Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 29
Posted on Saturday 7 January 2012
@ January 07, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah ternganga bila dia nampak saja signboard Kuala Kedah di hadapannya. Tak boleh jadi ni. Dia pandang Mak Su yang tengah sibuk mengeluarkan bag-bag dari belakang kereta. Seriously, sebelum ni -- mati-mati -- dia ingat yang diorang semua bakal 'terbang' ke Langkawi tapi sekarang sangkaannya meleset 360 darjah. Mereka bukannya bakal 'terbang' tapi sebaliknya 'berenang' membelah lautan biru.

Jantung dia dah berdegup lapan juta kali ganda daripada biasa. Dia menepuk pipinya. Ezzah go! Ezzah go! Ezza... suara dalam kepalanya makin perlahan dan lemah.

Laut! Dia fobia... macam mana kalau dia lemas..

"Jomlah." suara Hariz menganggu fikiran negatifnya.

Hariz berhenti di sebelah Ezzah yang sedang berdiri kaku di tepi jalan tu. Kenapa pulak ni? Dia memandang Ezzah yang dah pucat tak berwarna tu.

"Err.. ah?"

"Jom. Dah sampai ni. Diorang dah jalan ke depan dah. Nah bag.." Hariz menyerahkan bag tangan besar itu kepada Ezzah. Sungguh dia tak paham kenapa Ezzah ni suka pakai bag tangan yang besar gedabak macam tu. Entah apa yang dia sorokkan dalam tu.

"Thanks." jawab Ezzah. Dia lantas berjalan laju meninggalkan Hariz, dia mahu bersemuka dengan Mak Su.

"Mak Su! Kenapa naik kapal ni. Asal tak cari tiket kapal terbang je?" Ezzah berbisik di telinga Mak Su. Dia tak mahu orang mendengar apa yang dikatakannya ini. Kang tak pasal-pasal orang cop dia minah spoil.. tak naik kapal yang ramai orang ni. Dia memandang kanan dan kiri. Boleh tahan jugak ramai manusia yang nak ke Langkawi...

Dari jauh dia nampak air laut.

Gulp.

"Mana Mak Su tahu. Hariz yang uruskan.. pi la tanya dia sendiri."

Ezzah mencebir. Mak Su ni! Dia yang kata nak plan, tapi dia suruh Hariz uruskan apasal pulak.

"Tapi okay apa naik kapal ni. Baru adventure. Ni asyik naik kapal terbang je.. tak ada umphhh la."

"Yella Ezzah mana adventurous macam Mak Su. Sudahla Ezzah merajuk. Nak cari mama.." kata Ezzah sambil matanya melilau mencari mamanya. Nak mengadu. Hanya mama dan abang Ezzaq je yang tahu pasal fobia laut dia ni tapi harapannya terbantut bila melihat elok je mama tengah bersembang dengan Hariz di kerusi hujung sana. Dia memanjang muncung mulutnya...

Tawakal je la Ezzah oii.

........

"Ezzah, cepatlah jalan." suara Mak Su dah kedengaran dari jauh. Ezzah hanya menggangguk. Dia memang sengaja berjalan lambat. Lagipun takkan larinya kapal tu. Tangannya memegang handrail itu kejap-kejap. Dia sungguh takut.. kalau kapal tu tenggelam macam mana. Dia dah la tak reti berenang.. dia dah boleh terbayang-bayang dia terkapai-kapai di tengah laut..

"Kenapa ni? Diorang semua dah naik. Awak masih kat sini. Are you okay?"

Ezzah mengangkat mukanya. Hariz. Dia menggelengkan kepala. Okay... tak okay.. Tangannya dah basah dengan peluh...

Dia pandang orang ramai yang sedang menaiki feri tu. Ada yang cool -- meloncat dari jeti ke feri -- dan ada juga yang perlukan pertolongan dari kawan mereka. Ezzah menelan air liur. Agak-agaknya dia boleh jatuh tak?

"Ezzah." suara Hariz perlahan. Muka isterinya tu pucat sekali. Tak pernah dia nampak Ezzah macam ni. Selalunya dia bubbly, banyak cakap.. matanya tertumpu kepada tangan Ezzah yang tengah kejap memegang handrail. Kedua-dua belah tangan.. mulutnya melopong.

"Ezzah Hani. By chance.. er.." Matanya memandang Ezzah yang turut sama memandangnya.

"Are you afraid of the sea?" Straight soalan tu keluar dari mulut Hariz.

Ezzah tersenyum bitter. Gotcha. Hariz dah rumuskan semuanya..

Serentak tawa Hariz memenuhi kawasan itu. Sungguh dia tak sangka yang si city girl yang berani letak telur dalam helmet dia ni rupa-rupanya takut laut. Like seriously?

Ezzah membulatkan mata. Sampainya hati dia. Boleh pulak gelak tak ingat dunia macam tu, ingat kita ni suka-suka ke nak takut laut. Tahulah dia dengan laut tu macam kucing dengan ikan tapi -- at least -- janganla gelakkan orang sesuka hati macam ni. Setiap manusia ni ada weakness tau dak?

Ezzah memandang Hariz yang tengah sakan bergelak ketawa di hadapannya ini. Aida dan Widad cakap lelaki ni almost perfect -- dari fizikal badan hinggalah attitude -- dan sekarang sungguhla dia nak cari apakah kelemahan lelaki ni. Dia memandang Hariz yang masih sakan ketawa ni.

"Okay.. sorry." Hariz angkat tangan. Tapi sungguh lah lawak. Dengan laut yang tenang macam ni pun dia takut..

"Jomlah. Everything's gonna be alright. Nanti kang tertinggal feri kut." Hariz melihat jam di tangan.

Ezzah pandang Hariz. Alright? Dia pandang feri. Ternampak life jacket disitu dan dia pandang laut biru yang terbentang di depannya. Kedeguppp. Jantung bergerak lebih laju dari biasa.

"Jomlah." tangannya dah memegang lengan Ezzah dan bersedia untuk berjalan ke arah feri.

Ezzah masih terkaku. Tak boleh ke naik kapal terbang je?

Hariz berpaling bila Ezzah masih lagi tidak mahu bergerak dari tempatnya tadi. Penakutnya perempuan ni!

"I'm a good swimmer." kata Hariz sambil memandang betul-betul anak mata tu.

Ezzah mencebir. Apa aku kisah dia pandai berenang ke tak. Yang pentingnya sekarang ni ialah Ezzah Hani takut nak naik feri tu. Nampak usang semacam jee. Tak sama pun dengan kapal yang dia tengok dalam TV. Dalam Titanic tu.

"Then trust me. If you fall masuk dalam laut tu. I'll be there to rescue you."

Ezzah telan air liur. Seriously. Dia jatuh hati sekali lagi dengan ayat trust-me Hariz tu. Dia hanya mengikut saja Hariz yang dah bawa dia -- hand in hand -- ke arah feri tu.

Kalau jatuh.. kalau jatuh..

Then trust me..

Pegangan tangan dikejapkan..


.........

Ezzah menghirupkan udara bila dia jejak je tanah darat. Alhamdulilah! Semuanya okay. YEAAAYY!

"Happy nampak."

Senyuman Ezzah terus mati bila dia mendengar suara itu. Dia berpaling ke arah Hariz yang sedang menyorong bag trolinya itu.

Mau tak happy. Dah naik darat kut. Tadi duduk dalam feri, jenuh dia tutup mata. Suffocated. Rasa nak pengsan. Sekarang barulah dia faham perasaan Sofie bila Sofie menangis betul-betul punya kaw bila Ezzah meletakkan kucing comel di atas riba Sofie beberapa tahun yang lepas. Menangis. Meloncat. Semuanya ada. Dia dengan Shen masa tu hanya mampu ketawa tak ingat dunia. Pelik. Macam mana manusia boleh takut dengan haiwan secomel macam tu.

Dan sekarang.. karma is a bitch* sometimes.

Kalau dulu dia yang terloncat gelakkan Sofie, sekarang dia nampak senyuman -- walaupun Hariz cuba sorokkan -- bila Hariz tahu dia takutkan laut.

Grrrrr.

"Ni nak duduk mana ni Mak Su?" Hariz menghalakan kepalanya kepada Mak Su yang berdiri di sebelahnya. Matanya mencari manusia yang memegang cardboard yang menulis nama mereka. Kata Mak Su, dia dah siapkan segalanya. Tempat duduk. Kenderaan. Everything.

Tapi kenapa tak ada sesiapa pun yang menjemput mereka? Hariz tertinjau-tinjau. Dia nama ja budak Kedah, lahir tanah tumpah di Kedah.. tapi kalau nak tahu Langkawi ni -- kali terakhir -- dia pernah jejak pun masa dia pergi rombongan dulu masa sekolah.

Loooong time ago.

"Kejap. Ai mana dia ni pulak?"

"Here she are. Lily! Here. Here." kata Mak Su sambil memanggil seorang wanita yang sedang mencari-cari itu.

Lily bila dipanggil terus berpaling ke arah mereka sekeluarga. Sampai saja dia di tempat mereka, apa lagi terus berdakapanlah mereka. Kawan Mak Su kut..

"Korang. Ni kawan Mak Su, dia tinggal kat sini. So she'll be our tour guide. Tak menyusahkan you kan Lily?"

"Dont worry. I dah arrange everything. Come, everyone." kata Lily sambil mengenyitkan mata ke arah Mak Su.

Ezzah menaikkan kening. Pelik sungguh ayat Auntie Lily ni..

"Diana, mana pengantin baru tu? Ni eh?" kata Auntie Lily sambil memandang Ezzah. Ezzah tersenyum awkward. Pengantin baru... nampak sangat ke?

"Aah. Ezzah, yang tinggi tu husband dia." kata Mak Su sambil jarinya menunding ke arah Hariz yang berdiri di belakang mama itu.

"Congratulation you guys. And you guys mesti suka punya.."

Ezzah tersenyum awkward lagi.

"Jom." kata Auntie Lily sambil menarik tangan Ezzah untuk mengikutinya. Ezzah yang terpinga-pinga hanya mengikut saja. Gila friendly auntie nie sampaikan kalau orang tak kenal diorang mesti sah-sah ingat diorang ni kawan baik. Berpegangan tangan bagai.

"So ni Pak Rahmat. Dia memang duduk Langkawi ni lagi lama dari umur korang. So he'll be your tour guide. Dia friendly. So dont worry." kata Auntie Lily bila mereka sampai di hadapan Rexton warna hitam itu. Ezzah mengangguk tanda memahami. Bagus jugak ada tour guide..

"I think sampai sini saja kut. Diana dan lain-lain, jom kita pergi kereta kita."

Kereta kita?! Ezzah confuse bila melihat yang lain -- Mama, Papa, Pak Su, Mak Su, Zahraa, Along dan Zarief -- berjalan mengikut Auntie Lily dan meninggalkan dia dan Hariz berdua dengan Pak Rahmat.

"Mak Su!" jerit Ezzah. Dia sungguh tak faham. Kereta ni boleh isi orang lagi kut.. dia berlari ke arah kumpulan itu.

"Zahraa, jom la naik dengan kak Ezzah." tangan Zahraa sudah dipegangnya.

"Yours and our journey would be different. Kita jumpa lagi lima hari empat malam ye sayang. Happy honeymoon-ing!" kata Mama sambil tersenyum. Along pun..

Happy honeymoon-ing?

Journey? Different?

Sekarang, jangan bagitahu saya yang dia sorang-sorang dengan Hariz kat Langkawi ni?

.........

"Along rasa la nanti bila kita jumpa dia balik -- lagi lima hari empat malam tu -- sah-sah dia naik gorilla. Tadi pun sikit punya terkejut bila kita naik van ni. Instead of naik Rexton tu." kata Along.

Yang lain semuanya tergelak. Dah kenal sangat dah dengan Ezzah Hani yang garang tu. Tapi nak buat macam dah buat dah pun.. tawakal je la. Naik gorila ke apa ke. Serah saja kepada nasib..

"Kesian pun ada Along tengok."

Kesian sungguh kat adik bongsu sorang tu. Terpinga-pinga. Tak expect kut kena tinggal macam tu. Padahal rancangan ni memang diorang dah rancang awal-awal sebelum dia nikah dengan Hariz pun. Diam-diam. Saja nak buat surprise..

Ni semua tak lain tak bukan rancangan Mak Su la. Semangat dia telefon dari Doha. Nak surprise kan Ezzah.. katanya. Dan memang betul, terkejut betul adik sorang tu tadi. Along menggelengkan kepala.

Ezzah oh Ezzah.

Mak Su memanglah the planner in the family.. indeed she is.

........................................

*pardon the word used.

Here we are -- finally -- Sorry for the lack of update. Serious setiap malam tido awal je kerjanya.. :)

Labels:


1 Surat Chenta ♥

1 Comments:

Blogger Unknown said...

love it sis...live well yaa

14 September 2013 at 19:56  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas