Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 10
Posted on Wednesday 9 November 2011
@ November 09, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Kenapa cakap YE?" itu soalan pertama keluar dari mulut Ezzaq bila Opah bangun meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu itu.

Ezzah buat muka toya, remote TV diambil dan ditekan.

"Ezzah. Hani." satu-satu namanya keluar dari mulut Ezzaq.

"Entah. Instinct kut," kata Ezzah. Naluri. Dari dulu lagi dia memang manusia yang pakai hati, dari pakai otak. Entah kenapa, selalunya hati tu lagi berkata benar daripada otak yang berbicara. Sebab tu dia sanggup berhenti belajar civil (walaupun dah tiga semester) dan sambung ke bidang industrial designing walaupun Mama dan Papa mati-mati halang niat murni tu.

"Instinct?"

Ezzah mengangguk. Matanya dijelingkan ke arah Ezzaq. Tahu sangat dia yang abang ni lain tak bukan mesti nak mempersendakan naluri seorang Ezzah ni.

"It is the worst answer, dear."

See? Kan aku dah cakap, abang dia ni memang skema. Hurrr.

"Okaylah.. Ezzah buat research pasal dia tadi."

"Research?"

"Dari anak murid." Wink wink wink.

Ezzaq mengerutkan dahi. Anak murid, research? Sejak bila Ezzah dah jadi cikgu..

"I met two girls masa lukis kat sungai tadi dan diorang cakap Hariz tu handsome, baik, rajin, ganteeeeng bangeeettt.. So okaylah kan kalau dapat future hubby macam tu. Tak ke betul ni kak Dhir?" kata Ezzah. Kedua-dua ibu jari diangkat, sebijik pose Widad dan Aida tadi.

Hadhira mengangkat bahu. No comment.

"It's your life. Your future depends on it.."

"Memang la tapi.." muka Opah tu ha yang buatkan dia tak sampai hati nak kata TAK.

"Fikir betul-betul. Timbang berat ringan yang Ezzah buat ni.." kata Ezzaq.

"Ezzah dah decide, that's my answer. Period. Titik. Noktah." kata Ezzah. Mata dihalakan ke TV, sinetron Indonesia sedang ditayangkan.

Ezzaq mengeluh. Dah tak tahu nak kata apa, Ezzah ni satu spesies dengan Hariz jugak. Degil. Dia bangun meninggalkan Hadhira dan Ezzah yang sedang menonton itu.

Ezzah hanya memandang sebelah mata, merajuk ke abang ni?

"Dear, just go with your guts. Istikharah, is the best way." kata Hadhira.

Ezzah mengangguk. Istikharah? Kenapala dia tak pernah terfikir selama ni.

....

Hariz bangun bila mendengar bunyi ketekang ketekung di ruang tamu. Bunyi bising itu menganggu kerjanya. Dia menjeling sekilas jam di tangannya. 8.15 pagi. Awal lagi untuk aktiviti memasak ibu ni. Selalunya ibu mula memasak lebih kurang pukul 10 pagi, ni 8.15 pagi dah bising bunyi besi aluminium berlaga. Entah apa yang ibu tengah buat ni? Desis hati Hariz.

"Ibu buat apa ni?" tanya Hariz bila melihat ibunya sedang membawa keluar dulang-dulang dari bilik stor mereka. Siapa pulak nak kawen ni?

Puan Awa memandang ke arah anaknya. Buang tebiat apa tanya soalan ni?

Hariz bersandar di pintu. "Siapa nak pinjam bu?" tanya Hariz lagi. Dulang-dulang hantaran ni memang selalu ibu pinjamkan untuk kawan-kawan dia pun.

"Ish kamu ni buat tebiat ke apa?" kata Puan Awa.

Hariz kebingungan tapi dulang-dulang di tanggan Puan Awa terus dicapainya dibawa ke ruang tamu.

"Untuk kamu la ni."

"Huh?" dah memang betul dia kebingungan. Lawak antarabangsa ke apa ni?

"Diorang dah setuju, awal bulan depan kita hantar rombongan meminang. Ni ibu tengah nak siapkan hantaran semua. Kamu nak kaler apa? Jangan cakap hitam, dah muak ibu tengok kamu dengan warna tu."

"Diorang setuju?" like seriously, she did what? Gila, dia ni sedar ke tak sedar ni.

Puan Awa mengangguk. Tangannya sedang mengira bilangan dulang-dulang hantaran itu. "Warna gold la ye?"

"Ibu, biar betul ibu?"

"Betul la.. warna gold eh. Ibu dah dapat ilham dah ni, nanti temankan Ibu pergi beli barang-barang." kata Puan Awa. Selalunya anak orang lain saja yang bertunang tapi kali ni anak sendiri, ya Allah gembiranya.

Hariz termangu di situ. Wow, benda ni seriously benda yang paling dia tak expect.

"Ha, yang dok termenung tu awatnya? Pergi siap, nanti kita pergi cari barang. Bulan depan kalau ikut tambah tolak kali bahagi tinggal tiga minggu je lagi, ishhh takut tak sempat ni. Haahhh cepat.. hee tak sabar ibu."

Hariz hanya mengangguk. Drastiknya hidup.

......

"Opah ni cantik kan?" tanya Ezzah sambil mengalihkan laptopnya menghala ke arah Opah menunjukkan mini pelamin yang berbunga roses turquoise pink itu.

"Nak buat apa ni?" tanya Opah.

Ezzah mencebir. "Buat pelamin la Opah.. kata nak tunang."

"Tu macam nak kahwin, ish tak elok la.. lagipun membazir ja."

"Tak bazir, mama dengan papa taja." Ezzah tersenyum monkey. Betul la mama dengan papa taja walaupun semalam diorang hampir kena heart attack bila Ezzah mengkhabarkan berita dia mahu bertunang.

"Nanti kawen la kamu buat macam tu, bertunang tak payah. Lagipun tunang ni tak elok nak heboh-hebohkan,  lain la kalau nak kawen nanti. Pelamin-pelamin ni tak penting,"

Tudiaa Opah dah masuk berceramah dah. Ezzah mencebir.. Alahai, baru nak pasang angan-angan nak cari theme semua. Yella kat TV tu berlambak artis-artis bertunang secara besar-besaran. Siap ada theme lagi, arabian night la, princess tale la, garden semua tapi dia? Dah la calon bukan pilihan sendiri, bertunang pun tak boleh ikut kesukaan sendiri ke..

"Dalam TV Ezzah tengok cantik, teringin jugak Opah.." perlahan dia menuturkan.

"Tula Opah tak suka TV ni, suka sangat menghasut otak budak-budak. Yang betul dimanipulasikan, yang tak betul tu depa buat bagi nampak cantik, betul.."

Ezzah diam. Kelepaapp terkena batang hidung sendiri.

"Yella yella tapi baju tu Ezzah nak pilih sendiri, beli sendiri jugak." kata Ezzah, di matanya sudah keluar design baju rekaannya. Teheee. Cuba nak cari laces yang sesuai saja, ni yang bestnya bila hidup dengan dunia design, semua benda nak design sendiri. Hohohoho.

Opah mengangguk. Dah tak boleh nak kata apa dah. Dia dah cukup berdiplomasi dengan Ezzah ni, kang nanti dia merajuk tak nak bertunang macam mana.

........

"Ibu masuk la cari barang. Hariz nak kena balik. Bella nak beranak ni, Ibu. Hanip baru telefon." kata Hariz kepada Puan Awa bila mereka baru saja menjejak kaki ke shopping complex. Telefon dimasukkan di poket seluar.

"La.. dah tu biar Ibu shopping sendiri?"

"Nah Ibu ambik je card ni, beli ja apa yang Ibu suka.. semuanya Hariz okay. Sorry Ibu.."

"Yella Bella, lembu kamu tu lagi penting dari Ibu.." merajuk puan Awa bila Hariz buat perangai macam ni. Anak lelaki dia ni mahu kawin ke tak mahu ni, buat suka hati dia aja.

"Alla ibu, jangan marah.. sorry ya ibu."

"Yella.. balik la. Nanti Ibu naik teksi saja balik.. drive elok-elok."

"Baik bu.. thanks. Sayang Hariz kat ibu.. muahhhh" kata Hariz lalu berlari ke pintu masuk shopping complex. Dia risau dengan Bella sebenarnya, hailloo.. betul la kata Zaki yang kalau Bella ni manusia, sah-sah dia kawen dengan Bella. Mana taknya lembu nak beranak pun dia dah berpeluh semacam macam ni dan disebabkan dia mahu cepat ke kereta terus dia terlanggar seorang gadis dari arah bertentangan.

"Sorry." kata Hariz tapi tidak berhenti, dia mahu cepat. Emergency.

"Finally you just blurted out that sorry word from your mouth," kata suara si gadis itu. Hariz berpaling, there she is. With ponytail di ikat tinggi, blouse biru dan jeans. Hariz menggeleng, ini perempuannya? The future wife?

"You."

"Me." dia menjawab.

"It's okay, forgiven. Emergency case lagi.. perhaps?" sambung Ezzah lagi.

"Whatever, I'm out of this." kata Hariz. Dari dia bergaduh baik dia pergi jumpa Bella.

"I'm out of this too! Good day, sir." kata Ezzah lalu membuat gesture curtsy kepada Hariz.

Hariz menggeleng kepala, perempuan ni sumpah tak betul.

......

Labels:


10 Surat Chenta ♥

10 Comments:

Blogger keSENGALan teserlah.. said...

hahaahaa..
habislah kalau ezzah tahu sape bakal tunang dia.

me likey thisss

9 November 2011 at 00:56  
Blogger Makanan Kesihatan said...

ahhaha..ezzah ni x tau lg tu la future husband die..klu tau, mau x tercengang die..

9 November 2011 at 00:59  
Anonymous sweetstalker said...

hahaha..sure makin comey budk ber2 ni klu dh kawen t:)) so 11.11.11 ni la kawenya ED^________^

9 November 2011 at 06:06  
Anonymous MaY_LiN said...

waaaaaa....
jmp jugak sblm tunang ya..
hikhikhik

9 November 2011 at 08:00  
Blogger Hajar said...

haha, okay jawapan kepada soalan saya sebelum ni dah terjawab. kalau ezzah tau mesti dia tak terima hariz kot?

9 November 2011 at 09:31  
Anonymous iman said...

haha cpt2 la dorg kawen..best sgt cite ni

9 November 2011 at 10:27  
Blogger Kak Sue said...

Betul tu kalau Ezzah tahu orang yang dia langgar tu bakal tunang dia... haru x terima...hehehe.... layannnn

9 November 2011 at 11:32  
Blogger ~ZYX~ said...

eh...ezzah xtau ke hariz 'tunang' die tu n org yg bgaduh ngan die ni org yg same...?cam konfius lak....

9 November 2011 at 15:43  
Anonymous nursya said...

musti best waktu dorg tunang nti..
hehehe...

9 November 2011 at 20:18  
Blogger - AtiKAh - said...

sis..nape dh lme xupdate??ngeee..hr2 jengah page nie..huhu..smbglah..citer nie best..huhu

23 November 2011 at 21:24  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas