Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bab 3: 10 tahun = 1 dekad
Posted on Friday 23 March 2012
@ March 23, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Farhan tetap meneruskan pemanduannya walaupun dia sibuk berbincang di talian. Telefon bimbit dikepit di telinga kanan dengan bahu manakala tangan pula di stereng, memandu. Multitasker.

"Macam mana tak dapat approval pulak ni?..." Tanya Farhan. Tadi elok je bila dia nak keluar dari rumah, Encik Ilyas, pengurus syarikat menelefon. Katanya ada masalah sikit dengan pihak kastam. Tak dapat approval. Kontena tak dapat keluar sedangkan pelan asal mereka barang perlu dihantar selewat-lewatnya hari ini.

Concorde sudah gah di depan mata. Isyarat ke kiri diberikan. Stereng dipusing ke kiri.

"Call Mr Kim. Cakap dia yang kat sini delay, asking for a week. I rasa esok atau lusa dah boleh dapat approval kut." Farhan memberikan kata akhir. Perkara pengesahan kastam ni dah banyak kali dah berlaku selama dia ambil alih syarikat papa ni. Masa awal-awal dulu cuak juga dia. Mana taknya janji dengan client nak hantar waktu ni, tup tup tiba-tiba ada masalah dengan pihak kastam. Tak dapat pengesahan. Siapa tak cuak? Good testimonial is the best ads.. kalau client tak suka, macam mana income nak masuk.

Sebaik saja dia membelok kiri, dia memberikan signal ke kanan pula. Mahu masuk ke parkir dalam hotel tapi disebabkan kereta yang berarus dari arah bertentangan dia memberhentikan kereta.

Fokus masih di antara perbualan di telefon dan juga jalan raya.

"I'll deal with him tomorrow. Yeahh yess okay.."

Kereta sudah semakin sikit. Dari jauh dia nampak Gen 2 yang sedang memberikan isyarat masuk ke Concorde.

"Yes try to fix it asap.." Farhan masih berbincang di talian.

Gen 2 dah memasuki Concorde.

Mata Farhan meliar, no car. Berehhhh.

Minyak ditekankan..

Kedebusshhhh.

Entah bila, dia tak sedar yang si Gen 2 berhenti di hadapan tempat parking bawah tanah Concorde.

Farhan menumbuk stereng.

"Ilyas, I'll get back to you soon. Ada problem sikit."

Klik. Telefon dimatikan.

"Yoo bro apa ni?" Tanpa salam, tanpa hello pemuda itu terus menghentamnya. Inikah budaya kita. Lama dia memandang pemuda yang berbaju melayu ungu itu.

Errr... macam..

"Abang Paan!"

Kenal..

"Woii kau!"

Aiman.

Adik Abiir.

Sekarang aku percaya bila orang cakap keciknya dunia. What a smaaaaaaalll world. Tadi petang jumpa kakak. Malam jumpa adik.

Jodoh ke apa ni?

"Kau buat apa sini?"

Aiman membuat muka. Tanya soalan entahpapa. Dia membetulkan sampin di pinggang. "Takkan Melayu hilang di dunia bro.."

Farhan tersengih. Haah ye la. Aiman dengan dia kan satu sekolah.

"Semangat kau ikut theme." Farhan pandang kemeja dan seluar slacknya. Adoi ini tema satu hari di negara Inggeris ni. Nasib baik tak lengkap ber-bowtie.

"Abang tu yang tak sporting. Pak Derawan nampak, sumpah dia kecewa. Anak didik bahas dia jadi macam ni."

"Tak sempat la. Banyak kerja.."

"Chehhh. Abang saya ni sanggup balik dari Sabah nak mai sini.. Abang yang duduk dekat ni tak sempat. Piirahhhh."

Farhan tersengih. Touche.. Dah tak boleh nak kata papa dah. Orang cakap kalau nak tackle si kakak, kena tackle adiknya dulu. Maka dia diamkan saja..

"Tapi Abang," Kereta Gen2 dipandangnya bersilih ganti dengan BMW di belakangnya itu. Gen2 yang remuk teruk tapi BMW itu masih lagi macho tersenyum dengan mata cantek tu! "Kereta ni macam mana?" Dia memandang Farhan.

Kak Abiir pasti mengamuk ni! Dahla saman dua bulan lepas tu tak terbayar lagi.. ni masuk yang ni. Memang kena kerat 18 la dengan Kak Abiir.

Kak Abiir tu nampak je lembut. Cikgu tadika tapi hampehhh. Lembutnya itu bukan untuk Aiman, si adik yang sorang ni. Dengan dia Kak Abiir bertukar garang macam singa!

Kali ni giliran Farhan pula yang melihat kereta tu. Kemek di bahagian belakang.. dan juga nombor plate yang terpatah sedikit.

"Abang bayar. Nanti kau bawak pergi bengkel.. lepas tu invois bagi abang."

Mata Aiman bertukar sinar. Harapan yang kelam tadi kembali terpancar. Muka Kak Abiir yang garang dah hilang sebaliknya digantikan dengan muka Farhan yang di hadapannya.

Kalau macam ni la sportingnya Abang Farhan. Sah-sah dulu dia tak kenakan bila Abang ni ada hati dengan si kakak. Biar kawen je terus.. fuhh lagi best dapat abang ipar sporting dari kakak singa betina!

Pon pon pon.

Bunyi kereta dari belakang. Farhan mengangkat tangan meminta maaf. Boleh pulak buat sesi jejak kasih kat sini.

"Kita jumpa kat dalam la okay?"

Aiman hanya mengangguk. Muka pemandu Volkswagen putih di belakang mereka itu yang sudah kelat kerana terpaksa menunggu itu membantutkan niatnya untuk bersembang lebih jauh. Kaki dihalakan ke tempat duduk pemandu.

Gear D dimasukkan. Handbrake dilepaskan..



Abiir bersila di lantai sambil tangannya rancak bermain-main dengan ilustrasi kartun yang sedang dieditnya di Adobe Illustrator. Gambar  Bunny yang bewarna putih itu diwarnakannya sambil membuat background belakang.

Bunyi grill pintu dibuka dari luar. Tahulah yang adik lelakinya sudah pulang.

Abah dengan mama dah lama dah pulang. Hanya tinggal si adik ni saja..

Matanya menjeling ke arah jam di dinding. 1 pagi.

Kerja diteruskan lagi. Klik. Klik. Tangannya cekap bermain..

"Tak tidor lagi?" Suara Aiman menerjah. Adiknya duduk di atas sofa sambil membuka sampin dan butang baju melayu.

"Esok kan Ahad. Relax la, malam masih muda."

Aiman mengangguk. Tangannya menyambar remote control di atas meja yang berselerak dengan kertas-kertas bewarna itu. Macam tulah Kak Abiir buat kerja. Berselerak. Semua dia bawak turun. Laptop, printer.. lepas tu bukak sila depan TV, buat kerja.

Tangannya mahu menekan angka 8..

"Jangan ubah! Kakak nak tengok." Pantas Abiir bersuara. Tahu sangat perangai si adik yang asal ada chance saja nak ubah channel.

Terus dia meletakkan kembali remote control di atas meja. Tak berani nak buat perangai macam selalu. Halahaih. Macam mana la caranya nak sampaikan berita buruk kereta kakak ni?

Abiir mengangkat kening. Terus dia memandang Aiman yang sedang termangu, seakan-akan memikirkan sesuatu. Ini macam pelik ni.. Selalunya katalah apapun mesti Aiman buat tak endah, tetap dengan perangai suka ubah channel dia tu.

"Kenapa ni?"

Aiman menggeleng. Takut.

Abiir angkat kening.

"Macam mana tadi? Best?"

Aiman mengangguk.

"Ahh mana kunci kereta? Dah lock dah kereta?" Tanya Abiir. Aiman ni ada habit biarkan saja kereta tak kunci.

Gulp. Sudahhh. Kak Abiir dah masuk tanya pasal kereta dah.

"Dah kunci dah..."

Abiir mengangguk. Matanya kembali ke arah material pembelajaran yang dia tinggalkan tadi.

"Kakak.."

"Uhuh..." Gambar Bunny tadi dibayang-bayangkan sedikit.

Aiman menelan air liur..

"Tadi Aiman accident. Che putih kakak tu remuk sikit."

Tangan yang rancak bekerja tadi terhenti.

Remuk sikit?

Zrapppp. Dia menjeling tajam ke arah Aiman yang tengah terkulat-kulat mencari idea.

"Ni mesti bawak laju kan?" Bulan lepas dia terima dua saman melebih had laju.. RM600 terbang macam tu ja. Sekarang pulak berapa nak terbang? Ingat dia banyak duit sangat ke?

"Terbang lagi duit kakak. Hutang hari tu pun awak tak bayar lagi?"

Aiman tersengih. Nak buat macam mana kakak, duit scholarship tu cukup-cukup makan je. Research lagi. Tambang nak balik semenanjung lagi.. Tak cukup!

"Tapi tak pa kakak. Orang yang langgar tu janji dia akan bayarkan."

Abiir mengecilkan mata. Tak percaya. Tapi mendengarkan orang yang melanggar tu sanggup bayar pun dia dah berterima kasih sangat dah. Kalau tak larilah budget bulan ni.

"Kalau dia tipu?"

Aiman mengeluarkan telefon bimbitnya. Tangan mencapai kertas dan pen di atas meja. Rancak dia menulis lalu menyerahkan kepada Abiir.

Abiir memandang nombor-nombor yang tertera di atas stick note kuning itu.

"Nama?"

"PA.." Dia menutup mulutnya kembali. Tak jadi.

Aiman menepuk dahi. "Alamak. Lupa pulak nak tanya tadi."

Abiir pandang Aiman lama-lama.

Aiman bingkas bangun. "Aiman nak mandi.. nanti akak pergi bengkel, lepas tu send invois kat dia. All on him. Sorry esok Aiman dah nak kena balik Sabah."

Abiir mengetap gigi. Patung spongebob yang setia duduk di sebelah itu dibaling ke arah Aiman!

Geram.

Aiman yang bawak kereta sampai kena langgar tapi dia pulak yang nak kena hantar bengkel!

Hurrrrrr.

......................................

Saya masih ingat yang ada orang pernah suggestkan orang yang sesuai dengan Along ialah someone yang macam cikgu tadika.. and I like that idea as well. So here we goes.. :)

Labels:


23 Surat Chenta ♥

23 Comments:

Anonymous nim said...

comel je abiir cikgu tadika..saya bayangkan seorg yg lemah lembut aje melayan budak kecik :) mcmana la si aiman boleh kata kakak dia garang mcm singa..

abiir mestila penyabarkan, boleh layan budak kecik pastu melayan si aiman yg tak semengah tu, pasni tambah lak lg sorg si along kaki usik :D

23 March 2012 at 00:51  
Blogger Ednin said...

Dia transform jadi singa betina dengan Aiman je.. hahaha dengan orang lain dia orait. HAHAHA.

Harus penyabar jadi cikgu. Tak kiralah cikgu budak kecik, budak besar, bapa budak.. semuanya kena sabar.. hehehe.. Lagi kena sabar kalau dapat adik macam aiman yang kaki kenakan orang tu.

23 March 2012 at 00:58  
Blogger zm said...

cikgu tadika? cun sangat tu....
berapa la agaknye umur cikgu ni, cute sangat rsanya, wlpun sedikit garang.
thank u E...

23 March 2012 at 01:11  
Blogger mizz acu said...

Oowh I like it! Bijak aiman tymme ni.. Ke sbb nak cover line.. Dolu2 dia
pedajalkn paan.. So skrg nk gnt balik la.. Kasi abiir ngn paan rapat.. Hehe tq cik E

23 March 2012 at 01:11  
Blogger sallynna said...

aduhai..letih tahan perasaan bahgia baca story nih..mwahaha ;D

23 March 2012 at 01:35  
Blogger Ednin said...

@zm; hahaha abiir should be 28 sebab masa diorang last jumpa kan baru lepas habis SPM.. hehehe.

@mizz acu: ahahha.Aiman kan mastermind. Dia harus bijak.

@sallynna: HAHAHAHA. Tahan perasaan eh? Alla kita tulis ni utk awak.. supaya awk tak tensi mengadap FYP. HAHAHA.

23 March 2012 at 01:37  
Blogger mar chan said...

ahaaaa.. this is awesome! nak lagi!!
ngehehe...
comel je abiir jd cikgu tadika. love it sooooo much! <3

23 March 2012 at 03:46  
Anonymous Ana said...

senyum je dr awal baca...x sabar ni nbk tgk lakonan along n aiman...

23 March 2012 at 05:15  
Anonymous super_something said...

ahah..cpat2 la abiir contact farhan! jejak kasih dlm tepon plak la...haha..aiman ngn along wat geng ye...

23 March 2012 at 08:06  
Blogger syira destroyer said...

PA??aiman igt ni spelling bee ke.npe xnk bgtau name habang tuh???hehe..

23 March 2012 at 08:16  
Anonymous Anonymous said...

mula la nk brangan jd abiir sbb sy pon cikgu tadika hahaha

23 March 2012 at 08:24  
Anonymous Anonymous said...

yehhhhhhhhh akhirnya E trima idea saya ni...hehehehe...bangga plak rasanyer...

23 March 2012 at 09:21  
Blogger mok teh said...

lalallala,,citer ni makin comeyy :)

23 March 2012 at 09:50  
Blogger anchovy said...

unnie.why you make it so sweet like that? haha. lupe,kita sweet talker.

23 March 2012 at 11:33  
Anonymous Anonymous said...

saja ja aiman xnk kasi tau sapa..hehe
tertanya2 abiir..
pasnie bule la farhan jmp abiir lg..haha
aiman bg peluang tu..

[hawa]

23 March 2012 at 12:38  
Blogger Ednin said...

@mar chan: setiap kali awak komen, mesti kasi jantung saya berdudap lebih laju dari biasa sbbnya sy ada kawan yng slalu guna nama mcm awak. You're not her, isn't it? LOL.

@ana: HAHAHAA... xsabar nak tengok lakonan along dan aiman? hahaha. Nanti kita tgk mcm mana pakcik dua orang ni jadi aktor..

@super_something: bila gang baru best... hehehehe. Jejak kasih dalam tepon plak kan?

@syira d.: haahha dia tengah main spelling bee dengan abiir. Let's see siapa menang. LOL.

@Anon: Cikgu tadika? Wahhhh tunjuk ajar ku sifu.. kalau saya tatahu apa2 nanti saya minta tunjuk ajar eh.

@Anon2: Idea awak boleh guna, saya gunakan aja.. hehehe :) Lagipun jadi chegu tadika ni comel la..

@mok teh: hehehe. cerita cumeyyy? HAHAHA. I love cute things. Ahak.

@anchovy: HAHAHAHHAHAHAHAHA. Biasalah kitakan dah overdose sugary consumption . That's y sweet-talking tak habis. Hey, how are you, naaa dongsaeng? ;)

@hawa: Abiir may b tatahu sapa yang merosakkan keretanya.. Tulla Aiman kasi chance tue.. hari tu dia kenakan Paan, sekarang dia kenakan Abiir plak. HAHAHA.

23 March 2012 at 12:54  
Blogger Aida Sherry said...

Aiman.... pandai yea... jadi match maker...
Farhan... awak memang ada jodoh dgn Abiir... serasi bersama... cinta sejati... pasti bersatu setelah diuji....

23 March 2012 at 13:08  
Blogger Hajar said...

ohhh, pandai Aiman. kang kalau bagitau nama sesiap harusla Abiir takmo deal dengan Along. makin besarlah peluang si Farhan nih.

23 March 2012 at 13:26  
Blogger Kak Sue said...

Sayang Aiman... pandainya terlebih dari cikgu Tadika kan.... hahaha
Farhan senyum memanjanglah jawabnya bila Abiir yang cal nanti... layannnn

23 March 2012 at 13:48  
Anonymous Anonymous said...

Best lah Aiman! Paan pon sporting je~ Hah, Abir. Get ready untuk jumpa dengan Paan lagi di masa lain. kehkeh :P

23 March 2012 at 14:46  
Anonymous MaY_LiN said...

pandai nya aiman ni..
sungguhla jadi match-maker ni..
abang paan best ya

23 March 2012 at 19:04  
Blogger Ednin said...

@Aida Sherry: Cinta sejati pasti bertemu setelah diuji. Wow! Deep. Hihihi.

@Hajar: Biasalah dia kan nak abang ipar yang sporting. Maka harus dibantuin.. :)

@sue: HAHAHHA. Aiman pandai ehh.. hehehe. Pandai kenakan orang. HAAHA.

@husnina: Paan haruslah sporting sbb nak tackle Abiir. Hhehehe.

@may_lin: HEHEHEHE. Dia nak bayar balik kut sbb kenakan Along dulu.. hahaha.

23 March 2012 at 22:46  
Blogger Fifieyqa said...

oh..komplot eh...hehe..suke2...cikgu tadika??macam comel je... ^^

25 March 2012 at 01:03  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas