Si Hoodies Pink 19

01:25

"Kepada kawan-kawan sekalian, theres gonna be potluck party at my new home this coming Sat. Maka jangan malu jangan segan datang la ye.. Ngeee. Love, Jo Jannah"

Dah lama diorang satu geng tak bertemu. Masing-masing ada life sendiri. Maka bila Jo tag simple art dekat Facebook tu, memang dia tak fikir apa dah terus cakap yes. Tapi dia tak tahu pulak bala yang akan dia dapat bila bertemu kawan-kawan balik ni.

"Guys I nak cakap ni.. that Nia and me is going to get married.. InshaALLAH after raya ni.."

Masa Arul habis cakap tu elok je cawan yang dipegangnya itu jatuh ke lantai. 

Suasana masa tu terdiam seketika. Mungkin tak expect kut nak dengar kaca jatuh bila kawan sendiri buat pengumuman nak kawen.

"I..am.. soo.. ry.. sorry.." tergagap Hadhira masa tu. Tak sedar masa tu tangan dah luka bila kena kaca.

"Tangan kau dah luka.." 

Jo datang mengampiri. Air mata dah nak merembes keluar masa tu. Tapi berjaya tahan. Takkan nak meraung kat sini kut..

"Biar aku yang buat.." kata Jo lagi. Hadhira mengangguk. Dia berpaling ke belakang. Mahu ke dapur..  dan masa tu la dia perasan yang Ezzaq sedang berdiri di pintu dapur. Mata lelaki itu memandangnya. Pandangan yang dia sendiri tak dapat tafsir.

Dia buat tak peduli.

Terus ke sinki. Pili dibuka. Ditadahnya jari di air yang keluar itu. 

Nak menangis boleh? 

"Dah lama sangat dah tu.."kata Ezzaq bila dia melihat Hadhira berteleku di hadapan sinki. So he likes Arul.. baru dia sedar. Bodoh la kalau dia tak sedar lagi kalau dah terang-terang tadi. Mana mungkin seorang kawan akan terkejut begitu sekali bila kawan sendiri bagitahu nak kawen.. kan?

Plaster di hulurkan. 

"Thanks.."

"It's okay.."

"I'm sorry.."kata Hadhira. Dia sebenarnya rasa bersalah dengan lelaki itu bila dia terpaksa menolak pinangan lelaki itu beberapa bulan yang lepas. Nak buat macam mana hati tak bagi jawapan yang pasti masa tu. Agak-agaknya perasaan Ezzaq masa dia tolak pinangan tu sama tak macam perasaan dia sekarang ni? Perasaan macam hati dah kena letak dengan bom.. any soon akan meletup.

Lelaki itu tesenyum. Tapi senyum terpaksa.

Sungguh la Allah itu Maha Besar. Apa yang dia buat kat orang, dia dapat balik. Karma.

"Nak buat macam mana.. suka dia ya?"

"Entah.."

"It will heals eventually.."

"How?"

"Time. Based from my experience.."

"So dah completely heal?"

"What do you think?"

"Tak rasa akan pulih anytime soon.."

"Nak lari?"

"Lari mana?"

"Lari pergi Siam?" kata Ezzaq. Boleh tak aku bawak je pergi Siam.. paksa kawen.

 Aikk mamat ni nak ajak aku kawen kat Siam ke?

"From this.. mess.. I mean" kata Ezzaq. 

Kalau Hadhira terluka macam ni, dia lagi beribu kali terluka. Bulan lepas masa dia dan family pergi meminang.. sumpah dia tak fikir langsung yang Hadhira akan tolak pinangan tu tapi dalam benda-benda yang dia tak fikir Hadhira akan buat tulla yang Hadhira buat. Malu memang bukan kepalangla. Mama dah menjerit-jerit bila sampai rumah.. mungkin tak sangka yang ada orang berani buat family Sharifah Hanim ni macam tu sekali. 

Lepas tu jugak Mama suruh dia jumpa dengan anak kawan-kawan dia. Dia dah tak percaya dengan pilihan anak sendiri. Along pun kena bala sekali. Semuanya penangan si hoodies pink ni. Setiap minggu Mama akan suruh pergi matchmaking.. naik muak dia tengok anak-anak orang kaya yang kebanyakkannya tak serupa manusia. Baju dah macam spesies apa, belah sana sini..

"Ezzaq.. lupakan ja la dia ya" pesan Opah masa dia balik kampung minggu lepas. Mahu lari dari masalah kut. Masa tu jugak dia dah buat keputusan nak lupakan si hoodies pink ni.. noktah.

"Jom.." 

Hadhira berjalan ke arah Kak Nia dengan Arul yang sedang makan. Dia tersenyum. Senyum dalam paksa. Pantas tubuh Kak Nia dirangkul.. 

"Congratulations.. for you guys.."

"Dhir.. Kak Nia.."

"It's okay.. you found your happiness..kan? Jangan lupa jemput tau?"kata Hadhira. Dia dah tergelak. Pandai kan berlakon..

"So guys.. I'm sorry tak boleh nak duduk lama sini nak balik dulu.."

"Kau nak balik dengan sapa? Tadi kan kau naik kereta aku" kata Arul.

"She's with me.." kata Ezzaq. Dia dah bersalaman dengan Ajip dan lain-lain. Hadhira dah melulu keluar.. 

...

Jo berjalan ke arah suaminya yang sedang mengelap pinggan mangkuk di dapur. Untung la dapat suami yang rajin macam ni. Jo terus menghadiahkan satu kucupan kat pipi Ajip. Hadiah!

"Thank you sebab basuhkan pinggan"

"No big deal. Jannah dah kemaskan dekat depan tu.." kata Ajip sambil mengelapkan tangannya dia towel kecik. Jo macam sedang melayan perasaan. Pinggang si isteri itu dirangkul.

"Kenapa?"

"Ingat potluck party ni habis dengan happy ending..tapi dua hati terseksa.."

"Dhir dengan Ezzaq?"

Jo mengangguk. Kesian si kawan. Nampak sangat tadi. Boleh pulak Arul tu nak announce kat sini.. takkan la dalam empat tahun berkawan dia tak sedikit pun rasa yang Dhir tu ada hati dekat dia. Aku yang buta hati ni pun nampak. 

Hari ni dia memang rasa nak masuk group Anti-ARUL. Geram!

You Might Also Like

3 comments

  1. hahah. menyampahkan kat dia? saya pon but she exist.. dalam real life. kahkahkah

    ReplyDelete
  2. DHIRA TOLAK PINANGAN ZAQ???auwww... sangat TAK sangka......... sampai hati dhira... what comes around, goes around...

    ReplyDelete