Bencisayang 2

06:22

Ezzah membulatkan mata. Serious apa hal laki ni? Emo semacam ja.. tak da ribut, taufan tak da, tup-tup "Aku balik dulu." Masalah dunia sungguh.. muka tu dahla kelat semacam. Tak ada perasaan.. segaris senyuman pun tak ada! Macam kereta dia plak yang aku langgar tadi. Pastu boleh pulak buat perangai pandang aku atas bawah tadi.. Apa dia ingat aku ni mannequin kat Mall ka nak pandang-pandang atas bawah. Kalau pandang tu, beli tak pa.. ni dia blah macam aku ni stok perosak je.. ni buat aku hangat tak ingat dunia ni.

No manners.. and I thought Kampong guy selalunya peramah? Ah naif lagi aku ni rupanya..

"Apahal dengan pak cik tu?" tanya Ezzah kepada lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Zaki tadi.

To'kie garu kepala. Macam mana nak jawab ni.

"Seriously, saya pon tatao awat dia jadi lagu tu. Lari balik rumah kut.. ya know emergency case.." kata To'kie. Pelik jugak dengan perangai Hariz ni.. apa dia allergik dengan perempuan?

Ezzah mengangguk. Ye ke?

"Kelat je muka dia." komen Ezzah. Tak puas hati.. selalunya orang bila tengok Ezzah Hani mesti akan terus cair, terus senyum.. tapi dia kelat dohh.

"Macam saya habaq tadi, 'emergency'.." Tangannya menunjukkan isyarat quote-unquote ayat.

"Macam tak suka saya je?" sumpah dia rasa tak puas hati.

To'kie sengih plastik. Alahai perempuan ni.. drop the subject boleh tak? Sama spesies la dengan Hariz betul. Degil. Stubborn. Ketegaq. Haa amek hang.. tiga aku bagi.

"He hates almost everyone.." To'kie angkat kening.. kepalanya dianggukkan. Moga-moga cik ni percayalah..

Ezzah mengangguk.. no wonder muka kelat semacam. Hatred are all over his soul. Kesian..

"Hani.. call me Hani. Nanti abang Zaki repair la kereta ni, saya tanggung semuanya."

Ezzah pandang 'artwork' yang dia dah buat kat Proton Persona tu.. nasib baik sikit ja. Kalau tak, nampak gayanya kena tadah telinga dengar 'kata-kata mutiara' dari Mama dengan Papa. Entah-entah silap hari bulan Mama buat horror tarik balik Swift putih kesayangannya tu macam mana dia banned Abang Ngah dari naik motor dulu.. nightmare tu!

"Ohhhh Hani.. sedap nama.. errr.. nombor fon?" To'kie sengih monkey. Once in a lifetime ni nak dapat contact number dengan perempuan cantik ni. On, gua tak tolak rezeki..

"012-3457890"

"Okay, nanti apa-apa abang call. Rasanya tak da apa-apa kut, calar sikit je ni." Abang? Berbunga-bunga pulak rasanya.. heeee.

"Call ja, saya tanggung semua." Shades Gucci itu disangkutkan kembali di pangkal hidung. Dah pukul 5.30 petang.. alamak I'm dead. Abang Ngah pasti naik gorilla nanti.. mana taknya tadi janji nak balik Kedah awal-awal pagi tapi tup-tup Shen called ajak photoshoot.. long story cut short, dia bertolak dari KL lebih kurang pukul 2 petang.. apa lagi racing la dekat Lebuhraya Utara-Selatan tadi. Dan sampai ja jalan rumah nak masuk rumah Opah ni, accident pulak.. drama betul!

5.31 pm. Time is ticking. Wajah gorilla Abang Ngah dah terbayang di mata. Huiihh nightmare! Ezzah cepat-cepat menghidupkan enjin..

"Abang, saya balik dulu ya." tangannya diangkat.. kunun-kunun manner of conduct la kut.

5.33 pm.

Abang Ngah....

Gorillaa..

Nightmare...

Pedal minyak ditekannya. Laju ja Swift putih itu meninggalkan To'kie yang dah tinggal sorang-sorang kat tepi jalan tu.

To'kie ternganga .

"Huh?" Ni kes emergency jugak ka?

To'kie garu kepala yang tak gatal.. nasib hang lah To'kie..

....

"Hang kat sini rupanya." suara To'kie memberhentikan langkah Hariz. Hariz berpaling ke belakang menghadap To'kie yang tengah sengih monkey tu.

Hariz angkat kening. Mana lagi Hariz nak pergi, kalau tak ke ladang kelapa sawit dia ni.. kalau tak da kat ladang, sah-sah ada kat kandang kerbau ni.. tupun sebelah je ladang ni.

Hariz geleng kepala..

"Dah tu hang ingat aku tang mana? Kat sini la.. apa daaa," jawab Hariz. Nak kata tak cerdik, cerdik. Siap jadi cekgu lagi tapi benda common ni pun tak lepas.

"Aku ingat hang putus fius lari naik kapal teruih.."

Hariz angkat kening.

"Yala tak da tsunami apa, teruih hang lintang pukang tinggai aku kat situ."

"Oh." yang tu je dia mampu jawab. Nak jawab apa lagi kan.. takkan nak kata dia tak suka duduk situ kut.

"Awat jadi lagu tu?" To'kie bukak role jadi kaunselor tak bertauliah.

"Tak ada papa. Aku ada gheja sikit.."

"Gheja apa yang hang ada.. woi ingat diri la.. hang tu tengah cuti. Piirah.."

Terus Hariz memulakan langkah.. Dia geleng kepala.. dari layan kaunselor tak bertauliah ni baik aku tengok pokok ni lagi bagus. Dapat juga pahala.

"Kelat lagi muka tu? Macam mana Rahah tu boleh minat kat hang.. kelat 24/7." To'kie mengikut Hariz yang dah mula meninggalkannya.. tapi sebenarnya bukan Rahah saja yang jatuh hati dekat laki di hadapannya ni. Ramai lagi gadis-gadis kampung ni dah tertangkap leleh dengan Hariz ni. Yella orang tu pemuda harapan kampung kan? Mestila jadi calon pilihan mak-mak dan anak dara mak-mak.. tapi satu je masalahnya Hariz ni je yang tak da perasaan, seorang perempuan pun dia tak kehingin..

"Kelat? Dah tu hang nak suruh aku senyum 24/7 la macam ni.." Hariz buat-buat senyum. Awkward. 

"Plastik!" To'kie menjulingkan mata.

"Okay apa,, banyak kegunaan tu." Plastik boleh buat tempat buang sampah, boleh isi barang, boleh buat bekal.. banyaklah kegunaannya!

"Aku serious la.. hang boleh buat main plak." To'kie buat muka serius. Macam dia selalu buat depan anak murid. Ye lla kalau tak serius, boleh kena pijak kepala dengan anak murid sendiri woii.

Hariz memberhentikan langkah. Dia mengadap To'kie yang setengah meter dari jaraknya.

"Fire."

"Aku tau sebab apa hang lari semalam.. sebab mata tu kan?"

Hariz melepaskan keluhan. To'kie dah mula bukak hikayat dulu-dulu.. patut lari ke tak ni? Dia sebolehnya tak nak fikirkan apa pun pasal ni sekarang.

Tapi memang ya, memang pun disebabkan mata tu dia jalan laju-laju meninggalkan To'kie semalam. Apa taknya mata tu sebijik dengan mata Ezzaq, dan sekali gus mata tu mengingatnya pada arwah Hazirah..

To'kie melepaskan keluhan. See, I knew it!

"Hang sampai bila nak lari? nak marahkan budak tu.. for God's sake, it has been 10 years. 10 freakin years.. hang nak dok macam ni sampai bila. ALLAH dah tetapkan apa yang terbaik untuk umat-NYA.. dah ajal Hazirah stop sampai waktu tu, dan caranya macam tu.." To'kie dah bukak role jadi ustaz.

"Drop the subject. Aku nak pi kandang."

"Dah sampai masanya kelat muka kau tu di gantikan dengan honey.. biaq manis sikit, Riz oii."

"Drop it. Please." Suara Hariz dah tinggi. Matanya mencerun ke arah To'kie. Kenapa semua orang suka sangat ambik role jadi penasihat tak rasmi Iman Hariz ni? Tak bolehkah diorang biarkan aku yang atur hidup aku sendiri? And for God's sake, I am 29 years old.. already.

To'kie angkat tangan. Surrender. 

Hariz = A is A and never B, remember?

Kau cakaplah apa kat dia pun, dia akan stick dengan apa dia kata dari mula tu sampailah habih. To the end. Period. Fullstop. Noktah. Titik.

Hariz meninggalkan To'kie dan berjalan ke arah kandang kerbau yang terletak di hujung ladangnya ini.. dia paling tak suka bila orang bukak hikayat dulu-dulu ni. Dah penat dah dia dengar orang sana sini cakap, SUDAHlah tapi macam mana dia nak SUDAH kalau dia sendiri rasa yang dia TAK BERMULA pun lagi.

To'kie geleng kepala.

Hariz = ketegaq.

Ketegaq? Dia tiba-tiba teringatkan gadis semalam tu. Hani..

"Hariz! Woiiii.. hang tau dak budak perempuan semalam tu namanya Hani.. who knows, she could be the 'Honey' you're looking for..." To'kie menjerit dengan harapan Hariz mendengar..

Dan To'kie tahu Hariz mendengar apa yang dia katakan tadi bila Hariz memberhentikan langkah dan menunjukkan penumbuk ke arahnya.

To'kie cepat-cepat naik ke motornya bila dia melihat Hariz dah menukar laluannya dari ke kandang tadi  ke arahnya pula.. enjin motor pantas dihidupkan dan dia pantas merempit meninggalkan Hariz.. huii takut woo pak cik tu ada tali pinggang hitam dalam taekwondo kut!

Hariz tergelak.. tahu pulak takut hang noh To'kie.

....

Ezzah senyap-senyap masuk ke dapur, takut Opah sedar kehadirannya. Mana tak takut bila dah TERbangun lewat di rumah Opah ni.. tapi kalau ikut kan selalunya, ni kira awal la dia bangun ni. Pukul 9 pagi.. boleh masuk Hari Ini Dalam Sejarah kut.. Yella kalau kat rumah, jangan haraplah nak bangun awal macam ni. Tak ada maknanya.. tidur itu lagi penting. Ngeee.

"Baru bangun, Ezzah Hani?" suara Opah menyapa. Tak sempat pun Ezzah duduk di kerusi meja makan.

Ezzah tepuk dahi. Sia-sia plan.. ingatkan Opah duduk kat luar. Heee.

Ezzah pandang belakang.. mengadap opah sambil buat gesture tayang gigi. Tangan diangkat. Bendera putih!

"Sorry."

"Padan muka!" Ezzaq mencelah tiba-tiba.

Ezzah menunjukkan penumbuk ke arah Ezzaq yang sedang makan karipap di muka pintu.

"Yang si abang tu, awat dok tecegat makan kat situ.. awat rumah ni dah habih kerusi ka sampai dok buat perangai tak tentu arah makan berdiri ni."

Tudiaa, Opah dah bukak morning lecture dah..

HAHAHAHA. Serve you right, brader!

Ezzaq buat muka tader perasaan. Dia berjalan ke kerusi, kan nanti Opah sambung lecture sampai ke petang, susah.

"Ha yang dok buat muka tu apahal. Duduk, makan.."

Ezzah cepat-cepat duduk.. mee goreng disenduk ke dalam pinggan. Lapaq wooo pagi-pagi macam ni.. semalam mana sempat nak makan, dia tewas sebelum masanya. Tertidur sampai ke pagi ni.. heeee.

"Dhir mana?" Opah pelik. Selalunya di mana ada Ezzaq, di situ ada Dhir.. ni awat tiba-tiba Ezzaq saja yang  terpacak kat dapur pagi-pagi ni. Mana pulak perginya the other half tu?

"Sakit kepala katanya.. tadi dia muntah." Morning sickness, biasalah tu. Karipap di ambik lagi satu masuk ke mulut. Sedap la pulak karipap ni hari ni.. yummy. Sebelum sempat habis di mulut, tangannya rancak mengambil satu lagi.

Paaapppp.

Opah menjegilkan matanya. Cucu dia sorang ni selera apa? Makan tak berhenti!

"Auch awat?" kata Ezzaq bila Opah tiba-tiba memukul tangannya. Tangannya menggosokkan tangan sebelah yang dipukul Opah tadi..

"Sudah-sudah la tu makan. Pi tengok Dhir tu.. tolong yang mana patut.. picitkan kepala ke, urutkan kaki ke, apa-apalah.. Ni ada ka dia pulak elok makan kat sini.. kesian Hadhira tahu? Ish budak bertuah ni... ni karipap ni Opah buatkan untuk Dhir, dia yang nak makan semalam.. alih-alih kamu yang nak perabih kan.."

Ezzah pecah perut melihat muka semberut abangnya. Baru dia tahu langit tinggi ka rendah, dulu sikit punya eksyen kata Opah sayangkan dia sorang. HAHAHA.

"Nasib la abang.. Opah dah tak sayang abang dah."

Ezzaq menarik hujung rambut Ezzah yang diikat ekor kuda itu. Geram sungguh dengan adik seorang ni. Heeeee.

"Kak Dhir sayang abang pun dah cukup.."

"Uweeeeeeekkkkkk." sungguh la sejak kawen ni Abang dia seorang ni dah jadi mat bunga.. berbunga-bunga ayat dia. Meremang anak tekak!

"Sudah.. gaduh je kerja kamu berdua ni. Tak larat Opah dengaq tau dak! Ezzaq, nanti tak payah la kamu pergi rumah Mak Tom tu. Jaga ja Dhir kat rumah.."

"Ezzah, makan laju sikit.. sat gi siap. Teman Opah pi rumah Mak Tom.. pakai baju sopan-sopan. Baju kurung ka jubah ka. Tak mahu Opah tengok pakai baju style semalam.. gerun! Apa orang kata tengok pakai macam tu, serupa tak cukup kain ja.."

Ezzah tepuk dahi. Allaaaaa.. baru ja nak duduk main-main kat belakang rumah Opah hari ni. Kenduri? Nightmare.. Tak sukalah! Baju kurung? Ah, tu disaster namanya!!

Ezzaq ketawa berdekah-dekah. HAHAHAHA. Bukan dia tak tahu yang adiknya ni ialah manusia yang paling liat nak pergi kenduri.. punyalah seksa Mama dengan Papa kalau nak paksa dia ikut ke kenduri..

Sorry la adik sayang, bila puan besaq dah bagi command, I can do nothing.

But wait, Ezzah Hani in Baju Kurung? Di kampung? Sounds interesting,.

Sekali lagi Ezzaq ketawa.. muka cemberut Ezzah di hadapannya dia tak ambil peduli. HAHAHA.

..............

p/s: Yeaaah the girl. Finally. Adik Ezzaq sebenarnya.. ramai jugak yang teka tapi seorang je teka adik Ezzaq kan? Sweetstalker, memang terror ah! Hint tu kat mata kan? Saya letak tu sebab nak kunun-kununya tunjuk similarity adik beradek la.. Ezzaq kan ada smiling eyes, maka kiranya itu adalah gene in the family la. Heee..

You Might Also Like

5 comments

  1. haha...bezz2...adik ezzaq yer...cm dh agak dh...hehe

    ReplyDelete
  2. hahahhaa..so xkn x hadiah??ceq teka bethoi 2 hahaha..kasi adiah n3 super kaw2 dh la hihi..best gak ketegaq sm ketegaq jd couple ni ED =)

    ReplyDelete
  3. ezzaah kna ikut oppaaahhh huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay yeay yeay padan muka Ezzah~!

      Delete