Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Poskad 11
Posted on Wednesday 31 July 2013
@ July 31, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


SUASANA DI studio lima sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin yang bising dan juga hujan lebat di luar sana. Rata-ratanya semua dah balik ke bilik untuk berehat atau pun keluar ke kafe mencari makanan tengah hari. Hanya tinggal dia dengan Wahidah saja yang sedang menyiapkan model masjid Kowloon di Hong Kong yang sudah 75 peratus siap itu.
         
“Aku tak sabar nak tunggu benda ni habis. Nak qada’ tidur.” Kata Wahidah sambil tangannya meletakkan gam gajah di base kepingan itu lalu dilekatkan di atas board bersaiz A0 itu.
         
Maisa mengangguk. Dia sendiri pun berfikiran demikian. Tidur. Itu yang dia dan kawan-kawan perlukan. Mana taknya habis saja kertas terakhir, mereka dah kena masuk studio siapkan untuk pameran heritage studies yang akan berlangsung dua hari lagi ni.
         
Dan lepas saja pameran tu nanti barulah mereka bebas dari apa-apa tanggungjawab. Nak buat apa pun buatlah. Nak qada’ tidur 24/7, go ahead. Nak makan banyak-banyak, makan.. free to do so. Sebabnya ini semester terakhir mereka. Lepas ni dah tak payah masuk studio…
         
“Kau nak buat apa lepas ni Ais?”
         
“Sambung master kut. Kau?”
         
“Kerja dulu rasanya.. dah penat la study ni. Kerja setahun dua baru aku sambung master kut tapi kau tak pa Ais, kau dedicated student memang patutlah kau sambung..”
         
“Lepas ni kau jadi sifoo aku la.”
         
“No hal.. entah-entah nanti kau habis part two, tengok-tengok aku yang jadi assistant kau..”
         
“Entah-entah kau pun sambung jugak nanti..”
         
“Aku ni kalau dapat peluang aku sangap je. Tunggu lagi.”
         
Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Nama Nab tertera di skrin handphone. Lantas tangan menekan butang hijau.
         
“Hello..”
         
“Ais, kau kat mana? Kat studio eh?” Tanya Nab bila selesai saja menjawab salam daripada Maisa.
         
“Aah. Kenapa?”
         
“Kau studio berapa?”
         
Maisa mengangkat kening. Kenapa pulak si Nab ni bertanyakan perihal studio dia ni. Kalau dulu bila diajak masuk tengok, laju-laju dia menolak tapi sekarang tak sabar-sabar nak tahu.
         
“Studio lima. Kau kat mana ni?”
         
Tuppppp.
         
Talian dimatikan di hujung sebelah sana. Maisa menggelengkan kepala. Rasa nak cabut je kepala Nab ni; semuanya dibuat main ikut kepala dia. Dia kembali ke model yang ditinggalkannya. Tangannya mencapai gam..
         
Klikkk.
         
Pintu studio terbuka dari luar. Kepalanya dipanjangkan untuk melihat siapa yang datang. Muncul muka Nab dengan Mardia di antara pintu sambil tersengih lebar. Maisa bangun dan berjalan ke arah kawannya. Pelik kenapa tiba-tiba kawan baiknya itu mencemar duli ke studionya itu.
         
Dan tiba-tiba Kak Fatin muncul dengan kek di tangan.
                     
Happy birthday to you.
Happy birthday to you..
         
Ketiga-tiga mereka bernyanyi bersama-sama sambil berjalan menghampirinya.

Muka yang tadinya pelik, tak faham itu dah bertukar menjadi gembira.

Wahidah yang tadinya duduk itu pun turut sama bangun menyanyikan lagu ‘happy birthday’ kepadanya.
         
“Birthday aku esok la.” Jam di tangan dijeling. Pukul 12.30 tengah hari. “Lagi 12 jam.”
         
“Ehh hembus la dulu lilin ni.”
         
Maisa tunduk lalu menghembuskan lilin di atas kek yang berbentuk kunci itu. 21 tahun dah rupanya aku hidup kat dunia ni.
         
“Kitorang buat awal sebab esok aku dengan kak Atin ada exam. Malam nanti kena struggle baca buku. So tak apalah kan awal 12 jam?”
         
“Thanks korang.” Kata Maisa lalu memeluk ketiga-tiga gadis yang sememangnya dia akan sayang sampai bila-bila. Dari Nab ke Mardia ke Kak Fatin. Semuanya dia sayang..
         
“Nak menangis la tu?” Mardia membuat muka. “Nah potong kek cepat.. aku dah lapar ni.” Kata Mardia lalu menyerahkan pisau memotong kek itu kepada Maisa.
         
“Tapi aku pelik la…”
         
Mardia dan Nab berpandangan sesama sendiri.
         
“No pranks? Biar betul?” Kata Maisa. Dia pelik. Selalunya setiap tahun -- without fail -- Nab dan Mardia mesti akan ada idea pelik-pelik untuk kenakan dia.

Contohnya di tahun satu, dia dikenakan dengan serangan belon air oleh mereka di malam hari jadinya. Di tahun kedua pula dengan insiden cooking bila dia ‘dimasak’ -- dibaling tepung campur telur -- dengan kedua-dua budak nakal tu tapi tahun ni, tahun terakhir dia disini.. ilek.

Tak ada apa-apa prank yang ditaburkan oleh Mardia dan Nab tetapi dengan hanya dengan surprise birthday cake.

Macam something wrong somewhere..
         
Matanya dikecilkan memandang Mardia kerana bukan Mardialah kalau tak ada rancangan-rancangan nakal ni.
         
Mardia mula gelabah di tempatnya. Takkan Maisa tahu kut apa plannya dengan Nab. Matanya menjeling ke arah Nab yang berpura-pura menangkap gambar kek itu.
         
“Kau ada letak apa-apa eh dalam kek ni?” Maisa memandang kek itu was-was.
         
 Phewww.

Mardia menghela nafas. Nampak macam cik Ais kita belum tahu je. Fuhhh. Nasib baik!

“Mana ada. Ishh kang nanti apa-apa jadi kat anak orang.. aku juga susah.”
         
“Kau tak bubuh julap ke? Drugs?”
         
“Ish aku beli la ni. Celah mana aku nak ada masa letak julap..”
         
“Tapi pelik la kau tak guna idea gila kau macam selalu..”
         
“Kau nak ke tahun ni?” Mardia tersenyum meleret.
         
Maisa menggelengkan kepala. “Kau jangan aku ada pameran ni nak kena siapkan..”
         
Mardia dan Nab berpandangan sesama sendiri.

We will see, miss Ais.

We will see..


 -----------------------

Salam 'alaik and greeting. This is probably my last updates before I go for hiatus. May be I will come back after September? Lots of reading and writing up for dissertation. Wish me luck, guys.
I'll reply to ur comments once I am done okay. Thankyuuuu



3 Surat Chenta ♥


Poskad 10
Posted on Friday 12 July 2013
@ July 12, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


NAB MEMASUKI bilik asrama di tingkat tiga itu. Lampu kompartmen Maisa dan Mardia masing-masing menyala tanda mereka sudah berada di dalam bilik. Kakinya tidak dihalakan terus ke kompartmennya sebaliknya ke arah kompartmen Mardia.

“Oittt.. baru balik?” tanya Mardia bila dia menyedari Nab yang sudah duduk bersama-sama di sebelahnya yang sedang menilik buku itu. Volume MP3 direndahkan. Earbuds ditarik keluar. Lagu Micheal Jackson - Heaven yang bermain di telinga hilang sebaliknya digantikan dengan bunyi putaran kipas di siling.

Nab mengangguk. Tangannya mencapai spinning pen warna oren Mardia itu. Dipusingkannya menggunakan tangan kanannya. Tupppp. Terjatuh. Sekali lagi dia mencuba nasib. Dua saat lepas tu. Tuppp terjatuh balik.

Nab mengeluh. Pen diletakkan dan fokusnya kembali ke arah Mardia yang tengah baca slides power point di atas kertas A4 itu.

“Ais ada?” tanya dia perlahan. Seakan berbisik-bisik.

Mardia menggeleng. “Dia pergi toilet. Mandi kut.. Macam kena hujan je. Diakan tak boleh kena hujan sikit. Kalau tak mandi, sah-sah demam esok…”

Nab diam. Bantal empat segi Mardia diambil dibawa ke pelukan. Masih lagi tidak menjawab soalan dari Mardia tadi.

“Kau pergi mana tadi? Lambat balik. Kata nak pusing Uni… takkan sampai tiga jam lebih kut.”
 
“Makan kat luar. Ada orang belanja.”

Mardia yang tadinya duduk bersila dah bertukar postur. Duduk antara dua sujud, memandang Nab.

“Siapa belanja? Ais?” Kalau Ais yang belanja, memang dia nekad, dia nak merajuk sebulan.

Nab menggeleng. “Ahmad Redha Ihsan. Finally aku dah tengok dah mamat matahari tu.” Pandangan dihalakan ke kipas di siling yang sedang berpusing laju ikut kelajuan maksimum itu.

Mata Mardia dah bertukar menjadi bulat. “Ahmad Redha Ihsan? Kitorang punya ex-president tu? Matahari?”

Nab mengangguk. Yeapp the very the one.

“Korang keluar dengan dia ke? Serius? Macam mana boleh jumpa dia pulak ni? Dia belanja? Damn. My loss.” Bertalu-talu Mardia menyerang Nab dengan gugusan soalannya.

“Aaah, kami keluar dengan dia. Serius. Jumpa dekat bus stop. Oh yehhh his treat. Watch out your mouth and yes, your loss.” Nab menjawab straight semua soalan dalam satu nada.

Mardia mengangguk-angguk. Memang satu kerugian. Sumpah tatipoo. Bukan senang ex-president SOE tu nak belanja orang. Tambah-tambah lagi dengan orang yang dia dua kali jumpa.

“Dia ada rupa.” Fokus mata ditalukan ke dinding pula.

Tapi Maisa bukan jenis macam tu; jenis akan suka orang sebab rupa. Ingat lagi ‘pertengkaran’ mereka di kafe beberapa bulan yang lepas. Tentang Gong Chan dengan Jung Woo. Tapi kenapa? Nab memandang Mardia. Otak dia tak dapat menghadam persoalan tak masuk akal di dalam kepalanya tapi she rubbed her nose kan tadi?

Mardia membalas pandangan bila mendengar komen Nab itu.

Takkan kut Nab dah masuk kelab planet Ihsan kut? Janganlahh.. dia sendiri dah menyampah dengar budak-budak satu kelas dok berdiskusi pasal Ihsan.. janganlah dekat bilik ni pun Nab nak ajak berdiskusi juga kut.

“Aku on la dengan idea gila kau tu.” Akhirnya dia membuka bicara.

“Idea gila?” Yang mana satu? Yang nak ajak keluar karaoke minggu depan tu ke? Ataupun plan nak ambush Kak Fatin kat rumah dia tu? Atau yang pasal matchmaking Ais dengan…

Demit.

Bukan Nab yang jatuh hati tapi Ais. Aikkk Ais? Seriously?

“Aikk bukan hari tu kau cakap tak nak ke? Kesian kat Ais kalau kita prank dia yang bukan-bukan. Why so sudden?” tanya Mardia. Dia ingat lagi bila minggu lepas sebaik saja dia khabarkan plan akhir semester dia tu dekat Nab. Nab awal-awal letak sign NO WAY dekat cadangan matchmaking dia tu. Kata Nab tak eloklah nak memainkan perasaan Ais tapi sekarang? Kenapa tiba-tiba?

Nab membaringkan diri di atas permaidani biru itu. Tangan diletakkan di bawah kepala.

“She rubbed her nose..” Dia pandang Mardia. Moga-moga apa yang di kepalanya ini boleh diblueetooth masuk ke dalam kepala otak geliga itu.

Mardia angkat kening. Apa salahnya kalau Ais pegang hidung dia sendiri?

Tapi kejap-kejap -- kepala mula menangkap ayat yang cuba Nab sampaikan itu -- Maisa pegang hidung dia? Bukankah itu tandanya..

Pandangan Mardia dan Nab bersatu. Sama-sama memandang dasar mata masing-masing. Faham sangat-sangat dah.

“Lepas aku tanya dia ada hati tak kat mamat matahari tu..” Sambung Nab.

Mardia sudah jatuh rahang.

Fakta #1 pasal NurMaisa; Dia akan sentuh hidung dia bila dia menipu. True fact. Scientifically proven.
…dan dia sentuh hidung dia bila Nab bertanyakan soalan cepumas tu.

Bagaikan Bluetooth, Nab dapat mengagak apa yang Mardia fikirkan. Cepat-cepat dia mengangguk.

“Wow.. betullah yang kita suspek selama ni. Dia ada hati kat mamat tu!”

Nab angguk laju-laju. “Awal semester hari tu pun aku dah suspek bila dia bagi jatuh forks kat tengah-tengah dining tu. Knowing her, dia bukan jenis cemerkap macam tu unless..”

“Dia gelabah.” Sambung Mardia.

Fakta #2 pasal NurMaisa; Dia akan cemerkap bila dia gelabah..

“Tengok tadi masa makan.. aku rasa lelaki tu pun macam suka dia.”

Kedebuuupp. Jatuh plushies biru yang dipegang oleh Mardia itu. Kepalanya terus menghadap Nab. Mahu mendengar teori Nab Nom Nom.. yang bukan saja pandai dalam bab-bab makan tetapi juga bila masuk bab-bab perasaan.

“Dia layan Ais lain macam. Dia punya attentions are so focused on her. Kalau aku jadi awek dia, aku pun merajuk.”

Nab teringatkan memori sejam yang lepas bila Ihsan sikit-sikit dengan Ais.

Awak nak makan apa?

Nak minum apa?

Is it okay with you?

Nak tambah lagi?

Hampir 80% perkataan yang keluar dari bibir mamat matahari itu adalah untuk Maisa. Tak hairanlah Sarah boleh bebal macam tu sekali tadi. Sapa tak sakit hati bila pakwe sendiri ambik berat pasal gadis lain. Depan batang hidung sendiri pulak tu.

“Wow.” Mardia tak terkata apa. Speechless.

“So on la ni? Projek matchmaking kita tu?” tanya Mardia bila dia kembali bertenang.

Nab tersenyum monkey. Jari telunjuk dengan jari hantu diangkat. Peace!

“Tapi kita nak buat apa?” Dia memandang Mardia, the thinker.

Klik.

Pintu bilik seakan-akan dibuka dari luar lalu ditutup setelah beberapa ketika.

Ais! Mardia dah meletakkan jari telunjuk dimulutnya menyuruh Nab diam. Kang nanti tak pasal-pasal Maisa dapat menghidu plan ‘baik’ mereka.

Satu minit..

Dua minit..

Lima setengah minit..

Mereka sama-sama diam, tak bergerak di dalam bilik Mardia sampai satu tahap bila Ais mula menjalankan rutin hidupnya yang satu tu.

I’m tugging at my hair
I’m pulling at my clothes

Rutin berkaraoke. Suara Ais memenuhi bilik 3.4 itu dengan lagunya.

Nab menghela nafas. Rasa macam tersepit dengan dinosaur dari belakang dan anaconda di hadapan. Nak luruh jantung…

Phewww.

Dia memandang Mardia di sebelah yang turut sama menghela nafas itu.

I’m trying to keep my cool
I know it shows…

Mardia tiba-tiba tersenyum. Jari dipetik. Mentol dikepala sudah bernyala.

“Aku dah ada idea.”

“Apa dia?” tanya Nab dalam volume seminima yang boleh. Berwaspada.

“Don’t worry. Baik punya plan.” Mardia dah tersenyum monkey. Ibu jari diangkat kedua-dua belah tangan.
Nab masih menunggu jawapan.

“Sini.” Mardia mengeluarkan isyarat tangan, memanggil Nab untuk mendekatinya.

Nab mendekatkan dirinya kepada Mardia. Mardia membisikkan plannya ke telinga Nab. Muka Nab yang konfius tadi dah bertukar menjadi segaris senyuman. Suka. Dia mengangguk-angguk setuju.

“Klasik.. just like our miss Ais. Pandai kau.”

Kalau bab-bab macam ni, Mardia memang The Thinker. Hebat. Otak dia memang geliga.. tambah-tambah bila masuk bab nak pekena orang. Laju saja dia memberi idea.

“Well..”  Kening Mardia dah terjungkit-jungkit bangga.

Bantal empat segi dalam genggaman ditebarkan ke objek depannya itu. “Gila berlagak.” Lidah dikeluarkan.

“I deserved that.. kan?”

Kalau Nab tak kenal siapa Mardia ni sebenarnya, sah-sah dia dah letak cop mohor ‘berlagak’ di dahi perempuan ni tapi tiga tahun jatuh bangun bersama dia tahu yang Mardia ni nampak je macam tu tapi hatinya baik. Cuma sedikit berterus terang saja.

“So Cik Siti Nurnabilah binti Zaini, deal or no deal?”

Mardia dah mengeluarkan tangan kanannya lalu disuakan kepada Nab.

Nab tersenyum. Tangan itu dijabatnya.

“Deal.”

Definitely deal.

............................

Uhuhukhuk. I am at home!!!!! Sebab tu lambat update. Hikhikhik.

Anyway, E and ada buka satu page jual buku-buku terpakai. In case you ols suka buku, suka membeli buku, please take a look at our page. Harga dari RM15 to RM25. Termasuk dengan postage. 

Please support book's cottage (ehehehehe nama kedai buku Abiir!)

Well E jual pun sebab rak dah penuh (and I kept buying) and some of it, E ada dua atau tiga dalam simpanan (sebab kengkawan suka kasi hadiah novel), so that's y.

Here, do like and like and like.

https://www.facebook.com/bookscottage

Kalau sesiapa duduk area SP and nak beli, we can meet up! Harga jadi lagi murahhh. :)

13 Surat Chenta ♥


Poskad 9
Posted on Tuesday 2 July 2013
@ July 02, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


“HUJAN LA pulak.” Nab menjerit sambil berlari anak ke arah bus stand di hadapan perpustakaan universiti. Maisa mengikut dari belakang. Hujan yang tadinya jatuh-nak-tak-nak-jatuh itu sudah bertukar rentak menjadi lebat. Ramai manusia berlari-lari ke tempat yang sama. Bus stand yang tadinya kosong itu dah mula sarat dengan manusia.

“Ni macam mana kita nak balik ni?” Tangan disuakan melepasi bumbung bus stand, bermain dengan hujan.

Nab angkat bahu. “Tunggu reda la kut.”

Maisa mengangguk. Dia memandang hujan yang turun itu. Lebat. Agak-agaknya berapa lama nak tunggu-reda-la-tu-kut? Tangan bermain-main lagi dengan titisan hujan yang jatuh dari bumbung bus stand tu.

Satu minit…

Sepuluh minit…

Hujan masih lebat turun…

“Sorry.” Maisa menuturkan. Rasa bersalah menghantui diri. Kalau tak kerana dia yang mengajak Nab untuk berjalan keliling Uni ni, sah-sah mereka di bilik menikmati nikmat hujan sambil-sambil bersantai dan bukannya duduk di bawah bus stand menanti hujan reda dengan baju yang hampir 50 peratus basah ni.

“Tulla…”

Sebelum sempat Nab menghabiskan ayatnya sebuah kereta Satria Neo berhenti di hadapan mereka.
Tingkap sebelah kiri diturunkan..

Ada seorang gadis yang berambut ikal perang sedang memandang tajam ke arah mereka.

Nab memandang Maisa. Maisa memandang Nab. Sama-sama mereka menggeleng. Sama-sama mereka tak kenal wajah tanpa gula itu! Seminit selepas itu ada terjojol kepala seorang lelaki dari tempat duduk pemandu. Tangan kanan diangkat.

“Hai.” Ujar lelaki itu sambil tersenyum.

Ahmad Redha Ihsan!

Jantung Maisa berdetak dua puluh kali lebih laju.

“Bazooka.. masuklah.” Jerit lelaki itu melawan bunyi hujan di luar dan juga lagu di dalam radio keretanya.

Nab memandang Maisa sambil mengangkat kening. Bazooka? Siapa bazooka? Kepala dipusingkan pula ke sebelah kanannya, ada seorang minah Arab yang berniqab hitam… yang ni ke? Bazooka tu pun dah ada bunyi macam Arab dah tu.

“It’s okay.” Maisa laju-laju menggelengkan kepala. Tambah-tambah lagi bila melihat mata tajam si rambut perang itu.

“Dah malam ni, bas takkan ada punyalah.”

Maisa memandang jam Baby-G di tangan. Pukul 9.00 malam.

Nab mengangguk-angguk. So bazooka ni Ais rupanya. Sejak bila Ais tukar nickname?

“Jomlah. Nanti I hantar balik. Kesian kat kawan you.”

Maisa memandang Nab yang dah angguk-angguk tu. Muka dah buat riak terima-je-la-orang-nak-hantarkan. Lambat-lambat Maisa mengangguk. Kalau tak difikirkan rasa bersalah pada Nab, memang taubatlah dia nak naik kereta itu. Setuju dalam terpaksa.

Ihsan tersenyum. Auto-lock kereta dibuka.

Si rambut perang itu keluar dengan bebalnya. Bag tangan diletakkan di atas kepala melindungi diri dari air hujan. Lama dia memandang -- dengan tajam -- Maisa dan Nab. Mungkin tak suka date dengan abang kesayangannya diganggu dengan kehadiran dua orang gadis selekeh ini.

Nab dan Maisa memandang sesama sendiri. Berbicara menggunakan Bluetooth dalam kepala. Bagi mereka, sudah jelas sangat dah yang si rambut perang itu tak senang dengan kehadiran mereka.

“Masuklah cepat.” Terdengar suara gadis berbaju kotak-kotak itu. Kasar.

Nab terus berlari masuk dan mengambil tempat di tempat duduk belakang diikuti dengan Maisa. Gadis itu kembali duduk di tempat duduknya tadi sambil mengibas bahunya yang terkena air hujan itu.

“Thanks.” Ujar Maisa. Tangan mengelap dahinya yang terkena tempias air hujan tadi.

“Nah tisu.” Ihsan menyuakan kotak tisu ke belakang.

“Thanks.” Sekali lagi ucapan terima kasih keluar dari bibirnya. Lantas tisu itu diambil.

“Anytime. By the way, Bazooka..”

“Maisa.”

“Owhhh. Maisa, ni Sarah.. and Sarah, ni Maisa.” Ihsan memperkenalkan.

Maisa mengangguk-angguk. Tangan diangkat, mahu disuakan ke depan tapi bila Sarah sikit pun tak berpaling ke belakang, Maisa menarik balik tangannya ke bawah.

Nab sudah membuat muka jengkil di sebelah.

Sarah? Maisa menangkat kening.. bukan awal semester dulu Mardia ada cakap girlfriend lelaki ni namanya Amirah ke? Betul la Amirah. Dia ingat lagi. Amirah yang tu muka lain sikit dari yang depan, si mata menikam jantung ni. Sejak bila encik kad matrik ni dah tukar girlfriend ni?

Maisa mengetuk dahinya. Biarlah Ihsan nak dengan sapa-sapa pun kan? Dia mana ada hak apa-apa pun.
Dah Ais.. sejak bila kau paid attention pasal orang lain ni?

“By the way bazooka…”

“Maisa.” Maisa membetulkan lagi sekali. Dari hari tu lagi lelaki ni lebih suka memanggilnya bazooka dari Maisa. Serupa sangat ke Bazooka tu dengan dirinya. Lain kut. Bagai langit dan bumi!

Ihsan pulak tersengih monkey.

“Maisa.. actually I dengan Sarah nak keluar makan kejap. Jom lah ikut sekali. Alang-alang tu I boleh belanja you sekali.”

“Eh eh tak payahlah.” Tolak Maisa lembut.

Dia dah dapat rasa dah aura bahang tuan puteri kat tempat duduk hadapan tu. Bukan dia tak perasan tadi macam mana wajah si Sarah tu bila Ihsan mengajak mereka masuk ke dalam kereta tadi. Masam mencuka!

Dengan mata tajamnya yang kalah pedang samurai tu lagi…

“Alla takkan I nak kena pusing balik masuk Uni kut?”

Zapppp. Maisa berpaling memandang ke luar tingkap. Kereta Satria Neo itu dah selamat keluar dari pintu gerbang universiti.

“You berhenti je la kat sini.”

Zapp.

Maisa dapat rasakan aura pandangan tajam dari Nab di sebelah.Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

“Tengah-tengah hujan ni?”

Maisa diam.

“Kita makan kejap je. I janji lepas tu I hantar you balik. Safe and sound.” Ihsan terus memujuk.

“Tapi..”

“I tak jual you all punyalah. Please…”

Maisa diam. Mata masih difokuskan ke arah pemandangan hujan yang dah mula sayup itu.

“So macam mana? On?” Ihsan bertanya lagi. Matanya melihat Maisa dari rear-mirror keretanya itu. Menunggu jawapan.

Lambat-lambat Maisa mengangguk. Nab dah tersenyum suka. Makan free mana Nab nak tolak. Maisa menggelengkan kepala. Dia berpaling ke luar tingkap melihat suasana neon malam dan jatuh pada cermin sisi hadapan…

Mata tajam itu sedang mencerlun ke arahnya.

Berbara.

Oh oh..

***

“ALHAMDULILAHHH. Kenyang perut aku.” Jerit Nab bila kereta Satria Neo milik Ihsan itu berada lebih dari lima meter jauh dari tempat mereka berjalan. Perut diusap-usap dengan tangan kanan. Langkah kanan sungguh la hari ni.

“Sukalah kau.” Ujar Maisa kosong-kosong. Berbahasa. Kepala sedang memikirkan benda lain sebenarnya.

Nab mengangguk laju-laju. Orang cakap musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Kan?

“Tapi satu je aku tak suka.” Sambungnya selepas seketika.

Maisa berpaling. Rentak kaki diperlahankan, bersaing sekali bersama Nab. Matanya yang tadi mendongak ke langit terus memandang Nab.

“Tak elok la duduk dalam kereta berdua-dua macam tu. Tahulah couple tapi selagi tak ada sijil nikah kat dalam tangan, it is still not good.”

Tudia ustazah Nabilah dah mengeluarkan hujah. Maisa hanya mengangguk. Dia setuju dengan apa yang Nab katakana itu. Betul sangat dah. Tapi memang rata-ratanya itulah terjadi. Bukan saja di universiti, tempat mereka belajar ni. Around the world. Benda dah jadi biasa, jadi normal.

Orang mungkin kata yang diorang duduk-duduk bersembang saja dalam kereta, ada pak guard yang memantau dari jauh, lampu jalan terang berderang tapi apa yang ketiganya bila pasangan ajnabi duduk berdua?

Syaitan nirrojim.

Dan siapa tahu dari duduk-duduk bersembang tak buat apa-apa tu mungkin akan mendorong kepada langkah seterusnya?

Tadi ada jugak mereka mengajak Sarah a.k.a si mata tajam itu berjalan sekali balik ke bilik tapi ditolak mentah-mentah. Nampak sangat merajuknya itu dan mungkin sekarang tengah ada adegan pujuk memujuk dalam kereta tu.

Maisa menghela nafas…

“Kau tak cemburu ke Ais?”

Maisa mengangkat kening. Riak muka dibuat selamba. Kaki dah makin perlahan bergerak. Lambat-lambat dia menggeleng.

“Se.. sejak bila pulak aku ada lesen nak cemburu dengan dua merpati sejoli itu?”

Nab angkat bahu. “Sejak kau ada crush dekat dia.. semester lepas, may be?” Nab cuba mengorek rahsia hati Maisa.

Zappppp. Maisa berhenti mengejut. Hampir berlaga bahu dengan sister di belakang mereka yang sedang berjalan itu. Maisa memohon maaf sebelum matanya kembali memandang Nab yang sedang menunggu jawapan itu.

Satu saat..

Dua setengah saat..

Dia menggeleng. Lambat-lambat.

Nab angkat kening. Tanda tak percaya dengan jawapan dari Maisa itu. Mata tajamnya menyoroti muka bujur sirih di hadapannya itu.

“Kau ni merepek la.” Maisa memandang ke hadapan. Kepala sudah memikirkan idea untuk menyelamatkan diri. Kerana dia tahu kalau dengan Nab, dia helpless. Nab tu dah macam personal lie detector dia. She knows instantly.

Tangan digenggamkan. Hidung digaru perlahan..

“Nab, apa kata on the count of three kita lari tengok siapa sampai bilik dulu nak tak?” Cadangnya. Tiba-tiba.

Nab terpinga-pinga. Tiba-tiba Ais ajak lari malam-malam macam ni? Untuk bakar kalori? Memang la rasa bersalah sebab lantak makan seafood sampai tak ingat dunia tadi tapi nak lari? Alla malasnya.

Telinga sudah menangkap suara Maisa yang sedang mengira itu.

Satu. Dua. Ti..

Maisa dah melepaskan diri. Perlahan-lahan Ais berlari anak meninggalkan Nab.

Nab menggelengkan kepala sambil melihat Maisa yang dah sampai di Blok E itu sebelum hilang memasuki bangunan asrama itu.

“Maisa, Maisa… sejak bila kau masuk gang pelik Mardia ni?” Tangannya menggaru pelipis.

Tiba-tiba dia teringat gesture terakhir Maisa sebelum mencadangkan idea pelik itu.

She rubbed her nose? Kening Nab dinaikkan...

---------------------------

Scheduled post because yours truly is awayyyy for a trip (again) and well, supervisor saya macam tak bagi je nak 'ambil' cuti untuk Ramadhan ni. I dont want to stay here.... huaaa

Maaf emosi.

Have fun.

Your comments are much appreciated.

Xoxo,
E.

5 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum | Kisah Selepas