Poskad: unpublished scene
Posted on Saturday 2 May 2015
@ May 02, 2015 by Ednin Kesukma Dewi
SELIPAR disarungkan. Lambat-lambat dia melangkah ke arah bilik air untuk mandi. Kantuk masih lagi merajai diri. Semalam, pukul dua belas lebih baru dia dapat lelapkan mata selepas selesaikan masalah berbangkit dengan Kak Iman tapi dalam lena nak lena dia tidur, sudah Azli kejutkan tadi suruh bangun untuk modul pertama hari ni.
Halahaih.
Inilah perkara yang dia paling tak suka apabila ikut program ni. Tidurnya mesti tak cukup lapan jam!
Friendly reminder: this is the first and last time, Sun! Dia mengingatkan diri.
Kaki dibawa berjalan meniti tanah, masih terpisat-pisat melawan rasa kantuk. Perjalanannya dari surau tempat dia bermalam ke bilik air di belakang itu hanya ditemani dengan cahaya bulan.
Kampung Leryar ini masih menggunakan tenaga solar dalam kehidupan seharian. Sebab itulah tiada cahaya pada waktu malam. Gelap-gelita perkampungan Leryar ini pada malam hari.
Mentally reminder: jangan lupa bawak torchlight.
Kan dah padan muka kau tak nampak apa-apa.
Tappp.
Kakinya berhenti melangkah. Nafas dah macam terhenti tiba-tiba. Kantuk yang tersangat tadi pun dah hilang terus. Bibir automatik beristighfar, laju. Surah-surah yang terlintas di kepala terus dibaca tanpa ragu.
Matanya memfokuskan pada objek hitam berteleku di hadapannya.
Lama.
Dah kenapa macam.…
Nafas yang macam terhenti tadi mula beralun kembali. Saluran darah yang seolah-olah tersekat dan gagal berfungsi sudah elok bekerja cuma kakinya yang masih terpaku di situ. Memandang ‘objek hitam’ yang sedang tersenyum memandang langit.
Kalau tadi, jantungnya gagal berfungsi tapi kini bekerja kuat, mengepam laju. Ihsan mengurut dada.
Ingatkan makhluk mana tadi! Rupa-rupanya Si Pluto beku ni. Senyuman tersungging di bibirnya.
Tahu juga yang Cik Ais kepal ni senyum?
Ihsan berpusing, tidak jadi melangkah ke tandas. Mahu biarkan saja Maisa dengan waktu sendirinya.
Ihsan kembali mengukir senyum, bersamaan juga dengan jantung yang tiba-tiba elok bekerja.
Siapa nak sangka kan?
---------------
Sebab baru baca laju-laju Poskad, nah ambik sikit unpublished scene (ini ke namanya?) dalam buku. Hehehehe.
Tempahan Poskad?
Posted on Thursday 16 April 2015
@ April 16, 2015 by Ednin Kesukma Dewi
Sebenarnya memang E nak buka untuk tempahan Poskad melalui E. Dalam perancangannya, mungkin tengah-tengah bulan 5 sebab akhir April memang tengah busy tapi Alhamdulilah, buat sementara waktu, kerja banyak dah settle, so I guess I can do it kut.
So pada sesiapa yang nak order through E, bolehlah hantarkan nama, alamat dan no telefon di
theredradio9@yahoo.com atau PM saja di facebook. Dan sesiapa yang belum ada Vice Versa pun bolehlah nak order sekali. Hehehehe.
Poskad: RM 25
Vice Versa: RM 25
Tapi tapi E nak khabar dan tekankan mungkin agak lambat sikit nak sampai ke depan pintu rumah anda since I need to order from JS first. Dan JS hantar ke rumah E dan baru E boleh process.
Anyway, kalau siapa yang akan turun PBAKL pada 26/4. Bolehla kita berjumpa di sana, Insha-Allah this socially awkward - struggling writer of yours would be there for the whole day!
Dan sesiapa yang dok jauh, of course anda boleh beli melalui E atau JS atau juga kedai-kedai buku yang berhampiran.
Thank you.
Xoxo, E.
P/S: Hehehe sempat design poskad utk yang membeli di PBAKL atau melalui E. Hehehe. Dan sesiapa yang dah ada Poskad, dan mahu Poskad ni bolehlah emailkan alamat dan gambar novel Poskad (atau tagkan saja di FB- proses pengecaman lol). Dan semestinya jumlah ini terhad. :)
Poskad
Posted on Friday 3 April 2015
@ April 03, 2015 by Ednin Kesukma Dewi
Greetings, siapa belum tengok (in case tak follow E di FB) cover Poskad yang cun melecun tu? Hehehee, I really love the cover. Masa awal-awal tengok dah memang jatuh chenta sebab ada bunga-bunga pastu suruh JS letak menara Eiffel (I'm in love) kat situ. Padahal ceritanya tada pun di Paris, tapi disebabkan Poskad yang Maisa (errr Nab and Mar, senanya) kepada Sun tu ada pasal menara tu, maka E suruh JS letakkan... hehehehe mana tahu ramai adik-adik beli sebab ada menara Eiffel. Mehmehmeh, taktik pemasaran.
Dan woot woot boleh dapatkan Poskad melalui online atau di PBAKL nanti juga. Boleh jenguk
sini untuk keterangan lanjut.
Dan dan harapnya semua berjalan dengan lancarlah untuk Poskad ni. Aminnnn. Anyway, chu guys, thank you for everything. Serious rasa terhutang budi dengan chu ols yang rajin komen di sini. Love you!
Fii amanillah.
XOXO, E.
Poskad 17
Posted on Sunday 22 March 2015
@ March 22, 2015 by Ednin Kesukma Dewi
“YOU ARE…”
“Sweet?”
“Evil!”
“You’re welcome, Ais.”
“You should have told me earlier. So that I can get prepared, or at least, I can bring some stuffs for them.”
Ihsan mengekeh ketawa, tidak menghiraukan langsung kemarahan Maisa. “You should have known when I borrowed your car just now.”
“Manalah I nak tahu…” Maisa menghela nafas. Geram betul dengan lelaki ni. Suka-suka je tipu orang.
“Sudah, sudah. Gaduh pula korang ni. Jomlah, kita keluar.” Puan Raja tiba-tiba menyampuk dari tempat duduk belakang. Kalau macam ni gayanya, sampai ke petang pun Maisa-Ihsan tak berhenti bergaduh.
“Entah, Ais ni. Semalam dia yang beria-ia.”
“Mana ada beria-ia. I just said Kampung Leryar’s skies is the prettiest skies on Earth. Itu je pun.”
“You tak suka ke datang sini?”
Maisa menggeleng. Mana mungkin dia tak suka, suka lagi banyak adalah. “I sukalah tapi I geram sebab you tak cakap terus-terang. Kalau tak mesti I dah beli apa-apa tadi…”
Tadi pagi, Ihsan hanya menyuruhnya bersiap dan bawa barang-barang untuk bermalam di luar. Dia pun hanya menonong mengikut, asalkan Puan Raja ada sekali… tetapi manalah nak tahu yang Ihsan akan membawanya ke sini.
Matanya memandang papan tanda yang sudah hilang warna itu.
SELAMAT DATANG KE KAMPUNG LERYAR.
Nak menangis terharu dia tadi bila dia tersedar dari tidur tadi. Mana tidaknya, baru semalam saja dia cakap dia rindukan keluar di sini. Tup-tup hari ini dah sampai. Siap boleh bermalam sekali pulak tu. Dah kalau boleh bermalam, maksudnya ada peluanglah dia nak menangkap gambar langit malam nanti.
“Jomlah, turun. I dah call Agus cakap nak datang.”
“Macam mana you tahu nombor telefon Agus?”
Ihsan hanya tersenyum sambil menyambung ketawa. Pintu kereta dibukanya lalu lelaki itu memanjat turun. Puan Raja pun ikut turun.
“Maisa, nak turun ke tak nak ni? I nak lock kereta ni. Kalau tak I kunci je you dalam kereta ni. 1,2…” Ihsan mula mengira.
“Kejap, kejap. Wait for…"
Me.” Sambung Maisa. Pintu ditutup.
“3.” Serentak kereta dikunci.
Puan Raja menggeleng kepala melihat telatah dua manusia dewasa di hadapannya. Bergaduh saja kerjanya. Ihsan pun tak habis-habis mengusik Maisa.
“Keluar pun, tuan puteri ni.” Ihsan tersengih.
Maisa menjulingkan mata. “Bak balik kunci kereta I.”
Kunci Sportage itu diserahkan kembali kepada Maisa. “Jom. Amek dah lama rindukan you tahu tak.”
“Yellah tu.” Maisa menjulingkan mata. Ihsan ni cakap macam dia selalu je jumpa amek.
Ihsan tidak menjawab, sebaliknya dia pantas berjalan ke rumah yang hujung sekali.
Rumah amek! Alahai rindunya.
----------
Satu lagi teaser untuk yang merindu Ais + Sun. Hehehehe. Berjaya juga tekan publish walaupun internet segan-segan macam ni.
Another month to Poskad to be published. Cuak sebenarnya sebab Poskad is very simple story yang tak banyak konflik (sebab E rasa E masih tak pandai deliver cerita yang banyak konflik, uhukhuk, semoga dapat improvised over time nanti!). And please dont expect too much! Huhuhu cuak, cuak. Ingatkan cuak bila nak publish first novel, rupa-rupanya nak publish yang no 2 lagi teruk rupanya. Hehehehe. Anyway, udah-udahlah dengan rambling yang meleret ni.
Have fun and enjoy.
Fii amanillah,
Xoxo, E.
Poskad 16
Posted on Thursday 5 March 2015
@ March 05, 2015 by Ednin Kesukma Dewi
Another tease from Poskad. Here we go, peepos.
---------------
“Assalamualaikum…ini
telefon Puan Raja Iman kan?”
“A’ah
betul sangat dah tu, Nurmaisa. Ini telefon Puan Raja Iman Raja Amin.”
Maisa menaikkan kening. Pelik! Sejak bila pula suara aunty
dah bertukar menjadi suara lelaki ni? Lepas tu siap boleh tahu nama penuhnya.
Jarang kut orang tahu nama penuhnya melainkan…Maisa
menghela nafas.
“Is that you, Sun?”
Suara orang ketawa menyambar telinganya. Maisa menggeleng
kepala sendiri. Kenal sangat dah dia dengan ketawa itu. Dia dah boleh
membayangkan Ihsan yang sedang ketawa di hujung talian sana. Mesti punya!
“Aunty
mana?”
“Mama keluar kejap dengan Lia pergi
Giant. Beli barang dapur. Baru je keluar, dalam five to ten minutes
earlier.”
“So aunty
tak bawa handphonelah eh?”
“Ais,
Ais…kalau mama bawa handphone dia,
of courselah I tak jawabcall you ni.”
Maisa menepuk dahinya. Apasallah dengan mamat
ni je mesti dia jadi kelam-kabut macam ni? “Kalau
macam tu, nanti-nantilah I call aunty balik.”
“Eh kejap-kejap, you ada apa-apa nak
pesan ke? I’ll tell her
later. Takut kang lambat pula dia balik.…”
“Hurm…kalau
macam tu, nanti you tolong tanyakan dia apa yang dia nak dari Langkawi?”
“Okey. Nanti I suruh dia text
you apabila dia balik. Bila you nak balik KL?”
“Esok I dah nak balik dah tapi flight
malam, pukul sembilan. So I ada masa siang tu nak cari
barang-barang.”
“Ah okey. You turun kat mana nanti?”
“I turun kat KLIA. By the way, make
sure you tell her as soon as possible tau. Kalau lambat I takut I dah pergi
airport.”
“Insya-Allah. I’ll
make sure she texted you before tomorrow. By the way, you
tak nak tanya I nak apa-apa ke?”
Maisa yang sedang menyelak surat khabar itu memberhentikan
selakannya. Keningnya ternaik tinggi. “Hurm…you
nak apa?”
“Haaa that’s
for you to think.” Ihsan
menyambung tawanya.
Maisa menggeleng kepala. Lelaki ini ada saja yang mahu
dimain-mainkannya. “Terima kasih,
Encik Ihsan. Kalau you nak suruh I fikir. Alamatnya I bawa balik tangan kosong
jelah kat you. Boleh?”
“You ni memang dasar perempuan tak ada
perasaanlah, Ais.”Ketawa lagi. “Good
night. I’ll tell
mama nanti. You have fun in Langkawi, okay.”
“I will. You too.
Assalamualaikum.”
Panggilan telefon dimatikan apabila Ihsan menjawab
salamnya. Maisa menghela nafas sambil badan dibaringkan di atas katil.
Kepalanya melangut memandang siling atas.
Betul ke dia ni spesies perempuan
yang tak ada perasaan?
--------------
Poskad is coming in print soon enough. Insha-Allah this coming April. Agak-agaknya dah boleh simpan duit kut. ;)
Have a great day everybodehhhh.
Lots of love,
E
Labels: Poskad
10 tahun = 1 dekad: Sesi Curhat
Posted on Tuesday 27 January 2015
@ January 27, 2015 by Ednin Kesukma Dewi
Hihi sesi curhat gitu tapi sebenarnya tidaklah curhat sangat. Its just a rambling thing I need to do once in a while. Hihihi. Sebenarnya sekarang ni tengah dok rancang plot untuk 10 tahun = 1 dekad but too bad satu idea pun tak tertembus dalam kepala. Tulis sikit, stuck berkali-kali.
Semuanya diblok elok oleh inche brain, semua benda rasa tak kena dan trust me, susah betul nak tulis cerita Along ni. Mungkin sebab dia orang terakhir dalam siri smiling eyes (wah kemain bersiri chuols), so banyak benda nak kena fikirkan to suit dengan cerita orang lain; Ezzaq, Ezzah dan Sun. Uhuu but I will try, kononnya plan kata nak settle cerita ni sebelum habis tahun ni. Ngehehehe.
Anyway ini cover dari Moon Leeya (penulis Kafe Damia). Banyak-banyak thanks to her sebab dia design cover cantik ni terus E jadi semangat nak menulis balik. So E nak share sikit pasal Along dan Abiir.
.......
“How’s her?” Itu soalan pertama yang dia utarakan pada Puan Suraya bila wanita 50an itu kembali ke depan kedai.
“Resting. Do you want some tea?”
Farhan hanya mampu mengangguk lemah. Dia pun masih terkejut dengan perkara yang berlaku tadi. Nasib baiklah jarak Book’s Cottage dengan tempat mereka tadi tidak terlalu jauh. Kalau tidak, dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu lakukan.
“Here. This is a chamomile tea. It’s good for insomnia, sleep disorders, anxiety and also panic attacks.” Bukan itu saja teh bunga chamomile ini juga elok untuk sakit otot, luka-luka akibat terbakar dan juga elok untuk penyakit kulit.
“Tak sangka mak cik boleh tahu banyak pasal herba-herba ni. Tak salah saya mak cik dulu cikgu disiplin?” Cawan yang diletakkan di atas meja bulat itu dicapainya. Matanya memandang teh jernih yang masih berasap itu. Mungkin baru dibancuh oleh Puan Suraya.
Tak tahu pula chamomile tea ini elok untuk anxiety dan serangan panik. Farhan tersenyum. Sesuailah untuk dia yang terkejut tadi ni. Cawan biru itu disisip lembut.
“Mak cik start belajar sejak 4 tahun lepas. Macam Paan juga sebelum ni pun mak cik tak tahu apa-apa pasal herba ni, tak berminat langsung pun nak ambil tahu. Yella bukan bidang kita kan? But things could change, kan? Ada seorang doktor yang cadangkan pasal teh herba ni. Dari situ mak cik mula baca buku mengenai herba-herba ni, sambil-sambil tu mak cik belajar juga dari orang yang berpengalaman. Orang bersara, Paan. Bosan tak ada buat apa-apa, kita belajarlah.”
Suasana diam seketika. Masing-masing membuang pandang ke arah luar.
“Paan.” Panggil Puan Suraya.
Farhan mengalihkan tumpuannya pada wajah keibuan yang sedang memandangnya serius.
“Boleh mak cik bertanya sikit.” Melihat anggukan Farhan, dia menyambung, “Apa yang berlaku tadi, Paan?”
Tanpa bertangguh, Farhan menceritakan dari A to Z tentang apa yang berlaku tadi. Tentang pertemuan mereka di shopping mall tadi, tentang pertemuan kedua di bus stand dan akhirnya ke peristiwa bola sepak yang terpelanting ke cermin depan keretanya.
“Its just in a split seconds, dia jadi kejung macam tu mak cik. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam tu.” Dia pun mulanya terkejut dengan bola yang tiba-tiba datang ke arah mereka itu tapi rasanya, terkejut Abiir lebih teruk daripadanya.
Puan Suraya mula mengangguk faham. Sekarang dia mahu biarkan Farhan pula melepaskan rasanya. Tidak dinafikan, wajah pemuda itu menunjukkan riak risau yang tak berbelah bagi. Dia bukannya hidup setahun dua di muka bumi ini, dia dah dapat tangkap yang Farhan ni ada hati pada anak sulungnya...
“I was wondering... why? What has gotten into her?”
“Paan mesti terkejut juga kan?”
Diam.
Puan Suraya tersenyum. “Go back dan tenangkan diri dulu. Mak cik pun tak tahu nak kata pasal Abiir. But I hope you don’t go straight to her and ask about this to her, boleh? Let her resting for a while okay.”
“Tapi mak cik...” Farhan memandang lama wajah Puan Suraya. Gerak hatinya mengatakan yang ada sesuatu disembunyikan oleh Puan Suraya.
Tak jadi membalas, Farhan bingkas bangun. “Saya balik dululah, mak cik. In case you need help, just call me.”
“I will.”
............
So dapat fikir apa yang akan berlaku? Ngehehehe. Oh by the by, I think I need to change the title for this story. Macam panjang sangat kan? What do you think? Any idea?
Poskad 15
Posted on Friday 9 January 2015
@ January 09, 2015 by Ednin Kesukma Dewi
Sebab itu hari jumpa Kak Yah, Kak Noor dan Sakeena dan borak-borak pasal buku, terus terasa rindu pada Kisah Klasik. Hehehe. Maka, nah E nak kasi teaser (sikit) untuk Poskad. I missed Sun, ecece.
Anyway, happy new year!
-------
PETANG ITU selepas sejam mereka berehat di dalam bilik hotel. Maisa terus bersiap-siap untuk ke rumah Nab. Terasa bersalah pula tidak datang membantu kawan baiknya itu sedangkan ketika Mardia bernikah dua tahun lepas, dua hari dia berkampung di rumah Mardia untuk membantu apa yang patut tetapi lain pula dengan Nab kali ini. Sudahlah dia terpaksa melepaskan peranan sebagai pengapit… kemudian, membantu untuk majlis pun tidak!
“Eh Ais dah bersiap? Nak pergi rumah Nab dah ke?”
Maisa mengangguk. Pashmina ungu itu dililitnya di kepala. Sedondon dengan baju blouse ungunya.
“Ais nak pergi dengan siapa? Kejap aunty call diorang suruh hantar Ais.”
“Eh tak payahlah aunty. Ais ambik cab je nanti. Berlambak ada kat hotel ni.”
Puan Raja tidak menjawab sebaliknya tangannya sudah mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja itu.
“Hurmm kat mana ni? Tolong hantar Ais pergi rumah Nabilah boleh? Aaah, sekaranglah. Jangan dok sambung tidur pulak... aah… waalaikumusalam.”
“Alla aunty. Ais okay je, dah biasa naik cab.” Lipstik bernada natural itu diulis perlahan di bibirnya. Wajahnya di cermin dipandangnya seketika.
“Dah cantik dah.”
“Tapi Ais tak boleh lawan aunty lagi. Aunty ni the epitome of natural beauty.” Kata Maisa sambil memasukkan barang-barang mekapnya kembali ke dalam beg soleknya.
“Betul ni aunty tak nak pergi?”
Puan Raja menggeleng. “Kirimkan salam ye. InsyaAllah esok aunty pergi. Hari ni penat berjalan pusing Melaka. Kaki dah terasa nak tercabut… tak tahu pula yang Lia nak bawa kita jalan-jalan hari ni. Ingatkan dia dengan Akmal je nak berjalan…”
Maisa mengangguk. Tadi sampai saja di Melaka, Akmal sudah menuju ke Bandar Hilir terus. Seharian juga mereka berjalan di tengah kota Melaka. Melawat tempat-tempat menarik di situ. Agaknya sebab itu Puan Raja kelihatan letih, sampaikan nak tercabut kakinya.
“Aunty tak apa ke duduk seorang-seorang ni? Nanti kalau ada apa-apa, aunty call Ais okay.”
Puan Raja tergelak. Maisa melayannya seperti dia seorang kanak-kanak. Pipi gadis itu dielusnya lambat. Sejak mengetahui tentang status anak yatim Maisa semalam, bertambah-tambah sayangnya tumpah pada gadis itu. Cuma apa yang dia tak tahu adalah tentang hal keluarga Maisa. Tentang ayahnya? Adik beradiknya? Maisa jarang sekali bercerita tentang itu dengannya. Insya-Allah nanti kalau diberi masa, dia akan bertanyakan pada gadis itu.
Ting tong! Ting tong!
“Aaah dah sampai kut. You guys have fun, okay?”
Maisa mengangguk. Beg tangan yang diletakkan di atas meja solek dicapainya. Tidak mahu Lia menunggu lama pula di luar. Tangannya dihulurkan kepada Puan Raja.
“Ais pergi dulu ya aunty.”
Puan Raja tersenyum sambil mengangguk. Dia turut ikut mara ke pintu bersama-sama Maisa.
“Ucapkan tahniah kat Nab bagi pihak aunty okay. Cakap sorry tak datang membantu petang ni.”
Maisa mengangguk faham. Tangannya sudah menarik pintu untuk keluar sambil badannya tunduk menyarung kasutnya. Puan Raja terlebih dahulu membuka pintu bilik mereka.
“Aik sedondon pula korang.”
“Kenapa? Lia pun pakai…” Maisa mengangkat mukanya, merenung figura di hadapan pintu biliknya. Gulp. Dia menelan air liur.
“You…”
“Hai!” Ihsan melambai-lambai dari luar. Lesung pipit itu jelas di pipinya. “Nasib baik you tak tergelincir lagi hari ni.”
Maisa tersenyum hambar. Sempat lagi lelaki itu mengenanya.
Tapi memang pun. Nasib baik dia memegang dinding tadi… kalau tidak, dia mungkin terjatuh buat kedua kalinya. Hais!
Kisah Sebelum | Kisah Selepas