percaya, kan dah ada bukti yang boleh ditunjukkan.

"Nah." Card memo itu bertukar tangan. 

"An ice-cream always makes you feel better when you're upset. Smile, girl."

Hadhira membaca kata-kata yang tertulis di atas card itu. Huh? Dia melepaskan keluhan.

'Smile? Nak pengsan adalah ni' jerit hatinya. This thing is obviously is not my play.

Labels:


2 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 03
Posted on Tuesday 24 May 2011
@ May 24, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzaq memutarkan pen hitam ditangannya. Ala-ala kipas heli berpusing. Saja. Dah memang jadi tabiatnya sejak highschool lagi. Dia akan berbuat begitu bila berfikir. 

Fikirannya menerawang ke adegan seminggu lalu. Yang membuatkan dirinya kini is no longer Ahmad Firas Ezzaq Ahmad Hanif tapi the Shakespeare. Kalau nak suruh aku alun sajak kat sini, on the spot pon aku dah boleh dah sekarang. Angau.

"Abang Ajip!" sengih gadis tees hijau. LIFE IS BEAUTIFUL. Dia membaca kata-kata yang tertulis di tees hijau itu. Tersenyum.

"Kenapa lambat. Kawan abang dah bising dah nie" 

"Sorry ye brother. Cari kawan nak teman. Bisalah baru first week masuk college, I've no friends as much as you do!" Ezzaq tersengih. Ambik kau. Adik sedara Ajip ni stail Ajip jugak. Sarcasm is in the blood eh? Dia tersenyum. 

Matanya difokuskan pula ke arah teman si tees hijau, si hoodies pink.

Mata bulat itu terus mengalihkan pandangan. Ezzaq tersenyum. Yooo perempuan melayu terakhir is in the house!

"Nah mak ngah kirim. Ada makanan sikit kut.. entah abang tak bla bla bla" 

Mata Ezzaq memerhati si hoodies pink yang sedang mengeluarkan PSP pinknya yang memang disimpan di dalam poket hoodies itu. Main game. Not so perempuan melayu terakhir la kan. Dia terus memandang. Ralit. Sungguh ralit. 

Dibiarkan saja si tees hijau itu bersembang dengan Razif. Kan ada pemandangan menyejukkan jiwa memandang sekarang ni. 

Dia terus leka memandang si gadis hoodies pink itu.

Sampai akhirnya dia terasa tangan Razif menampar sisi tangan kirinya.

"Jom.."

Papppp. Bahunya ditampar dengan buku tebal milik si Razif. Mulutnya mencebir. Razif buat muka apahal?

"Ajip, serious.. I need your help"

"Hurmmm.."

"Minta nombor telefon si hoodies pink tu"

...

Jo pusing kepala. Aihh macam mana nak cakap ni. Matanya selang seli memandang handphone ditangannya dan juga Hadhira yang sedang mengadap drawingnya ketika itu. Muka nampak gaya macam nak explode je. Tengah berfikir kut.. tak pun drawing kena reject dengan Mr. Teoh. Yella sejak balik dari studio tadi main aci berkerut je muka tu. Makan tak apa tak terus mengadap drawing.

"Salam everyone!" suara Sarah bergema dalam bilik 105 itu. Beg totenya di lemparkan di atas katil.

"Waalaikumussalam.. dari mana cik Maisarah?"

"Kelas Agama.." Sarah tersenyum sumbing. Dia berjalan menuju ke pantry mini bilik mereka. Panas-panas macam ni memang wajib cari air sejuk. Dia melintas katil Hadhira yang bersepah segala mak nenek pensel berlainan B itu. Ada 2B, 3B, 5B.. macam-macam. Tak sangka pulak aku kalau bakal ambik jurusan Ukur Bahan pun kena belajar drawing ni semua. Ish ish ish jahil lagi aku ni. 

"Hey Miss Dhir.. Muka toyu cap kepala ikan je nie?" Sarah mengangkat keningnya.

"Mr Teoh tu la cakap aku tak kemas. Dia suruh buat balik drawing ni. Punyalah aku buat semalam tak tidur terus masuk studio alih-alih this is what I get.."

Tsk tsk tsk. Air mata Hadhira yang ditahannya sejak dari studio tadi akhirnya tumpah juga. Dia dah penat. Tadi pun dia ada mengadu dengan Ma cakap dia nak quit. Drawing, studio and all these things are not her forte tapi boleh plak Ma buat derkk je. Satu je Ma cakap "Baru seminggu nak quit?". Boleh plakkan kata macam tu. Sungguhla Ma ni memang tak layak jadi Pakar Psikologi. Tak pandai tackle perasaan orang langsung.

Jo mengangkat kening. Sarah hanya menggeleng sambil buat muka aku-tak-tahu-apa-apa.

"Sudah la tu babe. Aku pon kena jugak tapi benda ni boleh buat nanti kan. Next week baru kena submit" Jo cuba mententeramkan kawannya itu. Walaupun dia pernah cakap yang dia memang tak boleh masuk dengan si lembut pendiam boring Hadhira ni tapi bila dah lama kenal (baru dua minggu sebenarnya), surprisingly, dia rasa dia boleh masuklah dengan si hoodies pink ni. Eh alamak lupa plak perutusan rasmi dari abang Razif. Haiyooo.

"Abang nak minta tolong sikit. Please. Meet me at cafe. " 

Teringat lagi mesej yang diterimanya pagi tadi. Elok je mesej tu masuk lepas kelas Mr. Teoh tu tadi. Hadhira masa tu menonong je pulang terus ke bilik, meninggalkannya terkontang-kanting di situ.

"Si hoodies pink?" fikirannya memikirkan siapa sebenarnya si hoodies pink ni. Aku kenal ke? Air jus tembikai yang abang Razif belanja dihirupnya. Hehe. Orang mahu belanja mana boleh tolakkan. Tak elok kalau kita tolak rezeki bak kata orang tua musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak.. erk?

"Yang teman Jannah hari tu.. masa jumpa abang malam tu"

"Oh Hadhira... kenapa?"

"Abang nak nombor dia! Please"

Terkejut monyet dia ketika itu. Tergamam. Tak terkata apa.Takkan abang sepupunya itu ada hati dekat Hadhira yang hatinya sedingin iceberg di Antartika tu. Budak tu mana ada apa yang dia minat.. kecuali Pak Cik Sheldon tu je.. yang lain dia tolak tepi.

"Er.. abang suka kat Dhira ke?" tersekat-sekat dia bertanya. Yella tergamam. Sebelum ni tak pernah sikit pon dia rasa yang abang Razif ni pernah ada rasa suka kat perempuan. 

Razif terus ketawa. Lawak sungguh adik sedara aku ni.

"Bukanlah.. kawan abang yang tanya.. ha ha ha" ketawanya masih lagi setia bermain di bibir. 

Lega sungguh bila mendengar jawapan dari abang Razif.. Oh rupa-rupanya kawan abang.. tapi semuanya mati bila abangnya itu menyambung ayat yang sebenarnya tidak habis sejak tadi itu

"..lagipun abang dah ada orang yang abang suka"

Kedepaaap. Langit macam menghempap bumi. Terkaku dia ketika itu. Razif pulak meninggalkan dia disitu dengan sisa ketawa yang tak sudah.

Matanya difokuskan ke arah Hadhira yang masih lagi teresak-esak. Aini dan Sarah masih lagi cuba memujuk tapi yella kawan dah down, takkan kau nak expect dia lompat atas katil kut kan. Handphone yang setia ditangan terus dipegang..

"I'm sorry bang. Couldnt ask her yet.. because our si hoodies pink is not in the mood.."

Message sent.

Labels:


5 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 02
Posted on Sunday 22 May 2011
@ May 22, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Wei Ajip. Dah masuk 'Isyak ni. Apa kes? Barang kat bilik aku tue tak habis kemas lagi tahu tak?" Razif mencebik. Alahai apek ni.. kelam kabut tak tentu hala. Bukannya aku bawak dia pergi clubbing ke apa ke?

"Lohhh bro. Relax ah kejap. Ni buat gaya kelam kabut apa kes?" 

Ezzaq angkat kening. Kelam kabut kau kata aku. Sapa yang kelam kabut at the first place. Sapa yang tadi tiba-tiba je rembat tangan aku yang baru je habis solat Maghrib, heret aku datang cafe ni without consult aku apa dulu. Nasib baik aku sempat aminkan doa tadi, kalau belum memang la aku buat post mortem hidup-hidup kat mamat sorang ni. On the spot.

"Mana adik sedara kau ni? Bak sini biar aku call je" tangannya terus mengambil handphone Sony di hadapannya.

"Tak payah.."

"La dah dia yang lambat. Call la tanya kat mana whereabout semua? Jadila abang mithali sikit"

"Tak payah aku kata"

"La.."

"Ishhh Ahmad Firas Ezzaq Ahmad Hanif. Relax. Tu ha dah dia sampai.. hish susah aku spesies kelam kabut macam kau ni"

Matanya ditala ke arah dua gadis yang sedang berjalan ke arah mereka. Wuishh Razif tak cakap pon yang adik sedara dia ni comel-comel but wait yang mana satu eh? Yang pakai hoodies pink tudung hitam tu ke atau yang pakai tees hijau gaya rockers sejati tu but both sure look special in their own way.

...

Si hoodies pink masih bermain di kepala.

"Ezzaq, pinjam jap CD KoRn kau nie. Aku nak burn. Collection aku habis dowh kena makan oleh virus-virus chenta"

Si hoodies pink sedang khusuk main console game kaler pink di tangan.

"Oitt mangkukk.." Razif menjulingkan mata. Amboi mamat ni, angau ke apa ni. Tadi kemain kata bilik tak kemas lagi. Ni boleh plak buat lagho duduk atas katil tak jawap aku panggil.

Keleeepukkk.

Bantal bewarna biru itu sedap je landing atas kepala Ezzaq. Bayangan si hoodies pink terus hilang sebaliknya digantikan dengan imej Razif Afifi yang nampak gayanya akan berubah menjadi si hijau Hulk.

"Err what is it?"

"Lu bro.. Apa kes?"

Patut bagitahu ke tak patut bagitahu ni. Kalau bagitahu sah si Razif akan gelak tak henti tujuh hari tujuh malam.. tapi kalau tak bagitahu alamatnya angau la kerja aku dua tiga hari ni. Haissh susah betul la hidup ni.

"Nothing. Really. Nothing" Kepalanya digelengkan. Terus bangun dari katil. Ahh ni syndrome ter-crush je ni, mesti okay punya. Mesti heal punya lepas beberapa hari. Yeahh that's our Mr. Optimistic.

Keluhan dilepaskan. Buku-buku medikal yang ada di dalam kotak dikeluarkan dan diletakkan di atas rak.

Razif yang sedang menunggu CD KoRn itu habis di-burn-kan tarik kening. Serious bro, you're looking not that good with that miserable rambut you've got on your kepala tu.

Keep holdin' on when
My brain's tickin' like a bomb

Ahh here we go. Coming Undone - KoRn memenuhi bilik 233 asrama lelaki.

Life is good, huh?

Labels:


4 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 01
Posted on
@ May 22, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


“Hadhira, ni ha dia bilik 105” Dia memandang mamanya yang sedang menunjukkan bilik 105 di hadapannya ketika itu. Menjeling. Tangannya terus mengheret beg beroda pink ke dalam bilik yang bernombor 105 itu.

Puan Hanim memandang saja anak sulungnya itu. Keras kepala. Dia faham sangat naluri anak perempuannya itu. Sedang membuat protes la tu. Haiyaaa. Ini semuanya disebabkan oleh suaminya memaksa anak gadis mereka ini menerima tawaran kolej yang membuat penyediaan ke luar Negara ini sedangkan awal-awal lagi Hadhira dah cakap yang dia tak mahu menyambung pelajarannya di luar Negara. Dia lebih senang belajar di Malaysia.

“Abah, Dhira dapat tawaran jugak dari matrik.. Dhira ingat..”

“Dhira, you know what.. tak semua orang boleh dapat chance macam ni tahu tak?”

“Tapi abah.. Dhira tak minat!”

“Abah lagi faham dari Dhira. Minat tak semestinya boleh bawak kebahagiaan dalam hidup. Sudah. Abah tak nak argue lagi. Muktamad. You can go to bed now”

“Tapi..”

“Go.To.Bed” Hadhira yang sedang menahan air matanya dari keluar terus beredar dari ruang tamu banglo dua tingkat itu. Kata abah mana boleh bangkang lagi. Dia kan peguam terhebat. Dia tahu kesemuanya. Dia la yang betul. Orang lain salah. Dari kecil lagi dia diarah sebegitu oleh abah. Sudah penat dia mahu melawan.

Penat.


“Abang dah sampai dari Johor ni. Ni ha ada benda mak cik kirimkan untuk Jo” Jo yang sedang bersenang lenang menggolekkan badannya di atas katil terus berdiri tegak. Alamak Abang Razif dah sampai. Aiyoo orang baru je nak senang-senang lepas habis minggu orientasi ni tiba-tiba dia sampai plak. Hisshh. Lain kali kasi la warning sedikit.. boleh la aku groomingkan diri sikit. Aiyoo abang sedara ni!

“Ha ni buat gapo berdiri tegak nie?” Aini pelik. Tadi gaya macam serupa nak masuk alam twinkle twinkle little star dah tapi boleh pulak tiba-tiba dia berdiri terpacak gaya nak start berkawad je.

Jo tersengih. Menggaru kepalanya yang tak gatal. Takkan nak pergi sorang-sorang kut. Dia pandang jam di dinding. 8.20 malam. Kang kena cekup dengan pak cik guard macam mana. Ingat ni rumah sendiri ke boleh main keluar bila-bila masa, ni kolej tahu. Mana boleh senang-senang jumpa anak teruna orang.

“Aini nak pergi mana ni. Jangak kemain”

“Aini nak keluar ni. Kakak Aini nak datang sini bawak jalan-jalan around KL” Aini tersenyum. Jo pun turut tersenyum. Senyum kan sedekah.

Matanya melilau ke arah Hadhira yang sedang membaca novel di atas katil. Matanya membaca tajuk yang tertera atas buku bewarna hitam itu. The Stars Shine Down – Sidney Sheldon. Tak habis-habis lagi ke minah ni baca. Dari first day diorang masuk Uni sampai ke hari ni. Tak habis-habis aku tengok dia baca cerita pak cik Sheldon tu. Hari tu If Tomorrow Comes, hari ni Stars Shine Down pulak. Haishhh.

Sedikit sebanyak terpaksa jugak aku heret minah ni kut. Nak heret siapa lagi kan? Mana nak kenal orang lain selain roommate sendiri.

Ingat nak ajak cik Sarah tapi cik Sarah pulak hilang entah ke mana dari tadi tak balik-balik. Kut ye nak dating pon, ingat-ingat la bilik sikit. Huish geram aku.

Bukannya apa, dia rasa dia lebih selesa bersama dengan Sarah berbanding Hadhira. Hadhira ni aduyaii spesies diam kemain. Kalau dia tak baca buku Sidney Sheldon dia tue, dia mesti akan main game. Tak ke spesies bosan tue. Jo geleng kepala.

“Dhira. Minta tolong sikit”

“Hurm..”

“Nak ajak keluar ni. Jumpa kawan jap. Dia nak bagi barang”

“Ahh.” The Stars Shine Down diletakkan penanda. Matanya difokuskan kepada mahkluk tuhan yang sedang buat wajah seposen dihadapannya.

“Aini dengan Sarah mana?” Kepalanya bergerak ke kanan ke kiri. Aikk.. kosong. Hanya dia dan Jo saja ada di dalam bilik 105 nie.

Aini is going out with her sister and Sarah is MIA since this afternoon. Couldn’t locate her so you’re the closest things I can get. Pleeease Dhira” bunyi vocal ‘e’ itu ditekankannya.

Dhira ketawa. Terus dia loncat dari katil dan bergerak ke arah almari mencapai hoodies dan tudung.

“Kartun la awak Jo. Jom lah..”

Kawankan lebih penting. Sheldon kita buang sebelah dulu, dah beratus-ratus kali dah aku khatam.

Labels:


14 Surat Chenta ♥


SI Hoodies Pink: An Introduction
Posted on Friday 20 May 2011
@ May 20, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Pink Hoodies. Stail kan??
 
Love at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. The beauty of love. Enjoy.

Karakter fiksi:

Hadhira - Orang panggil dia gadis dingin, choosy, spoiled, anak emak, dedicated student. Hidupnya involved around books, music and study. Seboleh-bolehnya dia nak elakkan juga the three big L dalam hidupnya. Three big L? Love, Lelaki, dan Loser. 

Ezzaq - Bagi la seribu perempuan cantek di dunia ni tapi si hoodies pink itu jugak dia nak. The woman of my life. Itu lah yang first keluar dalam kepalanya bila nampak si hoodies pink yang enjoy benar main PSPnya itu.

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 4 | 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 |
16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 |
29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 Tamat

Labels:


6 Surat Chenta ♥


| Kisah Selepas