Bencisayang 7

13:01

Haikal terus mencampakkan remote control di atas sofa bila dia mendengar deruman enjin dari luar rumah itu. Dah setengah jam dia tunggu kelibat abangnya pulang dari kedai, tapi harapan la. Lambat benar. Selalunya tak sampai 15 minit, abang dia dah sampai tapi hari ni lain pulak, tersasar 15 minit dari selalunya. Entah-entah stok habis kut kat kedai Pak Abu tu sampaikan abang terpaksa ke kedai Che Saleha, hujung kampung tu?

"Abang, mana abang pergi.. Lambat sangat.." tanpa salam, greetings dan sekitarnya Haikal terus menyerang.

Mulutnya yang tadi lancar menyerang terhenti bila melihat abangnya yang dah basah kuyup dengan.. telur? Bau hamis telur dah mula mencucuk ke rongga hidungnya.

"Ya Allah! Pasaipa ni? Kena langgaq dengan lori teloq Ah Chu ka? Tak pun accident langgaq reban ayam Pak Man? Atau pun..." dia memberhentikan soalannya bila melihat mata mencerun Hariz tu.

Terus dia tersengih monkey, Hariz kalau dah masuk mood seriuslistik memang dah tak boleh nak usik sikit. Hati kayu, keras macam kayu la.

"Nah. Bagi ni kat Ibu. Abang nak masuk mandi dulu.. melekit!" kata Hariz lalu memberikan plastik-plastik yang berisi barang dapur itu kepada Haikal. Bau telur di badannya ni menyebabkan dia tak selesa..

Haikal mengangguk. "Elok sangat la tu, itu yang Carl rasa paling sesuai sekali buat masa ni."

"Helmet tu buang je la. Nanti abang ganti baru." beritahu Hariz kepada Haikal.

Haikal terus mengambil helmet yang diletakkan di atas motor itu, helmet kesayangan aku ni abang suruh buang? Mana boleh, helmet ni la dia kumpul duit pelan-pelan beli masa sekolah dulu, dah lebih kurang tahap 'inseperable' dah ni.. mana mungkin dia ada hati nak campak masuk tong sampah.

Nehi. Never..

Tapi bila melihat warna kuning, dan lendir telur di dalamnya menyebabkan dia ternganga. Backspace balik apa yang dia kata tadi.. memang kena campak masuk dalam tong sampah walaupun hati sengsara.

Fikirannya dah mula mendapat kepingan terakhir jigsaw puzzlenya tadi.  Ada orang yang meletakkan telur ke dalam helmetnya untuk mengenakan abangnya? Tapi siapa? Abang sikit punya baik, mana nak ada musuh kat kampung ni.. kan?

"Abang! Hari ni bukan birthday abang kan?"

Hariz memberhentikan langkah, memandang Carl yang sedang tersengih monkey di belakangnya.

"Hari ni 18-10 kan? Bukan 18-9, nak kata birthday prank tak juga. Kalau ye pun nak buat birthday prank kat abang.. acilah panggil Carl. Bukan senang nak kenakan Hariz Iman ni... memang hebat la orang n.."

Kedepaappp. Kasut selipar biru terkena pinggang Haikal.

"Mulut tu baik-baik sikit. This is the first and the last time for her.. tengok nanti abang nak buat apa. Never tickle a sleeping dragon, never. Ingat tu." kata Hariz lalu masuk ke dalam rumah, dia perlu mandi.

Her? Haikal bermonolog sendiri..

Her = perempuan.

Wowwwww, Haikal Iman terus tabik spring la kepada 'her' yang berani gila tickle a sleeping dragon! Kalau Hogwarts tu wujud, sah-sah boleh ganti Harry Potter.

Haikal tersenyum girang.. tapi senyuman itu terbantut bila melihat helmet kesayangannya yang dah berisi telur itu. Dia melepaskan keluhan..

Sampai sini saja lah jodoh kita, ya helmet?

....

"Ni awat dok renyih sorang-sorang ni?" tanya Opah bila melihat cucunya yang sedang tersenyum tadi. Matanya menkleing ke arah skrin laptop putih tu. Kosong, hanya paparan gambar Ezzah sekeluarga ketika hari raya lepas. Takkan tengok gambar pun boleh senyum kut?

Ezzah berpaling ke arah Opah. Tak sedar entah bila Opah dah berdiri kat sebelah.

"Apa dia Opah?" tanya Ezzah. Dia kurang dengar tadi, fokusnya hanyalah kepada ekspresi muka 'Monster' yang dah mandi dengan telur tu. Epic! Sepatutnya tadi tangkap je gambar, buat wallpaper.. boleh hilangkan stress buat FYP ni.

"Eee,, Opah cakap dia buat tak dengaq pulak. Tu tak lain tak bukan, dok berangan la tu."

"Mana ada Opah.. berangan buat apa? Hurmm Opah nak minta Ezzah tolong apa-apa ka?" tanya Ezzah. Pelik bila Opah terpacak di ruang tamu ni, selalunya waktu sekarang ni Opah sibuk dok ketang ketung kuali kat dapur tu.

"Ya Allah lupa plak Opah.. ni haa.. mana telur yang Opah pesan tadi?"

Telur?

Memori sejam yang lepas bermain di kepala. HAHAHAA. Ezzah tersengih lagi, first time buat prank kat orang macam tu. Berjaya jugak ye.. ish rugi sungguh tak record kan!

"Ha tu dia. Dia sengih lagi.." tangan Opah dah mengetam Ezzah.

Auchhhh. Back to reality, Ezzah Hani.

"Telur ye Opah? Eerrr.. habis kut." ye habis atas kepala lelaki tu.

"Habis? Aikk tak pernah Opah dengar telur habis stock.."

"Sekarang Opah dah dengar la.." muka menunjukkan muka serius. Biar Opah percaya sikit..

"Hurmm.. tak pa la.  Ha kamu tu siapkan kerja kamu tu. Jangan dok renyih tak bertempat je. Entah ingat siapa entah, kalau dah ada yang suka tu, kawen je.. tak yah dok renyih sorang-sorang. Tak elok." kata Opah lalu menghilangkan diri ke dapur.

Ezzah menggelengkan kepala. Kawen? Opah ni dah masuk pakatan Mama sungguh.. yellah sejak abang Ezzaq dah berbahagia ni, Mama memang rajin sungguh nak matchmaking dia dengan Along. Along tu kira orait la nak matchmaking, tapi aku ni? Sweet 22 lagi ni.. belajar pun tak habis lagi ni. Tak nak la. Tak sesuwaiiiii, kak Engku kata.

....

"Carl kata Hariz mandi telur?" Ibu bertanya ketika mereka menjamah tengah hari tu.

Hariz memberhentikan suapan. Matanya mencerun ke arah Haikal yang sedang melahap di hadapannya itu. Rasa nak sekeh je kepala adik bongsu dia tu. Mulut tak reti jaga, kasi cabai baru padan dengan muka tu.

"Perempuan, Ibu. Pelik tak Ibu? Mana ada perempuan berani kacau abang ni Ibu.. selalunya diorang gedik lemah lembut je depan abang ni.. baling telur? Whooshhh Carl rasa nak buat dia kakak ipar la Ibu, senang sikit abang kena 'jaga' kan Ibu.." kata Carl bila abangnya hanya berdiam diri, tak menjawab soalan Ibu. Lagipun Ibu ada di sini, mana Hariz berani kacau.

"Perempuan?"

Hariz mengangguk. Tak kuasa nak berahsia.

"Siapa nama cucu Opah tu Ibu?"

"Cucu? Adik Ezzaq tu?"

Hariz mengangguk.

"Ezzah Hani,. dia tengah cuti semester sekarang ni. Datang temankan Opah dia di kampung. Kenapa? Dia ke yang baling telur kat kamu tu?"

Hariz tak menjawab. Nasi ditelannya lagi.. Ezzah Hani.

"Padan la. Hari tu kamu marahkan dia depan orang ramai. Sekarang dia balas balik. Sudah-sudahla tu takyah dok dendam sangat. Lagi rosak hati kamu tu nanti."

"Nak suruh Hariz baik-baik la dengan diorang Ibu?" tanya Hariz, sebal. Kenapa semua nak masuk side belah sana?

Ibu hanya mendiamkan diri. Kalau boleh memang dia nak Hariz berbaik-baik semula dengan keluarga Opah tu.. macam dulu.

"Kalau macam tu..." Hariz memberhentikan ayatnya.. pastikah dia dengan kata-kata yang bakal dikeluarkannya itu.

Dia menarik nafas.

"Apa kata.. ibu pinangkan je perempuan tu untuk Hariz. So puas la hati semua orang kan.. bukan setakat baik je, Ibu.. Family, more than anything..." kata Hariz lalu mengangkat pinggannya ke sinki dan berlalu keluar. Dia pasti kata-katanya itu bakal mengejutkan seluruh penjuru kampung. Dia terus berlalu ke Hilux-nya dan bergerak keluar dari rumah.

Next destination: kedai helmet.

Sementara itu di rumah, Ibu memandang Carl yang dah terlopong sambil meminta penjelasan dari anak bongsunya itu. Carl hanya memandang Ibu yang memandang ke arahnya.  Kedua-duanya seakan-akan tak pasti kejelasan pada ayat terakhir Hariz tu.

Pinang?

Carl menggaru kepalanya yang tak gatal. Abang ni dah kena sampuk hantu telur ke apa?

............

Happy reading, guys. Saya tahu drastik sangat Hariz ni tapi I dont know, tulis tanpa fikir.. macam ni la jadinya. My bad, jangan marah eh.

You Might Also Like

14 comments

  1. uhuuuu..
    i like it when ketenangan hariz sudah dikacau. haha.
    n u know what, when hariz the one yang cakap pasal peminangan, sungguhlah buat org mulut terlopong. but, sukeeeeeeee....

    ReplyDelete
  2. lama dah tak komen. hehe.

    memang drastik pun. tapi nak tengok juga how their relationship will flow. =)

    ReplyDelete
  3. I like it.... Hariz dan Ezzah bersama....
    kecoh satu kampung kan...hehehe

    ReplyDelete
  4. @keSENGALan teserlah: anda sangat notty sebab suka hariz diganggu.. kehkehkeh.. for sure la orang kampung terlopong.. dua-dua spesies degil!

    @Hajar: drastikan? mula2 rasa was2 nak publish tapi alang2 dah tulis kan.. heheh The flow? Hheheeh.. meh kita tunggu dan lihat. XDD

    @sue: satu kampung kecoh? agaknya Ezzah kecoh tak? HAHAHA.

    ReplyDelete
  5. haha,,2 dia..wooden heart dh gatai nak pinang awek notie:) ceq suka,,sempoi ni,,bru la best wooden heart bertemu gn awek notie xcukp sifat matang hahahaha..next2 :))

    ReplyDelete
  6. yeah that how i like itss....weeeh sweet sangatttt...:)

    ReplyDelete
  7. piangkan aje tuk hariz tu ibu..
    kan senang..
    benci..lelama sayang la..

    ReplyDelete
  8. yeah!!! setuju je ngn cadangan hariz tu..buku bertemu ruas..br best....cant wait to next chapter...hehe

    ReplyDelete
  9. ..never tickle de sleeping dragon,ermmmz...waaa,takoooot!

    ReplyDelete
  10. Harry Potter! Moto hogwarts school. ;)

    ReplyDelete
  11. best ...
    next plz....

    ReplyDelete
  12. hahahahaha...
    xtau nak ckp apa...
    lucu la diorang...

    hehehehehe... terbaik~~~
    nak lagi3...please...^^

    ReplyDelete