Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Secebis Cinta Tihani - Blurb
Posted on Saturday 2 May 2020
@ May 02, 2020 by Ednin Kesukma Dewi


Salam dan greetings semuanya,

Selamat berpuasa semua! Akhirnya buka balik blog ni setelah lama ditutup. Mehmehmeh. I guess tak ada siapa pun yang baca lagi tapi nak juga update, untuk kegunaan di masa hadapan.

As you all know (from FB, IG and Wattpad), E dah selesai satu manuskrip baru tahun lepas. Manuskrip ini pun dah dihantar ke satu syarikat penerbitan dan bakal terbit tahun 2020 ni, InshaAllah. Doakan, amin.

E tak dapat bagitau bila tarikh yang betul-betul SCT akan terbit, tapi I hope it soon. Hehehe. Sambil tu, E dah letak teaser untuk novel ni. Boleh baca di Wattpad dan E akan update di sini juga because this is where I start everything. I could never delete this blog.

So first thing first, I share you with the blurb first. Just to give a rough picture how SCT gonna be like.

Enjoy!

Happy Ramadhan. Hope you guys in a good health, be safe in everything you do and be responsible for everyone of us.

Thank you.

XO, E.

_____________

SECEBIS CINTA TIHANI - EDNIN

Kisah hidup Tihani tak seindah yang disangka. Masa mudanya sudah tercorak kelam bila dia belajar yang tak semua benda akan berakhir dengan kebahagiaan. Dan kadang-kadang perpisahan itu lebih membahagiakan. Dari situ, dia melihat dunia dengan cara yang berbeza dari yang lain.

 "You tahu tak apa itu carpe diem?" - Tihani

"Maksudnya kita tak payah fikir apa-apa, hanya nikmati hari dengan apa yang ada." - Imar

"Bagi I pula- kita kena merancang dengan apa yang kita ada hari ni untuk kesenangan masa depan." - Tihani

Mungkin betul kata orang, hati seorang Tihani itu terlalu sempit dan tertutup ruangnya. Bagi Tihani, lebih mudah mencegah dari merawat hati yang patah. 

Datang pula seorang Imar, lelaki yang punya hati besar dan sanggup berkorban untuk orang kesayangannya. Bagi Imar, keluarga adalah segalanya, perkara lain fikir nanti-nanti.

Dan takdir membuatkan mereka dijodohkan sebagai suami isteri. Imar disebabkan desakan keluarganya, manakala Tihani pula dihukum atas kesilapan adik sendiri.

Namun bagaimana kalau tembok yang diciptakan Tihani terlalu tinggi untuk Imar jangkau? Cukup kuatkah cinta seorang Imar kepada Tihani? 

Dan apa yang akan terjadi bila kisah silam Imar muncul di antara mereka? Adakah secebis cinta ini akan hanya tinggal harapan yang mula menghilang nanti?

Labels:


4 Surat Chenta ♥


Writing Update
Posted on Saturday 30 March 2019
@ March 30, 2019 by Ednin Kesukma Dewi


Assalamualaikum semua,

I hope everything is well sebab Alhamdulilah, my life is going well right now. Busy, yes but living still. Alhamdulilah.

Sebenarnya nak bagitahu pasal kisah Aiman, well kisah agak menyayat hati sebenarnya. Actually E dah hampir selesai dengan cerita tu. Tapi kisahnya, laptop E dah rosak. Tak boleh nak buat apa. Sedih sebab dalam tu, lengkap semua- all my manuscripts. Kalau Vice Versa, Poskad dan Dia, A tak kisah sangat sebab ada versi hardcove. Manuscript yang belum selesai? Go to the drain. Menangis tak berlagu. Kesalahan amatur sebenarnya.

Masa bila sedar manuskrip semua tu hilang terus rasa, alangkah bagus kalau share dalam blog macam dulu-dulu. At least I still have my Si Hoodies Pink here.

So itulah kisah sedih penulis amatur ni.

Dan untuk kembali menulis kisah Aiman, mungkin kalau ada peluang. Kisah Aiman sebenarnya agak berat isunya. Susah untuk mula tulis balik.

Dan mungkin saya akan mulakan dengan cerita baru, dalam lingkungan watak-watak baru.

Mungkin E akan share dalam blog atau watpadd.

Sorry, minta maaf kalau siapa2 tunggu cerita Aiman.

I hope you will like my new characters. Mehmehmeh. Padahal baru tulis Prolog. Masih jauh perjalanan saya. Hehehe.

XOXO, E.

0 Surat Chenta ♥


A for...
Posted on Thursday 7 June 2018
@ June 07, 2018 by Ednin Kesukma Dewi


OPTIMA K5 warna putih berhenti di hadapannya. Boot belakang automatik terbuka. Aiman segera menarik bagasinya lalu dimasukkan ke dalamnya. Selepas menutup, dia kembali ke pintu belah penumpang dan masuk dengan salam di bibirnya.

Wajah manis pemandu yang tak pernah lekang senyum menyambutnya, seperti selalu. Selama lebih sepuluh tahun Aiman kenal Ihsan, hanya sekali dua dia saja dia rasa senyuman itu hilang. Tahun lepas, sebelum ke India atas urusan kerja. Lepas tu, aman bahagia, senyum selalu, macam sekarang. Untunglah bila bahagia kan? Bukan macam dia yang masih terumbang-ambing lagi ni. 

“Welcome back, orang jauh. Macam mana flight?” 

“Ada turbulence sikit tadi, sebenarnya tak sikit tapi lama jugak tapi Alhamdulilah, selamat mendarat.” Kepalanya teringatkan pergolakan di udara tadi. Pergolakan yang membuatkan dia istighfar lama dan mulutnya tak terhenti membaca semua surah yang dia hafal. Bila difikir balik pun masih boleh menimbulkan getaran di dadanya. 

“Lepas ni kena pergi lagi ke?”

“Tak tahulah. Kalau bos kata pergi, kita pergi. Kalau tak, duduk dalam ofis jelah.” Memikirkan dia perlu duduk di dalam pejabat, bekerja di dalam kubikel sudah membuatkan dia rasa lemah. Tiba-tiba dia rindukan kerja lapangan yang lebih sesuai dengan jiwanya. 

“Okaylah tu boleh melawat negara orang. Kenalah dengan geeky macam kau ni. Bukan dulu kau ada kata ke nak try hidup dekat negara orang.”

Aiman mengangguk. Betullah apa yang Ihsan cakap tu. Memang dah jadi impian dia sejak kecil untuk merantau ke negara orang. Kalau dulu, dia hanya mampu baca melalui buku-buku saja kini dia sudah diberi peluang apa yang dia inginkan dulu. Rezeki orang kata. 

“Nak lepak dulu ke atau nak balik terus?” Ihsan faham macam mana penatnya untuk mengharungi perjalanan hampir dua puluh satu jam Johannesburg-Kuala Lumpur itu.

“Lepak nasi kandarlah, abang. Rindu teh tarik.” Aiman sengih. Dalam banyak-banyak benda yang dia rindu di Malaysia ni, air bergula tak sihat itu juga yang dia ingat. 

“Aikk kata tadi lepak kat dalam. Tak pekena dulu?”

“Nasib badan, abang. Teh tarik kena curi.” 

Ihsan yang sedang memandu itu menoleh sekilas padanya. Kening terangkat sedikit, meragui kata-kata Aiman. Terutamanya bab teh tarik kena curi tu. Gagal logik akalnya untuk merima berita macam tu. Bukankah kedua lapangan terbang milik Malaysia itu dikawal rapi sekarang ini, terumatanya selepas kes bunuh adik kepada pemimpin Korea Utara beberapa minggu lepas.

“Betullah. Ada perempuan mana entah dari mana tadi datang bila saya tengah dok bahagia indulging my so long time no meet teh tarik- dia ambil cawan tu dan simbah pada orang sebelah saya.”

Aiman ketawa. Lawak pula bila teringat peristiwa petang tadi. Tak semena-mena teh tarik dia jadi mangsa atas kecurangan orang lain. Nak curang, curanglah tapi apa salah teh tarik dia? Dah la dia dah kurang dos teh tarik selama sebulan di Afrika dulu. Tiba-tiba dirembat pula dari tangannya. Haru betul. 

“Eloborate, Aiman.” Volume radio direndahkan. Ihsan lebih berminat untuk mendengar cerita ini. Syok juga rasanya kalau mendengar cerita juicy macam ni sambil menghadapi perjalanan hampir sejam ke Shah Alam nanti.

“Saya rasa ceritanya macam lelaki tu curang. Dia dengan seorang lady ni dok syok bercinta kat meja sebelah saya tadi. Sedang bersayang-sayang, sekali kena tangkap dengan seorang lagi. Lepas tu habis dia kena mandi air oren dengan teh tarik sekaligus.”

“Apasal garang sangat nak kena tuang air semua? Tak boleh elok-elok berbincang?” Ihsan mengetuk stereng kereta sambil cuba untuk meletakkan dirinya di tempat lelaki itu.

“Perempuan, abang. Apa yang diorang perlukan dalam satu hubungan ialah kesetiaan. Kalau dah dicemari dengan kecurangan, buat apa nak teruskan perhubungan- putuskan lebih baik?”

“Yela, tapi haruskah dengan cara in public macam ni? Lelaki pun takut kalau dah garang macam tu. Cuba kau bayangkan kalau perempuan tu buka silat bila dia nak minta putus?”

Aiman hanya diam. Nasib baiklah Ihsan ni dapat kak Maisa yang jenis lemah-lembut. Kalau dapat spesies singa betina, kan dah merasa kena simbah air.

“Abang banyak tau pengalaman dapat perempuan jenis bossy macam ni, jenis tak nak kalah. Lepas tu cemburu tak tentu fasal. Sebelum buka ayat lagi, diorang dah sembur dulu. Lelaki pula, jenis malas nak berfikir panjang, terpaksa teruskan je.”

Aiman pandang sinting pada Ihsan. “Macam ada pengalaman kena mandi air oren je?”

“Masa silam jangan usik.” Ihsan sengih. “Sekarang ni, abang one lady kind of guy okay. Itu cuma hipotesis abanglah. Lelaki takkan curang kalau tak ada reason. Lagipun mana ada perempuan sanggup nak malukan diri macam tu.”

“Dia tak buat scene kat situ pun sebenarnya. Benda tu berlaku sekejap sangat. About two minutes? Or less. Macam assassin buat kerja. Pantas dan efisien.” Aiman sendiri tak faham kenapa dia tiba-tiba jadi pahlawan, cuba untuk meletakkan justifikasi pada perbuatan gadis tadi.

Ihsan ketawa. Hidup Aiman ni tak pernah bosan agaknya. Cerita yang drama macam ni pun boleh bertukar komedi kalau Aiman yang bercerita.

“Tapi kan perempuan ni macam… lain sikit.”

“Lain macam mana?” Ihsan menjeling. Dia jarang dengar Aiman sembang fasal perempuan dalam konteks ‘lain macam’. Bila difikirkan balik Aiman tak pernah pun bercerita mengenai perempuan bila mereka keluar bersama. 

Walhal, sebelum ni memang dia dan Farhan yang akan meminta nasihat dari Aiman tapi pernahkah Aiman meminta nasihat dari mereka? Tak pernah. Baru hari hari ni dia sedar yang dia tak tahu banyak mengenai junior kegemaran dia dan Farhan ini.

“Sebelum ni kita selalu tengok kat media sosial kalau kes pergaduhan antara kekasih curang ni, selalunya perempuan akan serang perempuan yang merampas. Betul tak?”

Ihsan mengangguk setuju. Bukan sekali dua dia tengok video mengenai kes tarik rambut, bergaduh sampai masuk longkang semua. Berlambak boleh jumpa kalau rajin search kat internet tu. Yang menjadi mangsa, mesti perempuan juga. 

“Itu yang lain pada perempuan ni. Tadi dia pandang lama je lelaki tu. Dia tak maki, mencarut ke apa. Dia macam… relaks? Marah dia lebih tertumpu pada lelaki tu. I find that fascinating. And mature.”
Ihsan menggeleng kepala. Sempat pula Aiman ni analisis peribadi kat situ. “Orang matang tak bergaduh macam tu la Aiman. Silent kill pernah dengar tak?”

“I was expecting that as well, tak pun a girl fight dengan perempuan lagi satu tu. Tapi jelas kut dia tak buat macam tu. Bagi saya, dia hanya nak luahkan marah dan kecewa dia pada lelaki itu saja, bukannya nak cari gaduh pun.”

“Abang tak pernah jumpa orang yang analisis pergaduhan orang macam kau tapi menarik juga sudut perspektif kau.”

Aiman pandang luar tingkap. Muka kecewa gadis itu kembali menjengah di kepalanya. Hanya orang yang pernah rasa kecewa saja dapat meletakkan kaki di tempat perempuan itu. 

“Pastu dia buat apa? Macam mana pula dengan pasangan yang curang tu? Lelaki tu tak marah, naik baran? Flip the table?”

Aiman ketawa. Boleh tahan juga drama imaginasi Ihsan ni. “Saya kesiankan perempuan yang kena simbah tu je.”

“Kenapa?”

“Lelaki tu kejar perempuan yang lagi satu tu. Tinggalkan dia di tengah-tengah kafe. Nampak sangat dia dipergunakan saja. Orang lain pandang serong kut. Apa boleh buat, dia ada pilihan tetapi dia pilih yang itu.”

“Ke lelaki tu yang womanizer sebenarnya?” Ihsan tak terkeluar kata selepas itu.  

“Mungkin juga. Padanlah kena dua kali air.” 

Ihsan ketawa perit. Dalam diam, dia pun pernah rasa di tempat lelaki itu. Situasi yang dia tak tahu nak menyebelahi siapa. Dan pilihan yang dipilihnya itu juga telah melukakan hati seseorang.

“Saya tak rasa perempuan tu akan terima dia balik pun.”

Ihsan mengangguk setuju. “Macam kau cakap tadi. She’s mature, and a mature woman doesn’t make mistake twice. Dia sudah percaya lelaki itu sekali, dan he broke the trust. The end.”

“True.”

Dan perbualan mereka mengenai peristiwa teh tarik hilang dan perempuan tenang itu pun habis di situ saja. Tidak masuk lagi dalam cerita di antara perbualan kedua rakan baik ni, sampailah satu masa nanti yang akan merungkaikan lagi kisahnya. 

-------------------

So yes, Aiman is the next guy. Pada siapa tak kenal Aiman, kenalah baca Dia, A dulu. Tapi disclaimer ya cerita ini belum tamat. E sendiri tak tahu bila boleh tamat. Bila baca balik, I think I need a revamp. Sebab ceritanya boleh tahan bosan dan agak berat. So mari kita tunggu nak jadi macam mana.

Dan semua juga pasti dah tahu yang JS sudah berhenti keluarkan buku kan? Honestly, E still tak tahu whether this cerita will come around. So let's hope for the best okay. For the time being, meh awak semua baca chapter yang supposedly prolog ni.

Dan E nak ucapkan banyak2 terima kasih kerana sudi membeli Vice Versa, Poskad dan juga Dia, A. Siapa yang belum ada Vice Versa, you can buy directly from me. Poskad dan Dia, A sudah tiada stok. Uhuuu.

Dan dengan ini, E nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya. Maafkan E kalau tersalah bahasa atau apa-apa perbuatan yang mengguriskan hati anda semua.

Semoga kita bertemu di lain hari, InshaAllah.

Xo,
E

Labels:


6 Surat Chenta ♥


Just an update
Posted on Saturday 3 February 2018
@ February 03, 2018 by Ednin Kesukma Dewi


Salam and greetings,

Sebenarnya E terkejut bila tahu masih ada yang membaca blog sini, terutamanya cerita Si Hoodies Pink yang dah berkurun lamanya tu. Tapi of course, E bersyukur sgt kesudian korang dan bila baca komen-komen yang ditulis, sungguhm rasa nak nangis. It warms my heart dan push me to keep on writing. I wish I can share updates on my writing, tapi takut sebab akan buatkan korang tertunggu-tunggu pastu E rasa susah hati pulak. Hehehe. Instant gratification is no good. So harap-harap until fourth manuscript ni nak habis tulis, baru E kongsikan kat sini.

Btw, lagu ni jadi lagu favorite masa taip dan sebenarnya E baru saja tamat bahagian I. Hehe. Mungkin ada dua atau tiga bahagian. Wuhuuu. Masih panjang lagi perjalanan.

For now, lets take a guess who is the lucky guy and girl in my next manuscript?

Jeng jeng jeng.

XO, E.



4 Surat Chenta ♥


E dan jewellery
Posted on Friday 14 July 2017
@ July 14, 2017 by Ednin Kesukma Dewi


Selamat pagi atau selamat malam pada yang masih bermimpi. E sedang membuat kerja, stress, dan ke sinilah kita menghabiskan masa. I was thinking about a jewellery. Sebenarnya tidaklah E suka memakai barang kemas tapi I realized that most of my cerita mesti akan ada jewellery masing-masing. Dan itulah motif di pagi hari ini, yakni berbincang mengenai barang kemas heroin-heroin saya.


1. Eternity ring

Ini adalah hadiah dari Uzair pada Ezzah sempena pernikahan mereka. Ezzah is classy and minimality is just her style and eternity ring is just feels right with her. Tak ada batu berlian permata yang besar-besar tapi harganya tetap membuka mata. Sounds like Ezzah kan?


2. Pandora 

Walaupun orang cakap Pandora tidak mendatangkan keuntungan, well we dont want Maisa to sell off her bracelet kan? *wink* but sentimental is purely Maisa. The girl who scrapbooking her photos will definitely suits with Pandora bracelet where she can pick charms for the respective memories in her life.



3. Pearl

Okay, ini tak ada dalam Dia, A sebenarnya tapi dalam pinterest E dah letak gambar pearl di dalam board Dia, A. Di dalam Dia, A hanya ada scene Aiman bagi subang bertatahkan mutiara pada Abiir dan supposedly Farhan akan bagi something to Abiir tapi E tak ada chance pula nak letak itu di dalam manuskrip. Ohhooo, may be scene tambahan nanti? Who knows?

Dan kenapa mutiara? Kerana mutiara itu terhasil dari satu jangkamasa dan pelbagai tahap sehinggalah dia boleh jadi macam tu. As quoted from wiki, "the most valuable pearls occur spontaneously in the wild, but are extremely rare." I want to think Abiir is like that. Pada sesiapa yang belum baca Dia, A, kenalah baca kalau nak tahu cerita Abiir? Jeng jeng jeng.

4. Batu?

Nantikan di buku ke-empat yang baru menapak ke 20k perkataan. Tapi Alhamdulilah, plot semua dah selesai rangka, tinggal nak elaborate dan tulis saja. For now, let me tell you that I just love the hero and the heroin. Wink wink.

Menarik kan sebenarnya bila perasan ada signifikasi barang perhiasan pada setiap heroin-heroin yang E reka. Dan setiap padanya kena dengan watak masing-masing. Hehhehe, sekian sudah analysis watak-watak Ednin dan barang perhiasan. Jumpa lagi di rambling akan datang. Mungkinkah ada simbol-simbol lain lagi pada tulisan E? Jeng jeng jeng. Acah-acah Dan Brown pula kan. Hihi.

Xoxo,
E

Labels: ,


2 Surat Chenta ♥


Dia, A: A Cover Revealed!
Posted on Thursday 13 April 2017
@ April 13, 2017 by Ednin Kesukma Dewi



Assalamualaikum semuanya,

Dengan sukacitanya, E ingin memperkenalkan buah tangan (ececeyy) yang ketiga untuk tatapan kawan-kawan semuanya. Pada sesiapa yang mengikuti E dari zaman dolu-dolu, mesti akan sedia maklum dengan kisah Along yang terbengkalai lama sudah tu. So, inilah ceritanya- dari tajuk sepuluh tahun, E tukar ke Dua Hala masa hantar penilaian di JS dan akhirnya kami sepakat untuk memilih Dia, A sebagai tajuk akhirnya. 

Tapi jangan khuatir, jangan gusar, ia masih pasal Along dan Abiir! Tajuk saja berubah, contentnya masih sama.

I know it took so long for it to finally here. Bukan setahun dua tapi rupanya, hampir lima tahun juga E peram. *gelak jahat*

Lima tahun tu sudah tentu bukannya sekejap dan banyak benda berlaku sepanjang tempoh itu. Dan ceritanya pun ikut berkembang mengikut peredaran masa dan emosi cik penulis. Maka sebab itulah E nak tekankan, jangan expect tinggi pada Dia, A. It could be your taste of bud, or it could not be. Tetapi E tetap harapkan korang akan sukakan kisah yang E cuba sampaikan ini.

Dan untuk pengumuman kedua pula- E juga dah buat akaun IG untuk diri sendiri. Feel free to follow @eforednin. Dan insyaAllah, E akan cuba post teaser/ quotes mengenai Dia, A di sana. So you guys better follow kalau tak nak ketinggalan kereta api. Teheheee.

Dan jangan lupa tag E pbila korang dah dapatkan Dia, A (Vice Versa dan Poskad juga) di tangan. I'll be happy to see you guys there.

Xoxo, E

------

Blurb belakang buku: 

Cinta pertama itu beracun, sehingga dia tidak mampu berdiri tanpanya

Sepuluh tahun dahulu, Farhan jatuh suka pada Abiir. Apabila rasa hatinya ditolak, dia pergi membawa diri.

Book's Cottage menemukan mereka kembali. Dan di situlah Abiir berdiri tekun melayan pelanggan. Nampak makin manis. Nampak makin matang. Selepas sepuluh tahun...

Namun Abiir yang sekarang ini bukan seperti Abiir yang sentiasa senyum, ceria dan aktif. Puas sudah dia bertanya, namun tak pernah dia mendapat jawapan. Abiir seperti sedang bersembunyi dan hidup dalam dunianya sendiri.

"I mungkin sedang hidup, Farhan, tapi sejujurnya, I tak pernah rasa hidup."

Apa yang mengubah Abiir menjadi Abiir yang sekarang?

Mampukah Abiir berdamai dengan masa lampaunya dan terus melangkah ke hadapan?







Labels:


4 Surat Chenta ♥


Dua Hala: Excerpt 2
Posted on Friday 25 November 2016
@ November 25, 2016 by Ednin Kesukma Dewi


Assalamualaikum dan selamat pagi semuanya~

Dengan ini, E mahu umumkan bahawa Dua Hala akhirnya telah sampai ke titik akhir. Pada mulanya, E ingat E akan habis tulis cerita ni bulan 8 hari tu tapi siap bulan November pula 😜. Mehmehmeh. Insha-Allah akan emel JS selepas go through final draft ini. Doa-doakan ye semoga diterima.

Dan I'm ready for a new story to write. Lol. Siapa seterusnya? Jeng jeng jeng.

Selamat membaca petikan sedikit dari Dua Hala ni.

Semoga berjumpa lagi.

Xo, Ednin.

P/S: Just a hint, lagu di atas (Maria Mena - You Deserve Better) is one of the song yang E asyik mainkan masa tulis cerita Abiir dan Farhan. So pretty much, that'is how Dua Hala is going to be. Can you guess? Mehmehmeh.

-----------------------------------------------

AIMAN MENYANYI sambil menuruni tangga. Kunci keretanya dipusing-pusing melalui jari telunjuknya. Kakinya terhenti di sebelah sofa, tempat Abiir membuat kerjanya. Kakaknya ini ada saja meja studi di dalam bilik tetapi hadapan TV juga dia suka membuat kerja.

“Kakak, Aiman keluar kejap eh.”

“Nak pergi mana pula ni? Pantang ibu dengan abah tak ada kat rumah mesti lesap.” 
         
“Tak baik tau main tuduh-tuduh adik sendiri. Mana ada Aiman lesap, ini kejap je keluar ni. Jumpa budak-budak sekolah dulu.” Jam di tangan dikerling sekejap. Ada lagi masa untuk bersembang sekejap. Lantas, dia membuka sila di sebelah Abiir.

“Budak sekolah? Siapa?” Air teh di dalam cawan oren itu disisip lembut.

“Macamlah kakak kenal siapa kawan-kawan Aiman. Ehhh pahitnya teh ni. Tak letak gula ke? Padanlah muka asyik pahit je… ini sebab banyak minum teh pahitlah ni!”

“Gula tu penyakit tau. Mana boleh banyak-banyak. Kalau nak air manis, pergi buat sendiri.” 
           
Abiir kembali menyambung fokus pada kerjanya yang terhenti seketika tadi. Rancangan awalnya dia mahu siapkan sisipan ini kelmarin tapi terganggu pula bila dia terpaksa mengambil alih kerja ibu yang terpaksa mengikut abah ke Johor atas urusan kerja. 
           
Dengan stok-stok baru yang baru masuk minggu ini dan juga Amy yang sibuk dengan thesisnya, beban kerjanya bertambah berganda-ganda tanpa ada orang yang membantu.
           
“Tak apa. Aiman boleh minum kat kedai mamak nanti.”

“Pergi kedai depan tu ke?”
           
Aiman mengangguk. Kali ini balang keropok ikan pula diambil. Penutup warna merah itu dipusing ke kanan lalu keropok yang baru digoreng itu dibawa keluar. 
           
“Nak kirim boleh? Lapar pulak rasa.”
           
“Nak apa?”
           
“Roti telur satu, boleh? Kuah tak payahlah. Kakak bukannya makan pun. Membazir je kalau bawak balik.”
           
“Tapi Aiman tak pasti nak balik pukul berapa tau, kang nanti balik lambat pulak.”
           
“Taper, kakak boleh tunggu. Lagipun kerja ni nak kena siapkan ni.”
           
Aiman mengangguk. Kalau dah macam tu, dia okay saja. Lantas dia bangun dari silanya. Kunci kereta yang diletakkan di atas meja kopi itu dicapainya.
           
“Roti telur satu kan?”
           
Abiir mengiyakan. Fokus masih lagi pada komputer riba. Laju tangannya menaip di atas keyboard warna hitam itu.
           
“Tak payah kuah kari?”
           
Aye aye!
           
“Tak nak kirim yang lain lagi?”
           
Gerak jarinya berhenti. Kening dinaikkan di sebelah. “Nak kirim apa lagi? Ada apa-apa yang best lagi ke kat kedai mamak tu?”
           
Aiman menayang sengih. “Abang Farhan?”
           
Papppp. Bantal empat segi itu selamat mendarat di bahu Aiman. Adik lelakinya itu hanya menghamburkan ketawa. Kemudian, dia tunduk mengambil bantal empat segi itu kembali lalu diletakkan di atas sofa.
           
“Betul ni tak nak kirim apa-apa lagi?”
           
Abiir dah malas nak menjawab. Ear piece di atas meja dicapainya lalu disambungkan ke dalam plug di sebelah kiri laptopnya. 
           
“Betul ni?” 
           
“Nak kirim apa lagi? Cukuplah roti telur tu. Cepat-cepatlah keluar.” Tangan digerakkan, mengisyaratkan supaya Aiman pergi dari tempat kerjanya. Lagi cepat Aiman keluar, lagi cepat dia siapkan kerja ini.
           
“Manalah tahu… kut-kut nak kirim salam ke?”
           
Abiir sudah bersedia untuk membuat lontaran sekali. Tajam matanya memandang Aiman yang sudah berlari anak ke muka pintu. Dari jarak tak sampai dua meter itu, dia mendengar ketawa Aiman yang masih bersisa. 
           
Bantal empat segi itu diletakkan kembali di atas lantai. Sebaliknya volume di playlist kesukaannya itu ditingkatkan lagi. Biar dia tenang dengan irama piano ini dari mendengar ketawa Aiman yang menyebalkan itu.

Labels:


3 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum