Anekdot kau dan aku.

Uhukhukhuk. Ini adalah cerpengu. Hahaha. Maksudnya, cerpen dan lagu. Sebenarnya, cerpen ini ditulis bila E dengar lagu Try - Colbie Caillat months back. Masa dengar tu, terus tersentak macam kena dengan diri because some points in mah life, I've been too occupied to please people. I hate when I have to let 'em down sampai satu tahap kita sendiri yyang terluka just to make others happy. And I bet that I am not alone, kan? Without further ado, I present you, anekdot kisah kau dan aku, kisah Fikri dan Nadrah, a bunch of happy friends.

:)

Love yourself, peeps before you love others.

Mwah, mwah.

----------------------------------------------------------------------------------

Muka Nadrah kembali cemberut sebaik saja dia melihat dua angka muncul di atas papan bewarna hitam itu. Naik 1.3 kg pulak?! Aik? Bukan sepatutnya berat ni turun ke? Ini kan minggu ketiga sejak dia mula memulakan regime exercisenya? Kenapa naik pula beratnya? Kenapa tidak turun? Bertalu-talu soalan keluar di kepalanya. Dia memang tak puas hati! Mana mungkin? Ish! Dengan bebal, dia turun dari skala timbang itu. Membentak secara diam. Kang nanti kalau menjerit, Azah, si roommate marah pula. Tiba-tiba iPhone di atas meja solek bergetar, menjerit minta diangkat. Laju dia menjawab. Yang sorang ini pulak tak sabar-sabar!

“Hello!”

“Aku dah kat depan ni. Bila kau nak turun? Esok?”

Nadrah membuat muka tak puas hati bila Fikri terus memarahinya tanpa member salam dahulu. Halaihaih. Fikri ni sehari tak sarkastik tak boleh ke? Matanya menjeling sekilas jam di tangan. 11.15 pagi. Padanlah... dia dah terlambat 15 minit. Patutlah Fikri dah sembur awal-awal.

Itulah Fikri, kalau dah berjanji 11.00 pagi, 11.00 pagilah dia terpacak depan rumah. Maknanya dah 15 minitlah laki itu sudah menunggunya. Memang patutlah kau kena bamboo Nurnadrah oii!

Terus Nadrah mencapai gugusan kunci dan beg tangan yang sudah tersedia di atas meja. Soalan kawan baik itu dibiarkan sepi tanpa jawapan. Dia berlari anak turun ke bawah.

“Dah kenapa tunjuk muka toya ni?” Tanya Fikri sebaik saja gadis itu mengambil tempat di sebelahnya.  Tanpa bertanya mahu ke mana, terus gear P ditukar ke D lalu dia mula memacu kenderaan bewarna merah itu.

Diam.

Fikri tenang memandu. Sedikit pun dia tidak terasa pelik dengan perangai diam si gadis. Nadrah ni kalau diam tu adalah sesuatu yang tak kena. Tapi selama kenal Nadrah, dia tahu dia tak perlu memaksa Nadrah untuk bercerita. Kalau Nadrah nak cerita, dia akan cerita dan selalunya...

Satu, dua, ti...

“How come berat aku tak turun jugak, Fik? Kau tahu kan aku dah start training since last week? Hari ni aku check berat aku naik another one kg. Gila tak? Sepatutnya berat aku dah turun, Fik!”
Fikri berdehem. There you go. Nadrah cant never pause even a second to tell.

“Kenapa kau diam ni?”

“Aku tengah drive la.”

Nadrah menjeling. Dia tahulah Fikri tengah drive tapi at least tunjuklah respon. Beria-ia dia bercerita tapi Fikri diam-diam saja.

“Selalu kau okay je bersembang sambil driving.” Getusnya separa sedar.

“Malas.”

Nadrah menjulingkan mata. Mulalah tu nak jadi atok-atok! Nagging je pandai. Cuma memahami sikit, Fikri oii!

“Kau ni ingat senang-senang ke dua hari je ke kau boleh turunkan berat kau ni? And excuse me, why you do it again? Nak cantik? Nak tayang body lawa pada orang?”

Sekali lagi Nadrah menjeling. Geram! Kalaulah ada cili kat tangan ni memang dah dia cabaikan mulut laser lelaki itu.

“Fik, kau tak nampak ke? Aku dah gemuklah. Baju aku dah macam rasa makin mengecil. Pipi aku ni
naik dah macam pau tahu tak? Kau apa tahu?”

Fikri malas menjawab. Soalan Nadrah ni dah dia dengar dari mereka mula-mula bekawan lagi. Naik berat sikit, Nadrah dah kecoh setaman. Cepat-cepat Nadrah akan diet dan cuba untuk kurus kembali dan selalunya tahan sampai seminggulah. Nadrah tu nampak saja jenis macam kuat semangat tapi hangat-hangat tahi ayam saja.

Tapi yang peliknya, sekarang ni lagi rancak dia mendengar Nadrah sebut tiga perkataan ini.

Aku dah gemuk!

Tak pernah tak repeat kalau mereka berjumpa. Dan kalau ikutkan, minggu ni dah nak masuk tiga minggu dah Nadrah mulakan aktiviti ‘jom kurus’nya. Tak give up pula macam selalu?

Halahaih. Fikri mengeluh.

Ini mesti sebab kehadiran Encik Sempurna di tempat kerja Nadrah!

Sejak kehadiran Encik Sempurna, Nadrah dah jadi beauty-concious. Semua benda yang selalu Nadrah ambil ringan dah jadi serious matter.

Tak pernah-pernah nak mekap, sekarang dah pandai pakai lipstick merah, blusher dan bulu mata lentik.

Tak pernah-pernah pakai lain dari tudung bawal, dah mula berselendang, lilit sana sini ikut trend semasa.

Tak pernah-pernah bertumit setinggi alam, dah mula pakai dan sekarang dah nak sama tinggi dia. Agaknya kalau Nadrah pakai lagi dua tiga inci, mesti dia kelihatan katek disebelah Nadrah.

Dan sekarang Nadrah dah mula nak selim-melim. Katanya nak pakai cantik-cantik, supaya Encik Sempurna itu nampak dan tahu kewujudannya di tempat kerja.

Nadrah ooh Nadrah.

“Wei kau dengar tak ni?”

“Dengar...” Malas menjawab. Stering dipusingkan ke kanan sedikit.

“Aku rasa nak join membership gym la. Kawan kau ada buka gym kan? Minta diskaun boleh?”
Fikri menaikkan kening. “Gila apa ni sampai nak ke gym? Tak cukup ke kau dok round tasik kat depan rumah kau tu tiap-tiap hari?”

“Berat aku dah naik la. Kalau ada trainer, senang sikit nak turun kut. Dia mesti pantau kita kan?”
Fikri mengangkat bahu. Entahlah, dia mana pernah join gym pun. Dia bukannya hairan sangat pun. Lagipun setiap minggu dia selalu hiking bersama kawan-kawannya. Tak perlu ke gym untuk itu.

“Eh... minta tolong eh. Kau tanyalah kawan kau.” Nadrah mula merayu.

“Kau nak apa sebenarnya ni? Nak please Encik Sempurna tu je ke sampai nak jadi bukan diri kau?”
Nadrah tak menjawab, sebaliknya dia mula menayang sengih.

“Please, Fikri. Kau boleh join sekali. Perut kau tu makin ke depan gak tu. Macam mana nak mengorat gadis masa depan kau!”

Fikri tidak menjawab. Sebaliknya jelingan maut dihadiahkan kepada Nadrah!

Hapersal dia yang pulak yang kena ni? Tapi ye ke perut dia makin ke depan?

“Kau?” Menu ditutup. Matanya memandang gadis yang sedang bermain dengan telefonnya.
Nadrah meletakkan iPhone di atas meja. Dia tersenyum ke arah waiter yang sedang menunggu di sebelah.

“Sky juice dengan fruit salad ye. Dressing dia seminima yang boleh. I tanak mayo semua tu.”
Fikri memandangnya tajam. Kepalanya rasa nak meletup dengan perangai Nadrah sekarang.

“Apa?” Tanya Nadrah bila dia perasan mata bulat yang sedang membara tu.

“Sejak bila dah bertukar jadi kambing ni?”

Nadrah membuat muka. Nak sindir oranglah tu!

“It’s lunch, bukannya supper. Mana kau nak dapat tenaga macam ni? Lepas ni kita nak jalan jauh kut?” Getusnya geram. Bukan Nadrah tak tahu yang hari ni mereka akan ke Johor untuk photoshoot kut. Kalau dia tahu Nadrah buat perangai macam ni, tak payah dia nak ajak Nadrah teman dia hari ni. Biar dia sorang je buat job tu. Ish!

“I got my own protein bar. Don’t worry, mister!” Beg tangannya ditepuk-tepuk.

“Tadi pagi makan apa?”

Nadrah sengih. Sebenarnya dia tak makan apa-apa. Terbangun lambat tadi.

“Tak makan kan?” Fikri menggeleng kepala.

“Fik, kau tu lelaki kau cakap senanglah, tak perlu nak fikirkan berat badan… penampilan. Berat tak senang naik... Aku ni lain.”

“Atas basis apa kau cakap macam ni? Of course lelaki pun ambil berat, we have our own insecures too! Tapi kami tahu limit, we don’t go overboard, we accept who we are. Kenapa nak kena hard sangat pada diri? Nak kurus, nak mekap, nak jadi cantik...”

“Nanti kau dapat bini gemuk baru kau tahu. Baru kau faham perasaan aku...” Nadrah membalas. Lelaki! Cakap senanglah tapi hari tu juga Nadrah ada baca artikel di internet mengenai suami yang curang pada isterinya hanya kerana isterinya sudah tidak cantik, tidak kurus...

“I don’t care as long as she’s healthy. Ini makan salad je apa hal. At least kalau nak diet, portion kena betul, kena balanced, cukup zat semua. Kurangkan meat, banyakkan sayur. Have your breakfast, jangan berlapar.”

“Yeah mr dietician is coming to work today.”

“Whatever Naddy, its all up to you. Lantak kaulah. I’m having our favourite macaroni and cheese. Selamatlah jadi kambing macam tu…” Bukan dia tak tahu yang macaroni and cheese ni memang favourite Nadrah.

“Dengkilah kau ni.”

Fikri tak menjawab. Sebaliknya iPhone di tangan dibeleknya.

Nadrah memegang bawah perutnya. Mukanya sudah pucat tidak terkata. Peluh merembes keluar dari kepalanya yang ditutupi selendang. Terus dia mengambil tempat di atas kerusi di pantry. Nak termuntah! Halahaih, tangannya terketar-ketar. Lambat-lambat dia menulis mesej di telefon bimbitnya.

‘Free tak? Can you fetch me at work?’

Dia pasti dia tidak boleh memandu balik begini. Nak tumpang rakan sekerja pun rasanya tiada yang ada kecuali pak cik guard di bawah tu saja. Yellah sekarang kan dah pukul 9.30 malam. Rata-rata mereka semua sudah pulang. Hanya dia saja yang stay kerana ada tender yang perlu disiapkan sebelum minggu ni.

“Are you okay?”

Satu suara menegurnya dari belakang. Lambat-lambat dia menoleh. Rupa-rupanya ada manusia lagi di ofisnya ini.

“Ya Allah, pucatnya awak.”

There you go, Encik Sempurna! Encik Sempurna yang workaholic. Bukannya dia tak tahu perangai Encik Sempurna yang satu ni.

Tubuhnya mula terasa seram sejuk. Kepalanya makin sakit. Pandangannya mula kabur.

“Nadrah, are you okay?” Sekali lagi dia bertanya.
Nadrah menggeleng sebelum dia jatuh rebah.

*****

“Hey! Kau okay?” Suara itu berbaur risau. Lambat-lambat Nadrah membuka mata. Muka Fikri menyapa matanya. Sekarang dia berada di atas bilik putih. Klinik? Hospital? Kepalanya mula mencongak, mencari ingatan sebelumnya. Kalau tak silap, dia ofis dan sakit... mesej Fikri...

“Why am I here?”

“Kau kat bilik rawatan Klinik Tawakal ni. Are you okay? Kau pengsan dekat office. Aku call kau dan ada orang jawap dan dia cakap kau kat sini... apparently kau pengsan sebab kena gastric.”

“Siapa yang hantar aku?”

Fikri angkat bahu. “Aku rasa budak office kau kut.”

“Tadak manusia la kat sana. Ramai dah balik...”

Tuppp. Kepalanya teringkatkan gambaran terakhir sebelum dia rebah tadi.

“Encik Sempurna!”

Fikri menarik nafas. Ya Allah, dalam sakit-sakit ni pun boleh teringatkan Encik Sempurna dia tu ka?

“Kau tengah sakit pun boleh cakap pasal dia eh?”

“Dia yang bawa aku ke sinilah Fikri.”

Fikri mengangguk-angguk faham. Dia memang sudah berjumpa lelaki yang menjawab panggilan itu tadi. Lelaki tinggi tegap berkaca mata itu semestinya Encik Sempurna Nadrah. Dia yang lelaki ini pun terikut kena dengan wow-efek si pemuda tadi, apatah lagi yang gadis-gadis seperti Nadrah ni kan. So itukah Encik Sempurna Nadrah? Fikri bertanya pada diri sendiri.

Taufik! Yap Taufik namanya. Lelaki itu ada memperkenalkan diri tadi. Selama ni dia kenal hanya pada nama yang digelarkan Nadrah.

“Aghhhh kenapa aku pengsan tadi! Damn it.”

“Nadrah?”

“Ya.”

“Kau tahu tak kau tengah sakit?”

Nadrah tersengih. Sakit yang dirasanya tadi telah hilang.

Fikri terus bangun dari tempat duduk.

“Kau nak pegi mana ni?”

“Panggil doctor la. Aku rasa kau dah boleh keluar ni. Dah okay kan?”

Nadrah mengangguk.

Pintu ditutup.

*****

Tangan mengelap air mata yang mencurah-curah laju. Ini adalah kali pertama mereka bergaduh. Tak pernah-pernah persahabatan 10 tahun ini berakhir dengan pergaduhan besar macam ni. Selalunya mereka akan sama-sama mengalah tapi tadi...


“Tengok ni..” iPhone dihulurkan pada Fikri.

“Nak buat apa ni?” Fikri hanya memandang sekilas. Botol air diteguknya. Mereka baru saja menyudahkan lima lap larian di litar stadium itu.

“Nak beli. Berat aku dah tak turun la. Plateau je sejak dua minggu ni. Tengok testimoni ni, diorang makan ni seminggu dah turun 5 kg!”

“Stop it, Naddy. Stop this crap.”

Nadrah yang sedang rancak scroll timelinenya itu memberhentikan kerjanya. Dah kenapa suara pak cik ni bertukar pulak ni?

“Dont worry, Fikri. Produk ni dah dapat kebenaran dah ni.. tengok ni orang luar Negara pun guna.”

“Kau tak faham ke apa aku cakap tadi? Stop!” Botol air dicampakkan ke dalam beg sukannya. Zip beg sukan warna sudah ditarik dan dia mula berjalan ke tempat parkir, meninggalkan Nadrah jauh di belakang. Remote control ditekan. Enjin dihidupkan.

“Kenapa laju sangat ni.” bentak Nadrah sebaik saja dia masuk ke dalam kereta.

Fikri tak menjawab sebaliknya dia mula memandu. Kalau dia menjawab soalan Nadrah ni, dia boleh jadi marah!

“Fik... nanti singgah bank jap.”

Diam.

“Fik. Boleh tak? Kalau tak, esok jelah aku bank in.”

“Kau beli apa pulak ni?” Bukannya dia tak tahu, Nadrah ni kuat membeli belah. Tambah-tambah di zaman serba boleh ni. Senang je proses membeli, di hujung jari.
Nadrah diam. Takut pula dia nak bercerita. Fikri sekarang bukan Fikri yang sporting macam dulu.
Fikri menarik nafas. Dia bukannya bengap kalau tak faham.

“Are you saying...” Fikri kehilangan kata. “Nak kata kau tader akal, kau ada.. but why you just can’t think, Naddy?”

“It’s my money, it’s my body. Kau tak payah pandai-pandai nak judge aku, Fikri. And stop saying aku bodoh tader akal semua, I know what am I doing. Stop being a mommy, will you?”

“I’m not nagging at you, Naddy. I just can’t understand what you’re trying to do! For god’s sake, kau tahu tak kau dah obsess sangat ni. Kau ingat produk bagi kurus tu elok ke untuk body? Kalau kau nak kurus, nak diet. Okay, I’m fine with it! Go ahead, but be natural don’t put on drugs on your body.

Bukan kau tak pernah baca, dengar cerita keburukan produk-produk kurus ni. Some cases lead to death kau tahu tak? Mana kau letak kepala kau ni?”

Nadrah menggenggam tangan. Fikri ni sudah melampau. Dia mahu membuka mulut tetapi sebaliknya Fikri dah menyambung dulu...

“Kalau ini yang kau lakukan untuk your so called, Encik Sempurna. Forget ‘bout it, Naddy, he is not your worth.”

“Eleh, kau cakap rancak la sekarang tapi dulu kau pun sama saja. Kau ingat aku lupa ke bila kau cuba tackle Maya dulu? Sanggup berhabis duit belikan dia barang semua, last sekali kau tinggalkan dia juga and why is that? Sebab dia dah tak lawa untuk kau kan?” Tempelak Nadrah. Dia ingat lagi alas an sambil lewa Fikri bila dia bertanyakan sebab perpisahan itu. Kata Fikri, Maya dah tak cantik di matanya. See? Blah la kau, Syed Fikri Syed Fattah. Mahu nasihat orang tapi dia pun dua kali lima camna?

“Lelaki yang baik akan terima kebaikan dan keburukan gadis yang dia pilih.”

“Wow, thats impressive. And where do you collect this quote, mister?” Nadrah menghadiahkan senyuman sinis. Lelaki yang jenis ‘date and go’ macam Fikri ni mana tahu apa itu cinta sebenar! Fikri mana tahu yang cinta itu perlukan pengorbanan... dan inilah ‘pengorbanan’ Nadrah!

Fikri memandangnya lama. Tajam. Kalaulah Naddy ni lelaki, memang dia teleng dah kepala itu.

“I just know.”

Kereta diberhentikan di hadapan rumah teres.

“You’re not even worth my time. And now get out!”

*******

Nadrah mengelap air matanya. Bantal-bantal yang dia baling sebentar tadi diangkat dan diletakkan kembali di atas katil. Dia menarik nafas, lega setelah menangis. Remote hitam di atas meja solek dicapai lalu dia menghidupkan iPod yang sudah bersambung dengan speaker luar itu...

Lagu Try dari Colbie Caillat memenuhi bilik kecil tu.

Air mata terjatuh lagi.

Aduhai Nadrah!


-TAMAT-