Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink 34
Posted on Saturday 13 August 2011
@ August 13, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira menyelak buku dekorasi dalaman itu satu persatu tapi yang sebenarnya fikirannya satu pun tak melekat ke atas helaian-helaian tersebut. Matanya memandang Jo yang sedang kusyuk membaca buku parenting di hadapannya. 

Orang sekeliling dipandangnya. Masing-masing tenggelam dengan buku masing-masing. 

"Kau datang sini nak baca buku free je ke? Kalau macam tu baik aku bawak kau pergi perpustakaan terdekat," akhirnya keluar juga soalan dari mulut Hadhira. Elok je diorang sampai KLCC tadi, Jo heretnya ke Kinokuniya. Buat aktiviti membaca secara free di sini. Masa zaman belajar dulu, memang selalu diorang buat aktiviti berfaedah ni tiap-tiap minggu.

Jo tersengih. Hadhira menggeleng. Memang dah masuk spesies Ezzaq. Spesies suka senyum.

"Aku risau la,"

"Risau apa?"

"Ada benda yang keep playing in my head, something not good, something bad," kata Jo. Buku parenting ditutupnya. Dia rasa tak sedap hati, tak tahu kenapa. 

"Kenapa ni Jo?" kata Hadhira. Riak risau dah jelas kelihatan pada mukanya. Jo yang dia kenal selalu optimis. Hadhira yang sebaliknya lebih pesimis tapi kenapa sekarang mereka seakan-akan dah tukar peranan. 

Jo menggeleng.

"Pembawakan budak kut,"

Jo tersenyum. Dia mengangguk. Betul la kut tu. 

"Dah, jangan fikir bukan-bukan lagi. Kau banyakkan berdoa, baca Quran. Minta petunjuk dan pertolongan dari DIA. InshaALLAH." kata Hadhira. Sungguhla diorang dah tukar karakter. 

Buku di tangan Jo terus diambilnya.

"Aku belanja, for the baby." kata Hadhira.

"Thanks," kata Jo tapi ternyata riak muka itu masih lagi keruh. Hadhira ingin bertanya tapi entah kenapa tak terluah dari bibirnya. 

....

Hadhira membaringkan tubuhnya di atas sofa di meja tamu di rumah abah. Tadi alang-alang hantar Jo ke rumah keluarganya, dia terus memandu ke arah Bukit Beruntung. Kalau balik ke rumah sendiri pun buat apa kalau keseorangan jugak. Lebih baik balik berjumpa Ma yang dah lama dia tak jumpa. Hurm dua minggu lamanya. Walaupun hari-hari dia bergayut phone dengan Ma tapi tak sama kalau boleh tengok depan mata kan?

"Dah makan?" tanya Ma yang bertelekung. Baru balik dari masjid barangkali, solat terawikh.

Hadhira mengangguk. Hidangan steak masa berbuka tadi masih lagi terasa. Perutnya masih penuh.

"Ni dah solat?" tanya Ma. Soalan tu memang tak lekang dari mulut Ma sejak dia berusia 7 tahun lagi, even sampai sekarang dah besar panjang ni.

Hadhira tersengih. 

"Period?" kata Ma.

Hadhira mengangguk. Yeapp yeap best friend saya datang awal bulan ni. 

"So no good news la heh?" tanya Ma.

Hadhira mencebir. Soalan satu tu dah keluar dah. Sekarang kalau jumpa Ma, memang soalan 'good-news' tu dah jadi soalan wajib dah.

"Not ready," jelas Hadhira. 

"Tak ready apanya?" kata Abah pula yang sudah duduk di sofa hadapannya. 

"First, kami berdua ni busy dengan kerja. Second, agama dalam tu macam tak kukuh lagi," ketiga, Dhir yang tak ready lagi tapi alasan ketiga tu dia jawab dalam hati saja. Nak kena nag dengan Ma, cubalah.

"Nak tunggu ready sampai bila tak ready, Dhir."

Hadhira tersenyum. Ma dah masuk gear jadi psikologi dah. Serentak dengan itu Blackberrynya berbunyi. Life savior!

Ezzaq. 

"Ezzaq call ni Ma, Dhir masuk bilik dulu," kata Hadhira. Terus bag tangannya diambil.

"Assalamualaikum doc," kata Hadhira. Anak tangga didakinya satu persatu menuju ke biliknya.

"Waalaikumussalam, wife" 

"So, what's up?" kata Hadhira. Dia terus duduk di atas katil. 

"Buat apa?" tanya Ezzaq.

Hadhira mencebir. Alahai takkan inche doc ni telefon nak tanya buat apa kut. 

"Baring-baring pandang siling.."

"Ingatkan saya ya?" kata Ezzaq lalu disambung dengan ketawa di hujung telefon sana. Hadhira menggeleng kepala. 

"Perasannya orang tu. Hurmmm.. awak, saya balik Bukit Beruntung." kata Hadhira. Rasa bersalah pulak dia tak minta kebenaran Ezzaq sebelum keluar tadi. 

"Oh. So how's Ma dengan Abah?"

"Diorang okay.." and asking about having a grandchild too. Mahu je dia cakap macam tu kat Ezzaq tapi mana mungkin, malu aah. Sekarang pun hubungan diorang macam tak yakin lagi. Foundation tu tak kukuh lagi.. dan kalau ikut apa yang dia praktik dalam dunia kerja dia ni yang kalau tapak tak kukuh, bangunan tu lama-lama akan bergoyang dan rebah. Maka dia tak nak kalau dia dengan Ezzaq pun jadi macam tu.

"Send my regards to them,"

"InshaALLAH. Makan apa hari ni?" tanya Hadhira. 

Ezzaq di hujung talian hampir tergelak. Soalan.. Macam budak baru berchenta ja bunyinya.

"Makan apa lagi kat hospital ni. Tadi sempat sambar bihun sup dekat kafeteria. Tak sama macam apa yang awak buat. You?" 

Hadhira tersenyum. Sweet-talker! Sure he is, ikut prestasi dua hari ni. Maklumlah anak didik Don Juan.

"Kitorang baham beef steak dekat steak house,"

"Ni yang nak cemburu ni but wait.. kitorang?" tanya Ezzaq.

"Saya dengan Jo. Jalan-jalan KL tadi, shopping Raya!" kata Hadhira. Memang betul la dia shopping. Terus dia pandang bag kertas di atas katilnya. Baju raya dia dengan Ezzaq. 

"Ah. Ajip is in Japan right now, isnt it?" kata Ezzaq.

"Yeap, so why're you calling?"

"So yeahh nak ajak dating esok. Buka puasa kat luar? Ganti sebab tak dapat berbuka bersama hari ni," kata Ezzaq. Itulah sebab utamanya mahu menelefon. Perasaan bersalah masih bermain dalam hati sebab tak dapat berbuka dengan Hadhira hari ni. Muka kecewanya semalam dalam kereta masih lagi terbayang di matanya.

"Oh okay. Kat mana?" kata Hadhira. Gembira. Orang nak belanja makan free kut!

"Just be ready. I'd fetch at Ma's house."

"La dah tu kereta saya macam mana. Monday saya kerja okay,"

"Yang tu kita fikirkan esok," kata Ezzaq.

"Okay, it's up to you then." kata Hadhira.

"See you tomorrow. Assalamualaikum,"

Waalaikumussalam. Jawab Hadhira dalam hati. Hadhira mengambil bantal keciknya di atas katil. Berfikir. Macam mana ya esok, kalau Ezzaq ambil dia dekat rumah Ma of course nanti balik satu kerja lagi nak berulang ke Bukit Beruntung balik. Alahai susahnya! Boleh plak inche smiling eyes ni suka-suka dia ja nak fikirkan benda tu esok. Planning kan lebih senang.

Hadhira menggelengkan kepala. Lantak lah, biar Ezzaq yang fikirkan masalah tu esok. Ezzaq kan lebih kepada go-with-the-flow manakala Hadhira pulak jenis yang kena plan dahulu sebelum memulakan sesuatu. Dia ingat lagi ketika belajar, setiap malam dia akan plan benda yang dia akan buat keesokan harinya. Kalau tak, tak lena la tidur malamnya. Skema sungguh ya Hadhira ni. Ngeee.

Labels:


0 Surat Chenta ♥

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas