Bencisayang 5

23:45

"Opah.. lapar..." Ezzah bersuara manja.. taktik nak minta makanan la katakan. Huuuu. Perut dah berkeroncong dari pukul enam tadi. Krok krekkk..

Opah memberhentikan kerjanya bila mendengar suara cucu perempuannya itu. Kening dinaikkan sebelah. Mata dihalakan ke arah jam dinding, pukul 7.03 pagi. Awal lagi ni untuk standard seorang Ezzah Hani. Yela selalunya sikit punya susah nak dikejutkan bangun pagi. Ni mimpi buruk apa ni sampai 7 pagi dah terpacak (siap dah elok mandi semua) dekat dapur ni?

"Awal bangun?" 

Ezzah buat gesture tayang gigi. "Lapaq!" bunyi 'Q' itu ditekannya. Kata di Kedah sekarang..

Opah menggeleng kepala. Padan la..

"Ni Opah tengah kupas telur-telur ni, lepas siap bolehla makan. Panggilkan abang sekali. Dia dah la nak bertolak balik KL dah pagi ni,"

Ezzah mengangguk. Tangannya mencapai karipap di atas meja.. 

"Abang tu sah-sah dah bangun.."

"Panggil je la.. tak susah pun kan?" kata Opah. Geleng kepala dengan perangai malas cucu perempuan dia ni. Lemak sangat, dah biasa hidup senang dengan ada orang gaji di rumah.

"Okay.... ABAAAAANGGGGGGGG! Opah panggil breakfasssssttttt!!" jeritnya dari dapur. Malas la nak pergi naik atas ketuk pintu diorang.. lagipun karipap buatan Opah ni lagi menarik berjuta-juta kali dari abangnya.

Opah membulatkan matanya. Hampir terlompat keluar jantung dia mendengar jeritan cucu perempuannya ni. Suara sikit punya tinggi, tak padan dengan perempuan. Mana la pergi nilai-nilai kelembutan dalam diri Ezzah Hani ni?

"Ya Allah, volume tu.. cuba jadi perempuan sedikit."

Ezzah pandang dirinya atas bawah. Perempuan la ni kan? Ada serupa lelaki ke?

"Ezzah memang perempuan la Opah. Rambut panjang, walaupun takat bahu tapi tadaklah boyish sangat kan? Seluar jeans ni okay la kan.. blouse pun macam perempuan, ada cutting.. mana tak perempuan lagi ni Opah oiii."

"Perempuan yang betul perempuan.. mana ada perempuan jerit pagi-pagi macam ni?"

"Ada je Opah.. cuba tengok dalam drama melayu. Mak-mak tu jerit sebab kejutkan anak dia pergi sekolah. Ezzah pun samalah, kejutkan abang.."

"Ada je kamu kan? Nasib baik dah 21 tahun, kalau tak Opah rotan je. Menjawab sangat.. Aii geramm!"

Ezzah buat gesture tayang gigi. Dia sebenarnya tak takut pun dengan ugutan Opah tu.. Opah cakap je lebih, buatnya tidak. HAHAHAHA.

"Tu apasal sengih sorang-sorang tu. Mai sini tolong Opah angkatkan ni ke meja makan. Ni tahu makan je kerja.."

Ezzah bangun.. malas. Lebih baik ikut je, kang nanti bila Opah dah bukak role lecturer pagi-pagi ni gamaknya terpaksalah dia tadah telinga dengar kuliah subuh. Di saat dia melihat sambal di dalam kuali, terus matanya dibulatkan. Nasi lemak kegemaran? Huhuhu.. terus dia menelan air liur.

"Nasi lemak ya Opah? Ni yang buat Ezzah sayang Opah lebih ni," terus Ezzah memeluk Opah dari belakang. Nasi lemak Opah is the best nasi lemak in the world tahu. Dah sama tahap dengan dadah, addictive wa cakap sama lu. Makan pagi, sat gi tengah hari boleh nak lagi..

"Dah tu abang jatuh nombor berapa?" Ezzaq menyampuk dari belakang.

Ezzah mencebir. Abang dia sorang ni kalau nak menyampuk, sekurang-kurangnya bagilah isyarat dulu.. ni main redah je. Hisshhh..

"Abang jatuh nombor belakang sekali! Bluwwweekkk," lidah dijelirkannya keluar.

"Okay, baru ingat nak cash-in satgi.. tak payahla kut ey." kata Ezzaq.

Cash-in? Duit?? Mata Ezzah dibulatkan.. duitlistik sungguh. Kepalanya dah nampak bayang-bayang shopping mall di KL.

Ezzaq buat muka toya. Kerusi di hadapannya ditarik keluar.

"Abang nak minum?" Ezzah tersengih disebelah Ezzaq. Mangkuk sambal diletakkan di atas meja.

Ezzaq tersenyum.. "Aikkkk,"

"Abang suka Horlicks kan? Siaaaapppppp." Ezzah tersenyum. Tangannya menunjukkan isyarat 'Okay'.

Ezzaq dah ketawa. Faham sangat dengan perangai adik terchenta dia ni.. duitlistik!

Opah mengikut sekali ketawa.. Ezzah tersenyum berjuta lagi baik daripada Ezzah yang menangis semalam.

....

Ezzaq menutup boot keretanya. Semua barang sudah dimasukkan ke dalam kereta. Kepalanya memikirkan kut-kut ada lagi barang yang tertinggal. Kang nanti susah pulak nak berpatah balik, Kedah-Kuala Lumpur bukannya dekat.. ambik masa jugak nanti kalau kut ada apa-apa yang tertinggal.

"Dah habis? Pisang yang Opah bagi dah ambik? Beg biru atas sofa tadi?"

Ezzaq mengangguk. Rasa-rasanya dah ambik semua.

"Dah kut Opah.. kang nanti tertinggal apa-apa Opah kirim je kat Ezzah."

Ezzah buat gesture tabik springnya.

"Kitorang balik dulu la Opah.. kang nanti sampai lewat pulak." kata Ezzaq. Tangannya terus disuakan kepada Opah.

Opah hanya mengangguk. Sebak pulak bila Ezzaq dah nak balik KL.

"Nanti-nanti datangla balik jenguk Opah.."

"Opah pun datang la rumah kitorang.." kata Hadhira. Dia suka bila Opah ada, duduk di kampung ni selama dua minggu pon dia dah cukup gembira.. sebabnya Opah ni rajin benar mengajar dia memasak. Tak sia-sia duduk bersama Opah, banyak benda yang dia belajar.

"Opah jaga diri elok-elok ye... ni Ezzah, jaga Opah elok-elok."

"Abang jangan risau.. lepas ni abang jumpa Opah, sah-sah Opah tembam.."

"Yella.. duit ya abang bagi tu share aa sikit dengan Opah.." kata Ezzaq. Takut wang yang dia beri kepada adiknya ni dibazirkan di tempat lain. Bukan tak tahu Ezzah ni kalau ada duit, sah-sah dia habiskan di pakaian atau kasut-kasut yang berjenama.. padahal kalau ikutkan ada ja barang yang berkualiti tinggi dari barang-barang yang tidak berjenama ni.

"No problemoooo.. abang tu jaga kak Dhir elok-elok. Tak sabar Ezzah nak tengok Hadhira junior!"

"Apa pulak Hadhira Jr.. Ezzaq Jr la.. abang rasa lelaki ni."

"Ezzah suka perempuan, so perempuan la!"

"Anak abang, abang tahu la. Lelaki it is.. and you know I always get what I want, dear." kata Ezzaq. Dan memang betul, dari kecik, apa yang dia nak, dia pastikan dia berkerja kuat untuk mendapatkannya.. kalau dia tak sekuat itu, dah tentulah si hoodies pink kat sebelah ni bukan miliknya sekarang.

Ezzah mencebir. Lidahnya dijelir keluar. Confident level seorang Ezzaq memang la sangat tinggi.. we'll wait and see, abang!

"Dah dah.. jangan gaduh. Tapikan kak Dhir pun nak lelaki. So he can be like his father, ada lesung pipit dengan mata smiling eyes ni." kata Hadhira. Ezzaq Jr.? Heee, sounds nice.

"Kak Dhir ni spoilkan abang sangat la.." Ezzah buat-buat merajuk.. tapi yang sebenarnya dia suka tengok abang dan kak iparnya. Sweet sangat!

Hadhira tersenyum. Antara dia dengan Ezzaq, Ezzaq la lagi banyak yang spoilkan dia.

"Abang rasakan abang tarik balik la.. abang nak perempuan. So she can be sweet macam mama dia.. with those sparkling big eyes. Macam dolls."

"Eeeee. Sweetness overloaded, boleh diabetes Ezzah!"

Ezzaq menjelirkan lidah. Suka sangat tengok adik perempuannya ni marah.. sah-sah jadi merah muka tu.

"Dah.. Kak Dhir balik dulu ni. Jom peluk jommmm!" kata Hadhira. Tangannya didepakan kepada Ezzah.. syoknya ada adik. Pengalaman yang selama ni dia tak dapat ada dalam hidupnya, akhirnya dapat juga merasa bila dah berkahwin dengan Ezzaq.

"I love you kak Dhir.."

"Love you loadddssssss. Jaga diri, jangan merajuk macam semalam.. tak cantik!"

"Dont worry about that. Ezzah dah ada solutionnya.." mata kirinya dikelipkan. I've got my own way.

Hadhira menaikkan kening.. apa yang Ezzah mahu buat ni?

"An eye for an eye, kak Dhir."

"And a tooth for a tooth.." sambung Hadhira.

"It's not good, Ezzah."

"I promise, I dont go over limit. Promise.." tangannya diangkat tanda berjanji.

"Okay but take care of yourself first.. and Opah."

"Baikkkkkk!"

"Apa yang korang sembangkan ni?" tanya Ezzaq. Dari tadi dia tengok Hadhira dan Ezzah asyik bersembang macam ada isu serius saja.. siap berangkat tangan berjanji.. apakah?

"Nothing. Hal orang perempuan.. sibuk je." kata Ezzah.

"Elleh.. dah lepas ni jaga Opah eh. Assignment jangan lupa buat."

"Baik tuanku. Titah tuanku patik junjung.."

"Opah, kami balik dulu." kata Ezzaq.

"Bawak kereta jangan laju-laju.." pesan Opah. Ezzaq hanya mengangguk. Ezzah hanya tersenyum melambai kakak iparnya.

Tak sabar dia nak menjalankan misinya..

.........................

Ya Allah, finally. Banyak benda.. commencement, hospitals, internet.. penat. Hahaha. Rindu saya tak? HAHAHA. Perasan sungguh.. but I did miss writing stuffs.. Wheee.

Thank you to those who waits.. this is for you. Alahai ayat! HAHA.


You Might Also Like

4 comments

  1. yeyay new n3..big tengs ^______________^kompom ler mengkume pn windhu wink2,pd ED =) pd ezzah&inche wooden heart LG LA KANGEN BANGET:)

    ReplyDelete
  2. wahh..ape agknyer ezzah nk buat..

    ReplyDelete
  3. xpa..bljr tu lg penting..

    suka ngan tis couple..
    ai..bekeje keras sungguh c abg nak dpt ezzaq jr ya..

    ReplyDelete
  4. @sweetstalker: Awwww, sweetstalker sangat sweet! Hehehee. Wooden heart? Love it.. saya guna nickname tu utk Hariz!

    @aisy: next chapter. :)

    @MaY_LiN: Yeappp study is my priority.. tapi dah habis dah! Hooorrayyyy.. graduated officially sudah minggu lepas. :)

    meh kita tgk dapat ezzaq jr ke hadhira jr.. hahaha.. :)

    ReplyDelete