Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 15
Posted on Saturday 3 December 2011
@ December 03, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Nasi di pinggan dikuis-kuis, fikirannya sedang menjana idea yang bernas untuk dipersembahkan kepada Opah. Dia perlu ayat yang sesuai untuk dikhabarkan kepada Opah tanpa menyebabkan Opah terkejut, dan paling teruk sekali kalau Opah terkena serangan sakit jantung.

"Ni awat dok kuis-kuis ja nasi tu? Tak sedap ka?" tanya Opah. Pelik. Sedap je dia rasa gulai ni. Kurang garam ka?

Ezzah menggeleng. Gulai Opah ni gulai paling sedap dalam dunia tahu dak. Yang spoilnya sekarang ni kepala otak ni, tak boleh generate idea pulak.

"Dah tu? Nasi tu lembik ka?"

"Tak dak aih.. sedap ja."

Opah angkat kening Ziana Zain. "Tok sah dok diet sangat la. Dah cantik dah badan tu." Bukan dia tak tahu, perempuan sekarang memang menjaga betul pemakanan. Tambah-tambah yang bakal jadi raja sehari macam Ezzah ni. Sanggup menahan makan sebab nak nampak cantik nanti bila naik pelamin.

"Mana ada Ezzah diet. Biasa ja."

"Dah tu apa dia? Habaq mai.."

Ezzah pandang Opah. Habaq? Macam mana nak habaq Opah oii.

"Opah tunggu ni.."

"Janji Opah tak boleh marah-marah?"

"Awatnya? Ezzah dah bagi pecah pasu kat luaq tu ka?" tanya Opah sambil tersengih. Memori dulu-dulu bermain di kepala mengingatkan betapa takutnya cucunya itu bila Ezzah terbagi pecah pasu kesayangan dia itu. Sampai tak berani pulang ke rumah sebab takutkan Opah marah.

Ezzah tersengih. "Yang tu masa Ezzah umoq lapan tahu Opah.. penakut lagi." Padahal Opah relax je pun, abang Ezzaq yang pandai-pandai bawak cerita. Katanya Opah akan kerat kaki dia kalau Opah tahu yang dia yang sepak bola terkena pasu tu. Seharian dia menyorok dekat belakang rumah Opah. Penakut punya pasal!Yalla sapa mahu kena kerat kaki kan?

"Dah tu kenapa takut pulak?"

"Opah janji jangan pengsan, jangan kena sakit jantung ke apa ke. Janji?"

Opah terdiam. Risau perkara apa yang Ezzah nak sampaikan ni. Akhirnya selepas seketika dia mengangguk.

Ezzah menarik nafas. Air liur ditelan. Kering.

"Ezzah nak minta Opah cakapkan dekat family Hariz.. yang.. yang.. Ezzah.. nak minta.. putus?"

Huhhhh. Dia menghembus nafas. Kepalanya diturunkan, tak berani nak pandang Opah.

Opah hanya diam. Dia dah agak dah benda macam ni akan terjadi. Kesian jugak dia tengok cucu perempuan dia ni tapi bukankah kalau pertunangan ni putus, lagi perit Hariz menyimpan dendam?

"Baru lapan hari kamu bertunang. Takkan dah nak putus? Cuba kenal dulu isi hati Hariz. Dia budak baik, rajin tolong orang kat kampung ni. Lagipun okay apa Opah tengok dia dengan Ezzah. Sepadan."

Ezzah mencebir. Semua orang kata Hariz tu baik la, rajin la, calon no. 1 suami mithali la tapi yang masalahnya dia tak nampak semua ciri-ciri baik kat Hariz tu. Apa yang dia nampak Hariz tu monster, wooden heart, tak ada hati, masam je muka, serious 24/7 dan sinis!

"Kadang-kadang manusia tu macam bawang. Berlapis-lapis. Ada yang pakai baju cantik, berjenama tapi hatinya buruk. Ada yang nampak luar tegas, tak boleh diusik tapi sebenarnya ada benda yang dia tengah sorokkan kat dalam. Macam-macam. Kita ni la yang kena bukak, explore, lapis demi lapis.. kan?"

Ezzah mengeluh. Bawang? Apa pulak kena bawang dengan Hariz?

"Ezzah, apa kata Ezzah ambik masa, cuba kenal Hariz macam mana. Bukak lapisan yang dia tengah sembunyikan sekarang."

"Susah." Ingat senang ke? Hari ni jumpa dia free free je dapat air kat muka.

"Susah tu la baru bagus."

Amboi Opah cakap senang. Easier said than done.

"So ni Ezzah tak boleh putus tunang la?"

