Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 21
Posted on Sunday 18 December 2011
@ December 18, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah menghalakan fokus matanya ke arah baju-baju yang berbukit di atas katilnya. Bukit warna warni. Ada warna oren, ada biru, ada ungu dan macam-macam lagi. Aiyoo macam mana mahu memasukkan semua baju-baju ni ke dalam beg beroda tu? Malasnyaa. Sesungguhnya Ezzah la manusia yang paling tak suka packing-packing. Kan bagus wujudnya bag macam poket doremon. Boleh je masukkan segalanya tanpa memikirkan tak muat ke apa ke. Lagi senang kalau perut dia macam tu.. masukkan je. Pastu takda la dia tercicirkan apa-apa benda ye dak (dan kalau tercicir pun, dia ada pintu ajaib yang boleh dia buka sesuka hati dalam sekelip mata!). Kekehkeh. Ezzah Hani, ini dunia biasa bukan fantasi! Dia mengetuk kepala sendiri.. tullah banyak sangat tengok Doraemon.

Lusa dia dah nak balik KL dan minggu depan kuliah dah bermula. Dah masuk fasa kakak senior. Mana taknya ini semester terakhir dia. Semester yang dia rasa dia bakal menangis air mata darah bila kena tumpukan pada FYP... final project.. hal nikah kawen lagi. Ezzah telan air liur. Kering tekaknya...

"Laaa.. ni awat tak kemas lagi barang?" suara Opah hampir membuatkan Ezzah terloncat. Adoii kantoi berkhayal depan Opah!

"Tak tahu nak start dari mana." Mana taknya baju satu bag, barang lukisan dua bag, laptop, buku-buku..

Opah menggelengkan kepala. Ezzah ni dah biasa hidup senang seumur hidup dia. Dah tu pulak anak tunggal perempuan, memang manjanya lagi mengada la. "Nah. Ni yang baru basuh.. baju sejuk sapa ni?" tanya Opah sambil menyerahkan sweater hitam itu ke arah Ezzah. Dia tak pernah pulak nampak Ezzah pakai.. dan lagipun saiznya lain benar untuk Ezzah.

Ezzah melihat sweater yang sudah berada di tangannya. Dia hampir lupa yang dia ada 'hutang' dengan Hariz. Hutang sweater. Dah seminggu dah dia tak berjumpa Hariz. Malas mahu bercakap face to face dengan lelaki tu.. Dulu dia mahu berjumpa dengan Hariz untuk bincang baik-baik pasal perkahwinan diorang. Dia sejujurnya mahu batalkan tapi asal je dia jumpa lelaki tu mesti akan jadi benda-benda tak betul dan akhir sekali dia pun jadi malas.

Dah penat dah.. jatuh tasik.. jatuh sungai.. lepas ni jatuh apa pulak?

Jatuh chenta?

Ezzah terus menggelengkan kepalanya. Apa punya kepala ni pikir benda bukan-bukan malam ni? Ni mesti sebab penangan demam itu hari.. yella elok je Hariz hantar dia balik rumah Opah dari sungai itu hari, terus dia demam malam tu. Dan itu salah satu sebabnya kenapa dia dah stop pergi mengacau lelaki tu.

"Ni awat tiba-tiba dok gelengkan kepala? Sakit lagi ka?" kata Opah. Tadi petang dah siap elok pekena ABC ... katanya dah sihat walafiat tapi kenapa cucu dia sekarang ni jadi pelik betul. Macam ada benda je dalam kepalanya..

Ezzah geleng kepala. Kantoi buat kali kedua! "Tadapapa Opah... Ezzah.. err.. tengah pikir cara nak masukkan baju-baju ni dalam bag." Yella sangat kamu, Ezzah oi!

"Kalau macam tu Opah keluaq dulu la. Azan Isya' dah masuk.. jangan lupa sembahyang pulak."

Ezzah mengangguk. Ai ai.

Dia memandang sweater di tangannya.

'Ambik.' teringat suara keras tanpa tone lelaki itu kepadanya. Hurrr, geram!

Dan tak lama kemudian suara keras tanpa tone itu digantikan dengan suara yang dia dengar masa kat sungai hari tu.

'Trust me..'  Wajah Hariz yang menyuakan tangan kepadanya ketika itu bermain di kepala.

........

Klik. Klik. Klik.

Tok'ie meng-snap gambar suasana kandang kambing Hariz ni. EOS 60D itu memang dia bawak ke hulu ke hilir macam isteri. Kalau nanti ada isteri nanti dia akan bawa kedua-duanya sekali ke merata tempat. Adil dan saksama!

Lensa difokuskan kepada Hariz yang sedang duduk di bangku luar kandang. Diam semacam kawan aku sorang ni. Terus kaki melangkah mendekati Hariz.

"Dia tak mai kut. Demam." kata Tok'ie lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Hariz. Tangannya menekan butang 'play' melihat gambar-gambar yang dia ambik dari tadi.

"Huh?" Hariz macam tak dapat tangkap apa yang Tok'ie nak sampaikan. Air mineral dalam botol diteguknya. Dah selamat dah bagi pemain-pemain bola sepaknya makan.. dah selamat juga dia mandikan mereka...

"Ezzah. Tunang hang tu. Tak mai kut hari ni. Dia demam. Widad ada habaq kat aku semalam. Demam terkejut kut. Bawak-bawaklah menziarah.." Bukan dia tak sedar yang mata dan fikiran Hariz bukanlah berada di kandang hari ni, bahkan hari-hari sebelumnya. Mata Hariz pasti akan tertoleh ke arah pintu masuk kandang itu.. selang lima minit!

"Hang mengarut apa ni?"

"Ye aku juga mengarut. Aku kenai kau dari kau kecik, kita jatuh bendang sekali, kita jatuh beskal sekali, kita melompat kena pukul dengan bapak aku sebab mandi sungai pun sekali.. dah tentulah aku kenai hang. Hang suka kat dia kan?" Straight. Tanpa kona kona1.

Hariz diam. Malas menjawab. Tok'ie ni sejak bila jadi psikik entah sampai boleh nak main tuduh-tuduh macam tu?

"Ni ha.. tengok." kata Tok'ie sambil menyerahkan EOS 60D itu kepada Hariz. Hariz mengangkat kening.. "Tengok je la. Tekan kiri."

Hariz melihat skrin. Gambar dia dengan Ezzah dua minggu lepas ketika diorang mencuci Maradona. Gadis itu sedang tersenyum menjiruskan air kepadanya... nampak 'suka' benar dia... butang kiri ditekannya lagi. Kali ini gambar di fokuskan kepada dia pulak. Yang serius benar mencuci...

"Apa ni gambar aku macam ni hang tangkap? Tak artistik langsung! Pilih la angle yang cun sikit."

"Hang macam tu all the time, bro! Takkan hang tak perasan kut.. tulla lain kali sengih." Tok'ie tersengih lebaq, menunjukkan cara-cara sengih yang betul. Hariz menggelengkan kepala. Macam mana la Tok'ie ni boleh jadi cikgu kalau perangai macam ni.

"Next please." arah Tok'ie.

Hariz menekan butang kiri lagi. Sekarang skrin memaparkan gambar mereka berdua sama-sama tersenyum.

"And you're indeed different with her. Hang senyum. It has been a long time bro aku nampak hang sengih monkey macam tu. You.. like her." Satu dalam sejuta peluang la kalau nak tengok diorang, Hariz dan Ezzah tersenyum macam ni dalam satu gambar.

Hariz pandang Tok'ie. "Nah." Dia menyerahkan EOS 60D itu kembali kepada tuannya.

"Hang dah off limit ni.." keras dia menuturkannya.

"Hang pulak ego beyond limit." Tok'ie fire balik.

"Hang ni mengarut lebih. Hang tau kan aku macam mana... hang tau dia macam mana. Dia tu 360 darjah berbeza dari aku."

"Dah tu boleh pulak hang pi masuk minang dia. Gila apa."

"Macam aku cakap dulu.. benda berlaku dalam sekelip mata. Aku main taram ja cakap kat mak aku.. tapi dia take it for real and dangg I'm in between."

"Things can get better, kau boleh start sukakan dia.. and lived happily ever after." Tok'ie nak sangat Hariz ni bahagia, hidup dengan kegembiraan. Kalau manusia ni warna, sah-sah Hariz ni diberi warna hitam. Gelap. Susah nak faham dia.

"Kau cakap senang." Lived happily ever after? Sejak bila Tok'ie kena sampuk dengan hantu fairy tales ni?

"Memang. Things are easier said than done tapi kalau kau dok asyik cakap susah, susah.. macam mana nak jadi senang. Susah tu selalunya bila kita start je, dan InshaALLAH, once kau bergerak steps toward your goal, tambah lagi benda baik macam ni.. InshaALLAH Dia permudahkan."

"Dia.. is not one I had in mind about my future spouse la bro. Kau tengok sajalah baju yang dia pakai, brand stuffs from head to toes, dan kau tahu jela aurat pun dia tak cover properly.. macam mana dia nak jadi isteri aku.."

"Kau punya agama dah okay untuk ajar dia.."

"How? Dengan kerja aku ni.. tiga bulan off-shore, duduk sini tiga bulan balik sana balik.. nak mengajar orang ni kena constant. Nak berubah kita kena constant, istiqamah.. kena.." tiba-tiba Hariz berhenti serta merta. Terkaku..

Tok'ie berpaling ke belakang. Ezzah elok je berdiri di situ.. muka tanpa riak.

Hariz telan air liur. Kantoi!

"Sorry ganggu your discussion. Nah sweater awak saya pinjamkan. Go ahead and resume your 'discussion'." kata Ezzah. Perkataan discussion tu dia tekankan. Dia tergelak -tapi gelak tu bunyi awkward gila, gelak bitter orang kata- lalu berjalan laju meninggalkan dua orang pemuda itu.

Tok'ie dan Hariz ternganga. Betul la kata orang dulu-dulu, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Dan sekarang kedebukk kena diri sendiri.

Tapi pelik kenapa perempuan tu tak fire balik macam selalu? Hariz garu kepala.

.......

Ezzah menggenggam stereng keretanya. Bagaikan stereng tu ada kuasa ajaib yang boleh bagi kekuatan pada dia ketika ini. Sumpah tadi dia rasa marah sangat bila terdengar perbualan antara Tok'ie dan Hariz itu. Mula-mula ketika dia sampai di kandang, dia ingatkan mereka berborak kosong saja dan bila dia makin menghampiri dia terdengar namanya disebut-sebut.

"Memang. Things are easier said than done tapi kalau kau dok asyik cakap susah, susah.. macam mana nak jadi senang. Susah tu selalunya bila kita start je, dan InshaALLAH, once kau bergerak steps toward your goal, tambah lagi benda baik macam ni.. InshaALLAH Dia permudahkan."

"Dia.. is not one I had in mind about my future spouse la bro. Kau tengok sajalah baju yang dia pakai, brand from head to toes, dan kau tahu jela aurat pun dia tak cover properly.. macam mana dia nak jadi isteri aku.."

Terus kakinya terkedu di situ.. awkward moment! Tak tahu nak behave macam mana... they're talking about her weaknesses.. depan dia -walaupun mereka tak tahu yang dia ada- tapi still dia dengar.

Nak meraung dia rasa masa tu? First time dia terasa direjek macam tu.

Dan tak sempat dia nak kompos diri elok-elok, macam selalu dan buat-buat tak dengar.. tiba-tiba mata tajam itu terarah ke arahnya. Gotcha!

Terus dia berjalan ke arah mereka. Tapi dia rasa nak terduduk pun ada... they're talking about her, and they found her there.. terdengar sekali 'diskusi' mereka.

"Sorry ganggu your discussion. Nah sweater awak saya pinjamkan. Go ahead and resume your 'discussion'."

Cepat-cepat dia menuturkan.. dan gelak. Seolah-olah tak ada apa-apa berlaku, seolah-olah dia tak dengar apa-apa pun...

Tapi ketawa tu sumpah dia rasa lain benar bunyinya.. gelak cover. Hariz pulak hanya terdiam, ternganga sambil mengambil huluran beg kertas yang berisi sweater itu. Dan sebaik saja beg kertas itu bertukar tangan terus dia berpaling ke belakang dan jalan terus ke keretanya tanpa melihat ke belakang.

Dia menghantukkan kepalanya di atas stereng. Kenapa rasa macam nak menangis? Rasa macam terkena satu hirisan pedang samurai kat dada dia?

"Dia.. is not one I had in mind about my future spouse la bro. Kau tengok sajalah baju yang dia pakai, brand from head to toes, dan kau tahu jela aurat pun dia tak cover properly.. macam mana dia nak jadi isteri aku.."

Auchhh. There goes again a stabbed pain inside her chest.

..........
1 Kona = belok dalam bahasa utara. In case ada yang tatao. Teheee.

Labels:


18 Surat Chenta ♥

18 Comments:

Blogger anchovy said...

unnie.i had the feeling that you gonna write a new chapter.buka2 blog terus nmpk ade new update :D yaaa.! sayang unnie!

19 December 2011 at 19:45  
Blogger - AtiKAh - said...

aisy sis..wat jantung saye berdegup2 cepatlah...sian ezzah....tbe2 mrh kat kat hariz nie...die suke ezzah ke x nie??aduh..cnfuse..hehehehehe..chaiyok2 sis ^_^

19 December 2011 at 20:06  
Anonymous MaY_LiN said...

uuuhhh...
sunguh kejam itu statement..

19 December 2011 at 20:14  
Blogger فنيڠ ڤيکيراڤ said...

touching

19 December 2011 at 20:21  
Blogger versus said...

uhh ezzah dah terasa la . huhu

19 December 2011 at 20:51  
Blogger Hajar said...

sentap ah kalau saya jadi ezzah. T_T *emo*

19 December 2011 at 21:23  
Anonymous nursya said...

auch...
mmg menusuk ke kalbu la ayat haris tuh...
huk huk huk..

19 December 2011 at 21:51  
Blogger Makanan Kesihatan said...

jgn2 pasni ezzah trus berubah..pakai tudung trus..

20 December 2011 at 00:18  
Blogger Miss FF said...

ouch, that words.. its hurt.. sedihnya.. sabar ea ezzah.. positively thinking, it is good to make a move to be a better one..

20 December 2011 at 00:58  
Blogger Ms. Liaw said...

siannnya ezzah .. :D x sabar dah nak tunggu hariz gi pujuk ezzah merajuk :D

20 December 2011 at 15:34  
Blogger Kak Sue said...

Nak ubah sesorang bukan dengan cara yang kasar... buat lah secara lembut...
kalau ezzah pakai tudung sebab dia tunang Hariz x guna juga... biarlah ikhlas...
Ezzah balik ja KL tenangkan hati...
biar Hariz tahu salah yang dia buat... jangan ingat dia selalu betul...
sambungggg...

20 December 2011 at 16:50  
Blogger IVORYGINGER said...

auchhh... tajamnya ayat tu. menusuk kalbu. Hariz tak baik hina Ezzah mcmtu. salahkah seorg manusia tu yg ada kekurangannya. mgkin dsbbkan hidup dgn keluarga mewah n hidup bebas bt Ezzah begitu dr segi penampilan but itu bukan ukuran ttg sifat peribadi Ezzah. dia masih tahu hormat opah dia shhgga tak sanggup menolak harapan opah. apasalahnya nnti awk sbgai pemimpin memimpin Ezzah kemudiannya. lgpun sapa awk nk tegur Ezzah mcm tu sedangkan diri awkpun tak betul. terima la hakikat mmg dah smpai pun ajal adik awk tu bukan salah abg Ezzah sepenuhnya. klau pun tak kemalangan adik awk tetap mati bila smpai masanya. dendam tu tak bawak ke mana. kata2x to'kie pun ada benarnya. awak mmg suka Ezzah wlau awk nafikan. bila Ezzah tak dtg awk tnnti2x. bila Ezzah dlm bahaya n ksusahan awk hulur bantuan. n awk tak pernah merungut cuma pasal kes hanyut tu awk marah sbb bimbangkan Ezzah smpai awk ungkit kisah lalu. bukan kah dah tunjukkan perasaan awk pd Ezzah??? sedar-sedar lah. lps ni sempatkah Hariz jumpa Ezzah sblm dia pulang ke KL???

21 December 2011 at 03:01  
Anonymous Anonymous said...

erm..cite ni memang la buat sy rasa benci tp syg in the same time..huhu..nice~~

-arisa-

21 December 2011 at 12:26  
Blogger Ednin said...

Wow at the comments. :) Thanks guys!

21 December 2011 at 18:16  
Blogger Ednin said...

@anchovy// hahaha wah kita ada telepati ni.. thanks dear. sayang awk jugeee.

@atikah// saya suka bagi orang konpius.. hehehe persoalannya akan terjawab juga nanti! teheeee..

@may_lin// truth kadang-kadang memang kejam.. auchh it hurts loads.. very much!

@peningpikirapa// jangaaannnn taching taching! geheehehe.. XDDD

@me my mine// kalau saya pun terasa jugak!

@hajar// saya bukan setakat emo.. terus bertukaq jadi elmo.. eh eh..

@nursya// hehhee menusuk jiwa dan raga..

@aisy// haaaa tu tatahu lagi.. XDD

@fasha faris// you're +ve, dear! but yeahh it hurts bery much!

@ms liaw// pujuk memujuk.. sooonn kut? hurm...

(cont'd)

21 December 2011 at 18:24  
Blogger Ednin said...

@sue// betul-betul. nak berubah tu kena ikhlas.. nawaitu tu sepatutnya kerana Allah, bukan sebab lain. XDD

@ivoryginger// wooooowww at the comment! I love your comment. Serius tatipoo.

Menusuk kalbu kan? Tak baik sungguh Hariz buat macam tu.. sebab betul.. background is one of the reason! You pointed it out..

and it is not tolerable for us Muslim main sedap je judgemental macam tu. Especially to our Muslim jugak.. like kau tak pakai tudung, you're jahat.. kau pakai baju tak betul, you're bla bla (isi_tempat_kosong).. kita actually lupa that people can change, both bole jadi worst (God forbid) or better (Alhamdulilah!).. take example kisah pengislaman umar.. sangat indah! so yeahh people can change, tapi, unfortunately Hariz lupa pasal tu (sad sad sad_) but REMEMBER dia tak tahu kan Ezzah actually kat tempat tu masa dia blurt ayat tak beretika tu (shame!). Ego! Denial (he is!).. bila kita in denial, we always forgot and jadi macam tu..

tapi betullah sifat Hariz tak tele (saya baru perasan!) like dia tak pernah mengungkit pasal apa yang dia buat but this small thing (is it?_) captured his attention.. hurmm.. thank you! lepas ni nak adjust skit.. hehehe

so about hariz jumpa ezah ke tak? hurmm we'll see.. jeng jeng jeng.

@arisa: ahhaha benci dalam sayang ye.. heheh dah kena sindrom BS ni.. HEEE.. thankss dear..

p/s: pheewww did i missed anyone comments? hope not. THANK YOU! Will be back with a new entry.. InshaALLAH.. soon.

21 December 2011 at 18:48  
Blogger IVORYGINGER said...

bcoz i was in the shoes when somebody judge me why im not wearing tudung. ya!!! im bad because not follow Allah rules. but u know is not easy when we r born in the environment who no care about it. like me i try many year to figure up my mind why i dont wear??? should wear just bcoz other order??? n i got lot of friend slowly asking me wear tudung but i still not get it. until one day one person really nice. may allah bless her. she slowly talk to me, do u love ur late father?? r u willing to burding him a sin bcoz of u. (ank perempuan yg tak bkahwin dosa dia dgalas ayah. maybe that time the hidayah also come n im change. thanks Allah for help me. what we r need is exactly is a support n doa from friend n family to make us change slowly not we the touching word that hurt us. we judging u back tis type of person really nice wear hijab but their mouth. oh my god so bad. so nk bdakwah ikut lah cara Nabi lemah lembut.

27 December 2011 at 20:28  
Blogger Ednin said...

dont worry, saya pun pernah kena! dan masa tu saya kena belajaq di satu tempat yang environment dia islamik when i was in the background yang biasa-biasa saja.. in fact masa first year, rasa nak lari je.. and telling ya, SOME of them, are like HARIZ! Judgemental!

And saya memang anti budak pakai tudung labuh.. used to!

but again, bila masuk second year I found roommates yang betul2 baik. Ketua USRAH! and they're not like that.. thanks to them! my perceptions towards this budak tudung labuh clan ni berubah.. completely.

Tapi somehow, kadang-kadang tu, kita kena pelekuk orang tu baru dia nak berubah... baru nak sedar.

Tapi cara Hariz nak menegur tu definitely IS NOT THE WAY!

btw, if I offended you, or others, in every way, tak kisahlah apapun.. I appologize. :)

p.s: I'd love to meet the sister you had mentioned tue. Sebab saya salute dengan orang yang berjaya merubah orang, to a better one. Alhamdulilah.

27 December 2011 at 22:13  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas