Poskad 6

22:18

“TEMPAT NI kosong tak?” Tegur satu suara yang mengganggu konsentrasinya yang sedang melahap nasi putih gulai ikan keli itu. Kepalanya diangkat memandang si empunya suara.

Satu.. dua..
           
Tuppp. Dia berpaling ke arah lain. Teringat kisah naik bas sebelum cuti semester lepas. Fuh fuh fuh. Ingatkan di stesen bas hari tullah kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu tetapi rupa-rupanya… Pandangannya dihalakan ke arah kanan dan kiri kafe.
           
Lengang. Meja kosong berlambak di kanan dan kiri mereka.
           
Hanya beberapa pelajar saja yang sedang menjamah makanan mereka. Kena sangatlah dengan pukul 3.30 petang. Bukan waktu peak hour.. selalunya waktu ni pelajar akan berada di dalam kelas atau pun di bilik masing-masing.
           
“Well saya seorang.. so tak syok aa makan sorang-sorang kan.” Terang si empunya suara. Maisa memandang ke arah tali lanyard yang tergantung di leher lelaki itu. Dia melarit senyum dalam hati.
           
“Ada orang tak?”
           
Maisa, relaks.. Dia memberitahu diri. Dia menarik nafas, hembus, fikir.
           
“Duduk aa.” Akhirnya dia membenarkan juga.
           
Ihsan tersenyum lalu duduk di hadapan miss bazooka yang sudah menyambung suapannya itu.
           
“Sama.” Komennya bila melihat isi lauk mereka yang hampir sama itu. Yang bezanya hanyalah kuantiti nasi saja dan ulam-ulam di pinggan miss bazooka itu. Yang lain, semuanya sama.
           
Maisa mengangkat muka. Matanya menjeling ke arah pinggan di hadapannya.
           
“Yang ni je yang tinggal pun.” Komen Maisa.
           
Ihsan tersenyum lagi. HA HA HA. Memang pun.. yang tu aja yang tinggal di akhir-akhir waktu ni. Kalau nak harap ikan bakar atau ayam goreng berempah di waktu sayup macam ni. Jangan haraplah.. ni pun dah cukup baik la ada sikit. Kalau tak, sambung ‘berpuasa’ la gamaknya. Terpaksa menunggu makan malam nanti.
           
“Lambat lunch?”
           
Maisa mengunyah perlahan-lahan. Haishh rajin pulak dia ni bersembang. Orang tak nak bersembang, dia lagi rancak bertanya soalan.
           
“Tadi ada discussion dengan studio master.”
           
Ihsan mengangguk sambil matanya melirik ke arah sketch book saiz A3 di atas meja itu.
           
“Architecture student?”
           
Maisa menjulingkan mata sambil menggeleng. “Nayyy. Budak accounting.”
           
Ihsan tergelak. Sudu dimasukkan ke dalam mulut. Dikunyahnya perlahan-lahan sebelum membalas balik loyar buruk miss bazooka ni.
           
“Ada ke budak accounting bawak bazooka jalan-jalan? And those big size of sketch books. I personally don’t think so.” Keningnya diangkat, tanda tapercayaaaa.
           
“You know and you ask.. hurmm. Cerdiknya.” Mata dijulingkan lagi.
           
“Well assumption makes us nowhere. Kan? So architecture student?” Dia bertanya lagi.
           
Lambat-lambat dia mengangguk. Malas dah nak melayan. Lagi dia menjawab, lagi tu encik kad matrik ni membalasbalik. Nampak sangatlah lelaki ni jenis yang tak akan mengalah kalau dia nak sesuatu. A good sense of leadership, may be? Otak Maisa mula memproses karakter lelaki di hadapannya.
           
“By the way, sebenarnya I nak cakap.. thanks for the matric card. Kat library hari tu you cepat sangat menonong jalan. Terlupa nak say thanks.. and for the lanyard too. Pastu bila jumpa dekat Duta, you pulak lari awal-awal.”

Khali.

Maisa masih setia dengan suapannya.

“Thank you.”
           
“Anytime, bro.”
         
“Nanti I belanja you makan.”
           
Mata Maisa automatik terangkat, singgah sekejap di wajah lelaki itu sebelum turun ke pinggan.
           
“Sebab you tolong I.” Ihsan menerangkan. Takut pula gadis ini fikir yang bukan-bukan.
           
“I tolong sebab sesama manusia. Bukannya harapkan balasan but anyway thanks for your kind thought tu. Your thank you note is accepted. I’m done. We’re done.”

“You ni pelik tau. Orang lain suka kalau dapat makan free, you pulak asyik menolak je.”

Maisa tersenyum lalu bangun dari duduknya. Pinggannya di bawa ke tempat yang dikhaskan untuk meletak pinggan itu lalu bergerak ke sinki, membasuh tangan. Tak lama kemudian dia kembali ke meja dan mengemas barang-barangnya.
           
“Serious ni? I betul-betul nak belanja you makan.” Tanya Ihsan lagi. Pelik, kalau orang lain mahu je rembat peluang makan malam dengan salah seorang top scorer dalam SOE ni tapi miss bazooka di hadapannya ini, awal-awal dia letak sign no entry. NO. Katanya. Relaks la bukan ajak dating pun, ajak makan.

M.A.K.A.N.

Maisa memandang lelaki di hadapannya ini. Dia tak pasti sama ada lelaki ni memang spesies suka belanja orang -- ladies especially -- makan atau pun dia memang betul-betul nak balas jasa. But seriously, at least, tengok la dulu orang tu macam mana.

Ini Nurmaisa okeh, dia bukan jenis yang suka makan-makan, jalan-jalan dengan lelaki… apatah lagi yang tak kenal ini! Sebelum sempat dia membalas, telefon SE lelaki itu berbunyi. Lagu Muse - Bliss memenuhi kawasan itu.

“Kejap-kejap. You tunggu kejap ey..” Tangannya diangkat melarang Maisa pergi.

“Hello Miraa.. I kat kafe.. ah ah sorang. Come la…”

Maisa menggelengkan kepala. No wonder lah, Don Juan’s step brothurrr is on the screen.

Kaki diangkat pergi jua.
.............................................
My last paper is coming this Friday! Hoyeaa and I'm done with exam papers (iA).  Have fun reading.

XOXO, E.

You Might Also Like

15 comments

  1. heeee.dah kluar dah aura don juan diaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Nak bagi korang xsuka dia. Mwahaha

      Delete
  2. huhu pendeknyer story

    ReplyDelete
  3. wah untung la...tpi xde port folio review ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. E konpius kat sini. Nia tanya Maisa yang xder portfolio ke E? Tapi kalau bagi pihak Maisa, sebab portfolio selalunya waktu end sem, so memang tader sbb scene ni dah dalam semester baru.

      Kalau untuk E, yeay nope E tader portfolio. Cukup2lah degree dulu. XDD

      Delete
  4. semangkin menarik...
    Maisa buat jual mahal dgn lelaki yang perasan ..OK lah sangat... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak sue. Perempuan kena belajar jadi 'mahal' sikit kan?

      Delete
  5. hoiyehhhhh...
    akhirnya..
    bertemu jg ngan c kacak kn??


    gud luck ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyuuu MaY_LiN. Dah habis dah. Alhamdulilahhhh. :)

      Delete
  6. Maisa kena jual mahal dengan lelaki yang perasan seorang top scorer dalam SOE... ada Maisa kisah ke??...
    No wonder lah, Don Juan’s step brothurrr is on the screen..... hehehe.. TERBAIKkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehehe. Itulah ada dia kisah ke? ;) Thankyuuu for reading.

      Delete
  7. Maisa kena jual mahal dengan lelaki yang perasan seorang top scorer dalam SOE... ada Maisa kisah ke??...
    No wonder lah, Don Juan’s step brothurrr is on the screen..... hehehe.. TERBAIKkkk

    ReplyDelete
  8. hahaha... stigma la ihsan ni. apa dia fikir smua perempuan sama ka, thegeh2x dgn top scorer soe. depa tu suka sbb leh tumpang glamour jew. ;D tp klu dah namanya don juan step brothurrr msti tak puas ht sbb awal2x dah kena reject. huhuhu...

    ReplyDelete
  9. alaaaa! kacau la dia nak ajak dating tuuuu! suka nya saya ngan sun of soe ni! bayangan saya, dia kacak gile tauuuu!

    ReplyDelete