Si Hoodies Pink 36

05:49

Ezzaq terus terjaga dari tidur bila terdengar azan Subuh sayup-sayup dari masjid sana. Dia memandang ruang kosong disebelah. Mana Hadhira? Subuh? Ya ALLAH, dah terlepas sahur la macam ni. Dia terdengar bunyi air dari dalam bilik air. 

Hadhira yang keluar dari bilik air hanya berdiam diri. Towel kecil digantungkan balik ditempatnya. Telekung dicapai. 

"Kenapa awak tak kejutkan sahur?" tanya Ezzaq. Mata masih ngantuk. Terus dia peluk bantal peluk di atas katil.

Hadhira mendiamkan diri. Malas nak layan mamat ni. Tadi punyalah dia kejut, tapi boleh pulak tidur mati. Terus dia hamparkan sejadah. 

"Kenapa drive laju-laju ni?" tanya Hadhira bila melihat Ezzaq memandu laju di lebuhraya itu. Kalau ada peluang sikit, dia akan menyelit. Hampir terkeluar jantung Hadhira. Kalau dah keluar jantung, sah-sah la Ezzaq pon dah tak dapat selamatkan. Tak sayang nyawa ke apa? Kalau dah tak sayang sangat nyawa tu, at least, sayangkan la nyawa aku ni.

Ezzaq diam. 

"Ahmad Firas Ezzaq!" kata Hadhira. Ezzaq sudah pun parking keretanya di porch rumah mereka. 

Ezzaq tak menjawab. Dia terus berjalan menuju ke pintu rumah.

Hadhira jadi tak faham. Tiba-tiba je mood lelaki ni berubah. Kenapakah?

"Ezzaq!"

"Hadhira. Diam sekejap boleh tak?" kata Ezzaq. Sungguhla fikiran dia dah tak dapat fikir betul-betul. Dengan penat tak tidur semalam.. dengan hari ni lagi.

Ezzaq menepuk dahi. Semalam. Nafsu amarah menguasai diri. YA ALLAH. Patutlah si hoodies pink tu diam sampai ke hari ni. Rasa ngantuknya yang ada tadi sudah hilang. Sekarang fikirannya hanyalah kepada Hadhira yang sedang solat itu. Perasaan bersalah bermain dalam diri..

Ezzaq terus bangun bergerak ke pintu bilik.

...

"Nah," kata Ezzaq lalu meletakkan kunci keretanya di atas meja di hadapan Hadhira yang sedang menonton TV itu. Dari pengamatannya Hadhira sudah pun bersiap untuk ke pejabat. Berbaju kurung maroon dan bertudung pink. Mungkin sedang menunggunya kut.

"Awak?" tanya Hadhira. Orang tunggu dia nak pergi kerja sama-sama. Dia boleh pulak bagi kunci kereta kat kita. Nak suruh aku drive ke apa? Nak kata cuti hari ni tak juga bila lihat lelaki itu sudah lengkap berbaju kemeja biru itu. Dan juga bertali leher. Tali leher? Kenapa hari ni tak suruh aku fixedkan tali leher dia? Bisik Hadhira. Dia rasa nak menangis tiba-tiba bila melihat inche smiling eyes yang tiba-tiba bertukar mood ni.

"Saya naik dengan Hafiz. He's outside." kata Ezzaq lalu berlalu keluar.

Hadhira tergamam. Nak salam pun tak sempat.

Ahmad Firas Ezzaq, what happen to you?

...

"Nuriz!" suara En Ahmad mematikan lamunan Hadhira. Pen yang dipegangnya terus diletakkan di atas meja.

"Yeap En. Ahmad," kata Hadhira.

En Ahmad terus meletakkan file di atas mejanya. Hadhira bingung.

"You salah hantar file. Ni file projek di Melaka, yang I nak projek di Kuantan." kata En. Ahmad.

Hadhira terus menepuk dahi. Ya ALLAH. Boleh pulak tersilap hantar file dekat En. Ahmad. Ni gara-gara perangai Ezzaq sejak dua menjak la ni. Dah dua hari dah dia tak nampak senyuman dari wajah Ezzaq dan setiap kali dia bertanya, Ezzaq hanya menggelengkan kepala. Dan akhirnya, mereka berdua lebih senang melayan perasaan sendiri. Dia dengan dunia dia, Ezzaq dengan dunianya.

"Sorry En. Ahmad. My mistake," kata Hadhira lalu memberi file projek Kuantan itu kepada En. Ahmad.

"Knowing you, Nuriz. You never make mistakes," kata En. Ahmad lalu berlalu pergi.

Hadhira menggeleng. But I just did, En Ahmad.. and in my marriage too, perhaps?

Hadhira terus mengemas mejanya. Nak balik rumah. Dia dah tak boleh kerja, tak boleh fokus.

...

"Kau apahal?" tanya Hafiz dalam kereta, on the way balik ke Damansara. Ezzaq yang duduk kat tempat penumpang dari tadi asyik diam terkutik tak bergerak. Melayan perasaan sungguh kawan aku seorang ni.

"Huh?" kata Ezzaq. Dia tak dengar apa yang Hafiz katakan tadi.

"What's wrong?" tanya Hafiz lagi. Risau sungguh dia tengok Ezzaq. Dah berapa hari dia tengok muka kawan dia seorang ni monyok semacam. Layan patient pun main aci tak aci ja masa diorang round ward tadi. Kalau tidak selalunya Ezzaq la banyak bercakap dengan pesakit. Ramah semacam..

"Tadapapa.." kut. Jawab Ezzaq.

"Hello bro. Kau aku kenal dah nak masuk enam tahun. Lima tahun setengah kita kongsi bilik. Aku kenal sangat perangai kau ni.. dan muka kau ni sama bila kita awal-awal kenal masa kat Dublin. Hadhira?" teka Hafiz.

Ezzaq gelak.

"How come bro?"

"Aku kenal kau."

"Tak ada apa-apalah.." kata Ezzaq. Takkan dia nak bagitahu Hafiz yang Hadhira masih lagi menyimpan perasaan kat lelaki lain walaupun dah berkahwin kut. Ni namanya menconteng arang ke muka isteri, eh muka dia jugak sebagai suami. Muka diorang berdua suami isteri. Suami isteri? Sedap ja bunyinya tapi tak selamanya berjalan dengan lancar. Perkahwinan memanglah bukan perkara main-main.

"You love her, isn't it? Be strong, fight for her. Aku dah tengok kau terjatuh dulu, dan aku juga tengok kau bangun balik." nasihat Hafiz. Dia pun dah berumah tangga. Dia faham sangat simptom-simptom pasangan bergaduh ni.

Ezzaq mengeluh. Dah banyak kali aku fight, Hafiz tapi macam mana nak menang kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan. Matanya terus tersasar titisan air hujan yang mula lebat itu. Hati kat dalam ni pun dah lama 'menangis' macam langit kat atas sana tu.

...

p.s: Kita selalu nampak Ezzaq chasing for Dhir, right. Now biar overturn pulak. Biar Dhir chasing for Ezzaq. Baru nice. HAKHAKHAK.

You Might Also Like

9 comments

  1. ciannye kt Hadhira........

    Tp x pe... hadhira, it's ur tyme plak tuk amek aty ezzaq. ;)

    ReplyDelete
  2. tq writer tp pendek la n3 ni huhu..pape pon x sbr tggu nxt n3 cpt2 uplod eh..biar dhira pjuk kaw2 pnye :-)

    ReplyDelete
  3. tukar shift ye cik ednin.... wahaha...

    ReplyDelete
  4. sokong p/s tu..hahahaha

    ReplyDelete
  5. bru jmpe ur blog..best la cite ni..kalau sudi jmput la dtg my blog too http://dila-lamanhatiku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. betoi, betoi, betoi.. Biar Dhir rasa plak :)

    ReplyDelete
  7. Fluffy lah!!! >.< Esp bab 32 and 33. Was curling my toes from the sweetness. Keep it up Miss E <3

    ReplyDelete