Poskad 13

09:00

KEDEBAMMM.
Ihsan menjeling. Kepala digelengkan dengan sikap budak-budak Sarah itu. Apa yang dia ingat pintu kereta tu dia punya ke? Dia ingat dia yang bayar roadtax,insurans sampai ada hak nak tutup pun gedegang macam tu. Adess. Ihsan menarik nafas. Cuba berlagak tenang.

Kunci dimasukkan dan enjin Neo dihidupkan. Aircond dipusing ke tahap maksima. Fuhhhh. Dia cuba menahan sabar. Dari masuk restoran tadi sampailah diorang keluar balik ni pun Sarah tetap dengan perangai emosinya yang entahapahapa tu.

“You sukalah ada secret admirer.”

Ihsan menghela nafas. Tengok, dia dah mula dah..

Ihsan memekakkan telinga. Berpura-pura tak dengar. Gear ditukar kepada reverse. Cermin tengah dipandangnya. Entah kenapa dia rasa nak cepat pulang. Cepat sampai uni, cepatlah dia hantar Sarah ni balik asrama. Cepat hantar Sarah, cepatlah dia bebas dari tuduhan yang tak berasas ni.

“I cakap dengan you ni, Ihsan.”

“Yeee I tahuuu. I kan tengah driving ni.” Bar level sabar dalam diri dah tinggal separuh. Kalau dihentam, diprotes juga, memang keluar radar berbahaya lepas ni.

“Geram okay I tengok perempuan tu. Ada hati dekat you.. dia tak tahu ke yang you dah ada girlfriend. Pastu berani lagi nak dekat dengan you. You pulak sukalah, ada orang suka, ada orang admire.”

“Entah-entah kawan dia yang kenakan dia.” Ihsan menjawab sepatah. Cukup syarat. Kalau dia diam membisu. Nanti lagi panjang leteran mak cik ni.

“Oh please. Nak prankkan kawan sendiri? To that extend? Banyak lagi prank yang ada. Baling tepung. Sorokkan kasut? Prank call? Kenapa boyfriend I jugak yang dia nak ambil?”

Ihsan diam. Dia menekan brek. Ada pulak kereta yang nak keluar. Sudah, dia terpaksa stuck nak tunggu turn keluar parking lot ni.

“You ni! I tengah cakap you buat bodoh pulak.”

“You nak suruh buat apa. I cakap you bantah balik. Baik I diam.” Suara dah mula bergetar. Sungguh dia tak faham apa kondisi perempuan ni sampai tahap tak betul macam ni?

“You nak marah I kenapa?”

Ihsan menggenggam stereng kereta. Matanya menjeling side mirror. Kereta Proton Saga di belakang masih lagi menyekat keretanya dari keluar. Brek tangan ditarik ke atas.

“Ahmad Redha Ihsan?”

Ihsan mengeluh. “Please. You diam kejap boleh? I nak drive ni.”

Sarah membulatkan mata. Tak pernah-pernah Ihsan bertindak sedemikian. Kalau selalunya kalau dia marah, berleter Ihsan akan tetap cool tapi malam ni? Dia suruh aku diam? Sebab perempuan tu?

“You suruh I diam? Sebab perempuan tu?” Suaranya ditinggikan.

Ihsan diam. Tak membalas. Akhirnya kereta Saga yang menyekat keretanya itu bergerak. Pantas tangannya menurunkan brek tangan. Pedal minyak ditekan. Tersentak ke depan Sarah yang tidak memakai tali pinggang keledar itu.

“Apasal you bawak kereta macam orang high ni?”

Ihsan tidak menjawab sebaliknya tangannya menekan butang ‘ON’ pada bahagian tengah dashboard. Sedetik kemudian lagu Better Comes Tomorrow nyanyian Alter Bridge memenuhi kereta Satria Neo putih itu.

Sarah mendengus. Geram bila diperlakukan macam tu. Dia memandang ke luar. Malas nak melayan. Kemudiannya, kereta Ihsan melintasi sekumpulan gadis yang sedang berjalan keluar dari restoran mereka tadi. Hatinya tiba-tiba menggelegak. Genggaman tangan dikejapkan.

Matanya difokuskan kepada gadis memakai tudung hitam corak bunga putih itu. Tersenyum suka. Gembira bergelak ketawa. That Ais girl! Bertambah bara di dalam hatinya.

“Ihsan, stop the car.”



MEREKA SAMA-SAMA ketawa bila mengingatkan memori-memori lucu selama tiga tahun mereka bersama. Dari tahun satu sampai tahun akhir, ada saja kisah-kisah menarik mereka kutip sepanjang tiga tahun itu.Sesungguhnya, moga-moga selepas tiga tahun akan datang ini pun mereka akan masih bersama-sama. Mencipta momen. Mengukir kisah.

Maisa tersenyum suka bila melihat senyuman yang terpampang di hadapannya. Alhamdulilah malam terakhirnya di universiti adalah malam yang terbaik dia pernah rasa.

“Hey perempuan!” Satu suara menegur mereka. Kasar. Seolah-olah tidak tahu apa itu adab sesama manusia.

Keempat-empat kepala itu berpaling serentak. Senyuman dan ketawa di wajah sudah bertukar segaris.

Tergamam.

Maisa memandang Mardia yang berdiri di sebelahnya. Sepertinya juga, Mardia sendiri pun kelihatan keliru.

Sarah mencebir. Geram pulak melihat perempuan yang tengah buat gaya innocent di hadapannya ini.

“I tengah cakap dengan you.” Kini dia sudah berdiri di hadapan Maisa. Sama paras. Mata ke mata. Hidung ke hidung.

“Ohh ye?” Hanya itu yang mampu Maisa katakan. Dia tak tahu asas punca kenapa Sarah yang dulunya manis, lemah lembut ini dah bertukar menjadi Sarah ‘Singa’ Betina.

“You buat-buat tak faham ey?”

Mardia dah menguis lengan Nab disebelahnya. Sudah terbau masalah besar akan mengundang!

Maisa hanya mampu menggeleng. Matanya dah mula menangkap mata-mata lain -- di dalam restoran, di tengah parkir kereta -- yang sedang memandang cerekarama minggu ini. Yang peliknya, bukan malam Sabtu macam selalu. Malam Selasa. Pukul 9.30 malam. Awal setengah jam dari waktu siaran.

Sarah tersenyum sinis. Pantas tangannya mengeluarkan poskad yang sememangnya sedia ada dalam beg tangannya. Poskad yang dia buang tapi dikutip balik oleh Ihsan. Poskad yang dia rampas dari tangan Ihsan kembali dua hari yang lepas itu. Lantas poskad itu dibaling ke muka Maisa yang buat-buat baik itu.

Maisa sempat menangkap. Matanya memandang tulisan di belakang poskad. Tulisan senget, ala-ala Jane Austen..
 
If I could say what I want to see
I want to see you go down
On one knee
Marry me today

Laju dia membaca poskad yang bertatahkan lirik lagu kegemaran dia tu. Masih kabur tentang apa yang menyebabkan kemunculan singa betina ini di hadapannya. Sampailah satu tahap bila matanya berhenti di hujung kanan bawah poskad itu.

Namanya… dan nombor telefonnya.

Terus pandangannya kembali kepada Sarah. “I.. er.. don’t know.”

Sumpah. Dia tak tahu apa-apa.

“So poskad tu tiba-tiba terbang, tup-tup sampai dekat boyfriend I?”

“I tatahu macam mana dia sampai tapi serius I tak tahu apa-apa.”

“Come on. I tahu sangatlah perempuan macam you ni. Desperate. Useless. Tahu nak ambik hak orang saja. You tahu tak tu boyfriend I..”

Maisa menghela nafas. Tuduhan singa betina ni sumpah tak berasas. Desperate? Wow. Sekarang siapa yang nampak desperate. Aku ke kau? Kesabaran yang ada padanya sudah mula menipis.

“Sarah, kita -- you and me -- dua-dua perempuan. Kita tak perlu nak bergaduh macam ni - in public. Malu.”

Mata Maisa menyoroti keadaan sekeliling. Sungguh. Ramai yang sedang memasang telinga, menonton drama tengah malam mereka ini.

“Kau tahu pulak malu? Masa kau hantar kad tu kau tak malu?”

“I tak tahu apa-apa pasal tu.” Maisa mengulang sekali. Tegas. Sememangnya dia tidak tahu apa-apa!

“Sarah.. I rasa.. Okay. I minta maaf. I tak akan kacau apa-apa hak… barang you. Okay. I’m sorry.”

Kadang-kadang tu kita kena step down dulu kut untuk membetulkan perkara. Tambah-tambah lagi bila pihak yang satu lagi tak dapat berfikir secara rasional macam ni. Biarlah dia yang mengundur diri dulu hari ni.

“Jom balik.” Maisa memanggil kawan-kawannya yang hanya berdiam diri itu. Kalau dilayankan angin pus-pus perempuan ni habis buruk nama perempuan. Lagipun dia sendiri sedar tentang kesabarannya mula menipis. Dia takut kalau nanti dia terlepas kata.

“Hey you nak pergi mana. We’re not done yet.” Tangan Maisa direntap Sarah.  “You ingat kalau you say sorry, things will changela?” Sarah menyambung.

“Please. Please. I tak nak gaduh dengan you okay.” Maisa cuba mengumpul udara. Cuba untuk bernafas.

“I’m out of this.” Tangan ditarik balik.

“No way.” Sarah menarik lengannya balik. Dia belum habis berbicara lagi.

Maisa merentap tangannya. Matanya memandang perempuan di hadapannya. “Don’t you ever touch me.” Keras dia menuturkan.

“Berani ye kau tinggikan suara dengan aku.” Sarah menjerit. Dari I-You sudah bertukar aku-engkau.

“Kalau kau kata aku desperate. Useless. You’re more than that..” Maisa menjawab. Riaknya masih biasa tapi ayat yang dikeluarkannya, sudah kelihatan luar biasa. Ini bukan gaya Maisa yang selalunya.

Mardia menarik tangan Maisa pergi. Hatinya merasakan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. “Jom. Kau jangan layan dia.” Mardia berbisik. Maisa mengangguk dan berpaling ke arah kereta kancil kakk Fatin. Kak Fatin cepat-cepat menekan remote kereta…

Tapi sebelum sempat Maisa masuk ke tempat duduk belakang. Bahunya direntap dari belakang. Sarah sudah mengangkat tangannya di udara. Mahu memberi ‘hadiah’ pada ayat-ayat Maisa tadi tetapi sebelum sempat tangan itu melayang…

“Sarah!”

Kesemua mereka berpaling ke arah suara serak-serak basah itu.

Ahmad Redha Ihsan.

Ihsan berjalan ke arah Sarah. Nasib baik dia sempat datang. Mana tidaknya, dari jauh dia melihat perbalahan dua orang itu. Nak ditinggalkan kereta di tengah-tengah jalan keluar parking lot itu pula tak boleh. Maka terpaksa berpusing dan memakir jauh dari tempat mereka tadi.

“Apa yang you buat ni, Sarah? Malu I macam ni. Turunkan tangan you.” Ihsan berbisik keras di telinga Sarah. Malu dia melihat teman wanita sendiri yang berperangai macam orang tak berpelajaran itu.

Lambat-lambat Sarah turunkan tangannya. “Tapi..”

“I dengan dia is nothing. Tak ada apa-apa. Tak akan ada apa-apa. FAHAM?”

“But…”

“Please Sarah. You tak faham lagi ke dengan ayat I. NOTHING!” Tangan Sarah ditariknya ke kereta. Tanpa memandang ke belakang, tanpa berpaling melihat tetamu yang menonton drama, Ihsan menekan pedal minyak. Laju dia meninggalkan kawasan restoran itu.



“I DENGAN DIA IS nothing. Tak ada apa-apa. Tak akan ada apa-apa. FAHAM?”

Pipinya terasa panas. Macam terkena tamparan realiti bila mendengar ayat itu.

Tak AKAN ada apa-apa.

Entah kenapa dia lebih mahukan penampar Sarah tu dari mendengar empat perkataan Ihsan itu. Sebab baginya penampar Sarah, sakitnya cuma seketika, hanya fizikal dan akan pulih esok lusa tetapi ayat-ayat Ihsan tadi, sakitnya itu mendalam, terus terkena hatinya.

Walaupun sebelum ni dia selalu memberitahu diri yang Ihsan bukanlah orang yang sesuai, pantas untuk Nurmaisa tetapi bila masuk bab tentang hati, tentang perasaan. Siapa kita yang dapat mengawalnya. Ianya datang tanpa dipinta-pinta…

Sudah banyak kali dia memberitahu diri tetap masih harapan itu tetap ada. Tak banyak, sedikit… Tapi yang pastinya, dalam sekecil-kecil, sedikit-dikit harapan itu masih tetap mampu membuatkannya terkedu macam ni. Terluka macam ni. Seolah-olah bagaikan beribu-ribu jarum dicucuk serentak ke badannya, ke hatinya.

It stings. Hurts. So much.

Kelopak mata mula merasa perit. Panas.


------------------------------------------

Here you are; the last version of Poskad in the blog, I think.
Sorry, sorry, sorry (asyik sorry je kan minah ni!) and let it says Ais + Sun tader happy ending, for now. :)
Terima kasih pada yang komen, dan mengikuti blog yang entah apa-apa ni.
InshaALLAH akan ada berita baik untuk awak-awak-awak-awak soon.
Teruskan berdoa kerana Allah suka bila kita menadah tangan dan berdoa kepadanya.



You Might Also Like

6 comments

  1. laa....sambung la ckt lg

    ReplyDelete
  2. edinnnnnnn
    jgn lupa smbg ye
    smbg kt manuskrip ya
    pastikan hepi ending
    :( feel sad when red say that..
    mencik la ngan red ni
    cian maisa :(

    ReplyDelete
  3. che' E..sambung la lagi..citer awk superb! seriously

    ReplyDelete
  4. Sian Ais!!! Tak pepasal prank kwn2x dia bt dia tluka. Hope kwn dia ambik iktibar. Bab hati & perasaan ni jgn dbt main. Kn tolak mmg rasa sakit. Tp we know Red not mean that Ais is nothing. Just he do not want the thing become bigger. So, it the best conclusion for him to put push stop. After this, Sarah will be confirm being left by Ihsan. Ihsan already reach his limit. Hope he will looking for Ais after this. I think so even it was my oppinion. hehehe... :D

    ReplyDelete
  5. sedih tengok Ais kan.... x pa kita tengok nanti siapa yang tercari-cari bila Ais telah hilang dari mata... perempuan yang macam sara tu x boleh dijadikan gf sebab otak dia mereng sikit.... jagalah marauh awak sebagai kaum wanita... sbb seorg lelaki sanggup malukan diri sendiri...

    ReplyDelete
  6. this is sad. nak nages la cani

    ReplyDelete