Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink 15
Posted on Wednesday 15 June 2011
@ June 15, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira bermain-main dengan Blackberrynya itu. Bosan. Dari tadi dah semua akaun alam maya dia dah buka. Dari Facebook ke Twitter ke Blogspot ke Facebook balik dan sampai akhir-akhir sekali batteri Blackberry tu dah macam nak kena kasi CPR je..

Jo yang sedang berinai itu dijelingnya. Amboi sedap je dia tidur.. kakak dengan sepupu dia punyalah berhempas pulas pakaikan dia inai.

Tadi bila Jo sampaikan niat dia untuk suruh tidur dirumahnya terus dia kasi kata putus.. tak da sempatnya nak pikir satu-satu macam selalu.. 

"Okaaayy kang nanti lepas Isya' aku pergi rumah kau!" jawabnya tadi.

"Kau serius ka?"tanya Jo pulak. 

"Kenapa kau tak serius ka ajak aku?"

"Selalunya punyalah banyak alasan bila ajak teman tidur kat rumah aku"

"Manusia berubah.."

"Berubah? Kau? Minta mohon ye kasi aku gelak dua tiga minit jap.." 

Klik. Talian itu dimatikan. Kau gelak puas-puas. Tapayah tunggu dua tiga minit.. sejam pun boleh.

Tangannya pantas menaip mesej untuk dihantarkan kepada Arul. 

'Jo ajak aku overnight rumah dia. Esok kau pergi dengan Kak Nia je la. Sorry.'

Mesej dihantar. 

Arul tak membalas pun. Tahu sangat mamat tu, mana reti balas mesej. Kata je belajar tinggi-tinggi. Siap sambung Architecture Part 2 dan score baik punya tapi balas mesej satu pun tak lepas. Ngeeeng betul.

Tapi betul la tadi dia cakap manusia memang berubah. Kak Nia dengan Arul pun dah berubah. Dah pandai ada feeling meeling semua.. tapi sorok kat kita orang. Kejam. Aku je yang buta dok pi sebar berita yang aku suka Arul kat dia.. 

Jo dipandang lagi. Masih nyenyak tidur. Kak Amnah dah tiada disitu. 

Huargh. Dia menguap tapi menguap pada-pada. Tak da feel langsung. Ramai lagi sedara mara Jo kat dalam rumah ni. Tadi masa dia terima je ajakan Jo suruh datang sini dia tak sangka yang benda akan jadi sebosan ini. Yella bukan selalunya rumah orang nak kawen busy ke.. nak siapkan bilik pengantin, nak siapkan khemah, bunga telur, pelamin la apala tapi rumah Jo ni pelik sebab majoriti barangnya semuanya dah siap. 

Dia berjalan ke dapur. Mencari kerja. Kang kalau duduk situ nanti gayanya aku join sekali Jo yang dah masuk alam Twinkle Twinkle Little Star tu..

"Mak cik.. buat apa tu?" tegur Hadhira kat Auntie Sarina, emak Jo..

"Nak buat icing untuk kek Ajip ni.. dia minta tolong mak cik.." Hadhira mengangguk. Matanya memandang sekeliling dapur. Ada beberapa orang mak cik-mak cik yang sedang bersembang. 

"Ada kerja apa-apa tak mak cik?"

"Dhir bosan ye? Jo buat apa?"

"Tidur. Penat kut.."

"Yella kawan tak tidur semalaman hiaskan bilik pengantin. Semua dia nak buat sendiri.."gumam Auntie Sarina.

Hadhira tersengih. Jo 'perfectionist' Jannah. Memang betul dia tak nafikan lagi.. kalau dulu jangan harap la nak main-main buat kerja dengan Jo.. kang kena bantai free dengan dia. Semua kerja Jo memang jaga betul-betul punya..

"Dhir, tolong masukkan telur dalam kotak ni boleh.. tadi petang dah buat cuma ni baki sebab telur dah habis tadi.. ni baru Angah belikan Maghrib tadi.. baru je siap Mak Cik rebus ni.."terang Auntie Sarina. 

Hadhira tayang gigi lagi. Senyum je memanjang. Nak jawab tak reti. Soft skill dia memang fail.

Tangannya mengambil mangkuk besar yang sudah berisi telur-telur itu dibawanya ke hadapan. Matanya liar mencari port yang sesuai. Ngeee. Depan TV tak ada orang, oraitooo! Telur diletakkan di hadapan TV yang sememangnya terpasang sejak tadi. Cerita orang putih.. Dia kembali ke dapur mengambil bekas-bekas telur yang sudah siap dibentukkan itu. 

Dia membuka sila..
Hoyeeye. Finally aku dah ada kerja. Wehee. Tenang hidup aku.. tadi punyalah rasa kekok sebab tak ada kerja nak buat.. 

...

"Umi oh umi, kek dah siap ke belum?" Jerit Angah yang tadi di luar. Sibuk menguruskan khemah di hadapan rumah. Nasib la Angah, the only son. Haha.

"Belum tengah baking lagi ni.. Ajip dah sampai dah ke? Suruh dia masuk dulu!" jerit Auntie Sarina dari dalam rumah. Dah main jerit-jerit pulak Angah - Mak Cik ni. Hehe.

"Woi mak aku suruh kau masuk dulu.. kau buat apa la patut.. aku nak siapkan khemah ni kejap.. kau layan diri sendiri la eh.."kata Angah kat Ajip. 

Hadhira tak ambik peduli, matanya ralit tengok TV. Part tengah best ni.. walaupun dia sebenarnya curi-curi mendengar juga perbualan orang-orang sekitar. Perbulan mak cik-mak cik yang tengah bersembang ni.. nak join sekaki dia tak ada idea nak mencelah.. yella cakap pasal anak cucu semua,. mana aku nak ada experience. Ngeee. 

Dengan budak-budak ni jugak aku buat kawan.. matanya memandang Alisha dengan Alina, anak kembar kak Amnah. Comel dan dengar cakap pulak tu. Gunakan khidmat diorang untuk masukkan telur-telur dalam kotak. Nanti Auntie Dhir kasi Lollipop ye..

"Auntie Dhir.. telur ni retak nak masukkan jugak ke?" tanya Alisha.

"Ni retak sikit je.. boleh masukkan lagi.. kalau retak banyak baru la bagi kat Lisha dengan Lina makan.."

"Dhir.. jangan kasi diorang.. tadi petang dah rembat empat telur sorang.."ujar Kak Amnah yang sememangnya duduk disitu bersembang dengan sedara-sedara diorang.

"Kasi uncle la macam tu" ujar satu suara yang sedang berdiri. Suara yang sepatutnya suara Ajip tapi obviously lain gila dari suara Ajip yang dalam tue.

"Hai" ujar Ezzaq. Tangan yang tadinya dalam pokek dikeluarkan menunjukkan isyarat 'Hai' dekat Hadhira.

Dia lantas duduk disebelah Alisha yang sibuk betul memasukkan telur di dalam bekasnya. Alina lantas bangun duduk di atas ribanya. Alina memang rapat dengan dia.. dia memang selalu bertandang ke rumah Kak Amnah sebab suami Kak Amnah tu abang sepupunya. Selalu la jugak dia lunch di rumah Kak Amnah yang memang dianggap macam kakak sendiri tu.. tambahan lagi bila opah datang ke KL. Memang hari-hari dia tadah muka depan rumah Kak Amnah. Haha. Nasib baik tak kena halau..

"Busy ke?" tanyanya lagi. Tangannya pun bergerak membuat kerja. Walaupun tadi dia mengadu penat dekat Ajip bila Ajip suruh dia drive ke PJ semata-mata nak ambikkan kek dari Shah Alam. Dah la semalam dia on-call.. tak cukup rehat. Tidur tiga jam, terus pergi rumah Ajip.. tolong apa yang patut..

Amboi Ezzaq, cuba betulkan niat tu sedikit.. nak tolong kawan kan?

"Tak da la sebusy awak.."ujar Hadhira.

Ezzaq buat muka bingung. Mana dia tahu aku busy?

"Saya busy?" tanya Ezzaq kembali.. kut-kut salah dengar ke.

"Yeap awak kan busy.. busybody.."sambung Hadhira lagi.. bila dia nampak Ezzaq yang buat rupa macam blur je tu.

Serentak tawa Ezzaq meletus. Loyar buruk jugak si hoodies pink ni, fikirnya. 

Manusia-manusia dalam rumah tu semuanya memandangnya yang masih lagi ketawa... mungkin tengah berfikir dalam hati kenapa la pak cik baju hijau gelap ni suka benar ketawa. 

"Oh girl, you never fail to make me smile.." sambung Ezzaq lagi dalam ketawanya.. walaupun dia tahu gadis itu sedang buat ayat sarkastik dengan dia. Ha ha.

Hadhira mengerutkan dahi. Aku ada buat lawak ke? Aku rasa aku buat ayat sarkatikus dengan dia tadi.. you salah faham la bro!

"Amboi semangat ketawa ye Ezzaq.."kata Auntie Sarina sambil membawa kotak kek bewarna merah itu. 

'You save me auntie! From him. Hantaq dia balik cepat-cepat!'getus hati Hadhira.

"Si hood.. Hadhira ni buat lawak.. oh ni kek dia ya.. terima kasih ye Mak Cik!"

"Aah.. nah.. sorry la lambat sikit. Lupa nak buat tadi petang.. sibuk dengan hal lain.."terang Auntie Sarina. Ezzaq hanya mengangguk.. tak kisah pun. Dapat jumpa dengan si hoodies pink kut! Gatal.

"Okay.. so I've got to go.. uncle balik dulu ya princesses.. sayang sikit.."ujar Ezzaq kepada dua-dua kanak-kanak berusia lima tahun itu. Pipi Alisha dan Alina diciumnya. Geram betul tengok pipi tembam sweetheart dia dua orang ni.

Alisha dengan Alina hanya tersengih saja.. suka!

"Yang princess in pink ni.. see you again eh.. nak sayang tak boleh.. tak ada lesen lagi.."kata Ezzaq sambil tersenyum dengan mata smiling eyes nya.. oh ya with dimples both on his face. Kanan dan kiri.

Hadhira menjeling. Tak kuasa nak layan.

"Mak cik, kak Amnah.. saya balik dulu eh"

"Drive leklok.. jangan dok high je.. tahu la baru jumpa buah hati kan.."ujar Jo yang entah bila dah bangun dari tidur tu.. Ditemannya Ezzaq ke muka pintu.. tadi Ajip ada call cakap yang dia hantarkan Ezzaq ke rumah suruh ambikkan kek.

Ezzaq tersengih lagi. 

Hadhira? Jo tak berani pandang.. tahu sangat mata bulat itu sedang mencerun ke arahnya.

Labels:


6 Surat Chenta ♥

6 Comments:

Blogger فنيڠ ڤيکيراڤ said...

arghhhh...cepat smbg lg. nak 2 eps sehari boleh? woha! demand lebih =)

15 June 2011 at 14:36  
Blogger Ednin said...

tengs sebab baca. ngeeee..

nak 2 ep sehari.. keja berat tu.. hehehe

nanti sy usahakan eh.. eceh.

15 June 2011 at 22:44  
Blogger anchovy said...

nak ezzaq boleh tak?

3 September 2011 at 21:28  
Blogger Ednin said...

Dhir cakap tak boleh! Dia tamao share2. Hahaha. JKJKJK. ;)

3 September 2011 at 23:07  
Anonymous Anonymous said...

dhirr. ezzaq adaa . ezzaq sweett sesngatt..

kDija

24 June 2012 at 10:22  
Blogger Ednin said...

Ngegeggegegege. I love Ezzaq!

27 June 2012 at 00:11  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas