Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 31
Posted on Wednesday 11 January 2012
@ January 11, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Hari ni dah masuk hari ke-empat mereka di Langkawi. Masa yang ada tu memang mereka gunakan untuk menjelajah ke pulau Mahsuri. Dari pagi -- seawal-awal pukul 8 pagi -- hinggalah ke malam. Balik dinner terus terlentok. Hariz je kadang-kadang tu stay up tengok TV, tengok bola. Dia? Awal-awal lagi mata dah nyanyi twinkle twinkle little stars. Penat. Penatnya ya amat tapi fun! Fun sebab inilah percutian yang dia pertama kali sebagai isteri. Ada hubby -- walaupun tak macam hubby -- kat sebelah. Fun!

Naik cable car. First time dapat naik cable car. Lepas ni boleh la jaja cerita dah naik cable car.

Lepas tu dapat tengok permandangan yang superbly breathtaking (bak kata Hariz). Memang take my breath away la.. jatuh hati dia kat situ juga bila tengok pemandangan laut dari puncak Gunung Mat Cincang tu.

Dapat belajar sejarah-sejarah dulu. Kisah lagenda Mahsuri. Beras terbakar..

And Hariz. By her side. Well memang la Hariz tu hati batu tapi Ezzah tak kira. Masa yang dia ada berdua je dengan Hariz tu dia gunakan dengan betul-betul. HA HA HA. Kadang-kadang tu dia capai tangan Hariz bila mereka berjalan. Mula-mula tu memang Hariz tarik juga tangannya, tak mahu tapi ini Ezzah Hani lah. Lagi orang cakap 'TAK', lagi tu dia buat.. dan akhir sekali, Hariz biarkan saja. 

Flirting? With my own husband? Tak da salahnya. Halal di situ. 

Apa lagi double fun di situ. 

Dan sampai detik ni, saat ni, Langkawi being such a sweetheart to me.

Fun. Fun. Fun. 

Tapi ini...

Ezzah pandang permandangan di hadapannya. 

Laut terbentang luas. Ada bot-bot di hadapannya. This cannot be. 

Zapppppp. 

Pandangannya dihalakan ke Hariz yang sedang tersengih monkey. "Kan dah cakap tak nak island hopping?!" dia berbisik keras di telinga Hariz. 

Hariz hanya tersenyum. Suka bila Ezzah jadi Ezzah yang dulu. Mana taknya dalam masa berapa hari kat Langkawi ni.. Ezzah jadi pelik semacam. Jalan elok-elok, tup tup dia datang pegang tangan. Pastu bila bercakap, dia hadiahakan senyuman dia..

"Hariz!"

"Saya dah ikut kan. Awak nak naik cable car. Nak pergi Mahsuri.. pergi underwater world. Satu ja saya minta, saya nak island hopping. Apa pun nak jadi, kita -- saya dengan awak -- akan naik bot tu jugak. Period." kata Hariz. Suaranya dikeraskan sikit.. senyuman bila melihat Ezzah cemberut itu ditahan-tahannya.

THIS IZ SERIUZLY NOT FUN!

"Tapi awak tahu kan.."

"Tahu. Tapi hari tu selamat kan?"

"Selamat la tapi tak semestinya hari tu selamat, hari ni selamat. Ramai je yang accident walaupun diorang naik kereta banyak kali.." Ezzah tutup mulut. Accident = Hazirah. Hailoo salah sebut pulak.

Hariz menunjukkan wajah tanpa ekspresi. "Jom. Tu orang dah start naik dah tu." Hariz menarik tangan Ezzah. Ezzah mengeraskan dirinya..

"Ezzah.." lembut je suara tu di telinga Ezzah. Ezzah tarik nafas. Hariz memang pandai..

"Isteri saya ni penakut air Pak Cik. Minta maaf ye.." Ezzah mendengar Hariz berkata macam tu bila mereka jejak je kaki ke dalam bot. Kalau tak diikutkan rasa takut dalam dada ni, memang dah lama dah dia tolak Hariz masuk dalam laut.

........

"Siapa yang minum tasik ni orang kata senang nak mengandung. Kamu ni yang baru berkawen ni, cuba la. Kut-kut nanti terus balik KL dapat anak." kata Pak Cik Rahmat.

Hariz buat tak peduli. Dia berjalan ke tasik meninggalkan Ezzah dengan Pak Cik Rahmat.

Ezzah geleng kepala. Satu point pasal Hariz dia kutip selama dia di Langkawi ni ialah Hariz ni suka laut. No wonder la jadi Jurutera kapal. Suka laut rupanya. Ezzah? Dia tak suka laut! Satu lagi benda yang tak sama di antara mereka. 

"Baru lagi ni pak cik. Kalau balik KL terus dapat anak, tu pelik tu."

Pak Cik Rahmat dah ketawa berdekah-dekah. Ezzah angkat bahu.. tak paham sungguh dia apa yang lawak.

"Tapi betul ke Pak Cik yang minum ni boleh senang mengandung?" saja ja dia bertanya mengurangkan rasa awkward. 

"Tak tahulah. Semua ni bukan kita yang tentukan. Allah Ta'ala tu yang tentukan. Ada jugak pak cik dengaq, minum-minum terus mengandung. Ada juga yang minum tapi tak ada hasil pun.. semua ni aturan Allah. Kita mencuba, berusaha, tawakal sajalah. Tadi sikit punya tak nak, awat sekarang dah teringin ka nak minum?"

Ezzah tayang gigi. Kalau dia minum tu pun, dia pasti punya dia tak akan mengandung. HA HA HA.

"Ish tanak la pak cik. Tak berani. Lagipun biar saya balik KL dulu.. kalau dua tiga bulan ni tak pregnant jugak, saya telefon pak cik suruh bawak saya mai sini balik." 

Pak Cik Rahmat sambung ketawa lagi. Suka benar dia dengan Ezzah ni.. 

Hariz datang menghampiri. Ezzah mencebir. Ingatkan nak terjun terus ke dalam tasik. Kut-kut aku tak boleh minum air tu, biar dia yang minum. Kasi subur. KAH KAH KAH. Ezzah ketawa dalam hati. Mahu ketawa secara terang-terangan takut dikatakan gila. 

"Cik abang dah datang tu. Kamu duduk la berdua. Ni mai honeymoon sembang dengan pak cik pula."

Ezzah tergelak. Ada-ada aja pak cik ni.

Hariz duduk di sebelahnya. "Sembang apa?" Hariz bertanya. Matanya masih lagi di tasik.

"Sembang apa-apa." Dia memandang Hariz. Saja nak tengok reaksi.

Hariz berpaling ke arahnya. Kening diangkat sebelah.

"Pasal anak. Dia cakap suruh minum tu, senang sikit nak mengandung."

Serentak Hariz ketawa. Ezzah pun sama. Entah apa yang lawak pada ayat terakhirnya pun dia tak tahu tapi dia ketawa sebab dia rasa nak ketawa. Aik?

"Nak ke?"

"Nak pe?"

"Mengandung?"

Kedebapppp. Tangannya memukul Hariz. Aci pulak tanya soalan tu kat public ni.

Hariz bangun. Tangannya disuakan ke arah Ezzah yang masih duduk lagi tu. Ezzah terkapai-kapai tak memahami.

"Nak gi mana?"

"Terjun tasik. Kata nak mengandung." jawab Hariz sambil ketawa. 

Ada ka pulak macam tu?! Serentak itu juga bag galas Ezzah sedap landing di lengan Hariz.

........

"Habis basah baju saya." jerit Ezzah bila mereka naik ke darat balik. Pak Cik Rahmat yang memang setia menunggu di situ hanya ketawa. Ezzah menceberutkan muka. Sakit sungguh hatinya bila tadi elok je Hariz main campak dia ke tasik. Nasib baik pakai life jacket! Kalau tak? Buatnya dia tenggelam dalam tu, jadi duda berhias la Hariz.

Hariz angkat tangan. Tak mengaku salah sebaliknya tersenyum suka!

"Tak tenggelam kan?"

Ezzah geleng kepala. "Memangla tak..."

"Lepas ni awak kena sign up swimming class."

"No way!"

"Yes way." 

"Trauma ni kena atasi, kalau macam ni sampai bila tak sembuh."

Ezzah mencebir. Kata orang, dia pun sama. Kenapa dia tak nak fight perasaan dia tu, perasaan dendam dia tu. Dendam tu sebenarnya duri dalam hati tau dak. Rosak hati, rosak segalanya. Tapi dia tak berani nak kata depan macam tu. Takut jadi macam tempoh hari...

"Awak ni pelik la."

Hariz naikkan kening. Pelik? Suruh daftar swimming class pun pelik ka?

"Macam bipolar. Kejap awak macam ni, kejap awak macam tu."

Hariz gelak. Bipolar? "Sejak bila graduate in psikiatrik ni?"

"Sejak kawen dengan awak." 

Hariz diam. Ezzah pun sama. Dah agak dah. Kalau dia masuk saja bab-bab ni, sah-sah Hariz jadi diam terkutik tak memberi jawapan. Dah macam cakap dengan mannequin pun ada.

He probably needs time. Ezzah mengeluh. 

"I dont know about that myself..." Hariz mengeluh. "Till I met you.."

..............................................................

Saya tak tahu sama ada saya patut tarik balik tak entry sebelum ni, orang cakap macam drastik change? Macam nampak Hariz macam dah terima tapi ....?

Saya pun confuse gak. Saya tulis, straight from my head. Bukak blogger, hit the post button and write. So its all depend on my state of mind kut. Masa post itu dikarang. And now it's back to this ya-know-suka-main-main-punya Hariz. Hariz indeed ada masalah bipolar or was it me? LOL.

Apapun, selamat membaca. 

Loads of X's and O's, Ednin.

Labels:


15 Surat Chenta ♥


Bencisayang 30
Posted on Tuesday 10 January 2012
@ January 10, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah melihat permandangan di sekelilingnya. Rexton hitam itu dah bergerak selama setengah jam dari pekan Kuah. Pergi mana dia tak tahu. Clueless. Kalau Pak Cik Rahmat ni nak jual diorang pun dia ikut je.. sungguh tak tahu apa yang menanti selepas ni. Tapi apa yang dia pasti, mereka sedang bergerak ke arah tempat yang cantik. Tengok sajalah pemandangan di sebelah kanan dan kiri dia ni..

Tak sangka sungguh dia kena tipu hidup-hidup dengan family dia. Senyuman Along tadi masih termain-main di kepala. Nampak sangat dah Along pun terlibat sama dan yang pasti Mak Su la the thinker, the planner. Bukan sehari dua dia kenal Mak Su tu..

"Pak Cik, kita nak pergi mana ni?" Ezzah bertanya. Tak sanggup dah duduk dalam 'kegelapan' macam ni. Enlighten me, please.

"Oh kamu tak tau apa-apa ka?"

Ezzah tersenyum. Kalau dia tahu, tak da la dia tercengang tadi.

"Kita nak pergi Pantai Chenang. Depa dah booked Pelangi Beach Resort.. Kat Pantai Cenang ni sesuai sangat la nak berbulan madu. Cantik tempatnya.. tapi jauh la sikit dari pekan Kuah ni. Tapi orang dok kata Pelangi Beach Resort tu cantik. Memang sesuai la dengan hampa berdua ni. Baru kawen kan?"

Ezzah dan Hariz hanya mengangguk. "Berapa lama lagi Pak Cik?" tanya Hariz pulak.

"Adalah 30-40 minit. Ni pak cik nak tanya, petang nanti macam mana? Nak berjalan-jalan ke?"

"Pak cik rasa mana yang senang?" tanya Ezzah.

"Sekarang pun dah pukul 2.30 petang. Sampai satgi elok pukul 2.40. Nak check-in, dah pukul 3 lebih.. solat, nak rehat.. dah petang. Tak boleh nak pi mana-mana dah."

Ezzah mengangguk. Betul. Kang nanti rushing pulak dan Ezzah paling tak suka bila nak kena rushing-rushing ni. Susah. Tak suka. Sebab nanti sah-sah dia akan jadi kelam kabut dan tertinggal benda.

"Kalau macam tu malam nantilah Pak cik datang. Bawak kamu makan. Kat Pantai Cenang tu senang nak cari makanan. Banyak restoran seafood.. Arab pun ada."

"Arab pun ada pak cik?"

"Dekat area Pantai Cenang ni ramai foreigner. Mat-mat, minah-minah Arab. Sebab tu la kut."

Hariz mengangguk. Langkawi ni kan salah satu tempat pelancong. Memang la kena ramai dengan foreigner.

"Malam kat Pantai Cenang ni live sikit dari kat Kuah sana. Boleh la kamu jalan-jalan sikit." cerita Pak Cik Rahmat. Asyik Ezzah mendengar.. dia dah mula suka duduk di Langkawi ni. Lagipun bila tengok permandangan di sekelilingnya ni pun dia terjatuh hati. Kalau bawak kanvas, melukis pun best jugak ni.

"Dah sampai." Pak Cik Rahmat memberhentikan Rexton itu di lobi.

Meritus Pelangi Beach Resort & Spa. Ezzah membaca papantanda di sebelahnya. Kakinya meloncat turun dari Rexton itu.

Jejak saja kakinya ke tanah resort itu, Ezzah terus jatuh rahang.

Cantiknya.. subhanallah.

Macam dah jatuh masuk ke kawasan kampung bila tengok senibina resort ni. Senibina tradisional perkampungan. Seumur hidupnya dia tak pernah bercuti di tempat macam ni. Seriously cantik ya amat. Kalau tadi dia rasa nak naik gorilla pasal plan famili dia ni tapi sekarang dah berubah tiga ratus enam puluh darjah, rasa macam nak peluk ketat-ketat je diorang.

"Wow." Dia mendengar suara Hariz di sebelahnya. Dia mengangguk. Memang 'wow' pun.

Doorboy datang mengambil bag-bag mereka. Hariz pula ada bercakap-cakap dengan Pak Rahmat sementara Ezzah masih lagi dengan ke-wow-annya.

Kalau macam ni punya environment, dia sanggup kena tipu hari-hari.

.......

"Have a good holiday, sir.. m'am."

Ezzah dan Hariz mengangguk. Selepas seketika mereka ditinggalkan berdua di dalam bilik. Ezzah pandang Hariz. Hariz pandang Ezzah.

"So.. this is good." Seumur hidup dia mana pernah duduk di bilik semewah ni.

Ezzah mengangguk. "And I can definitely say sapa yang punya idea ni." Ciri perkampungan = fav Mak Su. Nama ja Mak Su tu kerja, tinggal di luar negara selama hidup dia tapi hati dia tetap di kampung.

"Mak Su?" Hariz meneka.

"No other but her." Ezzah berjalan-jalan di sekeliling bilik. Dari kawasan katil ke bilik air.. bilik air yang lengkap dari serba serbi. Wow. Selalunya dia kalau bercuti, mana pergi resort yang macam ni. Ni 5 stars hotel ni. Dia lagi senang cari tempat yang biasa-biasa saja. Yalla kata holiday, takkan nak spend bucks dekat benda mahal yang hanya digunakan untuk tidur saja tapi ni, kalau nak duduk terus pun tak pa. Comfy gila.

Dia keluar dari bilik air. Telinganya mendengar bunyi air laut dari luar.. dia berjalan ke balkoni. Hariz dah berdiri di situ.. memandang pemandangan di hadapan mereka.

Laut membiru. Dengan pokok kelapa. Dan tempat duduk yang roofing ala-ala kat Maldives tu.

Superbly breathtaking.

"Superbly breathtaking." kata Hariz tiba-tiba.

Ezzah hampir terloncat. Apa yang ada di fikiran Hariz sebijik sama apa yang di dalam fikirannya. "Err.. yes. Absolutely."

"It would be a great bargain if this is for the real couple." kata Hariz. Perlahan.

Real couple?

"We. Are. Real." Dia ucap satu-satu. Apa Hariz tak ingat lafaz akad yang dia buat sepuluh hari yang lepas tu. It is real. Sah. Legal.

"We know better. Apa yang tak realnya, Ezzah."

"We know better what we can do. What we can try." To make it real.

"Ezzah.. Your brother and me.." Dia masih tak boleh lagi nak lupakan.

"I know, and I understand." Ezzah memotong. Dia memegang tangan Hariz. "Please, at least. Try." Dia pandang mata lelaki tu betul-betul. Kalau tak cuba, mana nak tahu.

Ezzah mengeluh. Bila Hariz tak cuba langsung pun nak membalas. At least. Sikit pun. Cakaplah.. I'll try. Tu pun dah cukup bagi dia gembira dah tapi sebaliknya lelaki tu lebih senang menarik tangannya dan masuk ke dalam.

Sumpah rasa malu gila. First time dia berani cakap/behave macam tu dekat lelaki..

...........................................................
credit: http://meritus-pelangi-beach-resort-and-spa-langkawi.html

Saya kekurangan idea sebenaqnya. Hence the lack of updates, mianhe (sorry). Doakan bagi idea banyak timbul ye.. ;)

Labels:


0 Surat Chenta ♥


Bencisayang 29
Posted on Saturday 7 January 2012
@ January 07, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah ternganga bila dia nampak saja signboard Kuala Kedah di hadapannya. Tak boleh jadi ni. Dia pandang Mak Su yang tengah sibuk mengeluarkan bag-bag dari belakang kereta. Seriously, sebelum ni -- mati-mati -- dia ingat yang diorang semua bakal 'terbang' ke Langkawi tapi sekarang sangkaannya meleset 360 darjah. Mereka bukannya bakal 'terbang' tapi sebaliknya 'berenang' membelah lautan biru.

Jantung dia dah berdegup lapan juta kali ganda daripada biasa. Dia menepuk pipinya. Ezzah go! Ezzah go! Ezza... suara dalam kepalanya makin perlahan dan lemah.

Laut! Dia fobia... macam mana kalau dia lemas..

"Jomlah." suara Hariz menganggu fikiran negatifnya.

Hariz berhenti di sebelah Ezzah yang sedang berdiri kaku di tepi jalan tu. Kenapa pulak ni? Dia memandang Ezzah yang dah pucat tak berwarna tu.

"Err.. ah?"

"Jom. Dah sampai ni. Diorang dah jalan ke depan dah. Nah bag.." Hariz menyerahkan bag tangan besar itu kepada Ezzah. Sungguh dia tak paham kenapa Ezzah ni suka pakai bag tangan yang besar gedabak macam tu. Entah apa yang dia sorokkan dalam tu.

"Thanks." jawab Ezzah. Dia lantas berjalan laju meninggalkan Hariz, dia mahu bersemuka dengan Mak Su.

"Mak Su! Kenapa naik kapal ni. Asal tak cari tiket kapal terbang je?" Ezzah berbisik di telinga Mak Su. Dia tak mahu orang mendengar apa yang dikatakannya ini. Kang tak pasal-pasal orang cop dia minah spoil.. tak naik kapal yang ramai orang ni. Dia memandang kanan dan kiri. Boleh tahan jugak ramai manusia yang nak ke Langkawi...

Dari jauh dia nampak air laut.

Gulp.

"Mana Mak Su tahu. Hariz yang uruskan.. pi la tanya dia sendiri."

Ezzah mencebir. Mak Su ni! Dia yang kata nak plan, tapi dia suruh Hariz uruskan apasal pulak.

"Tapi okay apa naik kapal ni. Baru adventure. Ni asyik naik kapal terbang je.. tak ada umphhh la."

"Yella Ezzah mana adventurous macam Mak Su. Sudahla Ezzah merajuk. Nak cari mama.." kata Ezzah sambil matanya melilau mencari mamanya. Nak mengadu. Hanya mama dan abang Ezzaq je yang tahu pasal fobia laut dia ni tapi harapannya terbantut bila melihat elok je mama tengah bersembang dengan Hariz di kerusi hujung sana. Dia memanjang muncung mulutnya...

Tawakal je la Ezzah oii.

........

"Ezzah, cepatlah jalan." suara Mak Su dah kedengaran dari jauh. Ezzah hanya menggangguk. Dia memang sengaja berjalan lambat. Lagipun takkan larinya kapal tu. Tangannya memegang handrail itu kejap-kejap. Dia sungguh takut.. kalau kapal tu tenggelam macam mana. Dia dah la tak reti berenang.. dia dah boleh terbayang-bayang dia terkapai-kapai di tengah laut..

"Kenapa ni? Diorang semua dah naik. Awak masih kat sini. Are you okay?"

Ezzah mengangkat mukanya. Hariz. Dia menggelengkan kepala. Okay... tak okay.. Tangannya dah basah dengan peluh...

Dia pandang orang ramai yang sedang menaiki feri tu. Ada yang cool -- meloncat dari jeti ke feri -- dan ada juga yang perlukan pertolongan dari kawan mereka. Ezzah menelan air liur. Agak-agaknya dia boleh jatuh tak?

"Ezzah." suara Hariz perlahan. Muka isterinya tu pucat sekali. Tak pernah dia nampak Ezzah macam ni. Selalunya dia bubbly, banyak cakap.. matanya tertumpu kepada tangan Ezzah yang tengah kejap memegang handrail. Kedua-dua belah tangan.. mulutnya melopong.

"Ezzah Hani. By chance.. er.." Matanya memandang Ezzah yang turut sama memandangnya.

"Are you afraid of the sea?" Straight soalan tu keluar dari mulut Hariz.

Ezzah tersenyum bitter. Gotcha. Hariz dah rumuskan semuanya..

Serentak tawa Hariz memenuhi kawasan itu. Sungguh dia tak sangka yang si city girl yang berani letak telur dalam helmet dia ni rupa-rupanya takut laut. Like seriously?

Ezzah membulatkan mata. Sampainya hati dia. Boleh pulak gelak tak ingat dunia macam tu, ingat kita ni suka-suka ke nak takut laut. Tahulah dia dengan laut tu macam kucing dengan ikan tapi -- at least -- janganla gelakkan orang sesuka hati macam ni. Setiap manusia ni ada weakness tau dak?

Ezzah memandang Hariz yang tengah sakan bergelak ketawa di hadapannya ini. Aida dan Widad cakap lelaki ni almost perfect -- dari fizikal badan hinggalah attitude -- dan sekarang sungguhla dia nak cari apakah kelemahan lelaki ni. Dia memandang Hariz yang masih sakan ketawa ni.

"Okay.. sorry." Hariz angkat tangan. Tapi sungguh lah lawak. Dengan laut yang tenang macam ni pun dia takut..

"Jomlah. Everything's gonna be alright. Nanti kang tertinggal feri kut." Hariz melihat jam di tangan.

Ezzah pandang Hariz. Alright? Dia pandang feri. Ternampak life jacket disitu dan dia pandang laut biru yang terbentang di depannya. Kedeguppp. Jantung bergerak lebih laju dari biasa.

"Jomlah." tangannya dah memegang lengan Ezzah dan bersedia untuk berjalan ke arah feri.

Ezzah masih terkaku. Tak boleh ke naik kapal terbang je?

Hariz berpaling bila Ezzah masih lagi tidak mahu bergerak dari tempatnya tadi. Penakutnya perempuan ni!

"I'm a good swimmer." kata Hariz sambil memandang betul-betul anak mata tu.

Ezzah mencebir. Apa aku kisah dia pandai berenang ke tak. Yang pentingnya sekarang ni ialah Ezzah Hani takut nak naik feri tu. Nampak usang semacam jee. Tak sama pun dengan kapal yang dia tengok dalam TV. Dalam Titanic tu.

"Then trust me. If you fall masuk dalam laut tu. I'll be there to rescue you."

Ezzah telan air liur. Seriously. Dia jatuh hati sekali lagi dengan ayat trust-me Hariz tu. Dia hanya mengikut saja Hariz yang dah bawa dia -- hand in hand -- ke arah feri tu.

Kalau jatuh.. kalau jatuh..

Then trust me..

Pegangan tangan dikejapkan..


.........

Ezzah menghirupkan udara bila dia jejak je tanah darat. Alhamdulilah! Semuanya okay. YEAAAYY!

"Happy nampak."

Senyuman Ezzah terus mati bila dia mendengar suara itu. Dia berpaling ke arah Hariz yang sedang menyorong bag trolinya itu.

Mau tak happy. Dah naik darat kut. Tadi duduk dalam feri, jenuh dia tutup mata. Suffocated. Rasa nak pengsan. Sekarang barulah dia faham perasaan Sofie bila Sofie menangis betul-betul punya kaw bila Ezzah meletakkan kucing comel di atas riba Sofie beberapa tahun yang lepas. Menangis. Meloncat. Semuanya ada. Dia dengan Shen masa tu hanya mampu ketawa tak ingat dunia. Pelik. Macam mana manusia boleh takut dengan haiwan secomel macam tu.

Dan sekarang.. karma is a bitch* sometimes.

Kalau dulu dia yang terloncat gelakkan Sofie, sekarang dia nampak senyuman -- walaupun Hariz cuba sorokkan -- bila Hariz tahu dia takutkan laut.

Grrrrr.

"Ni nak duduk mana ni Mak Su?" Hariz menghalakan kepalanya kepada Mak Su yang berdiri di sebelahnya. Matanya mencari manusia yang memegang cardboard yang menulis nama mereka. Kata Mak Su, dia dah siapkan segalanya. Tempat duduk. Kenderaan. Everything.

Tapi kenapa tak ada sesiapa pun yang menjemput mereka? Hariz tertinjau-tinjau. Dia nama ja budak Kedah, lahir tanah tumpah di Kedah.. tapi kalau nak tahu Langkawi ni -- kali terakhir -- dia pernah jejak pun masa dia pergi rombongan dulu masa sekolah.

Loooong time ago.

"Kejap. Ai mana dia ni pulak?"

"Here she are. Lily! Here. Here." kata Mak Su sambil memanggil seorang wanita yang sedang mencari-cari itu.

Lily bila dipanggil terus berpaling ke arah mereka sekeluarga. Sampai saja dia di tempat mereka, apa lagi terus berdakapanlah mereka. Kawan Mak Su kut..

"Korang. Ni kawan Mak Su, dia tinggal kat sini. So she'll be our tour guide. Tak menyusahkan you kan Lily?"

"Dont worry. I dah arrange everything. Come, everyone." kata Lily sambil mengenyitkan mata ke arah Mak Su.

Ezzah menaikkan kening. Pelik sungguh ayat Auntie Lily ni..

"Diana, mana pengantin baru tu? Ni eh?" kata Auntie Lily sambil memandang Ezzah. Ezzah tersenyum awkward. Pengantin baru... nampak sangat ke?

"Aah. Ezzah, yang tinggi tu husband dia." kata Mak Su sambil jarinya menunding ke arah Hariz yang berdiri di belakang mama itu.

"Congratulation you guys. And you guys mesti suka punya.."

Ezzah tersenyum awkward lagi.

"Jom." kata Auntie Lily sambil menarik tangan Ezzah untuk mengikutinya. Ezzah yang terpinga-pinga hanya mengikut saja. Gila friendly auntie nie sampaikan kalau orang tak kenal diorang mesti sah-sah ingat diorang ni kawan baik. Berpegangan tangan bagai.

"So ni Pak Rahmat. Dia memang duduk Langkawi ni lagi lama dari umur korang. So he'll be your tour guide. Dia friendly. So dont worry." kata Auntie Lily bila mereka sampai di hadapan Rexton warna hitam itu. Ezzah mengangguk tanda memahami. Bagus jugak ada tour guide..

"I think sampai sini saja kut. Diana dan lain-lain, jom kita pergi kereta kita."

Kereta kita?! Ezzah confuse bila melihat yang lain -- Mama, Papa, Pak Su, Mak Su, Zahraa, Along dan Zarief -- berjalan mengikut Auntie Lily dan meninggalkan dia dan Hariz berdua dengan Pak Rahmat.

"Mak Su!" jerit Ezzah. Dia sungguh tak faham. Kereta ni boleh isi orang lagi kut.. dia berlari ke arah kumpulan itu.

"Zahraa, jom la naik dengan kak Ezzah." tangan Zahraa sudah dipegangnya.

"Yours and our journey would be different. Kita jumpa lagi lima hari empat malam ye sayang. Happy honeymoon-ing!" kata Mama sambil tersenyum. Along pun..

Happy honeymoon-ing?

Journey? Different?

Sekarang, jangan bagitahu saya yang dia sorang-sorang dengan Hariz kat Langkawi ni?

.........

"Along rasa la nanti bila kita jumpa dia balik -- lagi lima hari empat malam tu -- sah-sah dia naik gorilla. Tadi pun sikit punya terkejut bila kita naik van ni. Instead of naik Rexton tu." kata Along.

Yang lain semuanya tergelak. Dah kenal sangat dah dengan Ezzah Hani yang garang tu. Tapi nak buat macam dah buat dah pun.. tawakal je la. Naik gorila ke apa ke. Serah saja kepada nasib..

"Kesian pun ada Along tengok."

Kesian sungguh kat adik bongsu sorang tu. Terpinga-pinga. Tak expect kut kena tinggal macam tu. Padahal rancangan ni memang diorang dah rancang awal-awal sebelum dia nikah dengan Hariz pun. Diam-diam. Saja nak buat surprise..

Ni semua tak lain tak bukan rancangan Mak Su la. Semangat dia telefon dari Doha. Nak surprise kan Ezzah.. katanya. Dan memang betul, terkejut betul adik sorang tu tadi. Along menggelengkan kepala.

Ezzah oh Ezzah.

Mak Su memanglah the planner in the family.. indeed she is.

........................................

*pardon the word used.

Here we are -- finally -- Sorry for the lack of update. Serious setiap malam tido awal je kerjanya.. :)

Labels:


1 Surat Chenta ♥


Bencisayang 28
Posted on Monday 2 January 2012
@ January 02, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah berjalan ke ruang makan. Suara riuh rendah suara manusia itu menarik minatnya. Dah lama rumah mereka ni tak sebising macam ni. Kalau selalunya, semua mesti sibuk dengan hal masing-masing. Along dengan Papa mesti sibuk cepat-cepat makan sebab nak catch up pergi office, takut jalan jam dan dia pulak spesies tak makan pagi. Setakat minum air je, tak pun kalau dah lambat sangat main rembat cookies dan bergerak ke kuliah.

"Good morning." kata Ezzah sambil memeluk papa dan mencium pipinya. A good morning kiss. Ritual yang dia selalu buat pagi-pagi.

"Morning, dear. Lambat turun?" komen Papa.

Ezzah tersenyum. Lambat sangat ke? Baru pukul 8 pagi..

"Biasalah pa. Mesti dia sambung tidur tu. Qada' tidur semalam yang tak cukup ye dik.. bekerja keras eh?" suara Along menyampuk sambil tersenyum gedik. Sumpah bila tengok senyuman tu dia rasa nak baling je kerusi meja kat Along. Mulut spesies tak reti nak behave.

"Diam la. Along tu awal pulak bangun hari ni? Selalunya waktu macam ni terbongkang lagi atas katil." dia fire balik. Tapi betul apa, Along kalau dia cuti tak bangun lambat memang bukan Along lah namanya.

"Tak palah. Along angkat bendera putih. Kasi chance kat pengantin baru.. lepas ni jangan lupa eh, Along nak anak sedara. Tak sabar ni, anak Ezzaq perempuan. Along nak nephew. Mesti degil macam Ezzah!" kata Along sambil mengeyit mata kepadanya.

Ezzah membulatkan mata. Dan dia pasti muka dia dah tengah menukar warna menjadi merah jambu sekarang ni. Terus dia berjalan ke arah Along sambil memulas telinga abang sulungnya itu. Setelah berpuas hati dia bergerak ke dapur, mengambil pinggang kosong. Tak betah duduk di ruang makan kalau asyik kena usik macam tu...

"Ezzah memang macam tu. Garang! Singa betina dalam rumah ni. Nasiblah you. Welcome to the family, Hariz. Lepas ni kena berguru dengan kita orang la macam mana nak tamed singa betina tu." kata Along sambil tergelak-gelak. Suaranya dibiarkan tinggi, biar Ezzah mendengar.

Ezzah kembali dengan beberapa pinggan ditangannya. Dia mencebir. Topik masih mengenai dirinya. Dia menggelengkan kepala.

Kalau tadi turn Along, sekarang pula turn Pak Su..

"Tapi dia manja. Ingat lagi dulu asyik suruh pak su dukung je masa kecik-kecik.. naik lenguh badan. Mana taknya masa kecik.. sihatnya ya amat." kata pak su sambil mengembungkan pipinya.

"Manja apanya tu pak su. Malas. Dia malas nak berjalan sebab tu suruh dukung.. mana nak bakar lemak dalam badannya." Along menyampuk lagi.

"Eeee.. nak kena ni!" Pinggan diletakkan di atas meja dan dia segera berjalan ke arah Along lalu mencubit lengan lelaki itu bertalu-talu. Biar puas hati.

Along hanya tergelak. Ezzah, nampak je brutal tapi setakat cubit-cubit manja macam tu. Tadernya nak masuk ER. Kalau ya pun, dia heran apa, Ezzaq kan ada..

"Apa ni gaduh-gaduh. Ezzah, sit down. Makan." kata mama, yang baru keluar dari dapur membawa karipap yang baru siap di angkat dari kuali. Sah-sah karipap Opah. Hoyeaaah, mengidam ni!

Ezzah mengambil pinggan kosong di sebelahnya dan mencedok mee goreng ke dalam pinggan. Perbualan antara lelaki-lelaki di meja makan tu tak diendahkannya.

Mee goreng lagi sedap.. makan mee tak da la rabak hati sangat. Dengar Along yang ralit mengusik tue..

Entah kenapa dia rasa seakan-akan ada mata yang memandangnya. Ezzah berpaling ke sebelah kanan.

Gulp. Dia telan air liur.

Hariz! Tak sedar pulak yang dia dah duduk di sebelah Hariz..

"Dah makan?" Ezzah bertanya. Soalan yang tak berapa soalan sebab dia sendiri nampak pinggan Hariz dah kosong. Lelaki tu lebih senang menghirup teh panas..

"Done." jawab Hariz. Matanya berpaling ke arah pinggan kosong tu.

Ezzah mengangguk. "Well then saya makan dulu la ye." Tiba-tiba dia gugup, peristiwa malam semalam bermain di kepala. Haiyooo. Blushing.

Hariz mengangguk. Dia memfokuskan kembali kepada 'diskusi' meja makan itu. Diskusi pasal Ezzah, menarik enough sampaikan dia tak terasa nak bangun pun walaupun dah kenyang. Sambil-sambil tu matanya melirik ke arah Ezzah, yang sedang menguis sayur di dalam mee goreng itu ke hujung pinggan.

"Tak makan sayur?"

Ezzah mengangkat kepala. Dia berpaling ke kanan sambil tersengih. Gotcha!

Lambat-lambat dia menggeleng.. hands up. Sayur membuatkan dia rasa nak termuntah. Dia teringat lagi bila Sofie mencabarnya makan sayur masa mereka awal-awal belajar dulu.. dan dia yang jenis pantang dicabar ni pun menyahut cabaran Sofie dengan memesan sup sayur tengah hari tu.. dan akhir sekali, dia terpaksa angkat bendera putih. Mana taknya baru dua tiga suapan, dia dah termuntah.

"Sayang la. Penat-penat petani tanam, jaga, alih-alih awak tak makan."

"Tak boleh la. Memang tak boleh." semangat dia menerangkan.

Hariz angkat kening.

Ezzah tetap menggelengkan kepala. Tak nak makan. Never!

"Bak sini." kata Hariz sambil mengambil sayur-sayur yang dikuis-kuis Ezzah itu dan diletakkan ke dalam pinggannya.

"Thank you." Ezzah tersenyum. Teheee. Aiss, ni yang buat bertambah jatuh hati lagi ni.

"Amboi our pengantin baru. Ber-exchange exchange makanan pulak. Cemburu pulak Mak Su tengok kat sini." Mak Su yang tengah duduk di hadapan Ezzah tu tersenyum simpul. Ezzah apa lagi? Lagi la tebal blushingnya.. adoi.

"Ezzah ni tak makan sayur." Hariz menjawab. Ezzah mengangguk. Betul!

"Alla tak payah nak justify, all above all, that's sweet." kata Mak Su sambil mengeyit mata kepadanya.

Ezzah menggelengkan kepala. Mak Su dia ni memang macam tu.

"So bila you all nak bertolak balik Kedah? Tak sabaq ni nak tengok sawah padi." kata Mak Su. Matanya dah jelas menunjukkan berapa terujanya dia mahu ke sana tapi Ezzah tak boleh nak salahkan Mak Sunya ni, sawah padi memang cantik.

Dia sendiri pun terjatuh chenta.. dengan orangnya sekali.

"Esok kut Mak Su. Ibu pesan suruh balik awal, nak uruskan pasal kenduri." kata Hariz.

Mak Su hanya mengangguk sambil menjamah mee gorengnya. Tiba-tiba dia teringatkan gambar yang dia jumpa di internet hari tu. " Berapa lama ye kalau nak pergi Langkawi dari tempat Hariz?" tanyanya lagi.

"Lebih kurang sejam lebih kut dari Kuala Kedah tapi naik jeti la. Kalau kapal terbang, tak pernah cuba lagi." kata Hariz.

Mak Su mengangguk tanda memahami. Dia memandang suaminya. "Dear, jom pergi Langkawi lepas kenduri nak tak? Bawak budak-budak ni sekali.. tak pernah jejak tanah Melayu." kata Mak Su. Kesian jugak dekat anak-anak dia ni. Nama je katanya Malaysian tapi selama hidup di luar negara. Tu pun sebab suaminya bekerja sebagai diplomat dan alang-alang diorang kat Kedah. Eloknya melancong sekali ye dak?

Pak Su mengangguk. Setuju sangat dengan cadangan isterinya tu. Lagipun ada dua minggu lebih lagi sebelum mereka balik ke Doha.

"Along pun nak ikut jugak." sampuk Along. Seumur hidupnya tak pernah langsung dia jejak Alor Setar.

"Bagus la. Kita sekeluarga bercuti.. boleh kak, abang?" tanya Mak Su.

"Boleh la. Kak pun dah lama tak bercuti dengan korang semua. Jomlah nanti kita bercuti di Langkawi. Abang tak busy kan?" tanya Mama pulak kepada Papa. Papa pulak menggelengkan kepala. Demi keluarga tersayang..

"Yeayyyyy!" jerit Ezzah. Dia dah terbayang-bayang pantai kebiruan yang dia selalu nampak di gambar.

"Aikkk awak tu dah jadi isteri orang. Lepas ni nak pergi mana, kena tanya inche hubby dulu ya. Jangan dok yeay yeay dulu.. permission kena ada." kata Mak Su.

Ezzah angkat tangan. Sorry. Excited tadi.. percutian bersama keluarga, mana tak happy ye dak?

Dia memandang Hariz. Meminta kebenaran. Dia tak tahu macam mana nak meminta kebenaran.. lagipun selama ni dia bebas. Mama dengan Papa dah letakkan seluruh kepercayaan kepada dia. Mana dia nak travel, they're okay with it!

"Alla Hariz.. jom la join sekali. Ajak your family, kita kuatkan silaturrahim. Tengok tu.. kesiannya isteri awak tu. Jomlahhhh." kata Mak Su.

Hariz berfikir sejenak. Banyak benda dia nak kena fikir. Kambing-kambing, kelapa sawit.. hailooo. Dia memandang Ezzah yang sedang memandangnya.. dan yang pasti lagi beberapa pasang mata pun turut menunggu jawapan darinya.

Akhirnya kepala dianggukkan.

Ezzah mengenyit mata ke arah Mak Su. Mulutnya menyebut 'Thank You' dalam diam-diam.. Mak Su ni memang pandai memujuk!

"Yeaaayyyyyy!" Sekarang dah betul-betul boleh jerit yeayyyy.

Mama hanya menggelengkan kepala. Ingatkan selepas dah bernikah ni, anak tunggal perempuannya ni dah jadi sedikit matang tapi masih maAcam Ezzah yang dulu. Keanak-anakkan.

"So deal la kan? Now biar Mak Su yang arrangekan tempat duduk, transportation, semua okay?" kata Mak Su.

Yang lain hanya mengangguk. Setuju sangat sebab Mak Su ni memang bidang dia dah. Serahkan kepada yang pakar. Lagipun kan Mak Su ni the planner in the family!

Maka, helllooooooo Langkawi!

........................

Selamat membaca!

Pengumuman pengumuman. Amboiii. Okay saja je saya nak bagitahu, tahun ni saya agak busy sikit. Busy menjadi anak solehah kepada bonda dan ayahanda. Teheee. So my time with internet could be limited, so the updates may be susah sikit nak jumpa but I'll try my best. InshaALLAH.

Apapun korang selamat membaca. Selamat kembali ke sekolah juga kepada adik-adik. Ada ke? ;)

Assalamualaikum.

Labels:


0 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum | Kisah Selepas