Bab 4: 10 tahun = 1 dekad

00:38

Farhan memperlahankan volume lagu bila mendengar incoming calls yang meminta-minta di angkat. Tangannya menekan punat bluetooth headset di telinga kanannya. Matanya masih lagi difokuskan di hadapan tapi sebenarnya tiada apa pun yang perlu dirisaukan bila melihat keadaan jalanraya yang tengah jam begini. Tak bergerak pun keretanya ini. Gerak pun sikit je dah kena tekan brek balik.

"Hello."

"Hello." Jawab suara di sebelah corong sana.

Farhan menaikkan kening. Perempuan. Tapi kenapa macam tak kenal. Bukan suara Alina, setiausahnya. Bukan suara mama. Bukan suara Ezzah.

"Siapa ni?"

"Oh saya Abiir.. kereta saya encik langgar hari tu.. tapi adik saya yang bawa. Dia dah balik Sabah.." Terang suara lembut itu lagi.

Abiir? Farhan hampir melopong.

Ya Allah. Rasa macam nak meloncat je. Baru dia teringat kisah malam minggu lepas. Sungguh dia terlupa pasal insiden langgar bontot Gen 2 tu. Mana taknya bila sibuk dengan kerja, habis lupa dan lagipun hari selepas tu ada jugak dia menunggu panggilan dari Aiman tapi hampeh. Budak tu kelu tanpa berita. Rupa-rupanya balik Sabah! Tinggal urusan dekat Abiir.. and wait kereta Abiir ke yang dia terjah dulu tu?

"Abiir! I lah ni.."

Abiir di hujung talian terdiam. I mana pulak ni?

"Farhan." Tanpa perlu bertanya, Farhan terus memperkenalkan diri.

"Ohhhhh.. you." Hanya itu mampu dia katakan.

"Yes, me. Kereta tu macam mana?"

"Oh I dekat Proton sekarang ni. Ambik kereta I.. er.. I call ni sebab nak cakap yang nanti I bagi you invois."

"Ohh.. bila?"

"Bila?"

"Bila you nak bagi invois? You tahu I dok kat mana ke?"

"That's why I called.."

"Oh kalau macam tu lunch esok macam mana? Kita jumpa kat restoran mana-mana." Farhan mencucuk jarum.

Abiir terdiam. Ni nak ajak dating ke apa ni? Dating? For God's sake, Abiir, he IS married. Hand off!

"I kerja." Balas Abiir dan memang pun. Waktu lunch dia mana sama dengan orang lain bekerja. Waktu lunch orang lain tulah dia sibuk bila si kecil semua tu nak balik. Dan kalau tu ada juga yang stay sebab family ada kerja.

"You kerja apa sampai tak da lunch ni?"

"I cikgu tadika."

Ohhhh. Farhan terdiam. Tangan mengetuk stereng. Berfikir. Selepas seketika. Senyuman menghiasi bibir.

"Dinner?"

Abiir diam. Sudahhh. Dinner pulak. Pelik betul lelaki ni.. bukan malam ke dia lebih elok stay kat rumah dengan anak bini.

"Takkan cikgu tadika pun kerja sampai malam kut." Tanya Farhan bila Abiir hanya diam tak menjawab di hujung sana.

Abiir diam lagi.

"Abiir.."

"Kalau I just drop kat mana-mana ke? or you can come to my mom's bookstores. I ada sampai petang."

Farhan diam.

"Oh no. Dinner okay? Dekat Zam-zam. Near our places kan?"

"Tapi.."

"Ohh ohh sebenarnya I tengah driving ni. Kira jadilah eh. Zam-zam. After Maghrib.."

Tuppppppp.

Farhan mematikan talian. Dan terus dia memberikan signal ke kiri, memasuki persimpangan masuk ke Shah Alam dari Federal dengan senyuman menghiasi wajahnya.

Mahu lari lagi ye cik Abiir?

........

Abiir yang berada di pusat servis Proton itu hanya mampu memandang HTC yang sudah gelap itu. Speechless. Macam tu je dia putuskan talian? Senangnya..

"Kenapa ni kakak?" Suara Abah memasuki gegendang telinganya. Abah datang memberi resit pembayaran kepadanya.

"Tak da apa-apalah Abah. Jom balik. Dah nak dekat Maghrib ni." Abiir HTC warna hitam dimasukkan ke dalam beg tangan. Tangannya mengambil membuka pintu belah pemandu lalu masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan.

Abah memandang jam di tangannya. "Nanti kakak berhentikan Abah depan surau je lah. Balik nanti Abah jalan je."

"Dah telefon dah orang yang langgar kereta kakak ni?" Abah bertanya bila kereta mula bergerak.

Abiir hanya mampu mengangguk lemah. Ni memang nak kena jumpa dia jugak la esok eh? Dia mengeluh.

Aiman ni memang nak kena. Dalam banyak-banyak orang kenapa dengan Farhan juga dia nak accident?!


.......

Aiman yang berada di UMS itu hanya tersenyum memandang skrin laptopnya. Dua mesej inbox di Facebook itu menarik minatnya. Satu dari kakak terchenta.. dan satu lagi dari abang senior terhormat.

The funny thing is... both are talking about the same thing.

Abiir: Aiman tak cakap pun yang langgar tu kereta Farhan.

Dan Farhan pulak: Weii dude. You didnt tell me that it's your sis's car. Hella fun. Gotta enjoy that. HAHAHA.

HAHAHHAHA.

Selamat dia gelak kaw-kaw di dalam biliknya ini.

Fuhhhh.

At least, hilang juga beban stress mengadap dissertation untuk project akhir master dia ni.

Aduhai kakak dan abangku ini....

..............................................................

Assalamualaikum. Dengan ini saya secara humblenya ingin memohon maaf atas keterlambatan (amboii) updates. Minta maaf sebab first saya busy. Hospital back and forth. Penat. Second, weekend saya ada date. Since dia nak kena keje dekat hospital hulu yang tada entertainment life. Maka luangkan masa sedikit. Third, internet rumah yang macam apa ntah. Kejap-kejap no connectivity. Saya online pun through hp. Dan kalau updates guna handphone tadak feel. So saya hanya mampu bermain twitter saja. Hihi. Keempat, my uncle passed away due to cancer last week. Masa dihabiskan di kampung. Kelima, kadang-kadang tu malam-malam saya tengok drama kuriya. Hahhaha. Lastly, bila ada masa, dan tak penat. Idea tak datang. Yang ni major. Selalu. Sorry eh.

Saya harapkan anda semua sihat-sihat belaka.. jaga diri elok-elok. Lead a healthy life. InshaALLAH. Marilah kita sama-sama mengurangkan beban dukter-dukter di Malaysia. Eh tetiba.

Dan marilah sama-sama berdoa yang E diberi ilham sebanyak yang mungkin. Seriously I'm running out of track these days.

Okayy selamat dah luahkan perasaan/ memberi alasan (ntahpapa).

Assalamualaikum.

You Might Also Like

25 comments

  1. wow E, hepi tau tiba2 google reader kt my laptop pop-up 1

    aiman... baekkkk punya telangkai haha

    ok alasan diterima, mg Allah turunkan idea mencurah2 bagai coklat di ladang gandum :D

    ReplyDelete
  2. Heeeeee
    Abiir n along bakal ketemu sekali lagi.
    sukaa =)

    sokay E, kite keep in touch thru twitter jyeahhh
    hehehee

    -zatie-

    ReplyDelete
  3. liked this =)

    nak cop aiman boleh?
    hihihii

    moga2 writer's block main jauh-jauh =)

    ReplyDelete
  4. waaa kak eeeeeee *saya tgh eksaited gilos*

    kan saya dah cakap IT WORTH A LONG WAIT!! waaa... sungguh la gmbira saya nak lelap mata mlm ni :D
    along is sooo suwit. pndai dia kasi alasan nak g dating na! hahahaha
    double triple mega triple and so on thumbs up for kak e~~~~~

    ReplyDelete
  5. @jc: hihihi. first time tahu pasal google reader. Noob nya saya! HAHAHAH. Gelak kat diri sendiri! Aiman ni agaknya dia nak make up apa yang dia buat dulu tu kut. hahahaha.

    @zatie: mestilah dia ketemu. ahahha. Trust me! ehhehe. mari keepintouch dalam twitter sajehhh.. hahaha.

    @qwerty: hehehe. cop aiman? hahaha. bolehhh saja.. masih kosong! hahaha. Amiinnn yarabbal alamin!

    ReplyDelete
  6. @joenyz: HAHAHAHHA. Worth it? HUAAAA. Sungguh kak e rasa mcm xsampai expectation. rasa macam sikit sangat.. and okay fine. but thankssssss. Anda sangat sweet. hugs and kisses.

    ReplyDelete
  7. Hye cik E.. Ai like this..Along is so sweet.. N aiman is notti boy.. Tp bagus eh dedua tu leh jumpe.. Pandaiii dia plan! Hehehe.. Err.. Tp awat pendek.. Nnti taip panjang2 lg eh.. Tenkiu! ;)

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum!
    Hihi. First time singgah sini, and this is the first piece yang saya baca.
    And and and, my heart melts to the max dah ni!
    Walaupun tatau jalan cerita dari awal, but still this is wayyy good enough to please me as a reader! Memang best sesangat! Sangaaat! ^^
    And, I'm seeking forward for the next one!
    Sambung laju-laju, okey! Thank you, awak! Well done! :)

    PS : ada masa nanti, akan marathon bab 1-3. and for sure, gonna hit some love letters for ya ;) <3

    ReplyDelete
  9. Hahahaha, kesian Abir. Tak sudah sudah lagi pikir farhan tu suami orang. Farhan pon satuu. hahaha, Aiman Aiman. Nakal ohh~

    ReplyDelete
  10. ye..marilah kite brsame2 doakn cik dukter kite ni diilhamkn beribu2 lemon idea..amin.

    Aiman really enjoyed it,siap gelak syaiton!! HAHAHAHAHA..

    ReplyDelete
  11. huih, rindu kat awak E. twitter pun sonyap je. hihi. takpela, at least u're still in a good condition, Alhamdulillah. :)

    Eh, Along ni. suke eh? hahaha. Aiman pun siap enjoy dok kenakan depa berdua tu ish..ish..

    Thanks for making me senyum sorang2 depan lappy pepagi nih. hahaha.

    ReplyDelete
  12. herm... ai farhan. aritu ajak kawin. ni ajak dating???
    ok. sy setia menunggu...heee..

    ReplyDelete
  13. =D...i heart this n3.all of sudden..rse rindu along..in the same time..ase cm menduakan.. hariz..kakakakakak...=D

    ReplyDelete
  14. waa, excited tgk ada sambungan..xpe2, sedia menunggu :D

    ReplyDelete
  15. farhan syok je ea..lawak plak..haha
    yg abiir plak, dok nk cari alasan utk mengelak..
    sweet je.. :D

    [hawa]

    ReplyDelete
  16. Aiman good job ya....
    Kasihan kat kak Abiir..
    Suka ya Farhan ....
    Sweet nya....

    ReplyDelete
  17. oh setelah sekian lama menunggu..nasib sy setia! haha..cool la along ngan aiman..!

    ReplyDelete
  18. memang caya la aiman xkesah..
    hihihi
    hope ade n3 lg nnti..
    hihihi :)

    sis..sekarang ni musim hujan panas hujan balik..
    ramai yang sakit la..
    doc xleh rehatla..
    patient ramai..

    ReplyDelete
  19. hahaha..
    this is soooo awesommmeeee!!!
    hari2 bukak blog cek ada hapdet dkt blog E ke xda.
    n yeahhh!! akhirnya ada hapdet :D
    salam takziah, semoga awah ditempatkan d kalangan mereka yg beriman.
    dan semoga idea mencurah2 ke ladang gandum (or should i say, otak?). haha..

    ReplyDelete
  20. E......thanks for the n3 after lama gaban senyap sunyi sepi berhabuk rumah tuantanah ni...takziah atas kehilangan & goodluck kat tempat keje baru...wahhhh..kakchik sungguh respect dhn title D dipangkal nama E tu...

    ReplyDelete
  21. E, sweet nya ayt kat bwh tu, sibuk, bla2...common, do ur best & never look back. You can never impress all ppl but the faithful & grateful will tag along the way. Always enjoy ur entry!
    & nak tujukan Abiir lagu saving all my life sbb dia igt dia likes married man. Poor Abiir :(

    ReplyDelete
  22. @Thank guys but internet are off these days. Dont get y either. Btw tq for your support. And I M NOT a doc. Mungkin ..... doc tapi saya bukan doc. Im no genius. And saya takut darah. So yes.. i was at hospital for several reasons. So sorry for the misunderstanding.

    Love e via phone.

    Ps: writing with phone ia definitely tedious.

    ReplyDelete
  23. ILL TRY TO REPLY YOUR COMMENTS ASAP! ONCE I GET BACK THE CONNECTION OF COURSE.

    ReplyDelete
  24. @acu: sy harap yang latest ni panjang la kut kan? hihi.

    @kleo: wahh a new reader, and thank you! really made my day. hihi. looking forward to baca your surat chenta.. hihi :)

    @husnina: aiman is the watak nakal dalam cerita ni. hihihi. lol depa dua2 orang kan suka mengusik.. hurm.. let's see how far they can go seblum abiir betul2 naik angin..

    @hajar: senyum? yeayy yeayy e gembira dapat senyumkan korang.. hehehe..

    @n.haliban: pelik kan? should be the other way round, perhaps? hihi.

    @syira: aiman is not the only though. even me as the writer sure does enjoy that moments to the bits. ;)

    @sakeena: ahahhahaha. my wish is to make you curang kepada hariz. HAHAHA.

    @ami: tq ami. hope the latest one will make you happeh!

    @hawa: hihihi. suka tgk abiir kena tipu! ahahah. cik writer sangat jahat!

    @sue: sweet? hihihi. korang suka ehhhh farhan tipu abiir? LOL.

    @super_somethink: ahahhaha. Setialah dengan kisah klasik sampai bila-bila.. *puppy eyes*

    @may_lin: sekarang memang musim xmenentu kan? saya pon dok asyik sakit je nihhh..

    @mk: sorry sebab menunggu lama.. hihihi. tq for the du'a also. hugs and kisses..

    @kakchik: tq tq tq.. :D e bukan doc la kakchik.. bukan juga tempat baru. kawan e tu yang kena kerja kat sepital baru.. :D

    ReplyDelete
  25. @KL; Sorry KL, didnt see you comment coming. termenyorok di dalam spam. LOL. was it from houston's? oh yess sangat kena lagu tu.. hahaha LOL.. cant wait to see her reaction once she find out. ;0

    ReplyDelete