Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang (Prolog)
Posted on Friday 9 September 2011
@ September 09, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Tongkat motor diturunkan ke bawah, helmet di kepala dicabut keluar. Kedua kakinya ni dah rasa boleh terkulai layu bila-bila masa saja tapi dipaksakan jugak diri bergerak mengikut signage Rumah Mayat di Hospital Besar Alor Setar itu. Telefon dari ibu tadi menyayat hatinya.. hampir terjatuh dari bangku dia yang tengah elok minum kopi di Warung Che' Mat dengan Apis dan To'kie. Rasanya masa tu macam dah lumpuh satu badan, lembik.. lemah.. nasib baiklah Apis sempat menahannya dari jatuh. Kalau tak boleh haru biru Warung Che' Mat..

Dia mengikut saja signage bilik mayat itu.. Bilik mayat? Dia telan air liur. Seumur hidupnya tak pernah langsung dia terfikir yang dia akan masuk sini. Tak pernah, sekali pun.. lagilah nak terfikir nak ke sini melihat/menuntut jenazah orang yang disayangi. Sumpah tak pernah.. dan dia sendiri tak ingin pun.. tapi.. siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan Esa itu. Qada' dan Qadar itu ditangan-Nya. Kita merancang, Dia yang menentukan.

Tangannya digenggam erat. Dia mahukan kekuatan, kekuatan untuk menerima berita buruk yang bakal disampaikan oleh pihak hospital/ pihak polis nanti. Kekuatan untuk melihat sekujur tubuh terkulai layu di dalam bilik menyayat hati itu..

Sampai saja di hadapan bilik mayat itu, dia nampak ibu yang sedang menangis di bahu kak Hanisah, Opah Cik yang dah jatuh terduduk di tepi bangku ibu, Pak Mail yang berwajah suram dan Haikal yang terpinga-pinga. Mungkin adiknya yang bongsu itu masih tak faham situasi yang terjadi..

“Hariz?” kata Pak Mail yang entah bila datang menghampiri. Mungkin melihat Hariz yang terdiam, tak bergerak di situ menyebabkan dia yang datang kepada Hariz.

“Mana Ir.. dia?” Hariz menelan air liur. Pahit. Ya Allah, kau berikan hamba-Mu ini kekuatan.

Pak Mail menunjukkan tangannya ke dalam bilik itu.

“Hariz masuklah. Depa habaq kita dah boleh bawak balik jenazah,” kata Pak Mail. Kesian sungguh dia melihat Hariz yang dah macam hilang separuh nyawanya itu. Kusut sungguh muka anak muda yang berusia 19 tahun ni. Kalau selalu, muka itu akan penuh dengan kemanisan, senyuman tapi malam ni raut wajahnya penuh dengan kesayuan.. kesakitan..

Perlahan-perlahan kakinya mengorak langkah menuju ke dalam bilik itu.. Petugas yang menjaga ketika itu membawanya ke satu tempat.. pintu di buka dan tubuh Hazirah terkulai layu..

Ya ALLAH! Hariz menutup mata.. tak sanggup melihat adik kesayangannya terkulai macam tu. Mana muka comelnya? Mana senyuman yang selalu ada di bibir itu? Mana mata yang glowing setiap kali berbicara tu? Mana?!

“Abang sayang Irah tak?” Hazirah bertanya ketika mereka mandi-manda di sungai hujung kampong petang tadi.

“Tak kehingin.. comot macam ni, tak akan adanya orang nak sayang.” Hariz menjelirkan lidah.. mana mungkin dia tak sayangkan adik dia yang comel ni. Sayang sangat-sangat.. tambah lagi dengan sikap manjanya itu. Bertambah-tambah sayangnya..

Hazirah menjelirkan lidah.

“Tak pa.. Ezzaq sayang Irah. Kan Ezzaq kan?” kata Hazirah sambil menunjukkan muka eksyennya.. Ezzaq mengangkat tangan, surrender, dia tak nak main dalam permainan ‘sayang-menyayang’ antara adik beradik ni.

“Eh ya ALLAH. Abang lupa ibu suruh ambikkan baju dekat rumah Cik Ngah. Lupa sungguh.. boleh pulak ikut hampa dua orang ni. Mampus la ibu bising nanti..” kata Hariz. Dia betul-betul terlupa.

“Salahkan kami plak.. padahal dia yang salah. Alla Irah tak habis makan lagi ni?” Hazirah menunjukkan nasi lemak yang dibekalkan oleh Opah.

“Ezzaq kau bawak Irah balik eh. Aku nak chow dulu..” kata Hariz.

Ezzaq mengangguk.

“Bawak motor jangan laju-laju sangat.. kau ni bawak macam pelesit tahu?!” kata Hariz. Betul la Ezzaq ni bawak motor macam jalan raya tu dia yang punya.

“Macam la lu tak besa dengan gue.” kata Ezzaq.

“Alla rilex aa abang. Selalu dia bawak selamat je..” kata Hazirah. Ezzaq buat gesture tayang gigi dia. Bangga la tu Irah support, Hariz geleng kepala.. tak faham sungguh dengan kawan baik berdua tu..

‘Selalu selamat je dia bawak..”

‘Selalu selamat je dia bawak..”

‘Selalu..’

Arghhhhhhhh. Hariz memukul dinding di sebelah kanannya. Air mata yang ditahan tadi terjatuh juga. Katalah dia tak macho, lemah, lembut, apa pun dia tak kisah.. dia hanya mahukan Hazirah kembali dalam hidup mereka sekeluarga..

“Abang, Irah sayaaaaang abang!” Imej Hazirah yang sedang tersenyum ketika mereka duduk di atas para di hadapan rumah bermain kembali di layar mindanya. 

Ayat itu terus bermain difikirannya.. macam kaset lama yang dah rosak.

"Abang, Irah sayaaaaang abang!" 

"Abang, Irah sayaaaaang abang!"

“IRAHHHH.” jerit Hariz. Dia terus terbangun.. imej Irah yang sedang tersenyum itu terus hilang dan digantikan dengan imej biliknya yang diterangi lampu yang sememangnya di pasang oleh Hariz pada setiap malam. Tak betah dia tidur dengan lampu yang tertutup..

Nafas yang tadi tercungap-cungap dah mula sekata.. Astagfirullahal'azim.. mimpi lagi.

Dia memandang jam di dinding. Pukul 4 pagi..

Comforter ditarik ke tepi.. Hariz berjalan ke pintu bilik. Dia mahu ke tandas.. berpeluh satu badan.

....

"Ya ALLAH, Hariz!" hampir terloncat Puan Awa bila melihat Hariz yang duduk di meja makan sorang-sorang di dapur rumah mereka. Dalam keadaan gelap gelita pulak tu.. nasiblah jantung ni dalam keadaan sihat walafiat, kalau jenis yang ada penyakit jantung, alamatnya say bye-bye la dia hari ni.

Hariz tak bergerak walaupun seinci..

Puan Awa menggelengkan kepala melihat Hariz yang seakan-akan hilang dalam lamunan tu.. tangannya menekan suis lampu.

Taaappp.

Seluruh dapur rumah separa kayu, separa batu itu terang dengan cahaya lampu. Hariz yang tadinya tak perasan ibunya terus kembali ke alam realiti..

"Ibu.." kata Hariz lemah.. kantoi layan perasaan.

Puan Awa mengambil segelas air masak dan dibawa kepada Hariz.

"Mimpi lagi?" tanya Puan Awa lalu duduk di hadapan Hariz.

Hariz mengangguk. Mana mungkin dia boleh menipu dengan ibu yang melahirkan dan membesarkannya selama 29 tahun ini?

Puan Awa menggelengkan kepala. Kasihan Hariz.. Sejak Hazirah meninggal dunia akibat kemalangan, sejak itulah tidur Hariz tak pernahnya aman, tak pernahnya tenang.. dia yang ibu ni tak mampu nak berbuat apa.

"Sudah la Hariz.. lupakan pasal Irah. Dah bertahun dah arwah pergi.." nasihat Puan Awa. Dia tahu yang anaknya ini masih berdendam dengan Ezzaq disebabkan peristiwa hitam itu..

"Hariz tak boleh lupa ibu.. Tak mungkin."

"Sampai bila Hariz?"

"Sampai Hariz boleh lupa keadaan Irah malam tu, ibu. Dia yang buat Irah macam ni. Sebab dia la Irah mati ibu.. Irah baru 15 tahun ibu masa tu.." rintih Hariz. Imej Irah yang ditunjukkan petugas hospital malam tu kembali menghantuinya..

"Hariz.." lemah Puan Awa bersuara. Apa yang Hariz tengah buat sekarang ni akan memakan dirinya pada suatu hari nanti..

"Ibu, please. Jangan.. Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!" kata Hariz. Dia nekad. Itu janji dia pada Hazirah.

.....................

p.s: Noticed something? Yeapp, it is our inche smiling eyes. Watak Hariz dah lama muncul dalam Si Hoodies Pink (and supposedly saya nak buat dia watak jahat dulu) tapi tak jadi.. :D

p.p.s: Bencisayang? Hhahah. Macam biasa, selalu fail buat tajuk.. Clueless gila.. Ahhh how's the title? Like it? No? Ada cadangan?

Labels:


8 Surat Chenta ♥

8 Comments:

Blogger Hafia Hana said...

ok je tjuk ni.
just go on wih this title.

9 September 2011 at 08:01  
Blogger Jiha Mahmud said...

ok.. next!. (sesuki hati je sy ni kan, mcm mintak gule2 sbijik..)

hehehe~~~~~

9 September 2011 at 09:14  
Blogger Kak Sue said...

x sabar nak tahu sambungan lagi...

9 September 2011 at 10:36  
Anonymous akila said...

xprasan pon wtak hariz dlm SHP..btw,nice starter..

9 September 2011 at 11:11  
Blogger Hajar said...

actually baru je habis baca si hoodies pink malam tadi and hari ni ada cerita baru. hehe, thanks.:)

mesti ada cameo dhir dengan ezzaq juga dalam cerita ni kan?

9 September 2011 at 11:26  
Blogger فنيڠ ڤيکيراڤ said...

hariz. perasan-perasan, ari tu dah ingat hariz tu jadi pengacau ezzaq-dhir. tp watak tu mati kat situ je, sambung kat sini rupanya. Ok teruskan cik Ed.

9 September 2011 at 13:42  
Anonymous sweetstalker said...

oouh best ni..tp 2la xbrapa nk bley trima watk inche smiling eyes yg dh merobekn ati si hariz ni ecece...next n3 chayok2 ganbate ED :)

9 September 2011 at 14:18  
Blogger Ednin said...

@itu_aku +_^zue: ok eh? okay bencisayang then! yeeeheeee.

@P@Nd@_LoVeR: sabor ye.. on the way. idea terlekat dkt tempat lain sekejap.. hahaha.

@sue: heheee. sabar sabar.. :)

@akila: tak nampak watak hariz? mesti dia overshadow dengan Ezzaq kan? HAHAHA. Dia keluar masa scene Ezzaq+Dhir pergi Tesco. ;)

@hajar: heee.. Ezzaq+Dhir? Akan ada kut.. heee

@peningpikirapa (seriously, suka nick awak ni!): aah watak dia hilang kan? mula2 dia yang patut jadi watak jahat kacau Dhir+Ezzaq tapi tak jadi plak.. hahaha.

@sweetstalker: semua orang ada the dark side of us.. :D Next entry? soooon.

9 September 2011 at 16:53  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas