Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 1
Posted on Sunday 11 September 2011
@ September 11, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Betul ni kamu tak nak pergi?" tanya Puan Awa kepada Hariz yang sedang duduk elok mengadap TV. Tangannya sibuk membetulkan brooch di tudungnya. Opah Cik ada buat kenduri doa selamat sikit.. dan dijemputnya mereka sekeluarga tapi yang masalahnya sekarang ni ialah si anak terunanya yang degil ni.. berdendam tak pernah habis.

"Betul ni?" tanyanya lagi.

Hariz menggelengkan kepala, tangannya rancak menukar channel di TV.  Dari TV1 ke TV2 ke TV3 dan seterusnya sampailah ibu stop tanya soalan luar skema jawapan tu. Dah terang lagi bersuluh yang Iman Hariz Ahmad Danial ni tak akan sekali-kali ke rumah hujung kampung itu. Tak akan. Tak kehingin pun dia nak jejak kaki ke rumah yang dia dah blacklist 10 tahun lepas tu.

Haikal menggelengkan kepala. Tak faham dengan perangai abang sendiri. Dia sendiri tak tahu kenapa abang dia ni tak suka sangat dengan keluarga Opah Cik.. dia tengok Opah tu sikit punya baik. Kadang-kadang tu, rajin jugak dia menayang muka di rumah Opah, alasannya dapat makanan free. HAHAHA. Opah ni memang terror la bab-bab memasak. Terkenal, champion seluruh kampung.. semua makanan Opah pandai masakkan. Ibu sendiri cakap, dia salute dengan Opah bila bab-bab makanan ni. Surrender. *angkat tangan* tapi entah mana silap Opah, Hariz tak pernah suka bila bab keluarga Opah masuk dalam perbualan mereka sekeluarga.

"Dah la ibu.. macam cakap dengan batu je bila cakap dengan abang ni. Jom ibu.. biar Carl je yang bawak ibu pergi." kata Haikal. Tangannya mengambil kunci motosikal di tempat gantung kunci itu lalu bergerak ke muka pintu.. tak kuasa nak melayan perangai-ntah-apa-apa Hariz ni.

Puan Awa menggelengkan kepala. Keras sungguh hati Hariz ni.

"Ibu dah buatkan kari kepala ikan.. nanti panaskan sendiri."

Hariz mengangguk. Remote ditekan-tekan lagi.. main tukar-tukar channel pun best apa. Sebenarnya tak da rancangan menarik pun di TV, ini semuanya kunun-kunun nak mengaburi mata ibu la. Kalau dia duduk berhadapan dengan ibu, pandang dalam-dalam mata ibu tu, sah-sah hati yang keras ni boleh jadi lembut jugak..

"Ibu pergi dulu."

Pintu rumah ditutup dan tak lama kemudian dia mendengar bunyi deruman enjin... dan hilang selepas beberapa ketika.

"Maafkan Hariz, ibu."

....

"Hariz mana? Tak nampak pun? Tak datang?" tanya Opah kepada Puan Awa yang sedang membantunya mengangkat pinggan-pinggan kotor ke sinki. Dari tadi dia cuba mencari bayang anak lelaki sulung Awa itu tapi harapan la.. tak pernah nampak batang hidung. Tapi lain pulak kalau kenduri di rumah orang lain, rajin je anak muda itu menolong.

Puan Awa buat gesture tayang gigi. Senyum plastik.. malu dengan sikap anak sendiri.

"Bukan dia cuti ke sekarang ni?" tanya Opah lagi., baru semalam dia dengar dari Mail yang Hariz yang bekerja sebagai Jurutera Perkapalan itu dah balik ke kampung sejak seminggu yang lalu..

"Dia marah lagi ye Awa?" tembak Opah. Kisah sepuluh tahun datang membuka kotak ingatan kembali.. muka Hariz memarahi Ezzaq yang ketika itu baru saja sedar dari koma bermain kembali. Marah lagi dia ya.. desis hati Opah.

"Hariz.. Irah mana?" soalan itu yang keluar dari mulut Ezzaq bila dia sedar 10 tahun lepas. Opah memeluk cucunya itu.. dia tak tahu apa yang dia nak lakukan masa tu. Sedihnya bertimpa-timpa.. 

"She's gone.. sebab kau. Lepas ni hubungan kita putus.. sampai bila-bila." 

Itulah kata-kata terakhir daripada Hariz.. dan siapa sangka yang Hariz benar-benar maksudkan apa yang dia katakan 10 tahun dahulu. Sampai bila-bila...

"Kan Awa?"

Puan Awa senyum plastik lagi. Nak berdalih, tak mungkin. Dah terang-terang Hariz tunjukkan.. dan mengiyakan pulak, dia tak boleh menipu wanita yang jauh lebih berpengalaman daripadanya ni.

"Cik mintak maaf sangat kat hampa sekeluarga. Pasal Ezzaq, Hazirah meninggal dalam accident tu." kata Opah. Sungguh kalau dia ada kuasa, dia sendiri boleh gantikan tempat Hazirah malam tu tapi itu semuanya ketentuan-Nya. Dia yang lemah ni tak mampu nak menghalang takdir..

"Cik, Ezzaq ka, Hariz ka tak bersalah.. tak ada sapa pon yang bersalah. Itu semuanya Qada' dan Qadar, kita ni yang kena kuat tapi Cik, Awa sendiri dah banyak kali nasihatkan Hariz tapi satu hapa pun dia tak nak dengar. Dia butakan hati dia Cik.. Cik tunggulah.. insyaALLAH nanti dia bukak hati. Doakan dia ya Cik.."

Opah mengangguk. Dia sayangkan Hariz macam dia sayangkan Ezzaq... dan bila melihat kedua-duanya yang dulu rapat kini berpaling bila berjumpa, dia jadi sedih.

"Sama-samalah kita ya Awa.." kata Opah. Air mata disekanya.. sedih bila cerita lama dibuka kembali.

Puan Awa mengangguk. Dah lama dia berdoa kepada Dia supaya melembutkan hati Hariz dan dia tak akan berhenti berdoa. Tak akan. Never.

Kedua wanita itu tenggelam dalam dunia masing-masing. Sama-sama kesal dengan apa yang berlaku dulu..

"Opah, Acik Ros dah nak balik dah.." suara lelaki datang menghampiri mereka. Cepat-cepat Opah menyeka air mata yang dah gugur tadi..

Ezzaq datang dengan senyumannya (macam selalu). Hatinya berdetak, kenapa Opah macam baru saja menangis? Dia memandang wanita di sebelah Opah yang memakai tudung bewarna biru muda itu..

"Mak Cik Awa.." kata Ezzaq. Dah lama dia tak berjumpa dengan perempuan itu. Masih cantik, macam selalu. Desis hati Ezzaq.

"Ezzaq." Puan Awa mengangguk.

Ezzaq telan air liur. Awkward. Kalau dulu dia akan petah berbicara dengan Mak Cik Awa sekarang dia jadi janggal. Rasa bersalah pada seluruh keluarga itu menyesakkan dada. Bersalah pada Mak Cik Awa, pada kak Hanisah.. dan pada Hariz lagi la bertimpal-timpal rasa bersalahnya.

“Bawak motor jangan laju-laju sangat.. kau ni bawak macam pelesit tahu?!” kata Hariz. 

“Macam la lu tak besa dengan gue.” kata Ezzaq.

Ezzaq ingat lagi kata-katanya pada Hariz petang sebelum peristiwa itu. YA ALLAH. Dia meraup wajah. Kepercayaan yang Hariz sandarkan padanya itu dia hilangkan dalam sekelip mata. Dia bukan saja matikan kepercayaan Hariz kepadanya, dia juga dah menyebabkan kematian adik kesayangan Hariz.. dan jugak anak perempuan di hadapannya ini..

"Opah cakap orang rumah Ezzaq dah berisi. Tahniah." kata-kata Puan Awa itu menganggu lamunan Ezzaq.

Ezzaq mengangguk.

"Hariz je la tak ke mana-mana. Macam tu je dia.." kata Puan Awa bila melihat Ezzaq berdiam diri.. bukan saja Hariz yang berubah, kiranya Ezzaq pun sama. Diam.. kalau dulu ada saja petahnya bercakap.

"Hariz macam mana mak cik?" akhirnya soalan sekian lama dalam fikirannya terkeluar juga. Itupun setelah Mak Cik Awa menyebut nama 'Hariz' dalam perbualan mereka.

"Dia okay. Sihat Alhamdulilah.. tapi workaholic sangat. Fikir kerja saja.. atas kapal tak pa la jugak nak fikir kerja, ni bila dah turun darat pun dia pikir pasal kerja jugak." kata Puan Awa. Itulah anak lelaki dia, tak betah duduk kalau tak buat kerja. Apa taknya turun saja Hariz dari kapal, terus dia akan bertanyakan pasal bisnes yang dia lakukan dengan To'kie sekarang ni..

"Biasalah tu mak cik. Lelaki kena cari duit lebih, nak jaga anak bini."

"Tapi kawinnya tidak. Ezzaq yang muda dari dia ni dah nak masuk sorang anak..dia entah bila. Hidup atas kapal je kan.. mana nak jumpa perempuan."

Ezzaq tersenyum. Macam biasa, dah selalu dia dengar ayat rasmi emak-emak bila anak masih belum kahwin bila dah menjangkau umur-patut-kawen ni. Seriously, dah selalu dengar bila mama dok bising kat Along sebab tak kawen-kawen sampai sekarang. Dia yang dengar ni pun kadang-kadang tu dah naik kesian dengan Along.. bukan salah diorang (dan Along juga) bila tak kawen-kawen ni tapi nak buat macam mana kalau jodoh tu tak sampai lagi. Kan?

"Kalau dah ada jodoh nanti, kahwin la dia mak cik. Ajal dan jodoh ni semuanya ketentuan Allah." dia berhenti sekejap (menelan air liur) bila perkataan 'ajal' itu keluar dari mulutnya. Awkward. 

Puan Awa mengangguk. Betul kata Ezzaq, ajal maut dan jodoh itu semuanya di tangan Dia. Tugas manusia ni ialah berdoa kepada-Nya supaya Allah sampaikan apa yang terbaik untuk mereka.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.. dan mungkin kematian Hazirah itu terbaik buat mereka. Who knows? Untuk menguji kekuatan iman di dada mereka, mungkin?

....

"Woii bawak kereta tu leklok sikit.. ni asyik dok pandang anak dara Che Temah buat apa. Pandang depan la.  Hishh sakit hati aku tengok perangai miang hang ni.. ingat la tunang hang sikit, malang sungguh Fiza dapat hang," straight Hariz terus fire To'kie yang bawak kereta pada jasadnya tapi mata tu menggatal tempat lain. Ingat aku tak nampak la sikit punya menjeling tengok Saripah, anak dara Che Temah yang bongsu tu. Penyakit gatal dia ni dari sekolah dulu tak pernah baik.. aiiyyy.

"Hang cool la sikit.. bagilah aku cuci mata sikit. Takkan nak tengok Fiza ja hari-hari.. sekali-sekala mau jugak aku tukaq selera. Fiza setia dalam hati aku, tadak aih cari lain.. hang jangan dok risau.. yang hang dok berleter ni apa hal? Bukannya Fiza tu adik hang pon.." kata To'kie.

"Sayang? Setia dalam hati?" KAHKAHKAH. Hariz tergelak. Tak faham sungguh. Apa yang setia? Apa yang sayang?

"Hang ni.. hati dah keras hang tau dak. Aku kena bawak hang pi satu tempat ni.. biaq bagi lembut balik hati hang yang dah kena lapih concrete grade A tu.. aku rasa bukan setakat selapih ja hati hang tu kena concrete, dah berlapih-lapih.. Tebai, sampai susah nak tebus masuk dalam."

"Hang tok sah dok merepek, concrete grade A ka, grade B ka. aku tak heran. Hang buat main ja tau, pandangan tak jaga. Habaq mak hang baru tau."

To'kie sengih tayang gigi. Hariz tak akan pernah kalah. Kalau A dia cakap, A lah benda tu. Kalau dia cakap 1+1=11, 11 la jawapannya.. walaupun sebenarnya jawapan yang betul tu ada 2, Hariz akan pusing-pusing biaq bagi jawapan dia 11 jugak. Itu Hariz.

"Nanti hang kalau dah ada tukang hebat yang boleh robohkan konkrit hati hang tu baru hang tau pasal hati, sayang, setia. Sekarang hang boleh gelak KAHKAHKAH la tapi nanti bila Tuhan tunjukkan, biaq aku plak gelak kat hang. KAHKAHKAHKAH. Karma happens ya know." kata To'kie. Apa? Ingat aku yang dok Malaysia 24/7 ni tak reti speaking ka? Dunia dah maju..

Sebelum sempat Hariz menjawap, lagu Zivilia - Aishiteru bermain. To'kie cepat-cepat mengambil handphonenya dari kocek seluar.

"Assalamualaikum sayaaang.. sayang dah makan??... rindu? mestilah rindu.. awat tak rindu pulak.."

Hariz menggelengkan kepala. Kalau inilah ertinya berkasih sayang.. tak kehingin aku. Baik aku layan kerbau yang aku jaga tu lagi baik..

Yang To'kie ni pun satu, tak menyempat-nyempat, bukannya jauh lagi pun rumah dia.. tapi nak berkasih sayang dalam kereta pulak. Dah la dia driver.. kan nanti kalau ada apa-apa kat depan tu. Macam mana nak fokus? Kepala dok berkasih sayang.. jalan kat depan ni, sapa nak jaga, nak fokus? Tahulah ini kampung, tapi ingat dalam kampung tak dak accident ka. Ada ja, hari tu Qushairi, cucu ketua kampung accident dengan lori sayur Ah Sam.. nasib baik patah kaki ja, kalau macam kes Hazirah macam mana? Siapa mau tanggung? Desis hati Hariz.. geram sungguh bila tengok orang yang memandu sambil lewa ni. Ingat orang buat peraturan jalan raya tu simply suka-suka ja ka gubal peraturan kalau tak untuk kebaikan manusia sejagat?

Dan entah macam mana, masin sungguh mulut Hariz petang tu.. dalam jarak kurang dua meter dari kereta mereka, ada sebuah lagi kereta Swift putih yang sedang keluar dari simpang. Hariz memandang To'kie yang tengah berkasih sayang di sebelahnya.. lepas ke kereta ni?

"Aku rasa kan..." sebelum sempat Hariz sambung ayatnya..

Sebelum sempat To'kie pandang Hariz..

Sebelum sempat To'kie respon..

Kedebaaaammmm!

Astagfirullah 'alazim. Istighfar Hariz..

Dia pandang To'kie yang dah lepas handphone masuk ke kocek. Perkataan 'damn' keluar dari bibir lelaki yang memakai kaca mata itu. Mana taknya kereta Persona tu baru saja dia beli dua bulan yang lepas.. bayar pun tak habis lagi.

To'kie melepaskan geramnya ke stereng kereta. Hariz lega.. at  least kawannya ni selamat.

Dia pandang ke arah pemandu kereta Swift tu. Kurang jelas, kerana cermin di-tinted-kan tapi patutnya sihat walafiat.. langgar side je kut.

To'kie dah keluar dari kereta.. Hariz pun turut sama keluar. Kut-kut nanti kalau nak bergaduh, To'kie tak berseorangan..

Tak lama selepas tu keluar seorang gadis berkaca mata hitam dari kereta Swift putih itu. Gadis kota, desis hati Hariz melihatkan susut tubuh tinggi yang memakai dress sampai lutut bewarna putih bercorak floral hues orange.. hairband di rambutnya yang separas leher nampak cantik dengan gayanya.. Sah bukan budak kampung ni. Mana ada budak kampung dia yang free hair macam ni? Kalau ada pun, di bandar yang on-off tapi mana mungkin berani balik ke kampung pakai macam ni? Nak kena ligan satu kampung, cubalah..

"Sorry.. I'm sorry.." kata gadis itu.

Hariz mendiamkan diri. Biar To'kie yang handle..

Dia memandang gadis di hadapannya.. macam pernah tengok. Tapi seumur hidupnya, tak pernah dia berkawan dengan perempuan macam nie.. dan sesungguhnya Hariz jarang masuk dengan kawan perempuan sebenarnya.. dia memandang lagi gadis dihadapannya ini.. di mana ya?

To'kie tersengih tayang gigi.. ulat bulu dah naik miang. Tak boleh jumpa perempuan sikit.. terus naik gatal. Patutnya aku bawak dia pergi farmasi cari ubat ni..

Gadis di hadapannya tersenyum.. entah apa yang To'kie katakan dia tak ambil peduli. Matanya memadang lagi gadis itu.. siapa ya?

Dan saat gadis itu membuka kaca mata hitamnya, darah Hariz tersirap.

Mata tu..

Ma.. ta.. tu..

Fikirannya mencerna satu nama.. yang dia tak mungkin lupa sampai bila-bila..

"Aku balik dulu." hanya itu yang mampu Hariz katakan dan selepas habis saja ayatnya Hariz terus berjalan meninggalkan tempat kejadian itu.. tidak pedulikan pekikan To'kie yang memanggilnya dari belakang.

..............................

p/s: korang faham kut kan loghat utara atas tu?

p/s: quiz hari ni.. who's the gadis? Hehehe. =D Have fun reading.

Labels:


7 Surat Chenta ♥

7 Comments:

Anonymous are said...

ade kene mgena ngan family ezzaq ke??...huhuhu

11 September 2011 at 09:47  
Anonymous Anonymous said...

;] along ezzaq kot.

11 September 2011 at 11:29  
Blogger ~ZYX~ said...

who's that girl...???? mata die same ngan hazirah ke...? or die mmg pernah kenal that girl...?

11 September 2011 at 21:06  
Blogger Hajar said...

hmm, saya teka sama ada that girl ada kaitan dengan ezzaq or someone from his past. agaknya la..

11 September 2011 at 21:38  
Anonymous sweetstalker said...

ahakss ceq teka 2 adik terchentha si ezzaq =)...ceq suka ja klu da dialek ngri bru la sempoii...suka ayt ni*tak kehingin*

11 September 2011 at 21:49  
Blogger Kak Sue said...

Betul tu mgkn along Ezzaq .... sebab mata dia sama...hehehe..

12 September 2011 at 15:18  
Blogger syira destroyer said...

ezzaq wifey dh pregnant :)

13 September 2011 at 08:25  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas