Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 16
Posted on Monday 5 December 2011
@ December 05, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah bersembunyi di balik pokok, mengintai Hariz yang macam selalu duduk dengan 'pemain-pemain bola sepak dia' tue. Ezzah tersengih mengingatkan nama-nama kambing Hariz. Tak boleh blah sungguh mamat tu. Nampak je serius tapi sebenarnya ngok ngek. Kehkehkeh, Ezzah gelak sendiri.

"Ada pemandangan best ka kat sini?"

Opocot! Ezzah hampir terlompat bila mendengar suara di sebelahnya. Yang entah bila datang menyusup duduk di sebelahnya.

To'kie di sebelahnya tersengih monkey. Dia datang ke sini, hajatnya mahu lepak-lepak dengan Hariz hari minggu ni tapi sebaliknya terjumpa gadis bercekak kepala kuning ini. Dah nak dekat sepuluh minit sebenarnya dia duduk sebelah Ezzah ni, melihat apa yang Ezzah cuba buat.

"Skodeng yaa?" mata To'kie dibulatkan.

Ezzah dah gabra. Kantoi. Tadi dia datang sini bukannya mahu mengendap pun tapi sebaliknya mahu mengacau Hariz tapi masalahnya dia tak tahu apa yang perlu dibuat. Nak kacau, tapi tak ada idea. Semalam bila Shen cakap idea yang suruh dia buat Hariz bencikan dia, sampai peringkat nak called-off the wedding tu terus dia rasa suka dengan idea tu.

Yalla senang je kut.

Nak buat orang yang sedia bencikan kita > nak buat orang yang sayang bencikan kita.

Dan Hariz sendiri dah cakap, diorang ni enemies, foes. Maka idea yang Shen cadangkan tu memang betul sangat dah, senang sangat dah.

Dia sendiri dah conclude, Hariz paling tak suka bila dia ada. Maka tadi pagi-pagi lagi dia dah berjalan ke kandang Hariz ni. Nak kacau Hariz, tapi bila dah sampai dia terkedu. Tak tahu apa nak buat. Dan sebaliknya dia duduk di belakang pokok ini dan memerhati Hariz melayan kambing-kambingnya.

Dan surprisingly, she likes it here. Dia nampak Hariz yang lain daripada Hariz yang dia selalu jumpa. Hariz dengan kambing-kambingnya macam Hariz yang dia tak pernah jumpa. Yang tak pernah langsung tersenyum seikhlas macam tu bila berhadapan dengannya.

"Kadang-kadang manusia tu macam bawang. Berlapis-lapis.."

Betulkah Hariz ni macam bawang. Berlapis-lapis?

Dia pandang ke arah Hariz yang dah ternampak dia dengan Tok'ie di situ. Tok'ie di sebelah sedang melambai-lambai ke arah Hariz. Ezzah mencebir.

"Hang buat apa kat sini?" tanya Hariz bila dia sampai di tempat Ezzah dan Tok'ie berdiri. Dan sejujurnya soalan itu dia mahu sampaikan kepada gadis di sebelah Tok'ie.

"Hari ni hari Sabtu. Cuti. Lepak la.. jom pekena Mee Abu nak?"

"Mee Abu?" kata Hariz. Tapi fikirannya masih lagi kat gadis di antara dia dan Tok'ie. Diam. Apa yang dia buat di sini dengan Tok'ie? Mahu bertanya tapi ego menghalang.

"Ya lah mana lagi. Jom. Aku dah lapaq sangat dah ni. Kambing hang tu satgi aku telan."

"Aku balik dulu mandi. Berlengaih. Satgi hang mai ambik aku kat rumah. Boleh dak?"

"No hal."

Hariz mengangguk. "Aku balik dulu."

"Jom.." kata Tok'ie. Hariz dah hilang dari pandangan mata. Hanya tinggal dia dan Ezzah dan juga beberapa pekerja ladang yang lain.

"Nak pi mana?"

"Makan. Mee Abu. Sedappp.. kalau mai Aloq Setaq tak pekana Mee Abu. Rugi!"

"Tak pa lah. Ezzah ingat nak balik dulu."

"Alla jomlah. Abang bawak pi jalan-jalan. Ezzah dok rumah bukan buat apa pun."

"Jalan-jalan?" mata Ezzah teruja. Dia memang kaki jalan.

"Jom. Abang janji abang tak bagitau Hariz yang Ezzah skodeng dia.."

KAHKAHKAHAH. Tok'ie gelak sendiri bila melihat muka Ezzah berubah bila dia menaikkan kembali cerita skodeng tu.

"Ezzah tak skodeng la. Ezzah tengah pikir cara nak ambush dia."

Tok'ie mengangguk. Yela sangat tu.

"Betul tak tipu."

Tok'ie naikkan kening. Tak tipu la sangat bila dia duduk sepuluh minit sebelah pun tak perasan. Leka sangat dok pandang anak teruna orang.

"Jomlah. Kita singgah rumah abang sat, bawak Widad sekali."

"Widad tu adik abang?"

"Yalla takkan adik Hariz kut." kata Tok'ie lalu berjalan meninggalkan dia terkontang-kanting mengikut dari belakan.

Ezzah mencebir. Lelaki ni memang spesies Hariz, patutlah boleh serasi. Tapi jalan-jalan? Yeayyy. Sebenarnya dah naik kematu jugak dia duduk kat kampung ni tak buat apa-apa, dan bila orang dah ajak, kita ikut aja.

....

"Eh Ezzah. Mana nak pergi ni?" tanya Mak Cik Awa bila kereta Tok'ie berhenti di halaman rumah Hariz.

"Saya ajak dia jalan-jalan cik Awa. Sambil tu bawak budak dua ekoq ni jugak.." kata Tok'ie. Widad dan Aida tersengih. Kalau bab jalan berjalan ni memang diorang suka. Lagipun cuti sekolah dah start, maka apa lagi mestilah nak joli-joli kan?

"Baguslah tu. Kesian cik Awa tengok dia dok sorang-sorang. Ni pergi dengan sapa lagi?"

"Tu ha." kata Tok'ie sambil mulut memuncungkan ke arah Hariz yang sedang berjalan ke arah kereta.

"Ibu Hariz keluar jap."

Mak Cik Awa hanya mengangguk.

Hariz menarik Tok'ie menjauhi sedikit perempuan-perempuan di sekeliling mereka. "Awat hang ajak dia sekali?" suaranya berbisik.

"Aku punya kereta, aku punya sukalah." kata Tok'ie.

"Boleh meletup kereta hang kalau ada kami dua orang."

"So hang behave la elok-elok. Toksah dok emosi sangat. B.e.h.a.v.e. Dia okay ja. Kalau hampa bergaduh jugak, aku tinggai ja dua-dua ekoq kat tepi jalan. Jalan balik sendiri."

"Malaih ah aku nah pi."

"Hang jangan dok buat pasai. Tunang aku tau, mampuih aku kena kerat 18." kata Tok'ie. Fiza, tunang dia tu bukan kemain garang lagi. Kalau dia tahu Tok'ie angkut anak dara orang bawak ke hulu ke hilir, mampus dia kena berletiaq sat gi. Uiiii tak mau la chek tanggung risiko.

"Dah tu awat tak ajak dia sekali?"

"Dia balik rumah tok dia. Kalau dia ada, tak da nya aku nak ajak hang makan mee abu. Baik aku ajak dia, tenang sikit hati ini."

Hariz mencebir. Spesies ulat bulu!

"Jomla. Cik Awa, saya minta kebenaran na bawak anak dan bakal menantu pergi ke bandar naaa." kata Tok'ie. Hariz dah siap masuk mengambil tempat duduk co-pilot.

"Bawak kereta tu elok-elok."

"Baik!" kata Tok'ie lalu masuk ke dalam kereta. Gear dari P dimasukkan ke D. Kereta itu bergerak ke destinasi yang di tuju. Mee Abu, here we come. Jerit hati Tok'ie. Hariz hanya mendiamkan diri, inilah kali pertama dia dengan Ezzah duduk dalam satu tempat tanpa berbalah.

Tok'ie hanya tersenyum. Nak tergelak pun ada bila melihat dua manusia ni diam, tak bercakaran.

Labels:


6 Surat Chenta ♥

6 Comments:

Blogger fisha said...

ALA...PENDEKNYA

5 December 2011 at 15:41  
Blogger Hajar said...

hehe. tok'ie jadi hero penyelamat pulak kali ni.

5 December 2011 at 15:49  
Blogger sweetstalker said...

hahaha..sibbek tokie dh kasi warning awai2 lg kt bebudk pencetus peperangan mulut ni :))mee abu..mcm sedp ja 2>>slurppp<<

5 December 2011 at 19:40  
Blogger - AtiKAh - said...

opss.kejapnye...huhu..tp comelnya...jgn time mkn mee mreke bergaduh plak..ngeee...

5 December 2011 at 20:23  
Blogger Ednin said...

alamak kejap sangat eh? hehehe next entry gonna be long. Janji!

6 December 2011 at 01:44  
Blogger Makanan Kesihatan said...

hahahha...ezzah dh mula suka kt hariz k..hehehe..tula sik skodeng jek ank teruna org.. ^__^

6 December 2011 at 16:56  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas