Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink 22
Posted on Wednesday 29 June 2011
@ June 29, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira hanya pandang orang yang lalu-lalang di kafe hospital ni. Sudah ramai orang yang ada walaupun jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Macam-macam ragam yang dia jumpa. Ada yang berlab coat bawak file sana sini, ada yang berbaju uniform senyum ketawa dan ada juga orang-orang biasa macam dia ni. Ada yang nampak senyum, ada yang nampak sedih.. 101 perasaan dalam satu bangunan.

Dah lama benar dia tak masuk hospital.. hari ni first time selepas empat tahun lepas.. masa dia buat full medical check up masa nak fly dulu. Dia paling takutkan doktor. Takutkan hospital.. Kalau sakit pun dia kan telan je ubat dari farmasi. Tak akan sekali-kali ke klinik unless dia dah teruk sangat dah. Selagi tak pengsan ke apa ke, jangan harap dia akan ke klinik/hospital untuk jumpa doktor.

"We need to talk" 

Semalam dia dapat mesej itu dari Ezzaq selepas dua minggu peristiwa dia 'propose' Ezzaq dalam kereta tu.

Dari jauh dia nampak Ezzaq datang dengan uniformnya. First time dia nampak Ezzaq dengan labcoat putih tu.

"Tak makan ke?" itu soalan pertama Ezzaq bila sampai di mejanya.

Hadhira menggeleng. Dia dah makan dah tadi. Memang selalunya bila ke site meeting, kontraktor akan sediakan makanan pagi untuk konsultan-konsultan diorang. Hee ingat lagi dulu masa mula-mula kerja, memang dia tak sabar-sabar tunggu nak ke site. Dapat makan free. Haha.

"Kejap.." kata Ezzaq dia berlalu pergi. Hanya meninggalkan file biru di atas meja. 

Tak lama kemudian Ezzaq kembali dengan dua set air mineral dan sandwich. Satu set diletakkan di hadapannya dan satu lagi dia buka..

"Lapar.." terang Ezzaq. Memang lapar pun.. tadi breakfast roti bakar je.. mana cukup untuk orang yang macam dia ni.

Hadhira mengangguk. Entah kenapa dia rasa malu.. malu sungguh buat perangai tak serupa perempuan dua minggu lepas..

"So?"tanya Ezzaq lagi.

"Huh?"

"Dah fikir masak-masak?" tanya Ezzaq lagi. Dua minggu tu dia bagi masa kat Hadhira untuk berfikir masak-masak. Kalau dia ikutkan hati, memang dia dah masuk minang petang hari tu jugak tapi dia tak nak terburu-buru.

"Saya tak kisah.."

 Dia dah fikir masak-masak.. kut. 

"Tak kisah? Dah get over that architect guy?" Tanak sebut nama. Rival kut tu.

"Am.. trying.. still" 

Tudia main gagap-gagap balik dah. 

"Apa yang awak fikir sampai buat keputusan macam ni?"

Dah macam masuk zaman kena interview masa cari kerja dulu.. haiyooo.

"Lagi baik kita pergi kat orang yang sayangkan kita dari kita pergi pada orang yang tak sudi.."

"So the case is awak pergi kat orang yang sayangkan awak.. dan saya pula pergi kepada orang yang tak sudi? Now.. where is the justice?"

Hadhira diam. Lelaki ni mempersoalkan apa dia rasa dulu..

"Awak rasa ada ke lelaki dalam dunia ni yang akan bounce back kat seorang perempuan ni walaupun dia dah berapa kali kena reject.. for the fourth times? or fifth?" Ezzaq bertanya. Dia tak faham sungguh emosi seorang Hadhira ni. Kadang-kadang tu dia akan nampak macam superwoman, tough, berani tapi kadang-kadang tu emosi dia sangat fragile. Mudah tumpah air mata.. macam minggu lepas. Nampak sangat fragile.. macam belon nipis jatuh atas rumput.. tak sampai seminit meletup. Macam tulah Hadhira. You can see her smile at one time.. tup tup seminit lepas tu she bursts into tears. And seing her in tears membuatkan hati lelaki dia ni tiba-tiba rasa nak protect..

Hadhira terdiam. Dia pandang Ezzaq yang dari tadi memandangnya.. dia geleng kepala. Mana mungkin ada lelaki macam tu dalam dunia ni. Sebab dia yang first time rasa kena reject ni pun dah macam overdosed morphin. Ni kan pulak orang yang dah fourth or fifth times.. manusia ke apa tue?

Ezzaq bangun. Masa rehat dah tamat. Ezzaq berjalan ke arah pintu cafe. Handphone dikeluarkan..

Hadhira termangu di situ.. dia tersenyum. Bitter. Perit. Sekarang aku pulak yang kena? Hahaha. Karma happens, isnt it? Padan muka kau Hadhira. Lain kali jaga perasaan orang jugak.. Tapi betul la takkan Ezzaq still nakkan dia yang dah berkali-kali menolak Ezzaq.

Blackberrynya berbunyi..

Mesej masuk..

"Awak salah. Ada orang tu dalam dunia ni. Saya. Ahmad Firas Ezzaq."

...

"Assalamualaikum.." Suara Ma dicorong telefon. Nasi goreng ayam buatannya diletakkan tepi. Hari ni dapat balik awal. Sempat la tunjuk skill memasak kat dapur tadi. Rumah sunyi.. dah berapi hari dah dia tak bertegur sapa dengan Kak Nia tapi dia tak boleh nak terima lagi. Takut kalau dia bercakap nanti dia akan menangis lagi..

"Waalaikumussalam.."

"Diorang dah datang.."terang Ma.

Faham sangat la maksud diorang Ma tu. Dia mengangguk macam Ma nampak je dia mengangguk tu.

"Ma dengan Abah dah setuju.." kata Ma macam nampak je dia mengangguk tadi.

"Diorang cadang bulan depan nikah.. diorang takut kamu lari kut" gurau Ma.

Ha ha ha. Pandai Ma buat lawak. Boleh masuk Maharaja Lawak.. Lawak bitter. 

"Betul-betul la Ma.."

"Betul la.. bulan enam nanti.. musim cuti sekolah. Kan kamu cakap setuju je semuanya. Memang betul la Ma buat setuju je semua.."

Tapi tak da la dia nak setuju bila bab sebulan nak Nikah ni.. Ni macam dah nikah express je ni..

"Dah tu takkan nak call cakap ubah kut.. Tak nak la Ma.. kesian kat diorang.. dah dua kali datang tahu.. Ni dah ada cincin tanda.. balik la rumah ambik"

"Sebulan Ma nak prepare?" dia tanya lagi. Nak confirmkan information kut..

"Aah tapi kamu jangan risau. Ma ada kawan ramai. InshaALLAH okay.."

"Thanks Ma. I love you.."

"Ma pun sayang Dhir.."

Klik. Telefon dimatikan. 

Tangannya rancak mencari nombor Ezzaq. Mahu fire! Ada ka sebulan terus nak kawen.. patut-patutnya bertunang dulu ke apa ke? Ni tak da angin tak da apa nak kawen je terus.. boleh survive ke macam ni?

Tak dijawab.

Kerja mungkin bisik hati Hadhira.. Nasi goreng ayam di tolak tepi. Tak lalu dah nak makan.. Allah, banyaknya kerja nak kena prepare ni.. sebulan lagi ni.

Memang spesies think outta box la Ezzaq ni!

Labels:


2 Surat Chenta ♥

2 Comments:

Blogger cikpah said...

isyh3x... gelojoh la si zaq ni... hahahah

18 July 2011 at 21:37  
Blogger Ednin said...

hahaha. takut disambar orang may be..

20 July 2011 at 19:29  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas