Poskad: unpublished scene

SELIPAR disarungkan. Lambat-lambat dia melangkah ke arah bilik air untuk mandi. Kantuk masih lagi merajai diri. Semalam, pukul dua belas lebih baru dia dapat lelapkan mata selepas selesaikan masalah berbangkit dengan Kak Iman tapi dalam lena nak lena dia tidur, sudah Azli kejutkan tadi suruh bangun untuk modul pertama hari ni.

Halahaih.

Inilah perkara yang dia paling tak suka apabila ikut program ni. Tidurnya mesti tak cukup lapan jam!
Friendly reminder: this is the first and last time, Sun! Dia mengingatkan diri.

Kaki dibawa berjalan meniti tanah, masih terpisat-pisat melawan rasa kantuk. Perjalanannya dari surau tempat dia bermalam ke bilik air di belakang itu hanya ditemani dengan cahaya bulan.

Kampung Leryar ini masih menggunakan tenaga solar dalam kehidupan seharian. Sebab itulah tiada cahaya pada waktu malam. Gelap-gelita perkampungan Leryar ini pada malam hari.

Mentally reminder: jangan lupa bawak torchlight.

Kan dah padan muka kau tak nampak apa-apa.

Tappp.

Kakinya berhenti melangkah. Nafas dah macam terhenti tiba-tiba. Kantuk yang tersangat tadi pun dah hilang terus. Bibir automatik beristighfar, laju. Surah-surah yang terlintas di kepala terus dibaca tanpa ragu.

Matanya memfokuskan pada objek hitam berteleku di hadapannya.

Lama.

Dah kenapa macam.…

Nafas yang macam terhenti tadi mula beralun kembali. Saluran darah yang seolah-olah tersekat dan gagal berfungsi sudah elok bekerja cuma kakinya yang masih terpaku di situ. Memandang ‘objek hitam’ yang sedang tersenyum memandang langit.

Kalau tadi, jantungnya gagal berfungsi tapi kini bekerja kuat, mengepam laju. Ihsan mengurut dada.

Ingatkan makhluk mana tadi! Rupa-rupanya Si Pluto beku ni. Senyuman tersungging di bibirnya.

Tahu juga yang Cik Ais kepal ni senyum?

Ihsan berpusing, tidak jadi melangkah ke tandas. Mahu biarkan saja Maisa dengan waktu sendirinya.

Ihsan kembali mengukir senyum, bersamaan juga dengan jantung yang tiba-tiba elok bekerja.

Siapa nak sangka kan?

---------------

Sebab baru baca laju-laju Poskad, nah ambik sikit unpublished scene (ini ke namanya?) dalam buku. Hehehehe.