Si Hoodies Pink 02

15:30

"Wei Ajip. Dah masuk 'Isyak ni. Apa kes? Barang kat bilik aku tue tak habis kemas lagi tahu tak?" Razif mencebik. Alahai apek ni.. kelam kabut tak tentu hala. Bukannya aku bawak dia pergi clubbing ke apa ke?

"Lohhh bro. Relax ah kejap. Ni buat gaya kelam kabut apa kes?" 

Ezzaq angkat kening. Kelam kabut kau kata aku. Sapa yang kelam kabut at the first place. Sapa yang tadi tiba-tiba je rembat tangan aku yang baru je habis solat Maghrib, heret aku datang cafe ni without consult aku apa dulu. Nasib baik aku sempat aminkan doa tadi, kalau belum memang la aku buat post mortem hidup-hidup kat mamat sorang ni. On the spot.

"Mana adik sedara kau ni? Bak sini biar aku call je" tangannya terus mengambil handphone Sony di hadapannya.

"Tak payah.."

"La dah dia yang lambat. Call la tanya kat mana whereabout semua? Jadila abang mithali sikit"

"Tak payah aku kata"

"La.."

"Ishhh Ahmad Firas Ezzaq Ahmad Hanif. Relax. Tu ha dah dia sampai.. hish susah aku spesies kelam kabut macam kau ni"

Matanya ditala ke arah dua gadis yang sedang berjalan ke arah mereka. Wuishh Razif tak cakap pon yang adik sedara dia ni comel-comel but wait yang mana satu eh? Yang pakai hoodies pink tudung hitam tu ke atau yang pakai tees hijau gaya rockers sejati tu but both sure look special in their own way.

...

Si hoodies pink masih bermain di kepala.

"Ezzaq, pinjam jap CD KoRn kau nie. Aku nak burn. Collection aku habis dowh kena makan oleh virus-virus chenta"

Si hoodies pink sedang khusuk main console game kaler pink di tangan.

"Oitt mangkukk.." Razif menjulingkan mata. Amboi mamat ni, angau ke apa ni. Tadi kemain kata bilik tak kemas lagi. Ni boleh plak buat lagho duduk atas katil tak jawap aku panggil.

Keleeepukkk.

Bantal bewarna biru itu sedap je landing atas kepala Ezzaq. Bayangan si hoodies pink terus hilang sebaliknya digantikan dengan imej Razif Afifi yang nampak gayanya akan berubah menjadi si hijau Hulk.

"Err what is it?"

"Lu bro.. Apa kes?"

Patut bagitahu ke tak patut bagitahu ni. Kalau bagitahu sah si Razif akan gelak tak henti tujuh hari tujuh malam.. tapi kalau tak bagitahu alamatnya angau la kerja aku dua tiga hari ni. Haissh susah betul la hidup ni.

"Nothing. Really. Nothing" Kepalanya digelengkan. Terus bangun dari katil. Ahh ni syndrome ter-crush je ni, mesti okay punya. Mesti heal punya lepas beberapa hari. Yeahh that's our Mr. Optimistic.

Keluhan dilepaskan. Buku-buku medikal yang ada di dalam kotak dikeluarkan dan diletakkan di atas rak.

Razif yang sedang menunggu CD KoRn itu habis di-burn-kan tarik kening. Serious bro, you're looking not that good with that miserable rambut you've got on your kepala tu.

Keep holdin' on when
My brain's tickin' like a bomb

Ahh here we go. Coming Undone - KoRn memenuhi bilik 233 asrama lelaki.

Life is good, huh?

You Might Also Like

4 comments

  1. Uikss..lama x layan KoRn n limp bizkit :)

    ReplyDelete
  2. Nama hero sngat mantap. ezzaq 1st time dgar.wonders maksud nyaa
    Kdija

    ReplyDelete
    Replies
    1. I cant give you the meaning. It's my bus-mate's name. Hehehe.

      Delete