Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Anekdot kau dan aku.
Posted on Tuesday 25 November 2014
@ November 25, 2014 by Ednin Kesukma Dewi


Uhukhukhuk. Ini adalah cerpengu. Hahaha. Maksudnya, cerpen dan lagu. Sebenarnya, cerpen ini ditulis bila E dengar lagu Try - Colbie Caillat months back. Masa dengar tu, terus tersentak macam kena dengan diri because some points in mah life, I've been too occupied to please people. I hate when I have to let 'em down sampai satu tahap kita sendiri yyang terluka just to make others happy. And I bet that I am not alone, kan? Without further ado, I present you, anekdot kisah kau dan aku, kisah Fikri dan Nadrah, a bunch of happy friends.

:)

Love yourself, peeps before you love others.

Mwah, mwah.

----------------------------------------------------------------------------------

Muka Nadrah kembali cemberut sebaik saja dia melihat dua angka muncul di atas papan bewarna hitam itu. Naik 1.3 kg pulak?! Aik? Bukan sepatutnya berat ni turun ke? Ini kan minggu ketiga sejak dia mula memulakan regime exercisenya? Kenapa naik pula beratnya? Kenapa tidak turun? Bertalu-talu soalan keluar di kepalanya. Dia memang tak puas hati! Mana mungkin? Ish! Dengan bebal, dia turun dari skala timbang itu. Membentak secara diam. Kang nanti kalau menjerit, Azah, si roommate marah pula. Tiba-tiba iPhone di atas meja solek bergetar, menjerit minta diangkat. Laju dia menjawab. Yang sorang ini pulak tak sabar-sabar!

“Hello!”

“Aku dah kat depan ni. Bila kau nak turun? Esok?”

Nadrah membuat muka tak puas hati bila Fikri terus memarahinya tanpa member salam dahulu. Halaihaih. Fikri ni sehari tak sarkastik tak boleh ke? Matanya menjeling sekilas jam di tangan. 11.15 pagi. Padanlah... dia dah terlambat 15 minit. Patutlah Fikri dah sembur awal-awal.

Itulah Fikri, kalau dah berjanji 11.00 pagi, 11.00 pagilah dia terpacak depan rumah. Maknanya dah 15 minitlah laki itu sudah menunggunya. Memang patutlah kau kena bamboo Nurnadrah oii!

Terus Nadrah mencapai gugusan kunci dan beg tangan yang sudah tersedia di atas meja. Soalan kawan baik itu dibiarkan sepi tanpa jawapan. Dia berlari anak turun ke bawah.

“Dah kenapa tunjuk muka toya ni?” Tanya Fikri sebaik saja gadis itu mengambil tempat di sebelahnya.  Tanpa bertanya mahu ke mana, terus gear P ditukar ke D lalu dia mula memacu kenderaan bewarna merah itu.

Diam.

Fikri tenang memandu. Sedikit pun dia tidak terasa pelik dengan perangai diam si gadis. Nadrah ni kalau diam tu adalah sesuatu yang tak kena. Tapi selama kenal Nadrah, dia tahu dia tak perlu memaksa Nadrah untuk bercerita. Kalau Nadrah nak cerita, dia akan cerita dan selalunya...

Satu, dua, ti...

“How come berat aku tak turun jugak, Fik? Kau tahu kan aku dah start training since last week? Hari ni aku check berat aku naik another one kg. Gila tak? Sepatutnya berat aku dah turun, Fik!”
Fikri berdehem. There you go. Nadrah cant never pause even a second to tell.

“Kenapa kau diam ni?”

“Aku tengah drive la.”

Nadrah menjeling. Dia tahulah Fikri tengah drive tapi at least tunjuklah respon. Beria-ia dia bercerita tapi Fikri diam-diam saja.

“Selalu kau okay je bersembang sambil driving.” Getusnya separa sedar.

“Malas.”

Nadrah menjulingkan mata. Mulalah tu nak jadi atok-atok! Nagging je pandai. Cuma memahami sikit, Fikri oii!

“Kau ni ingat senang-senang ke dua hari je ke kau boleh turunkan berat kau ni? And excuse me, why you do it again? Nak cantik? Nak tayang body lawa pada orang?”

Sekali lagi Nadrah menjeling. Geram! Kalaulah ada cili kat tangan ni memang dah dia cabaikan mulut laser lelaki itu.

“Fik, kau tak nampak ke? Aku dah gemuklah. Baju aku dah macam rasa makin mengecil. Pipi aku ni
naik dah macam pau tahu tak? Kau apa tahu?”

Fikri malas menjawab. Soalan Nadrah ni dah dia dengar dari mereka mula-mula bekawan lagi. Naik berat sikit, Nadrah dah kecoh setaman. Cepat-cepat Nadrah akan diet dan cuba untuk kurus kembali dan selalunya tahan sampai seminggulah. Nadrah tu nampak saja jenis macam kuat semangat tapi hangat-hangat tahi ayam saja.

Tapi yang peliknya, sekarang ni lagi rancak dia mendengar Nadrah sebut tiga perkataan ini.

Aku dah gemuk!

Tak pernah tak repeat kalau mereka berjumpa. Dan kalau ikutkan, minggu ni dah nak masuk tiga minggu dah Nadrah mulakan aktiviti ‘jom kurus’nya. Tak give up pula macam selalu?

Halahaih. Fikri mengeluh.

Ini mesti sebab kehadiran Encik Sempurna di tempat kerja Nadrah!

Sejak kehadiran Encik Sempurna, Nadrah dah jadi beauty-concious. Semua benda yang selalu Nadrah ambil ringan dah jadi serious matter.

Tak pernah-pernah nak mekap, sekarang dah pandai pakai lipstick merah, blusher dan bulu mata lentik.

Tak pernah-pernah pakai lain dari tudung bawal, dah mula berselendang, lilit sana sini ikut trend semasa.

Tak pernah-pernah bertumit setinggi alam, dah mula pakai dan sekarang dah nak sama tinggi dia. Agaknya kalau Nadrah pakai lagi dua tiga inci, mesti dia kelihatan katek disebelah Nadrah.

Dan sekarang Nadrah dah mula nak selim-melim. Katanya nak pakai cantik-cantik, supaya Encik Sempurna itu nampak dan tahu kewujudannya di tempat kerja.

Nadrah ooh Nadrah.

“Wei kau dengar tak ni?”

“Dengar...” Malas menjawab. Stering dipusingkan ke kanan sedikit.

“Aku rasa nak join membership gym la. Kawan kau ada buka gym kan? Minta diskaun boleh?”
Fikri menaikkan kening. “Gila apa ni sampai nak ke gym? Tak cukup ke kau dok round tasik kat depan rumah kau tu tiap-tiap hari?”

“Berat aku dah naik la. Kalau ada trainer, senang sikit nak turun kut. Dia mesti pantau kita kan?”
Fikri mengangkat bahu. Entahlah, dia mana pernah join gym pun. Dia bukannya hairan sangat pun. Lagipun setiap minggu dia selalu hiking bersama kawan-kawannya. Tak perlu ke gym untuk itu.

“Eh... minta tolong eh. Kau tanyalah kawan kau.” Nadrah mula merayu.

“Kau nak apa sebenarnya ni? Nak please Encik Sempurna tu je ke sampai nak jadi bukan diri kau?”
Nadrah tak menjawab, sebaliknya dia mula menayang sengih.

“Please, Fikri. Kau boleh join sekali. Perut kau tu makin ke depan gak tu. Macam mana nak mengorat gadis masa depan kau!”

Fikri tidak menjawab. Sebaliknya jelingan maut dihadiahkan kepada Nadrah!

Hapersal dia yang pulak yang kena ni? Tapi ye ke perut dia makin ke depan?

“Kau?” Menu ditutup. Matanya memandang gadis yang sedang bermain dengan telefonnya.
Nadrah meletakkan iPhone di atas meja. Dia tersenyum ke arah waiter yang sedang menunggu di sebelah.

“Sky juice dengan fruit salad ye. Dressing dia seminima yang boleh. I tanak mayo semua tu.”
Fikri memandangnya tajam. Kepalanya rasa nak meletup dengan perangai Nadrah sekarang.

“Apa?” Tanya Nadrah bila dia perasan mata bulat yang sedang membara tu.

“Sejak bila dah bertukar jadi kambing ni?”

Nadrah membuat muka. Nak sindir oranglah tu!

“It’s lunch, bukannya supper. Mana kau nak dapat tenaga macam ni? Lepas ni kita nak jalan jauh kut?” Getusnya geram. Bukan Nadrah tak tahu yang hari ni mereka akan ke Johor untuk photoshoot kut. Kalau dia tahu Nadrah buat perangai macam ni, tak payah dia nak ajak Nadrah teman dia hari ni. Biar dia sorang je buat job tu. Ish!

“I got my own protein bar. Don’t worry, mister!” Beg tangannya ditepuk-tepuk.

“Tadi pagi makan apa?”

Nadrah sengih. Sebenarnya dia tak makan apa-apa. Terbangun lambat tadi.

“Tak makan kan?” Fikri menggeleng kepala.

“Fik, kau tu lelaki kau cakap senanglah, tak perlu nak fikirkan berat badan… penampilan. Berat tak senang naik... Aku ni lain.”

“Atas basis apa kau cakap macam ni? Of course lelaki pun ambil berat, we have our own insecures too! Tapi kami tahu limit, we don’t go overboard, we accept who we are. Kenapa nak kena hard sangat pada diri? Nak kurus, nak mekap, nak jadi cantik...”

“Nanti kau dapat bini gemuk baru kau tahu. Baru kau faham perasaan aku...” Nadrah membalas. Lelaki! Cakap senanglah tapi hari tu juga Nadrah ada baca artikel di internet mengenai suami yang curang pada isterinya hanya kerana isterinya sudah tidak cantik, tidak kurus...

“I don’t care as long as she’s healthy. Ini makan salad je apa hal. At least kalau nak diet, portion kena betul, kena balanced, cukup zat semua. Kurangkan meat, banyakkan sayur. Have your breakfast, jangan berlapar.”

“Yeah mr dietician is coming to work today.”

“Whatever Naddy, its all up to you. Lantak kaulah. I’m having our favourite macaroni and cheese. Selamatlah jadi kambing macam tu…” Bukan dia tak tahu yang macaroni and cheese ni memang favourite Nadrah.

“Dengkilah kau ni.”

Fikri tak menjawab. Sebaliknya iPhone di tangan dibeleknya.

Nadrah memegang bawah perutnya. Mukanya sudah pucat tidak terkata. Peluh merembes keluar dari kepalanya yang ditutupi selendang. Terus dia mengambil tempat di atas kerusi di pantry. Nak termuntah! Halahaih, tangannya terketar-ketar. Lambat-lambat dia menulis mesej di telefon bimbitnya.

‘Free tak? Can you fetch me at work?’

Dia pasti dia tidak boleh memandu balik begini. Nak tumpang rakan sekerja pun rasanya tiada yang ada kecuali pak cik guard di bawah tu saja. Yellah sekarang kan dah pukul 9.30 malam. Rata-rata mereka semua sudah pulang. Hanya dia saja yang stay kerana ada tender yang perlu disiapkan sebelum minggu ni.

“Are you okay?”

Satu suara menegurnya dari belakang. Lambat-lambat dia menoleh. Rupa-rupanya ada manusia lagi di ofisnya ini.

“Ya Allah, pucatnya awak.”

There you go, Encik Sempurna! Encik Sempurna yang workaholic. Bukannya dia tak tahu perangai Encik Sempurna yang satu ni.

Tubuhnya mula terasa seram sejuk. Kepalanya makin sakit. Pandangannya mula kabur.

“Nadrah, are you okay?” Sekali lagi dia bertanya.
Nadrah menggeleng sebelum dia jatuh rebah.

*****

“Hey! Kau okay?” Suara itu berbaur risau. Lambat-lambat Nadrah membuka mata. Muka Fikri menyapa matanya. Sekarang dia berada di atas bilik putih. Klinik? Hospital? Kepalanya mula mencongak, mencari ingatan sebelumnya. Kalau tak silap, dia ofis dan sakit... mesej Fikri...

“Why am I here?”

“Kau kat bilik rawatan Klinik Tawakal ni. Are you okay? Kau pengsan dekat office. Aku call kau dan ada orang jawap dan dia cakap kau kat sini... apparently kau pengsan sebab kena gastric.”

“Siapa yang hantar aku?”

Fikri angkat bahu. “Aku rasa budak office kau kut.”

“Tadak manusia la kat sana. Ramai dah balik...”

Tuppp. Kepalanya teringkatkan gambaran terakhir sebelum dia rebah tadi.

“Encik Sempurna!”

Fikri menarik nafas. Ya Allah, dalam sakit-sakit ni pun boleh teringatkan Encik Sempurna dia tu ka?

“Kau tengah sakit pun boleh cakap pasal dia eh?”

“Dia yang bawa aku ke sinilah Fikri.”

Fikri mengangguk-angguk faham. Dia memang sudah berjumpa lelaki yang menjawab panggilan itu tadi. Lelaki tinggi tegap berkaca mata itu semestinya Encik Sempurna Nadrah. Dia yang lelaki ini pun terikut kena dengan wow-efek si pemuda tadi, apatah lagi yang gadis-gadis seperti Nadrah ni kan. So itukah Encik Sempurna Nadrah? Fikri bertanya pada diri sendiri.

Taufik! Yap Taufik namanya. Lelaki itu ada memperkenalkan diri tadi. Selama ni dia kenal hanya pada nama yang digelarkan Nadrah.

“Aghhhh kenapa aku pengsan tadi! Damn it.”

“Nadrah?”

“Ya.”

“Kau tahu tak kau tengah sakit?”

Nadrah tersengih. Sakit yang dirasanya tadi telah hilang.

Fikri terus bangun dari tempat duduk.

“Kau nak pegi mana ni?”

“Panggil doctor la. Aku rasa kau dah boleh keluar ni. Dah okay kan?”

Nadrah mengangguk.

Pintu ditutup.

*****

Tangan mengelap air mata yang mencurah-curah laju. Ini adalah kali pertama mereka bergaduh. Tak pernah-pernah persahabatan 10 tahun ini berakhir dengan pergaduhan besar macam ni. Selalunya mereka akan sama-sama mengalah tapi tadi...


“Tengok ni..” iPhone dihulurkan pada Fikri.

“Nak buat apa ni?” Fikri hanya memandang sekilas. Botol air diteguknya. Mereka baru saja menyudahkan lima lap larian di litar stadium itu.

“Nak beli. Berat aku dah tak turun la. Plateau je sejak dua minggu ni. Tengok testimoni ni, diorang makan ni seminggu dah turun 5 kg!”

“Stop it, Naddy. Stop this crap.”

Nadrah yang sedang rancak scroll timelinenya itu memberhentikan kerjanya. Dah kenapa suara pak cik ni bertukar pulak ni?

“Dont worry, Fikri. Produk ni dah dapat kebenaran dah ni.. tengok ni orang luar Negara pun guna.”

“Kau tak faham ke apa aku cakap tadi? Stop!” Botol air dicampakkan ke dalam beg sukannya. Zip beg sukan warna sudah ditarik dan dia mula berjalan ke tempat parkir, meninggalkan Nadrah jauh di belakang. Remote control ditekan. Enjin dihidupkan.

“Kenapa laju sangat ni.” bentak Nadrah sebaik saja dia masuk ke dalam kereta.

Fikri tak menjawab sebaliknya dia mula memandu. Kalau dia menjawab soalan Nadrah ni, dia boleh jadi marah!

“Fik... nanti singgah bank jap.”

Diam.

“Fik. Boleh tak? Kalau tak, esok jelah aku bank in.”

“Kau beli apa pulak ni?” Bukannya dia tak tahu, Nadrah ni kuat membeli belah. Tambah-tambah di zaman serba boleh ni. Senang je proses membeli, di hujung jari.
Nadrah diam. Takut pula dia nak bercerita. Fikri sekarang bukan Fikri yang sporting macam dulu.
Fikri menarik nafas. Dia bukannya bengap kalau tak faham.

“Are you saying...” Fikri kehilangan kata. “Nak kata kau tader akal, kau ada.. but why you just can’t think, Naddy?”

“It’s my money, it’s my body. Kau tak payah pandai-pandai nak judge aku, Fikri. And stop saying aku bodoh tader akal semua, I know what am I doing. Stop being a mommy, will you?”

“I’m not nagging at you, Naddy. I just can’t understand what you’re trying to do! For god’s sake, kau tahu tak kau dah obsess sangat ni. Kau ingat produk bagi kurus tu elok ke untuk body? Kalau kau nak kurus, nak diet. Okay, I’m fine with it! Go ahead, but be natural don’t put on drugs on your body.

Bukan kau tak pernah baca, dengar cerita keburukan produk-produk kurus ni. Some cases lead to death kau tahu tak? Mana kau letak kepala kau ni?”

Nadrah menggenggam tangan. Fikri ni sudah melampau. Dia mahu membuka mulut tetapi sebaliknya Fikri dah menyambung dulu...

“Kalau ini yang kau lakukan untuk your so called, Encik Sempurna. Forget ‘bout it, Naddy, he is not your worth.”

“Eleh, kau cakap rancak la sekarang tapi dulu kau pun sama saja. Kau ingat aku lupa ke bila kau cuba tackle Maya dulu? Sanggup berhabis duit belikan dia barang semua, last sekali kau tinggalkan dia juga and why is that? Sebab dia dah tak lawa untuk kau kan?” Tempelak Nadrah. Dia ingat lagi alas an sambil lewa Fikri bila dia bertanyakan sebab perpisahan itu. Kata Fikri, Maya dah tak cantik di matanya. See? Blah la kau, Syed Fikri Syed Fattah. Mahu nasihat orang tapi dia pun dua kali lima camna?

“Lelaki yang baik akan terima kebaikan dan keburukan gadis yang dia pilih.”

“Wow, thats impressive. And where do you collect this quote, mister?” Nadrah menghadiahkan senyuman sinis. Lelaki yang jenis ‘date and go’ macam Fikri ni mana tahu apa itu cinta sebenar! Fikri mana tahu yang cinta itu perlukan pengorbanan... dan inilah ‘pengorbanan’ Nadrah!

Fikri memandangnya lama. Tajam. Kalaulah Naddy ni lelaki, memang dia teleng dah kepala itu.

“I just know.”

Kereta diberhentikan di hadapan rumah teres.

“You’re not even worth my time. And now get out!”

*******

Nadrah mengelap air matanya. Bantal-bantal yang dia baling sebentar tadi diangkat dan diletakkan kembali di atas katil. Dia menarik nafas, lega setelah menangis. Remote hitam di atas meja solek dicapai lalu dia menghidupkan iPod yang sudah bersambung dengan speaker luar itu...

Lagu Try dari Colbie Caillat memenuhi bilik kecil tu.

Air mata terjatuh lagi.

Aduhai Nadrah!


-TAMAT-



Labels:


5 Surat Chenta ♥


Poskad 14
Posted on Monday 18 August 2014
@ August 18, 2014 by Ednin Kesukma Dewi


Assalamualaikum semua...

Wahh tik tok tik tok, dah nak dekat dua bulan Vice Versa di pasaran. Purposely, post blog ini adalah untuk berterima kasih pada yang membeli Vice Versa dan juga menulis komen dan review yang E rasakan sangat membina untuk penulisan akan datang. Terima kasih, nanti kalau E ada masa E akan kumpulkan semua review dan komen-komen untuk diletakkan di dalam blog.

Cuma sekarang ini, penulis ini mungkin akan sekali lagi hiatus. Uhukhuk, yes, I'm continuing my studies, again. Tapi dont worry, I am still here and there.

Sekarang ni tumpuan E adalah nak siapkan kisah Along + Abiir yang sebenarnya dah dapat idea how the plot would be dan kisah Poskad juga sebenarnya sudah tamat dan sudah dihantar untuk penilaian. Doakan ya supaya semuanya berjalan dengan lancar. Anyway, E nak belanja sedikit excerpt from Poskad.

Enjoy.

----------------------------------

MAISA BERJALAN MASUK kedining tempat mereka menginap itu. Kakinya bergerak ke arah balkoni hotel lalu dia mengambil meja di hujung sana. Sengaja dia memilih untuk makan pagi di luar, mengadap Gunung Kinabalu pagi ini. Tak susah pula untuk dia nak berebut tempat kali ni. Mungkin sekarang bukan musim cuti sekolah ataupun waktu masih awal pagi. Mungkin ramai yang memilih untuk menyambung tidur di bilik.
                Hanya dia saja menapak keluar awal-awal pagi tadi untuk melihat matahari terbit dari bumi Kinabalu. Kamera yang setia di poket seluarnya dibawa keluar. Gambar-gambar yang ditangkapnya tadi dilihat kembali.
                Sampai pada satu gambar yang membuatkan senyum Maisa bertukar segaris. Gambar matahari yang sedang mula menunjuk sinar itu sudah kembali kepada peristiwa tak sampai sejam tadi.


                “Ahmad Redha Ihsan!”
                Maisa yang sedang merekod momen indah di hadapan itu terus terkedu. Panggilan nama itu membuatkan pergerakkannya terhenti serta-merta. Terus dia kaku di atas batu itu.
                Nama itu…
                Bukankah nama sebenar Sun?
                Lantas kepalanya menggeleng. Tak mungkin nama itu milik ‘Ihsan’ yang dia kenal saja kan? Ramai lagi manusia yang bernamakan nama yang sama.
                Perlahan dia menghirup udara sebelum berpaling ke arah suara nyaring tadi.
                Dang!
                Di kanannya…
                Memang ada Ihsan yang dia kenal.
                Sedang tersenyum suka.
                Dengan gadis di sebelahnya.
                Maisa hampir terjelepuk di situ. Efek terkejut, barangkali. Cuma kali ini dia berjaya menyelamatkan diri dengan memegang kerusi kayu di taman itu. Beberapa saat kemudian, setelah dia berjaya mengkomposkan diri, Maisa cuba untuk mengangkat kaki untuk pergi tapi malangnya, satu suara memanggilnya dari belakang sebelum sempat pun dia bergerak setapak.
                “Miss?”
                Maisa menarik nafas. Mampuslah… nak pusing ke belakang, ke tidak ni?
                “Excuse me, miss. Can you do us a favour?”
                Sekali lagi suara itu bersuara.
                Maisa menarik nafas lagi. Lebih dalam dari tadi. Seraya, dia berpusing ke belakang.
                “Yes? Sure… why not?” Hati masih berdetak deras. Maisa menarik nafas, mengawal debarannya. “Tangkapkan gambar ye?”
                Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. “Yeap. Here…” Kamera bertukar tangan.
                “One… two… cheese.”
                Klik. Klik. Klik.
                “Thank you, miss…” Kata lelaki itu sebaik saja Maisa habis menangkap gambar-gambar pasangan itu.Lelaki itu memandangnya beberapa saat. Kemudian, kembali terus ke gadis yang sedang menunggu di belakang mereka.
                Maisa mengangguk dan berlalu pergi. Sedikit pun dia tidak memandang ke belakang. Hatinya yang dulu terasa retak, kini terasa kembali sakitnya.
                Terasa lagi cucuknya bila Ihsan seolah-olah tidak mengenalinya. Malah lelaki itu terus berpaling sebaik saja memberikan kata terima kasih.
                “I dengan dia is nothing. Tak ada apa-apa. Tak akan ada apa-apa. Faham?”
                Memanglah dia, Nurmaisa, ni tak akan ada apa-apa makna pada Ahmad Redha Ihsan.



MUKA NAB berubah mendatar sebaik saja dia melihat Maisa mengeluarkan laptop putih dari beg belakangnya lalu diletakkan di atas meja makan mereka. Lagi bertambah datar riaknya bila Maisa sedikit pun tak ambil endah dengannya. Bertambah semangat Maisa menekan butang di laptopnya.
                “Ais…” Dia mengumam keras.
                Maisa diam terkutik tak berbahasa. Matanya masih lagi fokus di skrin laptop putih itu.
                “Kita tengah holiday la.” Mata dijegilkan kepada Ais.
                Sejak semalam sebelum tidur lagi Maisa sibuk membuat kerja, kini, ketika sedang menunggu makan malam pun masih dengan kerja. Padahal masing-masing kan tengah bercuti. Padahal Maisa sendiri yang semangat nak ke sini hari tu. Alih-alih dia saja yang macam beria-ia nak melancong. Yang kedua laginya ni sibuk dengan gajet masing-masing. Percutianlah sangat kan bila kerja mengikut sekali dari belakang.          
                “Kejap-kejap. Aku send kat Jenny jap kerja aku ni. Lagipun makanan tak sampai lagi kan.” Maisa membalas dengan mata masih tidak berubah fokus.
                Nab menggelengkan kepala. Pandangan dialihkan kepada Aniq  yang sedang menilik phone jugak itu. Ini lagi sorang! Betullah selepas ni dia nak buat peraturan baru; no gadgets during vacation. Serius.
                “You buat apa pulak ni?” Nab memanjangkan leher, cuba melihat apa yang Aniq sedang lakukan.
                “Check email.” Aniq menunjukkan skrin iPhonenya kepada Nab. Memang tiada rahsia pun di antara mereka.
                “Strictly lepas kita kahwin nanti.. Honeymoon. Vacation. Semualah, no gadgets.” Keras dia menuturkan.
                Aniq tergelak sendiri. “Aye aye, sayang.” Dia mengedutkan hidung. Membuat muka comel. “But let me check my inbox dulu ey?”
                Nab mengeluh. Arkitek semua macam ni ke? Workaholic? Sama-sama je dua orang arkitek di hadapannya ini. Maisa sibuk nak siapkan desain kerjanya manakala Aniq pula sibuk dengan emailnya. Halahaih.
                “Alla Nab kejaplah.. aku tahulah kau pun sama kan main facebook sekarang ni kan?” Maisa mengenyitkan matanya kepada Nab.
                Nab tersengih lebar bila dia sudah terkantoi dengan Maisa. “Mana kau tahu?”
                “Aku tengah check facebook. Kau dah selamat check-in kan. Siap tag aku dengan Aniq sekali.” Mata jatuh kepada paparan facebook di skrin laptop.
                “Kau bukak facebook ey?”
                Maisa mengangguk-angguk. “Sambil tunggu attachment ni upload. Kenapa?”
                Nab bangun lalu duduk di sebelahnya. “Bak sini kejap. Nak pinjam.” Laptop sudah ditolak ke arah Nab di kirinya.
                Nab menekan-nekan butang keyboard. “Tengok ni.” Panggilnya.
                Maisa pusing mengadap paparan facebook. Zappp.Terus dia membuang pandang ke wajah bakal pengantin di sebelahnya.
                “Motif?”
                “Saja nak tunjuk.”
                “Tak perlu kut.”
                Matanya menjeling juga pada paparan profil Ahmad Redha Ihsan di ruang sosial facebook itu. Gambar dari tepi yang ditangkap candid itu diletakkan sebagai gambar paparan. Tidak nampak rupa sebenarnya sekarang tapi Maisa yakin itulah Ahmad Redha Ihsan yang dia pernah ada perasaan dulu tu. Bukankah gambar itu ditangkap di taman belakang chalet mereka kelmarin? Dia pasti. Kerana dia juga ada di situ.
                “Add la..” Nab menyuruhnya.
                Mata Maisa membulat. “Buat semak wall je lah.”
                “Tak semak. Dia jarang update.” Nab memandang Maisa sambil mengangguk-angguk.
                “Add je la. Aku tolong addkan eh.” Nab dah mula bermain touchpad.
                Tangan Maisa cekap menghalang. “Tak payahlah.. buat apa?” Tangan itu digenggam erat.
                “Kau ni masih ada perasaan lagi ke kat dia?” tanya Nab betul-betul.  Matanya memandang dasar mata bundar itu. Mencari jawapan.
                Tangan terungkai juga seraya dia menggeleng laju. Enam tahun berlalu, dia kini, sudah mula pandai menyorok perasaan. Kalau dulu dia naïf sekarang tidak lagi.
                “Itu crush je lah.” Dia memberitahu lagi. Tangan yang sudah disorok di bawah meja itu digenggam hebat. Cuba untuk tidak membuat gesture oh-I-caught-you-lie itu lagi.
                “So apa salahnya kau add dia?” Nab tak berputus asa.
                “Nab…” Dia rasa nak menangis bila dipaksa-paksa begini.
                “Apasal ni?” Aniq mencelah di antara mereka. Kepala diintai-intai di sebalik laptop itu.
                “Ni ha Ais punya ex-crush. Dia malu pulak nak add.” Nab menjawab. Laptop itu ditolak ke arah Aniq di hadapan mereka.
                Aniq terus meletakkan iPhone di tepi. Teringin juga dia melihat setinggi mana taste Maisa ni. Mana tidaknya, dulu, selama mereka membuat master bersama-sama, dia tak pernah langsung mendengar ayat-ayat saya-jatuh-cintalah-dengan-dia dari mulut Maisa.
                Gadis itu gadis yang… secretive. Perahsia.
                Maisa mungkin suka berkongsi cerita -- melalui cerita Maisa jugak lah dia jatuh hati pada Nab -- tapi dua benda saja Maisa tak pernah bercerita.
                Tentang perasaan. Tentang family.
                “Tak nampak pun muka dia.” Komennya. Hanya nampak gambar separuh muka seorang lelaki yang sedang bersembang dekat dengan seorang gadis itu.
                “Aku dah add dah.” Aniq menyuakan balik laptop itu ke arah Maisa.
                Maisa jatuh rahang.
                “Apasal kau add dia?” Dia berkata keras. Mata memandang langit, melihat bulan yang penuh itu. Aci tak nak bertukar jadi werewolf malam ni?
                Aniq mengangkat kening The Rock. “Salah ke?”
                Maisa diam. Tiada jawapan. Tak salah tapi..
                “Jangan risaulah.. kalau kau tak suka kau cancel balik. It’s all in your hand.” Aniq menyambung bila melihat Maisa diam tak marah. Air jus oren itu disisip dengan straw. Senang tak jadi seorang Aniq Akmal? Simple betul pemikiran.
                Maisa membawa jarinya ke perkataan ‘Cancel Your Friend Request’ itu tetapi sebelum sempat dia men-double click.. satu paparan kecil muncul di kanan skrin.
                                Ahmad Redhan Ihsan accepted your friend request.
                Maisa tersandar terkejut di belakang kerusi.
                Nurul Nabilah dan Aniq Akmal!!!!

14 Surat Chenta ♥


Pembukaan Order Vice Versa
Posted on Tuesday 10 June 2014
@ June 10, 2014 by Ednin Kesukma Dewi




Salam dan selamat pagi semua.

Buat yang tidak berkawan dengan E di facebook, korang mungkin tak tahu yang E sebenarnya ada buka order untuk Vice Versa. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah PM (NAMA, ALAMAT, BILANGAN NASKHAH DAN NO PHONE) di facebook atau emailkan ke theredradio9@yahoo.com.

Kebaikannya membeli dengan E adalah, signature (ahaks) dan juga penanda buku (ahaks, one of my fav thing is bookmark!).

Kekurangannya adalah anda terpaksa menunggu lebih lama sedikit sebab E kena dapatkan buku dari JS dahulu sebelum dihantar ke rumah anda (menggunakan perkhidmatan abang posmen).

Tapi boleh saja kalau anda nak beli sendiri di kedai JS atau pun kedai buku berdekatan.

Thank you, thank you kerana sudi menyokong E. Kalau boleh nak je peluk korang semua. Ihiks.

Anyway,

Buat yang tak tahu, in case ada apa-apa nak tanya, boleh la drop comment di sini atau di FB. Marilah bersosial bersama-sama.


6 Surat Chenta ♥


Assalamualaikum and greetings.
Posted on Thursday 5 June 2014
@ June 05, 2014 by Ednin Kesukma Dewi


INI STICKY POST! ENTRY BARU ADA DI BAWAH!


Dengan ini dengan rasa rendah dirinya nak minta maaf sebab E mungkin akan going hiatus until further notice. Maka, E mintak ampun banyak-banyak kalau buatkan korang tertunggu-tunggu, atau apa-apalah. Ampun, ampun, ampun.

Thank for being such a good readers. InshaALLAH, mungkin akan diupdate kalau mood itu ada.

Sorry for being such a hurm pemalas-nak-update? Seriously rasa bersalah orang tinggal notes/message but I just cant these days.

I love you.

Fii amanillah.

Ednin.


pssst: Ke ada orang nak tolong updatekan? :P

15 Surat Chenta ♥


Vice Versa
Posted on Wednesday 28 May 2014
@ May 28, 2014 by Ednin Kesukma Dewi



Bagi yang merindui, menunggu kisah Hariz-Ezzah dalam Bencisayang. Here you go, Vice Versa yang bakal keluar bulan Jun nanti. Cuma dalam ni nama Hariz dah bertukar ke Uzair, dan tajuk pun dah beruba ke Vice Versa.

If I were to rate my own story, I know I could perform better, masih ada ruang untuk peningkatan. Insha-Allah. Kalau ada yang sudi membeli, E harap korang dapat review dan bagi kritikan yang membina untuk E improve next time.

Terima kasih yang sabar menunggu. Bertahun jugak lah kan? I think since I started my MSc kan? Almost two years. Hihihi.

Terima kasih, korang.

Hugs and kisses,
Ednin.



11 Surat Chenta ♥


Poskad 13
Posted on Tuesday 6 May 2014
@ May 06, 2014 by Ednin Kesukma Dewi


KEDEBAMMM.
Ihsan menjeling. Kepala digelengkan dengan sikap budak-budak Sarah itu. Apa yang dia ingat pintu kereta tu dia punya ke? Dia ingat dia yang bayar roadtax,insurans sampai ada hak nak tutup pun gedegang macam tu. Adess. Ihsan menarik nafas. Cuba berlagak tenang.

Kunci dimasukkan dan enjin Neo dihidupkan. Aircond dipusing ke tahap maksima. Fuhhhh. Dia cuba menahan sabar. Dari masuk restoran tadi sampailah diorang keluar balik ni pun Sarah tetap dengan perangai emosinya yang entahapahapa tu.

“You sukalah ada secret admirer.”

Ihsan menghela nafas. Tengok, dia dah mula dah..

Ihsan memekakkan telinga. Berpura-pura tak dengar. Gear ditukar kepada reverse. Cermin tengah dipandangnya. Entah kenapa dia rasa nak cepat pulang. Cepat sampai uni, cepatlah dia hantar Sarah ni balik asrama. Cepat hantar Sarah, cepatlah dia bebas dari tuduhan yang tak berasas ni.

“I cakap dengan you ni, Ihsan.”

“Yeee I tahuuu. I kan tengah driving ni.” Bar level sabar dalam diri dah tinggal separuh. Kalau dihentam, diprotes juga, memang keluar radar berbahaya lepas ni.

“Geram okay I tengok perempuan tu. Ada hati dekat you.. dia tak tahu ke yang you dah ada girlfriend. Pastu berani lagi nak dekat dengan you. You pulak sukalah, ada orang suka, ada orang admire.”

“Entah-entah kawan dia yang kenakan dia.” Ihsan menjawab sepatah. Cukup syarat. Kalau dia diam membisu. Nanti lagi panjang leteran mak cik ni.

“Oh please. Nak prankkan kawan sendiri? To that extend? Banyak lagi prank yang ada. Baling tepung. Sorokkan kasut? Prank call? Kenapa boyfriend I jugak yang dia nak ambil?”

Ihsan diam. Dia menekan brek. Ada pulak kereta yang nak keluar. Sudah, dia terpaksa stuck nak tunggu turn keluar parking lot ni.

“You ni! I tengah cakap you buat bodoh pulak.”

“You nak suruh buat apa. I cakap you bantah balik. Baik I diam.” Suara dah mula bergetar. Sungguh dia tak faham apa kondisi perempuan ni sampai tahap tak betul macam ni?

“You nak marah I kenapa?”

Ihsan menggenggam stereng kereta. Matanya menjeling side mirror. Kereta Proton Saga di belakang masih lagi menyekat keretanya dari keluar. Brek tangan ditarik ke atas.

“Ahmad Redha Ihsan?”

Ihsan mengeluh. “Please. You diam kejap boleh? I nak drive ni.”

Sarah membulatkan mata. Tak pernah-pernah Ihsan bertindak sedemikian. Kalau selalunya kalau dia marah, berleter Ihsan akan tetap cool tapi malam ni? Dia suruh aku diam? Sebab perempuan tu?

“You suruh I diam? Sebab perempuan tu?” Suaranya ditinggikan.

Ihsan diam. Tak membalas. Akhirnya kereta Saga yang menyekat keretanya itu bergerak. Pantas tangannya menurunkan brek tangan. Pedal minyak ditekan. Tersentak ke depan Sarah yang tidak memakai tali pinggang keledar itu.

“Apasal you bawak kereta macam orang high ni?”

Ihsan tidak menjawab sebaliknya tangannya menekan butang ‘ON’ pada bahagian tengah dashboard. Sedetik kemudian lagu Better Comes Tomorrow nyanyian Alter Bridge memenuhi kereta Satria Neo putih itu.

Sarah mendengus. Geram bila diperlakukan macam tu. Dia memandang ke luar. Malas nak melayan. Kemudiannya, kereta Ihsan melintasi sekumpulan gadis yang sedang berjalan keluar dari restoran mereka tadi. Hatinya tiba-tiba menggelegak. Genggaman tangan dikejapkan.

Matanya difokuskan kepada gadis memakai tudung hitam corak bunga putih itu. Tersenyum suka. Gembira bergelak ketawa. That Ais girl! Bertambah bara di dalam hatinya.

“Ihsan, stop the car.”



MEREKA SAMA-SAMA ketawa bila mengingatkan memori-memori lucu selama tiga tahun mereka bersama. Dari tahun satu sampai tahun akhir, ada saja kisah-kisah menarik mereka kutip sepanjang tiga tahun itu.Sesungguhnya, moga-moga selepas tiga tahun akan datang ini pun mereka akan masih bersama-sama. Mencipta momen. Mengukir kisah.

Maisa tersenyum suka bila melihat senyuman yang terpampang di hadapannya. Alhamdulilah malam terakhirnya di universiti adalah malam yang terbaik dia pernah rasa.

“Hey perempuan!” Satu suara menegur mereka. Kasar. Seolah-olah tidak tahu apa itu adab sesama manusia.

Keempat-empat kepala itu berpaling serentak. Senyuman dan ketawa di wajah sudah bertukar segaris.

Tergamam.

Maisa memandang Mardia yang berdiri di sebelahnya. Sepertinya juga, Mardia sendiri pun kelihatan keliru.

Sarah mencebir. Geram pulak melihat perempuan yang tengah buat gaya innocent di hadapannya ini.

“I tengah cakap dengan you.” Kini dia sudah berdiri di hadapan Maisa. Sama paras. Mata ke mata. Hidung ke hidung.

“Ohh ye?” Hanya itu yang mampu Maisa katakan. Dia tak tahu asas punca kenapa Sarah yang dulunya manis, lemah lembut ini dah bertukar menjadi Sarah ‘Singa’ Betina.

“You buat-buat tak faham ey?”

Mardia dah menguis lengan Nab disebelahnya. Sudah terbau masalah besar akan mengundang!

Maisa hanya mampu menggeleng. Matanya dah mula menangkap mata-mata lain -- di dalam restoran, di tengah parkir kereta -- yang sedang memandang cerekarama minggu ini. Yang peliknya, bukan malam Sabtu macam selalu. Malam Selasa. Pukul 9.30 malam. Awal setengah jam dari waktu siaran.

Sarah tersenyum sinis. Pantas tangannya mengeluarkan poskad yang sememangnya sedia ada dalam beg tangannya. Poskad yang dia buang tapi dikutip balik oleh Ihsan. Poskad yang dia rampas dari tangan Ihsan kembali dua hari yang lepas itu. Lantas poskad itu dibaling ke muka Maisa yang buat-buat baik itu.

Maisa sempat menangkap. Matanya memandang tulisan di belakang poskad. Tulisan senget, ala-ala Jane Austen..
 
If I could say what I want to see
I want to see you go down
On one knee
Marry me today

Laju dia membaca poskad yang bertatahkan lirik lagu kegemaran dia tu. Masih kabur tentang apa yang menyebabkan kemunculan singa betina ini di hadapannya. Sampailah satu tahap bila matanya berhenti di hujung kanan bawah poskad itu.

Namanya… dan nombor telefonnya.

Terus pandangannya kembali kepada Sarah. “I.. er.. don’t know.”

Sumpah. Dia tak tahu apa-apa.

“So poskad tu tiba-tiba terbang, tup-tup sampai dekat boyfriend I?”

“I tatahu macam mana dia sampai tapi serius I tak tahu apa-apa.”

“Come on. I tahu sangatlah perempuan macam you ni. Desperate. Useless. Tahu nak ambik hak orang saja. You tahu tak tu boyfriend I..”

Maisa menghela nafas. Tuduhan singa betina ni sumpah tak berasas. Desperate? Wow. Sekarang siapa yang nampak desperate. Aku ke kau? Kesabaran yang ada padanya sudah mula menipis.

“Sarah, kita -- you and me -- dua-dua perempuan. Kita tak perlu nak bergaduh macam ni - in public. Malu.”

Mata Maisa menyoroti keadaan sekeliling. Sungguh. Ramai yang sedang memasang telinga, menonton drama tengah malam mereka ini.

“Kau tahu pulak malu? Masa kau hantar kad tu kau tak malu?”

“I tak tahu apa-apa pasal tu.” Maisa mengulang sekali. Tegas. Sememangnya dia tidak tahu apa-apa!

“Sarah.. I rasa.. Okay. I minta maaf. I tak akan kacau apa-apa hak… barang you. Okay. I’m sorry.”

Kadang-kadang tu kita kena step down dulu kut untuk membetulkan perkara. Tambah-tambah lagi bila pihak yang satu lagi tak dapat berfikir secara rasional macam ni. Biarlah dia yang mengundur diri dulu hari ni.

“Jom balik.” Maisa memanggil kawan-kawannya yang hanya berdiam diri itu. Kalau dilayankan angin pus-pus perempuan ni habis buruk nama perempuan. Lagipun dia sendiri sedar tentang kesabarannya mula menipis. Dia takut kalau nanti dia terlepas kata.

“Hey you nak pergi mana. We’re not done yet.” Tangan Maisa direntap Sarah.  “You ingat kalau you say sorry, things will changela?” Sarah menyambung.

“Please. Please. I tak nak gaduh dengan you okay.” Maisa cuba mengumpul udara. Cuba untuk bernafas.

“I’m out of this.” Tangan ditarik balik.

“No way.” Sarah menarik lengannya balik. Dia belum habis berbicara lagi.

Maisa merentap tangannya. Matanya memandang perempuan di hadapannya. “Don’t you ever touch me.” Keras dia menuturkan.

“Berani ye kau tinggikan suara dengan aku.” Sarah menjerit. Dari I-You sudah bertukar aku-engkau.

“Kalau kau kata aku desperate. Useless. You’re more than that..” Maisa menjawab. Riaknya masih biasa tapi ayat yang dikeluarkannya, sudah kelihatan luar biasa. Ini bukan gaya Maisa yang selalunya.

Mardia menarik tangan Maisa pergi. Hatinya merasakan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. “Jom. Kau jangan layan dia.” Mardia berbisik. Maisa mengangguk dan berpaling ke arah kereta kancil kakk Fatin. Kak Fatin cepat-cepat menekan remote kereta…

Tapi sebelum sempat Maisa masuk ke tempat duduk belakang. Bahunya direntap dari belakang. Sarah sudah mengangkat tangannya di udara. Mahu memberi ‘hadiah’ pada ayat-ayat Maisa tadi tetapi sebelum sempat tangan itu melayang…

“Sarah!”

Kesemua mereka berpaling ke arah suara serak-serak basah itu.

Ahmad Redha Ihsan.

Ihsan berjalan ke arah Sarah. Nasib baik dia sempat datang. Mana tidaknya, dari jauh dia melihat perbalahan dua orang itu. Nak ditinggalkan kereta di tengah-tengah jalan keluar parking lot itu pula tak boleh. Maka terpaksa berpusing dan memakir jauh dari tempat mereka tadi.

“Apa yang you buat ni, Sarah? Malu I macam ni. Turunkan tangan you.” Ihsan berbisik keras di telinga Sarah. Malu dia melihat teman wanita sendiri yang berperangai macam orang tak berpelajaran itu.

Lambat-lambat Sarah turunkan tangannya. “Tapi..”

“I dengan dia is nothing. Tak ada apa-apa. Tak akan ada apa-apa. FAHAM?”

“But…”

“Please Sarah. You tak faham lagi ke dengan ayat I. NOTHING!” Tangan Sarah ditariknya ke kereta. Tanpa memandang ke belakang, tanpa berpaling melihat tetamu yang menonton drama, Ihsan menekan pedal minyak. Laju dia meninggalkan kawasan restoran itu.



“I DENGAN DIA IS nothing. Tak ada apa-apa. Tak akan ada apa-apa. FAHAM?”

Pipinya terasa panas. Macam terkena tamparan realiti bila mendengar ayat itu.

Tak AKAN ada apa-apa.

Entah kenapa dia lebih mahukan penampar Sarah tu dari mendengar empat perkataan Ihsan itu. Sebab baginya penampar Sarah, sakitnya cuma seketika, hanya fizikal dan akan pulih esok lusa tetapi ayat-ayat Ihsan tadi, sakitnya itu mendalam, terus terkena hatinya.

Walaupun sebelum ni dia selalu memberitahu diri yang Ihsan bukanlah orang yang sesuai, pantas untuk Nurmaisa tetapi bila masuk bab tentang hati, tentang perasaan. Siapa kita yang dapat mengawalnya. Ianya datang tanpa dipinta-pinta…

Sudah banyak kali dia memberitahu diri tetap masih harapan itu tetap ada. Tak banyak, sedikit… Tapi yang pastinya, dalam sekecil-kecil, sedikit-dikit harapan itu masih tetap mampu membuatkannya terkedu macam ni. Terluka macam ni. Seolah-olah bagaikan beribu-ribu jarum dicucuk serentak ke badannya, ke hatinya.

It stings. Hurts. So much.

Kelopak mata mula merasa perit. Panas.


------------------------------------------

Here you are; the last version of Poskad in the blog, I think.
Sorry, sorry, sorry (asyik sorry je kan minah ni!) and let it says Ais + Sun tader happy ending, for now. :)
Terima kasih pada yang komen, dan mengikuti blog yang entah apa-apa ni.
InshaALLAH akan ada berita baik untuk awak-awak-awak-awak soon.
Teruskan berdoa kerana Allah suka bila kita menadah tangan dan berdoa kepadanya.




6 Surat Chenta ♥


Poskad 12
Posted on Monday 3 February 2014
@ February 03, 2014 by Ednin Kesukma Dewi


“NAH. PENAT aku cari kat KOOP lepas exam tadi.” Kad bersaiz A5 itu diletakkan di sebelah buku tebal yang bertulis Fluid Mechanics itu. Setengah jam dia menghabiskan masanya mencari kad yang sesuai untuk projek matchmaking mereka tu. Bukan senang nak jumpa. Mana nak cari kad untuk pujaan hati? Yang ada hanyalah kad hari jadi, newborn babies, best wishes, anniversary.. anything but not what they’re looking for.

Belek punya belek akhirnya dia terjumpa poskad gambar Eiffel Towers di sebalik kad-kad itu. Siap tulis Je t’aime lagi tu. Terus dirembat, bawa pergi ke kaunter dan kaching kaching.

“20 bucks.”

Kening Mardia terangkat. “Mahalnya.”

“Tengoklah dulu.”

Tangan Mardia pantas menyeluk plastik KOOP itu. Ringan. Sekeping kad dibawa keluar.

Poskad dengan gambar permandangan hitam putih yang berlatarkan Eiffel Tower.

Sumpah klasik.

So Ais-esque.

“Wow pandai kau cari. Poskad pun poskadlah kalau kad tak jumpa. Ini dah lebih romantika de amour ni.”

“Kan? Usaha kita ni macam dipersetujui saja kan. So kita nak tulis apa ni?” Nab mengetuk meja.

“Aku dah cari lirik lagu tu..” Tangan Mardia rancak memunggah fail biru di atas rak buku. Seminit kemudian kertas putih A4 yang bercetakan lagi Things I Will Never Say - Avril Lavigne itu dikeluarkan.

“Nah.”

Kertas A4 itu bertukar tangan.

“So nak gunting pastu lekatkan ke?” Nab membaca lirik di tangannya itu.
Mardia menggeleng kepala. Mulut dimuncungkan. Serius tak romantik la cik Nab Nom Nom ni!

 “Apa kes nak cut and paste.. Kata klasik.”

“Dah tu nak tulis?” Pelipis digaru.

Mardia mengangguk. Pen berdakwat basah yang sedia di tangan itu diserahkan kepada Nab. “Kau tulis.”

“Semua nie?” Matanya menyiring bait-bait lirik di atas kertas A4 itu.

Sepuluh rangkap, satu lagu.

Kepalanya dianggukkan. “Lepas tu kita taruk bedak sikit.” Dia ketawa suka.

“So klasik.fm.”

“So Ais-esque!”

Nab tersengih. Jelas kelihatan lesung pipit di pipi kiri. Matanya memandang kompartmen Maisa yang gelap, tidak berlampu itu. Dia kembali memandang Mardia. Dia tersenyum.

“I like.”




KUNCI DI tangan dipusing-pusingkan dengan jari. Gembira. Kertas peperiksaan terakhir -- itupun kalau lepas -- dalam hidupnya. Mungkin bukan terakhir kalau dia mahu sambung ke peringkat yang lebih tinggi tapi untuk sekarang, untuk detik ni, dia mahu berehat dulu dari ke-stress-an menjadi pelajar.

Mari katakan tidak pada projek tahun akhir, kerja tugasana, laporan amali dan apa-apa lagi yang sinonim dengan seorang pelajar. Dia mahu mengutip pengalaman bekerja dahulu sebelum menyambung master nanti.

Lagipun surat tawaran bekerja -- disebabkan biasiswanya -- sudah selamat sampai di pintu rumah minggu lepas.

Maka, no more exams, for now.

“Ihsan, waittt..” Suara dari belakang memanggilnya. Pantas dia menoleh dan melihat kekasih- baru-masuk-dua-bulannya, Sarah sedang berlari anak mengejarnya.

Ihsan menampar dahi. Lupa yang dia pergi dan balik dengan Sarah. Eh pembetulan, Sarah yang pergi dan balik denganya Langkah diberhentikan. Menunggu si gadis.

“So how’s the exam? Okay?” Wajah kemerah-merahan di hadapannya dipandang lama tapi mengikut pengiraannya, it wasn’t really oka__

“Tak sempat. I dapat rasa I’m gonna flunked this subject.”

Ihsan menggangguk. Tengok muka cemberut tu pun dia dah dapat agak.

“Well biasalah Engine. Kalau tak fail, bukan budak Engine la namanya.”

Mata dihadapannya itu terjegil keluar. Tak percaya. “Don’t you say that.”

Ihsan angkat kening. Bukan tadi ke dia cakap I-m-gonna-flunked-this-subject?? Dan sekarang don’t-ya-say-that? Huh? Tak fahamlah dia dengan telatah Sarah ni. Lantas kaki digerakkan ke depan.

“Tapi you tak pernah fail kan?” Sarah bertanya. Kalau ikutkan CGPA lelaki ni, tak mungkin, sama sekali yang Ihsan akan ada markah bawah B.

“But I failed my koko last semester.” Sebab dia terlalu fokus dengan FYP. Akhirnya kena barred, dan bila kena barred, fail la jawabnya. Tapi semuanya dah settle, dia dah selesaikan semua aktiviti kokonya semester ni.

Sarah menjeling. “Malas la I nak layan you. I nak balik!” Kaki dilajukan lagi.

Ihsan mengangkat bahu. Tak faham dengan angin kejap-okay-kejap-tak Sarah ni.

Lantas kakinya menyaingi Sarah yang sudah berjalan ke arah keretanya. Tiba-tiba perutnya mula berkeroncong. Pukul 1 petang, tanpa breakfast dan dinner pukul 9 malam semalam, tak mustahil kalau perut itu dah berirama techno.

“Sarah, kita singgah makan dulu nak tak?” Perut berbunyi lagi.

Sarah menggeleng. “Esok I exam. I nak kena study. You pergi sorang la.”

“Okay.” Kepalanya tengah memikirkan nama yang berpontensi untuk diajak keluar.

Sarah yang bagai memahami sikap Ihsan terus membrek laju. Dia berpaling menghadap Ihsan yang berdiri di belakangnya.

“Oh oh.. apa ni brek-brek macam ni?”

Muka Sarah tiada riak. Segaris. Tanpa perasaan. Mata tajamnya menikam Ihsan. “Tapi you jangan dok menggatal ajak orang lain. I tak suka!”

“Oh..” Hilang semua nama potensi tadi.

“Ahmad Redha Ihsan, I meant it.” Jari telunjuknya ditunjukkan kepada Ihsan.

Lambat-lambat Ihsan mengangguk. Dia memadang Sarah yang dah mula berjalan ke tempat parking kereta.
Fuhh. Cemburu buta Sarah ni tingginya ya amat. Dua bulan kenal -- bercinta (jika mengikut definisi adik-adik sekarang) atau pun mengenali hati budi masing-masing (ikut definisi artis-artis) -- hanya dua minggu saja dia rasa butterflies in the stomach.

Lepas saja dua minggu itu… everything turns into a nightmare. Perangai yang dulunya lemah lembut itu bertukar rentak. Menjadi extreme. Lebih garang. Lebih cengil. Dan cemburu. Cemburu buta yang dah masuk tahap five stars punya peringkat. Setiap jam kena bagitahu dia dimana, buat apa, dengan siapa. Semuanya nak kena dilaporkan -- on time -- dekat ‘penguatkuasa’ tak bertauliah ni dan kalau dia lambat -- ataupun dia saja-saja buat tak perasan mesej atau panggilan masuk -- esok tu bila berjumpa. Memang kena laser la. Tu tak termasuk lagi dengan nak melayan kerenah merajuk dia tu..

“Apa ni?” Suara Sarah seakan terjerit di telinganya.

Ihsan terkejut. Hilang terus apa yang berada di dalam fikirannya. Dia memandang Sarah yang sudah berdiri di kiri kereta dan mengambil sesuatu dari kaca depan Neo itu.

Sampul surat pink?

Kening dinaikkan. Sejak bila pak guard Uni pakai sampul surat pink hantar saman? Tangannya mahu membuka sampul yang Sarah berikan padanya.

Zaassss.

Sampul surat itu direntap kasar oleh Sarah. Isi di dalam dibawa keluar. Matanya menjeling Ihsan yang sudah berdiri di sebelah.

Poskad?

Ihsan memanjangkan leher. Mengintip apa isi sampul surat pink itu.

Sebelum sempat dia membaca ayat pertama di atas poskad itu dia dihadiahkan dengan pandangan berbara dari Sarah. Mata berkanta sentuh kelabu itu seakan-akan bertukar menjadi merah berapi.

Ihsan melepaskan keluhan. Ahhh sudah. Mode cemburu buta sudah dihidupkan…

“See!” Poskad menara Eiffel itu dilemparkan di kaki jalan. Geram.

Ihsan membongkokkan badan. Poskad itu dikutipnya. Dia mendengar Sarah mendengus di sebelah.

Poskad itu dikibaskannya. Sisi gambar Eiffel itu dipusingkan ke belakang.
I'm tugging at my hair
I'm pulling at my clothes
I'm trying to keep my cool
I know it shows
I'm staring at my feet
My cheeks are turning red
I'm searching for the words inside my head
Macam pernah baca tapi dimana ya? Dia meneruskan pembacaan. Tak kisah dengan gadis yang sudah memberontak di sebelah itu.
 (Cause) I'm feeling nervous
Trying to be so perfect
Cause I know you're worth it
You're worth it
Yeah
Avril Lavigne. Things I’ll never say. Lagu yang adiknya, Ilyia selalu menyanyi. Matanya tertuju ke arah bawah kanan poskad itu.

Maisa.

Maisa mana pulak ni? Adik-adik junior ke? Keningnya berkerut sejuta.

019-9311999

Zappp. Matanya berhenti di nombor telefon yang tertulis kecil di bawah ‘Maisa’ itu. Bagaikan pesakit yang menderita dari amnesia, otaknya mula mencantum kepingan-kepingan memori.

“Polis kut..”
Mata Ihsan mengecil memandang Husni. Kening diangkat sebelah. Polis?

“Dah 999 nombor dia.” Jelas Husni sambil tersengih. Lawak tak menjadi pulak hari ni. 

Ihsan jatuh rahang. Takkan miss bazooka tu kut?!
Seriously, serious?!

--------------------------------------------------

Assalamualaikum!
Finally... chapter 12 of Poskad.
Maaf kerana membuatkan anda tertunggu. Janji itu hari tersasar sampai ke lima bulan baru nak update. Alhamdulilah, dengan izin-Nya dan doa famili dan sahabat2, E dah berjaya tamatkan MSc. Hehekhehek.
Dan Alhamdulilah dah bekerja juga. Alhamdulilah.
Sebab tu masa jadi tight. Balik kerja, settle hal belajar, settle hal rumah, settle hal tengok drama dan Running Man lagi, settle urusan travel sana sini... dan kisah klasik dibiarkan macam tu.
Dan bos pun dah suruh hantar proposal untuk next target of life. Dan mungkin akan kembali busy lagi. Maaf! (awal-awal cakap)
Terima kasih atas doa kalian.
InshaAllah. Akan update kalau ada masa.

Regards, E.





8 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum | Kisah Selepas