Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Aku, Dia dan Tomok
Posted on Sunday 29 July 2012
@ July 29, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


PUAN Marwah memandang sayu anak gadisnya itu. Berat hati dia nak melepaskan anak tunggalnya itu pergi ke negara seberang. Kalau dengan dia di sisi, boleh lagi. Walhal dah memang selalu pun mereka -- Dia, Faraha dan suaminya -- bercuti ke negara orang tapi kali ni dia sukar melepaskan Faraha pergi. Mana taknya, anaknya itu pergi berdua saja dengan Aisyah, anak sedaranya.

Risau.

Masakan seorang ibu tak risau, Faraha tu mana pernah berenggang dengan dia. Seumur hidup Faraha, mesti ada dia disampingnya. Masa Faraha mendapat tawaran belajar di MRSM semasa berumur 13 tahun itu pun dia memaksa Faraha menolaknya atas alasan muda lagi. Dan lepas tu Faraha memang faham sendiri dengan perangai uminya itu. Alhamdulilah bila Faraha masuk belajar di Universiti pun gadis itu memilih universiti yang dekat rumah. Tak perlu jauh-jauh.

Tapi kali ini, Faraha betul-betul mendesak dia untuk membenarkan dia ke Sumatera, Indonesia.

Katanya mahu berbackpacking sambil memandang dunia luar.

Bukan sekali anak gadisnya itu memujuk.

Berkali-kali.. sampaikan akhirnya campur tangan Encik Muzzakir. Terpaksa diterima jugak niat anaknya itu. Setengah hati dia melepaskan pergi. Rela dengan tak rela.

“Umi, janganlah macam tu. Seminggu je Faraha pergi.” Kata Faraha memandang uminya yang sedang masam muka.

“Kak Awa, relax la. Faraha tu pergi dengan Aisyah. Aisyah ni kan belajar kat sana dulu. InshaALLAH okay semuanya.” Pujuk Pak Ngah Toriq pulak, ayah kepada Aisyah.

Aisyah hanya mengangguk. InshaALLAH semuanya okay. Lagipun enam tahun dia duduk di sana, belajar di USU. Sedikit sebanyak dia tahu selok belok tempat sana, macam mana nak berkomunikasi, dan rakan-rakan yang boleh membantu jika mereka ditimpa kesusahan.

“Aisyah, jaga Faraha elok-elok eh.” Puan Marwah menggengam erat tangan Aisyah.

“InshaALLAH Mak Long.”

“Dah-dah. Korang dah kena check in ni.” Encik Muzzakir bersuara.

Faraha menghampiri uminya lalu memeluk wanita yang berusia 49 tahun itu. Dia mencium pipi uminya. Seminggu dia tak akan berjumpa dengan wanita itu dan di saat ini, dia sudah pun merindui wanita yang melahirkannya ini.

“Jaga diri baik-baik. Sampai saja airport, beli simcard and call me.” Kata Puan Marwah. Faraha mengangguk. Tangannya menyalami umi dan walidnya.

Selepas bersalaman dengan ahli keluarga masing-masing, dia dan Aisyah berjalan masuk. Inilah percutian pertama kalinya Faraha tanpa ibu bapa di sisi.

Malaysia, see you in seven days time.



“GOOD morning, Indonesia!” jerit Faraha sambil melebarkan kedua-dua tangannya. Suasana pagi yang sejuk itu menyegarkannya yang baru saja usai solat Subuh itu. Dia tersenyum memandang pemandangan indah ciptaan Maha Esa itu. Subhanallah.

Dari atas bukit ini dia nampak seluruh Danau Toba itu. Dia menghirup udara segar.. dia memang sukakan pemandangan dan suhu macam ni. Tasik yang dikelilingi dengan banjaran itu dipandangnya.. cantik. Ditambah pula dengan matahari yang mula naik itu..

Terus Faraha berlari ke dalam bilik, Dewi yang sedang tidur itu dibiarkannya saja. Mungkin letih memandu jauh dari Medan ke Parapat semalam. Tambah lagi dengan keadaan fizikal jalan Parapat yang berada di tanah tinggi itu, dia sendiri pun akan letih.

Tangannya segera mengeluarkan kamera dari bag lalu keluar semula ke balkoni. Diam-diam kerana bimbang menganggu Dewi.

Automatik senyuman tergaris di wajahnya.

Keindahan alam semula jadi di hadapannya itu dipindahkan ke dalam bentuk gambar.

Klik. Klik. Klik.

“Kau dah mandi?” Kedengaran suara Aisyah di gegendang telinganya.

Faraha tayang gigi.

Aisyah mencebir. “Belum la tu.”

“Sejuk la wei.”

Aisyah mengangguk. Suhu kat sini memang rendah, mungkin sebab mereka di tanah tinggi. Tambah-tambah bila Subuh begini. Suhu tu rasanya dah meresap ke tulang sum-sum. Sebab itulah kotej kat sini memang tak disediakan kipas atau alat penyejuk yang lain. Tak ada fungsi dengan suhu yang macam ni punya sejuk.

“Kita nak pergi mana hari ni?” Tanya Farah. Teruja.

Aisyah diam. Berfikir.

“Kita naik feri pergi Tuk Tuk dengan Tomok..”

“Tomok?” Kening diangkat sebelah..

Aisyah menganguk. Yaiyaaaa.

Faraha ketawa geli hati. First time dengar.

“Tomok tu nama tempat, pulau, okay! Banyak benda best, jual barang-barang, nanti kau tengoklah. Ni dok sengih lagi kenapa? Sah-sah mesti ingat Tomok New Boys tu kan?” Aisyah meneka. Dia sendiri pun bila pertama kali diberitahu Dewi, teman baiknya di USU pun terlompat gelak jugak.

Lucu.

Tomok! HAHAHA.

Faraha mengangguk sambil tersenyum. Dia mengingatkan dirinya untuk menangkap gambar Tomok nanti untuk ditagkan dekat wall Sara, si teman rapat yang die-hard fans sangat dengan kumpulan New Boys itu.

“Dah-dah. Kau mandi. Lepas tu kita gi cari breakfast.”

“Makan je la dekat kotej ni.” Faraha membalas laju. Takkan lah tak ada sarapan dekat kotej ni kut?

Aisyah mendekatkan mukanya di telinga Farah, seakan-akan mahu berbisik.

“Kat sini ramai orang Batak. Tak muslim.. ragu-ragu aku pula dengan management hotel ni. Bila dah ragu-ragu tu shubhah.” Kata Aisyah sambil membaca hadis ke-enam dari Hadis 40 Iman Nawawi.

Dari Abu Abdullah An-nu'man bin Basyir r.a katanya: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan diantara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang shubhah yang tiada diketahui oleh orang ramai.orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara shubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir kedalam perkara shubhah itu akan tergelincir akan masuk kedalam perkara haram. Laksana seorang pengembala dipinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia kedalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan,dan tempat larangan ALLAH itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya.Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya iya baik baiklah seluruh jasad itu dan sekirannya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati'

"Lagipun dekat atas sana ada restoran Muslim. Nanti kita breakfast, lunch dan dinner di sana saja. Masakan minang! Lama dah aku tak makan."

Faraha mengangguk. Aah betul juga tu. Teringat apa yang disampaikan oleh ustazah dulu. Terus beristighfar dalam hati.

Nasib baik datang dengan Aisyah, yang dah sedia maklum macam mana tempat ni. Kalau tak dia main bantai sajalah. Lagipun kat sini, tengok macam mana pun mereka - penduduk di sini. Semuanya nampak sama. Nampak melayu..

Faraha menepuk dahi. Awak di Indonesia la, Faraha bukannya di Malaysia. Di Malaysia pun, dah banyak campur-campur bangsa, dah jadi muka Melayu jugak akhirnya. Halahaih.



SETELAH mereka selesai juadah brunch -- breakfast and lunch -- mereka, terus Dewi memandu kereta Rextonnya ke jeti di Parapat tu. Sambil-sambil Faraha mengabadikan kenangannya di sini dengan mengambil gambar dari lensa Nikonnya itu.

“Banyak ya church di sini.” Tungkasnya. Dari tadi mereka mengelilingi bandar Parapat tu, dah berpuluh gereja yang dia jumpa. Ada di atas bukit, di bawah bukit.. dan dalam perjalanan kelmarin pun, banyak juga dia jumpa.

Dewi hanya mengangguk. “Di Danau Toba banyak terdiri dari suku kaum Batak dan rata-ratanya mereka ini beragama katolik. Yang muslim itu boleh dibilang dengan jari. Sikit. Justeru itu nga banyak tempat makanan halal di sini.” Terang Dewi lagi.

Faraha mengangguk. Dia meneruskan kerjanya manakala Dewi pula memberi tumpuan kepada pemanduannya. Di sini jalannya tak seperti di Malaysia. Kena 100% fokus, kalau tak nahas la. Jalan kecil, penduduknya ramai..



“FERINYA akan tiba lagi lima minit. Kita tunggu sajalah ya.” Kata Dewi lalu menghulurkan botol mineral kepada Aisyah dan Faraha.

Kedua-dua mereka mengambil air dari tangan Dewi itu. Sambil-sambil tu Farah merakam lagi momen-momen indah di hadapannya. Keindahan tasik.. warna warni, gelagat penduduk sekitar. Di sekelilingnya ramai manusia-manusia lain yang turut sama menunggu giliran untuk menaiki feri.

“Sekarang laginya libur di sini. Holiday.” Terang Dewi lagi.

Faraha mengangguk. Patutlah.. bisik hatinya. Ramai family yang datang bercuti. Lagi liburan ya.. Dia memandang sekeliling. Memang rata-ratanya dari kelompok berkeluarga. Tiba-tiba matanya tertarik dengan pemandangan di sebelah kanannya itu. Terus dia capai Nikon di leher dan diletakkan di hadapan mata.

Lensa di fokusnya ke arah seorang lelaki yang sedang bermain dengan anak kecil itu. Faraha tersenyum. Terus dia merakamkan saat itu.

Nais.

Tiada lagi yang lebih indah melihat 'pemandangan' seorang lelaki melayan anak kecil.. sweet. Desis hatinya.

“Ayuh ferinya sudah tiba. Yok Aisyah, yok Farah.” Kata Dewi lalu bangun dari tempat duduknya dan menonong dia bergerak ke arah feri.

Aisyah pun turut sama berbuat demikian. Laju semacam.

Faraha yang sedikit terpinga-pinga itu hanya menuruti dari belakang dan bila tiba saja di feri itu barulah Faraha memahami rasionalnya mengapa Dewi dan Aisyah laju sedemikian rupa. Mana taknya ramai yang berpusu-pusu untuk masuk ke dalam feri itu. Faraha mempercepatkan langkah.. silap haribulan, entah-entah dia yang tertinggal di Parapat ni.

Orang ramai yang berhimpit-himpit ingin masuk ke dalam feri ini menyukarkan kerjanya. Dikeraskan badannya.

Seriously, boleh tak tolong jangan tolak menolak. Mahu saja dia menjerit di situ tapi lidahnya kelu. Dia di negara orang, bukannya di negara sendiri.

Dia terasa dirinya ditolak dari kanannya. Ya ALLAH, dah cukup tepi dah ni aku bagi laluan.

"Sabar." Suaranya ditinggikan sedikit. Gigi diketap kejap. Menahan sabar tapi manusia-manusia masih lagi menolaknya yang genit ini.

"Arhhhhhhhh." Faraha menjerit. Sungguh dia terasa yang dia dah terhumban ke dalam tasik. Matanya dipejamkan. Apa nak jadi, jadilah.. tawakaltu 'allallah.  Tapi entah kenapa dia terasa lengannya sempat disambar oleh seseorang.

Jantung berdetak lebih laju dari biasa..

"Hey are you okay?" Tanya objek di hadapannya.

Huh? Atas feri. Dia melepaskan lega.. ingatkan dah jatuh tasik, kena makan dengan buaya tadi. Alhamdulilah. Dia mengucapkan syukur.

"Miss.."

Faraha memfokuskan ke arah lelaki di hadapannya.

Lelaki tadi yang bermain dengan kanak-kanak tadi!

Lelaki yang dia senyap-senyap mencuri ambil gambar!

Terus dia menundukkan pandangannya. Matanya melurut ke arah lengannya yang masih lagi dipegang lelaki itu. Seumur hidupnya tak ada lelaki ajnabi yang ada hak untuk memegangnya.. termasuk juga lelaki ini.

"Oh sorry." Lelaki itu bagaikan memahami. Dia mengangkat tangan.

Faraha menarik nafas lega. Nasib baik faham.. kalau tak dia sendiri mati kutu. Nak marah kang, lelaki ini yang selamatkannya dari terjatuh tadi.

"Thanks." Dia menuturkan.

"No problem. If you're alright then I should make a leave." Kata lelaki itu lalu pergi ke penghujung feri. Faraha mengangguk, matanya mencari kelibat Aisyah dan Dewi. Matanya liar mencari.. kanan, kiri, kanan..

Dan akhirnya dia melihat Aisyah dan Dewi yang sudah duduk di bangku masing-masing. Senyuman lebar terukir di wajah keduanya...

Senyuman yang Faraha tahu maknanya..

Nampak sangat situasi yang berlaku tadi tu jelas berlaku di hadapan kedua-dua pasang mata itu.



DI Tomok mereka berjalan-jalan melihat keindahan tempat itu. Dari Makam Raja Sidabutar mereka ke Muzium Batak serta melihat persembahan di situ. Sambil-sambil berjalan Dewi -- si tourist guide -- menceritakan sejarah tempat ini. Sekali-sekala Faraha mencelah jika ada sesuatu yang dia kurang faham tapi yang sebetulnya Dewi yang lebih banyak bercakap kerana Aisyah dan Faraha lebih selesa melihat keadaan sekeliling dan bergambar. Dah namanya pun bercuti di negara orang kan.. haruslah ber-camwhore macam tempat ni kita yang punya kan? Teheee.

Selepas beberapa jam di situ mereka berjalan membeli belah kerana di situ banyak barangan tempatan yang dijual. Dari arah Muzium hinggalah ke jalan hendak ke jeti.. penuh dengan kedai-kedai yang berbumbungkan minangkabau itu. Ada yang menjual t-shirt, keychain, bag buatan tangan, pashmina, dan juga barang-barang lain..

"Aku rasa kan aku macam nak beli la t-shirt kat kedai tadi. Dapat murah." Kata Aisyah bila mereka sampai di gerai di bahagian depan.

Faraha mengangguk. Memang betul kedai yang di dalam; yang berdekatan dengan Muzium Batak itu lebih murah berbanding dengan kedai di hadapan ni.

"Tulla aku suruh beli tak nak tadi.." Marahnya lagi. Yella nak berpatah balik masuk ke dalam.. kakinya dah lenguh-lenguh sendi ni.

Aisyah mencebir. "Alla ingat nak survey dulu."

"Kau pergilah dengan Dewi. Aku jalan-jalan tengok kat sini."

Aisyah kelihatan sedikit berat hati. Takut kut meninggalkan sepupunya ini keseorangan.

"Kita tunggu kat sini okay? Relax la. Aku dah 23 tahun kut."

"Betul ni?" Meminta kepastian.

"Iyeeee.. Kalau apa-apa handphone kan ada." Kata Faraha sambil menunjukkan Blackberrynya itu.

Lama selepas tu Aisyah mengangguk lalu pergi bersama Dewi.

Faraha pula lebih senang berjalan di sekeliling tempat itu sambil berklik-klik -- menangkap gambar -- dan kalau ada sesuatu yang menarik minatnya dia akan singgah sekejap dan melihat barangan.

Kalau berkenan, cekup satu masuk dalam backpack dan kalau tak berkenan, dia meneruskan perjalanan. Easy peasy lemon squeezy.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu beg buatan tangan yang bergantungan di satu kedai itu. Kakinya cepat-cepat melangkah masuk. Mana taknya beg jenis macam tu ialah beg kesukaan umi..

Matanya meneliti setiap design-design beg di hadapannya. Semuanya cantik-cantik.. halahaih. Faraha mengeluh.. bila masuk bab-bab memilih ni lah yang dia paling lemah ni.. semuanya dia suka. Adoi!

Ada yang berbunga besar.. berbunga kecik.. tak ada bunga..

Scanning... skimming..

Tupppp.

Matanya berhenti di satu beg sederhana kecil di hujung kanannya. Just nice.. bisik hatinya. Terus jatuh cinta on the spot.

Tanpa berlengah-lengah lagi terus tangannya rakus mahu mencabar beg itu dan apabila beg itu mahu ditarik ke arahnya tapi entah-bila, dia tak perasan yang rupa-rupanya ada juga sepasang tangan yang lain juga sedang memegang hujung beg itu.

Terus matanya beralih dari beg ke pemilik tangan itu.

Mata hazel.

Itulah benda yang pertama yang dia perasan bila pandangannya menyoroti wajah itu.

"You." Dia terdengar suara itu berkata.

Yes me. Dia menjawab dalam hati.. macam pernah dilihat. Lama matanya menyoroti wajah lelaki tinggi di hadapannya itu.

Gulp.

Si hero yang menyelamatkannya tadi.

Double gulp.

Si hero tersenyum. "Malaysian?" Dia bertanya lagi.

Faraha dah melepaskan pegangan beg di hujung kiri itu.

"Yes." Dia mengangguk.

"Obviously, from your hijab.."

"And you?" Giliran Faraha bertanya pulak. Yella lelaki ini bukannlah seperti Indonesia yang dia sering jumpa. Matanya hazel, rambutnya keperangan dan hidung mancung tu, obviously bukan Indonesia tulen.

"Mixed-parentage but Indonesian at heart." Jawab lelaki itu lagi.

Faraha mengangguk-anguk. Kan dah kata dah..

"So siapa nama kamu?"

"Faraha. Dan kamu?"

"Alfian Uwaish Farrel. Panggil aja aku LP." Jawab si mata hazel sambil tersenyum ke arahnya.

..........................................................................................

Assalamualaikum semua.

Sebenarnya cerita ni dah lama dah buat, masa 7th street writer buat pertandingan itu hari tapi macam biasa tak sempat nak habiskan. Kahkhak. Hanya buat suku je dari ni.. dan yang ni pon tak habis lagi. Ada part two. Tapi part two nya x siap lagi. Maklumlah busy woman..

So here you go, my cerita pendek.

Aku, dia dan Tomok.

Have fun reading.

Labels:


18 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum | Kisah Selepas