Bab 5: 10 tahun = 1 dekad

00:31

Abiir membontoti ibunya yang sedang sibuk melabel buku itu. Jika ibu ke kiri, dia ke kiri. Jika ibu ke belakang, dia turut ke belakang. Tapi ibu masih tetap dengan keputusan yang ibu buat lima jam yang lalu. Ibu tetap tak akan menemaninya ke Zam Zam dinner nanti!

"Ibu, pleaseeeeee." Lama bunyi 'e' itu dia sebutkan.

Ibu menggeleng perlahan. "Kakak pergilah, bawak ibu buat apa. Lagipun ibu nak jumpa abah. Sehari dah tak jumpa ni." Ibu tersengih lama.

Abiir membuat muka. Sehari tak jumpa ya ibu? Lunch tadi bukan dengan abah ke? Tapi itulah abah dengan ibu. Happy couples.. indeed.

"Kalau kakak cakap tak jadi boleh tak ibu?" Tanya dia sambil mengangkat buku yang dilabel ibu ke rak yang sepatutnya.

Ibu diam. Abiir memalingkan muka.

"Apasal kakak macam takut sangat nak pergi ni?" Dahi ibu sudah berkerut.

Abiir melakar senyum tak senyum. Bahu diangkat. "Entah." Sebab dia dah berkahwin kut. Tapi perkataan itu terlekat di anak tekak. Tak sampai keluar..

"Pergi je la. Be professional."

"Professional kakak dengan budak-budak tadika tu je ibu.." Amboi.

"It's up to you but remember salah satu ciri orang munafik ialah bila dia berjanji, dia.." Mata ibu berpaling kepadanya meminta jawapan.

"...dia memungkiri janji." Abiir menjawap perlahan.

"Kalau kakak segan nak jumpa dia. Just do your work dan lepas tu baliklah."

Abiir mengangguk.

"Lelaki ey?"

Abiir memandang ibu seraya mengangguk. Keningnya diangkat sebelah. "Kenapa bu?"

Ibu angkat bahu. "Kut-kut boleh jadi calon menantu ibu.. perhaps?" Mata dikenyitkan lalu kaki diangkat pergi ke belakang sebelum anaknya meroyan tak sudah bila isu 'calon menantu' itu dinaikkan dalam butir bicara.

Abiir ternganga dan sebelum sempat dia membalas ibu sudah ke belakang dengan buku-buku lebihan. Ahhh ibu ni! Sempat lagi tu..

Tapi bu... nak buat camner ibu.. laki tu dah ada orang yang punya.

Talking about good opportunity only comes once in life. Ye ke?

.....

Abiir melangkah jua ke pintu masuk restoran Zam Zam itu dari keretanya. Perlahan-lahan dia berjalan, kepala masih lagi 50-50 untuk ke dalam. Kalau aci dia balik cakap ada emergency ke apa ke boleh tak?

Tapi kaki masih tetap melangkah. Lebih kurang sepuluh langkah lagi dia bakal masuk ke restoran..

Balik? Tak? Balik? Tak? Ba..

"Abiir." Satu suara memanggilnya dari belakang.

Tanpa menoleh pun Abiir dah tahu pemilik suara tu. Perlahan-lahan dia berpaling.

Farhan melambai tangan. Dia berjalan menghampiri Abiir yang kelihatannya macam terkejut monkey itu.

"Hai." Katanya sebaik saja dia sampai disebelah gadis bertudung hitam itu.

"Hai." Dia memandang Farhan yang masih berkemeja biru itu. Lengan baju sudah disinting ke siku. "Baru balik kerja?" Sambungnya.

Farhan menyeluk poket sambil mengangguk. "Apasal berdiri je tadi tak masuk?" Kening terangkat.

"Err,, err.." Abiir cuba memikirkan idea.

Farhan tersenyum. "Jomlah masuk." Kaki melangkah perlahan memasuki pintu masuk restoran dan meninggalkan Abiir yang terkulat-kulat mahu menjawab itu..

Kalau ditunggu juga.. sah-sah Abiir tak akan masuk punyalah!

.....

"Nah." Tangan sudah dilunjurkan kepada Farhan bersama dengan resit dari Pusat Servis Proton itu sebaik saja mereka duduk di tempat masing-masing, sambil menunggu waitress datang menghantar menu.

Farhan mencapai dengan tangannya. Kertas putih berlipat dua itu diletakkan di dalam poketnya.

Abiir mengerut dahi. "Tak nak bukak tengok?"

Sebelum sempat Farhan membuka mulut, handphone yang diletakkan di atas meja itu bergetar meminta untuk diangkat. Farhan mengangkat tangan, meminta kebenaran untuk menjawab.

Abiir membuat muka. Entah kenapa dia tak berapa berkenan macam ni. Apa yang dia mahu buat sekarang ni ialah bagi resit dan balik tapi entah kenapa Farhan seakan-akan mahu memanjangkan masa.

Entah-entah orang yang sedang Farhan menjawab panggilan ini ialah isterinya?

Gulp. Abiir terasa seperti kerongkongnya disekat. Sungguh dia tak mahu dicop sebagai pemusnah rumah tangga orang..

Pandangannya jatuh di atas tangan kanan yang sedang memegang phone itu.

No wedding band, both on his hand, all on his fingers.

Tapi memakai cincin tak bermaksud orang tu dah berkahwin kan? Dan tak memakai cincin pun tak bermaksud orang tu masih bujang.. kan? kan?

"Lama tenung." Entah bila dia tak sedar yang Farhan sudah habis bercakap di telefon. Dia cuba untuk mengkomposkan diri.

"I rasa kan.. I balik dulu la kut.." Abiir memandang Farhan meminta pengertian.

Farhan mengerutkan dahi. "Laa order pun belum ni?"

Abiir menggeleng. "I dah makan dah.." Tengah hari tadi.

"Abiir.." Lembut lelaki itu menuturkan.

Abiir diam, memandang seorang kanak-kanak yang sedang disuap ibunya itu.

"Alla.. temankanlah I sekejap. I janji tak lama, lepas makan, kita balik.. please."

Abiir mengalih pandangan ke wajah di hadapannya yang penuh mengharap itu. Lama dia menyoroti muka putih bersih itu. Mata smiling eyes..

Halahaih. Abiir mengeluh.

Entah kenapa, sebab apa, Abiir mengangguk perlahan.

"Thank you." Senyuman terlakar di wajahnya. Ikhlas.

.........................................

My sis once said that it looks pathetic bila dia nampak orang duduk makan, alone? Dia kata dia lebih rela xmakan, or take away dari duduk makan sorang-sorang.

What say you?

psstttt: E letak balik link BS. So sesiapa yang xsmpat baca, boleh baca balik. Hihi.

You Might Also Like

36 comments

  1. alahai sweet sangat lah kisah along dan abiir ni :)

    ReplyDelete
  2. heeeeeeeeeeee~
    alaa along, cakaplah kat abiir yang awak tak kahwin lagi.
    sian abiir tauu.

    pssst, agaklah. rasa macam kesian duk makan sorang2.
    tp sometimes, cool jugak.
    buat muka derk makan.
    rasa macam aku pun boleh hidup soranglah.
    hahaaa

    next2

    ReplyDelete
  3. heh.. smilling eyes memang buat abiir tergoda sampai terpaksa teman farhan makan



    **actually i kwn teehee, dia paksa i baca cerita ni mlm2 buta. oh sangat best! tahniah.

    ReplyDelete
  4. saya suka makan berteman. lebih baik kalo orang tu makan sama. we can share the happiness together. kadang-kala tekak kite rasa sedap tapi orang tu rasa biasa2 je. but it is better dari dia tgk kite 'melantak' tapi dia menyeksa perut n tekak. makanan yang sedap tu kan nikmat. why not we share it with someone than eating it alone??
    -RM-

    ReplyDelete
  5. @tehee: LOL at your name. I like. saya suka ber tehee teehheee.. hahaha. tq, dear!

    @zat besi: kan? kan? kesian abiir! actually kan, saya memang selalu sorang-sorang makan.. dasar perempuan loner. ahhaha.

    @kawan teehee: SENYUMLEBAQQQQQ. You guys are so cute la! Hihihi. Sanggup teehee paksa awak baca malam2 buta ni. Hehehe. Lepas ni kita try update awal-awal pagi pulak lah.. hihihi.

    @RM: Running Man, first thing yang keluaq dalam kepala otak.. tapi mcm boleh agak siapa dia.. :)

    wahhhh, anda punya reason adalah sangat agreeable. sharing! tak terfikir pun before this. kalau makan berdua, kita boleh share share sikit makan dengan orang.. kalau sorang diam je pandang tv ye dak..

    ReplyDelete
  6. alahai abiir..
    smiling eyes rite..
    tergoda la tuh..

    same to me..xgheti makan sengsorang..
    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Adik beradik smiling eyes memang pandai menggoda kita kan? Hihihi.

      Delete
  7. Farhan ni notti tau.. Sian Abiir dok ingat farhan tu da ada org punyaa.. Ai think dis kapel is sooo sweett!! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah. Sweet eh? Alla Hariz-ezzah/ ezzaq-dhir tak sweet ke?

      Delete
  8. Alahai comelnya, siap paksa kawan baca lagi. Hehe.

    Ish, ish.. Pandainya Farhan menggunakan kesempatan. Haha. Cuma kesian kat Abiir tu, tak sudah2 salah faham. Kalau tanya agak2 apa reaksi Farhan kan? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tullah. Comel je kan? Rasa macam nak peluk2! hihihi.

      Farhan jahat kan? Saya sebenarnya dok terfikir2 sama ada nak matikan salah faham tu ke tak?

      Delete
  9. kak e i was reading this after solat subuh.. n i was tersengih-sengih mcm org gilak wktu baca tau!!!!

    sgt suwit la along ni!!!! n yes that smiling eyes of him sgt perfect kak e.. argghh melting here *again*
    haha kesian abiir serba salah macm ni.... haha tp xpe, it is fun to watch dia jd serba x kena... wahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeahh. Bestnya dpt tahu awak start your days with sengih orang gilak! Hihihihi.

      Along suwit and mengada! Hihihi.

      Delete
  10. E: been there done that..penah mkn sorg2..bt muka bngang..sbb lapo..hhaha...but its sick actually bila alone n org tgk weird semacam..=P

    abiirrrrrr...he's not married yet!trust me!waaa...along ni...saja ja kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa kenapa buat muka bangang depan rezeki tuh! hehehe.

      Asal la Abiir ni lambat pick up sangat kan?!!

      Delete
  11. x puaslah ... kenapa pendek sangat...
    Farhan kalau x berterus-terang jangan menyesal nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek eh? Nanti kita kampoi banyak2.. hehehe

      Delete
  12. Salam alaik.
    dear, E.
    haha..
    ini sangat lah best!
    ngeee.. sengih sensorang baca cerita ni.
    kesian abiir. lalala~~
    sambung! sambung! sambung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam MK!
      InshaALLAH akan sambung kalau ada ideanya yaaa. xoxo!

      Delete
  13. hai Ednin. Saya tak kisah. Enjoy to the max mkn ada compony & boleh je mkn sorg2 smpai licin. I'm weird. I knw :p
    (I boleh lapk sorg2 kat Dome smbil baca Cleo sbb pnat shopping)
    & Abiir & Farhan. Sweet!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello KL!
      And you're not weird because you're not alone. Surprisingly I love being alone, actually. :)

      Delete
  14. Alahai Farhan. Sampai bila nak berahsia ni? Kang abirr patah hati or tawar hati karang.baru tahuu.Kesian abir. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe. Okay lepas ni akan cari idea macam mana nak bagi Abiir tahu! Hihihi.

      Delete
  15. Farhan n Abiir.... bila nak luahkan rasa hati ni.... xsabar nak tunggu...

    ReplyDelete
  16. biar lama sikit along dera abiir, sbb dulu tolak pinangan along..hihi kijam tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Revenge is sweeet, isn't it?!

      Delete
  17. smiling eyes...keturunan tu....hahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah keturunan yang bagi ramai orang cayaq! Huhuhu.

      Delete
  18. Replies
    1. Thanks AimieAfifah for reading it too!

      Delete
  19. alahai, abiir still ngn slh faham yg farhan dah kawen..
    bila ea slh faham nie akan terungkai?

    yeay, link BS ada..tq3...agak2 akan diremove lg ka?

    [hawa]

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaALLAH tak akan diremove kan dalam masa terdekat nih. :)

      Delete
  20. me tooooooo..i can't eat alone..
    other things, yes I can do it..
    but not eating..
    t.t

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Everyone has their uniqueness of way. Tapa-tapa asalkan benda lain boleh independent tu pun dah okay.

      Delete
  21. Saya boleh je makan sorang2, keluar window shopin sorang2..all alone. mmg lone ranger. but, lani dah berteman n ada bodyguard lagi. alhamdulillah.

    ReplyDelete