Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 3
Posted on Sunday 18 September 2011
@ September 18, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Kan aku dah cakap, mesti bosan punya duduk rumah kenduri ni." bentak Ezzah dalam hati. Mahu disuarakan secara lisan, tak berani. Kang nanti tak pasal-pasal kena cili mulut dengan Opah. Tapi sebut pasal Opah ni kan, Opah pun satu tadi punyalah dia beria-ia suruh temankan ke kenduri tapi sekarang dia tinggalkan aku terkontang-kanting dekat dalam rumah Mak Tom ni.. dah la Ezzah sendiri tak kenal sesiapapun kat kampung ni.

Alahai.. rasa nak lari balik rumah ja, aci tak?

Dah la baju kurung ni rasa tak selesa benar. Huihui Ezzah Hani pakai baju kurung tue, kalau Shen nampak sah-sah dia gelak guling-guling ni. HUAHUAHUA.

Ezzah pandang manusia-manusia lain yang tengah sibuk siapkan persiapan kenduri ni. Ada yang tengah memasak, ada yang masukkan barang-barang dalam goodies bag, ada yang tengah tersenyum bersembang/bergossip, ada yang tengah pasang khemah di luar sana, adjust kerusi meja..

Gotong-royong..

Ezzah sengih. Kalau kat KL sana, Mama bayar ja orang lain suruh buatkan.. dari khemah sampailah ke benda-benda kecik macam isi barang dalam goodies bag ni.. semuanya dah siap. Tak payah pikir apa-apa dah. Yang tinggal hanyalah kaching kaching.. cash-out. 

Ezzah menghalakan pandangannya ke arah luar. Pak cik-pak cik tengah riuh rendah berborak sambil-sambil buat kerja.

Beauty. 

Kalau Miss Shereen, cikgu seni dia, suruh dia lukis 'Pemandangan di Kampung'. Sah-sah ini yang akan dilukisnya.

Ini barulah kampung.

Tiba-tiba satu kelibat berjalan di hadapannya. Straight berjalan, tak pandang kanan kiri.. macam dah orang buat perbarisan lintas hormat je gamaknya.

Pak cik semalam! Getus Ezzah. Pak cik semalam, dia pasti. Pasti sepasti pastinya! Lagipun bukan susah nak buat proses pengecaman kat pak cik tu sebabnya:

  1. Warna baju yang dipakainya. Hitam. Yang spesies orang pakai bila nak pergi berkabung ja gamaknya.
  2. Ketinggiannya. Come on, ada ka manusia kat kampung ni yang berketinggian 180 (tambah tolak) cm macam dia..
  3. Aura negatif. Enough said..hatred are over his soul, remember?

Ezzah cepat-cepat berlari ke muka pintu.. sebelum jauh pak cik tu berjalan.

"Pak cik! Pak cik!" kain diselak ke atas, biar dapat menyaingi langkah pak cik berbaju melayu hitam itu.

Hariz yang sedang berjalan ke arah motornya mendengar sayup-sayup orang memanggil 'Pak cik, pak cik' tapi langkah tetap diteruskan tanpa berpaling ke belakang. Yella yang orang tu panggil 'Pak cik' bukannya 'Hariz. Sah-sah la bukan dirinya, mungkin Pak Cik Mail, Pak Cik Lang atau pun Pak Cik Aq.

"Huh? Dia ni pekak ke atau  pakai earphone?" Ezzah menambahkan lagi had laju langkahnya..

Sampai saja di belakang Hariz, terus bahu itu ditepuknya dari belakang.

Ezzah termengah-mengah dari belakang. Dah lama tak masuk track, kan dah semput. Heeee.

Hariz memberhentikan langkahnya.. dan berpaling ke belakang.

"Kau.." satu saja perkataan keluar dari bibirnya.

"Pak cik ni sound trouble ke apa?"

Hariz mengangguk.. so akulah 'pak cik' tu..

"Apahal?" tanya Hariz kepada gadik di depannya ni. Berbaju kurung hijau, dan selendang yang dah terlucut di bahu.. nampak sangat style pakai tudung ala-ala mak datin ni.

"Ni pak cik laju-laju ni nak pergi mana? Emergency case lagi ke?" Ezzah tersengih.

Hariz buat kening ala The Rock, hah? Emergency case?

"Semalam tu.. pak cik lari sebab emergency kan? Dah jumpa tandas?"

Hariz mengangguk.. tanda faham. Nampak sangat To'kie dah menganjingkan perempuan ni semalam. Emergency case kau kata aku To'kie. Siap kau.

"Pak cik.." Ezzah bersuara. Apasal dia ni diam pulak..

"It's none of your business." Noktah. Dia malas nak ikut bermain dengan rentak perempuan ni. Apa yang budak ni mahukan pun dia tak tahu. Hariz dah berjalan ke arah motornya. Dia mahu balik ke rumah, nak tukar baju yang dah basah dengan peluh ni.

"Pak cik nak pergi mana ni?"

Hariz memakai helmet. Buat-buat tak perasan kehadiran perempuan ni. Tak faham sungguh dia dengan spesies perempuan ni, kenal tak apa tak, suka-suka je peramah nak bersembang dengan orang. Gamaknya dia ni tak pernah dengar ayat "Don't talk to stranger" kut.. especially to your brother's enemy. Tu dah tahap worst case dah tu, kut-kut aku ni jahat gila, kidnap dia pergi jual kat Thailand macam mana?

Enjin motor dihidupkannya.

"Pak cik.. STOP!" Pak cik ni tak nampak aku ke apa? Terus dia berdiri depan-depan motor Hariz yang dah mula bergerak. Tangannya didepakan.. tak bagi lalu! Geram sungguh orang yang tak ada manners ni.. bukan orang ada kacau dia pun, orang saja nak minta tolong hantarkan balik ke rumah Opah je.. tu pun susah ke? Budi bahasa kan budaya kita..

Hariz membulatkan mata, dammit. Dia ni nak bunuh diri ke apa? Tak da angin terus berdiri depan motor orang. Kut gaya nak matikan diri tu, sekurang-kurangnya tambah amal pahala sikit..

"Kau ke tepi boleh? Aku nak balik ni." bentak Hariz. Suaranya dah sah-sah meninggi. Terkejut+marah+sakit hati+dendam semua campur jadi satu rasa. Tak kuasa nak layan budak-budak bawah umur ni.

Ezzah terkejut. Tak sekali pun dalam hidupnya, ada manusia berani tengking dia depan-depan macam ni. Depan orang kampung yang lain pulak tu. Ezzah sedar mesti banyak mata yang tengah memandang ke arah mereka sekarang ni.. dia pasti.

Ezzah bergerak ke tepi sedikit.. memberi laluan.

Hariz tanpa banyak soal terus bergerak meninggalkan Ezzah yang termangu di situ. Padan muka. Dia dengan abang dia sama ja, tak mendengar kata.

Labels:


3 Surat Chenta ♥

3 Comments:

Anonymous sweetstalker said...

hayooo..pkcik hariz ni memg betoii2 ati kayu..hati spesis kayu balak umoq sejuta tahun..poyo gilak..next n3 pls hihi

18 September 2011 at 19:14  
Anonymous arasnieryie@1995 said...

ye la..mmg kayu api tol lar pakcik Hariz nie..sian Ezzah..p xpe,nnti2 ko rebus die tu kasi lembut ye..

18 September 2011 at 20:57  
Blogger Ednin said...

@sweetstalker; heee lupa nak ckp entry ni utk sweetstalker.. hehehhe.. tudia spesies kayu balak hati Hariz rupanya.. heee ;)

@arasniery@1995; kayu api pulak? hehehe comel la korang ni.

24 September 2011 at 00:20  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas