Bencisayang 9

00:30

Ezzah meneruskan lukisan kanvasnya sambil tersenyum melihat keriuhan kanak-kanak yang sedang mandi-manda di sungai ni. Nice. Tempat yang sesuai sangat untuk orang yang tengah serabut kepala macam dia ni. Dan sebetulnya bila dia jejak saja kaki ke sungai ni, terus aura positif datang menyerap dirinya. Dah rasa okay sedikit sejak tiga hari lepas. Mana taknya sejak peristiwa Opah menyuarakan hasrat Hariz untuk meminangnya tu, terus dia rasa demam tikus. Sejuk je semedang, nak makan tak lalu. Nak tidur, tak terlena.. semuanya post-symptoms Inche Hariz la ni.. dia mengeluh.

"Wahhhhhh lawanya kakak ni lukis!"

Ezzah berpaling ke sebelah kanannya. Entah bila pulak budak ni duduk di sebelahnya.. Ezzah tersenyum ke arah remaja perempuan yang memakai baju biru itu.

"Aaah la weii.. cun gila.." sambung kawannya yang baru tiba di tempat Ezzah duduk itu.

"Korang pun boleh buat, perlukan praktis yang banyak je." skema Ezzah menjawab.

"Mana pulak kak.. tangan kami ni keraih, kaku. Kalau lukih sah-sah jadi katun.. tak nampak real macam akak lukih ni.."

Ezzah tersenyum kembang semangkuk.

"Tullah kita kena praktis.." sambung Ezzah. Betul apa, practice makes perfect. Kalau ada usaha, rajin sudah tentu boleh. Tak semuanya perlukan skill dan talent untuk pandai melukis.

Kedua remaja perempuan itu tersenyum. "Mana sempat kak.. lagipun mana kami mampu nak pi belajaq melukis."

Ezzah mengangguk. Betul jugak. Tak semua mampu nak pergi kelas melukis.

"Huhhh apa kata akak je yang ajaq kami melukih.. ni akak sikit punya terror..!"

Ezzah membulatkan mata, mengajar diorang melukis? Aiyooo, dia sendiri pun selalu ber-'imiginasi' bila masuk kelas dulu, ni nak mengajar adik-adik ni.

"Apa macam kak? Boleh?" tanya si baju merah pulak sambil berkelip-kelip mata.

Ezzah mengangguk. Hurmm.. bantai je la, lagipun ada juga kawan kat kampung ni. Tak ada pandang Opah 24/7.

"So korang ni nama apa?"

"Nama saya Aida, dan sebelah ni Widad.." kata Aida, si gadis berbaju biru itu.

"Nama akak Ezzah, cucu Opah.. kenal Opah?" tanya Ezzah.

"Mestilah kenal.. Opah tu baik tahu akak.. bertuah akak dapat Opah macam tu."

Ezzah mengangguk. Betul, tak dinafikan lagi Opah memang Opah terbaik dalam dunia dan sebab Opah terbaik dalam dunia lah dia jadi serba salah macam ni. To say yes dan dapat kawin free, or to say no dan biarkan Opah sedih.. ohhhhhhh.

"Jadi kak bila kelas kami nak start ni?" tanya Widad. Dia dah tak sabaq ni dah bermain dengan warna.

"Nah, ambik sorang satu kertas lukisan ni, dan pensel and start. Lukis je, nanti akak ajar macam mana nak rendering dan buat shades okay?"

Widad dan Aida terus tersenyum. Cepat-cepat mereka duduk di sebelah Ezzah dan mengambil kelengkapan melukis di dalam beg galas Ezzah.

"So korang ni memang dari kecil la eh duduk sini?"

Aida mengangguk. "Dari kecik kak.. tak keluaq-keluaq, sini la tempat bermain, melompat semua.."

"Betul.. sampai dah bosan tengok orang yang sama.. nasib baik akak datang, at least dapat la juga tengok muka baru kat sini.. dapat kelas free lagi. Thanks ya akak. Budi akak kami ingat sampai bila-bila.." sambung Widad. Tangannya dah mula melakar panorama di hadapannya.

"So kenal semua orang la?" tanya Ezzah.

Widad dan Aida hanya mengganguk dengan soalan Ezzah.

"So korang kenal la Hariz?"

Aida memberhentikan pergerakan tangannya. Dia memandang Ezzah dengan mata yang tersenyum, glowing.

"Kakak kenal abang Hariz?"

Ezzah menggeleng. Masakan dia kenal sedangkan dia baru je seminggu di sini.. lagipun hidupnya kan di rumah Opah saja. Dia pandang Opah, Opah pandang dia.

"Rugi." sambung Widad.

Ezzah angkat kening, tak faham. Apa ruginya kalau tak kenal Hariz ni?  "Kenapa dengan dia?"

Dan sekarang dua gadis itu memandang Ezzah dengan mata yang tersenyum.

"Kenapa? Kak, abang Hariz tu macam lelaki yang paling ganteeenggggg kat dunia ni." kata Widad. Perkataan ganteng itu ditekannya, dah macam sinetron negara seberang saja.

"Gantengggg?"

"Ye kak.. handsome, tinggi, putih, tegap cuma muka dia tu slack sikit.. garang.. tapi overall bagus~!" sambung Aida.

Ezzah mengangkat kening. Kenapa diorang ni macam describe si monster tu saja.. eh eh apasal keluar si Monster ni pulak dalam kepala!

"Dan dia baik jugak kak.. rajin pun ye jugak."

Ezzah mengangguk. Definitely bukan si Monster sebabnya si Monster tu M.O.N.S.T.E.R. Jahat!

"Tapi kan kakak apasal entah dia tak kawin-kawin sampai sekarang.. yellah umur dia dah panjang tapi entah apa yang ditunggunya.. tunggu bidadari datang kut." kata Widad.

Ezzah tersengih. So akulah si bidadari tu.. mungkin?

"Overall korang bagi dia berapa bintang."

"5 stars." kata Aida dan Widad serentak. Kedua-dua ibu jari mereka siap diangkat, kununnya terbaekkk la.

"So kalau dia datang pinang korang, korang terima?" Ezzah bertanya.

Mata Widad dan Aida bercahaya sambil tersenyum mengada. "Gatal!" kata Ezzah sambil mencubit kedua remaja itu.

"Sambung kerja.." kata Ezzah. Widad dan Aida hanya tersengih monkey lalu meneruskan lukisan mereka.

'5 stars?' Wowww dia ni Mr. Perfect ke apa sampai budak-budak sekolah pun dah jadi macam ni sebab dia. Siap macam artis, ada peminat bagai.. nasib baik tak ada fanclub je lagi. Kalau tak, satu hal pulak aku nak kena handle, yella takut kena serang dengan 'peminat-peminat'.

Eh Ezzah Hani, macam ye ye je awak nak bertunang dengan dia?

.....

Sementara itu di rumah Opah, Ezzaq sudah tiba dengan Hadhira petang itu.

"Assalamualaikum Opah." tangan wanita itu diraihnya, bersalaman. Hadhira turut berbuat demikian.

"Ezzah mana?" tanya Ezzaq bila mereka duduk di sofa.

"Keluar, dia cakap dia ada jumpa tempat untuk melukis." kata Opah. Ezzaq mengangguk, adik dia seorang ni memang artistik sikit, dan selalunya Ezzah akan melukis bila dia rasa gusar.

"Opah.. macam mana ceritanya ni? Ezzaq tak faham la. Penat dah Ezzaq cuba justify sikap Hariz ni tapi tak boleh jugak. Opah sendiri cakap dia dengan Ezzah asyik bergaduh, ni jadi macam ni pulak?"

"Bukan kamu je tak faham, Opah, cik Awa semua orang tak faham tapi cik Awa cakap Hariz sendiri yang cakap, suruh cik Awa pinangkan Ezzah.."

"Ezzaq tak suka, Ezzaq takut dia nak balas dendam kat Ezzaq je.."

"Tak baik tahu awak bersangka buruk dengan orang," sampuk Hadhira tiba-tiba.

"Awak, dia seriously betul-betul terluka bila.. Hazirah pergi.. dan sebabnya saya awak.. saya punca Hazirah mati.. dan Hazirah tu adik yang paling rapat dengan dia dan dia salahkan saya, sampai sekarang.. and tup tup dia nak kawen dengan adik saya, macam mana saya nak bersangka baik dengan dia?"

"Opah rasa apa yang Dhir cakap tu betul.. tak elok, lagipun Opah rasa Hariz tak jahat, tak kejam nak buat anak orang lain macam tu. Ezzaq sendiri kenal Hariz kan? Ezzaq kan rapat dengan dia dulu? Dia baik.." kata Opah.

"Kematian Hazirah dah matikan hati dia Opah.."

"Ezzaq, ni mungkin boleh baik-pulihkan hubungan kamu berdua.." sambung Opah lagi. Sejujurnya dia mahu saja terima pinangan Hariz untuk Ezzah tu.

"Tapi Ezzaq takut Opah.." muka Opah dipandang dalam.

"Awak... who knows? Ezzah mungkin orangnya yang dapat padamkan amarah Hariz pada awak.." kata Hadhira. Entah kenapa, nalurinya mengatakan Ya kepada persoalan Ezzah-Hariz ini.

Ezzaq memandang Opah dan Hadhira bersilih ganti. Sukar.

"Fine, biar Ezzah saja yang putuskan." berat Ezzaq menuturkan kesimpulannya.

.....

"Abang!!" jerit Ezzah bila melihat kereta Civic hitam itu parkir di hadapan rumah Opah. Terus dia berlari masuk ke dalam rumah mencari abangnya.

"Abang buat apa kat sini?"

Ezzaq mencebir. Orang sikit punya penat memandu dari KL-Kedah boleh soalan pertama keluar dari mulut adik kesayangan ni tanya buat apa? Tak tahu ke yang abang dia ni risau sungguh dengan adik dia?

"Kak Dhir sihat?" tanya Ezzah bila melihat Ezzaq mencebir.

"Sihat. Baby pun sihat.." kata Hadhira.

"Heee. Glad to hear that,"

"So abang buat apa sini?" tanya Ezzah lalu duduk di sebelah Hadhira.

"Sebab awaklah."

"Ezzah? Sihat je ni. I'm okay, inche doc."

"Pasal lain.." kata Ezzaq.

Ezzah hanya mengangguk. Dia faham sebenarnya maksud abang dia ni tapi sengaja. Nak bermanja-manja sekejap. Hohoho.

"So?" tanya Hadhira.

"Yes or No?" Ezzah menjawab dengan pertanyaan.

Dia tersenyum. Ketiga-tiga pasang mata itu sedang memandangnya.

"Yes..." kata Ezzah, perlahan tapi masih lagi kedengaran di corong telinga manusia-manusia di sekelilingnya.

You Might Also Like

9 comments

  1. yes....? ape la yg buatkan ezzah terima hariz....?
    cpt smbg ye....

    ReplyDelete
  2. because of 5 starss..lau dah kenal hariz yg betul berapa star entah..hehe
    anis

    ReplyDelete
  3. aaaaaaaaaa...
    yes yes yeesss..
    sukeeeee.

    ReplyDelete
  4. she said yes!
    cepatlah kawen but tamau la kasi kejam-kejam mcm dlm nvel lain tu please.. sian diorg nanti. tp kalau nak buat gaduh-gaduh manja takpa.. hehe

    ReplyDelete
  5. eh, adakah ezzah tak tau yang hariz adalah mamat 'cold hearted' tu?

    ReplyDelete
  6. Manalah tahu Ezzah boleh buat Hariz dan Ezzaq berbaik semula....
    tahu lah Hariz saja nak balas dendam kt Ezzaq .... x baik tau Hariz....

    ReplyDelete
  7. alololo..
    ramai peminat c hariz ni..
    peminat cilik..
    hikhikhik..

    sis..my lect said "practice make better..perfect belong to HIM"

    ReplyDelete
  8. semakin menarik citer nie...
    nk lg..nk lg...

    ReplyDelete
  9. @MaY_LiN: Thanks dear. You're absolutely right.. dah terbiasa dengan quotes tu *slaps self* :) we should change kan? teheee

    ReplyDelete