Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Poskad 11
Posted on Wednesday 31 July 2013
@ July 31, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


SUASANA DI studio lima sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin yang bising dan juga hujan lebat di luar sana. Rata-ratanya semua dah balik ke bilik untuk berehat atau pun keluar ke kafe mencari makanan tengah hari. Hanya tinggal dia dengan Wahidah saja yang sedang menyiapkan model masjid Kowloon di Hong Kong yang sudah 75 peratus siap itu.
         
“Aku tak sabar nak tunggu benda ni habis. Nak qada’ tidur.” Kata Wahidah sambil tangannya meletakkan gam gajah di base kepingan itu lalu dilekatkan di atas board bersaiz A0 itu.
         
Maisa mengangguk. Dia sendiri pun berfikiran demikian. Tidur. Itu yang dia dan kawan-kawan perlukan. Mana taknya habis saja kertas terakhir, mereka dah kena masuk studio siapkan untuk pameran heritage studies yang akan berlangsung dua hari lagi ni.
         
Dan lepas saja pameran tu nanti barulah mereka bebas dari apa-apa tanggungjawab. Nak buat apa pun buatlah. Nak qada’ tidur 24/7, go ahead. Nak makan banyak-banyak, makan.. free to do so. Sebabnya ini semester terakhir mereka. Lepas ni dah tak payah masuk studio…
         
“Kau nak buat apa lepas ni Ais?”
         
“Sambung master kut. Kau?”
         
“Kerja dulu rasanya.. dah penat la study ni. Kerja setahun dua baru aku sambung master kut tapi kau tak pa Ais, kau dedicated student memang patutlah kau sambung..”
         
“Lepas ni kau jadi sifoo aku la.”
         
“No hal.. entah-entah nanti kau habis part two, tengok-tengok aku yang jadi assistant kau..”
         
“Entah-entah kau pun sambung jugak nanti..”
         
“Aku ni kalau dapat peluang aku sangap je. Tunggu lagi.”
         
Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Nama Nab tertera di skrin handphone. Lantas tangan menekan butang hijau.
         
“Hello..”
         
“Ais, kau kat mana? Kat studio eh?” Tanya Nab bila selesai saja menjawab salam daripada Maisa.
         
“Aah. Kenapa?”
         
“Kau studio berapa?”
         
Maisa mengangkat kening. Kenapa pulak si Nab ni bertanyakan perihal studio dia ni. Kalau dulu bila diajak masuk tengok, laju-laju dia menolak tapi sekarang tak sabar-sabar nak tahu.
         
“Studio lima. Kau kat mana ni?”
         
Tuppppp.
         
Talian dimatikan di hujung sebelah sana. Maisa menggelengkan kepala. Rasa nak cabut je kepala Nab ni; semuanya dibuat main ikut kepala dia. Dia kembali ke model yang ditinggalkannya. Tangannya mencapai gam..
         
Klikkk.
         
Pintu studio terbuka dari luar. Kepalanya dipanjangkan untuk melihat siapa yang datang. Muncul muka Nab dengan Mardia di antara pintu sambil tersengih lebar. Maisa bangun dan berjalan ke arah kawannya. Pelik kenapa tiba-tiba kawan baiknya itu mencemar duli ke studionya itu.
         
Dan tiba-tiba Kak Fatin muncul dengan kek di tangan.
                     
Happy birthday to you.
Happy birthday to you..
         
Ketiga-tiga mereka bernyanyi bersama-sama sambil berjalan menghampirinya.

Muka yang tadinya pelik, tak faham itu dah bertukar menjadi gembira.

Wahidah yang tadinya duduk itu pun turut sama bangun menyanyikan lagu ‘happy birthday’ kepadanya.
         
“Birthday aku esok la.” Jam di tangan dijeling. Pukul 12.30 tengah hari. “Lagi 12 jam.”
         
“Ehh hembus la dulu lilin ni.”
         
Maisa tunduk lalu menghembuskan lilin di atas kek yang berbentuk kunci itu. 21 tahun dah rupanya aku hidup kat dunia ni.
         
“Kitorang buat awal sebab esok aku dengan kak Atin ada exam. Malam nanti kena struggle baca buku. So tak apalah kan awal 12 jam?”
         
“Thanks korang.” Kata Maisa lalu memeluk ketiga-tiga gadis yang sememangnya dia akan sayang sampai bila-bila. Dari Nab ke Mardia ke Kak Fatin. Semuanya dia sayang..
         
“Nak menangis la tu?” Mardia membuat muka. “Nah potong kek cepat.. aku dah lapar ni.” Kata Mardia lalu menyerahkan pisau memotong kek itu kepada Maisa.
         
“Tapi aku pelik la…”
         
Mardia dan Nab berpandangan sesama sendiri.
         
“No pranks? Biar betul?” Kata Maisa. Dia pelik. Selalunya setiap tahun -- without fail -- Nab dan Mardia mesti akan ada idea pelik-pelik untuk kenakan dia.

Contohnya di tahun satu, dia dikenakan dengan serangan belon air oleh mereka di malam hari jadinya. Di tahun kedua pula dengan insiden cooking bila dia ‘dimasak’ -- dibaling tepung campur telur -- dengan kedua-dua budak nakal tu tapi tahun ni, tahun terakhir dia disini.. ilek.

Tak ada apa-apa prank yang ditaburkan oleh Mardia dan Nab tetapi dengan hanya dengan surprise birthday cake.

Macam something wrong somewhere..
         
Matanya dikecilkan memandang Mardia kerana bukan Mardialah kalau tak ada rancangan-rancangan nakal ni.
         
Mardia mula gelabah di tempatnya. Takkan Maisa tahu kut apa plannya dengan Nab. Matanya menjeling ke arah Nab yang berpura-pura menangkap gambar kek itu.
         
“Kau ada letak apa-apa eh dalam kek ni?” Maisa memandang kek itu was-was.
         
 Phewww.

Mardia menghela nafas. Nampak macam cik Ais kita belum tahu je. Fuhhh. Nasib baik!

“Mana ada. Ishh kang nanti apa-apa jadi kat anak orang.. aku juga susah.”
         
“Kau tak bubuh julap ke? Drugs?”
         
“Ish aku beli la ni. Celah mana aku nak ada masa letak julap..”
         
“Tapi pelik la kau tak guna idea gila kau macam selalu..”
         
“Kau nak ke tahun ni?” Mardia tersenyum meleret.
         
Maisa menggelengkan kepala. “Kau jangan aku ada pameran ni nak kena siapkan..”
         
Mardia dan Nab berpandangan sesama sendiri.

We will see, miss Ais.

We will see..


 -----------------------

Salam 'alaik and greeting. This is probably my last updates before I go for hiatus. May be I will come back after September? Lots of reading and writing up for dissertation. Wish me luck, guys.
I'll reply to ur comments once I am done okay. Thankyuuuu



3 Surat Chenta ♥


Poskad 10
Posted on Friday 12 July 2013
@ July 12, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


NAB MEMASUKI bilik asrama di tingkat tiga itu. Lampu kompartmen Maisa dan Mardia masing-masing menyala tanda mereka sudah berada di dalam bilik. Kakinya tidak dihalakan terus ke kompartmennya sebaliknya ke arah kompartmen Mardia.

“Oittt.. baru balik?” tanya Mardia bila dia menyedari Nab yang sudah duduk bersama-sama di sebelahnya yang sedang menilik buku itu. Volume MP3 direndahkan. Earbuds ditarik keluar. Lagu Micheal Jackson - Heaven yang bermain di telinga hilang sebaliknya digantikan dengan bunyi putaran kipas di siling.

Nab mengangguk. Tangannya mencapai spinning pen warna oren Mardia itu. Dipusingkannya menggunakan tangan kanannya. Tupppp. Terjatuh. Sekali lagi dia mencuba nasib. Dua saat lepas tu. Tuppp terjatuh balik.

Nab mengeluh. Pen diletakkan dan fokusnya kembali ke arah Mardia yang tengah baca slides power point di atas kertas A4 itu.

“Ais ada?” tanya dia perlahan. Seakan berbisik-bisik.

Mardia menggeleng. “Dia pergi toilet. Mandi kut.. Macam kena hujan je. Diakan tak boleh kena hujan sikit. Kalau tak mandi, sah-sah demam esok…”

Nab diam. Bantal empat segi Mardia diambil dibawa ke pelukan. Masih lagi tidak menjawab soalan dari Mardia tadi.

“Kau pergi mana tadi? Lambat balik. Kata nak pusing Uni… takkan sampai tiga jam lebih kut.”
 
“Makan kat luar. Ada orang belanja.”

Mardia yang tadinya duduk bersila dah bertukar postur. Duduk antara dua sujud, memandang Nab.

“Siapa belanja? Ais?” Kalau Ais yang belanja, memang dia nekad, dia nak merajuk sebulan.

Nab menggeleng. “Ahmad Redha Ihsan. Finally aku dah tengok dah mamat matahari tu.” Pandangan dihalakan ke kipas di siling yang sedang berpusing laju ikut kelajuan maksimum itu.

Mata Mardia dah bertukar menjadi bulat. “Ahmad Redha Ihsan? Kitorang punya ex-president tu? Matahari?”

Nab mengangguk. Yeapp the very the one.

“Korang keluar dengan dia ke? Serius? Macam mana boleh jumpa dia pulak ni? Dia belanja? Damn. My loss.” Bertalu-talu Mardia menyerang Nab dengan gugusan soalannya.

“Aaah, kami keluar dengan dia. Serius. Jumpa dekat bus stop. Oh yehhh his treat. Watch out your mouth and yes, your loss.” Nab menjawab straight semua soalan dalam satu nada.

Mardia mengangguk-angguk. Memang satu kerugian. Sumpah tatipoo. Bukan senang ex-president SOE tu nak belanja orang. Tambah-tambah lagi dengan orang yang dia dua kali jumpa.

“Dia ada rupa.” Fokus mata ditalukan ke dinding pula.

Tapi Maisa bukan jenis macam tu; jenis akan suka orang sebab rupa. Ingat lagi ‘pertengkaran’ mereka di kafe beberapa bulan yang lepas. Tentang Gong Chan dengan Jung Woo. Tapi kenapa? Nab memandang Mardia. Otak dia tak dapat menghadam persoalan tak masuk akal di dalam kepalanya tapi she rubbed her nose kan tadi?

Mardia membalas pandangan bila mendengar komen Nab itu.

Takkan kut Nab dah masuk kelab planet Ihsan kut? Janganlahh.. dia sendiri dah menyampah dengar budak-budak satu kelas dok berdiskusi pasal Ihsan.. janganlah dekat bilik ni pun Nab nak ajak berdiskusi juga kut.

“Aku on la dengan idea gila kau tu.” Akhirnya dia membuka bicara.

“Idea gila?” Yang mana satu? Yang nak ajak keluar karaoke minggu depan tu ke? Ataupun plan nak ambush Kak Fatin kat rumah dia tu? Atau yang pasal matchmaking Ais dengan…

Demit.

Bukan Nab yang jatuh hati tapi Ais. Aikkk Ais? Seriously?

“Aikk bukan hari tu kau cakap tak nak ke? Kesian kat Ais kalau kita prank dia yang bukan-bukan. Why so sudden?” tanya Mardia. Dia ingat lagi bila minggu lepas sebaik saja dia khabarkan plan akhir semester dia tu dekat Nab. Nab awal-awal letak sign NO WAY dekat cadangan matchmaking dia tu. Kata Nab tak eloklah nak memainkan perasaan Ais tapi sekarang? Kenapa tiba-tiba?

Nab membaringkan diri di atas permaidani biru itu. Tangan diletakkan di bawah kepala.

“She rubbed her nose..” Dia pandang Mardia. Moga-moga apa yang di kepalanya ini boleh diblueetooth masuk ke dalam kepala otak geliga itu.

Mardia angkat kening. Apa salahnya kalau Ais pegang hidung dia sendiri?

Tapi kejap-kejap -- kepala mula menangkap ayat yang cuba Nab sampaikan itu -- Maisa pegang hidung dia? Bukankah itu tandanya..

Pandangan Mardia dan Nab bersatu. Sama-sama memandang dasar mata masing-masing. Faham sangat-sangat dah.

“Lepas aku tanya dia ada hati tak kat mamat matahari tu..” Sambung Nab.

Mardia sudah jatuh rahang.

Fakta #1 pasal NurMaisa; Dia akan sentuh hidung dia bila dia menipu. True fact. Scientifically proven.
…dan dia sentuh hidung dia bila Nab bertanyakan soalan cepumas tu.

Bagaikan Bluetooth, Nab dapat mengagak apa yang Mardia fikirkan. Cepat-cepat dia mengangguk.

“Wow.. betullah yang kita suspek selama ni. Dia ada hati kat mamat tu!”

Nab angguk laju-laju. “Awal semester hari tu pun aku dah suspek bila dia bagi jatuh forks kat tengah-tengah dining tu. Knowing her, dia bukan jenis cemerkap macam tu unless..”

“Dia gelabah.” Sambung Mardia.

Fakta #2 pasal NurMaisa; Dia akan cemerkap bila dia gelabah..

“Tengok tadi masa makan.. aku rasa lelaki tu pun macam suka dia.”

Kedebuuupp. Jatuh plushies biru yang dipegang oleh Mardia itu. Kepalanya terus menghadap Nab. Mahu mendengar teori Nab Nom Nom.. yang bukan saja pandai dalam bab-bab makan tetapi juga bila masuk bab-bab perasaan.

“Dia layan Ais lain macam. Dia punya attentions are so focused on her. Kalau aku jadi awek dia, aku pun merajuk.”

Nab teringatkan memori sejam yang lepas bila Ihsan sikit-sikit dengan Ais.

Awak nak makan apa?

Nak minum apa?

Is it okay with you?

Nak tambah lagi?

Hampir 80% perkataan yang keluar dari bibir mamat matahari itu adalah untuk Maisa. Tak hairanlah Sarah boleh bebal macam tu sekali tadi. Sapa tak sakit hati bila pakwe sendiri ambik berat pasal gadis lain. Depan batang hidung sendiri pulak tu.

“Wow.” Mardia tak terkata apa. Speechless.

“So on la ni? Projek matchmaking kita tu?” tanya Mardia bila dia kembali bertenang.

Nab tersenyum monkey. Jari telunjuk dengan jari hantu diangkat. Peace!

“Tapi kita nak buat apa?” Dia memandang Mardia, the thinker.

Klik.

Pintu bilik seakan-akan dibuka dari luar lalu ditutup setelah beberapa ketika.

Ais! Mardia dah meletakkan jari telunjuk dimulutnya menyuruh Nab diam. Kang nanti tak pasal-pasal Maisa dapat menghidu plan ‘baik’ mereka.

Satu minit..

Dua minit..

Lima setengah minit..

Mereka sama-sama diam, tak bergerak di dalam bilik Mardia sampai satu tahap bila Ais mula menjalankan rutin hidupnya yang satu tu.

I’m tugging at my hair
I’m pulling at my clothes

Rutin berkaraoke. Suara Ais memenuhi bilik 3.4 itu dengan lagunya.

Nab menghela nafas. Rasa macam tersepit dengan dinosaur dari belakang dan anaconda di hadapan. Nak luruh jantung…

Phewww.

Dia memandang Mardia di sebelah yang turut sama menghela nafas itu.

I’m trying to keep my cool
I know it shows…

Mardia tiba-tiba tersenyum. Jari dipetik. Mentol dikepala sudah bernyala.

“Aku dah ada idea.”

“Apa dia?” tanya Nab dalam volume seminima yang boleh. Berwaspada.

“Don’t worry. Baik punya plan.” Mardia dah tersenyum monkey. Ibu jari diangkat kedua-dua belah tangan.
Nab masih menunggu jawapan.

“Sini.” Mardia mengeluarkan isyarat tangan, memanggil Nab untuk mendekatinya.

Nab mendekatkan dirinya kepada Mardia. Mardia membisikkan plannya ke telinga Nab. Muka Nab yang konfius tadi dah bertukar menjadi segaris senyuman. Suka. Dia mengangguk-angguk setuju.

“Klasik.. just like our miss Ais. Pandai kau.”

Kalau bab-bab macam ni, Mardia memang The Thinker. Hebat. Otak dia memang geliga.. tambah-tambah bila masuk bab nak pekena orang. Laju saja dia memberi idea.

“Well..”  Kening Mardia dah terjungkit-jungkit bangga.

Bantal empat segi dalam genggaman ditebarkan ke objek depannya itu. “Gila berlagak.” Lidah dikeluarkan.

“I deserved that.. kan?”

Kalau Nab tak kenal siapa Mardia ni sebenarnya, sah-sah dia dah letak cop mohor ‘berlagak’ di dahi perempuan ni tapi tiga tahun jatuh bangun bersama dia tahu yang Mardia ni nampak je macam tu tapi hatinya baik. Cuma sedikit berterus terang saja.

“So Cik Siti Nurnabilah binti Zaini, deal or no deal?”

Mardia dah mengeluarkan tangan kanannya lalu disuakan kepada Nab.

Nab tersenyum. Tangan itu dijabatnya.

“Deal.”

Definitely deal.

............................

Uhuhukhuk. I am at home!!!!! Sebab tu lambat update. Hikhikhik.

Anyway, E and ada buka satu page jual buku-buku terpakai. In case you ols suka buku, suka membeli buku, please take a look at our page. Harga dari RM15 to RM25. Termasuk dengan postage. 

Please support book's cottage (ehehehehe nama kedai buku Abiir!)

Well E jual pun sebab rak dah penuh (and I kept buying) and some of it, E ada dua atau tiga dalam simpanan (sebab kengkawan suka kasi hadiah novel), so that's y.

Here, do like and like and like.

https://www.facebook.com/bookscottage

Kalau sesiapa duduk area SP and nak beli, we can meet up! Harga jadi lagi murahhh. :)

13 Surat Chenta ♥


Poskad 9
Posted on Tuesday 2 July 2013
@ July 02, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


“HUJAN LA pulak.” Nab menjerit sambil berlari anak ke arah bus stand di hadapan perpustakaan universiti. Maisa mengikut dari belakang. Hujan yang tadinya jatuh-nak-tak-nak-jatuh itu sudah bertukar rentak menjadi lebat. Ramai manusia berlari-lari ke tempat yang sama. Bus stand yang tadinya kosong itu dah mula sarat dengan manusia.

“Ni macam mana kita nak balik ni?” Tangan disuakan melepasi bumbung bus stand, bermain dengan hujan.

Nab angkat bahu. “Tunggu reda la kut.”

Maisa mengangguk. Dia memandang hujan yang turun itu. Lebat. Agak-agaknya berapa lama nak tunggu-reda-la-tu-kut? Tangan bermain-main lagi dengan titisan hujan yang jatuh dari bumbung bus stand tu.

Satu minit…

Sepuluh minit…

Hujan masih lebat turun…

“Sorry.” Maisa menuturkan. Rasa bersalah menghantui diri. Kalau tak kerana dia yang mengajak Nab untuk berjalan keliling Uni ni, sah-sah mereka di bilik menikmati nikmat hujan sambil-sambil bersantai dan bukannya duduk di bawah bus stand menanti hujan reda dengan baju yang hampir 50 peratus basah ni.

“Tulla…”

Sebelum sempat Nab menghabiskan ayatnya sebuah kereta Satria Neo berhenti di hadapan mereka.
Tingkap sebelah kiri diturunkan..

Ada seorang gadis yang berambut ikal perang sedang memandang tajam ke arah mereka.

Nab memandang Maisa. Maisa memandang Nab. Sama-sama mereka menggeleng. Sama-sama mereka tak kenal wajah tanpa gula itu! Seminit selepas itu ada terjojol kepala seorang lelaki dari tempat duduk pemandu. Tangan kanan diangkat.

“Hai.” Ujar lelaki itu sambil tersenyum.

Ahmad Redha Ihsan!

Jantung Maisa berdetak dua puluh kali lebih laju.

“Bazooka.. masuklah.” Jerit lelaki itu melawan bunyi hujan di luar dan juga lagu di dalam radio keretanya.

Nab memandang Maisa sambil mengangkat kening. Bazooka? Siapa bazooka? Kepala dipusingkan pula ke sebelah kanannya, ada seorang minah Arab yang berniqab hitam… yang ni ke? Bazooka tu pun dah ada bunyi macam Arab dah tu.

“It’s okay.” Maisa laju-laju menggelengkan kepala. Tambah-tambah lagi bila melihat mata tajam si rambut perang itu.

“Dah malam ni, bas takkan ada punyalah.”

Maisa memandang jam Baby-G di tangan. Pukul 9.00 malam.

Nab mengangguk-angguk. So bazooka ni Ais rupanya. Sejak bila Ais tukar nickname?

“Jomlah. Nanti I hantar balik. Kesian kat kawan you.”

Maisa memandang Nab yang dah angguk-angguk tu. Muka dah buat riak terima-je-la-orang-nak-hantarkan. Lambat-lambat Maisa mengangguk. Kalau tak difikirkan rasa bersalah pada Nab, memang taubatlah dia nak naik kereta itu. Setuju dalam terpaksa.

Ihsan tersenyum. Auto-lock kereta dibuka.

Si rambut perang itu keluar dengan bebalnya. Bag tangan diletakkan di atas kepala melindungi diri dari air hujan. Lama dia memandang -- dengan tajam -- Maisa dan Nab. Mungkin tak suka date dengan abang kesayangannya diganggu dengan kehadiran dua orang gadis selekeh ini.

Nab dan Maisa memandang sesama sendiri. Berbicara menggunakan Bluetooth dalam kepala. Bagi mereka, sudah jelas sangat dah yang si rambut perang itu tak senang dengan kehadiran mereka.

“Masuklah cepat.” Terdengar suara gadis berbaju kotak-kotak itu. Kasar.

Nab terus berlari masuk dan mengambil tempat di tempat duduk belakang diikuti dengan Maisa. Gadis itu kembali duduk di tempat duduknya tadi sambil mengibas bahunya yang terkena air hujan itu.

“Thanks.” Ujar Maisa. Tangan mengelap dahinya yang terkena tempias air hujan tadi.

“Nah tisu.” Ihsan menyuakan kotak tisu ke belakang.

“Thanks.” Sekali lagi ucapan terima kasih keluar dari bibirnya. Lantas tisu itu diambil.

“Anytime. By the way, Bazooka..”

“Maisa.”

“Owhhh. Maisa, ni Sarah.. and Sarah, ni Maisa.” Ihsan memperkenalkan.

Maisa mengangguk-angguk. Tangan diangkat, mahu disuakan ke depan tapi bila Sarah sikit pun tak berpaling ke belakang, Maisa menarik balik tangannya ke bawah.

Nab sudah membuat muka jengkil di sebelah.

Sarah? Maisa menangkat kening.. bukan awal semester dulu Mardia ada cakap girlfriend lelaki ni namanya Amirah ke? Betul la Amirah. Dia ingat lagi. Amirah yang tu muka lain sikit dari yang depan, si mata menikam jantung ni. Sejak bila encik kad matrik ni dah tukar girlfriend ni?

Maisa mengetuk dahinya. Biarlah Ihsan nak dengan sapa-sapa pun kan? Dia mana ada hak apa-apa pun.
Dah Ais.. sejak bila kau paid attention pasal orang lain ni?

“By the way bazooka…”

“Maisa.” Maisa membetulkan lagi sekali. Dari hari tu lagi lelaki ni lebih suka memanggilnya bazooka dari Maisa. Serupa sangat ke Bazooka tu dengan dirinya. Lain kut. Bagai langit dan bumi!

Ihsan pulak tersengih monkey.

“Maisa.. actually I dengan Sarah nak keluar makan kejap. Jom lah ikut sekali. Alang-alang tu I boleh belanja you sekali.”

“Eh eh tak payahlah.” Tolak Maisa lembut.

Dia dah dapat rasa dah aura bahang tuan puteri kat tempat duduk hadapan tu. Bukan dia tak perasan tadi macam mana wajah si Sarah tu bila Ihsan mengajak mereka masuk ke dalam kereta tadi. Masam mencuka!

Dengan mata tajamnya yang kalah pedang samurai tu lagi…

“Alla takkan I nak kena pusing balik masuk Uni kut?”

Zapppp. Maisa berpaling memandang ke luar tingkap. Kereta Satria Neo itu dah selamat keluar dari pintu gerbang universiti.

“You berhenti je la kat sini.”

Zapp.

Maisa dapat rasakan aura pandangan tajam dari Nab di sebelah.Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

“Tengah-tengah hujan ni?”

Maisa diam.

“Kita makan kejap je. I janji lepas tu I hantar you balik. Safe and sound.” Ihsan terus memujuk.

“Tapi..”

“I tak jual you all punyalah. Please…”

Maisa diam. Mata masih difokuskan ke arah pemandangan hujan yang dah mula sayup itu.

“So macam mana? On?” Ihsan bertanya lagi. Matanya melihat Maisa dari rear-mirror keretanya itu. Menunggu jawapan.

Lambat-lambat Maisa mengangguk. Nab dah tersenyum suka. Makan free mana Nab nak tolak. Maisa menggelengkan kepala. Dia berpaling ke luar tingkap melihat suasana neon malam dan jatuh pada cermin sisi hadapan…

Mata tajam itu sedang mencerlun ke arahnya.

Berbara.

Oh oh..

***

“ALHAMDULILAHHH. Kenyang perut aku.” Jerit Nab bila kereta Satria Neo milik Ihsan itu berada lebih dari lima meter jauh dari tempat mereka berjalan. Perut diusap-usap dengan tangan kanan. Langkah kanan sungguh la hari ni.

“Sukalah kau.” Ujar Maisa kosong-kosong. Berbahasa. Kepala sedang memikirkan benda lain sebenarnya.

Nab mengangguk laju-laju. Orang cakap musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Kan?

“Tapi satu je aku tak suka.” Sambungnya selepas seketika.

Maisa berpaling. Rentak kaki diperlahankan, bersaing sekali bersama Nab. Matanya yang tadi mendongak ke langit terus memandang Nab.

“Tak elok la duduk dalam kereta berdua-dua macam tu. Tahulah couple tapi selagi tak ada sijil nikah kat dalam tangan, it is still not good.”

Tudia ustazah Nabilah dah mengeluarkan hujah. Maisa hanya mengangguk. Dia setuju dengan apa yang Nab katakana itu. Betul sangat dah. Tapi memang rata-ratanya itulah terjadi. Bukan saja di universiti, tempat mereka belajar ni. Around the world. Benda dah jadi biasa, jadi normal.

Orang mungkin kata yang diorang duduk-duduk bersembang saja dalam kereta, ada pak guard yang memantau dari jauh, lampu jalan terang berderang tapi apa yang ketiganya bila pasangan ajnabi duduk berdua?

Syaitan nirrojim.

Dan siapa tahu dari duduk-duduk bersembang tak buat apa-apa tu mungkin akan mendorong kepada langkah seterusnya?

Tadi ada jugak mereka mengajak Sarah a.k.a si mata tajam itu berjalan sekali balik ke bilik tapi ditolak mentah-mentah. Nampak sangat merajuknya itu dan mungkin sekarang tengah ada adegan pujuk memujuk dalam kereta tu.

Maisa menghela nafas…

“Kau tak cemburu ke Ais?”

Maisa mengangkat kening. Riak muka dibuat selamba. Kaki dah makin perlahan bergerak. Lambat-lambat dia menggeleng.

“Se.. sejak bila pulak aku ada lesen nak cemburu dengan dua merpati sejoli itu?”

Nab angkat bahu. “Sejak kau ada crush dekat dia.. semester lepas, may be?” Nab cuba mengorek rahsia hati Maisa.

Zappppp. Maisa berhenti mengejut. Hampir berlaga bahu dengan sister di belakang mereka yang sedang berjalan itu. Maisa memohon maaf sebelum matanya kembali memandang Nab yang sedang menunggu jawapan itu.

Satu saat..

Dua setengah saat..

Dia menggeleng. Lambat-lambat.

Nab angkat kening. Tanda tak percaya dengan jawapan dari Maisa itu. Mata tajamnya menyoroti muka bujur sirih di hadapannya itu.

“Kau ni merepek la.” Maisa memandang ke hadapan. Kepala sudah memikirkan idea untuk menyelamatkan diri. Kerana dia tahu kalau dengan Nab, dia helpless. Nab tu dah macam personal lie detector dia. She knows instantly.

Tangan digenggamkan. Hidung digaru perlahan..

“Nab, apa kata on the count of three kita lari tengok siapa sampai bilik dulu nak tak?” Cadangnya. Tiba-tiba.

Nab terpinga-pinga. Tiba-tiba Ais ajak lari malam-malam macam ni? Untuk bakar kalori? Memang la rasa bersalah sebab lantak makan seafood sampai tak ingat dunia tadi tapi nak lari? Alla malasnya.

Telinga sudah menangkap suara Maisa yang sedang mengira itu.

Satu. Dua. Ti..

Maisa dah melepaskan diri. Perlahan-lahan Ais berlari anak meninggalkan Nab.

Nab menggelengkan kepala sambil melihat Maisa yang dah sampai di Blok E itu sebelum hilang memasuki bangunan asrama itu.

“Maisa, Maisa… sejak bila kau masuk gang pelik Mardia ni?” Tangannya menggaru pelipis.

Tiba-tiba dia teringat gesture terakhir Maisa sebelum mencadangkan idea pelik itu.

She rubbed her nose? Kening Nab dinaikkan...

---------------------------

Scheduled post because yours truly is awayyyy for a trip (again) and well, supervisor saya macam tak bagi je nak 'ambil' cuti untuk Ramadhan ni. I dont want to stay here.... huaaa

Maaf emosi.

Have fun.

Your comments are much appreciated.

Xoxo,
E.

5 Surat Chenta ♥


Poskad 8
Posted on Wednesday 26 June 2013
@ June 26, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


MARDIA DUDUK bersila di atas kerusinya. Kepalanya dah tepu dengan teori-teori Mechanics of Materials ni. Dari pagi sampai pagi sampai petang kepalanya cuba mengamal dasar selami MOM. Selam punya selam, tengok-tengok dia sendiri yang makin pening. Makin dibaca, makin banyak dia rasa tak faham. Sekarang, otaknya sudah tidak boleh menerima input lagi. Lantas kepalanya mula menarik keluar earbuds di telinganya. Mahu ke tandas, membasuh muka. Moga-moga lepas ini, bolehlah dia kembali segar untuk menelaah lagi.
           
Suara gelak di luar sana menarik minatnya. Papppp. Buku terus ditutup. Terus dia bingkas bangun. Langkah kaki diaturkan ke depan, lampu kompartmen bilik Nab saja yang bercahaya. Kak Fatin mesti balik rumah dan Ais mana lagi kalau tak kat studio kesayangan dia tu.
           
Langsir diselak dari luar.
           
Nab elok bersila atas lantai sambil makan Pringels cicah aiskrim Vanilla.
           
Cisss. Tak aci!

Orang sibuk-sibuk stress nak final minggu depan, dia boleh layan Pringles cicah aiskrim Vanilla. Siap tengah tengok Family Outing lagi. Episode Cha Tae Hyun. Double tak aci! Itulah episod kegemarannya. Lawak selawak lawaknya! Lantas dia membetulkan silanya di sebelah Nab. Tanpa dipelawa tangan terus mengambil Pringles lalu dicicahkan dengan aiskrim. Not healthy but superbly yummeh. Sinful.

“Sampai hati tak ajak?” Mata ikut sekali melihat adegan dua kawan baik -- Cha Tae Hyun dan Kim Jong Kook -- bergaduh itu.

“Kau dok karaoke lagu Hindustan tadi. Tak sampai hati nak kacau.. feeling on the top. Terkesan jiwa aku dengar..”

Sungguh bila masuk fasa mau exam je, mesti minah ni akan stress. Pastu dia akan plug in earphone, and sing along. Phewww. Bernanah telinga ni dengar. Ni nasib baik Mardia sorang je dalam bilik, kalau ada Ais memang lagi havoc, mana taknya kedua-dua mereka mesti akan berkaraoke secara berjemaah. Sorang lagu Hindustan, seorang lagi lagu orang putih. Dua bahasa bersatu. PBB dengar pun boleh jatuh air mata terharu.

“Ais tak balik lagi?” Mardia bertanya. Keropok Pringles dimasukkan ke dalam mulut.

Nab menggelengkan kepala. Matanya masih melekat kepada Cha Tae Hyun di skrin. “Kalau tak sah-sah dia akan join kau karaoke tadi.” Sempat dia mengenakan Mardia sekali lagi.

Mardia tersengih monkey. Kena kepuk dengan bedilan ayat Nab yang sinism.

“Kuat eh aku nyanyi tadi?”

“Boleh tahan la. Dengar dari tingkat bawah tadi. Kajol dengar pon boleh kalah bila dia dengar kau dok bolechudiyan, bolekangna.. agaknya kalau aku chop kepala kau tu boleka?”

“Sorry sorry. Stress tau tak mengadap MOM tue.”

“Aku dah dok tiga tahun dengan kau. Faham sangat dah. Tengok ni apa aku beli?” Nab meletakkan beg plastik hitam di atas riba Mardia.

Tanpa disuruh-suruh, Mardia menyeluk keluar isi dalam beg plastik itu.

Kotak headphone. “Headphone?” Kening diangkat.

Nab mengangguk. “Headphone aku dah rosak. Persediaan. Nanti kalau kau dengan Ais berjemaah aku sarung kat kepala buat pendinding. HWAHWHAHAA.” Nab versi gelak syaitan nirrojim.

Kedebaappp.

Beg plastik tu hinggap di paha Nab.

“Nak kena kau ni kan Nab. Kau ada satu tahun lagi dengan aku Nab.. jaga kau.” Mata dijegilkan buat efek marah.

Nab menjulingkan mata. Macam aku takut..

Tiba-tiba Mardia diam. Muka yang tadinya gembira bertukar kusam. Nab mengangkat kening. Aikkk tak paham sungguh dengan minah ni. “La awat ni?”

“Ni semester last Kak Fatin dengan Ais..” Mardia memandang kosong dinding di hadapannya.

Nab mengangguk perlahan. Aa’ah baru perasan. Tiga tahun mereka berkongsi bilik dan dalam beberapa minggu lagi Kak Fatin dengan Maisa akan tamat sesi degree mereka. Kak Fatin dengan Bioteknologi dan Maisa pulak dengan Senibina (Part I).        

Dengan kak Fatin dia tak kisah sangat sebab bila-bila mereka boleh berjumpa sebabnya rumah Kak Fatin tu macam belakang universiti je. 10 minit perjalanan sampailah tapi dengan Maisa? Boleh tarik nafas lagi kalau dia sambung Part II kat Malaysia kalau dibuatnya dia sambung di luar negara? Memang makan jari la kalau nak jumpa selalu. Nak bertepuk tampar macam sekarang ni…

“Nab..” Tiba-tiba dia rasa ada idea jatuh mendarat. Tak semena-mena.

Nab berpaling ke arah suara yang dah bertukar nada tu. Tadi macam sedih, sekarang macam terlebih teruja pulak lagaknya.

“Jom kita jalankan misi sebelum diorang habis nak tak?”

Nab mengecilkan matanya. Tajam memandang wajah bercahaya di hadapannya. Mardia memang penuh dengan idea-idea entah-happapa dia tu.

“Kau jangan..”

Nab teringat kenangan mereka di tahun satu bila Mardia tiba-tiba ajak mereka -- Kak Fatin terselamat sebab masa tu dia balik ke rumah -- mengikutnya berjogging hanya semata-mata kerana dia naik 1kg. Kalau waktu-waktu sesuai tak apalah lagi tapi Mardia ajak mereka berjogging pada pukul empat pagi; di atas alasan orang tak ramai, dan ya memang betul la orang tak ramai!

Empat pagi ye kawan-kawan, diulang suara. EMPAT PAGI! -- dan akhirnya misi berjogging mereka itu bertukar menjadi misi-ku-dikejar-dengan-pak guard. Lintang pukang mereka berlari. Mana taknya baru first year. Mana tak takut bila terpandang muka pak guard yang bermisai lentik dan bersuara garang tuh.

Phewww. Nab mengelap peluh. Sampai sekarang pun dia masih trauma lagi bila nampak pak guard bermisai lentik tu.

Mardia tersenyum monkey. “Aku janji ni biasa-biasa je.” Tangan diangkatkan ke atas tanda bersumpah.

Nab menggelengkan kepala. Sungguh senyuman itu sebiji sama dengan senyuman masa dia merencanakan misi empat pagi tu. Sunguh tatipoo.

“Senyuman kau tu.. err macam tak kena je ni. Macam tak boleh nak berjaya je.. macam misi jogging kau masa kita first year tu. GAGAL!”

“Kau ingat lagi?”

Nab menjulingkan mata. Mau tak ingat… Boleh masuk pengalaman pahit dalam buku biodata tau.

“Tapi okay apa. Kita ‘jogging’ jugak apa tuh.” Perkataan jogging itu di quote-unquote guna tangan.

“Jogging palahotak kau. Tu dah kena ligan.. phewwww. Nasib baik doh tak kena tangkap. Kalau kena mana nak sorok muka mak ni u’olls?”

Kedua-dua sambung gelak. Memang memori bila teringatkan balik kenangan first year tu. Dah tiga tahun rupanya mereka sebilik. Nasiblah dapat teman sebilik yang otak tak pernah center ni. Kreatif semedang!

“Kau nak buat apa?” Nab mengangkat kening.

Mardia menyimpul senyum. “Haaa.. mai sini.” Tangannya didekatkan di telinga Nab.

Sok sek sok sek.

Mardia menerangkan plannya kepada Nab. Nab terbuntang mata.

This is far crazier than misi empat pagi tuh.

Serius tatipoo.

10 Surat Chenta ♥


Poskad 7
Posted on Sunday 23 June 2013
@ June 23, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


MATANYA TERTUMPU lama ke arah skrin TV di tengah-tengah kafe yang sedang menayangkan drama siri korea kegilaan ramai tu, My Girl. Dari tadi matanya melekap di skrin itu sambil menunggu makanannya yang dipesannya itu siap.

Hatinya sudah menyanyikan betapa kacaknya Lee Junki ni. Pelik tak pelik, dia memang suka watak kedua lagi dari watak utama; yang rata-ratanya semua orang suka sebab handsome, bergaya lagi menawan. Kadang-kadang itu geramlah jugak kenapa yang baik selalu dibuat watak kedua dan dibiarkan sepi, tidak diketepikan oleh heroin drama itu.

“Aku tak faham sungguh kenapa la kenapa Yoo Rin ni pilih Gong Chan. Padahal Jun Ki tu la yang jadi her crying shoulder. Yang ada bila dia sedih, yang protect dia..”  Maisa dah masuk gear jadi pengulas filem berjaya.

“Love, Ais. Love..” Nab bersuara. Matanya masih menyoroti Gong Chan yang sedang bergaduh dengan Yoo Rin di skrin TV itu sambil selang seli dengan ketawa kecilnya. Minatnya pada watak Gong Chan itu memang Maisa sedia maklum.
           
“Tapi kan Ais. Gong Chan ni handsome kan dia? Kau rasa ada tak stok kachak-kachak macam ni kat studio kau?” sambung Nab lagi. Sekarang ini tumpuannya bukan di Gong Chan lagi tapi sebaliknya kepada Maisa yang sudah membuat muka tu. Nab tahu sangat apa muka yang Maisa cuba tunjukkan tu. Apa lagi kalau tak bukan muka menyampah dia tu.
           
“Kalau kau suka dia sebab muka, baik tak payah Nab. Itu lust namanya, bukannya lurveee.” Dia counter attack balik. Perkataan love tu dishahdu-kannya sedikitnya. Halahaih. Lurveeee.. kunun.
           
“Good look is a bonus. Well obviously, our Mr Gong Chan here is a good at heart too. Takdalah teruk sangat.”
           
Maisa diam. Macam betul pulak teori cik Nab ni. Gong Chan itu memang ada baiknya tapi Lee Junki yang selalu ada di sisi Yoorin. Mata disorotkan kembali ke arah TV. Gong Chan dengan Miss ex-girlfriend yang mengada tuh.
           
“And I cant get why Gong Chan boleh accept dia lepas dia buat macam tu?”
           
Nab menggelengkan kepala. “Again, Ais…” Dia memberhentikan ayatnya lalu menyambung.

“Love..”
           
“Love.”

Mereka menjawab serentak.
           
“Tahutapaaa.”
           
“Tahutapaaa.”
           
Sekali lagi mereka berirama sekali. Nab dengan Maisa dah tergelak suka.

Sometimes, great minds have a Bluetooth.
           
Kak Fatin yang duduk bersembang dengan Mardia itu tergelak sekali melihat telatah dua kawan baik yang berlainan dari segala aspek itu. Kalau orang lain tengok, aci-aci je akan keluarkan equation; Ais ≠ Nab.
Mana taknya kalau Ais pilih A, Nab sure-sure punya akan pilih Z. Kalau Ais kata utara, Nab kata selatan. Kalau Ais suka hitam, Nab suka putih. Dan macam tadi Ais suka Junki, Nab pula suka Gong Chan.

Completely opposite!

Tapi yang peliknya dua-dua boleh tahan kerenah masing-masing. Nab boleh terima je bila Ais naik angin siapkan drawing pastu kena reject dan Ais pulak boleh terima Nab yang kaki perfectionist tu. Dan akhirnya equation bertukar menjadi Ais = Nab.
           
“Apa yang kak Fatin dok renyih sorang-sorang ni?” tanya Nab. Air jus tembikai itu dihirupnya. Letih pulak berdebat dengan cik Ais ni.
           
“Korang ni.. gaduh je kerjanya.”
           
“Biasalah. Gaduh ni tandanya sayang… kan Ais kan?”
           
“Tadernya aku nak sayang ko…” Maisa menjelirkan lidah. Nab membalasnya dengan menjelirkan lidah sambil membuat mata sekali.
           
“Tengok tu.. sudah-sudah. Ni Ais.. Tadi aku nampak..” Mardia sudah tersengih monkey tu.
           
Maisa memandang Mardia? Tak faham dengan asal usul soalan Mardia tu. Tiba-tiba nampak.. tapi nampak apa?

“Nampak apa?”        

“Nampak Ais tengah date.”
           
Fuhhh. Hampir terkeluar jus mangga dari mulut Maisa. Nasib baik sempat ditahan. Kalau tak memang free free air tu mendarat di muka Mardia yang duduk bertentangan dengannya itu.
           
Nab memandang Maisa dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kak Fatin pun.
           
“Ahhh sudahh.. bila pulak aku date. Due date taulah. Minggu depan hari Jumaat. Don’t forget to remind me.”
           
“Tadi aku nampak kau dok makan dengan..”
           
“Dengan siapa wei? Lelaki? Serious Ais?” Sampuk Nab sebelum Mardia menghabiskan ayatnya. Matanya dah hampir terjojol keluar. Terkejut punya pasal. Sejak bila Maisa dah pandai keluar makan dengan budak lelaki.
           
Mardia menjeling. “Ish kau ni! Dengarlah dulu..”
           
Nab menunjukkan isyarat okay. Lantas dia membisu. Matanya kekal difokuskan kepada Mardia. Menunggu cerita dengan rasa tak sabar.
           
“Dengan Ahmad Redha Ihsan. Final year Automotive. Ex-president SOE. Ex-ketua Kak Fatin.” Kata Mardia dalam satu nafas. Apa yang dia tahu pasal Ahmad Redha Ihsan, terus dia keluarkan terus di situ.
           
“Sejak bila kau ada boyfriend?”
           
“Sapa kata dia boyfriend aku?” Mata dijulingkan.
           
“Bukan ey?”
           
Kepala digeleng laju-laju. Confirm.
           
“Ohh.. lega aku dengar.” Kata Mardia.
           
Mendengar jawapan dari Mardia itu, Nab dan Maisa cepat-cepat memandang ke arah Mardia yang sedang menghirup air Teh Aisnya itu. Macam ada sesuatu tak kena je pada ayat Mardia tu. Kening masing-masing di angkat macam kening The Rock tu. Takkan kut Mardia yang dah ada tunang ni terjatuh hati juga dekat si encik kad matrik tu kut?
           
“Dia tu adik beradik Don Juan. Such a sweet talker and most of the girls of SOE orbits him. Macam galaxy dah aku rasa SOE tu. Like he’s the sun and they’re..”
           
“The planets.”

“Wow that was a good metaphor! Tukar course la Mardia, jangan ambik engine, ambik TESL.”

“But wait macam mana kau kenal dengan encik matahari ni?” Kepalanya berpaling pulak ke arah Maisa. Otak ni dah serupa jigsaw puzzle, ada benda yang hilang. Sejak bila pulak Maisa berkawan dengan budak SOE ni? Setahunya 24/7 Maisa adalah sama ada di bilik ataupun dengan budak studio. Bila masa pulak brother Ahmad Redha Ihsan, si final year Automotive, Ex-president SOE, ex-ketua Kak Fatin ni boleh masuk cerita ni? Dia menggaru pelipisnya sambil menunggu jawapan Maisa.

“Aku jumpa kad matrik dia hari tu. Tadi tu dia just nak ucap thanks. That’s all.”

Tiga kepala di hadapannya mengangguk-angguk tanda memahami.

“Speaking of the devil, tu dia girlfriend terbaru dia. Amirah. Belakang korang pukul 12.” Kata Mardia perlahan-lahan.

Nab berpaling perlahan-lahan, matanya tertinjau-tinjau mencari gerangan Amirah, si planet yang mengelilingi sang matahari di galaksi SOE itu. Sambil-sambil tu dia berlakon, seolah-olah melihat makanannya yang dipesannya itu sudah siap ke belum.

Nab memang pelakon cap ayam. Nampak sangat kut dia dok terhendap-hendap, memandang Amirah itu.

Maisa menggelengkan kepala. Lawak sungguh bila melihat lakonan Nab yang kelihatan janggal gila itu.

Matanya terus berpaling ke arah koordinat yang Mardia cakapkan tu. Tak payah berlakon-lakon, tengok saja…

Matanya berhenti di gadis tinggi lampai yang memakai kemeja kotak-kotak, berseluar jeans dan selendang bewarna biru laut itu. Cantik. Hatinya berbisik.

“Tengok girlfriend dia tu. Konfem, dia pun handsome.” Komen Nab.

Kak Fatin mengangguk laju-laju. “Dia okay. Leadership pun bagus. Cuma satu tu je la. Perempuan.” Sambung kak Fatin. Dia sudah kenal sangat dah dengan Ihsan tu. Dah berkali-kali juga mereka bekerja di bawah satu program dan memang tidak dinafikan kemahiran leadership Ihsan memang meletupz kau memang the bomb. Dia bukannya kaki diktator sebaliknya mengamalkan sikap berdiplomasi. Mungkin disebabkan itulah ramai adik-adik junior yang jatuh hati.

“Budak kelas aku pun ramai yang suka kat dia. Nasib baik aku ni single but not available. Kalau tak masuk juga dalam peratus geng-geng planet matahari tu. Hot stuffs sangat. Tak sesuai dengan Ais yang innocent nih!”

“Sejak bila aku jatuh dalam kategori innocent ni?” Maisa mencebir. Tak semena-mena dia masuk dalam topik ‘The Sun Of SOE’ ini tapi bila mengingatkan kembali gaya dia bersembang dengan perempuan di telefon petang tadi.. Fuh, lembut ya amat. No wonder..

Silap hari bulan, mak orang pun boleh jatuh hati.

Silap hari bulan, dia sendiri boleh hilang prinsip diri.. Janganlah! Maisa berbisik dalam hati.

“Innocent lah dalam bab-bab macam ni. Nanti kang, frust dengan dia boleh touching seumur hidup kut.”

“Yellah sangat…”

“Jangan kata Ais… tapi takkanlah…” Kata-kata Mardia dimatikan bila nombor makanan mereka dipanggil menerusi pembesar suara itu.

“Ahh makanan kita dah siap. Biar kak Fatin saja yang pergi ambik…” Kak Fatin bingkas bangun untuk mengambil makanan mereka di tempat makanan panas kafe itu dan tak sampai beberapa minit, dia kembali dengan tray yang berisi makanan-makanan yang telah dipesan mereka. Kak Fatin mengagihkan makanan masing-masing. Nasi pattaya untuk kak Fatin… Nasi goreng ikan masin untuk Mardia… Mee Kung-foo untuk Nab Nom Nom… dan Char Kuew Teow untuk Maisa!

Hoyeahhh. Nikmatnya hidupp bila boleh makan.

“Ya Allah, lupa pulak nak ambikkan sudu dengan garfu.” Kata Mardia. Dahinya diketuk perlahan. Adoi boleh pulak terlupa padahal bekas sudu dan garfu tu betul-betul dengan tempat makanan panas ni.

“Tak pa lah aku ambikkan.” Maisa terus bangun dari kerusinya dan bergerak ke tempat makanan panas itu dan kembali dengan empat set sudu dan garfu itu.

Tangannya menyerahkan set garfu dan sudu itu kepada Nab yang duduk di sebelahnya..

Tangannya dipanjangkan sedikit lalu memberi set yang sama kepada kak Fatin.

Lalu diberikan pula kepada Mardia yang duduk bertentangan dengannya.

“By the way Ais.. takkan kau tak jatuh hati kut tengok Ihsan tu?” tanya Mardia bila sudu itu bertukar tangan. Sebenarnya itulah soalan yang dia mahu sampaikan tadi terpaksa dipendamkan bila mendengar nombor makanan mereka dipanggil oleh mak cik kafe itu.

Gasp.

Maisa terkedu. Soalan yang tak pernah terlintas langsung dalam kepalanya. Tambah-tambah lagi dari mulut Mardia.

Kedetiingggg.. Kedengaran bunyi sudu besi itu berlaga dengan jubin kafe.

Maisa tersenyum awkward.

Er.. she didn’t see that coming too!!



7 Surat Chenta ♥


Poskad 6
Posted on Wednesday 12 June 2013
@ June 12, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


“TEMPAT NI kosong tak?” Tegur satu suara yang mengganggu konsentrasinya yang sedang melahap nasi putih gulai ikan keli itu. Kepalanya diangkat memandang si empunya suara.

Satu.. dua..
           
Tuppp. Dia berpaling ke arah lain. Teringat kisah naik bas sebelum cuti semester lepas. Fuh fuh fuh. Ingatkan di stesen bas hari tullah kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu tetapi rupa-rupanya… Pandangannya dihalakan ke arah kanan dan kiri kafe.
           
Lengang. Meja kosong berlambak di kanan dan kiri mereka.
           
Hanya beberapa pelajar saja yang sedang menjamah makanan mereka. Kena sangatlah dengan pukul 3.30 petang. Bukan waktu peak hour.. selalunya waktu ni pelajar akan berada di dalam kelas atau pun di bilik masing-masing.
           
“Well saya seorang.. so tak syok aa makan sorang-sorang kan.” Terang si empunya suara. Maisa memandang ke arah tali lanyard yang tergantung di leher lelaki itu. Dia melarit senyum dalam hati.
           
“Ada orang tak?”
           
Maisa, relaks.. Dia memberitahu diri. Dia menarik nafas, hembus, fikir.
           
“Duduk aa.” Akhirnya dia membenarkan juga.
           
Ihsan tersenyum lalu duduk di hadapan miss bazooka yang sudah menyambung suapannya itu.
           
“Sama.” Komennya bila melihat isi lauk mereka yang hampir sama itu. Yang bezanya hanyalah kuantiti nasi saja dan ulam-ulam di pinggan miss bazooka itu. Yang lain, semuanya sama.
           
Maisa mengangkat muka. Matanya menjeling ke arah pinggan di hadapannya.
           
“Yang ni je yang tinggal pun.” Komen Maisa.
           
Ihsan tersenyum lagi. HA HA HA. Memang pun.. yang tu aja yang tinggal di akhir-akhir waktu ni. Kalau nak harap ikan bakar atau ayam goreng berempah di waktu sayup macam ni. Jangan haraplah.. ni pun dah cukup baik la ada sikit. Kalau tak, sambung ‘berpuasa’ la gamaknya. Terpaksa menunggu makan malam nanti.
           
“Lambat lunch?”
           
Maisa mengunyah perlahan-lahan. Haishh rajin pulak dia ni bersembang. Orang tak nak bersembang, dia lagi rancak bertanya soalan.
           
“Tadi ada discussion dengan studio master.”
           
Ihsan mengangguk sambil matanya melirik ke arah sketch book saiz A3 di atas meja itu.
           
“Architecture student?”
           
Maisa menjulingkan mata sambil menggeleng. “Nayyy. Budak accounting.”
           
Ihsan tergelak. Sudu dimasukkan ke dalam mulut. Dikunyahnya perlahan-lahan sebelum membalas balik loyar buruk miss bazooka ni.
           
“Ada ke budak accounting bawak bazooka jalan-jalan? And those big size of sketch books. I personally don’t think so.” Keningnya diangkat, tanda tapercayaaaa.
           
“You know and you ask.. hurmm. Cerdiknya.” Mata dijulingkan lagi.
           
“Well assumption makes us nowhere. Kan? So architecture student?” Dia bertanya lagi.
           
Lambat-lambat dia mengangguk. Malas dah nak melayan. Lagi dia menjawab, lagi tu encik kad matrik ni membalasbalik. Nampak sangatlah lelaki ni jenis yang tak akan mengalah kalau dia nak sesuatu. A good sense of leadership, may be? Otak Maisa mula memproses karakter lelaki di hadapannya.
           
“By the way, sebenarnya I nak cakap.. thanks for the matric card. Kat library hari tu you cepat sangat menonong jalan. Terlupa nak say thanks.. and for the lanyard too. Pastu bila jumpa dekat Duta, you pulak lari awal-awal.”

Khali.

Maisa masih setia dengan suapannya.

“Thank you.”
           
“Anytime, bro.”
         
“Nanti I belanja you makan.”
           
Mata Maisa automatik terangkat, singgah sekejap di wajah lelaki itu sebelum turun ke pinggan.
           
“Sebab you tolong I.” Ihsan menerangkan. Takut pula gadis ini fikir yang bukan-bukan.
           
“I tolong sebab sesama manusia. Bukannya harapkan balasan but anyway thanks for your kind thought tu. Your thank you note is accepted. I’m done. We’re done.”

“You ni pelik tau. Orang lain suka kalau dapat makan free, you pulak asyik menolak je.”

Maisa tersenyum lalu bangun dari duduknya. Pinggannya di bawa ke tempat yang dikhaskan untuk meletak pinggan itu lalu bergerak ke sinki, membasuh tangan. Tak lama kemudian dia kembali ke meja dan mengemas barang-barangnya.
           
“Serious ni? I betul-betul nak belanja you makan.” Tanya Ihsan lagi. Pelik, kalau orang lain mahu je rembat peluang makan malam dengan salah seorang top scorer dalam SOE ni tapi miss bazooka di hadapannya ini, awal-awal dia letak sign no entry. NO. Katanya. Relaks la bukan ajak dating pun, ajak makan.

M.A.K.A.N.

Maisa memandang lelaki di hadapannya ini. Dia tak pasti sama ada lelaki ni memang spesies suka belanja orang -- ladies especially -- makan atau pun dia memang betul-betul nak balas jasa. But seriously, at least, tengok la dulu orang tu macam mana.

Ini Nurmaisa okeh, dia bukan jenis yang suka makan-makan, jalan-jalan dengan lelaki… apatah lagi yang tak kenal ini! Sebelum sempat dia membalas, telefon SE lelaki itu berbunyi. Lagu Muse - Bliss memenuhi kawasan itu.

“Kejap-kejap. You tunggu kejap ey..” Tangannya diangkat melarang Maisa pergi.

“Hello Miraa.. I kat kafe.. ah ah sorang. Come la…”

Maisa menggelengkan kepala. No wonder lah, Don Juan’s step brothurrr is on the screen.

Kaki diangkat pergi jua.
.............................................
My last paper is coming this Friday! Hoyeaa and I'm done with exam papers (iA).  Have fun reading.

XOXO, E.

15 Surat Chenta ♥


Poskad 5
Posted on Thursday 6 June 2013
@ June 06, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


“DAH DAH. Toksah dok lawan peluk depan pintu tu. Pipah, hang ajak Maisa masuk dulu. Mak nak pi hidang lauk dulu.”
           
Masing-masing tersenyum memandang sesama sendiri lalu melepaskan rangkulan masing-masing. Itulah bahananya bila lama tidak berjumpa dengan kawan baik. Sedikit pun tidak mahu berpisah bila berjumpa. Nasib baiklah Long Bibah datang menyelit, kalau tidak entah bila mereka akan berpelukan di hadapan pintu rumah itu.
           
“Aku mai awal sangat ka?” Maisa menoleh sekilas pada jam Baby-G di tangan yang baru masuk jam 12 tengah hari itu.
           
“Tak da aih. Sedang-sedang… kami baru habis masak ja tadi. Tinggal nak hidang ja. Jom masuk.” Pelawa Pipah. Maisa hanya membontoti Pipah yang mula berjalan, menunjuk arah ke dapur itu.

Di dapur Long Bibah sedang sibuk membawa mangkuk yang masih berasap itu ke meja makan. Pipah sudah laju ke sinki, mengambil bekas mencuci tangan.

“Ni Maisa tak payah tolong apa-apa ke, Long?”

“Tak payah. Dah habih pun. Ni tinggal nak makan ja.”

Maisa mengangguk sambil berdiri di birai meja. Matanya memandang lauk-lauk yang terhidang di atas meja. Lauk kampung, kegemarannya. Ada asam pedas ikan pari yang Long Bibah janjikan tadi. Ada gulai batang pisang. Ada ulam. Semuanya kegemarannya yang sememangnya berlidahkan orang kampung ini.

“Wah sedap ni Long. Boleh gemuk Maisa ni.”

“Baguih jugak hang gemuk sebab aku tengok hang makin kuruih la ni. Macam mana? Hang okay ka?” Pipah sudah memandang Maisa yang sedang berdiri di sebelahnya. Bekas warna merah itu diletakkan di hujung meja.
           
“Ya ka kuruih? Well, banyak kerja kut.”
           
“Kerja apanya. Hang belajaq lagi kan? Aku ni tak pa la nak kata sibuk dengan kerja.”
           
“Amboi hang ingat belajaq tak penat ka. Penat tau aku hari-hari kena perah idea untuk design. Sampai kuruih macam ni ha tapi hang lagi kuruih dari aku nih mana aci.”
           
Pipah membuat muka. “Aku punya kuruih ni memang macam ni, tak naik-naik, tak turun-turun.”
           
Maisa tersengih. Tahu sangat yang Pipah memang cepat sensitif kalau isu berat badannya itu dinaikkan. Ingat orang berisi saja ke sensitive bila topik berat dinaikkan dalam perbualan? Orang kurus pun sama juga.

“Dah-dah! Hang tok sah dok touching depan makanan ni. Jom duduk dulu jom…”
           
“Ha.. biaq pi kat dia, Maisa. Jom kita makan. Long dah lapaq sangat dah ni.” Long Bibah sudah mengambil tempat di muka meja.
           
“Makan mana chek boleh tinggal, mak…” Pipah sudah laju duduk di sebelah Maisa. Tadi sebenarnya dia saja-saja buat merajuk.
           
“Nah, basuh tangan. Lepas tu baca doa…”
           
Maisa dan Pipah mengangguk. Masing-masing menunggu giliran membasuh tangan dan selepas seketika mereka menadah tangan, membaca doa makan.

***

“LONG RASA betullah apa yang Long nampak ni yang Maisa memang makin kurus. Awat depa kat sana buat tak betul ka kat Maisa? Cuba habaq mai kat Long. Bukannya apa, arwah Ucu Odah selalu pesan kat Long, kalau dia meninggal, dia suruh Long tolong tengok-tengokkan Maisa.”
           
“Tak ada apalah, Long. Maisa okay. Macam tadi Maisa cakap, Maisa kuruih ni sebab banyak sangat kerja nak kena buat kat universiti…” ujar Maisa sambil tangannya laju membilas pinggan-pinggan mangkuk di sinki itu.
           
“Betul ni?”
           
Maisa mengangguk. Pinggan terakhir diletakkan di tempat pengering. Lantas dia menoleh ke belakang pada Long Bibah yang sedang menyusun kuih cara bergula itu.
           
“Kalau macam tu lega la, Long. Bukannya apa hari tu masa Ucu Odah meninggal, Long tak berkenan betul dengan isteri ayah Maisa. Tak senyum langsung. Lepas tu tak dan apa-apa dah angkut Maisa balik sana. Tak menyempat…”

Maisa hanya diam lalu duduk menyimpuh di sebelah Long Bibah. Tangan automatik turut sama membantu.

“Depa kat sana layan Maisa okay ka?”

Khali.

Long Bibah mengangkat kepala memandang gadis di sebelahnya. Dia menghela nafas. Maisa ini bukan sejam dua dia kenal. Bertahun-tahun. Bahkan Maisa membesar di depannya. Dia tahu apa yang berada dalam hati gadis ini. Maisa ini jenis berdiam diri. Tidak akan mengheboh tentang sakit dirinya. Tambah-tambah lagi selepas kematian Ucu Odah, lagi bertambah dia Nurmaisa Mustaffa ini.

Ingat lagi ketika dia pulang ke kampung berseorang selepas kematian ibunya, Raudah. Naik risau Ucu Odah melihat Maisa yang tiba-tiba diam, mengurung diri di dalam bilik. Ingatkan sedih mengingatkan ibu kesayangannya yang meninggal ketika bersalin itu tetapi rupa-rupanya bila disiasat, Maisa sebenarnya lari dari rumah!

Melalui Mak Nah, pembantu rumah Encik Mustaffa, mereka mendapat tahu yang Maisa selalu dimarah dan ditengking kata-kata nista oleh isteri pertama Encik Mustaffa. Sejak itu, Ucu Odah lah yang bertanggungjawab membesarkan Maisa sehingga setahun yang lepas, bila Ucu Odah meninggal dunia kerana sakit tua.
           
Besar sekali ujian buat gadis yang baru mencecah 13 tahun ketika. Sudahlah ibu pergi meninggalkannya yang masih kecil. Dilemparkan berita pula dengan berita yang abah yang dipercayainya itu rupa-rupanya beristeri lebih dari satu. Dibenci pula dengan ibu tirinya…

“Long… ni dah habis ni. Maisa angkat letak atas ey?”

Suara Maisa membantutkan lamunan Long Bibah. Lantas dia mengangguk sambil melarikan mata yang sudah basah itu. Laju hujung tangan mengelap air mata yang sudah menitik di pinggir mata mengenangkan nasib Maisa yang tak putus dengan cobaan ini. Nasiblah hatinya kental…

Mungkin sudah dilatih elok oleh Ucu Odah yang sememangnya penyabar dan tinggi agamanya. Dengan hanya kita redha dengan takdir Allah, barulah kita dapat menenangkan hati. Insha-Allah. Itulah kata-kata yang dia sering dengar dari mulut Ucu Odah.

Maisa bangun sambil mengangkat bekas lalu diletakkan di atas meja. Perlahan-lahan dia berpusing ke arah Long Bibah yang sudah bangun, membasuh peralatan di sinki. Mata menjeling jam di dinding.

1.13 petang.

Ada alasan untuk melarikan diri. Entah kenapa, dia dapat merasakan apa yang Long Bibah menungkan tadi. Mesti, 100% pasti, semuanya berkaitan dengan dirinya.

“Long… Maisa ingat nak balik dulu lah. Dah nak masuk Zohor ni. Long kirim salam kat Pipah ye…” Maisa memulakan ayat.

“La dah nak balik dah?”

Maisa tersengih sambil mengangguk. Kaki memang sudah berura-ura mahu bergerak ke muka pintu.
Long Bibah mengangguk. “Yellah nanti Long habaq kat Pipah. Mustaffa tu balik pukul 1.30. Lambat lagi kalau Maisa nak tunggu kalau Pipah nak balik dari sekolah satgi.”

Maisa mengangguk. Lantas kakinya digerak mendekati Long Bibah. Tangan perempuan itu diraihnya.

“Terima kasih, Long.”

Long Bibah menggeleng. Pipi Maisa dicubitnya. “Maisa tu Long anggap macam anak Long sendiri. Kalau ada apa-apa, Maisa kena ingat, Maisa ada Long sekeluarga tau. Jangan memendam perasaan sangat.”

Nasihat Long Bibah. Dalam masa yang sama dia cuba menyampaikan sedikit hint kepada Maisa.

Maisa menarik senyuman nipis. “Insha-Allah, Long. Maisa balik dulu ya.”

Long Bibah mengangguk. Maisa mengangguk lalu dia pantas berjalan ke arah pintu sebelum Long Bibah perasan akan cecair jernih yang sudah mulai luruh di pipinya.

------------------

Satu part a yang E rasa E x pandai tulis adalah bila bab sedih-sedih-jahat-jahat (dan semua part sebenarnya) so yeahh cerita ni nak try tulis sedih sebenarnya. Ihik. ;)

Have fun!

Masih lagi di musim exam. Lepas tu dissertation writing up and I'm done with MSC~ Doakan pls.

3 Surat Chenta ♥


Poskad 4
Posted on Friday 31 May 2013
@ May 31, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


MAISA MENYELUK beg silangnya untuk mengambil gugusan kunci untuk membuka pedal ayam pintu rumah kayu yang sunyi, tanpa penghuni itu. Daun-daun kering yang bertaburan di atas tanah itu pun sudah mulai penuh kerana tiada siapa yang menyapunya. Habuk-habuk yang menyapa kakinya itu mungkin sudah tebal. Ingin meminta pertolongan dari Long Bibah; jiran di rumah sebelah untuk membersihkan rumah papan ini pun sebenarnya dia segan kerana Long Bibah sendiri punya rumah sendiri untuk dijaga, apatah lagi rumah arwah Toknya ini tanahnya lebih luas.

Pedal ayam dibuka sebaik saja Maisa menjumpai kunci. Pantas kasut flat pumps corak zebranya itu ditanggal keluar lalu masuk ke dalam rumah yang gelap gelita. Hanya sedikit saja cahaya masuk melalui bukaan di antara dinding kayu dan bumbung itu.

Lambat-lambat dia berjalan di dalam keadaan gelap itu. Laju tangannya membuka selak tingkap-tingkap yang berada di ruang tamu dan akhirnya ruang tamu itu kembali kelihatan jelas di tubir matanya bila cahaya matahari mula menerobos masuk ke dalam.

Kondisi ruang tamu itu dipandangnya lama. Dia melarit senyum pahit. Masih kelihatan seperti mana dia meninggalkan rumah ini lapan bulan yang lepas…

Kerusi rotan empat adik beradik itu masih elok di tempatnya. Begitu juga dengan almari kaca yang Tok letakkan gambar-gambar mereka sekeluarga. Semuanya masih di situ. Tidak sedikit pun beralih arah…

Yang membezakannya adalah habuk-habuk yang melekat di antaranya.

‘Ya Allah Maisa… apa yang kamu buat ni? Masih berhabuk Tok tengok… lap balik. Rumah kita kena bersih… orang datang tengok habuk-habuk ni kan tak elok…’

Masih terngiang-ngiang suara Tok membebel.

Jari dilarikan di permukaan meja di sebelahnya. Kelihatan kelabu jarinya bewarna cerah itu.

Maisa mengeluh. Inilah tandanya…

Tanda Tok tidak akan menunggunya di permukaan pintu ketika dia pulang.

Tanda Tok sudah pergi meninggalkannya.

Pipi sudah terasa panas. Pantas Maisa menyeka air matanya yang mula turun tanpa dipinta itu.

Maisa dah balik, Tok… Ibu…

 ***

PENYAPU DILARIKAN di atas tanah. Penuh berhemah Maisa menjalankan tugas mencucinya. Dari pagi tadi dia mula bekerja. Selepas saja menghabiskan makanan paginya, terus saja dia mengerjakan apa yang patut ke rumah tua milik arwah neneknya itu.
       
Kalau tadi dia sibuk dengan mencuci bahagian dalam rumah; menyapu, mengelap lantai dan barang-barang yang berhabuk, menukar bulb lampu yang sudah rosak dan sekarang pula dia sudah menukar tempat ke luar rumah; menyapu daun-daun kering di persekitaran rumah Tok yang boleh tahan besarnya. Sudah berpeluh dia yang bekerja tidak berhenti dari tadi tapi itu tidak mematah semangatnya.

Dia mahukan rumah kayu ini cantik, bersih seperti selalu. Seperti yang arwah Tok selalu lakukan. Sekurang-kurangnya hilang juga rasa bersalah dia kepada arwah kerana tidak dapat menjaga rumah ini selalu…

Penyapu lidi itu dikibas lagi lalu daun-daun kering itu dikumpulkan di satu tempat sebelum dia memasukkan ke dalam plastik  sampah.

“Ehhhh Maisa! Ya Allah, kamu balik rupanya…”

Maisa memberhentikan kerjanya. Automatik dia berpaling ke belakang dan melihat Long Bibah yang mula datang menjenguk dari rumahnya.
           
“Ya Long… Maisa tengah cuti semester ni. Long sihat?”

Tangannya mengibas t-shirt biru laut yang sedang dipakainya sebelum tunduk bersalaman dengan Long Bibah.
           
“Macam biasalah, Maisa. Sakit orang tua. Jaga makan, jaga kesihatan… eloklah kesihatannya. Kalau tak jaga, sakitlah. Sekarang ni Long kalau jalan jauh sikit, mula la lenguh lutut ni. Maisa pula macam mana? Sihat?”

“Macam nilah, Long. Sihat…” Maisa tersenyum tapi hakikatnya, dia tahu yang hatinya ini tak pernah sihat. Tak pernah bahagia sejak Tok pergi meninggalkannya setahun dulu.

“Tapi Long tengok kurus dah Maisa ni. Risau pulak. Bapak kamu tak bagi makan ke mak tiri kamu buat onar pada kamu?”

Khali.

“Kita duduk dulu. Long nak minum tak?” tanya Maisa setelah berdiam seketika. Kakinya dihalakan ke pangkin di bawah pokok pelam itu. Long Bibah mengikut sekali di belakangnya.

“Tak payahlah. Long tahu kamu baru sampai… mana nak ada apa-apa kat dalam rumah tu.”

Maisa tersenyum sambil mengangguk. Baru dia sedar ada relevannya apa yang dikatakan Long Bibah itu. Sudah tentulah rumah yang ditinggal lama ini tidak akan ada apa-apa untuk dihidangkan kepada tetamu. Insha-Allah, nanti dia mahu ke kedai runcit Pak Jamil untuk membeli barang-barang dapur.

“Ha Long… nak tanya sikit ni… Long ada kunci ke stor bawah rumah Tok tu? Bukannya apa tadi Maisa ada perasan yang stor tu kena rantai. Maisa ingat nak ambil basikal lama tu bawak keluar, boleh pergi kedai Wan Jamil nanti…”

“Ohhh… ha ah. Long kunci. Takut hilang barang-barang dalam tu. Sekarang ni banyak orang dok mencuri. Tambah-tambah basikal yang boleh dibuat duit. Sekejap, nanti Long pergi ambil. Ya Allah, Long lupa pulak nak bagitahu kamu.”

“Tak ada apa-apalah Long. Maisa yang patut terima kasih sebab Long tolong rantaikan… kalau tak mesti habis hilang barang-barang tu orang curi.”

Long Bibah mengangguk lalu menyarungkan seliparnya balik. “Long balik dululah. Nanti Long hantarkan kunci tu… satgi tengah hari, Maisa makan rumah Long lah ye. Long pun lama tak bersembang dengan Maisa… Pipah pon balik nanti pukul 10, dia shift malam semalam. Bolehlah Maisa bersembang dengan dia.”

“Pipah dah mula kerja ye Long? Sukalah Long! Ada anak dekat dengan Long.”

“Haah. Dia dapat hospital sini. Lagipun ibu bapa ni lagi suka kalau anak duduk dekat-dekat. Senang nak pantau. Nanti Maisa makan rumah Long tau? Long masak asam pedas ikan pari…”

“Wah dengar pun dah sedap. Insha-Allah, Long.”

Long Bibah mengangguk sebelum berjalan masuk ke kawasan rumahnya yang sememangnya terletak bersebelahan dengan rumah arwah Tok ini. Maisa berdiri memandang wanita yang seusia ibunya itu sehinggalah dia masuk ke dalam rumah batu yang bercat hijau itu.

Kata-kata pada ayat Long Bibah tadi merangkai hatinya.

‘Ibu bapa ni lagi suka kalau anak duduk dekat-dekat.’

Kenapa dia rasa tidak?

---------------------

Phewwww E nyaris-nyaris lupa pada MOU kita, busy sangat dengan research, assignments, and final exam.  So here it is, one day late tapi its better late than never. Ececece.

Good luck kepada sesiapa yang sedang final exam. Bittaufiq wannajah fil imtihan. Belajar kerana Allah. ;)


11 Surat Chenta ♥


Poskad 3
Posted on Tuesday 21 May 2013
@ May 21, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


“TERIMA KASIH, pak cik.” Maisa memulakan ayat apabila pak cik teksi itu meletakkan beg guni 66cm x 96cm itu di sebelahnya. Tangannya mengeluarkan not RM50 lalu dihulurkan kepada pak cik yang berbaju hijau; si pak cik teksi itu.

Senyuman masih setia di bibirnya -- seperti saat pertama dia menjejak kakinya ke dalam teksi ini tadi -- walaupun hatinya sedang terbakar dengan perangai si pak cik teksi yang memberhentikan teksinya jauh dari kawasan terminal itu.

Bila ditanya kenapa, pak cik tu menjawab kerana takutkan jalan sesak bila mahu keluar nanti. Ringkas saja jawapan si pak cik baju hijau tu tapi dalam simple-simple tu berbara jugaklah hati Maisa. Mahu saja Maisa keluarkan serangan berapi tapi ditahannya bila melihat nombor kad pengenalan yang tertera di atas dashboard teksi itu.

391101..

Nombor itu bermula dengan angka 39. Itu maksudnya pak cik itu lahir pada tahun 1939. Tahun yang sama  dengan arwah Tok. Terus perasaan marah itu bertukar menjadi simpati. Mana taknya dalam usia yang lanjut begitu, pak cik ini masih lagi bekerja mencari sesuap nasi. Cuba dibayangkan pula kalau Tok yang berada di tempat si pak cik teksi itu; sudah tentu dia tak mahu Tok dimarah, diserang dengan serangan berapi seperti yang dia mahu buat tadi.

Maka akhirnya, dia biarkan saja. Siap ditambah ekstra dengan senyuman berkampit gula lagi tapi si pak cik teksi itu tetap dengan caranya. Sikit pun tidak dibalas senyuman ekstra gula Maisa itu tetapi sebaliknya pak cik teksi itu terus masuk ke dalam teksinya dan berderu laju meninggalkan Maisa di situ.

Maisa berdiri di kaki jalan itu sambil memandang teksi yang dah pergi meninggalkannya. Hanya asap berkepul-kepul saja yang menemani.

Halahaih.

Tangan membetulkan bagpack di belakang; yang terisi laptop itu dan memasukkan dompet kembali ke dalam slingbag di sisi.

Phewww.

Dia mengeluh bila melihat bag guni yang sebesar alam yang turut sama menemaninya itu.

Sekilas pandangan jatuh pula pada terminal yang dalam beberapa meter di hadapannya itu.

Berselang-seli kedua objek itu dipandangnya.

Nak kena heret la ni?

Dahinya diketuk. Lagi mau tanya! Jam di tangan dijeling. 9.45 malam. Banyak masa lagi ni. Kau heret sajalah Maisa oii. Pelan-pelan.. inshaALLAH sampai.

Maka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, kakinya diaturkan ke arah terminal bas Hentian Duta itu.



IHSAN MEMASUKKAN kunci keretanya ke dalam kocek seluar. Matanya liar mencari Husni yang sudah hilang dari pandangan matanya. Mungkin Husni ke kaunter bertanyakan nombor basnya kerana itu yang sering dilakukan Husni setiap kali dia pulang ke kampungnya di Arau. Empat tahun menjadi tukang hantar Husni membuatkan dia tahu apa gerak langkah si kawan baik itu.

Kaki mula diaturkan ke terminal sambil matanya mengimbas kawasan sekitar. Kut-kut ada Husni di sebalik orang ramai itu. Tiba-tiba matanya terhenti ke arah seorang gadis yang sedang mengheret bag guni besar di pintu masuk Hentian Duta itu. Jatuh simpati bila melihat gadis kecil yang sedang menarik bag guni yang lebih kurang sama besar dengannya itu…

Lama matanya terfokus ke arah gadis yang memakai tees hitam bertudung kelabu itu…

Macam familiar. Desis hatinya.

Pandangan dileretkan pada bag sling hitam jalur putih di sisi kiri gadis iru.

Ting!

Keputusan berpadanan antara satu sama lain.

Tees hitam + bag sling hitam = All black head to toes.

Siapa lagi kalau bukan…

Miss bazooka! Jerit hatinya. Tambah yakin bila melihat ada jalur ungu putih di tali sling bag itu. Terus kakinya menukar arus.
Digerakkan kakinya ke arah gadis yang sedang berusaha kuat mengheret beg guni itu.

“Hai miss bazooka.” Ihsan menegur bila sampai di hadapan gadis itu. Tangan kanannya diangkat.

Maisa memberhentikan langkah. Matanya beralih kepada lelaki yang sedang tersengih di hadapannya. Kening diangkat serupa The Rock, mengimbas lelaki yang berkemeja petak-petak itu. Sumpah! Dia tak kenal. Bag guni sebesar alam itu ditariknya ke dalam tangan. Kaki sudah bergerak terus ke terminal.

“Miss bazooka!” Maisa memberhentikan langkah. Miss bazooka? Sounds familiar… Dia memandang kembali lelaki yang sudah mengambil tempat disebelahnya.
Ahmad Redha Ihsan! Kad matrik.. dia dah mula ingat kembali. Cuma kali ni wajah serabut itu dah bertukar gaya. Rambut sudah disisir rapi. Tidak seperti dua minggu lepas. Matanya mengecil, tajam memandang lelaki di hadapannya ini.

“Yes?” Antara pasti dengan tak pasti.. sejak bila dah tukar nama dalam IC nih?

“Sorang?”

“Taderlah.” Senyuman dihadiahkan. “Tiga.” Mata dijulingkan. Laju tangan menunjukkan bahu kanan dan bahu kiri.

Ihsan tersenyum.

“Bak sini saya angkat. Nampak macam berat saja ni.” Serentak tangannya mencapai bag guni di tangan gadis itu. Terlepas pegangan miss bazooka dari beg guni. Terus diangkatnya dibawa ke depan, berjalan ke terminal, meninggalkan gadis yang sudah tercegat, membutangkan biji mata.

Maisa mengurut dada dengan perangai tiba-tiba lelaki itu. Langkahnya terus laju mengikut lelaki itu lalu memotong langkah lelaki yang sudah mengangkut bagnya itu.

Sssrreettttttttt.

Ihsan membrek mengejut bila gadis itu sudah memotong tanpa memberi signal di hadapannya. Nasiblah tidak laju mana dia berjalan… kalau tak ada kang kena langgar tadi.

“Saya boleh buat sendiri, saudara.” Keras dia menuturkan. Sungguh dia tak suka orang datang tolong-tolong ni. Lagilah tak suka bila orang bersimpati dengannya. Sungguh, dia cukup tak suka.

Ihsan tahan senyum. Saudara lagi… Miss bazooka plus miss klasik.FM. Dia berbisik di dalam hati. Mata jatuh memandang gadis di hadapannya ini. Gaya moden, berseluar jeans, baju tees independent… siap dengan headphone di leher tapi perangai, masih di zaman duu-dulu kala.

Maisa memandang tajam lelaki di hadapannya. Dia perasan lelaki itu sedang meleret senyum.

Ihsan tersenyum lagi. “Sun.”

“Huh?”

“Sun, that’s what they called me.” Ihsan memberitahu. Sebelum ini dia tak sempat pun mahu berkenal-kenalan dengan gadis ini. Yellah, pertemuannya dengan miss bazooka ini hanya sekejap cuma. Nama yang diberitahu di dalam perbualan telefon tempoh hari pun dia sudah lupa.

“Sun?” Perlahan dia bertanya. Sun. Ihsan. Dia mengangguk perlahan. Sudah nampak logiknya nama ‘Sun’ itu pada nama lelaki itu.

“Yeapp. They called me the Sun of SOE.” Bangga Ihsan memberitahu gelarannya di kuliahnya itu.

Something bbanjak, bbanjak..
Something sparkling..
Something that makes him stand out among the crowd.

“Itulah Sun. The Sun of SOE.”


Suara Mardia dua tahun lepas terngiang-ngiang di kepalanya. Peristiwa di kafe itu mula berhimpun menjadi satu gambaran yang makin jelas. Imej lelaki berkemeja putih yang sedang menyisip air kopi di hujung kafe sudah kabur dimamah tahun itu kembali jelas di kepalanya.

Gulp.

Maisa menelan air liur pahit. Inikah? Kalau ini, maknanya Ahmad Redha Ihsan inilah crush setengah hari dia tu? Kepala cuma mengingat kembali. Masih kabur. Apa yang dia ingat hanyalah senyuman itu.

“Tapayah la bersaudara-saudara. Just call me Sun.”

Terus Maisa mengangkat kepala. Memandang Ihsan yang masih lagi tersenyum itu. Sepasang lesung pipit hadir di kedua pipi itu. Lebih dalam di sebelah kiri pipi dari yang satu lagii.

Voila!

The Sun of SOE… he is!

Dan sedetik saat itu.. tanpa mesej, tanpa sms, tanpa signal, hati Maisa berdetak lebih laju.

Dupdap dupdap dudap dudap dap dap..

Maisa menundukkan pandangan. Tak semena-mena.

Astagfirullahal’azim.

“Bak balik..” Tangannya meminta kembali beg di tangan lelaki itu.

“Saya nak tolong ni. Ikhlas. Tak tipu.”

Dudapdudappdappp..

“Tak payah. Saya boleh buat..” Kepala diikut geleng.

“Tapi…” Ihsan was-was. Salahkah dia mahu bersifat gentleman; mahu menolong orang yang pernah menolongnya. Sekurang-kurangnya boleh juga dia membalas budi. Hari itu pun dia tak sempat berterima kasih pada lanyard ‘Don’t lose me’ itu. Takkan nak membantu pun tak boleh kut?

“Bak balik.” Suara Maisa tekankan sedikit. Biar lelaki itu tahu yang dia serius dengan apa yang dia katakan. Tambah-tambah bila hati dah buat perangai macam ni.

Ihsan menyerahkan kembali beg guni itu. Lambat-lambat. “Betul ni?” Sambungnya.

Maisa mengangguk laju. “Positif.” Diam.

Ihsan menyoroti gadis di hadapannya, yang jelas tunduk memandang tanah itu.

“Terima kasih. Bye!”

Ihsan mengangguk lemah. Matanya setia memandang gadis yang gigih mengheret bag guni itu. Orang nak tolong pun degil. Dari miss bazooka ke miss klasik.fm, dan sekarang miss berdikari? Fuhhh. Tak sampai seminggu mereka berjumpa tetapi sudah banyak karakter gadis ini dia ketahui. Kepala digelengkan sekali.

Awak oh awak!



“KAU APAHAL tercongok kat sini?” Suara Husni membantutkan lamunan Ihsan. Ihsan memandang kaunter yang sudah kosong tanpa bayang miss bazooka itu. Ades! Tak sempat pun dia bertanyakan nama gadis itu tai.

“Woi.” Husni sekali lagi menumbuk lembut bahu Ihsan. “Kau kenapa? Macam tak betul je?”

Ihsan menghela nafas lalu memandang Husni yang sedang menunggu jawapan kepada soalannya tadi.

“Aku tak faham la.”

“Apa yang kau tak faham?”

Ihsan mengangkat bahu. Sungguh tak faham..

Husni menunggu dengan penuh sabar. Air mineral yang berada di sisi bag ditarik keluar. Diteguk perlahan. Membiarkan Ihsan menyusun ayat dahulu. No rushing, lama lagi masa sebelum bas datang.

“Tak fahamlah.. orang nak tolong angkatkan beg pun tak boleh ke? Salah ke?” Muka Husni ditatapnya bersungguh-sungguh. Cuba memohon pengertian dari Husni yang selalunya ada penjelasan pada setiap masalah yang berlaku.

“Tak salah.. nope, no, at all.” Jawap Husni sambil menggelengkan kepala. Air mineral dimasukkan balik ke dalam sisi bag. Dia tak nampak salah pun kalau nak membantu mengangkat beg. Lagi bertambah suka adalah.

“See.. kan? Tak faham aku.”

Husni mengangguk laju. Betul, betul, betul. Matanya sudah terarah pada deretan kedai makanan yang berhampiran dengan tempat mereka berdiri itu. Automatik dia mengulum senyum. Aura perut naganya sudah datang.

“Nah.” Bag balik kampungnya itu diletakkan ke tangan Ihsan.

“Buat apa ni?” Ihsan keliru. Apa kena pulak dengan Husni ni?

“Dah kata tadi nak tolong angkat beg, ni aku dah bagi dah. Banyak songeh pulak…”

Huh? Come again? Sejak bila aku nak angkat beg dia ni?

Husni menggelengkan kepala. Dia memandang enteng Ihsan yang sudah membulatkan mata tanda tidak puas hati itu. Nasiblah kau, Sun. Kaki sudah laju berjalan meninggalkan kawan baiknya dan sekali dengan bag kepunyaannya itu. Senyuman mekar di bibir. Well Sun, I know what you did just now. Rancangan nak mengorat tak jadi kan? Apa salahnya aku tolong sambungkan niat baik kau tadi. Nak tolong angkat bag guni ye? Ini ha bag Husni kau kena bawakan.

HAKHAKHAKHAK.

Nasiblah kau, Sun.

................................

Salam. Kali ni awal sikit dari selalu, ganjaran sebab siapkan assignment. 11 to go. Hikhikhik. Semoga terhibur.


17 Surat Chenta ♥


Poskad 2
Posted on Wednesday 15 May 2013
@ May 15, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


IHSAN BERJALAN lebih laju dari speed biasa. Getaran dari kocek seluar itu cuba tidak diendahkannya. Dibiarkan saja lagu Bliss nyanyian Muse itu bermain seketika. Tangan yang penuh-- dengan ABC di tangan kanan, Teh ‘o’ Laici di tangan kiri -- membantutkan niatnya untuk menjawab panggilan yang sudah masuk  kali kedua berbunyi itu. Getaran itu terasa sekali lagi sambil-sambil diiringi dengan lagu Bliss  di belakangnya. Kemudian senyap. Ihsan menarik nafas lega. Dia berjalan ke arah Husni yang sedang melahap pasembornya itu. Tangannya meletakkan ABC dan Teh ‘o’ Laici itu di atas meja.

“Thanks.” Husni bersuara tanpa mengangkat muka dari pinggan pasembornya. Dasar Husni. Kalau makan, memang tak hiraukan benda-benda lain dah.

Ihsan mengangguk. Tangannya menyeluk poket seluarnya. Handphone SE dikeluarkan.

Three missed calls.

Dia menekan butang tengah. Mahu melihat siapakah gerangan pemanggilnya tadi. Adakah Amirah, kekasih pujaan hatinya sekarang atau pun Wahidah, kekasih gelapnya yang selalu menelefon di malam-malam hari.

019-9311999

Tiada data yang tersimpan. Hanya nombor-nombor yang tertera di skrin telefon. Dahi berkerut seribu. Nombor siapa pulak ni?

“Apa hal?”

Ihsan angkat bahu. “Ni nombor ni. Tak pernah tengok pon. Siapa entah.. dekat tiga kali kut dia missed calls. Kau kenal?” Tangan sudah dilunjurkan ke arah Husni. Handphone SE itu bertukar tangan.

Dan kini giliran Husni pula yang berkerut sejuta. Dia cuba untuk mencerna nombor ini di kepalanya. Zero. Tak pernah tengok langsung nombor ni seumur hidupnya. Dia menggelengkan kepalanya lalu menyerahkan kembali telefon itu kepada Ihsan yang duduk di depannya.

“Polis kut..” Selamba Husni menuturkan. Pasembor disuapkan ke mulut.

Mata Ihsan mengecil memandang Husni. Kening diangkat sebelah.

“Dah 999 nombor dia.” Jelas Husni sambil tersengih.

“HA HA HA.” Ihsan gelak sarkastik.

“Telefon la balik. Kut-kut penting ke..”

Ihsan mengangguk. Sebelum sempat dia menakan butang ‘Call’, lagu Bliss itu berkumandang kembali. Lampu LED sudah lip lap lip lap mintak di angkat. Nombor 999 sekali lagi muncul di skrin SE. Cepat-cepat dia menekan butang hijau.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..” Suara perempuan di sebalik corong menjawab salamnya.

Ihsan memandang Husni yang sudah memberhentikan suapannya. Serius dia memandang Ihsan yang sedang bercakap telefon itu. Mungkin mahu tahu siapakah gerangan pemilik nombor polis tadi.

“Iye, nak cakap dengan siapa?” Kening dinaikkan.

“Ini Ahmad Redha Ihsan ye?”

Ihsan mengangguk. Tak pernah-pernah orang panggil nama penuhnya selama ini. Orang hanya kenal dia dengan Ihsan atau pun Sun, just that and only that. “Ahuh..” Dia mengiyakannya saja.

“Oh saya Maisa..” Suara itu memperkenalkan diri.

“Maisa?...” Kepalanya mula memproses nama ‘Maisa’ di dalam poket ingatan. Maisa. Maisa..

Teeeett..

Your search for ‘Maisa’ did not match any words inside you head.

“Maisa mana ey?” Dia bertanyakan kembali. Mungkin adik-adik senior nak minta jadi mentor memandangkan exam makin dekat ni kut… ke ada ex-girlfriend dulu-dulu yang dia sudah lupa nama?

“Saya yang tadi.. err.. langgar.. bazooka.. dahi.. saudara.. tadi pagi tu.” Tergagap-gagap suara dari arah sana, cuba memperkenalkan diri.

Ihsan mengerutkan dahi. Langgar? Pagi tadi? Kepalanya memikirkan perkara pagi tadi. Err.. bangun lambat, kereta tak boleh start, pergi kelas.. langgar.. Bum! Lengkap memori pagi tadi di kepalanya. Wajah gadis bertudung hitam yang gelabah tadi muncul di birai kepalanya.

“Aaah.. saya dah okay dah. Tak luka apa-apa pun.”

“Ohh glad to hear that. Tapi bukan tu yang saya nak cakapkan kat saudara ni..” Diam seketika. “Pasal kad matrik. Kad matrik saudara ada kat saya..” Lembut gadis itu bersuara.

“Huh?! Kad matrik?” Terus sudu yan baru diangkat itu diletakkan kembali ke dalam mangkuk. Mata sudah bertukar gembira memandang Husni yang turut sama memberhentikan suapannya. Sama-sama teruja mendengar perkataan ‘kad matrik’ itu.

“Ada kat awak? Seriously?”

“Saya jumpa.. mesti terjatuh masa saya langgar saudara pastu saya ambik and in one split second you’re out of my sight.”

“It’s okay, it’s okay… but can we meet? Saya betul-betul perlukan kad matrik saya tu sekarang.”

Diam. Tanpa jawapan. Mungkin sedang berfikir.

“Hurm.. can we meet in half an hour from now? Depan library?”

“Yeah sure, anytime. See you in half an hour. Depan library.” Dia mengulangi ayat-ayat tadi.

“Oraito.” Diam. “Kalau macam tu okay then… see you around. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..”

Klik. Talian dimatikan.

Ihsan tersenyum memandang Husni yang tengah menunggu jawapan darinya itu. ABC dimasukkan ke dalam mulut. Sedappp. Ini baru nak ada feel nak makan-makan. Dan tiba-tiba je dia rasa nak order stik daging kat mak cik Indon kat gerai depan ni. Hulaweii. Lega kut!

Kening tebal Husni dah terangkat-angkat meminta penjelasan. “So?”

“Misteri kehilangan kad matrik Ahmad Redha Ihsan. Jilid 4. Tahun 2009. Solved.” Matanya bercahaya. Jari dipetik. Sorga.

“Nombor polis tu juga yang jumpa?” tanya Husni. Mata dibulatkan. SERIUS susah dia nak percaya! Nombor dah nak dekat 999, tup-tup boleh pulak jadi ‘Polis’; dan menyiasat sekaligus menyelesaikan kes kehilangan kad matrik Ihsan. Ewaaah, ini dah serupa macam siri Enid Blyton dah ni.

Ihsan mengangguk. Sekali lagi sudu dimasukkan ke mulut. Manis. Ihsan tersenyum, hilang sudah rasa gusar di hati.

Terima kasih, miss bazooka!

***

MAISA MEMANDANG jam Baby-G di tangan kirinya. 8.45 malam. 10 minit lambat dari waktu yang dijanjikan. Dia menggelengkan kepala. Sudah biasa dengan ‘budaya janji Melayu’ begini. Sikit pun dia tidak hairan atau ambil hati kerana kadang-kadang dia pun terlewat dalam berjanji. Normal lah kan? Jangan pulak dia tak datang terus nanti. Kalau itu, memang dia naik gorillalah. Lantas kaki dimajukan ke arah bangku yang memang sudah tersedia di hadapan perpustakaan itu. Kulit buku setebal 1 inci yang baru dipinjamkan dari perpustakaan itu dibuka perlahan.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dia memulakan bacaanya..

Architecture which is form of visual art and communication, also bring visual language of communication. Becoming the part of visual language, architecture contains of grammatical structure is sending its impulse of messages. Grammatical struc___

“Miss bazooka?”

Bacaannya terhenti bila mendengar suara serak-serak basah di hadapannya. Maisa mengangkat muka dari buku yang sedang dibacanya itu ke arah suara manusia yang sedang berdiri di hadapannya itu.

Di hadapannya kini ada seorang pemuda yang sedang tercungap-cungap, mengumpul oksigen. Sudah serupa macam orang dikejar anjing saja dengan rambut serabai yang dihiasi dengan manik-manik peluh.

“Iyee?” Terkulat-kulat dia menjawab. Dia macam dengar tak dengar suara itu memanggil tadi.

“Err.. saya… kerr.. kad matrik?”

“Oh saudara ni Ahmad Redha Ihsan ey?”

Mata Maisa jatuh lagi ke arah objek hadapannya. Lain benar. Takkan dalam tempoh masa kurang 24 jam ini sudah boleh mengubah seseorang dari hujung rambut hingga ke hujung kaki? Bukan tadi di SOE nampak smart, menarik saja bukan macam sekarang yang kelihatan serabut tak tentu arah ni.

Ihsan hanya mengangguk bila nama penuhnya disebut laju oleh gadis itu. Dia melaritkan senyuman bila mendengar perkataan saudara pada ayat gadis itu. Klasik! Dah serupa macam zaman P. Ramlee dengan Saloma.

Mata Maisa menjeling jam Baby-G  ditangan. 8.51 malam. Hampir setengah jam juga dia tercongok di hadapan perpustakaan ini.

“Sorry..” kata Ihsan bila melihat mata gadis itu yang sudah menjeling melihat jam tangannya. Dia tahu yang dia lambat. Ini semuanya gara-gara motor Husni tak boleh start yang akhirnya menyebabkan dia terpaksa meredah malam dengan berjalan kaki. Dari hostel ke perpustakaan… Nightmare. Memang bala sungguh hari ni. Dari pagi sampai malam.

“Oh don’t be.” Tangannya menyeluk beg silang berjenama BUMnya itu lalu mengeluarkan kad matrik lelaki itu dari kotak penselnya. Matanya sempat memandang sekilas wajah yang terpampang di kad matrik itu.

Wajah nerd. Rambut bersikat. Berkemeja putih. Smart.

Lain benar dengan imej di hadapannya sekarang ini. Bagai langit dan bumi!

 “Nah.” Tangan kanan dah dihulurkan kepada lelaki yang sedang menyeluk poket itu. Tangannya memasukkan kembali kotak pensel ke dalam begnya.

“Err… tak ada apa-apa yang rosakkan?”

Ihsan tunduk memandang kad matriknya yang lain daripada biasa itu. Lambat-lambat dia menggeleng.

“Kalau macam tu, saya balik dulu.”

Khali.

Maisa mengambil isyarat diam itu sebagai ya. Maka kaki digerakkan berjalan keluar.

Sebaliknya, Ihsan pula berkerut dahi memandang kad matriknya yang sudah bertukar wajah dengan lanyard yang tertulis ‘Don’t lose me, don’t lose me’ itu. Sumpah itu bukan miliknya. Milik gadis itu, mungkin? Kepala diangkat dari kad matrik ke hadapannya-- tempat miss bazooka duduk tadi.

Kosong.

Terus dia memandang ke kiri, gadis bertudung hitam itu sudah berjalan bertapak-tapak jauh daripadanya.

“Miss bazooka!"

Maisa berpaling. Serentak dia mengangkat kepala, bertanyakan kenapa.

“Err.. ni?” Tali lanyard itu ditunjukkan kepada gadis itu.

Maisa tersenyum. “Untuk awak. Hadiah dari saya.”

Ihsan mengangkat kening.. ey?

Dan Maisa menyambung ayatnya yang tergantung tadi. “So that it won’t fall again... next time. Tader la nak susahkan diri sendiri.. kan? Don’t lose it… again okay?”  Mata dijulingkan lalu berpusing kembali dan berjalan pergi.

Ihsan tersengih bagai kerang busuk di situ. Lanyard itu dipegangnya lama.

Don’t lose me, ey? Kepala digelengkan.

Never!




15 Surat Chenta ♥


Poskad 1
Posted on Tuesday 7 May 2013
@ May 07, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


September 2009

PEN FABER-CASTELL berwarna hitam itu dicampakkannya kembali bersama-sama nota yang bertimbun di atas meja belajarnya itu. Dari tadi dia cuba fokus untuk menyiapkan laporan untuk subjek Dr. Hisham itu tapi harapan tinggal harapan saja bila mindanya bukan lagi tertumpu kepada subjek Land Surveying di hadapannya itu tetapi sebaliknya pada kad matrik yang tergantung elok di papan biru bertentangan dengan meja belajarnya ini.

Ahmad Redha Ihsan Abdul Qayyum.

Nama yang tertera di atas kad itu dibaca sekali lagi di dalam hati. Masih  tiada lagi tangkapan carian tentang diri lelaki ini di dalam kepalanya.

Buntu.

Hanya ada nama, nombor matrik dan kad pengenalan sahaja yang tertera di atas kad keras itu. Yang lain?

Tiada. Ilek. Nada.

Tiada nombor telefon untuk dihubungi, tiada nama hostel mana yang dia perlu cari, tiada nombor plat motor/kereta untuk dipanggil...

Nothing. Just nice, Ais!

Saudara, macam mana saya nak cari awak ni? Dia bertanya dalam hati.

Maisa menggaru kepala yang tak gatal tu. Sungguh, dia tiada jawapan untuk soalan itu. Matanya berpaling pulak kepada jadual peperiksaan akhir di sebelah kad matrik itu.

Dah nak start exam… Halahaih.. takkan nak dibuat tak tahu saja kut. Simpan kad matrik ni buat-buat terlupa/tak nampak/apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk dijawab kembali bila dipersoalkan nanti. Tak di dunia sekarang, di akhirat nanti.

Gulp. Tekak macam tersepit bila part akhirat itu muncul.

Tak baiklah Maisa. Entah-entah pemilik kad ni tengah pening mencari di mana perginya kad matrik ni. Mana taknya final exam dah nak start. Tanpa kad matrik ni, dah tentulah tak boleh masuk exam hall. Dan bila dah tak boleh nak masuk exam hall, sah-sah la kena repeat subjek.

Repeat subjek?

Maisa, itu namanya menzalimi orang tu.

Kad matrik itu dipandang lagi. Muka lelaki berkaca mata itu dipandangnya.

Lama.

Dia menggaru hujung dahi lagi. Sumpah tak kenal!

Pertama kali kut dia terjumpa dengan lelaki itu sepanjang tiga tahun dia di sini. Muka itu pun sipi-sipi saja di ingatannya. Di dalam ingatannya hanyalah seorang lelaki. Berbaju tees hitam, memakai kaca mata. Hanya tiga point itu saja yang bermain di kepalanya. Yang lain? Nada! Dah tu, celah mana lagi nak mencari pemilik kad ni?

Lelaki berbaju tees hitam dan memakai glasses bukanlah spesies rare di universiti ini. Berlambak! Merata-rata. Adess. Nasib tak baik sungguhlah hari Khamis ni!

Kepalanya mula menerewang mengingat peristiwa pagi tadi, semasa dia tersesat mencari kelas Bahasa Inggeris di School of Engineering (SOE) itu.


“Ya Allah, permudahkan hariku ya Allah.” Doa Maisa dalam hati sambil matanya menerewang mencari kelas Delta1.3c. Dari jauh matanya membaca perkataan ‘Delta’ yang tertera di plat logam di dinding batu bertentangannya itu.

Betullah ini bangunan Delta tapi kenapa dia tak jumpa-jumpa juga kelas 1.3c ni. Dari tempat parking tadi sehinggalah sudah nak masuk School of Architecture (SOA) pun dia masih tak berjumpa dengan kelas yang Nab nyatakan dalam mesejnya tadi.

Pantas tangannya mengeluarkan Samsung dari beg galasnya. Nama Nab dicarinya di direktori telefon bimbitnya itu.

Mirah, Miza, Naa.. Nabilah.

Call-in.

Teeet.. teeet..

No answer.

“Ya Allah Nab masa ni jugak kau tak angkat phone.” Maisa membebel. Ikon hijau itu ditekannya lagi. Berkali-kali. Tak sabar.

Sekali lagi. Tiada jawapan.

Jam Baby-G  di tangan kirinya dijeling sekilas. 8.45 pagi. Maknanya dia sudah lambat 15 minit untuk ke kelas Bahasa Inggeris itu.

Gulp.

Maisa menelan air liur. Muka garang Miss Talibah itu sudah bermain di kepalanya. Ayat terakhir dari wanita dari Mesir itu terngiang-ngiang di telinganya.

“Miss Maisa, if you fail to attend my class again next time I really don’t mind to exclude you from my class. By mean of that, yes, you have to repeat my subject in the next semester.”

Major gulp.

Maisa menggelengkan kepala. Tak mungkin dia mahu repeat! Bukan saja nak kena tambah satu lagi semester dengan singa betina itu, entah-entah silap haribulan  pointernya pun akan menurun secara mendadak. Dan bila pointer drop, sah-sah kena ikut proses soal selidik dengan papa yang sangat mementingkan perihal pelajaran anak-anaknya!

Sudahlah proses soal selidik dengan papa itu sama dengan mimpi hitam. Mimpi ngeri!

Mana taknya, proses soal selidik dengan papa itu dah lebih kurang sama dengan proses penyiasatan polis. Dia akan ditanya dari A hingga ke Z, ditalukan pula dengan bedilan-bedilan soalan, dan kalau jawapan masih tidak memuaskan.. back to step 1, ulang balik sampai papa puas hati. Tak ka mimpi ngeri namanya itu?

Tak boleh jadi ni. Terus halaju kaki dinaikkan.  By hook or by crook, dia mesti masuk kelas Miss Talibah jugak walau macam mana pun.

Tiba-tiba lagu Never Say Goodbye itu bermain-main di telinganya. Lampu LCD berkelip-kelip tanda ada panggilan masuk. Nama Nab tertera di skrin yang berlatar belakangkan gambar Lee Junki itu. Terus dia menekan butang hijau.

“Weii kat mana kelas ni weii? Aku dah pusing satu SOE ni cari, tak jumpa-jumpa. Kau ni biar betul bagi aku nombor bilik nih? Entah-entah salah info!” Pantas dia mengajukan soalan tanpa salam macam selalu. Darurat.

“Wohooohoooo. Chill weii chill.” Suara Nab menjengah gegendangnya. “Sekarang cuba kau bagitau aku kau kat mana ni?”

Maisa memandang sekeliling. Mencari petanda yang sesuai untuk diberitahu kepada Nab. Ada kedai peralatan menulis di hadapannya.

“Ni ha ABC Stationary Shop. Sebelah kanan dia ada lift..” Maisa menghuraikan satu persatu kepada Nab yang lagaknya macam dah tahu sangat dah dengan jalan-jalan SOE ni. Padahal Nab tu pun satu spesies dengan dia. Spesies tak ingat jalan! Lagipun SOE ni bukanlah tempat diorang. Sejujurnya inilah kali pertama dia ke sini. Tupun sebab Miss Mesir tu punya pasal.

Last minute tukar venue.. Dah elok-elok kelas kat library.. tup-tup last day class, dia tukar pergi SOE. Terkejut juga dia tadi bila melihat kelas kosong. Ingatkan kelas kena postponed (Mula dah terasa nak menari hoola-hoop kat situ). Tup-tup dapat mesej dari Nab.

“Our class will be held at Delta1.3c, SOE. 0830. Please be punctual. -Miss Talibah”

Please be punctual? Rasa nak meraung je dia kat tengah perpustakaan tadi. Mana tidaknya jam dah pukul 8.25 pagi tapi dia masih lagi di perpustakaan, menunggu di sana. Sudahla nak ambik masa ke library - SOE tu dekat sepuluh minit jugak. Itu pun kalau full speed -- tapi dengan dia yang berbazooka tergantung di belakang dan beg galas yang penuh segala harta benda ni, memang nasib  baik yang tip top saja lah nak sampai SOE sebelum 8.30. Mahu saja rasa nak ponteng kelas Miss Talibah tu tapi bila mengingatkan ayat terakhir singa betina itu…

“...By mean of that, yes, you have to repeat my subject for the next semester.”

Repeat?

Repeat?

Terus dicekalkan hatinya berlari ke SOE tapi lain halnya pula bila dah jejak je kaki kat SOE ni…kelasnya pula tak jumpa! Banyak betul cobaan dan pancaroba pagi Khamis ni.

“Eh pusing balik, kelas ni kat penjuru alam. Kau jalan terus dari lift tu.. pastu..” Suara Nab tenggelam timbul di telinganya.

“Hellloooo Ais! Kau dengar ke tak ni?” Suara Nab dah nyaring di corong telefon. Mungkin geram bila si kawan ni masih main aci-tak-aci-dengar je ni.

“Ye, ye aku tengah dengar ni. So aku kena pusing balik?” tanya Maisa cepat-cepat. Takut Nab dapat mengesan perangai berangan dia tadi. Sambil-sambil itu dia membetulkan bazooka di bahu kanannya itu.

“Kau berangan ke apa ni? Ya Allah, Ais. Relaks! Kau tahukan kau ni cemerkap bila kau gelabah. Chill…”
Maisa menarik nafas. Hembus… chill, Ais, chill!

“Macam ni, kau pusing balik menghala parking lot. Kelas ni dia dekat dengan parking. Kau jalan straight, lepas tu dekat vending machine jual air tu kau kena pusing kanan, lepas tu kau akan nampak toilet.. jalan depan sikit ada penjuru tu.. kau masuk kanan.. lepas tu kau nampak Delta1.3c.” Laju Nab menerangkan sekali lagi tanpa noktah.

Ternganga Maisa cuba mencerna arah yang diberi Nab itu ke dalam kepalanya. Parking. Straight. Vending machine. Toilet.

“Get it?”

“Hurmm… okay kut.”

“Okay la macam tu. Best of luck! Aku ni lari keluar kejap kelas dia.. kang aku lambat masuk kang mula dia Miss Nabilah, where are you going.. why you took so much time.. bla bla bala! Tak sanggup weii.. bernanah telinga aku. So nanti kita jumpa kat kelas. Kau jangan buat perangai tak datang pula. Nanti dia marah!”

“Ye, ye aku tengah datanglah ni.”

“Baguslah macam tu. Okaylah aku blah dulu. Kau cari kelas elok-elok.  Bye.”

Tupppp. Talian dimatikan laju.

Maisa hanya mampu memandang skrin yang sudah kosong itu sebelum dimasukkan kembali ke dalam bag galas. Halahaih.. Relaks Ais, relaks. Jangan cepat gelabah. Cool…

Otaknya cuba mengingat kembali ayat-ayat petunjuk dari Nab.

Pusing balik?  Vending machine.. toilet..

Dia mengangguk-angguk sendiri. Ikutnya dia macam ada perasan je vending machine tadi. Terus serta-merta badannya berpusing 360 darjah ke belakang mengikut apa yang disarankan oleh Nab tadi.

Kedebaaammm.

“Auchh.” Suara orang sebelah mengaduh di sebelah kanannya.

Maisa berpaling laju ke arah kanannya. Ada seorang lelaki yang sedang menggosokkan dahinya yang sudah jelas kelihatan merah tu. Ini mesti kes terlanggar bazookanya ini. Aduhai, susah jugak bila ada ‘senjata’ ini. Asyik mahu ‘membedal’ saja. Lelaki ini bukanlah orang pertama yang telah merasa penangan bazookanya.

“Sorry sorry. Sumpah saya tak nampak saudara kat belakang saya tadi.”

Lelaki itu mengangguk. Dia mengangkat kedua-dua tangannya, menunjukkan isyarat ‘It’s okay’. Terus dia tunduk mengutip kertas-kertas yang terkeluar dari fail biru di tangannya itu. Tanpa berkata apa-apa, Maisa ikut sama menunduk dan mengutip kertas-kertas yang berselerak di atas lantai itu. Tangan terasa mahu mengetuk saja kepala sendiri yang cemerkap tak bertempat ni. Kan dah susahkan orang lain…

 “Nah. Sorry ya saudara. Banyak-banyak sorry! Bazooka ni memang selalu buta jalan, main rempuh je orang.” Tangan dilunjurkan memberikan kertas-kertas yang dikutipnya tadi kepada lelaki itu.

“It’s okay.. I gotta go. Dah nak dekat pukul 9 ni. Saya ada kelas ni. Thanks anyway..” Tangan kanan diangkat sebelum dia berpusing, meninggalkan Maisa yang masih tercegat di situ.

Maisa melepaskan lega. Nasib baik jugalah dia tak dihentam tadi. Kalau tidak, tambah lagilah cobaan di pagi Khamis ini. Maisa mula bergerak kembali.

Tapp.. Kakinya terasa seperti memijak sesuatu. Pantas dia menunduk ke bawah. Ada sekeping kad matrik di bawah kasutnya. Pantas dia menunduk, mengutip kad matrik di atas lantai. Wajah skema lelaki tadi itu terpapar di atas kad matrik tu.

Ya ALLAH…

Serentak Maisa berpaling ke belakang semula, mencari bayang lelaki tadi tetapi koridor itu sudah pun kosong tidak berpenghuni. Hanya dengan beberapa orang pelajar yang sedang duduk di bangku melayari internet percuma universiti. Hadoii.. mana pergi pulak saudara nih?!

“It’s okay.. gotta go. Dah nak dekat pukul 9 ni. Saya ada kelas. Thanks anyway..”

Kata-kata terakhir lelaki itu diulang tayang di kepalanya. Tiba-tiba hati Maisa dipagut resah, tak sedap hati. Bila teringatkan ayat si lelaki itu.

Part sebelum part saya-ada-kelas itu keluar..

Dah nak dekat pukul 9 ni.

Gulp. Automatik matanya menjeling jam di tangan.

Dah nak dekat pukul 9? Pukul sembi-what?!  Ya ALLAH..

Kelas Miss Talibah! Mampuih kau Maisa, mampuihhhh.

* * *



I kept everything inside
And even though I tried, it all fell apart
What it meant to me
Will eventually be a memory of a _

TOK, TOK, TOK..

Jejari runcing itu mengetuk permukaan meja.

Maisa membuka headphone di kepala. Lagu In The End nyanyian Linkin Park itu hilang di gegendang telinganya lalu digantikan dengan ucapan salam dari kak Fatin; akak sebilik yang cool lagi baik di hadapannya itu. Senyuman automatik terukir di bibir Maisa.

“Bila kak Fatin balik?” tanya Maisa, berbahasa. Pen yang dipegangnya tadi diletakkan seiring dengan alat-alat tulis yang lain di atas meja. Tumpuan pada slide powerpoint tadi sudah bertukar arah ke wajah kak Fatin yang sudah berdiri di sebelahnya.

“Baru dua tiga minit lepas. Orang tu syiok sangat ber-karaoke sampai tak dengar akak balik.”

Maisa tersenyum lebar. Memang dah jadi lumrah hidup seorang Maisa dah, asal buat kerja saja kena dengar lagu. Dengar lagu je buat kerja. Pastu kalau lagu pasang volume tahap romantik-romantik, aci tak dengar ni memang tidaklah. Dia satu puak dengan head banging punya clan. Volume maksima. Maka nanti tak dalah nak twinkle twinkle little star bila buat kerja. Tambah-tambah dengan subjek ubat tidur macam ni. Memang wajib la dia dengar lagu kuat-kuat sampai nak pecah speaker tu kalau boleh.

“Ais puasakan hari ni?”

Maisa mengangguk. “Kenapa? Kak Fatin nak belanja buka puasa ke?”

“Aaahh belanja. Tapi bukan kafe punya tapi ini…” Kak Fatin meletakkan beg kertas kotak-kotak hijau yang tadi disorokkan di belakangnya ke atas meja.

“Kak Fatin bungkuskan dari rumah. Nasi lemak sambal tumis ikan bilis. Your favourite.”

“Serius ke ni kak Fatin?” Mata Maisa sudah bulat bercahaya. “Waaahhhh ini sayang kak Fatin lebih ni.” Tangannya rancak membuka bag kertas. Rakus bila mendengar perkataan nasi lemak sambal tumis ikan bilis itu.

“Ada dua ni?” Dua Tupperware di dalam bag di bawa keluar. Kening dijungkit sebelah. Banyaknya kak Fatin bekalkan untuknya.

“Bukaklah dulu.”

Pantas tangan membuka Tupperware pertama itu. Semerbak haruman nasi lemak buatan Umi Marwah -- ibu kepada kak Fatin -- itu memenuhi kompartmen biliknya.

Gulp. Dia menelan air liur. Hampir rompong imannya. Sabar, Ais, sabar… kejap je lagi waktu nak berbuka tu.

Tangan beralih pula kepada Tupperware yang kecil sedikit dari Tupperware sebelumnya tadi. Perlahan-lahan penutup itu dibukanya. Mata yang tadi bercahaya tu bertambah lagi  silauan spotlightnya bila melihat isi dalam Tupperware yang lagi satu tu. Mulut sudah jatuh terlopong. Dia terasa mahu meloncat. Rasa mahu menjerit.

“Ya, Allah kak Fatin. Ini lepat pisang ni.” ujar Maisa sambil terbangun memeluk kak Fatin yang sudah duduk di atas katil, bersebelahan dengan meja studinya.

“Iullah dari minggu lepas akak dok dengar kamu dok membebel nak lepat pisang, nak lepat pisang. Alang-alang akak balik rumah tadi, akak suruh umi buatkan.”

“Susah-susahkan umi dengan Kak Fatin je. Segan la Ais macam ni.” Maisa melepaskan rangkulannya. Dia mengambil tempat di sebelah kak Fatin.

 “Tak payah segan-segan. Ais ni dah macam adik akak sendiri tau.”

“Terima kasih daun keladi akak. Nanti Ais mesej umilah, nak ucapkan terima kasih. Sayang akak dengan umi banyak-banyak.”

“No hal. Ni Ais banyak kerja ke?” Tangannya menepuk perlahan-lahan belakang Maisa. Matanya menyoroti meja studi Maisa yang penuh dengan buku-buku itu.

“Aah semuanya nak kena siapkan minggu. Biasalah kan hujung semester memang macam ni.”

Kak Fatin mengangguk setuju. Waktu hujung-hujung semester itulah yang paling perit sekali. Semua benda perlu disiapkan. Kerja tugasanlah, laporan amalilah… dan dengan waktu peperiksaan yang bakal menjelma kurang dari 48 jam ini. Tiba-tiba matanya tertangkap sesuatu yang tergantung papan biru bila dia melihat slip peperiksaan Maisa. Keningnya terjungkit sebelah.

“Aikk.. kenapa kad matrik ni ada kat sini pulak?” Jari telunjuk kak Fatin tertunjuk ke arah kad matrik yang tergantung di board Maisa itu. Dahi sudah berkerut seribu.

“Ahh tu.. Ais jumpa tadi kat SOE. Tak tahulah macam mana nak cari pemilik dia, ingat nak bagi kat pak guard je esok. Kut-kut nanti dia ada cari kat sana ke.”

Kak Fatin bangun dari duduknya lalu mendekatkan diri pada papan itu. Kad matrik itu ditariknya berhati-hati dari papan bewarna biru itu. Takut pula merosakkan nota-nota kecil yang Maisa tampal elok di sana.

“Ini Sun kan ni?” Kad dipusingkan ke belakang membaca nama penuh yang memang tertera di belakang kad itu. “Ahmad Redha Ihsan. Aah betulla. Budak engine kan?” Tanyanya lagi.

Maisa hanya mengangkat bahu. “Mungkinlah kut sebab Ais jumpa kad ni pun kat SOE tadi. Kenapa? Kak Fatin kenal dia ke?”
“Tadak la kenal betul-betul kenal. Kenal macam tu je. Dia pernah jadi head-committee untuk sport’s day SOE, kak Fatin ni assistant dia.” Kak Fatin berterus terang. Matanya masih lagi menilik kad matrik itu. Kening berkerut-kerut, memikirkan sesuatu.
“Ermm kak Fatin rasalah kak Fatin ada simpan nombor dia lagi. Kejap eh..” Kak Fatin keluar dari kompartmen bilik Maisa dan kembali dengan telefon bimbit di tangan.

“Rasa-rasanya adalah..” Tangan Kak Fatin sudah rancak memicit butang telefon bimbitnya itu. Mencari nama Ahmad Redha Ihsan di direktori telefonnya.

“Aah… ini dia.. 012-2123111.”

Maisa hanya mengangguk. Tangannya segera mencapai pen hitam yang tersedia di atas meja itu tadi.  Sticky-note warna biru di dalam bekas pensil juga ditarik keluar. Lantas nama dan nombor telefon lelaki itu dicatatnya laju dan mengulangnya kembali untuk memastikan apa yang dicatatnya sama dengan apa yang diberitahu kak Fatin tadi.

“Aah betullah tu. Jangan lupa pulak call dia. Banyak pahalanya bila kita mempermudahkan urusan orang. Insha-Allah, nanti Allah permudahkan juga urusan kita.”

“Thanks kak. Nanti Ais akan cuba call dia tanya macam mana. Nasib baiklah kak Fatin ada, kalau tak jauh juga nak mengukur jalan nak pergi jumpa pak guard esok.”

Pen hitam dipusing-pusingnya. Hilang sudah beban yang ditanggung sejak pagi tadi itu. Kelas English tadi pun dia dah lepas bala. Semangat dia memohon maaf tadi dan nasib baiklah Miss Mesir itu mahu berkrompomi, tenang saja mendengar alasannya dan mungkin menjelang malam nanti, kesulitan yang dilaluinya sejak pagi tadi mungkin akan hilang. Betullah di setiap kesulitan, pasti ada kemudahan! Alhamdulilah.

“Kalau dah boleh tolong, memanglah kak Fatin tolong. Tak apalah, kak Fatin pun nak start buat revision kak Fatin ni. Ais sambunglah dengan kerja Ais tadi. Jangan lambat-lambatkan pula nak telefon dia. Entah-entah dia dok tengah gila cari kad matrik dia tu sekarang ni…”

Maisa hanya tersengih. “Baik kak. Insha-Allah, nanti malam Ais telefon. Sekarang nak siapkan report ni. Sebelum pukul 5 nanti dah nak kena email dekat lecturer.”

Kak Fatin mengangguk faham sebelum mara ke arah kompartmennya meninggalkan Maisa bersendirian di kompartmennya. Selepas kak Fatin berlalu pergi, Maisa sekali lagi memandang sticky-note biru itu. Nama lelaki itu dibacanya lagi.

Ahmad Redha Ihsan.

Sun? Panggilan yang kak Fatin sebutkan tadi ternigang-ngiang di telinganya. Kenapa ya bunyinya macam familiar saja ni? Tangan menggaru kepalanya yang tak gatal.


9 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum | Kisah Selepas