"Bagi masa kat diri sendiri tu dulu. Ni baru lapan hari dah putus asa. Mana pergi Ezzah yang Opah kenal." kata Opah. Ezzah ni bukan jenis yang cepat mengalah, jenis ketegaq jugak ni. Kalau Ezzaq suka beralah, Ezzah bukan.

Ezzah diam. Baru lapan hari? Kenapa dia rasa macam dah setahun? Dia mengeluh. Terus dia bangun dari meja makan. Pinggan yang masih berlauk itu dibawanya ke sinki. Tangan di basuh dan dia berjalan ke bilik.

"Aikk nak pergi mana tu?"

Takkan merajuk kut.

"Nak research macam mana nak kupas lapisan bawang!"

....

"Dia nak minta putus?" tanya suara di sebelah corong telefon sana.

"Tapi Cik tak bagi, Cik suruh dia bagi masa dulu kenal Hariz macam mana."

"Kita kena buat sesuatu ni Cik."

"Kamu ada idea?"

Opah sebenarnya tak tahu macam mana caranya nak baik-baikkan dua manusia ketegaq tu.

Diam.

"Kita bagi masa kat depa macam mana. Kalau tak boleh jugak, kita cari plan B."

"Kalau plan B pun tak boleh?"

"Kita tawakal dan letakkan semuanya pada Allah."

.....

"You're so funny. Hari you kata you tak nak bertunang, takut. And one fine day you called me last week told me that you're officially engaged and now, today, you cakap you wanna quit? Ezzah, tell me, what is the exact thing you wanna do. I'm confused here." kata Shen. Geram sebenarnya bila perempuan ni call, dan menganggu dia yang baru ja nak tidur. Semalam stay up kat studio siapkan projek final.

"I dont know. You tahu tak dia ni monster, no feeling, heartless."

"Oh wait. You cakap you're in Kedah kan?"

"Yeahh.. why?"

"No. I thought you're in another planet."

"Huh?"

Shen dah gelak kat hujung telefon.

"Tak ada manusia, human being kat dunia ni yang tak da perasaan. Diorang ada ja tapi mesti ada tercicir kat mana-mana. And come on, masa you kenal I dulu you sendiri cakap I ni ego, arrogant but we definitely pull it through. Eight years and counting, isn't it?"

Shen memang betul. Mula-mula dia kenal mamat ni, dia terserempak kat gallery. Punyalah sombong, tanya sikit tak nak jawab tapi bila diorang dah lama kenal, baru dia sedar yang Shen ni bukannya masuk kategori sombong pun tapi sebenarnya dia tak friendly dengan orang yang dia tak kenal.

"So I nak buat macam mana?"

"Ask your heart la."

"My heart is not like yours. Dia diam tak jawap bila tanya."

Shen hanya jawab dengan ketawa saja. Tak guna punya kawan.

"I dah tanya dia, he said he out of this. Dia suruh I yang pergi sendiri cakap nak putuskan. Like I am gonna do that. Never. Then I asked my granny, dia cakap give us some time. No I am alone."

"Makes him hates you la. Biar dia yang putuskan sendiri. Dear, I'm tired. I stayed up tau malam tadi. Can I get back to my bed now? Please."

Suara Shen dah mula memujuk.

"Yalla. Sorry for disturbing."

"No sorry but dont worry nanti I cari masa balas dendam balik. Revenge is sweet."

Klik.

iPhone dimatikan.

Ezzah diam. Idea yang bernas dan bijak. REVENGE IS ALWAYS SWEET.

Tapi sekarang macam mana nak bagi dia sendiri yang putuskan pertunangan? Macam Shen cakap bagi dia tak suka? Tapi apa yang Hariz tak suka?

Ezzah tersenyum. Dia tahu apa yang dia nak buat.

............................

p.s: Saya dapat merasakan yang saya akan M.I.A (sekali lagi) soon. HAHAHA. Or at least this couple of days.

Labels:


4 Surat Chenta ♥

4 Comments:

Blogger IVORYGINGER said...

hayaa... Ednin, why r u M>I>A??? we r missing this story. why not before u missing u post a few entry about tis story. hehehe... ;D

3 December 2011 at 02:18  
Anonymous MaY_LiN said...

amboi opah..
explore ya..
isk isk isk..
ezzah...!pala da tumboh tanduk ya

3 December 2011 at 03:35  
Anonymous sweetstalker said...

MIA untk mencari idea yg d bomb no hal la ED^_____^ cer wat si wooden heart 2 jeles gn shen musti best part ni hihihi>>

3 December 2011 at 07:29  
Blogger - AtiKAh - said...

chaiyok2 sis..hohohoh..seronok bce..kelakr..mia again???hekehehehehehe

4 December 2011 at 17:07  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas