Bencisayang 27

Hariz memandang Ezzah yang sedang terkial-kial di hadapannya. Sememangnya dah lama dah dia berada di belakang kedua-dua sepupu itu. Semangat sungguh mereka berdua bercerita perihal dirinya sehinggakan tak sedar langsung yang dia sedang duduk mendengar sekali.

"So..." kata Hariz. Matanya memandang Ezzah yang memakai baju kurung cotton bunga biru dengan tudung biru itu. Tadi masa akad nikah, dia ingat Ezzah memakai tudung hanya untuk majlis akad nikah, tapi dia salah. Ezzah memang dah start pakai tudung, for real.

"So apa?" tanya Ezzah. Dia buat-buat tak tahu. Matanya ditundukkan.. entah kenapa dia rasa malu. Dijelingnya Zahraa yang sedang berdiri di hadapannya.. rasa nak sekeh je adik sepupu ni. Tanya soalan entah apa-apa..

"Senyuman saya ni.."

Hariz tersenyum lebar lagi ni. Mata Ezzah yang tadi dah berani sikit diangkat satu paras dengan Hariz turun kembali memandang sandalnya..

"Boleh buatkan city girl ni cair ke?" Hariz mendekatkan wajahnya ke arah Ezzah. First time tengok Ezzah termalu-malu pink macam ni.

"Are we interupting or what?"

Ezzah rasa nak melompat. Nasib baik ada penyelamat, kalau tak macam mana ya agaknya dia nak jawab soalan tu. Takkan nak kata ya, saya cair, inche Hariz.. kang nanti sah-sah dia gelak tak sudah-sudah. Dia tahu sangat perangai Hariz tu!

"Kak Asraa." Ezzah menjerit. Terus dia meletakkan pinggan yang masih berisi ayam itu di atas kerusi.

"Kata ikut hubby pergi Penang." tubuh kak Asraa dirangkul. Muah muah muah.

Hariz berjalan mendekati Ezzah yang sedang berlaga pipi dengan seorang perempuan yang memakai jubah dan bertudung pashmina itu. Perempuan ni mesti mixed, desis hatinya. Dia menyuakan tangan kepada lelaki di sebelah lady in jubah itu. Husband, dia rasa. Sebab tadi dia perasan yang mereka berpegangan tangan.. sweet couple... indeed.

"Hariz."

"Ilham." kata lelaki bercermin mata itu sambil tersenyum.

"Kitorang rush balik tau dari Penang and thanks to him sebab bawak kereta macam pelesit. So this must be the lucky guy huh?" kata Asraa sambil tersenyum.

Ezzah mengangguk. Lucky guy? Yeahh memang lucky sebab dapat Ezzah yang baik ni. Bleghhh.

"Hariz, this is kak Asraa. Dia ketua usrah kita orang and a good friend too."

Hariz mengangguk. Keningnya diangkat sebelah. Ketua usrah? Sungguhla memang dia tak kenal dah siapa Ezzah yang berdiri di sebelahnya sekarang ni.

......

Hariz memandang siling sambil berbaring di atas katil. Kedua tangannya diletakkan di bawah kepalanya. Berfikir. Berfikir pasal Ezzah. Hampir lima bulan mereka tak berjumpa dan tup tup Ezzah dah jadi orang lain. Mula-mula tu dia terkejut dengan imej bertudung Ezzah pagi tadi kat masjid. Bertudung. Tapi idea Ezzah bertudung tu disangkalnya sebab yella kan, nak nikah.. di masjid pulak tu. Kenalah bertudung.. tapi dia salah. Majlis kahwin diorang pun, Ezzah bertudung.. dan in fact malam, tadi, pun tudung bawal tu masih setia di kepalanya.

Dan tadi bila Ezzah memperkenalkan Asraa kepadanya, lagilah dia super terkejut. Ketua usrah? Usrah? Halaqah.. sejak bila?

Sungguhla dia rasa dia dah kahwin dengan orang lain. Dia tak kenal langsung siapa Ezzah di hadapannya.

Pintu bilik air dibuka. Ezzah keluar dengan kepala berbalut dengan tuala. Suis lampu bilik air dimatikan.

"Termenung jauh nampak." komen Ezzah sambil tersenyum..

Hariz diam saja. Dah memang betul, nak disangkal apa lagi.. eh kejap Ezzah tersenyum ke tadi? Senyum macam ikhlas je.. Ezzah sekarang rajin senyum. Kepalanya mencernakan..

"As long as I remember, I dont think you're mouth-shut macam ni." sambung Ezzah lagi.

Dan makin sarkastik..

"Dah solat?" tanya Ezzah lagi. Moisturizer diletakkan di muka.. wajahnya ditepuk perlahan menggunakan tangan.

Dan makin banyak bercakap.. Hariz tersenyum. But wait, ni Ezzah yang dulu. Bercakap tak reti berhenti..

"Sejak bila pakai tudung?"

Ezzah berpaling ke belakang. Entah kenapa, dia memang dah agak dah soalan ni akan keluar dari mulut Hariz. Soalan spot! Dia tersenyum.. dia berjalan lalu melabuhkan punggung di birai katil.

"Nak dengar bedtime stories?"

"Bedtime stories?"

Ezzah mengangguk. "Yeapp.. bedtime stories tapi sekarang kisahnya pasal Ezzah Hani.. bukan pasal Cinderella. Bukan pasal Snow White.. and I think we should have our bedtime stories la. Sebabnya awak obviously doesnt know me, except for trivia matters.. and saya jugak. So we need our bedtime stories. Kat sini kita mungkin dapat kenal diri masing-masing. Dont ya think so?"

Hariz mengangguk. Yang dia tahu sekarang dia nak dengar kisah Ezzah.

"Was it because of me?"

Ezzah mencebir. "Perasannya dia."

Hariz angkat kening.

"Okay. Hands down. You might be a part of it, tiny tiny tiny bits.." tangannya menunjukkan gesture tiny tiny tiny bits tu. Kemudian dia menyambung. "I was hurt you know." Really deeply hurt.

"I'm sorry."

Ezzah tersenyum. First time seumur hidup dia dengar Hariz mengucapkan I'm sorry.. tapi nope. Bukan I'm sorry dia nak sekarang ni. Another three magic words.

"Accepted."

"But no, bukan sebab tu saya pakai tudung. Memanglah sakit hati bila dengar orang cakap tak baik pasal kita but nope bukan tu terus saya nak pakai tudung.. sakit hati, rasa macam you know, who are you to criticize me like that? Baik sangat ke awak? Macam tullah.. tak ada niat langsung masa tu and you know how ketegaq I am kan? Lagi awak tak suka, lagi tu saya rasa nak buat.. opposite. Macam Opah cakap jangan panjat pokok, lagi tu saya nak panjat.. same theory."

Hariz mengangguk. That is the real Ezzah would do!

"Pastu weeks after that.. two or three weeks after that. Best friend saya Sofie.."

"The girl in pink salamon tadi tu. Your bridesmaid?"

Ezzah mengangguk. "She came home from Jordan.. dan satu pagi. Dia tarik saya pergi kelas usrahh. You know the day I found out yang what happen between you and my brother ten years ago. Masa tu kita orang baru balik masjid.. tapi nope masa tu pun saya tak rasa apa-apa lagi pun. Like I was thinking, kalau saya nak berubah pun, because I wanted it to.. not someone else to pulled it out for me."

Indeed.. memang ketegaq.

"Pastu that was my and last kelas Usrah.. I thought.. and after month.. tiba-tiba kak Asraa call. Ingat masa tu dia nak bambu dengan rotan ke apa.. macam cikgu disiplin rotan murid bila ponteng tapi nope dia call dia tanya, 'Ezzah.. are you okay? Tak sihat ke? Kak Asraa risau sebab Ezzah dah lama tak datang'.. something like that. Rasa nak terjun masuk kolam pun ada. Malu."

Ezzah tergelak. Bantal di atas katil diambilnya dibawa ke dalam pelukan. Hariz masih lagi memandang siling.. tapi dia tahu Hariz sedang mendengar sekarang ni. Dia meneruskan ceritanya.

"The next week after the phone call saya pun datang. Dan hari tu topik kitaorang ialah pasal Wanita Islam Pembentuk Ummah1. Then I realized how big the responsibility kami pegang. Everything starts from home.. macam kak Asraa cakap fungsi perempuan ni banyak sangat. Entah macam mana western boleh label kata Islam berat sebelah when it comes to Muslim women. Family is a fundamental, the basic yet important unit of social establishment. You know how big the responsibility of a mother.. a wife." kata Ezzah sambil memandang Hariz yang tengah memandang siling.

Hariz masih mendengar sambil mengangguk-angguk. Adult bedtime stories..

"Pastu I came into realization, agaknya macam mana saya nak didik, nak jaga hal rumah tangga saya kalau saya sendiri tak terdidik.. saya mungkin a good student, tahu macam nak dress up accordingly, reti melukis tapi spiritually? T'was really a big question marks. It takes time for me to ponder thoroughly."

Dia diam. Hariz pun diam.

"Pastu saya terfikir, kalaulah nanti saya ada anak. Macam mana saya nak tarbiah dia bila saya sendiri pun you know.. a big question mark jugak? I did this for myself, for my future family and Him.. and that's why you're tiny tiny tiny bits one of the pushers. So inche Hariz the rest is history. The end." kata Ezzah sambil memandang Hariz yang sedang memandangnya juga sekarang.

Hariz terkedu. Tak pernah pun dia sangka yang Ezzah boleh buat macam ni dan sekarang dia rasa dia pulak yang patut malu berhadapan dengan Ezzah. Butalah dia kalau dia tak nampak apa yang Ezzah dah usahakan.

She came prepared.. obviously.

Dia pulak sebaliknya?

"Thank you." kata Hariz. Terima kasih untuk apa dia tak pasti.

Dia memegang dagu Ezzah. Perlahan-lahan bibirnya dilabuhkan di atas dahi wanita itu.

And the rest is history..


.........

1 Wanita Islam Pembentuk Ummah http://pmram.org/

Well is this new comment system burdened you? Teheee. Have fun!

Bencisayang 26

Hariz mengkuis-kuis tanah dengan kasutnya yang hitam berkilat tu. Jantung dah berdudap-dudap lebih laju dari biasa. Lepas ni, status dia berubah. Dia mengeluh, beratnya tanggungjawab! Sambil-sambil tu dia merenung jam di tangan kirinya. 9.30 pagi. Lagi setengah jam. Diorang yang terlebih awal datang...

"Kalau hang nak lari, boleh lagi ni."

Hariz berpaling ke arah suara di sebelah. Siapa lagi kalau bukan Tok'ie sorang. Kawan dia sorang ni, memang mulut spesies tak ada insurans. Kang aku lari betul, berpinaq biji mata hang.

"Bak kunci kereta." Mukanya diseriuskan. Tangan dah elok menadah meminta kunci.

Tok'ie ternganga. Biar benaq Hariz ni!

"Hang toksah dok buat main. Hang nak lari, aku ingat hang kat tiang tu." kata Tok'ie sambil menunjukkan tiang lampu di perkarangan masjid tu.

"Dah tu elok pulak hang bagi idea suruh lari."

Tok'ie tersenyum monkey. "Saja nak kacau. Tengok gaya hang ni sebijik spesies aku tengok abang ipaq aku tunggu masa kak aku labour hari tu."

"Apa kes?"

"Saja ja. Nanti hang ada la experience.." Tok'ie dah tersengih monkey.

Hariz mencebir. Labour experience? HA HA HA. Tok'ie buat lawak tak lawak!

"InshaALLAH, everything will be alright. Benda-benda baik Allah selalu permudahkan." sambung Tok'ie bila Hariz mendiamkan diri.

.......

"Sah."

Ezzah yang duduk di belakang kanan Hariz itu mengaminkan doa yang dibacakan oleh tok kadi sebentar tadi. Phewww. Enam bulan setengah dah berlalu, status tunangan orang kini dah di-up sikit menjadi isteri orang. Isteri orang? Gulp dia telan air liur. Boleh kah? Boleh kah perkahwinan yang tak ada tapak macam ni boleh bertahan?

Dia memandang Hariz yang sedang solat sunat tu. Macam mana ya dengan Hariz? Dia tak pasti langsung tentang perasaan Hariz? Kalau diri dia, dia pasti. Dia memang dah start suka Hariz. Sejak bila dia tak pasti tapi yang pasti dia dah suka bila dia balik dari kampong beberapa bulan yang lepas. Dia ingat lagi macam mana tergurisnya hati dia bila dia dengar yang Hariz cakap dia bukan perempuan pilihan..

Dan pasti tu bertambah pasti bila dia buat solat istikharah, meminta petunjuk.

Dia teringat perbualannya dengan kak Asraa, beberapa bulan yang lepas.

“Kak Asraa macam mana nak tahu yang someone tu memang ditakdirkan untuk kita?” Ezzah bertanya. Soalan yang sama dia ingat dia pernah tanya kak Dhir. Masa tu diorang baru habis kelas usrah, saja duduk-duduk bersembang di gerai berhadapan masjid sambil tunggu suami kak Asraa datang menjemput. Kali kedua dia datang ke kelas usrah kak Asraa. Kali kedua yang nak kena dipelekuh kak Asraa baru nak datang. Mana taknya, selepas kelas pertama, dia menyepikan diri. Hanya Sofie saja yang rajin tapi bila dah beberapa minggu tak datang. Dia didatangi satu panggilan telefon dari Kak Asraa.

Kak Asraa tak marah-marah pun, macam bila cikgu naik angin bila student ponteng kelas tapi sebaliknya kak Asraa bertanyakan, “Ezzah sakit ke?” Tiga soalan. Tapi termalu sendiri Ezzah. Gila husnozon kakak usrahnya ni.

Dan terus Sabtu minggu depan dia datang dan Alhamdulilah lepas tu dia terus rajin ke kelas usrah kak Asraa. Yalla mula-mula tu malas jugak tapi bila dah kita tetapkan diri, constant, benda tu ajaibnya jadi something yang natural dengan diri.

“Jodoh tu ketentuan dari Allah. Kita kena berusaha cari jodoh yang terbaik buat kita.. dan kalau kita rasa dia dah terbaik untuk kita. Cuba minta petunjuk dari Allah.. InshaALLAH.. Dia akan permudahkan. Kita berharap, berserah kepada Dia supaya jodoh kita rasakan ni adalah memang untuk kita. Allah tak akan mengecewakan kita.”

Dan sekarang Ezzah memandang lelaki yang sedang duduk di hadapannya. Dia mungkin tak pasti sebelum tapi sekarang melihat Hariz di hadapannya.. dia pasti. Dia pasti inilah jodohnya.. InshaALLAH.

"Sualah tangan." suara Sofie disebelahnya mematikan lamunannya.

Ezzah menyuakan kedua-dua tangannya. Ya Allah, terketar-ketarnya..

"Ciumlah tangan suami kamu tu." dia terdengar suara-suara disekeliling. Adoii.. dah la terketar-ketar ni.

"Ah yang si suami tu, ciumlah dahi tu.. aah.. lama sikit.. kejap.. nak capture moment ni.. kejap kejap." Hariz bersabar dalam hati. Dia kenal sungguh pemilik suara tu. Suara Tok'ie la siapa lagi.

Tunggulah.. tunggu hang Tok'ie.

Ada kari, ada babas.. ada hari aku balas!

........

Ezzah duduk melayan tetamu-tetamu yang datang ke rumahnya. Majlis dah selesai dah petang tadi tapi sampai ke malam tetamu berkunjung. Dan lagipun papa dan mama ada buat BBQ sedikit untuk ahli keluarga terdekat untuk makan-makan.

Hariz pulak entah ke mana. Dia tak pasti. Dia dah besar.. tahulah dia jaga diri kan tapi sebenarnya dia takut juga. Yalla Hariz mana kenal langsung family dia dan selama mereka bertunang pun mana ada Hariz berjumpa dengan family dia kecuali mama dan papa. Dengan dia sendiri pun jarang.. tapi sebenarnya dia lagi suka tak berjumpa. Yella kalau berjumpa asyik nak bergaduh je kan?

"Hubby kak Ezzah tu smart aah. Handsome pulak tu." kata Sharifah Zahraa, sepupu perempuan Ezzah yang paling bongsu.

Ezzah tersengih.. bangga la pulak! Ops Alhamdulilah, kak Asraa dengaq sah-sah kena ketuk!

"Ye ke?" mata dikecikkan sebelah. Nampaknya ada sorang lagi innocent victim yang masuk fanclub Hariz ni.

"Tinggi.. badan tough cuma satu je.. dia jarang senyum la!"

Ezzah mengangguk. Dah agak dah! "Tapi boleh plak suka dia walaupun dia tak senyum." Pelik sungguh adik sedara ni.

"Tak senyum tak pa sebab kalau dia senyum nanti hati ni mau cair kakkkk. Cair.." kata Zahraa sambil meletakkan tangannya pada hatinya.. konon cair la tu!.

Mata Ezzah dibulatkan. Amboiiii adik sedara ni. Tak padan dengan umur 11 tahun dah pandai macam tu!

"Amboii amboi dia. Mana boleh cair-cair hati ni.. nak cair-cair kena ada sijil nikah dulu eh."

Zahraa dah tersenyum. "So akak dah cair la ni?"

"Apa pulak.." kata Ezzah. Dia memandang ayam di pinggannya. Cair ke tak cair ni? Kepalanya sedang mencari imej Hariz yang sedang tersenyum dalam kotak simpanan.

Tettttt.

Gagal dikesan.. senyuman sinis adalah. Yang tu bukan cair namanya.. tu dah sampai tahap membuak-buak! Boleh rabak hati..

"Akakkkk.. zahraa tengah tunggu jawapan ni! Berangan pulak dia!"

"Ahhhhh apa dia?" ambik kau Ezzah, berangan lagi!

"Ishhhh berangan je kerjanya. Hati akak tu dah cair ke belum?" tanya Zahraa. Mukanya dimasamkan. Geram bila pertanyaannya tak dijawab.

Ezzah terdiam. Lama..

"And I'm waiting for the answer.. too."

Ezzah terdengar suara dari belakang. Dia tak toleh pun dia dah tahu dah siapa pemilik suara itu. Accent English pekat tu.. siapa lagi?

Dia menarik nafas, lalu menoleh..

Here he is.. Hariz yang tengah tersenyum di belakangnya. Nope, nope, nope. Bukan senyuman sinis yang selalu dia 'hadiah'kan tu.

This is the yang-boleh-buat-hati-cayaq-punya-senyuman tu!

And telling you what Sharifah Zahraa Syed Junid, I just did.

Gulp.

...............................................

p.s: Okay here we are.. depa dah kawen. Sila tepuk tangan (nak lompat pun boley!). Moment yang korang tunggu-tunggukan selama ini. I know all of you memang tunggu kan? HAHAHA.

BTW, saya dah tukaq sistem comment guna disqus punya sbb snang nak reply comment korang. HAHAHA tapi bila dia buatkan post lambat loading la kan (or saya saja yang lambat?) teheee. Do like like like and comment comment comment ye..

Fii amanilah.

Bencisayang 25

Hariz menyandar badannya ke belakang kerusi. Whoaa, it has been two months. Lagi dua bulan, dia turun darat dan balik ke tanah Melayu. Tu pun kalau Chief Engineer baru datang on time, kalau tak, terpaksalah dia menunggu lagi. Nasiblah kerja memang macam tu, kalau tak, takkan dia nak biarkan kapal ni macam tu.

Two months? tak ada langsung cerita dari Ezzah. Dia called Ibu, Ibu hanya busy bercakap pasal persiapan perkahwinan dia dengan Ezzah. Pasal saiz kasut, hantaran kawen, warna tema, khemah, catering.. (dan itu jelas menunjukkan yang Ezzah tak batalkan perkahwinan tu!)

Suprise!

Sumpah dia ingat Ezzah akan batalkan perkahwinan tu tapi Ezzah is indeed Ezzah, different! Dia dah underestimate gadis tu.. like seriously he did.

'You got one email' Tiba-tiba satu paparan pop out di skrin komputernya. Hariz membawa cursor ke perkataan inbox.

'One new message from Ezzah Hani.'

Dia menarik kening? Lantas dia mengklik nama itu.

Assalamualaikum.

So I tried to contact you but Ibu awak cakap awak off-shore. Like seriously setiap hari saya belajar new things about you..

Hariz tersengih. So yeah cik Ezzah, awak ingat saya ni penggembala kambing berjaya saja ke? Saya juga jurutera perkapalan yang berjaya juga! But seriously, Ezzah Hani start email dia dengan Assalamualaikum? Ada template kut.. suprise, suprise, surprise! Dan sekarang aku belajaq benda baru jugak pasal dia.

Saya balik kampung semalam, and was having good time with your mom cari barang-barang hantaran and suddenly saya realized (dan baru tahu) that you pick BLACK as our theme color at your house. BLACK? As in warna HITAM.

B.L.A.C.K and H.I.T.A.M?

I tried to cool it off but it is black. It is our wedding and you pick, what?

BLACK, inche Hariz. It's black! I dont think its appropriate. Ibu awak cakap, it is your pick.. dia tak boleh nak kata apa but please, please, like really please, can you change to something nice, appropriate?

Hariz tersenyum. Finally, selepas dua bulan dia dengar khabar dari Ezzah. Dah terang lagi bersuluh yang perkahwinan mereka tu berjalan seperti yang dirancangkan. Suprise lagi sekali. Dia menekan butang reply.

Waalaikumussalam warahmatullah.

Dia menaip. Menjawab salam.. kata Ustaz masa dia belajaq dulu-dulu, kalau orang bagi salam. Kita kena jawab, dan seelok-eloknya kita menjawab tu kita jawab dengan lebih lagi. Macam bila Ezzah bagi 'Assalamualaikum.', dia menjawab dengan 'Waalaikumussalam warahmatullah'. Dapat pahala lebih sikit ye dak?

I pick black, then it is BLACK. Period!

Fiiamanillah1

Hariz menekan butang send. Ringkas dan padat.

Ezzah di Shah Alam, Malaysia jatuh rahang membaca email yang diterimanya tak sampai lima minit tadi. Simple gila tapi geramnya. Dia menarik nafas, menghembus nafas.. sabar Ezzah sabar. Marah tu sifat syaitan, dia memberitahu dirinya. Teringat kisah usrah minggu lepas.. pasal marah.

Dia duduk sebentar. Tenang..

Dia menekan butang reply setelah hati yang berapi tadi dah dihujani dengan salju.

Assalamualaikum warahmatullah.

I respect your preference but I dont have ANY intention to wear BLACK on my wedding day.

May Allah Bless You.

Send.

Hariz di negara matahari terbit tersenyum. Hari minggu yang indah, bila dapat 'bermain' kata dengan city girl!

Waalaikumussalam warahmtullahiwabarakahtuh.

I wear black, you wear your color. Senang je kan?

Fiiamanillah.

Send. Dia tersenyum lagi.. dah boleh bayangkan wajah Ezzah sedang merah terbakar menahan marah. HAHAHAHA.

Manakala Ezzah pula terbangun bila membaca email terakhir dari Hariz. Bagus gila punya idea! Dia pakai hitam, aku pakai putih.. pastu semua orang kata pengantin ni apahal tak match match. Nampak sangat dah yang kitorang tak sehati sejiwa. Just right, inche Hariz! Sangat smart awak punya idea!

Did you have YM? Skype? Or anything? Or give me your phone number, I'll call you.

Send. Yang tu je dia jawab. Tak ada salam.. tak ada apa. Nak telefon tak ada nombor phone. Mintakan kat Mak Cik Awa, dia cakap Hariz tak bagi. Susah. Mahal. Nak kena roaming guna satelite apa entah.. dan nasib baik Tok'ie ada email Hariz.. dan nasib baik Hariz mahu balas email dia. Dah la tengah sibuk dengan FYP2, pastu nak uruskan itu ini. Sabaq oh sabaq. Assobru minal iman3

Tak lama lepas tu satu lagi email tiba.

Skype: imanhariz

Simple jugak jawapan lelaki tu! Terus dia membuka paparan skype dan meng-add Hariz sebagai kawan. Dan tak sampai seminit menunggu, Hariz sudah meng-approve.

Lama Ezzah menunggu untuk Hariz menegurnya tapi hampeh!

Akhirnya dia menekan nama Hariz dan memberi salam. Serentak salamnya dijawab.. Ezzah menggelengkan kepala. Spesies egomaniac punya orang!

+Yes

Hariz bertanya.

Ezzah mengurut dada.. ingat magic spells awak, Assobru minal Iman.

- It's black

Dia menjawab. Betul la dia tanak black. Please please.

+ Yes. So?
- Tukarlah.
+ It's MY place, kenapa nak tukaq pulak. Awak ada 100% right untuk warna kenduri belah awak. I dont mind at all. I said I want black, then I want it black.
+ Understand?

Ezzah memandang siling. Lelaki ni ingat aku ni anak buah dia ke? Understand, understood bagai.

- Okay fine, if you want it black. Then it is black.
+ Good.

Ego, heartless, monster.. dan terpaksalah dia guna alternatif terakhir.

+ Selamat memakai pink! Fiiamanillah.

Ezzah tersenyum. Okay fine. Nak sangat hitam, then aku pilih pink. His least favorite color! Tiba-tiba dia teringat perbualan dia dengan Carl tempoh hari bila dia balik kampung hari tu.

"Black? Hitam dia pilih?" dia menjerit bila mereka berjalan di Queensbay mencari barang hantaran Hariz hari tu. Mak Cik Awa hanya mampu mengangguk. Carl hanya tersengih.

"Kitorang dah cakap tapi abang Hariz tu abang Hariz la. Mana boleh kata NO. Dia selalu dapat apa yang dia nak. Susah!" sambung Carl.

"Tak appropriate la."

"Suruh dia ubah la." Carl mencadangkan. Kut-kut dengan Ezzah ni, abang dia boleh ubah fikiran.

"HA HA HA." Ezzah gelak sarkastik. 

"Ataupun cakap je kalau dia tak nak ubah, dia kena pakai pink. He detests pink macam dia detest errr.. makan ubat!" 

Dan sekarang Ezzah dah guna last resort yang dia ada. Pink? Haha! Hariz pun masuk kategori lelaki yang rasa tergugat takutkan kejantanannya tercabar bila kena pakai pink. Tolong lah! Tahulah pink tu warna feminin tapi sampai nak ewww its pink punya attitude, memang tak boleh terima! Walaupun dia sendiri bukan peminat pink.

- PINK?

Akhirnya Hariz membalas.

+ Yes. PINK. Merah Jambu. Why ada problem ka?
- Not pink.
+ Pink. Period.

Ezzah tersenyum. Macam dah termasuk perangkap sudeh inche Hariz ni. Teheeee. Tak lama selepas tu, Hariz membalas.

- Okay then. Pink pun pink la. Sama rata.

 Mata Ezzah terbeliak. Apa yang diangan-angankanya tak menjadi. Hariz tak masuk perangkap!

........

Sofie tergelak bila Ezzah menghamburkan ketidakpuasan hatinya pasal Hariz bila mereka rehat tengah hari tu. Dia menggelengkan kepala. Ezzah ni spesies degil, dan dari cerita Ezzah ni, nampaknya Hariz ni super degil. Elok sangat dah tu.

"Okay apa hitam. Elegan, misteri.."

"Hitam tu macam berkabung tau."

Sofie menaikkan kening, "Orang kristian je berkabung guna hitam, we Muslim tak pun. Haish." kata Sofie sambil memandang Ezzah di hadapannya.

"Tapi warna tu warna emo!" Ezzah counter attack.

Whatever. Sofie dah tak ada idea nak membalas. Well, dia tengah bercakap dengan Miss Degil sekarang ni. Baik diam saja.

"Dia tu spesies degil sungguh la." kata Ezzah.

Sofie tergelak. Yang kamu tu Ezzah, spesies apa? Spesies mengikut cakap... so not!

"Think positif, alla kau ingat tak masa hari tu kau pernah puji Vera Wang sebab buat gown warna hitam. Even Vera Wang pon tak kisah hitam.. kau apatah lagi kan? And indeed that black gown, sumpah awesome gila."

Ezzah terangguk-angguk macam burung belatuk. Dia ada perasan hari tu, masa belek laman web bila dia bosan/stress pandang kerja-kerja sekolah tu. Cari idea untuk dress kawen dia.. tapi warna hitam?

"Kalau dah tak nak sangat hitam, boleh matching kan dengan warna lain. Gold ke, maroon, silver.. or white. Guna lace hitam, background white. Nice jugak!"

"Aaah kan."

"Tapi Vera Wang fall season 2012 tu cun gila4."

"Kan?"

Kedua-dua pasang mata itu bercahaya! Ezzah dah mula terbayang-bayang dirinya memakai bridal gown rekaan Vera Wang itu.

Kedebapppp. Magazine di tangan Sofie elok kena lengan Ezzah.

"Gown tu.." Macam tak sesuai.. Sofie geleng kepala. Memang tak sesuai.

Ezzah mengangguk. Betul betul.. Lupa pulak! Dia tepuk dahi.

.............................

1 Fiiamanillah - May Allah Bless You dan selalunya digunakan bila nak say good-bye.
2 FYP - Final Year Project
3 Assobru minal Iman - Sabar itu separuh daripada Iman.
4 Vera Wang Bridal Fall 2012 - http://www.fashionologie.com/Vera-Wang-Black-Wedding-Dresses-Pictures-2012891

This is for cousie yang ditentang hebat bila dia nak pick black for her wedding. LOL. :)

Bencisayang 24

"Auntie dah call dia dah. She will be back soon." kata Puan Sharifah lalu duduk kembali di sofa di hadapan Hariz dan Tok'ie.

Hariz hanya mengangguk sambil menghirup air teh dari cawan yang bercorak bunga ros itu. Vintage sungguh citarasa pemilik rumah ni. Dalam kepalanya sedang memikirkan cara, bagaimana nak cakap sorry kat Ezzah? Ni semua Tok'ie punya pasal! Dia jeling Tok'ie yang sedang membelek album gambar yang Auntie Sharifah bawakan tadi.

"Itu gambar Ezzah masa lima tahun. Dia masuk pertandingan beragam.. ala macam fashion show."

Hariz menjeling gambar tersebut. Seorang kanak-kanak bersanggul dua di kepala memakai pakaian ala-ala Chun-Li. Hariz mengangguk.. no wonder, sejak kecil pun dah pandai ber-fashion.

"She loves Street Fighter very much. Ni semua influence Ezry dengan Ezzaq la. Habis adik dia terikut sekali, hari-hari diorang ber-street fighter dalam rumah. Kalau auntie, nak je suruh dia pakai english gown.."

Hariz mengambil satu lagi album di atas meja.Dibukanya..

"Ah itu wedding album Ezzaq."

Hariz yang baru membuka album itu terus menutupnya kembali.

Puan Sharifah perasan raut muka pemuda di hadapannya itu. Dia masih menyimpan rasa dendam lagi ke? Tapi kalau masih ada, kenapa masih nak meminang Ezzah?

"Auntie terkejut sebenarnya.."

Hariz memandang Puan Sharifah. Terkejut?

"Auntie tahu how much your angst towards Ezzaq.."

Hariz telan air liur. Everyone knows that.. and indeed he still is.. ye ke?

"That's why masa Opah tiba-tiba call cakap yang Hariz merisik Ezzah, uncle dengan auntie terkejut tak terkata apa. Pelik, so sudden and now I am asking you why? Why Ezzah? Hariz tak ada intention nak permainkan dia kan? Seeking revenge perhaps?"

Hariz terkedu. And now the same questions lingered into his head right now? Why?

"Seeking revenge? Permainkan? What is going on?" suara Ezzah tiba-tiba menyampuk. Dia berjalan ke arah living room. Apa ni? Dia sungguh tak faham. Kenapa pulak Mama nak bertanya macam tu kat Hariz. Setahunya (dia assume masa diorang kat kandang kambing hari tu) yang Hariz jatuh cinta love at first sight dengan dia tapi kenapa Mama cakap Hariz nak balas dendam. Ni drama apa ni?

"Dia.. is not one I had in mind about my future spouse la bro. Kau tengok sajalah baju yang dia pakai, brand from head to toes, dan kau tahu jela aurat pun dia tak cover properly.. macam mana dia nak jadi isteri aku.."

Ezzah terduduk. That is not exactly ayat dari someone yang jatuh cinta... dia patut tahu tu masa dia dengar hari tu.

Dia berdiri di hadapan Hariz. "What is this? Please enlighten me."

Puan Sharifah terdiam. Dia tak sangka sungguh Ezzah akan dengar perbualannya. Dia ingat anak dia akan sampai lambat lagi tapi sekarang...

.........

Ezzah menekan punat putih itu berkali-kali. Endlessly. Sampaikan ada orang yang membuka pintu rumah semi-D dua tingkat itu.. sampaikan gate bewarna putih ini terbuka memberinya masuk. Tangannya menekan lagi loceng itu.

"Ezzah!" muncul Hadhira dari muka pintu. Terus pintu pagar itu terbuka.

Ezzah berjalan masuk. Dia perlukan penjelasan sekarang ni.

"Saya tak tahu nak cakap apa. But go and ask your brother.. dan lepas tu kalau you nak shut off the wedding, I'm okay with it."

Ezzah terkedu kat situ. Dia memandang raut wajah Hariz. Lelaki tu memang dasar heartless, tak ada langsung riak sedih langsung.. Kenapa tak hari tu, masa Ezzah, terkinja-kinja minta putuskan pertunangan, dia tak go with the flow saja.. tapi sebaliknya sekarang bila Ezzah dah ada sikit rasa suka and he wants to cancelled it off?

"Kenapa ni?" tanya Hadhira bila Ezzah sampai di hadapan muka pintu.

"Abang mana?" soalan Hadhira dijawab dengan soalan.

Hadhira hanya mampu menunjukkan arah dapur. Memang pun Ezzaq berada di dapur, mereka sedang menjamu juadah makanan tengah hari pun tadi dan tiba-tiba dikejutkan dengan 'bedilan' loceng yang bertalu-talu dari Ezzah.

Ezzah hanya mengangguk dan membawa kakinya ke dapur. Rumah ni dah jadi rumah keduanya.. maka segenap tempat semuanya dia tahu. Mini library kak Dhir kat mana? Ruang kerja kak Dhir bila projek menimbun kat mana? Bilik baby yang tengah di-renovate tu kat mana? Semualah..

"Kenapa ni?" tanya Ezzaq. Matanya memandang ke arah Ezzah dan Hadhira bersilih ganti. Hadhira angkat bahu. Terus dia duduk di sebelah suaminya..

"Kenapa Hariz seeking revenge? What's wrong between you guys? I need to know. A.S.A.P." kata Ezzah dia masih berdiri memandang abangnya yang sedang mengunyah nasi di hadapannya.

Ezzaq mengangguk. Hari yang dia takutkan tu telah tiba.. lebih awal dari dia jangkakan. Ingatkan Hariz nak tunggu dia dapat Ezzah dulu baru dia nak bagitahu kisah lama diorang. "Sit. Dhir, bawakan pinggan please."

"Ezzah tak nak makan."

"Makan." suara abang dia dah bertukar.

Hadhira datang dengan pinggan dan menyerahkan kepada Ezzah.

"Makan nasi dulu and later abang terangkan."

..........

"So that is all?" tanya Ezzah bila Ezzaq dah habis 'bercerita' pasal kisahnya dengan Hariz.

Ezzaq mengangguk. Sampai sekarang pun dia masih rasa bersalah sebenarnya. Kalau tak diikutkan naluri remaja, nak bawak motor laju-laju, entah-entah Hazirah masih ada kat bumi ni tapi kun fa ya kun. Allah kata "Jadilah", jadilah ia.

"Itu kan accident. Bukan abang saja nak bunuh adik dia ke apa?" kata Ezzah. Hariz ni memang complicated sungguh!

"Tapi cuba Ezzah fikir, kalau Ezzah kat tempat dia. Cuma kita gantikan Hazirah tu dengan abang. Apa yang Ezzah nak buat?"

Ezzah terdiam. Apa yang dia akan buat kalau Ezzaq yang pergi meninggalkannya? Dia menggeleng.. walaupun setakat memikirkan kemungkinan tu pun dia tak sanggup. Ezzaq tu lah abang yang dia hamburkan segala-galanya. Yang ada bila dia di bawah, menangis sedih.. dan ada yang ada bila dia di atas, ketawa kegirangan.

"See? Setakat fikir saja pun, you couldnt afford to lose me. How about someone who actually lost someone they loved. Things could go deeper, more complicated.."

True. Definitely true. But that doesn't mean you have to go beyond that...

.............................

Bencisayang 23

Ezzah ternganga bila dia melihat bangunan di hadapannya. Dia memandang Sofie yang duduk di tempat pemandu. Sofie tersengih-tak-sengih, dia angkat bahu. Sememangnya dia dah tak ada siapa dah nak bawa. Ezzah sorang saja yang tinggal.

Mata Ezzah memandang lagi bangunan di hadapannya.. dia memandang Sofie sekali lagi. For real? Mata dia bertanya.

Dan bagaikan memahami, Sofie mengangguk.

"You're the last resort." terang Sofie. Sumpah kalau dia ada kawan lain, sah-sah dia tak akan bawak Ezzah ke mari.

"Tapi aku kan.. dengan tempat ni.." Macam tak kena. Ayat terakhir tu hanya mampu dia ucapkan dalam hati.

"Please. I want to learn.. badly.. dan aku search internet diorang ada kelas usrah every Saturday pukul 10 kat sini. This is my first time.. dan aku tak ada sapa-sapa nak ajak temankan aku. Lepas ni aku janji, aku akan cuba pergi sorang-sorang." Sofie bercakap, nadanya macam dah nak nangis dah.

Ezzah pandang masjid di hadapannya.. sambil selang-seli memandang Sofie.

"Please." perlahan Sofie menuturkan. Matanya berkelip-kelip Minnie Mouse.

Dan sekali lagi Ezzah tertewas dengan mata Minnie Mouse tu untuk kali ke-berapa-juta-tambah-satu tu lagi.

"Aku tak pakai tudung." kata Ezzah. Nasib baik baju yang dipakainya ni jenis tangan panjang.. dan skirt labuh!

Sofie tersengih. "Let's see my magic bag." kata Sofie. Dia berpaling ke tempat duduk belakang mengambil bagnya lantas membuka zip beg coklat itu. Serentak selendang pink berada di tangan Sofie. "Tadaaaaa. I've come prepared y'know!"

Ezzah menjulingkan mata. Nasiblah ada kawan macam ni...

.......

"Nak singgah Shah Alam tak?" tanya Tok'ie. Mata masih di hadapan, tangan masih di stereng kereta. Lagi sejam sampailah mereka ke destinasi yang ditujui.

"Buat apa?" Hariz bertanya balik.

"Jumpa bakal in-laws hang.. sambil jumpa dia. Dia si bakal isteri yang dua minggu lepas hang kutuk tu. Hang tau dak hang banyak buat salah. Kang kapal tu tenggelam kang, bila lagi hang nak mintak maaf?" kata Tok'ie.

Hariz menjeling kawan yang sedang memandu di sebelahnya. Kalau tak difikirkan Tok'ie tengah memandu sekarang, memang dia dah kasi sepakan percuma dah. Ada ka boleh doakan kapal tenggelam...

"Hang tok sah dok buat main. Kapal aku nak naik ni kapal baru."

"Kalau Allah kata jadi, jadilah.. walaupun baru ka buruk ka kapal tu. Sesungguhnya kuasa Allah adalah mutlak. Apabila Dia hendak menjadikan sesuatu, memadailah dengan hanya berkata “Jadilah” nescaya benda itu boleh terus terjadi1" kata Tok'ie lalu mengalunkan ayat dari Al-quran itu.

Kun fa yakun. Be, and it is.

Hariz terdiam. Betul apa yang Tok'ie katakan tu...

Dia memandang ke arah luar tingkap. Tak ada apa yang menarik pun, hanya bangunan-bangunan rumah saja dan bukit bakau. Dia teringat apa yang dia TER-cakap minggu lepas. Lepas tu memang dia tak boleh tidur, rasa bersalah ya amat. Seumur hidup dia, memang dia menjaga lidah tapi entah la... perasaan dia macam dah tak boleh dikawal-kawal bila nampak Ezzah.

Memang betullah kata Ibu, hatinya dah mati.

Wajah Ezzah minggu lepas bermain di kepala. Gadis itu tersenyum awkward gila.. dengar kah dia? Tapi 99.991% hati Hariz berkata yang Ezzah mendengar apa yang dia cakapkan dengan Hariz.

Dan sejak tu memang dia dah tak nampak muka Ezzah. Alih-alih kelmarin dia dapat tahu yang Ezzah dah balik Selangor...

Marah kah Ezzah? Sesungguhnya dia tak ada niat langsung nak cakap macam tu. Semuanya sebab nak bangkang tuduhan tak berasas dari Tok'ie.. dan akhirnya dia dah terguriskan hati orang secara tak sengaja.

"Kalau tak tenggelam.. kut-kut lanun datang." Tok'ie menyambung lagi bila Hariz hanya mendiamkan diri. Saja mahu mengumpan.

Hariz mengeluh. Tok'ie ni memang nak kena sekeh... tak tenggelam, lanun pulak. Adoi! "Singgah je lah.."

Tok'ie tersengih.. lalu memberi isyarat ke kiri. Membelok ke arah Shah Alam.

..........

Tok'ie berhenti di hadapan rumah banglo bewarna putih itu. English style dan gah tersergam indah. Mulutnya termelopong, first time dia nampak rumah secantik begitu. Kalau kat kampung mereka, jangan haraplah. Rumah yang paling gah pun, agak-agaknya setengah besar rumah ni.. tupun entah-entah kalau kat kawasan ni, rumah tu jadi rumah yang paling biasa agaknya.

Subhanallah.

Hariz hanya melihat. Ini rumah gadis yang dia bakal nikahi dalam jangkamasa lima bulan dari sekarang... macam langit dan bumi! Dan sesungguhnya, diorang memang tak ada persamaan langsung. Dari perangai, kesukaan sampailah background diri.

"Dia ada kut. Tu ha kereta dia ada." kata Tok'ie sambil menunjukkan swift putih yang elok je parkir di hadapan rumah. Hariz mengangguk, sebelah Swift tu ada BMW dan Mercedes. Dia tarik nafas..

Loceng ditekannya. Tak lama kemudian seorang wanita keluar menjenguk..

"Hariz!" kata wanita itu. Dia kenal lelaki tinggi yang memakai kemeja hitam itu. Masakan dia lupa..

Hariz hanya mengangguk sambil tersenyum awkward. Mak kepada Ezzah. Hariz pernah jumpa wanita itu sekali, sepuluh tahun yang lalu.

"Masuklah." tangannya menekan remote di tangan. Iman Hariz..

"Duduklah. Auntie sorang je sekarang ni. Uncle dengan Eman ada urusan pejabat kat Miri.. Ezzaq, biasalah dia dekat rumah dia.. Ezzah awal-awal lagi keluar dengan kawan dia. Dia tak bagitahu auntie pulak yang Hariz nak datang."

"Tak cakap pun kat dia. Saja datang sebab Hariz dah nak naik kapal lepas ni. Alang-alang tu singgah kejap la kan."

Puan Sharifah mengangguk. Dia faham sangatlah kerja Hariz. Agak-agaknya nanti bila Ezzah dah jadi isteri Hariz.. anak dia ditinggal-tinggalkan macam tu agaknya.

"Berapa lama?"

"Selalunya enam bulan.. tapi kali ni Ibu sound suruh bercuti awal, tiga bulan je kut."

"Belayar mana kali ni?"

"Macam selalu, Jepun."

Puan Sharifah mengangguk. Ooo Jepun rupanya..

"So datang ni nak jumpa Ezzah la ye? Ezzah tu pun satu.. kalau dah tahu awak nak belayar, freekan la diri tu tapi tadi bangun je pagi terus ikut kawan dia.."

Hariz tersengih. Ye ke aku nak jumpa dia.

"Korang minum la dulu. Kejap eh auntie telefon dia suruh balik."

"Eh tak pa tak pa.. Kitorang dah nak cepat ni." kata Hariz. Sebenarnya tadi bila dia tahu Ezzah tak ada kat rumah, hati dia terus rasa lebar.

"Eh mana boleh. Awak datang jauh, nak pergi pun jauh.. lama pulak tu. Kejap eh kejap."

"Betul tu auntie. Elok sangat dah. Lagipun dia kena lapor diri tu petang auntie. Banyak masa lagi ni." sambung Tok'ie. Mata Hariz dah mencerun ke arah kawan di sebelahnya. Mulut tak ada insurans langsung!

.......

Ezzah memasukkan buku dan pennya ke dalam beg tangannya. Malunya dia rasa hari ni. Mana taknya pergi usrah, apa pun tak bawak dan nasib baiklah murrabi yang mengendalikan kelas itu memberikan pen dan buku kecil kepadanya.. kalau tak mahu dia lari keluar je dari bilik yang terletak di belakang masjid itu.

"Assalamualaikum."

Ezzah dan Sofie mengangkat muka mereka. Kelihatan murabbi mereka tadi tersenyum ke arah mereka.

"Waalaikumussalam" jawab Sofie. Ezzah pula hanya di dalam hati.

"So how was your first day?" tanya perempuan yang memakai blouse putih dan bertudung bawal pink itu. Nampak biasa-biasa saja (kalau sekali tengok kat luaq, sah-sah tak sangka dia ketua usrah!), tapi masakan perempuan di hadapannya ni biasa-biasa. Kalau biasa-biasa, masakan dia dibenarkan mengendali kelas usrah.

"Best. Banyak yang saya dapat." jawab Sofie. Ezzah mengangguk. Betul, dia jarang sekali ke kelas-kelas macam ni tapi jelas kak Asraa ni memang pandai menarik minatnya. Cara penjelasannya tak bosan, dia banyak menggunakan metafor untuk bercerita dan akhir sekali usrah yang selama dua jam itu tak terasa langsung.. tup-tup dah habis.

"Make it Alhamdulilah then." tegur kak Asraa sambil tersenyum.

"Alhamdulilaaah." sama-sama mereka menuturkan.

Kak Asraa tersenyum lagi. "Alhamdulilah korang suka.. so minggu depan boleh la datang lagi? Kan Sofie... Ezzah?"

Sofie mengangguk laju-laju. Sudah tentu!

Dan Ezzah tersenyum simpul. Lambat-lambat dia mengangguk.. I thought this is my first and last time. Ni yang rabak ni..

"InshaALLAH. Okay then.. tu inche hubby akak dah sampai. Jumpa lagi. Assalamualaikum." kata kak Asraa lalu berjalan ke arah Honda Accord biru yang berhenti di hadapan masjid.

"Best kan?" tanya Sofie.

Ezzah mengangguk. Best memang best.. tapi dia lagi suka duduk tidur di rumah. Haip Ezzah! Apa ni!

"Cantikkan kak Asraa tu?" Ezzah mengangguk. First time masuk kelas tadi.. dia rasa dia dah salah masuk kelas. Ingat masuk kelas English tadi! Muka kak Asraa tu sebijik muka mat salleh. Cuma warna matanya coklat kehitaman dan percakapan bahasa Melayu dia tu fasih gila!

"Minggu depan kita pergi lagi eh?" kata Sofie. Mereka dah sampai di hadapan kereta Sofie.

Ezzah tak tahu nak jawab apa.. dan sebelum sempat dia menjawab pertanyaan Sofie, telefonnya berbunyi. Terus diangkat phone call itu.. life savor sungguh!

...NOT.

Bila Mama bagitahu yang Hariz sekarang ni, detik ni, tengah ada kat rumah diorang!

Adoi!

..................
1 = Ayat 82 dalam Surah Yasin.

Bencisayang 22

Tangan kanannya rancak mengacau milo panas di hadapannya. Asap berkepul-kepul naik.. minuman panas  di waktu pagi-pagi memang heaven! Matanya rancak melihat nota yang baru difotokopi di koperasi tadi. Banyaknyaaaa..

Pheww, dia mengeluh. Baru day two tapi dah kena pikir banyak benda. All sort of things, dari journal untuk FYP kepada quiz yang Dr. Murad cakapkan kelas pagi tadi.

Stresss~!

"Hola weii. Morning!" Shen terus duduk di hadapannya sambil mengangkat tangan, gesture hello yang dia selalu buat bila berjumpa teman-teman. Bungkusan sandwich dibuka dengan rakusnya. Lapar.

"Morning.." jawab Ezzah, matanya masih lagi di planner bewarna gold itu.

"Busy?" Nom nom nom.

Ezzah mengangguk. Busy tak busy.. Final semester is a nightmare!

Dia pandang Shen yang tengah mengunyah sandwich di hadapannya.. Nampak relax je dengan beg silang dia tu. Nampak kosong, something not right sebab Shen jarang datang jumpa dia tanpa bazooka dan beg gedabak hitam yang dia selalu bawak tu. Nampak sangat tak dapat projek studio lagi tu! Ai jelesnya.

"Have you seen Sofie?" Sofie = coursemate merangkap kawan baik Ezzah tapi walaupun dah dua hari dah kelas bermula bayangan Sofie tak timbul-timbul. Cawan berisi Milo itu dimasukkan ke mulut. Planner ditutup.

Shen menggeleng. Mana la dia tahu mana perginya Sofie. Ezzah ni tanya macam dia pulak sekelas dengan Sofie.

"I tak jumpa dia since the last semester, and I called her last night. Off. And she didnt come to class either. Where has she been ey?" tanya Ezzah lagi.

Shen angkat bahu. Tangannya membuka lagi satu wrapping sandwich. Macam biasa, selera dia memang besar.. satu sandwich mana cukup.

"Ada lah dia pergi mana-mana. Dia kan kaki travel. She might be somewhere on Earth. Paris? London? or Spain may be?"

"By the way? How was your plan nak sabotaj your engagement tu? Berjaya?"

Ezzah tarik nafas. Peristiwa berapa hari lepas bermain di kepala. Kata-kata cemuhan Hariz tu bermain di kepala.. boleh panggil berjaya ke bila dia dapat tahu yang Hariz memang TAK ADA intention langsung nak memperisterikan dia. Dia pandang dirinya.. buruk sangat ke?

"Entahlah.." Milo disuakan ke mulut. Auch, panas!

Shen angkat kening. Tak faham. Dia pandang Ezzah, meminta penjelasan.

"You nak kawen dengan I tak?" tiba-tiba soalan gila tu keluar dari mulut Ezzah.

Mata Shen terlopong. Gila ke apa?

"I ni teruk sangat ke?" Dia tanya lagi.

Shen mengangguk-angguk. Tanda memahami sesuatu. Dia dah mula dapat agak dah yang Ezzah nak sampaikan. "So dia pun tak nak kawen dengan you la?"

Ezzah tak angguk, tak geleng. Ezzah hirup milo lagi.. Auch, again, panas!

"Oh my god." mata Shen jadi double terlopong.

"What?"

"You like him, right?" mata Shen terus menumpu ke arahnya.. bukan lagi di sandwich yang dipegangnya itu. Straight masuk ke dalam anak mata. Ezzah memang tak pandai menipu.. kalau Ezzah menipu, dia akan telan air liurnya.. dan sekarang she just did it!

Ezzah diam. Ezzah telan air liur..

"I ingat bila tengok muka kusut you tadi bila masuk cafe sebab you stress, overwhelmed sangat dengan final year.. now I take back my words.. you stress sebab dia kan? He...err.. rejected you."

Ezzah menggeleng. Mana ada dia stress sebab laki tu. Sebab final year. Betul, tak tipu punyalah. FYP bab 1 tak approve lagi dengan Dr Nora! Hariz tu setakat side problem je.. tak mati pun. Dia bukan budak sekolah yang nak meraung bila cinta tak berbalas.. saya dah besar, dah dewasa. Kalau dia tak suka, Ezzah ada lagi berderet yang nak. Yang boleh terima dia.. macam ni. Dia pandang baju dan beg yang dipakainya..

"You nak jadi Dr Phil ye?"

Shen tersengih bangga. "So betul lah?"

"Betul lah apa?"

"You dah jatuh chenta dengan kampong boy?" Shen tersengih. Kampong boy? Macam mana ya? Agak-agaknya lelaki tu pakai topi apek cina yang dia selalu nampak dalam drama tu ke? Baju basah dengan peluh..

"He doesnt even like me la Shen." Ezzah berterus terang.

"Auchh.. he tells you that?" Matanya mencerlun. Ada orang tak suka Ezzah di depan dia ni? Silap besarlah! This girl is a hot stuff!

"Dia.. is not one I had in mind about my future spouse la bro. Kau tengok sajalah baju yang dia pakai, brand from head to toes, dan kau tahu jela aurat pun dia tak cover properly.. macam mana dia nak jadi isteri aku.."

"Sort of.." Akhirnya dia menjawab.

"Then, ditch him.. you've got plenty to choose from. Tu ha, panjang umur.. he likes you.. still." kata Shen sambil memuncungkan mulutnya ke arah kanan cafe.

Ezzah berpaling. Melihat Hafiz yang tengah duduk bersembang di penjuru cafe dengan Amirul.

Mr. ex boyfriend..

..........

Ezzah masih setia menekan nombor telefon Sofie. Dah nak masuk kali ke seribu kali dah dia cuba menelefon si kawan baik tapi setiap seribu kali tullah cik puan operator yang menjawab. Hati dah mula gusar. Mana pernah Sofie buat perangai tak angkat telefon macam ni? Sofie dengan iPhone dia tu macam kembar yang satu hati, satu jiwa, satu badan...

Nak telefon nombor rumah dia tak ada pulak. Nama saja kawan baik, alamat dan nombor telefon pun dia gagal nak hafal. Mana taknya selalunya kalau telefon Sofie, elok je dia angkat.. dan kalau nak ke rumah Sofie, dia memang hafal dah kat mana.

Nombor ditekan-tekan lagi. 016-1098765

"Nombor yang anda dial...."

Klik. Telefon dimatikan dan dicampakkan ke atas katil.

Mana Sofiya Raiha ni pergi menghilangkan diri ni?!

............

Ezzah menarik kembali comforter yang terlurut jatuh. Bagaikan ada orang yang menarik dan cuba bermain dengannya. Mana taknya, asal dia tarik naik ke kepala, mesti comforter itu 'tertarik' ke bawah balik. Lantas dia membukakan matanya.

Satu objek hitam di hadapannya... err bukan objek.. but wait... lembaga! Terus dia bangun mengambil objek di sebelahnya.. bantal kecik bewarna maroon itu terus dia campakkan ke arah lembaga itu.

"Woi akulah."

Sofie? Terus matanya difokuskan.. Aaah Sofie, dengan jubah dan tudung hitam?

Matanya digosokkan lagi. Like seriously, perempuan depan dia ni Sofie, si kawan baik dan bukannya manusia lain?

Kedebappp.

Elok bantal yang dia baling tadi kena dia balik. Bantal makan tuan betul!

"Sila stop staring aku macam tu."

"Oh yeahh what happen to MY Sofie?"

Sofie sengeh. "Sila bangun." Sofie dah mula tarik Ezzah untuk bangun.

Apa sila-sila-sila ni? Mata Ezzah memandang ke arah jam dinding. 8.30 pagi. Apa dah jadi dengan Sofie ni? Buang tebiat apa?! Ni weekend la.. I need my beauty sleep. Malam semalam dia habiskan masa dengan membaca journals.. with S. Plural! Nak tidoq!!

"Cepatlah..."

Ezzah bangun dan bersandar di katil. "Mana kau pergi selama ni? Kuliah dah start seminggu lebih tau." Terus dia fire Sofie. Mata kawannya ditatap, memintakan penjelasan.

"Nanti aku bagitahu.. but please mandi dulu. Aku nak ajak kau temankan aku. Please, please, please." kata Sofie. Matanya dikelip-kelipkan gaya minnie mouse. Meminta simpati.

Ezzah mengerutkan matanya. Dia menggelengkan kepala. Tewas buat kali ke-berapa-juta kali dah dengan mata minnie mouse tu. Tuala oren yang tersangkut di tempat penyangkut terus dicapainya.. Melihat wajah Sofie yang penuh mengharap, terus dia bergerak ke arah bilik air.

Sofie tersengih. Ezzah oh Ezzah, lembut sungguh hati kawan dia seorang ni.

"So where have you been?" soalan pertama dari Ezzah bila dia keluar saja dari bilik air. Tuala masih di kepalanya. Mengeringkan rambut. Dari cermin dia pandang Sofie yang sedang berteleku membaca magazine di atas katil.

Atas bawah dia pandang.

Sofie pakai jubah? Sofie pakai tudung macam tu... Ezzah naik pening. It's rare. Macam Raflesia. Rare! Sofie ni memangla spesies pakai tudung.. tapi selama ni jubah bukan style Sofie.. baju kurung pon dia jarang tengok Sofie pakai.. dan sekarang jubah? Lepas tu tudung.. kalau dulu Sofie pakai tudung main selimpang, pastu pakai selendang ala itu ini tapi sekarang ni tudung yang dia pakai tu.. er  terlebih... err.. labuh?

"Aku pergi rumah Pak Tam aku." dia menceritakan apa yang dia buat sampaikan dia ter-missed seminggu kuliah.

Ezzah angkat kening. First time dia dengar Sofie cerita pasal Pak Tam dia.

"Kat Jordan.."

Ahhh patutlah.. tele sangat dah. Jordan dengan jubah hitam tu..

"Aku fail subjek aku last semester. Dua subjek.."

Ezzah berpaling memandang Sofie. Dia tak tahu langsung pasal tu.

"I was down.. and tiba-tiba cousin aku ajak ikut dia balik Jordan. So aku ikut je la."

Ezzah mengangguk. Sofie fail dua subjek? Ni mesti sebab Farid ni! Mana taknya last semester, Sofie memang down gila. Masalah Farid, si boyfriend player tu.. lepas tu elok pulak clash waktu exam. Talking about a perfect time!

Patutlah dia diam menyepi.. fail subjek. Ezzah rasa macam nak tampar je diri sendiri.. kawan sendiri fail, dia tak tahu apa-apa.

"Suasana kat Jordan tu really an eye-opener. Aku rasa warm sangat.. pak tam and family memang a good hospitality. Aku pergi sana sini.. and taddaaa I'm back." Sofie tersenyum lebar. Dia rasa cukuplah yang tu saja dia beritahu Ezzah.. Details? Mungkin nanti-nanti..

Ezzah mengangguk. Sofie memang dah balik Malaysia.. tapi Sofie sekarang macam bukan Sofie yang dia jumpa berapa bulan yang lalu...

"Dah siapkan? Jom!" kata Sofie. Tangan Ezzah terus dicapainya... mereka dah lambat ni!

............

p.s: Macam pelik kut tiba-tiba ada watak Sofie.. but saya dah kehilangan idea sebenaqnya. Just biaq dia go with the flow, may be? So yeahh saya pon published saja.. kalau tak memang tak terupdate. Have fun.

Bencisayang 21

Ezzah menghalakan fokus matanya ke arah baju-baju yang berbukit di atas katilnya. Bukit warna warni. Ada warna oren, ada biru, ada ungu dan macam-macam lagi. Aiyoo macam mana mahu memasukkan semua baju-baju ni ke dalam beg beroda tu? Malasnyaa. Sesungguhnya Ezzah la manusia yang paling tak suka packing-packing. Kan bagus wujudnya bag macam poket doremon. Boleh je masukkan segalanya tanpa memikirkan tak muat ke apa ke. Lagi senang kalau perut dia macam tu.. masukkan je. Pastu takda la dia tercicirkan apa-apa benda ye dak (dan kalau tercicir pun, dia ada pintu ajaib yang boleh dia buka sesuka hati dalam sekelip mata!). Kekehkeh. Ezzah Hani, ini dunia biasa bukan fantasi! Dia mengetuk kepala sendiri.. tullah banyak sangat tengok Doraemon.

Lusa dia dah nak balik KL dan minggu depan kuliah dah bermula. Dah masuk fasa kakak senior. Mana taknya ini semester terakhir dia. Semester yang dia rasa dia bakal menangis air mata darah bila kena tumpukan pada FYP... final project.. hal nikah kawen lagi. Ezzah telan air liur. Kering tekaknya...

"Laaa.. ni awat tak kemas lagi barang?" suara Opah hampir membuatkan Ezzah terloncat. Adoii kantoi berkhayal depan Opah!

"Tak tahu nak start dari mana." Mana taknya baju satu bag, barang lukisan dua bag, laptop, buku-buku..

Opah menggelengkan kepala. Ezzah ni dah biasa hidup senang seumur hidup dia. Dah tu pulak anak tunggal perempuan, memang manjanya lagi mengada la. "Nah. Ni yang baru basuh.. baju sejuk sapa ni?" tanya Opah sambil menyerahkan sweater hitam itu ke arah Ezzah. Dia tak pernah pulak nampak Ezzah pakai.. dan lagipun saiznya lain benar untuk Ezzah.

Ezzah melihat sweater yang sudah berada di tangannya. Dia hampir lupa yang dia ada 'hutang' dengan Hariz. Hutang sweater. Dah seminggu dah dia tak berjumpa Hariz. Malas mahu bercakap face to face dengan lelaki tu.. Dulu dia mahu berjumpa dengan Hariz untuk bincang baik-baik pasal perkahwinan diorang. Dia sejujurnya mahu batalkan tapi asal je dia jumpa lelaki tu mesti akan jadi benda-benda tak betul dan akhir sekali dia pun jadi malas.

Dah penat dah.. jatuh tasik.. jatuh sungai.. lepas ni jatuh apa pulak?

Jatuh chenta?

Ezzah terus menggelengkan kepalanya. Apa punya kepala ni pikir benda bukan-bukan malam ni? Ni mesti sebab penangan demam itu hari.. yella elok je Hariz hantar dia balik rumah Opah dari sungai itu hari, terus dia demam malam tu. Dan itu salah satu sebabnya kenapa dia dah stop pergi mengacau lelaki tu.

"Ni awat tiba-tiba dok gelengkan kepala? Sakit lagi ka?" kata Opah. Tadi petang dah siap elok pekena ABC ... katanya dah sihat walafiat tapi kenapa cucu dia sekarang ni jadi pelik betul. Macam ada benda je dalam kepalanya..

Ezzah geleng kepala. Kantoi buat kali kedua! "Tadapapa Opah... Ezzah.. err.. tengah pikir cara nak masukkan baju-baju ni dalam bag." Yella sangat kamu, Ezzah oi!

"Kalau macam tu Opah keluaq dulu la. Azan Isya' dah masuk.. jangan lupa sembahyang pulak."

Ezzah mengangguk. Ai ai.

Dia memandang sweater di tangannya.

'Ambik.' teringat suara keras tanpa tone lelaki itu kepadanya. Hurrr, geram!

Dan tak lama kemudian suara keras tanpa tone itu digantikan dengan suara yang dia dengar masa kat sungai hari tu.

'Trust me..'  Wajah Hariz yang menyuakan tangan kepadanya ketika itu bermain di kepala.

........

Klik. Klik. Klik.

Tok'ie meng-snap gambar suasana kandang kambing Hariz ni. EOS 60D itu memang dia bawak ke hulu ke hilir macam isteri. Kalau nanti ada isteri nanti dia akan bawa kedua-duanya sekali ke merata tempat. Adil dan saksama!

Lensa difokuskan kepada Hariz yang sedang duduk di bangku luar kandang. Diam semacam kawan aku sorang ni. Terus kaki melangkah mendekati Hariz.

"Dia tak mai kut. Demam." kata Tok'ie lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Hariz. Tangannya menekan butang 'play' melihat gambar-gambar yang dia ambik dari tadi.

"Huh?" Hariz macam tak dapat tangkap apa yang Tok'ie nak sampaikan. Air mineral dalam botol diteguknya. Dah selamat dah bagi pemain-pemain bola sepaknya makan.. dah selamat juga dia mandikan mereka...

"Ezzah. Tunang hang tu. Tak mai kut hari ni. Dia demam. Widad ada habaq kat aku semalam. Demam terkejut kut. Bawak-bawaklah menziarah.." Bukan dia tak sedar yang mata dan fikiran Hariz bukanlah berada di kandang hari ni, bahkan hari-hari sebelumnya. Mata Hariz pasti akan tertoleh ke arah pintu masuk kandang itu.. selang lima minit!

"Hang mengarut apa ni?"

"Ye aku juga mengarut. Aku kenai kau dari kau kecik, kita jatuh bendang sekali, kita jatuh beskal sekali, kita melompat kena pukul dengan bapak aku sebab mandi sungai pun sekali.. dah tentulah aku kenai hang. Hang suka kat dia kan?" Straight. Tanpa kona kona1.

Hariz diam. Malas menjawab. Tok'ie ni sejak bila jadi psikik entah sampai boleh nak main tuduh-tuduh macam tu?

"Ni ha.. tengok." kata Tok'ie sambil menyerahkan EOS 60D itu kepada Hariz. Hariz mengangkat kening.. "Tengok je la. Tekan kiri."

Hariz melihat skrin. Gambar dia dengan Ezzah dua minggu lepas ketika diorang mencuci Maradona. Gadis itu sedang tersenyum menjiruskan air kepadanya... nampak 'suka' benar dia... butang kiri ditekannya lagi. Kali ini gambar di fokuskan kepada dia pulak. Yang serius benar mencuci...

"Apa ni gambar aku macam ni hang tangkap? Tak artistik langsung! Pilih la angle yang cun sikit."

"Hang macam tu all the time, bro! Takkan hang tak perasan kut.. tulla lain kali sengih." Tok'ie tersengih lebaq, menunjukkan cara-cara sengih yang betul. Hariz menggelengkan kepala. Macam mana la Tok'ie ni boleh jadi cikgu kalau perangai macam ni.

"Next please." arah Tok'ie.

Hariz menekan butang kiri lagi. Sekarang skrin memaparkan gambar mereka berdua sama-sama tersenyum.

"And you're indeed different with her. Hang senyum. It has been a long time bro aku nampak hang sengih monkey macam tu. You.. like her." Satu dalam sejuta peluang la kalau nak tengok diorang, Hariz dan Ezzah tersenyum macam ni dalam satu gambar.

Hariz pandang Tok'ie. "Nah." Dia menyerahkan EOS 60D itu kembali kepada tuannya.

"Hang dah off limit ni.." keras dia menuturkannya.

"Hang pulak ego beyond limit." Tok'ie fire balik.

"Hang ni mengarut lebih. Hang tau kan aku macam mana... hang tau dia macam mana. Dia tu 360 darjah berbeza dari aku."

"Dah tu boleh pulak hang pi masuk minang dia. Gila apa."

"Macam aku cakap dulu.. benda berlaku dalam sekelip mata. Aku main taram ja cakap kat mak aku.. tapi dia take it for real and dangg I'm in between."

"Things can get better, kau boleh start sukakan dia.. and lived happily ever after." Tok'ie nak sangat Hariz ni bahagia, hidup dengan kegembiraan. Kalau manusia ni warna, sah-sah Hariz ni diberi warna hitam. Gelap. Susah nak faham dia.

"Kau cakap senang." Lived happily ever after? Sejak bila Tok'ie kena sampuk dengan hantu fairy tales ni?

"Memang. Things are easier said than done tapi kalau kau dok asyik cakap susah, susah.. macam mana nak jadi senang. Susah tu selalunya bila kita start je, dan InshaALLAH, once kau bergerak steps toward your goal, tambah lagi benda baik macam ni.. InshaALLAH Dia permudahkan."

"Dia.. is not one I had in mind about my future spouse la bro. Kau tengok sajalah baju yang dia pakai, brand stuffs from head to toes, dan kau tahu jela aurat pun dia tak cover properly.. macam mana dia nak jadi isteri aku.."

"Kau punya agama dah okay untuk ajar dia.."

"How? Dengan kerja aku ni.. tiga bulan off-shore, duduk sini tiga bulan balik sana balik.. nak mengajar orang ni kena constant. Nak berubah kita kena constant, istiqamah.. kena.." tiba-tiba Hariz berhenti serta merta. Terkaku..

Tok'ie berpaling ke belakang. Ezzah elok je berdiri di situ.. muka tanpa riak.

Hariz telan air liur. Kantoi!

"Sorry ganggu your discussion. Nah sweater awak saya pinjamkan. Go ahead and resume your 'discussion'." kata Ezzah. Perkataan discussion tu dia tekankan. Dia tergelak -tapi gelak tu bunyi awkward gila, gelak bitter orang kata- lalu berjalan laju meninggalkan dua orang pemuda itu.

Tok'ie dan Hariz ternganga. Betul la kata orang dulu-dulu, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Dan sekarang kedebukk kena diri sendiri.

Tapi pelik kenapa perempuan tu tak fire balik macam selalu? Hariz garu kepala.

.......

Ezzah menggenggam stereng keretanya. Bagaikan stereng tu ada kuasa ajaib yang boleh bagi kekuatan pada dia ketika ini. Sumpah tadi dia rasa marah sangat bila terdengar perbualan antara Tok'ie dan Hariz itu. Mula-mula ketika dia sampai di kandang, dia ingatkan mereka berborak kosong saja dan bila dia makin menghampiri dia terdengar namanya disebut-sebut.

"Memang. Things are easier said than done tapi kalau kau dok asyik cakap susah, susah.. macam mana nak jadi senang. Susah tu selalunya bila kita start je, dan InshaALLAH, once kau bergerak steps toward your goal, tambah lagi benda baik macam ni.. InshaALLAH Dia permudahkan."

"Dia.. is not one I had in mind about my future spouse la bro. Kau tengok sajalah baju yang dia pakai, brand from head to toes, dan kau tahu jela aurat pun dia tak cover properly.. macam mana dia nak jadi isteri aku.."

Terus kakinya terkedu di situ.. awkward moment! Tak tahu nak behave macam mana... they're talking about her weaknesses.. depan dia -walaupun mereka tak tahu yang dia ada- tapi still dia dengar.

Nak meraung dia rasa masa tu? First time dia terasa direjek macam tu.

Dan tak sempat dia nak kompos diri elok-elok, macam selalu dan buat-buat tak dengar.. tiba-tiba mata tajam itu terarah ke arahnya. Gotcha!

Terus dia berjalan ke arah mereka. Tapi dia rasa nak terduduk pun ada... they're talking about her, and they found her there.. terdengar sekali 'diskusi' mereka.

"Sorry ganggu your discussion. Nah sweater awak saya pinjamkan. Go ahead and resume your 'discussion'."

Cepat-cepat dia menuturkan.. dan gelak. Seolah-olah tak ada apa-apa berlaku, seolah-olah dia tak dengar apa-apa pun...

Tapi ketawa tu sumpah dia rasa lain benar bunyinya.. gelak cover. Hariz pulak hanya terdiam, ternganga sambil mengambil huluran beg kertas yang berisi sweater itu. Dan sebaik saja beg kertas itu bertukar tangan terus dia berpaling ke belakang dan jalan terus ke keretanya tanpa melihat ke belakang.

Dia menghantukkan kepalanya di atas stereng. Kenapa rasa macam nak menangis? Rasa macam terkena satu hirisan pedang samurai kat dada dia?

"Dia.. is not one I had in mind about my future spouse la bro. Kau tengok sajalah baju yang dia pakai, brand from head to toes, dan kau tahu jela aurat pun dia tak cover properly.. macam mana dia nak jadi isteri aku.."

Auchhh. There goes again a stabbed pain inside her chest.

..........
1 Kona = belok dalam bahasa utara. In case ada yang tatao. Teheee.

Bencisayang 20

Widad terus menghulurkan tangan kepada Ezzah bila Ezzah dan Hariz sampai di sisi sungai. Ezzah terus menyambut tangan itu. Dia mahu cepat 'keluar' dari sungai ini. Nafasnya tercungap-cungap. Sampai saja dia di atas darat, terus dia terduduk di situ sambil cuba untuk bernafas dengan tenang. Detik yang mencemaskan... sumpah lepas ni dah tak berani nak datang sini dan kawasan sekitarnya.

"Degil. Dah tahu musim macam ni nak datang sini lagi." Terus Hariz meng-fire Ezzah bila dia naik saja ke darat. Geram. Disebabkan kedegilan Ezzah, percuma je jantung mereka bekerja keras tadi. Hampir nak terkeluar jantung bila dia tengok Ezzah dihanyutkan air sungai deras tu. Nasib baik...

Ezzah hanya mendiamkan diri. Dia masih cuba mengikut rentak kadar pernafasan yang normal.

"Boleh tak kalau sehari awak tak kacau hidup orang lain? BOLEH TAK?" Hariz menyambung lagi. Matanya mencerun ke arah gadis yang masih terduduk itu.

"Saya tak suruh pun awak selamatkan saya..." Ezzah back-fire balik. Pernafasan dia dah kembali normal dan sekarang datang bala kena marah dengan lelaki ni. Dia ingat aku suka-suka la pergi terjun dalam air tu kalau tak sebenarnya kakinya tergelincir tadi.

"Awak ingat saya macam abang awak. Nak biarkan anak orang mati macam tu.." Tunang dia sendiri kut yang bertarung nak selamatkan diri tadi.. takkan dia nak biarkan macam tu. Nyawa tu berharga, bukan macam jam loceng kalau mati, boleh main tukar batteri baru. Nyawa tu kalau dah sekali hilang... hilang selama-lamanya.

Mata Ezzah membulat. Abang? Dia tak tahu ke yang Abang dia tu lelaki yang paling dia percaya dan sayang dalam hidup. Ni boleh pulak main aci-aci bagi contoh main nama abang. "Apa main-main nama abang saya kat sini. You better watch your mouth. Abang saya tu berJUTA lagi mulia pada awak. Dia tolong selamatkan ramai manusia yang sakit tapi tak pernah pun nak mengungkit. Awak?" Ezzah tersenyum sinis. Dia bangun menghadap Hariz. Baru mata bertemu mata - walaupun dia lebih rendah dari Hariz - tapi lagi baik berdiri 'bercakap' dengan Hariz macam ni daripada duduk. "Baru je dapat selamatkan nyawa orang dah bongkak macam ni."

Hariz terdiam. Kedebukkk kena sebiji di muka.. dia kata aku bongkak?

"Saya nak balik. THANK YOU very much! THANK YOU. TERIMA KASIH. KAMSAHAMNIDA." Ezzah menyenaraikan perkataan terima kasih dalam banyak bahasa. Ezzah terus menyimpan peralatan melukisnya di dalam beg hitam yang dia selalu bawa bila melukis.

"Akak balik dulu." sambungnya lagi bila dia habis mengemas. Terus dia berjalan keluar dari tempat itu dengan berkaki ayam. Entah ke mana perginya sandal yang dipakainya tadi. Dah sampai sungai mana la agaknya...

Hariz pandang Tok'ie yang dah angkat bahu. Tok'ie menggelengkan kepala.. tullah backfire orang lagi.

Hariz mengeluh. Agak-agaknya Ezzah tak tahu langsung kisah sepuluh tahun dahulu.. kalau dia tahu, agaknya la kan dia behave macam ni tak?

......

Ezzah menyumpah Hariz di dalam hati. Geramnya. Geramnya. Geramnya. Dia ingat dia bagus sangat la tu bila dah selamatkan nyawa aku sampai boleh nak marah orang sesuka hati. Pastu siap kutuk abang tersayang. Abang dua berjuta-juta-juta lagi baik pada dia. 'Auch' dia memandang kakinya. Terpijak batu. Nasiblah.. ada sandal mahal-mahal pun dah selamat berenang dalam sungai. Dia meneruskan perjalanannya. Lama lagi nak sampai rumah Opah. Menyesalnya la oi tak bawak si swift putih tadi.

Dah la dalam keadaan basah lencun macam ni menyukarkan perjalanannya.. dengan bag hitam gedabak di bahu kanan dan beg tote putih di bahu kiri. Entah kenapa dia rasa nak menangis.. banyaknya halangan hari ni. Tapi dia bukan perempuan lemah! Ezzah ni kuat dan jarang menangis...

Dia terus berjalan.. dan tiba-tiba dia terdengar bunyi kenderaan yang sedang melalui jalan yang sama dengannya. Dia terus berpaling, ingat nak tumpang tapi harapan tinggal harapan bila melihat dari jauh kereta yang sedang bergerak di belakangnya itu adalah Hilux hitam. Ezzah tahu sangat siapa pemilih Hilux itu kalau bukan si monster wooden heart tu. Ezzah menarik nafas, dia meneruskan jalan. Tak mungkin dia akan mengangkat tangan memohon untuk menumpang.

TAK MUNGKIN!

Dari jauh Hariz dapat mengenalpasti objek berbaju putih, berseluar hitam di hadapannya itu walaupun dalam jarak kurang 10 meter itu. Dia tahu Ezzah berpaling ke belakang bila mendengar deruman enjin Hilux tu tapi kembali berpaling ke depan bila menyedari Hilux itu kepunyaannya. Ego. Desis hati Hariz.. pedal minyaknya ditekan lalu laju ke hadapan dan melalui Ezzah yang buat-buat tak perasan. Dari cermin sisi dia tahu Ezzah memang sedang melihatnya..

Melihat Hilux hitam itu laju meninggalkan dia terus Ezzah rasa nak maki je pemilik Hilux itu. Tak gentleman langsung! Tak ada manner! Pastu ada hati dok kata aku tak ada manner. Beg yang terlurut jatuh dari bahu ditarik kembali ke bahu... cubaan sungguh! Tak pa Ezzah, lagi seminggu kau nak balik KL. Lepas ni dah tak jumpa mamat wooden heart ni lagi. Hilux itu dipandangnya...

Hariz menarik nafas. Dia membrekkan kereta. Ah perempuan ni..

Tangan memasukkan gear reverse.. serentak Toyota Hilux itu bergerak ke belakang dan berhenti di sebelah Ezzah.

Ezzah terus meneruskan perjalanannya. Dia ingat aku nak sangat naik kereta dia?

Cermin kereta diturunkan. "Masuk." Keras.

"Thanks but NO thanks."

"Stop being childish, can you?"

"I'm not."

"Yes you're and now please masuk." kata Hariz. Dia dah berkira-kira nak berhenti kereta dan tarik perempuan ni naik ke dalam kereta secara paksaan kalau dia tak nak juga.

"It's okay encik Iman Hariz. I'm doing great.. nak juga pandang scene yang lawa terbentang kat dunia ni." kata Ezzah. Serentak bunyi guruh berdentum. Lambang nak hujan.

Hariz mengangkat kening sambil memandang langit yang dah kelam. Mendung. "Scene apa? Scene hujan nak lebat ni? HA HA HA." Gelak sarkastik.

Ezzah mencebir. Sekarang hujan pun masuk side Hariz?

"Masuk. Please." Hariz cuba mengurangkan nada keras dalam ayatnya.

Ezzah pandang Hariz. Memang dia nak sangat masuk dalam kereta tu.. mana taknya dah la lencun, nak hujan pulak.. beg galas lagi.. beg kanvas lagi. Tapi hati menghalang.. dia tak larat dah nak dengar ayat sarkastik lelaki tu.

"Ezzah Hani..." kata Hariz. Lock pintu dah dibukanya.. cepatlah.

Ezzah mengangguk lalu bergerak ke arah pintu penumpang. Ah hati tak hati.. yang dia tahu dia nak balik rumah. Mandi. Dan tidur.. Sejuknya.

"Haaaa chummm." Dia dah bersin sebaik saja dia memasuki Hilux itu. Hariz menyuakan kotak tisu kepadanya. Dia memandang kotak tisu yang siap balut dengan corak bunga ros itu. Ezzah tersengih. Kotak tisu yang dia bagi kat Hariz masa tragedi telur hari tu. Boleh pulak dia guna buat kotak tisu dia.

"Awat? Awak yang bagi kan?" kata Hariz bagaikan dia boleh menangkap apa yang tersirat dalam kepala Ezzah. Memang pun dia simpan kotak tisu itu.. sayang kut nak buang kalau isinya masih penuh. Membazir itukan amalan syaitan.

Ezzah menggeleng. Tak kata apa-apa pun.

Hachummmmm.

"Ambik sweater kat belakang tu."

"It's okay."

"Ambik." Again, nada keras. Ezzah mencebir. Lelaki ni tak perlukan isteri, dia perlukan anak! Mana taknya layan orang macam layan budak-budak je. Mengarah sana sini..  'Ezzah, masuk!' 'Ezzah, ambik!' Tak boleh ke, at lease, once, dia cakap elok-elok, lembut-lembut?

Ezzah berpaling ke seat belakang mengambil sweater bewarna hitam itu. Hitam, hitam, hitam. Tak ada warna lain ke?

Dan selepas itu mereka hanyalah diam - hanya radio yang bersuara - sehinggalah sampai di hadapan rumah. Tu pun sepatah ja bila Ezzah ucapkan terima kasih. Hariz? Hanya mengangguk lalu memandu laju meninggalkan halaman rumah Opah.

Ezzah menggeleng. Kalau macam ni lah, macam mana diorang nak kawen nanti?

......

Tudiaaa dah masuk bab 20 dah BS. Thanks guys sebab komen or shout-mixing (?), seriously berbunge-bunge hati saya bila baca. :) Here BS 20 for you guys. Ramai kan nak tengok depa kawen? HAHAHA. Soon kut, InshaALLAH. *kelip mata macam minnie mouse*

Bencisayang 19

"Maafkan kami akak." kata Widad sambil menunjukkan riak bersalahnya kepada Ezzah. Yellah mana tak bersalah, janji pukul 1.30 petang nak datang sungai ni belajar melukis dengan kak Ezzah tapi sekarang dah nak masuk 2.15 petang baru mereka berdua sampai.

"Tu —" mulutnya dah dimuncungkan ke arah Tok'ie. "Sebab dialah. Boleh pulak lambat. Kalau ikut kami lepas Zuhr je memang terus datang dah tapi dia nak mengekoq sekali."

Ezzah berpaling ke belakang. Abang Tok'ie sedang tersengih monkey. Sebijik sangat dah.

"Relax la, akak tak kisah pun. Tengok ni dah akak dah start dah kaler." Yella apa susahnya, melukis ni kalau duduk sorang-sorang lagi feeling meeling ye dak?

"La awat akak start dulu?"

Ezzah buat muka toya."Siapa yang lambat?"

"Abang ni la." kata Widad lagi. Lengan abangnya dah disekeh manja. "Sorry!" kata abang Tok'ie. Tangan dah mengisyaratkan 'sorry'.

"Dah-dah hari ni akak ajar teknik mewarna pokok okay. So firstly apa kata korang lukih struktur pokok dulu. Jangan details sangat, lukis batang, dahan, dengan bushes pokok tu dulu."

Widad dan Aida mengangguk. Lalu mengambil drawing paper, pensel dan terus melukis.

Ezzah meneruskan lukisannya. Hari ini dia memilih tempat yang tinggi sikit, pemandangan batu-batu di sungai dan air terjun menarik minatnya.

------

"Kau kat mana?" suara Tok'ie dari hujung corong telefon.

"Baru ja masuk jalan kampong. Awat? Lepak jom kedai Pak Ali." kata Hariz. Sekarang musim cuti sekolah, memang la Tok'ie tu free semedang. Kalau tak nampak muka dia dalam sehari memang pelik la, mana taknya dalam seminggu cuti sekolah ni start dia asyik ulang-alik mengharukan hidup Hariz je.

Tuduhan yang sama juga dilemparkan kepada Ezzah. Tok'ie dan Ezzah, entah bila, dah sign MOU1 nak haru birukan hidup dia.

"Lepak kat sungai ni jom. Kita boleh mandi sekali."

"Hang toksah dok buat bengong mandi tengah-tengah hari ni."

"Jom la lepak sini. Mak aku dah bagi bekai, sedapppp."

"Kau sorang ke?" kata Hariz. Pelik betul bunyinya kalau makan kat tepi sungai sorang-sorang ni. Tiba-tiba terlintas di fikirannya, Widad dan Aida. Mungkin Tok'ie ada bersama adiknya itu, dan bila ada adiknya tu mesti ada dia. Ada Ezzah.

"Aah aku sorang je.." lelaki. Perkataan 'lelaki' tu Tok'ie sebut diam-diam dalam hati. Kalau dengar je nama Ezzah, sah-sah kawan dia yang ketegaq tu tak datang.

Hariz angkat kening. Pelik. "Apa kes mak hang pack makanan kalau hang dok sorang-sorang?"

"Mai ja la. Aku dah bosan ni."

Klik. Telefon dimatikan. Hariz menggelengkan kepala. Tok'ie ni nasib baik kawan baik dari kecik, kalau tak memang la dia patahkan tulang belakang tu. Hariz memberi signal ke kiri, kereta Toyota Hilux itu bergerak ke arah kawasan air terjun kampung mereka.

------

Memang betul apa yang Hariz risaukan tadi bila melihat Tok'ie bukan berseorangan tapi sebaliknya bertiga. Widad, Aida dan Ezzah. Hariz menggelengkan kepala. Memang tadi dia dah suspek sangat dah. Matanya mencerun ke arah Tok'ie yang sedang duduk jauh sikit dari tiga manusia yang sedang melukis tu.

Berseorangan. Hariz sengih. Tok'ie memang spesies pandai putaq belit ayat.

Kedepappp. Dia pukul bahu kawan dia tu.

"Woii. Elok-elok sikit la. Nasib baik aku tak terkejut, kalaunya aku terkejut lompat dalam ayaq ni macam mana? Dah la ayaq bukan main deras hari ni. Aku yang champion renang ni pun boleh semput tau." kata Tok'ie. Hariz mengangguk. Sekarang musim hujan, hari-hari memang hujan. Dan bila hujan air terjun pun mengalir laju, memang bukan masa yang sesuai untuk mandi manda. Batu-batu pun basah. Senang tergelincir.

"Dah tu mai sini buat apa? Cari masalah?"

"Tu. Tadi pagi depa habaq kat aku nak mai sini, belajaq melukih dengan Ezzah. Pastu aku cakap la yang bahaya waktu-waktu macam ni. Depa fired balik kata bukan depa nak mandi, nak melukih ja.. Ezzah nak melukis pemandangan kat sini. Aku apa boleh buat, adik aku tu pun spesies hang dengan Ezzah. Spesies ketegaq. Last-last sekali aku kenalah mengekoq satgi jadi apa-apa, aku bersalah seumuq hidup wei.."

Hariz mengangguk. Ezzah tu memang spesies ketegaq.

"Tapi wei aku ingat best la teman depa, tengok-tengok bosan wei. Dah setengah jam dok sini aku rasa macam nak terjun ja. Bosan! Sebab tu aku call hang, hang la kawan aku dunia akhirat."

Hariz menjelir. "Kawan dunia akhirat konon, pastu hang tipu aku kata dok sorang la konon. Kalau aku tau dia ada kat sini, memang aku tak mai dah."

Tok'ie tersengih monkey. "Betoi la aku sorang ni. Sorang lelaki." Tengok! Spesies putaq belit ayat.

------

"Akak, dah habis dah lukih kak. Ajaq la kami warna pulak." jerit Aida. Dia dah tak sabar nak memegang berus warna dan mewarna. Suka dia melihat kanvas kak Ezzah yang dah mula bewarna tu. Cantik. Memangla kak Ezzah ni ada talent.

"Dah eh?" Ezzah mengeluarkan earbuds dari telinganya. Berus diletakkan di dalam bekas cawan maggie berisi air itu.

Aida dan Widad mengangguk.

"Kita warna kanopi pokok dulu ye. Untuk warna ni, kita kenalah guna warna yang paling cerah dulu. So kalau pokok, kita ambik warna kuning nak hijau ni. Satu pasal mewarna ni, pallete dia seelok-eloknya tak payah basuh sebab kadang-kadang tu bila warna-warna bercampur, dia akan produce warna yang something nice. So akak pilih warna ni. Pastu warnakan dekat semua tempat daun-daun ni..."

Aida dan Widad memerhati. Cekap sekali Ezzah mewarna, mungkin dah terbiasa mewarna kut.

"Lepas tu kita guna warna yang gelap untuk buat efek bayang. Masa kat sini la kita kena berani mencuba warna.. kita try dengan warna gelap macam coklat dan campur dengan warna hijau.. bagi efek bayang. Dan kita detailskan guna warna yang paling gelap.." kata Ezzah sambil tangannya sibuk mewarna di atas drawing paper itu. "Tadaaaa." dah siap pun pokok itu.

"Senang je kan? So now kita kerjakan dahan pokok ni pulak. Teknik dia sama dengan teknik yang akak terangkan tadi, cuma warna dia saja yang berubah. So let's get to our drawing. Korang boleh pinjam akak punya watercolour."

"Cantik la watercolour ni akak. Kami guna Buncho saja kat sekolah. Warna dia tak dapat efek warna macam akak pon." kata Widad.

"Memang la yang akak guna ni Alpha Watercolour dan Buncho yang korang pakai tu pula poster colour. Different things. Poster colour ni dia lebih pakat warnanya, watercolour pulak lebih soft, transperen."

"Aikk ada banyak jenis la pulak kak?"

Ezzah mengangguk. Dulu masa dia di bangku sekolah pun dia hanya kenal Buncho, sebab lebih murah untuk pelajar sekolah tapi bila mama daftarkan dia di kelas melukis baru dia tahu wujudnya warna-warna lain.

"Banyak jenis. Ada oil, akrilik, water colour, gouache.."

"Mana yang paling best akak? Mana yang kalau kita guna mesti lukisan dia the bomb?" tanya Aida.

"It depends on the artist's preference jugak. Mana dia rasa selesa.. kita ada banyak artis, yang ada suka guna akrilik, ada suka watercolour.. depends. Akak pulak lebih selesa watercolour."

"Okay korang start colour, akak nak pergi tukar air ni kejap." kata Ezzah. Dia bangun dari tempat duduknya, bekas maggie cawan itu di ambilnya. Dia meniti batu-bata itu dengan berhati-hati. Mana taknya dengan musim hujan macam ni, batu itu basah dan tadi ketika dia mengambil air pun dia hampir terjatuh. Nasib baik dia sempat mengimbangi badannya, kalau tak.. nauzubillahi minzalik.

Hariz yang sedang bersembang dengan Tok'ie itu mengalih arah anak matanya ke arah Ezzah yang sedang menerangkan sesuatu kepada Widad dan Aida. Gadis itu nampaknya happy menerangkan. Mungkin dia suka melukis kut.. dan logikla manusia akan tersenyum gembira bila mereka berceritakan perihal benda yang kita suka.

Dia hanya mengangguk-angguk apa yang diperkatakan Tok'ie. Dari makanan mereka bersembang pasal bola dan akhirnya tadi pasal kambing.

"Cantikkan?" suara Tok'ie betul-betul di telinganya.

Hariz yang kurang mendengar hanya mengangguk. Tok'ie dah tersengih. Gotcha!

Cantik? Fikiran yang tadi entah dimana-mana kembali.. dia memandang Tok'ie. Mulut si kawan itu memuncungkan ke arah Ezzah. Kedepapp, dia menumbuk bahu kawannya.

"Relax la.. tunang sendiri kut."

"Yang hang dok pandang-pandang tu buat apa kalau dah tau itu tunang orang."

"Kalau aku tak kenai hang, sah-sah aku rasa hang jeles."

Kedepaappp. Sekali lagi dia sekeh kepala Tok'ie. Mulut spesies tak ada insuran.

"Hang tau kan dia dengan aku tu macam mana."

Tok'ie angkat kening. "Apapon hang cuba buat baik sikit dengan dia. Dia okay ja."

Dia okay ka? Okay sangatlah tu kalau spesies tak makan saman. Tak cukup umoq. Hariz menggeleng. Macam mana ni? Nama ja diorang tu bertunang, tapi hampehh. Kalau orang tak kenai diorang, sah-sah mati-mati orang tak akan tahu mereka ni sebenarnya ada ikatan tunang. Tunang? Mana ada perempuan berani kasi pancutkan air kat tunang dia sendiri. Selalunya perempuan normal, dia bancuh ayaq bagi tunang dia bila berjumpa tapi Ezzah? Dia pancutkan ayaq. Siap satu pakej dengan kawan baik si tunang pun dia tibai sekali.

"Akakkk... ya ALLAH.. ABANGGGGGGG!" suara jeritan Widad itu menganggu pemikirannya. Cepat-cepat matanya dihalakan ke arah Widad dan Aida yang sudah tidak lagi duduk menghadap lukisan mereka tapi sebaliknya berdiri sambil menunjukkan ke arah satu tempat.

Hariz berpaling ke arah yang ditunjukkan Widad. Ya ALLAH. Ezzah! Ezzah sedang berpaut pada dahan pokok. Aliran air yang laju menyusahkan pergerakannya.

"Korang ke belakang." kata Tok'ie.

"Aku pergi." kata Hariz. Tok'ie hanya mengangguk. Itu kepakaran Hariz. Lagipun Hariz memang bekerja di laut, sudah tentu dia lebih pakar dalam benda-benda macam ni. Fikir Tok'ie.

Hariz masuk ke dalam air deras itu. Alhamdulilah, kerana fizikalnya yang tinggi dan besar itu boleh menampung dirinya dari terjerumus sekali ke dalam derusan air itu. Perlahan-lahan dia bergerak ke arah tempat Ezzah. Gadis itu masih lagi berpaut pada dahan pokok di sebelah sana.

Ezzah menggunakan sepenuh tenaganya untuk berpaut. Ya Allah, berikanlah aku peluang sekali lagi. Apa yang dia rasakan sekarang ni macam 50-50, sama ada dia hanyut sekali dibawa arus atau pun selamat. Dan sejujurnya dia cakap, dia takut, takut bila dia dihanyutkan bersama arus itu... muka Opah, abang, kak Dhir, Along, mama dan papa bermain di kepala.

Ezzah tak nak mati lagi... banyak lagi dosa yang Ezzah tak sempat bertaubat. Matanya dipejamkan. Tawakal.

"Sini. Bagi tangan awak..." jerit satu suara.

Ezzah membuka mata. Hariz sedang menyuakan tangannya ke arah Ezzah. Tangan kirinya berpaut kepada dahan satu lagi.

Ezzah menggeleng. Dia khuatir, takut sangat-sangat kalau dia lepaskan pegangan pada dahan ni, dia akan dibawa arus.

"Cepatlah." gesa Hariz.

"Saya... taa..kut."

"Come.. please." kata Hariz lagi. Muka ketakutan jelas di wajah gadis itu. Ezzah hanya memandangnya, berfikir apa yang patut dilakukannya. Hariz memandang betul-betul di mata Ezzah.

"Trust me." kata Hariz. Dia mengangguk sambil memandang anak mata gadis itu. Tangan kanan disuakannya sekali lagi. Ezzah mengangguk, tangan Hariz dicapainya.

I trust you.. indeed. 

.............................................................

1 MOU - Memorandum of Understanding

Bencisayang 18

"Awak buat apa kat sini?" suara dari belakang menyergahnya. Hampir terjatuh rumput dari tangannya. Tahu sangat siapa pemilik suara tu kalau bukan encik Iman Hariz seorang. Dia berterusan memberi makanan kepada 'pemain-pemain' bola sepak kelab Hariz itu.

Makan Maradona, makan Ronaldhino, makan Kaka... Ezzah tersengih geli hati.

KAKA KAH KAH KAH.

"Tengah piknik." Jawabnya. Matanya dijulingkan. Obvious kut aku tengah buat apa. Tengah bagi makan, takkan la tengah piknik dengan pemain bola sepak kut.

"What are you doing here?" sekali lagi Hariz bertanya. Geram sungguh. Dah masuk kali ke-3 dah budak ni datang ke kandang kambingnya buat perangai. Kalau datangnya elok-elok tak menganggu tak pa la, ni ada je muslihat dia. Hari tu dia datang nak slow talk pasal pertunangan mereka, tapi awal-awal Hariz cakap malas nak masuk campur. Lepas tu dia datang dengan Tok'ie, diorang ke bandar dan ended up dengan couple tees? Like seriously, Hariz yang tanpa emosi ni pakai T-shirt yang tulis sebesar alam "I LOVE HER?".

Memang la Tok'ie tu nak rasa tendangan maut aku.

"Kan mak awak dah bagi permission." sambung gadis itu tanpa memberhentikan kerjanya.

Hariz mengangguk faham. Dah agak dah!

Kelmarin Ezzah datang lagi, datang bawa bala. Mula-mula tu Hariz macam nak tarik nafas lega sebab hidup dia aman seminggu tanpa kehadiran Ezzah tapi kelmarin... Bala datang. Ezzah kembali mengacau. Pagi-pagi dia datang rumah, bermesra dengan Ibu. Sejujur-jujurnya dia cakap Ezzah memang ada aura yang boleh bagi cepat orang suka dia. Kalau tak, masakan Ibu betul-betul jatuh sayang kat dia. Carl jugak. Semua apa yang Ezzah buat tu semuanya betul.

"Hariz nak pergi mana ni? Ezzah kan baru sampai." kata Ibu bila Hariz mengambil kunci motor di rak kunci.

"Pergi kandang." jawabnya sepatah. Malas nak menjadi penonton drama Ezzah dengan Ibu. Ezzah dengan Ibu, macam Ezzah yang lain. Senyum, tersipu.. tapi kalau depan dia. Hampeh.

"Ezzah dah pernah tengok kandang kambing Hariz?"

Ezzah menggeleng. Masih lagi tersenyum. "Abang Hariz bukan nak bagi. Hari tu Ezzah datang dia halau mak cik. Sebab tu Ezzah tak nak." Tersenyum lagi memandang Hariz yang dah bukak mata tu. Marah la tu.

"Hariz! Kenapa pulak nak halau Ezzah. Biar la dia tengok-tengok.. ish kamu ni." marah Ibu. 

Ezzah dah tunjuk muka padan muka dekat Hariz. 

"Mana ada Ibu.." Hariz cuba mencari ayat yang sesuai. "Hariz tak nak Ezzah kotor je, lagipun Ezzah sendiri cakap yang dia tak suka kambing."

"Oh Ezzah tak suka dengan kambing?" kata Ibu sambil tersenyum. "Alla diakan duduk bandar." sambung Ibu. Hariz menarik muka. Ada je counterback dari Ibu.

"Ezzah boleh je suka tapi orang dah halau kan." Lalu dia membuat muka sedih, redha je la.

Hariz membulatkan mata. Pandainya dia berlakon depan Ibu!

"Lepas ni Ezzah nak pergi je kandang, pergi je. Kalau Hariz marah cakap ja dekat mak cik. Hariz ingat tu!"

Dan macam biasa, Ezzah memang berani. Dia datang jugak akhirnya dengan menggunakan kata-kata akhir Ibu sebagai perisai.

Hariz melihat Ezzah yang memberikan makanan kepada anak kambingnya itu. Nampak kekok. Jauh semacam ja dia memberi makanan kepada Maradona. Kesian anak kambing aku! Yellah jauh semacam, macam mana nak masuk mulut betul-betul. Dah nak masuk mulut anak kambing tu, Ezzah pulak cepat-cepat tarik. Akhirnya dalam segenggam ikatan rumput itu, hanya suku saja yang masuk mulut Maradona. Yang lain semuanya mencecah ke lantai. Ish kurus la Maradona macam ni!

Terus kepalanya mula mencerna satu jawapan. Tingkah Ezzah itu menggambarkan yang Ezzah yang sebenarnya takutkan si anak-anak kambing itu!

Ezzah, si berani, tu rupa-rupanya takutkan kambing!

Hariz tersenyum. HAHAHA. Dia dah tahu apa kelemahan Ezzah. Terus dia mara ke kandang dan membuka pintu kandang.

"Apa awak nak buat ni?" tanya Ezzah bila Hariz mengeluarkan seekor anak kambing keluar dari kandang.

"Bagi mandi. Takkan kita je mandi, kambing pun nak kena mandi. Dia pun nak wangi-wangi.."

"Saya nak balik." kata Ezzah. Dia dah rasa nak meloncat dah ni bila melihat anak kambing tu berada kurang satu meter dari tempat dia berdiri.

"Aikk.. la dah alang-alang kat sini. Takkan takut kut, city girl?"

Ezzah yang dah mula berjalan itu tersentak bila mendengar soalan dari lelaki di belakangnya itu. Takut? Memang dia takut. Yella dengan kucing pun dia takut, ni apakan daya dengan binatang yang berapa kali ganda lagi besar dari kucing itu. Tadi pun dia berani bagi makan sebab ada pagar yang memisahkan tapi kalau nak bagi mandi?

No! Tapi bila dengar ayat provok dari Hariz terus ego dia menghalang dia dari pergi. Kambing je kut.. kan?

"Senang je bagi mandi kambing.. city girl mesti hebat dari segenap segi kan?"

"I am." kata Ezzah bersemangat. Dia tak boleh tunjukkan kelemahan dia dekat lelaki tak ada perasaan ni.

Hariz menaikkan kening. Aikk? Ingatkan takut. Atau dia buat-buat berani? Hariz tersengih.

"Nah pegang. Saya pancutkan ayaq. Awak mandikan. Nah pegangkan." kata Hariz sambil memberikan tali kepada kepada Ezzah.

Mata Ezzah dibesarkan. "Mana boleh. Awak kan lelaki. Biar saya yang pancutkan air, awak mandikan dia."

"Apa pulak kena mengena dengan lelaki."

"Yella laki la kena pegang.. Ni kambing awak bukannya kambing saya."

"Nanti bila kita kawen, jadi kambing awak juga."

"Saya tak nak kawen dengan awak!"

"You will."

"Will not."

"Yes you will. Sudah la cepat pegang ni. Kita ada lagi enam anak kambing nak kena mandikan." kata Hariz. Suka benar dia melihat Ezzah yang dah tak tentu arah tu. "Cepatlah." paksanya.

"Saya..."

"Nah." kata Hariz. Kambing itu dah bertukar tuan. Ezzah dah pejam mata. Kalau dia boleh hilangkan diri di saat ni memang dia dah hilangkan diri dah.  Dia takut.. dia teringat kisah dia dikejar anjing dan kucing dulu masa dia kanak-kanak.. dan sejak itulah dia dia takutkan semua spesies binatang berkaki empat ni. Scary!

Liat saja dia memegang si Maradona... mama...

"Pegang kepala dia kang nanti..."

Mbeeekkkkk.. mbekkk. Si Maradona mengembek.. dan Ezzah yang sememangnya terkejut bila Maradona tiba-tiba saja bercakap terus melepaskan pegangan tangannya. Apalagi berlari la si Maradona pergi..

"EZZAH!"

Ezzah melepaskan keluhan. Dia hanya mampu melihat Hariz berlari mengejar Maradona yang cuba dalam percubaan melarikan diri. Bagus pun larikan diri dari dapat tuan macam tu. Desis hati Ezzah.

Tak lama kemudian Hariz datang sambil membawa Maradona. Muka Hariz dah kembali serius. Ezzah tahu, dia bakal dimarahi lagi. Tapi apa dia heran, dia dah imun dekat Hariz.

"Pegang kambing pun lembik ke?"

Yeap macam selalu. Sinis.

"Mana saya nak tahu yang dia nak lari. Lagipun salah awak juga, paksa saya pegang..."

"Kalau awak datang nak bagi bala kat saya, sila pulang sebelum saya mandikan awak sekali macam saya nak mandikan anak-anak kambing ni." Hariz dah bernada tegas.

Ezzah mencebir. Tadi dia yang beria-ia sangat nak suruh aku tolong, sekarang dia halau. "Dah la. Awak je yang pegang kambing tu biar saya pancutkan air." kata Ezzah sambil mengambil hos air yang terletak di atas lantai itu.

"Balik." kata Hariz. Melihat senyuman Ezzah tu dia dah tahu ada benda tak elok bakal jadi.

Ezzah menggelengkan kepala. "Cepatlah." Paip air dah dihidupkan lalu dihalakan hos itu ke arah anak kambing.

Hariz hanya menuruti. Kepala Maradona dipegang elok, takut dia larikan diri lagi. Hariz menggosok badan anak kambing itu. Kemudian mensabunkannya. Ezzah pulak masih setia menjiruskan hos air itu ke arah anak kambing tu.

Dan tiba-tiba datang la satu idea peliknya. Hos itu dihalakan ke arah kanan sikit, betul-betul kepada tuan punya kambing. Ezzah tersenyum geli hati, Hariz masih elok melayan si anak kambing.. Ezzah menaikkan hos air ke atas sedikit. Elok kena baju hitam Hariz. Dia tersenyum. Ohh tadi nak kenakan aku kan?

Hariz yang mula sedar yang arah air yang dipancutkan Ezzah itu berubah terus mengangkat muka. Ezzah sedang tersengih monkey memandangnya. Matanya dibulatkan. Ezzah menunjukkan isyarat 'sorry' lalu mengubah arah pancutan air ke arah anak kambing..

Tapi tak lama kemudian, air itu kembali kepadanya.

"Ezzah!"

"Opss. Sorry ingat anak kambing.. rupanya tuan punya kambing." mata itu tersenyum.

Hariz menggelengkan kepala. Dia sememangnya dah tak tahu macam mana nak buat apa kat Ezzah ni.

"Dah siap." kata Hariz.

Ezzah mengangguk. Senang je mandikan kambing ni. Curahkan air. Basuh telinga.  Bontot semua. Sabunkan. Siap. Paip air ditutupnya.. dan tiba-tiba si Maradona melibaskan badan dan ekornya. Habis terkena Ezzah yang berdiri berhampiran.

"Aissshhhhh." jerit Ezzah. Percikan dari kambing..

Hariz yang sedang membasuh tangannya itu berpaling ke belakang. Melihat Ezzah sedang mengelap tangannya. Hahaha. Maradona dah libas la tu. Maradona tu antara kambing yang debab. Hariz tersengih. Padan muka. Tullah tadi nak kenakan orang.

Ezzah dah membulatkan matanya kepada Maradona. "Awak ni naughty! Baju ni baju baru dua kali pakai. Aishhhh."

"Aikk city girl pun nak kena mandi sekali la ni. Belakang kandang tu ada telaga, kalau nak pinjam la. Boleh feeling-feeling jadi kampung girl."

"Ezzah.. no jangan nooo.." kata Hariz bila melihat Ezzah mengambil balik hos air yang dilemparkannya ke lantai tadi. Pili air dihidupkannya. Kan aku dah cakap bala dah sampai..

Air dah keluar dari hos warna hijau itu. Terus Ezzah halakan ke arah Hariz. "Biar saya yang mandikan awak dulu.. sini!"

"Woiiii korang buat apa ni?!" jerit Tok'ie. Dah lama dah dia memerhatikan pasangan itu memandikan anak kambing sebenarnya tapi saja ja dia tak mahu menganggu. Tapi bila melihat gaya Ezzah yang dah nak serang Hariz dengan hos air tu terus dia campur tangan. Kang nanti dari dah boleh baik-baik mandikan anak kambing bergaduh jadi benda lain pulak. Bukan dia tak paham, dua-dua manusia hadapan dia ni ego setinggi alam. Tak boleh kalah sikit antara satu sama lain.

"Abang sini. Mai join Ezzah.. atau abang pun nak masuk join Hariz.. mai Ezzah mandikan mai." kata Ezzah sambil tersengih. Syok rasanya nak kenakan orang. Hidup dia selama ni selalu mama suruh jadi well-mannered, tak boleh main kotor la, tak boleh buat ini la, tak proper semua benda la tapi bila balik kampung ni dia akhirnya rasa... free.

Dan serentak itu hos air itu ditalakan ke arah dua manusia di hadapannya.


"Ingat ni pesta air ke apa?" kata Hariz bila Ezzah dah letakkan hos air itu ke tanah. Hands up. Dah kena marah dengan komander besar Iman Hariz. Tapi satu perkara yang Ezzah suka, dia rasa happy.

"Habis abang.. baru ja mandi kut."

"Relax la Ezzah pun mandi kut. But tell me when is the last time you guys main air macam ni?"

Diam. Hariz diam. Tok'ie pun diam. Memang betul. Dah lama dah diorang tak main air. Kalau dulu rajin gak depa main macam ni. Tak pun mandi sungai tapi sekarang masing-masing dah dewasa.. buat kerja sendiri.

"So chill. Okayla Ezzah minta maaf okay but somehow I wanna say thank you more. Ezzah selalu je tengok scene main air ni dekat TV tapi tak pernah experience so.. thanks! Ezzah nak balik.. bye."

Tok'ie angkat tangan. Ezzah melambai kembali lalu berjalan keluar dari kandang.

"Dia tu pelik kan?" kata Tok'ie.

Hariz hanya memandang depan.. lalu mengangguk. Pelik. One of a kind?

................................

p.s: Another chapter is up. Have fun reading.

Bencisayang 17

"Nilah mee abu, the best mee in town." kata Tok'ie kepada Ezzah yang berdiri di sebelahnya. Ezzah hanya menuruti dua lelaki itu dari belakang. Inilah kali pertama dia dengar kedai Mee Abu sebenarnya. Kedai ni hanya kedai biasa-biasa saja. Interior dia tak da lah lawa macam kedai five star. Like seriously simple gila. Apa yang menariknya?

Hariz terus mencari tempat. Nasib baik ada meja kosong. Terus dia berjalan ke arah sana dan duduk. Tok'ie pula hanya menuruti. Waktu-waktu tengah hari ni memang pack kedai ni. Nasiblah ada juga ada meja kosong. Rezeki.


Ezzah yang sedar akan tempat kosong itu terus berlari anak ke meja mereka. Aida yang ketika itu sedang menarik kerusi di sebelah Widad terkejut bila Ezzah terus memegang tangannya, menghalangnya dari terus duduk.

"Akak nak duduk sini, boleh?" kata Ezzah. Tangannya masih menghalang Aida dari duduk.

Aida membulatkan mata. Matanya dihalakan ke arah satu-satunya tempat kosong yang tinggal. Di sebelah abang Hariz. "Tak nak ah."Kepalanya digelengkan.

"Please. Akak tak nak." Ezzah berbisik di telinga Aida. Tapi yang pastinya bisikannya itu didengari oleh ketiga-tiga pasang telinga di hadapan mereka.

"Tu tunang akak, bukan tunang Aida. Tak mahulah." sambung Aida. Berbisik jugak. Tapi jelas di telinga Hariz, Widad dan Tok'ie.

"Kak tak nak bagi Aida duduk sini. Akak nak duduk jugak!"

Aida membulatkan mata.

"Aida tak nak.." terus ditolak Ezzah ke tempat yang lagi satu.

"Aida! Akak lagi tua tahu.. please." rayu Ezzah. Dia betul-betul tak nak duduk sebelah Hariz.

Aida mencebir. "Never!"

"Widad tukar tempat dengan abang." kata Hariz lalu bangun dari tempat duduknya. Tak faham sungguh dengan perempuan-perempuan ni. Nak duduk sebelah pun takutnya macam la dia ni ada bawak penyakit berjangkit. Kalau nak tahu, dia punya health certificate sangat tiptop tau.

Widad hanya mengangguk. Tak berani nak kata apa-apa. Suara Abang Hariz dah bertukar rentak dah ni.

Dan sekarang, Aida dan Ezzah sedang berebut tempat yang tadinya mereka tak mahu duduk itu.

Tok'ie geram. Seorang ketegaq, sorang budak tak cukup umoq. Elok sangat. Bergaduh pasai tempat duduk!

"Widad, please duduk sebelah abang Hariz." kata Hariz. Suaranya dikawal.

Aida terus mengambil tempat Hariz tadi dan Ezzah akhirnya terpaksa juga dia duduk di hadapann Hariz. Mata itu sedang mencerun ke arahnya. Geram barangkali.

Ezzah memandang mata lelaki tu. "Bukannya apa abang, Ezzah tak nak duduk sebelah dia ni."

"Jangan risau, tak jadi apa-apa pun kalau duduk sebelah dia ni. Tengok abang okay je, tak mengandung pun." kata Tok'ie sambil tersengih. Dia dah dapat rasa aura tak baik bakal meletup. Baru ja tadi dia rasa bahagia tak ada pencakaran di antara dua manusia ni tapi sekarang...

"Tengok muka dia tu. Serius. Kang nanti berjangkit dengan Ezzah. Tak nak ah. Lain kali encik, encik kena senyum macam ni, barulah orang suka.." kata Ezzah sambil tersenyum lebar. Matanya itu pun turut tersenyum.

Hariz terkedu. Flashback kisah 10 tahun lalu bermain di kepala.

Tok'ie hanya memandang Hariz, yang hanya diam berbatu. Senyuman tu.. Ezzaq! Alahai...

"Machaaaa order sini." jerit Tok'ie. Dah tak tahu nak buat apa.

....

Ezzah diam, menikmati panaroma kampung di waktu senja. Tenang. Hariz diam. Tak bercakap dari tadi. Tok'ie pula sibuk memberikan tumpuan kepada pemanduannya di bangku hadapan manakala Widad dan Aida pula sudah terlena di sebelahnya. Mungkin bagi mereka yang sudah terbiasa dengan panaroma cantik ini mungkin menganggap benda ini biasa, normal tapi tidak bagi Ezzah. Permandangan ini bukan selalu dia dapat lihat di Kuala Lumpur.

Hari ni satu hari mereka menjelajah Alor Star. Dari Mee Abu, mereka ke Masjid Zahir, solat zuhur di sana. Pertama kali setelah sekian lama Ezzah bersembahyang berjemaah. Selalunya dia bersolat jamaah hanyalah ketika hari raya.

Selepas itu mereka menaiki menara Alor Star, melihat Alor Star dari langit. Walaupun menara Alor Star ini tak dapat menandingi menara Kuala Lumpur tapi Ezzah tetap gembira. Dan sebenarnya walaupun nama saja Ezzah ni lahir dan membesar di Kuala Lumpur tapi yang sebenarnya dia tak pernah pun naik lagi menara KL. Entah kenapa, tak ada yang mengajak kut.

Dan petang tu pula selepas solat di masjid, mereka ke Kelab Darul Aman. Beriadah di tepi tasik. Dan di situlah dia dipaksa menaiki bot kayuh dua orang dengan Hariz. Semuanya sebab dia teringin sangat nak naik, tapi Widad dan Aida mati-mati penakut dan tak mahu menemani dia. Dan akhir sekali Tok'ie juga menjadi savior, dan memaksa Hariz yang menemaninya.

Ezzah memandang baju yang dipakainya.. couple shirt! Yang Tok'ie belikan tadi.. dia tersengih. Teringat kisah petang tadi.

"So how was it?" soalan pertama Haris (sebetulnya ayat pertama Hariz kepada dia hari tu). Ezzah memandang, dia kurang pasti soalan apa yang Hariz cuba sampaikan?

"To cancel off the wedding, how's the progress?" dia bertanya lagi. Soalan kali ni lebih penuh, dan Ezzah mengangguk tanda faham.

"Working on it. Kenapa? Dah tak sabar?" Dia sendiri pun dah tak sabar nak keluar dari title tunang kepada Iman Hariz.

Hariz mengangguk sambil tersenyum. "Sepenuh hati."

Ezzah membulatkan mata, Hariz memandang. Ezzah tahu Hariz memang suka bila dia marah, dia kalut.. "Sepenuh hati? Saya ingatkan awak tak ada hati. Oh my bad, my mistake. Sorry."

Sarkastik, yeah.

"Oh yes your bad. Saya pun manusia jugak, ada hati tapi hati saya tu, definitely... not for you."

Ezzah mencebir. "Awak ni gila." Memang gila. Sudah tentunya bukan untuk aku? Huh? Sekarang cuba bagi tahu apa sebab musababnya tujuan meminang tu? Lelaki di sebelahnya ni memang gila!

Hariz terdiam. Gila?

Ezzah menampar mulutnya. Mulut tak ada insuran. Aisshh, watch your mouth, Ezzah Hani! Ni memain suka hati je tuduh dia gila. Ezzah, awak ingat awak ni ahli psikiatri? Boleh suka hati diagnosed orang ada mental illness?

Lama diorang diam dan akhirnya Hariz menjawab. "Saya gila.." Hariz tergelak. "I must be.. Sejak 10 tahun dulu mungkin."

"Huh?" Ezzah tak mendengar. Dia sibuk mengayuh. Kakinya dah lenguh mengayuh pedal.

"Tak dengar? Ouch that's your loss."

Ezzah mengeluh. Sabar, sabarlah yang dia perlukan sekarang ni.

"Awak memang sukakan bagi saya sakit hati?"

"Dan awak pun suka jugak kan kacau saya? Ikut saya? Cari pasal? Baling telur?"

"Auhh that's my skill." kata Ezzah. Kalau Hariz pandai menyindir, dia sendiri pun pandai.

"Oh really, well we complete each other. That's my forte. We definitely make a strong couple... kan? Congratulation."

"In your dream. In your dream." Ezzah mengulang sekali lagi.

"Kita dah sampai." kata Hariz lalu mendekatkan bot itu ke arah jeti dan keluar darinya. Tangannya di hulurkan kepada Ezzah. Dengan niat mahu membantu Ezzah untuk keluar dari bot itu. Lagipun permukaan yang licin (dengan kasut tumit Ezzah itu), mungkin akan menyukarkan lagi situasi gadis itu.

Ezzah hanya menggeleng, dia boleh berdiri, bangun, jatuh, terduduk tanpa pertolongan lelaki itu. Dan entah mana silapnya, kakinya terlanggar penghadang bot itu dan sekelip mata dia terjatuh di dalam tasik itu.

To make it worst, in front of hundreds of people.

KAHKAHKAHKAH.

Sekali lagi ketawa Hariz berdekah-dekah di situ sehinggakan pak cik yang menjaga/menyewa bot itu datang menarik Ezzah keluar.

Muka Ezzah dah merah menyala. Malu bercampur marah tapi yang pastinya marah menguasai dirinya sekarang. Berani sungguh Hariz gelakkan dia?

Dan Ezzah yang masih basah lencun terus ke arah Hariz dan menolaknya ke arah tasik.

Kedebusshh.

Sebelum sempat Ezzah ketawa, dia turut sama terjatuh ke dalam tasik itu bila Hariz sempat menarik pergelangan tangannya.

"I know it, dear. Saya dah boleh agak dah apa yang awak nak buat." kata Hariz. Mata Ezzah dibulatkan. Dan sekarang dia sungguh rasa malu bila orang ramai berkerumun ke arah mereka.

"Wei hampa dok buat apa?" suara Tok'ie dah menjerit dari atas darat. Hariz menunjukkan ibu jarinya tanda okay.

"Ya Allah, kak okay ka?" tanya Widad pulak sambil menghulurkan tangan kepada Ezzah. Ezzah hanya mengangguk.

"Nah. Hampa ni kalau nak bercinta, janganlah ekstrem sangat. Main tolak-tolak masuk tasik. Nasib baik yang sorang ni tau berenang, yang sorang lagi pakai safety jaket. Hishh budak zaman sekarang." kata pak cik itu sambil menyerahkan tuala kering kepada mereka.

Ezzah tersengih. Salah dia. Awhhh, malunya depan orang ramai tapi salah Hariz juga. Suka hati gelakkan orang!

"Biasalah pak cik. Darah tengah manis, baru bertunang tu. Kalau saya jadi bapa depa, saya kawenkan teruih. Senang.. ni depa buat kes nak mandi tasik pulak. Nasib baik okay noh pak cik." sambung Tok'ie. Matanya dijegilkan kepada dua makhluk yang sedang basah kuyup di hadapannya.

"Baru bertunang ka? Patutlah."

"Pak cik ni nak cari baju tang mana? Ada juai ka?"

"Ada rasanya jual t-shirt. Pi la cari. Sat gi demam pulak depa ni."

"Kamu ni yang bertunang dua orang ni. Jaga diri tu elok-elok. Darah tengah manis."

Hariz hanya mengangguk. Matanya dicerunkan ke arah Ezzah. Pasal awaklah, dah kena nag dengan pak cik tu.

Ezzah membalas balik pandangan tu. Dia ingat aku takut, ne-va.

"Nah. Ni untuk Ezzah, ni untuk hang. Pi tukaq. Ada toilet kat situ." kata Tok'ie bila dia kembali ke tempat mereka dengan senyuman yang tak lekang. T-shirt yang masih dalam wraping itu diserahkan kepada Ezzah dan Hariz dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

.....

"Tok'ie! Hang memang nak kenakan?" jerit Hariz bila dia sampai saja di tempat Tok'ie, Widad dan Aida menunggu mereka. Widad dan Aida dah tersengih. Manakala Tok'ie hanya buat tak peduli, tak sedar langsung yang dia ada membuat salah pada Hariz.

"Abang!" jerit satu suara dari belakang Hariz.

Ezzah. Dan sekarang Tok'ie dah tersengih. Lalu terhambur tawanya.

"Apa ni?" kata Ezzah. Terkejut dia melihat t-shirt yang Tok'ie berikan tadi. I love him? WHAT?! Tapi terpaksa dipakainya juga sebab inilah satu-satunya t-shirt yang dia ada.


Dan sekarang bila dia melihat Hariz memakai t-shirt I love her. Terus dia rasa nak menyorok muka. Couple shirt? Orang lalu lalang dah mula tersenyum. Mesti menyangkakan pasangan ini pasangan yang romantik, yellah jatuh bersama-sama ke dalam tasik dan sekarang pakai t-shirt berpasangan dan tertulis I love him/ her. 

Gila geli! Corny. Ahhhhh, Ezzah nak terjun balik masuk tasik, esok baru keluar boleh tak?

"Serious tadi masa aku beli yang ni je tinggal." Tok'ie buat muka innocent.

"Okay apa ni abang. Jealousnya Widad tengok." suara Widad bersuara.

"Betul!" Aida ikut setuju.

Hariz hanya menggeleng. "Hang memang nak kena dengan aku Tok'ie."

Tanpa sepatah ayat, dia berjalan ke arah kereta. Ezzah hanya mengikut. Buat pertama kali nya dia rasa dia bersetuju, bersependapat dengan Hariz. Tok'ie memang nak kena!

Tok'ie hanya tersengih. "Depa ingat depa ja pandai prank orang, abang pun pandai. Kehkehkeh. Widad, Aida.. jom balik. Nanti volcano meletus lagi."

...............................................

photo credit to http://www.weemall.com/products/531-couple-shirt-i-love-her-him-white.aspx

p.s: Panjang tak panjang tak? Selamat membaca.
p.p.s: Tak ada idea sama ada kat Kelab Darul Aman ada jual t-shirt couple, dan apatah lagi menjual t-shirt. HAHAHA. Tahu ada jual air dan ada adik sorang jual kerepek dari taman ke taman. Teheeee.