Poskad 4

MAISA MENYELUK beg silangnya untuk mengambil gugusan kunci untuk membuka pedal ayam pintu rumah kayu yang sunyi, tanpa penghuni itu. Daun-daun kering yang bertaburan di atas tanah itu pun sudah mulai penuh kerana tiada siapa yang menyapunya. Habuk-habuk yang menyapa kakinya itu mungkin sudah tebal. Ingin meminta pertolongan dari Long Bibah; jiran di rumah sebelah untuk membersihkan rumah papan ini pun sebenarnya dia segan kerana Long Bibah sendiri punya rumah sendiri untuk dijaga, apatah lagi rumah arwah Toknya ini tanahnya lebih luas.

Pedal ayam dibuka sebaik saja Maisa menjumpai kunci. Pantas kasut flat pumps corak zebranya itu ditanggal keluar lalu masuk ke dalam rumah yang gelap gelita. Hanya sedikit saja cahaya masuk melalui bukaan di antara dinding kayu dan bumbung itu.

Lambat-lambat dia berjalan di dalam keadaan gelap itu. Laju tangannya membuka selak tingkap-tingkap yang berada di ruang tamu dan akhirnya ruang tamu itu kembali kelihatan jelas di tubir matanya bila cahaya matahari mula menerobos masuk ke dalam.

Kondisi ruang tamu itu dipandangnya lama. Dia melarit senyum pahit. Masih kelihatan seperti mana dia meninggalkan rumah ini lapan bulan yang lepas…

Kerusi rotan empat adik beradik itu masih elok di tempatnya. Begitu juga dengan almari kaca yang Tok letakkan gambar-gambar mereka sekeluarga. Semuanya masih di situ. Tidak sedikit pun beralih arah…

Yang membezakannya adalah habuk-habuk yang melekat di antaranya.

‘Ya Allah Maisa… apa yang kamu buat ni? Masih berhabuk Tok tengok… lap balik. Rumah kita kena bersih… orang datang tengok habuk-habuk ni kan tak elok…’

Masih terngiang-ngiang suara Tok membebel.

Jari dilarikan di permukaan meja di sebelahnya. Kelihatan kelabu jarinya bewarna cerah itu.

Maisa mengeluh. Inilah tandanya…

Tanda Tok tidak akan menunggunya di permukaan pintu ketika dia pulang.

Tanda Tok sudah pergi meninggalkannya.

Pipi sudah terasa panas. Pantas Maisa menyeka air matanya yang mula turun tanpa dipinta itu.

Maisa dah balik, Tok… Ibu…

 ***

PENYAPU DILARIKAN di atas tanah. Penuh berhemah Maisa menjalankan tugas mencucinya. Dari pagi tadi dia mula bekerja. Selepas saja menghabiskan makanan paginya, terus saja dia mengerjakan apa yang patut ke rumah tua milik arwah neneknya itu.
       
Kalau tadi dia sibuk dengan mencuci bahagian dalam rumah; menyapu, mengelap lantai dan barang-barang yang berhabuk, menukar bulb lampu yang sudah rosak dan sekarang pula dia sudah menukar tempat ke luar rumah; menyapu daun-daun kering di persekitaran rumah Tok yang boleh tahan besarnya. Sudah berpeluh dia yang bekerja tidak berhenti dari tadi tapi itu tidak mematah semangatnya.

Dia mahukan rumah kayu ini cantik, bersih seperti selalu. Seperti yang arwah Tok selalu lakukan. Sekurang-kurangnya hilang juga rasa bersalah dia kepada arwah kerana tidak dapat menjaga rumah ini selalu…

Penyapu lidi itu dikibas lagi lalu daun-daun kering itu dikumpulkan di satu tempat sebelum dia memasukkan ke dalam plastik  sampah.

“Ehhhh Maisa! Ya Allah, kamu balik rupanya…”

Maisa memberhentikan kerjanya. Automatik dia berpaling ke belakang dan melihat Long Bibah yang mula datang menjenguk dari rumahnya.
           
“Ya Long… Maisa tengah cuti semester ni. Long sihat?”

Tangannya mengibas t-shirt biru laut yang sedang dipakainya sebelum tunduk bersalaman dengan Long Bibah.
           
“Macam biasalah, Maisa. Sakit orang tua. Jaga makan, jaga kesihatan… eloklah kesihatannya. Kalau tak jaga, sakitlah. Sekarang ni Long kalau jalan jauh sikit, mula la lenguh lutut ni. Maisa pula macam mana? Sihat?”

“Macam nilah, Long. Sihat…” Maisa tersenyum tapi hakikatnya, dia tahu yang hatinya ini tak pernah sihat. Tak pernah bahagia sejak Tok pergi meninggalkannya setahun dulu.

“Tapi Long tengok kurus dah Maisa ni. Risau pulak. Bapak kamu tak bagi makan ke mak tiri kamu buat onar pada kamu?”

Khali.

“Kita duduk dulu. Long nak minum tak?” tanya Maisa setelah berdiam seketika. Kakinya dihalakan ke pangkin di bawah pokok pelam itu. Long Bibah mengikut sekali di belakangnya.

“Tak payahlah. Long tahu kamu baru sampai… mana nak ada apa-apa kat dalam rumah tu.”

Maisa tersenyum sambil mengangguk. Baru dia sedar ada relevannya apa yang dikatakan Long Bibah itu. Sudah tentulah rumah yang ditinggal lama ini tidak akan ada apa-apa untuk dihidangkan kepada tetamu. Insha-Allah, nanti dia mahu ke kedai runcit Pak Jamil untuk membeli barang-barang dapur.

“Ha Long… nak tanya sikit ni… Long ada kunci ke stor bawah rumah Tok tu? Bukannya apa tadi Maisa ada perasan yang stor tu kena rantai. Maisa ingat nak ambil basikal lama tu bawak keluar, boleh pergi kedai Wan Jamil nanti…”

“Ohhh… ha ah. Long kunci. Takut hilang barang-barang dalam tu. Sekarang ni banyak orang dok mencuri. Tambah-tambah basikal yang boleh dibuat duit. Sekejap, nanti Long pergi ambil. Ya Allah, Long lupa pulak nak bagitahu kamu.”

“Tak ada apa-apalah Long. Maisa yang patut terima kasih sebab Long tolong rantaikan… kalau tak mesti habis hilang barang-barang tu orang curi.”

Long Bibah mengangguk lalu menyarungkan seliparnya balik. “Long balik dululah. Nanti Long hantarkan kunci tu… satgi tengah hari, Maisa makan rumah Long lah ye. Long pun lama tak bersembang dengan Maisa… Pipah pon balik nanti pukul 10, dia shift malam semalam. Bolehlah Maisa bersembang dengan dia.”

“Pipah dah mula kerja ye Long? Sukalah Long! Ada anak dekat dengan Long.”

“Haah. Dia dapat hospital sini. Lagipun ibu bapa ni lagi suka kalau anak duduk dekat-dekat. Senang nak pantau. Nanti Maisa makan rumah Long tau? Long masak asam pedas ikan pari…”

“Wah dengar pun dah sedap. Insha-Allah, Long.”

Long Bibah mengangguk sebelum berjalan masuk ke kawasan rumahnya yang sememangnya terletak bersebelahan dengan rumah arwah Tok ini. Maisa berdiri memandang wanita yang seusia ibunya itu sehinggalah dia masuk ke dalam rumah batu yang bercat hijau itu.

Kata-kata pada ayat Long Bibah tadi merangkai hatinya.

‘Ibu bapa ni lagi suka kalau anak duduk dekat-dekat.’

Kenapa dia rasa tidak?

---------------------

Phewwww E nyaris-nyaris lupa pada MOU kita, busy sangat dengan research, assignments, and final exam.  So here it is, one day late tapi its better late than never. Ececece.

Good luck kepada sesiapa yang sedang final exam. Bittaufiq wannajah fil imtihan. Belajar kerana Allah. ;)

Poskad 3

“TERIMA KASIH, pak cik.” Maisa memulakan ayat apabila pak cik teksi itu meletakkan beg guni 66cm x 96cm itu di sebelahnya. Tangannya mengeluarkan not RM50 lalu dihulurkan kepada pak cik yang berbaju hijau; si pak cik teksi itu.

Senyuman masih setia di bibirnya -- seperti saat pertama dia menjejak kakinya ke dalam teksi ini tadi -- walaupun hatinya sedang terbakar dengan perangai si pak cik teksi yang memberhentikan teksinya jauh dari kawasan terminal itu.

Bila ditanya kenapa, pak cik tu menjawab kerana takutkan jalan sesak bila mahu keluar nanti. Ringkas saja jawapan si pak cik baju hijau tu tapi dalam simple-simple tu berbara jugaklah hati Maisa. Mahu saja Maisa keluarkan serangan berapi tapi ditahannya bila melihat nombor kad pengenalan yang tertera di atas dashboard teksi itu.

391101..

Nombor itu bermula dengan angka 39. Itu maksudnya pak cik itu lahir pada tahun 1939. Tahun yang sama  dengan arwah Tok. Terus perasaan marah itu bertukar menjadi simpati. Mana taknya dalam usia yang lanjut begitu, pak cik ini masih lagi bekerja mencari sesuap nasi. Cuba dibayangkan pula kalau Tok yang berada di tempat si pak cik teksi itu; sudah tentu dia tak mahu Tok dimarah, diserang dengan serangan berapi seperti yang dia mahu buat tadi.

Maka akhirnya, dia biarkan saja. Siap ditambah ekstra dengan senyuman berkampit gula lagi tapi si pak cik teksi itu tetap dengan caranya. Sikit pun tidak dibalas senyuman ekstra gula Maisa itu tetapi sebaliknya pak cik teksi itu terus masuk ke dalam teksinya dan berderu laju meninggalkan Maisa di situ.

Maisa berdiri di kaki jalan itu sambil memandang teksi yang dah pergi meninggalkannya. Hanya asap berkepul-kepul saja yang menemani.

Halahaih.

Tangan membetulkan bagpack di belakang; yang terisi laptop itu dan memasukkan dompet kembali ke dalam slingbag di sisi.

Phewww.

Dia mengeluh bila melihat bag guni yang sebesar alam yang turut sama menemaninya itu.

Sekilas pandangan jatuh pula pada terminal yang dalam beberapa meter di hadapannya itu.

Berselang-seli kedua objek itu dipandangnya.

Nak kena heret la ni?

Dahinya diketuk. Lagi mau tanya! Jam di tangan dijeling. 9.45 malam. Banyak masa lagi ni. Kau heret sajalah Maisa oii. Pelan-pelan.. inshaALLAH sampai.

Maka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, kakinya diaturkan ke arah terminal bas Hentian Duta itu.



IHSAN MEMASUKKAN kunci keretanya ke dalam kocek seluar. Matanya liar mencari Husni yang sudah hilang dari pandangan matanya. Mungkin Husni ke kaunter bertanyakan nombor basnya kerana itu yang sering dilakukan Husni setiap kali dia pulang ke kampungnya di Arau. Empat tahun menjadi tukang hantar Husni membuatkan dia tahu apa gerak langkah si kawan baik itu.

Kaki mula diaturkan ke terminal sambil matanya mengimbas kawasan sekitar. Kut-kut ada Husni di sebalik orang ramai itu. Tiba-tiba matanya terhenti ke arah seorang gadis yang sedang mengheret bag guni besar di pintu masuk Hentian Duta itu. Jatuh simpati bila melihat gadis kecil yang sedang menarik bag guni yang lebih kurang sama besar dengannya itu…

Lama matanya terfokus ke arah gadis yang memakai tees hitam bertudung kelabu itu…

Macam familiar. Desis hatinya.

Pandangan dileretkan pada bag sling hitam jalur putih di sisi kiri gadis iru.

Ting!

Keputusan berpadanan antara satu sama lain.

Tees hitam + bag sling hitam = All black head to toes.

Siapa lagi kalau bukan…

Miss bazooka! Jerit hatinya. Tambah yakin bila melihat ada jalur ungu putih di tali sling bag itu. Terus kakinya menukar arus.
Digerakkan kakinya ke arah gadis yang sedang berusaha kuat mengheret beg guni itu.

“Hai miss bazooka.” Ihsan menegur bila sampai di hadapan gadis itu. Tangan kanannya diangkat.

Maisa memberhentikan langkah. Matanya beralih kepada lelaki yang sedang tersengih di hadapannya. Kening diangkat serupa The Rock, mengimbas lelaki yang berkemeja petak-petak itu. Sumpah! Dia tak kenal. Bag guni sebesar alam itu ditariknya ke dalam tangan. Kaki sudah bergerak terus ke terminal.

“Miss bazooka!” Maisa memberhentikan langkah. Miss bazooka? Sounds familiar… Dia memandang kembali lelaki yang sudah mengambil tempat disebelahnya.
Ahmad Redha Ihsan! Kad matrik.. dia dah mula ingat kembali. Cuma kali ni wajah serabut itu dah bertukar gaya. Rambut sudah disisir rapi. Tidak seperti dua minggu lepas. Matanya mengecil, tajam memandang lelaki di hadapannya ini.

“Yes?” Antara pasti dengan tak pasti.. sejak bila dah tukar nama dalam IC nih?

“Sorang?”

“Taderlah.” Senyuman dihadiahkan. “Tiga.” Mata dijulingkan. Laju tangan menunjukkan bahu kanan dan bahu kiri.

Ihsan tersenyum.

“Bak sini saya angkat. Nampak macam berat saja ni.” Serentak tangannya mencapai bag guni di tangan gadis itu. Terlepas pegangan miss bazooka dari beg guni. Terus diangkatnya dibawa ke depan, berjalan ke terminal, meninggalkan gadis yang sudah tercegat, membutangkan biji mata.

Maisa mengurut dada dengan perangai tiba-tiba lelaki itu. Langkahnya terus laju mengikut lelaki itu lalu memotong langkah lelaki yang sudah mengangkut bagnya itu.

Sssrreettttttttt.

Ihsan membrek mengejut bila gadis itu sudah memotong tanpa memberi signal di hadapannya. Nasiblah tidak laju mana dia berjalan… kalau tak ada kang kena langgar tadi.

“Saya boleh buat sendiri, saudara.” Keras dia menuturkan. Sungguh dia tak suka orang datang tolong-tolong ni. Lagilah tak suka bila orang bersimpati dengannya. Sungguh, dia cukup tak suka.

Ihsan tahan senyum. Saudara lagi… Miss bazooka plus miss klasik.FM. Dia berbisik di dalam hati. Mata jatuh memandang gadis di hadapannya ini. Gaya moden, berseluar jeans, baju tees independent… siap dengan headphone di leher tapi perangai, masih di zaman duu-dulu kala.

Maisa memandang tajam lelaki di hadapannya. Dia perasan lelaki itu sedang meleret senyum.

Ihsan tersenyum lagi. “Sun.”

“Huh?”

“Sun, that’s what they called me.” Ihsan memberitahu. Sebelum ini dia tak sempat pun mahu berkenal-kenalan dengan gadis ini. Yellah, pertemuannya dengan miss bazooka ini hanya sekejap cuma. Nama yang diberitahu di dalam perbualan telefon tempoh hari pun dia sudah lupa.

“Sun?” Perlahan dia bertanya. Sun. Ihsan. Dia mengangguk perlahan. Sudah nampak logiknya nama ‘Sun’ itu pada nama lelaki itu.

“Yeapp. They called me the Sun of SOE.” Bangga Ihsan memberitahu gelarannya di kuliahnya itu.

Something bbanjak, bbanjak..
Something sparkling..
Something that makes him stand out among the crowd.

“Itulah Sun. The Sun of SOE.”


Suara Mardia dua tahun lepas terngiang-ngiang di kepalanya. Peristiwa di kafe itu mula berhimpun menjadi satu gambaran yang makin jelas. Imej lelaki berkemeja putih yang sedang menyisip air kopi di hujung kafe sudah kabur dimamah tahun itu kembali jelas di kepalanya.

Gulp.

Maisa menelan air liur pahit. Inikah? Kalau ini, maknanya Ahmad Redha Ihsan inilah crush setengah hari dia tu? Kepala cuma mengingat kembali. Masih kabur. Apa yang dia ingat hanyalah senyuman itu.

“Tapayah la bersaudara-saudara. Just call me Sun.”

Terus Maisa mengangkat kepala. Memandang Ihsan yang masih lagi tersenyum itu. Sepasang lesung pipit hadir di kedua pipi itu. Lebih dalam di sebelah kiri pipi dari yang satu lagii.

Voila!

The Sun of SOE… he is!

Dan sedetik saat itu.. tanpa mesej, tanpa sms, tanpa signal, hati Maisa berdetak lebih laju.

Dupdap dupdap dudap dudap dap dap..

Maisa menundukkan pandangan. Tak semena-mena.

Astagfirullahal’azim.

“Bak balik..” Tangannya meminta kembali beg di tangan lelaki itu.

“Saya nak tolong ni. Ikhlas. Tak tipu.”

Dudapdudappdappp..

“Tak payah. Saya boleh buat..” Kepala diikut geleng.

“Tapi…” Ihsan was-was. Salahkah dia mahu bersifat gentleman; mahu menolong orang yang pernah menolongnya. Sekurang-kurangnya boleh juga dia membalas budi. Hari itu pun dia tak sempat berterima kasih pada lanyard ‘Don’t lose me’ itu. Takkan nak membantu pun tak boleh kut?

“Bak balik.” Suara Maisa tekankan sedikit. Biar lelaki itu tahu yang dia serius dengan apa yang dia katakan. Tambah-tambah bila hati dah buat perangai macam ni.

Ihsan menyerahkan kembali beg guni itu. Lambat-lambat. “Betul ni?” Sambungnya.

Maisa mengangguk laju. “Positif.” Diam.

Ihsan menyoroti gadis di hadapannya, yang jelas tunduk memandang tanah itu.

“Terima kasih. Bye!”

Ihsan mengangguk lemah. Matanya setia memandang gadis yang gigih mengheret bag guni itu. Orang nak tolong pun degil. Dari miss bazooka ke miss klasik.fm, dan sekarang miss berdikari? Fuhhh. Tak sampai seminggu mereka berjumpa tetapi sudah banyak karakter gadis ini dia ketahui. Kepala digelengkan sekali.

Awak oh awak!



“KAU APAHAL tercongok kat sini?” Suara Husni membantutkan lamunan Ihsan. Ihsan memandang kaunter yang sudah kosong tanpa bayang miss bazooka itu. Ades! Tak sempat pun dia bertanyakan nama gadis itu tai.

“Woi.” Husni sekali lagi menumbuk lembut bahu Ihsan. “Kau kenapa? Macam tak betul je?”

Ihsan menghela nafas lalu memandang Husni yang sedang menunggu jawapan kepada soalannya tadi.

“Aku tak faham la.”

“Apa yang kau tak faham?”

Ihsan mengangkat bahu. Sungguh tak faham..

Husni menunggu dengan penuh sabar. Air mineral yang berada di sisi bag ditarik keluar. Diteguk perlahan. Membiarkan Ihsan menyusun ayat dahulu. No rushing, lama lagi masa sebelum bas datang.

“Tak fahamlah.. orang nak tolong angkatkan beg pun tak boleh ke? Salah ke?” Muka Husni ditatapnya bersungguh-sungguh. Cuba memohon pengertian dari Husni yang selalunya ada penjelasan pada setiap masalah yang berlaku.

“Tak salah.. nope, no, at all.” Jawap Husni sambil menggelengkan kepala. Air mineral dimasukkan balik ke dalam sisi bag. Dia tak nampak salah pun kalau nak membantu mengangkat beg. Lagi bertambah suka adalah.

“See.. kan? Tak faham aku.”

Husni mengangguk laju. Betul, betul, betul. Matanya sudah terarah pada deretan kedai makanan yang berhampiran dengan tempat mereka berdiri itu. Automatik dia mengulum senyum. Aura perut naganya sudah datang.

“Nah.” Bag balik kampungnya itu diletakkan ke tangan Ihsan.

“Buat apa ni?” Ihsan keliru. Apa kena pulak dengan Husni ni?

“Dah kata tadi nak tolong angkat beg, ni aku dah bagi dah. Banyak songeh pulak…”

Huh? Come again? Sejak bila aku nak angkat beg dia ni?

Husni menggelengkan kepala. Dia memandang enteng Ihsan yang sudah membulatkan mata tanda tidak puas hati itu. Nasiblah kau, Sun. Kaki sudah laju berjalan meninggalkan kawan baiknya dan sekali dengan bag kepunyaannya itu. Senyuman mekar di bibir. Well Sun, I know what you did just now. Rancangan nak mengorat tak jadi kan? Apa salahnya aku tolong sambungkan niat baik kau tadi. Nak tolong angkat bag guni ye? Ini ha bag Husni kau kena bawakan.

HAKHAKHAKHAK.

Nasiblah kau, Sun.

................................

Salam. Kali ni awal sikit dari selalu, ganjaran sebab siapkan assignment. 11 to go. Hikhikhik. Semoga terhibur.

Poskad 2

IHSAN BERJALAN lebih laju dari speed biasa. Getaran dari kocek seluar itu cuba tidak diendahkannya. Dibiarkan saja lagu Bliss nyanyian Muse itu bermain seketika. Tangan yang penuh-- dengan ABC di tangan kanan, Teh ‘o’ Laici di tangan kiri -- membantutkan niatnya untuk menjawab panggilan yang sudah masuk  kali kedua berbunyi itu. Getaran itu terasa sekali lagi sambil-sambil diiringi dengan lagu Bliss  di belakangnya. Kemudian senyap. Ihsan menarik nafas lega. Dia berjalan ke arah Husni yang sedang melahap pasembornya itu. Tangannya meletakkan ABC dan Teh ‘o’ Laici itu di atas meja.

“Thanks.” Husni bersuara tanpa mengangkat muka dari pinggan pasembornya. Dasar Husni. Kalau makan, memang tak hiraukan benda-benda lain dah.

Ihsan mengangguk. Tangannya menyeluk poket seluarnya. Handphone SE dikeluarkan.

Three missed calls.

Dia menekan butang tengah. Mahu melihat siapakah gerangan pemanggilnya tadi. Adakah Amirah, kekasih pujaan hatinya sekarang atau pun Wahidah, kekasih gelapnya yang selalu menelefon di malam-malam hari.

019-9311999

Tiada data yang tersimpan. Hanya nombor-nombor yang tertera di skrin telefon. Dahi berkerut seribu. Nombor siapa pulak ni?

“Apa hal?”

Ihsan angkat bahu. “Ni nombor ni. Tak pernah tengok pon. Siapa entah.. dekat tiga kali kut dia missed calls. Kau kenal?” Tangan sudah dilunjurkan ke arah Husni. Handphone SE itu bertukar tangan.

Dan kini giliran Husni pula yang berkerut sejuta. Dia cuba untuk mencerna nombor ini di kepalanya. Zero. Tak pernah tengok langsung nombor ni seumur hidupnya. Dia menggelengkan kepalanya lalu menyerahkan kembali telefon itu kepada Ihsan yang duduk di depannya.

“Polis kut..” Selamba Husni menuturkan. Pasembor disuapkan ke mulut.

Mata Ihsan mengecil memandang Husni. Kening diangkat sebelah.

“Dah 999 nombor dia.” Jelas Husni sambil tersengih.

“HA HA HA.” Ihsan gelak sarkastik.

“Telefon la balik. Kut-kut penting ke..”

Ihsan mengangguk. Sebelum sempat dia menakan butang ‘Call’, lagu Bliss itu berkumandang kembali. Lampu LED sudah lip lap lip lap mintak di angkat. Nombor 999 sekali lagi muncul di skrin SE. Cepat-cepat dia menekan butang hijau.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..” Suara perempuan di sebalik corong menjawab salamnya.

Ihsan memandang Husni yang sudah memberhentikan suapannya. Serius dia memandang Ihsan yang sedang bercakap telefon itu. Mungkin mahu tahu siapakah gerangan pemilik nombor polis tadi.

“Iye, nak cakap dengan siapa?” Kening dinaikkan.

“Ini Ahmad Redha Ihsan ye?”

Ihsan mengangguk. Tak pernah-pernah orang panggil nama penuhnya selama ini. Orang hanya kenal dia dengan Ihsan atau pun Sun, just that and only that. “Ahuh..” Dia mengiyakannya saja.

“Oh saya Maisa..” Suara itu memperkenalkan diri.

“Maisa?...” Kepalanya mula memproses nama ‘Maisa’ di dalam poket ingatan. Maisa. Maisa..

Teeeett..

Your search for ‘Maisa’ did not match any words inside you head.

“Maisa mana ey?” Dia bertanyakan kembali. Mungkin adik-adik senior nak minta jadi mentor memandangkan exam makin dekat ni kut… ke ada ex-girlfriend dulu-dulu yang dia sudah lupa nama?

“Saya yang tadi.. err.. langgar.. bazooka.. dahi.. saudara.. tadi pagi tu.” Tergagap-gagap suara dari arah sana, cuba memperkenalkan diri.

Ihsan mengerutkan dahi. Langgar? Pagi tadi? Kepalanya memikirkan perkara pagi tadi. Err.. bangun lambat, kereta tak boleh start, pergi kelas.. langgar.. Bum! Lengkap memori pagi tadi di kepalanya. Wajah gadis bertudung hitam yang gelabah tadi muncul di birai kepalanya.

“Aaah.. saya dah okay dah. Tak luka apa-apa pun.”

“Ohh glad to hear that. Tapi bukan tu yang saya nak cakapkan kat saudara ni..” Diam seketika. “Pasal kad matrik. Kad matrik saudara ada kat saya..” Lembut gadis itu bersuara.

“Huh?! Kad matrik?” Terus sudu yan baru diangkat itu diletakkan kembali ke dalam mangkuk. Mata sudah bertukar gembira memandang Husni yang turut sama memberhentikan suapannya. Sama-sama teruja mendengar perkataan ‘kad matrik’ itu.

“Ada kat awak? Seriously?”

“Saya jumpa.. mesti terjatuh masa saya langgar saudara pastu saya ambik and in one split second you’re out of my sight.”

“It’s okay, it’s okay… but can we meet? Saya betul-betul perlukan kad matrik saya tu sekarang.”

Diam. Tanpa jawapan. Mungkin sedang berfikir.

“Hurm.. can we meet in half an hour from now? Depan library?”

“Yeah sure, anytime. See you in half an hour. Depan library.” Dia mengulangi ayat-ayat tadi.

“Oraito.” Diam. “Kalau macam tu okay then… see you around. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..”

Klik. Talian dimatikan.

Ihsan tersenyum memandang Husni yang tengah menunggu jawapan darinya itu. ABC dimasukkan ke dalam mulut. Sedappp. Ini baru nak ada feel nak makan-makan. Dan tiba-tiba je dia rasa nak order stik daging kat mak cik Indon kat gerai depan ni. Hulaweii. Lega kut!

Kening tebal Husni dah terangkat-angkat meminta penjelasan. “So?”

“Misteri kehilangan kad matrik Ahmad Redha Ihsan. Jilid 4. Tahun 2009. Solved.” Matanya bercahaya. Jari dipetik. Sorga.

“Nombor polis tu juga yang jumpa?” tanya Husni. Mata dibulatkan. SERIUS susah dia nak percaya! Nombor dah nak dekat 999, tup-tup boleh pulak jadi ‘Polis’; dan menyiasat sekaligus menyelesaikan kes kehilangan kad matrik Ihsan. Ewaaah, ini dah serupa macam siri Enid Blyton dah ni.

Ihsan mengangguk. Sekali lagi sudu dimasukkan ke mulut. Manis. Ihsan tersenyum, hilang sudah rasa gusar di hati.

Terima kasih, miss bazooka!

***

MAISA MEMANDANG jam Baby-G di tangan kirinya. 8.45 malam. 10 minit lambat dari waktu yang dijanjikan. Dia menggelengkan kepala. Sudah biasa dengan ‘budaya janji Melayu’ begini. Sikit pun dia tidak hairan atau ambil hati kerana kadang-kadang dia pun terlewat dalam berjanji. Normal lah kan? Jangan pulak dia tak datang terus nanti. Kalau itu, memang dia naik gorillalah. Lantas kaki dimajukan ke arah bangku yang memang sudah tersedia di hadapan perpustakaan itu. Kulit buku setebal 1 inci yang baru dipinjamkan dari perpustakaan itu dibuka perlahan.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dia memulakan bacaanya..

Architecture which is form of visual art and communication, also bring visual language of communication. Becoming the part of visual language, architecture contains of grammatical structure is sending its impulse of messages. Grammatical struc___

“Miss bazooka?”

Bacaannya terhenti bila mendengar suara serak-serak basah di hadapannya. Maisa mengangkat muka dari buku yang sedang dibacanya itu ke arah suara manusia yang sedang berdiri di hadapannya itu.

Di hadapannya kini ada seorang pemuda yang sedang tercungap-cungap, mengumpul oksigen. Sudah serupa macam orang dikejar anjing saja dengan rambut serabai yang dihiasi dengan manik-manik peluh.

“Iyee?” Terkulat-kulat dia menjawab. Dia macam dengar tak dengar suara itu memanggil tadi.

“Err.. saya… kerr.. kad matrik?”

“Oh saudara ni Ahmad Redha Ihsan ey?”

Mata Maisa jatuh lagi ke arah objek hadapannya. Lain benar. Takkan dalam tempoh masa kurang 24 jam ini sudah boleh mengubah seseorang dari hujung rambut hingga ke hujung kaki? Bukan tadi di SOE nampak smart, menarik saja bukan macam sekarang yang kelihatan serabut tak tentu arah ni.

Ihsan hanya mengangguk bila nama penuhnya disebut laju oleh gadis itu. Dia melaritkan senyuman bila mendengar perkataan saudara pada ayat gadis itu. Klasik! Dah serupa macam zaman P. Ramlee dengan Saloma.

Mata Maisa menjeling jam Baby-G  ditangan. 8.51 malam. Hampir setengah jam juga dia tercongok di hadapan perpustakaan ini.

“Sorry..” kata Ihsan bila melihat mata gadis itu yang sudah menjeling melihat jam tangannya. Dia tahu yang dia lambat. Ini semuanya gara-gara motor Husni tak boleh start yang akhirnya menyebabkan dia terpaksa meredah malam dengan berjalan kaki. Dari hostel ke perpustakaan… Nightmare. Memang bala sungguh hari ni. Dari pagi sampai malam.

“Oh don’t be.” Tangannya menyeluk beg silang berjenama BUMnya itu lalu mengeluarkan kad matrik lelaki itu dari kotak penselnya. Matanya sempat memandang sekilas wajah yang terpampang di kad matrik itu.

Wajah nerd. Rambut bersikat. Berkemeja putih. Smart.

Lain benar dengan imej di hadapannya sekarang ini. Bagai langit dan bumi!

 “Nah.” Tangan kanan dah dihulurkan kepada lelaki yang sedang menyeluk poket itu. Tangannya memasukkan kembali kotak pensel ke dalam begnya.

“Err… tak ada apa-apa yang rosakkan?”

Ihsan tunduk memandang kad matriknya yang lain daripada biasa itu. Lambat-lambat dia menggeleng.

“Kalau macam tu, saya balik dulu.”

Khali.

Maisa mengambil isyarat diam itu sebagai ya. Maka kaki digerakkan berjalan keluar.

Sebaliknya, Ihsan pula berkerut dahi memandang kad matriknya yang sudah bertukar wajah dengan lanyard yang tertulis ‘Don’t lose me, don’t lose me’ itu. Sumpah itu bukan miliknya. Milik gadis itu, mungkin? Kepala diangkat dari kad matrik ke hadapannya-- tempat miss bazooka duduk tadi.

Kosong.

Terus dia memandang ke kiri, gadis bertudung hitam itu sudah berjalan bertapak-tapak jauh daripadanya.

“Miss bazooka!"

Maisa berpaling. Serentak dia mengangkat kepala, bertanyakan kenapa.

“Err.. ni?” Tali lanyard itu ditunjukkan kepada gadis itu.

Maisa tersenyum. “Untuk awak. Hadiah dari saya.”

Ihsan mengangkat kening.. ey?

Dan Maisa menyambung ayatnya yang tergantung tadi. “So that it won’t fall again... next time. Tader la nak susahkan diri sendiri.. kan? Don’t lose it… again okay?”  Mata dijulingkan lalu berpusing kembali dan berjalan pergi.

Ihsan tersengih bagai kerang busuk di situ. Lanyard itu dipegangnya lama.

Don’t lose me, ey? Kepala digelengkan.

Never!



Poskad 1

September 2009

PEN FABER-CASTELL berwarna hitam itu dicampakkannya kembali bersama-sama nota yang bertimbun di atas meja belajarnya itu. Dari tadi dia cuba fokus untuk menyiapkan laporan untuk subjek Dr. Hisham itu tapi harapan tinggal harapan saja bila mindanya bukan lagi tertumpu kepada subjek Land Surveying di hadapannya itu tetapi sebaliknya pada kad matrik yang tergantung elok di papan biru bertentangan dengan meja belajarnya ini.

Ahmad Redha Ihsan Abdul Qayyum.

Nama yang tertera di atas kad itu dibaca sekali lagi di dalam hati. Masih  tiada lagi tangkapan carian tentang diri lelaki ini di dalam kepalanya.

Buntu.

Hanya ada nama, nombor matrik dan kad pengenalan sahaja yang tertera di atas kad keras itu. Yang lain?

Tiada. Ilek. Nada.

Tiada nombor telefon untuk dihubungi, tiada nama hostel mana yang dia perlu cari, tiada nombor plat motor/kereta untuk dipanggil...

Nothing. Just nice, Ais!

Saudara, macam mana saya nak cari awak ni? Dia bertanya dalam hati.

Maisa menggaru kepala yang tak gatal tu. Sungguh, dia tiada jawapan untuk soalan itu. Matanya berpaling pulak kepada jadual peperiksaan akhir di sebelah kad matrik itu.

Dah nak start exam… Halahaih.. takkan nak dibuat tak tahu saja kut. Simpan kad matrik ni buat-buat terlupa/tak nampak/apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk dijawab kembali bila dipersoalkan nanti. Tak di dunia sekarang, di akhirat nanti.

Gulp. Tekak macam tersepit bila part akhirat itu muncul.

Tak baiklah Maisa. Entah-entah pemilik kad ni tengah pening mencari di mana perginya kad matrik ni. Mana taknya final exam dah nak start. Tanpa kad matrik ni, dah tentulah tak boleh masuk exam hall. Dan bila dah tak boleh nak masuk exam hall, sah-sah la kena repeat subjek.

Repeat subjek?

Maisa, itu namanya menzalimi orang tu.

Kad matrik itu dipandang lagi. Muka lelaki berkaca mata itu dipandangnya.

Lama.

Dia menggaru hujung dahi lagi. Sumpah tak kenal!

Pertama kali kut dia terjumpa dengan lelaki itu sepanjang tiga tahun dia di sini. Muka itu pun sipi-sipi saja di ingatannya. Di dalam ingatannya hanyalah seorang lelaki. Berbaju tees hitam, memakai kaca mata. Hanya tiga point itu saja yang bermain di kepalanya. Yang lain? Nada! Dah tu, celah mana lagi nak mencari pemilik kad ni?

Lelaki berbaju tees hitam dan memakai glasses bukanlah spesies rare di universiti ini. Berlambak! Merata-rata. Adess. Nasib tak baik sungguhlah hari Khamis ni!

Kepalanya mula menerewang mengingat peristiwa pagi tadi, semasa dia tersesat mencari kelas Bahasa Inggeris di School of Engineering (SOE) itu.


“Ya Allah, permudahkan hariku ya Allah.” Doa Maisa dalam hati sambil matanya menerewang mencari kelas Delta1.3c. Dari jauh matanya membaca perkataan ‘Delta’ yang tertera di plat logam di dinding batu bertentangannya itu.

Betullah ini bangunan Delta tapi kenapa dia tak jumpa-jumpa juga kelas 1.3c ni. Dari tempat parking tadi sehinggalah sudah nak masuk School of Architecture (SOA) pun dia masih tak berjumpa dengan kelas yang Nab nyatakan dalam mesejnya tadi.

Pantas tangannya mengeluarkan Samsung dari beg galasnya. Nama Nab dicarinya di direktori telefon bimbitnya itu.

Mirah, Miza, Naa.. Nabilah.

Call-in.

Teeet.. teeet..

No answer.

“Ya Allah Nab masa ni jugak kau tak angkat phone.” Maisa membebel. Ikon hijau itu ditekannya lagi. Berkali-kali. Tak sabar.

Sekali lagi. Tiada jawapan.

Jam Baby-G  di tangan kirinya dijeling sekilas. 8.45 pagi. Maknanya dia sudah lambat 15 minit untuk ke kelas Bahasa Inggeris itu.

Gulp.

Maisa menelan air liur. Muka garang Miss Talibah itu sudah bermain di kepalanya. Ayat terakhir dari wanita dari Mesir itu terngiang-ngiang di telinganya.

“Miss Maisa, if you fail to attend my class again next time I really don’t mind to exclude you from my class. By mean of that, yes, you have to repeat my subject in the next semester.”

Major gulp.

Maisa menggelengkan kepala. Tak mungkin dia mahu repeat! Bukan saja nak kena tambah satu lagi semester dengan singa betina itu, entah-entah silap haribulan  pointernya pun akan menurun secara mendadak. Dan bila pointer drop, sah-sah kena ikut proses soal selidik dengan papa yang sangat mementingkan perihal pelajaran anak-anaknya!

Sudahlah proses soal selidik dengan papa itu sama dengan mimpi hitam. Mimpi ngeri!

Mana taknya, proses soal selidik dengan papa itu dah lebih kurang sama dengan proses penyiasatan polis. Dia akan ditanya dari A hingga ke Z, ditalukan pula dengan bedilan-bedilan soalan, dan kalau jawapan masih tidak memuaskan.. back to step 1, ulang balik sampai papa puas hati. Tak ka mimpi ngeri namanya itu?

Tak boleh jadi ni. Terus halaju kaki dinaikkan.  By hook or by crook, dia mesti masuk kelas Miss Talibah jugak walau macam mana pun.

Tiba-tiba lagu Never Say Goodbye itu bermain-main di telinganya. Lampu LCD berkelip-kelip tanda ada panggilan masuk. Nama Nab tertera di skrin yang berlatar belakangkan gambar Lee Junki itu. Terus dia menekan butang hijau.

“Weii kat mana kelas ni weii? Aku dah pusing satu SOE ni cari, tak jumpa-jumpa. Kau ni biar betul bagi aku nombor bilik nih? Entah-entah salah info!” Pantas dia mengajukan soalan tanpa salam macam selalu. Darurat.

“Wohooohoooo. Chill weii chill.” Suara Nab menjengah gegendangnya. “Sekarang cuba kau bagitau aku kau kat mana ni?”

Maisa memandang sekeliling. Mencari petanda yang sesuai untuk diberitahu kepada Nab. Ada kedai peralatan menulis di hadapannya.

“Ni ha ABC Stationary Shop. Sebelah kanan dia ada lift..” Maisa menghuraikan satu persatu kepada Nab yang lagaknya macam dah tahu sangat dah dengan jalan-jalan SOE ni. Padahal Nab tu pun satu spesies dengan dia. Spesies tak ingat jalan! Lagipun SOE ni bukanlah tempat diorang. Sejujurnya inilah kali pertama dia ke sini. Tupun sebab Miss Mesir tu punya pasal.

Last minute tukar venue.. Dah elok-elok kelas kat library.. tup-tup last day class, dia tukar pergi SOE. Terkejut juga dia tadi bila melihat kelas kosong. Ingatkan kelas kena postponed (Mula dah terasa nak menari hoola-hoop kat situ). Tup-tup dapat mesej dari Nab.

“Our class will be held at Delta1.3c, SOE. 0830. Please be punctual. -Miss Talibah”

Please be punctual? Rasa nak meraung je dia kat tengah perpustakaan tadi. Mana tidaknya jam dah pukul 8.25 pagi tapi dia masih lagi di perpustakaan, menunggu di sana. Sudahla nak ambik masa ke library - SOE tu dekat sepuluh minit jugak. Itu pun kalau full speed -- tapi dengan dia yang berbazooka tergantung di belakang dan beg galas yang penuh segala harta benda ni, memang nasib  baik yang tip top saja lah nak sampai SOE sebelum 8.30. Mahu saja rasa nak ponteng kelas Miss Talibah tu tapi bila mengingatkan ayat terakhir singa betina itu…

“...By mean of that, yes, you have to repeat my subject for the next semester.”

Repeat?

Repeat?

Terus dicekalkan hatinya berlari ke SOE tapi lain halnya pula bila dah jejak je kaki kat SOE ni…kelasnya pula tak jumpa! Banyak betul cobaan dan pancaroba pagi Khamis ni.

“Eh pusing balik, kelas ni kat penjuru alam. Kau jalan terus dari lift tu.. pastu..” Suara Nab tenggelam timbul di telinganya.

“Hellloooo Ais! Kau dengar ke tak ni?” Suara Nab dah nyaring di corong telefon. Mungkin geram bila si kawan ni masih main aci-tak-aci-dengar je ni.

“Ye, ye aku tengah dengar ni. So aku kena pusing balik?” tanya Maisa cepat-cepat. Takut Nab dapat mengesan perangai berangan dia tadi. Sambil-sambil itu dia membetulkan bazooka di bahu kanannya itu.

“Kau berangan ke apa ni? Ya Allah, Ais. Relaks! Kau tahukan kau ni cemerkap bila kau gelabah. Chill…”
Maisa menarik nafas. Hembus… chill, Ais, chill!

“Macam ni, kau pusing balik menghala parking lot. Kelas ni dia dekat dengan parking. Kau jalan straight, lepas tu dekat vending machine jual air tu kau kena pusing kanan, lepas tu kau akan nampak toilet.. jalan depan sikit ada penjuru tu.. kau masuk kanan.. lepas tu kau nampak Delta1.3c.” Laju Nab menerangkan sekali lagi tanpa noktah.

Ternganga Maisa cuba mencerna arah yang diberi Nab itu ke dalam kepalanya. Parking. Straight. Vending machine. Toilet.

“Get it?”

“Hurmm… okay kut.”

“Okay la macam tu. Best of luck! Aku ni lari keluar kejap kelas dia.. kang aku lambat masuk kang mula dia Miss Nabilah, where are you going.. why you took so much time.. bla bla bala! Tak sanggup weii.. bernanah telinga aku. So nanti kita jumpa kat kelas. Kau jangan buat perangai tak datang pula. Nanti dia marah!”

“Ye, ye aku tengah datanglah ni.”

“Baguslah macam tu. Okaylah aku blah dulu. Kau cari kelas elok-elok.  Bye.”

Tupppp. Talian dimatikan laju.

Maisa hanya mampu memandang skrin yang sudah kosong itu sebelum dimasukkan kembali ke dalam bag galas. Halahaih.. Relaks Ais, relaks. Jangan cepat gelabah. Cool…

Otaknya cuba mengingat kembali ayat-ayat petunjuk dari Nab.

Pusing balik?  Vending machine.. toilet..

Dia mengangguk-angguk sendiri. Ikutnya dia macam ada perasan je vending machine tadi. Terus serta-merta badannya berpusing 360 darjah ke belakang mengikut apa yang disarankan oleh Nab tadi.

Kedebaaammm.

“Auchh.” Suara orang sebelah mengaduh di sebelah kanannya.

Maisa berpaling laju ke arah kanannya. Ada seorang lelaki yang sedang menggosokkan dahinya yang sudah jelas kelihatan merah tu. Ini mesti kes terlanggar bazookanya ini. Aduhai, susah jugak bila ada ‘senjata’ ini. Asyik mahu ‘membedal’ saja. Lelaki ini bukanlah orang pertama yang telah merasa penangan bazookanya.

“Sorry sorry. Sumpah saya tak nampak saudara kat belakang saya tadi.”

Lelaki itu mengangguk. Dia mengangkat kedua-dua tangannya, menunjukkan isyarat ‘It’s okay’. Terus dia tunduk mengutip kertas-kertas yang terkeluar dari fail biru di tangannya itu. Tanpa berkata apa-apa, Maisa ikut sama menunduk dan mengutip kertas-kertas yang berselerak di atas lantai itu. Tangan terasa mahu mengetuk saja kepala sendiri yang cemerkap tak bertempat ni. Kan dah susahkan orang lain…

 “Nah. Sorry ya saudara. Banyak-banyak sorry! Bazooka ni memang selalu buta jalan, main rempuh je orang.” Tangan dilunjurkan memberikan kertas-kertas yang dikutipnya tadi kepada lelaki itu.

“It’s okay.. I gotta go. Dah nak dekat pukul 9 ni. Saya ada kelas ni. Thanks anyway..” Tangan kanan diangkat sebelum dia berpusing, meninggalkan Maisa yang masih tercegat di situ.

Maisa melepaskan lega. Nasib baik jugalah dia tak dihentam tadi. Kalau tidak, tambah lagilah cobaan di pagi Khamis ini. Maisa mula bergerak kembali.

Tapp.. Kakinya terasa seperti memijak sesuatu. Pantas dia menunduk ke bawah. Ada sekeping kad matrik di bawah kasutnya. Pantas dia menunduk, mengutip kad matrik di atas lantai. Wajah skema lelaki tadi itu terpapar di atas kad matrik tu.

Ya ALLAH…

Serentak Maisa berpaling ke belakang semula, mencari bayang lelaki tadi tetapi koridor itu sudah pun kosong tidak berpenghuni. Hanya dengan beberapa orang pelajar yang sedang duduk di bangku melayari internet percuma universiti. Hadoii.. mana pergi pulak saudara nih?!

“It’s okay.. gotta go. Dah nak dekat pukul 9 ni. Saya ada kelas. Thanks anyway..”

Kata-kata terakhir lelaki itu diulang tayang di kepalanya. Tiba-tiba hati Maisa dipagut resah, tak sedap hati. Bila teringatkan ayat si lelaki itu.

Part sebelum part saya-ada-kelas itu keluar..

Dah nak dekat pukul 9 ni.

Gulp. Automatik matanya menjeling jam di tangan.

Dah nak dekat pukul 9? Pukul sembi-what?!  Ya ALLAH..

Kelas Miss Talibah! Mampuih kau Maisa, mampuihhhh.

* * *



I kept everything inside
And even though I tried, it all fell apart
What it meant to me
Will eventually be a memory of a _

TOK, TOK, TOK..

Jejari runcing itu mengetuk permukaan meja.

Maisa membuka headphone di kepala. Lagu In The End nyanyian Linkin Park itu hilang di gegendang telinganya lalu digantikan dengan ucapan salam dari kak Fatin; akak sebilik yang cool lagi baik di hadapannya itu. Senyuman automatik terukir di bibir Maisa.

“Bila kak Fatin balik?” tanya Maisa, berbahasa. Pen yang dipegangnya tadi diletakkan seiring dengan alat-alat tulis yang lain di atas meja. Tumpuan pada slide powerpoint tadi sudah bertukar arah ke wajah kak Fatin yang sudah berdiri di sebelahnya.

“Baru dua tiga minit lepas. Orang tu syiok sangat ber-karaoke sampai tak dengar akak balik.”

Maisa tersenyum lebar. Memang dah jadi lumrah hidup seorang Maisa dah, asal buat kerja saja kena dengar lagu. Dengar lagu je buat kerja. Pastu kalau lagu pasang volume tahap romantik-romantik, aci tak dengar ni memang tidaklah. Dia satu puak dengan head banging punya clan. Volume maksima. Maka nanti tak dalah nak twinkle twinkle little star bila buat kerja. Tambah-tambah dengan subjek ubat tidur macam ni. Memang wajib la dia dengar lagu kuat-kuat sampai nak pecah speaker tu kalau boleh.

“Ais puasakan hari ni?”

Maisa mengangguk. “Kenapa? Kak Fatin nak belanja buka puasa ke?”

“Aaahh belanja. Tapi bukan kafe punya tapi ini…” Kak Fatin meletakkan beg kertas kotak-kotak hijau yang tadi disorokkan di belakangnya ke atas meja.

“Kak Fatin bungkuskan dari rumah. Nasi lemak sambal tumis ikan bilis. Your favourite.”

“Serius ke ni kak Fatin?” Mata Maisa sudah bulat bercahaya. “Waaahhhh ini sayang kak Fatin lebih ni.” Tangannya rancak membuka bag kertas. Rakus bila mendengar perkataan nasi lemak sambal tumis ikan bilis itu.

“Ada dua ni?” Dua Tupperware di dalam bag di bawa keluar. Kening dijungkit sebelah. Banyaknya kak Fatin bekalkan untuknya.

“Bukaklah dulu.”

Pantas tangan membuka Tupperware pertama itu. Semerbak haruman nasi lemak buatan Umi Marwah -- ibu kepada kak Fatin -- itu memenuhi kompartmen biliknya.

Gulp. Dia menelan air liur. Hampir rompong imannya. Sabar, Ais, sabar… kejap je lagi waktu nak berbuka tu.

Tangan beralih pula kepada Tupperware yang kecil sedikit dari Tupperware sebelumnya tadi. Perlahan-lahan penutup itu dibukanya. Mata yang tadi bercahaya tu bertambah lagi  silauan spotlightnya bila melihat isi dalam Tupperware yang lagi satu tu. Mulut sudah jatuh terlopong. Dia terasa mahu meloncat. Rasa mahu menjerit.

“Ya, Allah kak Fatin. Ini lepat pisang ni.” ujar Maisa sambil terbangun memeluk kak Fatin yang sudah duduk di atas katil, bersebelahan dengan meja studinya.

“Iullah dari minggu lepas akak dok dengar kamu dok membebel nak lepat pisang, nak lepat pisang. Alang-alang akak balik rumah tadi, akak suruh umi buatkan.”

“Susah-susahkan umi dengan Kak Fatin je. Segan la Ais macam ni.” Maisa melepaskan rangkulannya. Dia mengambil tempat di sebelah kak Fatin.

 “Tak payah segan-segan. Ais ni dah macam adik akak sendiri tau.”

“Terima kasih daun keladi akak. Nanti Ais mesej umilah, nak ucapkan terima kasih. Sayang akak dengan umi banyak-banyak.”

“No hal. Ni Ais banyak kerja ke?” Tangannya menepuk perlahan-lahan belakang Maisa. Matanya menyoroti meja studi Maisa yang penuh dengan buku-buku itu.

“Aah semuanya nak kena siapkan minggu. Biasalah kan hujung semester memang macam ni.”

Kak Fatin mengangguk setuju. Waktu hujung-hujung semester itulah yang paling perit sekali. Semua benda perlu disiapkan. Kerja tugasanlah, laporan amalilah… dan dengan waktu peperiksaan yang bakal menjelma kurang dari 48 jam ini. Tiba-tiba matanya tertangkap sesuatu yang tergantung papan biru bila dia melihat slip peperiksaan Maisa. Keningnya terjungkit sebelah.

“Aikk.. kenapa kad matrik ni ada kat sini pulak?” Jari telunjuk kak Fatin tertunjuk ke arah kad matrik yang tergantung di board Maisa itu. Dahi sudah berkerut seribu.

“Ahh tu.. Ais jumpa tadi kat SOE. Tak tahulah macam mana nak cari pemilik dia, ingat nak bagi kat pak guard je esok. Kut-kut nanti dia ada cari kat sana ke.”

Kak Fatin bangun dari duduknya lalu mendekatkan diri pada papan itu. Kad matrik itu ditariknya berhati-hati dari papan bewarna biru itu. Takut pula merosakkan nota-nota kecil yang Maisa tampal elok di sana.

“Ini Sun kan ni?” Kad dipusingkan ke belakang membaca nama penuh yang memang tertera di belakang kad itu. “Ahmad Redha Ihsan. Aah betulla. Budak engine kan?” Tanyanya lagi.

Maisa hanya mengangkat bahu. “Mungkinlah kut sebab Ais jumpa kad ni pun kat SOE tadi. Kenapa? Kak Fatin kenal dia ke?”
“Tadak la kenal betul-betul kenal. Kenal macam tu je. Dia pernah jadi head-committee untuk sport’s day SOE, kak Fatin ni assistant dia.” Kak Fatin berterus terang. Matanya masih lagi menilik kad matrik itu. Kening berkerut-kerut, memikirkan sesuatu.
“Ermm kak Fatin rasalah kak Fatin ada simpan nombor dia lagi. Kejap eh..” Kak Fatin keluar dari kompartmen bilik Maisa dan kembali dengan telefon bimbit di tangan.

“Rasa-rasanya adalah..” Tangan Kak Fatin sudah rancak memicit butang telefon bimbitnya itu. Mencari nama Ahmad Redha Ihsan di direktori telefonnya.

“Aah… ini dia.. 012-2123111.”

Maisa hanya mengangguk. Tangannya segera mencapai pen hitam yang tersedia di atas meja itu tadi.  Sticky-note warna biru di dalam bekas pensil juga ditarik keluar. Lantas nama dan nombor telefon lelaki itu dicatatnya laju dan mengulangnya kembali untuk memastikan apa yang dicatatnya sama dengan apa yang diberitahu kak Fatin tadi.

“Aah betullah tu. Jangan lupa pulak call dia. Banyak pahalanya bila kita mempermudahkan urusan orang. Insha-Allah, nanti Allah permudahkan juga urusan kita.”

“Thanks kak. Nanti Ais akan cuba call dia tanya macam mana. Nasib baiklah kak Fatin ada, kalau tak jauh juga nak mengukur jalan nak pergi jumpa pak guard esok.”

Pen hitam dipusing-pusingnya. Hilang sudah beban yang ditanggung sejak pagi tadi itu. Kelas English tadi pun dia dah lepas bala. Semangat dia memohon maaf tadi dan nasib baiklah Miss Mesir itu mahu berkrompomi, tenang saja mendengar alasannya dan mungkin menjelang malam nanti, kesulitan yang dilaluinya sejak pagi tadi mungkin akan hilang. Betullah di setiap kesulitan, pasti ada kemudahan! Alhamdulilah.

“Kalau dah boleh tolong, memanglah kak Fatin tolong. Tak apalah, kak Fatin pun nak start buat revision kak Fatin ni. Ais sambunglah dengan kerja Ais tadi. Jangan lambat-lambatkan pula nak telefon dia. Entah-entah dia dok tengah gila cari kad matrik dia tu sekarang ni…”

Maisa hanya tersengih. “Baik kak. Insha-Allah, nanti malam Ais telefon. Sekarang nak siapkan report ni. Sebelum pukul 5 nanti dah nak kena email dekat lecturer.”

Kak Fatin mengangguk faham sebelum mara ke arah kompartmennya meninggalkan Maisa bersendirian di kompartmennya. Selepas kak Fatin berlalu pergi, Maisa sekali lagi memandang sticky-note biru itu. Nama lelaki itu dibacanya lagi.

Ahmad Redha Ihsan.

Sun? Panggilan yang kak Fatin sebutkan tadi ternigang-ngiang di telinganya. Kenapa ya bunyinya macam familiar saja ni? Tangan menggaru kepalanya yang tak gatal.