Bencisayang 6

14:43

Ezzah hanya mampu melihat paket-paket rempah ratus di hadapannya ini. Dah naik pening tengok warna-warna paket ni. Ada biru, ada merah, ada hijau.. semualah ada. Banyak sangat jenis dan brand, entah yang mana satu yang Opah suruh belikan ni? Aiyoooo.

Tadi bila Opah menyuarakan hasrat untuk ke kedai membeli barang-barang dapur, terus dia berdiri mengcalonkan diri sendiri.. dan bila Opah cakap nak teman, terus-terus dia cakap tak payah. Biar Opah duduk berehat di rumah. Biar dia saja yang pergi, kununnya ingat membeli barang dapur senang macam membeli belah tapi yang sebenarnya...

Dah nak masuk setengah jam dia di kedai Pak Abu ni tapi satu hapa pun barang-barang yang disenaraikan Opah ini tak digoresnya.. bakul ditangannya ni kosong tak terisi barang. Apa taknya, pilih rempah ni pun dah bikin migrain. Banyak sangat brand..

Opah pun satu, lain kali cakap tu biar jelas.. biar semua spec dinyatakan. Warna apa, brand apa, berapa gram? semua la lengkap.. ni tak opah hanya tulis:

Rempah - rempah apa Opah? Berapa gram?
Telur - Berapa biji? kat sini dah la banyak sangat gred nya.. aiyoo ingat exam je ke ada gred, telur pun ada tahu!
Gula - Ni senang! Pak Abu, owner kedai dah siap catu dah.
Garam - Ditto.

Alahai, handphone pula tertinggal di rumah! Nak buat macam mana ni? Kepalanya dah mula memikirkan cara.

A: Beli saja semua paket di hadapannya ni.
B: Masuk kereta, drive balik rumah dan tanya Opah details pastu datang balik.
C: Ikut rasa hati.
D: Tanya orang.
E: Tak payah beli
Errr.. beli je la kan semua ni. Bukannya mahal sangat pun satu paket.. Ezzah mencongak dalam hati.

Tiba-tiba datang seorang mak cik menghampiri. Ezzah hanya tersenyum monkey memandang mak cik tersebut, terus tangannya cepat-cepat mengambil paket bewarna hijau dan berlakon yang konon-kononnya sedang membaca di belakang paket.. mana boleh tunjuk kekurangan diri. Tak pasal-pasal mak cik tu gelak sebab dah besar macam ni tak pandai beli barang dapur! Whoosshhhh, never! Malu kaum keluarga Opah tujuh keturunan oiii!

Matanya menjeing juga apa yang mak cik tadi belikan.. ye lla kadang-kadang ni suri rumah selalunya beli benda yang sama... kan? hurmmm.

Mak cik tadi mengambil paket biru lalu diletakkan di dalam raganya..

Paket biru? tangannya memandang paket hijau di tangannya.. yang mana satu ni? Ahhhhh bikin tensi seluruh jiwa dan raga!

Ok, fine. Guna saja option D, tanya orang! Tak sakit pun kalau nak bertanya..

"Mak cik, tanya sikit boleh.. yang mana ya.." matanya masih di barisan paket warna-warni di hadapannya.

'Mak cik?' Hariz memandang sekelilingnya.. kosong. Hanya dia dengan seorang gadis berbaju kuning saja di situ. Mana ada mak cik kat sini? Anak perempuan siapa pulak yang rabun teruk benar ni? Aku ni jambu sangat ke? Hariz menggelengkan kepala, gadis disebelahnya diendahkannya.. dia cakap dengan 'Mak cik' bukannya dengan aku. Hariz berkata dalam hati.

"Mak cik.. yang ni ke elok atau yang.." badannya dipusing ke arah 'Mak cik' tadi.

Betapa terkejutnya dia bila melihat 'Mak cik' tadi dah bertukar menjadi 'Monster'! Sejak bila dia ada di sini? Terus cerita semalam buat ulang tayang di kepalanya. Tak boleh jadi ni!

Hariz berpaling bila gadis itu diam sebelum menghabiskan ayatnya..

"Kau?" dia gelak sinis. 'Jodoh' betul, muka ni je dia asyik nampak. Terus dia mencapai pek di hadapannya. Dari dia duduk dalam kedai ni boleh runtuh kang nanti. Nampak sangat perempuan di hadapannya ni sedang tahan marah.. sampai nak pecah paket kat tangan dia tu dia pegang.. dia tersenyum sinis lagi. Terus dia mara ke depan, lagi baik dari berhadapan dengan adik musuh tradisi dia ni.

"Awak!" jerit Ezzah bila lelaki itu meninggalkannya. Terus dia capai semua paket dan dimasukkan ke dalam bakulnya. Kunun tadi nak guna option D, alih-alih option A juga dia guna.. 

Hariz mempercepatkan langkah ke tempat gula.. dia tahu yang perempuan tu sedang mengikutinya. Dari semalam lagi, 'suka' benar perempuan ni mengikutinya..

"You owe me an apology!" kata Ezzah lalu berhenti disebelah lelaki yang sedang mengambil pek gula di atas rak itu. Gula? Tangannya terus mencapai gula di atas rak, Opah ada kirim gula jugak!

Hariz buat endah tak endah.. kisah apa aku apology tak apology.

"Awak.. kejap.. oii.. Monster!" kata Ezzah. Direct.. oppss terlepas. Terus dia tampar perlahan pipinya. Tak da insuran sungguh!

Hariz menggelengkan kepala. For God's sake, I'm 29 years old. Tak mainla nak naik angin bila orang ejek monster ke apa ke. Terus dia meninggalkan gadis itu..

Rempah - Tick
Gula - Tick

Bawang? Hariz terus berjalan ke tempat bawang..

"Can you stop? And please jangan jadi budak-budak boleh tak? We need to talk!" Hariz mendengar gadis itu bersuara lagi. Budak-budak? Come on! Terus dia memberhentikan langkahnya..

Bummmm. Ezzah dah terhantuk di badan lelaki tu.

"Apa ni stop tiba-tiba?" marah Ezzah!

"Siapa yang suruh stop tadi?" Hariz menunjukkan senyuman sinis.

Ezzah menjeling. "You owe me an apology.."

"Heard it just now and not giving you any. At any cost."

"Saya boleh saman malu."

"Try me." kata Hariz. Ingat aku takut sangat la dengan ugutan tu. Ini Iman Hariz..

"Susah sangat ke nak minta maaf?"

"Nope. Aku minta maaf pada orang yang berhak saja.. dan aku tak rasa yang aku buat salah apa pun."

Ezzah mengeluh. Susahnya bercakap dengan orang tak faham bahasa ni!

"Buat la apa yang kau suka, I have no objection.. but please jangan ganggu aku. Done talking? I'm done, tepi sikit. Nak lalu. This is not KL, yang kau boleh stopkan orang anytime.. especially guys., dan ikut orang tak kenal anytime, malu la sikit. Awak tu perempuan.. Have some manner, at least."

Hariz meninggalkan Ezzah sekali lagi. Terus dia berjalan ke arah tempat bawang.. ibu dah pesan, kang nanti kena bantai sebab terlupa.

Ezzah mengeluh. Manner? Have some manner? Huh? Seriously.. you're wrong! Awak messed up dengan orang yang salah la bro! Orang suruh minta maaf, dia fire balik? Ego setinggi langit! Arrogant! Ezzah Hani dah bagi awak chance nak properly mintak maaf, dia boleh buat macam tu. Tengoklah pak cik! Apa yang Ezzah Hani ni akan buat..

Just wait and see. I'll figure out the solution.

Ezzah terus menarik nafas, cool down. Exhale. Inhale. Exhale. Inhale.

Cool-ed.

Terus dia berjalan ke kaunter.. idea, idea, idea..

"Yang ni je?" tanya lelaki separuh abad itu. Pelik melihat si gadis yang duduk lama di kedainya tapi hanya membeli tiga jenis barang..

Ezzah mengangguk.. motor di hadapan kedai itu dipandangnya. Familiar sungguh! Motor semalam.. motor pakcik arrogant monster wooden heart tu.

"Pak cik bagi telur tu tiga biji!" kata Ezzah sambil menunjukkan papan telur di sebelah kanan kaunter.

"Tiga biji je?" tanya pak Abu. Pening dia memikirkan gadis ni.. tak pernah di buat orang.

Ezzah tersengih monkey lalu mengangguk. Idea is coming, bebehhhh.

"Nah RM15.30 semuanya.."

"Terima kasih pak cik!!" kata Ezzah sambil tersenyum lebar.

Terus dia berjalan keluar kedai.. dan berhenti di hadapan motor biru itu. Senyumannya kian melebar. Helmet hitam itu dicapainya.. tangannya membuka plastik telur tadi. Terus dia pecahkan ketiga-tiga biji telur itu ke dalam helmet itu.. dan diletakkan kembali ke dalam bakul motor itu..

You're dealing with a wrong person, wayyyy wrong person, monster!

....

Hariz menghembuskan nafas bila keluar dari kedai runcit Pak Abu itu. Lega bila gadis itu dah tak mengikutnya lagi. Dah hilang bila dia terfire tadi. Sesungguhnya dia rasa bersalah juga menengking anak dara orang macam tu tapi bila tengok mata perempuan tu, terus dia nampak Ezzaq.. dan terus peristiwa bertahun lepas tu keluar tanpa disuruh..

Hariz meraup mukanya. Dia melepaskan keluhan..

Kenapalah muka tu je dia asyik jumpa sejak dua menjak ni? Alahai.. terus dia berjalan ke arah motornya. Matanya melihat jam di tangan.. Dah lambat ni, kang nanti tak masak Ibu..  semuanya gara-gara perempuan tu. Tak pasal-pasal kan dah lambat.. tangannya terus mencapai helmet dan memasangnya di kepala.. mahu cepat pulang..

Tapi sebaik saja dia memakai helmet dikepalanya.. ada benda yang meresap ke kepalanya, lalu turun ke bahu dan bajunya..

"Huh?"

Terus helmet hitam itu dibukanya.. ya Allah, dari mana telur ni datang? Bluweekkk..

Dia memegang kepalanya yang dah basah dengan telur itu.. yang dia pasti lebih dari satu biji. Siapa pulak nak buat prank tak cukup umur ni?

Tiba-tiba sebuah kereta Swift putih berhenti di hadapannya. Hariz dapat meneka, siapa lagi pemilik Swift putih ini kalau tidak bukan cucu Opah tu.

Tingkap diturunkan.. muka Ezzah yang sedang tersenyum itu dipandangnya geram. Memang sah budak tak cukup umur ni!

"Kenapa ni? Euuwww.. telur ke tu?" kata Ezzah sambil tersenyum. Mukanya dibuat-buat concern.

"Kau kan yang buat ni?" tuduh Hariz. Dia pasti, sangat pasti!

"Tak baik tuduh-tuduh pak cik! Manners, remember? Oh waittt.. kejap ye.." kata Ezzah lalu berpusing ke dalam keretanya dan mengeluarkan sekotak tisu kepada Hariz.

"Nah.." Lambat-lambat Hariz mengambilnya tapi disebabkan telur dah membanjiri badannya, terpaksa juga dia terima kotak tisu dari Ezzah itu.. darurat!

"Ambik je satu kotak.. saya tak kisah. Well I've got some manners, you know. Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa... er tapi kan kalau orang tak berbahasa, boleh je kita balas balik.. kan?" matanya dikelipkan.

"Kau...." kata Hariz terus dia mara ke depan.. budak tak cukup umur ni memang nak kena!

Melihat Hariz yang mula menghampiri menyebabkan Ezzah cepat-cepat menekan butang menaikkan tingkap keretanya tapi sebelum tu sempat dia menjerit "Good day, misthuurrr!" kepada Hariz lalu menekan pedal minyak dan meninggalkan lelaki itu di tempat kejadian.

Dan sesungguhnya, hari ni, adalah hari terbaik yang dia pernah rasa selama menjadi Ezzah Hani Ahmad Hanif.

You Might Also Like

6 comments

  1. this is just the end of a beginning, am i right TT? hehehe...

    ReplyDelete
  2. Ezzah memang nakal.... anak manja..

    ReplyDelete
  3. oho..da jmp cik abg ya..

    ReplyDelete
  4. hahahaha..perghhh ^_____________^ next plz miahaha

    ReplyDelete