Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink 37
Posted on Wednesday 17 August 2011
@ August 17, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira sibuk memasak juadah berbuka. Hari nilah hari pertama dia cuba untuk memasak juadah berbuka. Kalau selalunya dia akan main tunjuk je lauk dekat Bazaar Ramadhan tapi hari ni bila dia mintak cuti half day, terus dia ke Tesco, beli barang-barang dapur. 

Dan here we are, Hadhira dan juadah berbuka. Semuanya dari air tangannya. Dah lama tak praktis masak. Dia tersenyum memandang lauk masakannya. Ada sup tulang, ada masak lemak cili padi, dan puding karamel. 

Tiba-tiba dia terdengar pintu utama dibuka. Ezzaq dah balik kut.

Terus dia membuka apron pinknya dan disidaikan di atas kerusi meja makan dan bergerak ke arah ruang tamu. Dari jauh dia melihat Ezzaq bersandar di sofa. Ezzaq seakan-akan melayan perasaan sendiri.. kalau tak masakan sampai tak sedar yang Hadhira sudah duduk disisinya.

Matanya difokuskan kepada lelaki berkemeja biru disebelahnya yang sedang menyandar di sofa sambil memejamkan mata itu. Nampak lesu sekali. Apa yang dirisaukannya?

Ahmad Firas Ezzaq. Lelaki yang dah berjaya ambil title suami kepada Hadhira sejak enam bulan lepas.. dan InshaALLAH buat selama-lamanya, dan kalau boleh yang akan sama-sama membawanya ke syurga. Kalau dulu dia selalu tak dapat bayangkan idea Ezzaq dengan Hadhira dalam satu konteks ayat tapi sejak dua menjak ni (atau lebih kepada kebelakangan ni) dia dah macam baru sedar yang dia mungkin dah start sayangkan inche smiling eyes ni ataupun setidak-tidaknya macam yang Nadiah usulkan tadi tengah hari.

Hadhira bermain-main dengan tangan Suhail, anak Nadiah yang kedua. Comel sungguh. Hati yang tak tentu hala hari ni baik sekejap bermain dengan Suhail.

"Ni apasal ni? Ponteng kerja ke?" tanya Nadiah. Terkejut monkey dia tadi bila Hadhira tiba-tiba muncul depan rumah dia padahal waktu masa tu baru menunjukkan pukul 11 pagi.

"Half day." kata Hadhira. 

Nadiah menggeleng. Ada masalah la tu. Kenal sangat perangai si kawan baik seorang ni. Lagipun dia kan kaunselor tak bertauliah Hadhira sejak zaman sekolah menengah lagi.

Hadhira menceritakan satu persatu masalahnya kepada Nadiah. Dia sebenarnya tak tahu nak bagitahu siapa lagi. Dan Nadiah la orang yang dia paling selesa untuk meluahkan perasaan.

"So awak nak bagitahu yang awak dah sayangkan dia ke?"

Hadhira angkat bahu. Dia tak pasti ni ke perasaannya sayangkan orang. Dia tak tahu! tapi yang pastinya dia rasa perit sungguh bila Ezzaq tiba-tiba nak tak nak layan dia. 

"You know what. Saya sebenarnya dah expect awak jadi macam ni. Come on babe awak sayangkan dia. I can see.. in fact saya suspek ni masa zaman kolej lagi bila awak pernah telefon saya malam-malam menangis masa dia fly tu tapi saya diamkan saja sebab awak tak habis-habis tekankan yang awak menangis sebab tak sempat nak say thanks, kan?"

Hadhira mahu argue. Takkan sebab apa yang Ezzaq buat tu, dah boleh jadi sebab dia nak sukakan Ezzaq. Mana mungkin. I'm not that easy.. er am I? tapi Hadhira tak mampu menjawab.. Nadiah selalu ada point bila bercakap.

"Kalau saya dah sayangkan dia? How come Arul boleh masuk.. into my life?" kata Hadhira. Yella kalau aku dah sukakan Ezzaq macam mana boleh ter-suka Arul pulak kan. 

Nadiah senyum.

"Belajar sains kan? We did so many experiments, dan some of them ada yang gagal kan? Trial and error. Dan macam tu jugaklah dalam relationship, tak semua relationship tu happily ever after. Ingat tak masa kita first time nak cuba Raspberry Cheese dulu, awak mati-mati cakap yang Raspberry Cheese tu akan jadi favorite cake awak just because you like Raspberry.. tapi bila awak dah try. You can even only have one bite. Tak kena dengan selera but instead kita berdua tukar cake. Awak ambik Yogurt cheese saya, saya ambik Raspberry. Sampai sekarang kan, awak pergi je Secret Recipes, awak akan pilih Yogurt cheese, yang awak tak pernah fikir nak rasa sebab bukan selera awak.. cuba awak applykan teori cheesecake kita ni dengan Arul dan Ezzaq. Siapa Raspberry cheesecake? Siapa Yogurt cheesecake?"

Ding dong. Sekali lagi point Nadiah kedengaran betul dan logik dalam kepalanya. Tapi cheesake yang dia guna buat perumpamaan.. Nadiah oh Nadiah. You certainly had a point.. indeed.

"How did you know? You and Fariz," tanya Hadhira. Soalan tu dah lama dia nak tanya kepada Nadiah. Yellah Nadiah berkahwin agak awal, ketika mereka masih belajar dan macam mana Nadiah boleh begitu yakin yang Fariz tu dah memang ditakdirkan untuk Nurul Nadiah.

"When you meet someone special, you'll know... just know.. dan juga dengan solat Istikhara dan doa. Dia akan bantu kita, InshaALLAH." kata Nadiah sambil tersenyum. 

Just know? Dia pandang Ezzaq yang masih lagi terlena itu. Hadhira tersenyum. He's handsome, at least di mata aku kalau tak di mata orang lain. Just perfectly perfect for Nur'iz Hadhira.

Matanya jatuh ke arah tangan Ezzaq yang berbalut dengan plaster itu. Terus tangan dia mencapai tangan lelaki itu.

"Kenapa ni?" tanya Hadhira. Jari-jari itu dipegangnya. Risau. 

"What?" kata Ezzaq. Boleh pulak dia terlena atas sofa ni.

"Jari tu?" kata Hadhira.

Ezzaq melihat jarinya yang dibalut dengan plaster disebabkan kelalaiannya di bilik bedah tadi.

"Kejap. Saya pergi ambik first aid kit," kata Hadhira bila melihat Ezzaq masih lagi diam.

Dia terus bangun dari tempat duduknya tapi belum sempat dia bergerak ke arah kabinet, Ezzaq dah awal-awal lagi menarik tangannya sehingga dia terduduk di atas riba lelaki itu. Lelaki itu segera memeluknya dari belakang. Hadhira terkaku, tak pernah-pernah Ezzaq jadi se-daring macam ni.

Hadhira diam. Tak berani dia nak marah. Lagipun apa dia kisah, yang peluknya ni bukan lelaki lain, husband sendiri. Husband yang dia dah start sayang..

"Si hoodies pink, did you ever, ever, loved me?" tanya Ezzaq tanpa sedar. Soalan tu dah bermain di fikirannya sejak diorang dah start jadi suami dan isteri.. tapi makin rajin soalan tu datang menjengah fikiran Ezzaq sejak malam hari tu. Keyakinan yang dia ada masa mula-mula kahwin dulu makin tipis.. 

Hadhira terkaku. Soalan subjek apa ni? Ya ALLAH, kenapa dengan Ezzaq ni? Overdosed dengan drugs ke apa? 

"Sometimes I thought you loved me, and sometimes I just don't," kata Ezzaq. Pelukannya diketatkan lagi. Kalau tak nak lepas, boleh?

"Ezzaq.."

Diam. Lama diorang duduk dalam posisi begitu. Dia membiarkan saja dan Ezzaq tak melepaskan pula. Sepuluh minit selepas itu akhirnya pelukan dileraikan. Hadhira terus bingkas bangun. Cepat-cepat dia betulkan bajunya.

"Baik awak mandi, biar fresh sikit." kata Hadhira. Terus tangan dia hulurkan ke arah Ezzaq. Mahu mengangkat Ezzaq, kununnya. Soalan tadi dibiarkan tepi, dia mahu menjawab tapi lidah ni kelu. Dia tak berani. Takut. Arghhhh.

Ezzaq menyambut. Si hoodies pink ni dah macam emak pujuk anak mandi ja. Siap nak angkat-angkat lagi.

"May be you're right.." kata Ezzaq terus dia capai tie yang dia sudah buang atas meja tadi lalu bergerak ke tangga.

Hadhira melepaskan nafas. Huh nasib baik kondisi jantung kuat, kalau lemah boleh dia luruh jantung depan Ezzaq tadi.

...

Ezzaq pandang hidangan juadah depannya. Lain macam ja ni. Selalunya menu utama berbuka ialah Nasi Ayam, Mee Goreng ataupun Laksa tapi hari ni penuh satu meja dengan lauk-pauk. Dia menelan air liur, sup tulang kegemaran dan juga caramel. Wow, impressive.

"Duduklah," kata Hadhira bila melihat Ezzaq tercangak depan meja makan. Tergamam kut tengok lauk-pauk ni. Tahulah tak pernah buat sebelum ni.

"Sup tulang hari ni?" tanya Ezzaq.

"Tadi pergi Tesco ada nampak tulang, so beli la. Teringin pulak nak makan sup tulang," kata Hadhira. Memang pun.

"Wait.. awak buat semua ni?"

Hadhira mengangguk sebelum menjawab, "Saya minta EL tadi setengah hari, balik rumah tatahu nak buat apa pergi shopping kat Tesco and tadaaa.."

"Emergency leave? Kenapa? Sakit? Kenapa tak datang hospital je?" tanya Ezzaq. Dia dah risau. Kalau si hoodies pink ni sakit, dia pun turut sama sakit. Auwwwww.

"Malas nak kerja. Tak boleh fokus,"

"Tak boleh fokus?"

"You."

Ezzaq membulatkan matanya. Saya? Ahmad Firas Ezzaq ni yang buatkan Hadhira tak fokus dalam kerja? Bumi dah keluar paksi ke ni?

"What's wrong with you this couple of days. You look different," senafas Hadhira menyambung.

"Oh.. it.." sebelum sempat Ezzaq menjawab azan Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka.

Dan lepas itu persoalan yang bermain di fikiran Hadhira (masih) lagi tidak terjawab.

....

Hadhira yang duduk atas katil sambil membaca novel Harry Potter itu sekali-sekala memandang Ezzaq yang sedang tengok Nightline di sebelahnya. Yogurt cheesecake? Raspberry cheesecake? Ah dia macam 80% pasti yang Ezzaq tu yogurt cheesecake yang dia sukakan sangat-sangat tu..dan Arul tu pulak  macam raspberry cheesecake.. a mere heart affairs to her. Heart fling. Ah apa-apalah orang nak panggil.

Ezzaq sebenarnya sedar yang si hoodies pink ni dari tadi diam-diam memandangnya. Ezzaq memandang novel Harry Potter di tangan Hadhira. Aikk girl, Harry Potter awak tu dak tah seductive macam selalu ke? Kalau dulu jangan harap Hadhira akan angkat kepala bila dah start baca siri novel dari J.K Rowling tu. Ni apa kes?  Apa kena dengan si hoodies pink ni? Dia tiba-tiba teringat kata-kata Hadhira sebelum berbuka semalam.  Distraction, tak boleh focus.. because of me? Ezzaq cuba untuk tersenyum..

"Come on Hadhira, give it a go. What do you wanna ask, ask." kata Ezzaq. Dia mengambil remote dan menutup TV, Nightline dah habis dah pun. Si hoodies pink dipandangnya.

Lama tak berjawab.

Ezzaq memetik jari di hadapan si hoodies pink. Nampak sangat Harry Potter dah kehilangan taringnya.

"Cheesecake.. which flavour.. er did you.. hurmm.. like?" kata Hadhira. Tersentak. Terkejut. Ya ALLAH, berangan sangat nak tahu tadi, kan dah terkeluar dari mulut.

Cheese..what? Ezzaq menggeleng kepala. Dari semalam dia tengok aku atas bawah, dia nak tanya aku suka cheesecake apa? Si hoodies pink! You're one of a kind.

"Anything," kata Ezzaq. Perlahan. Bantal dibetulkannya. Dia mahu tidur. Tadi baru nak senyum sampai ke telinga bila dengar yang si hoodies pink ni kata dia tak boleh  fokus sebab aku, sekarang dah lain. Cheesecake? Aku kalah dengan cheesecake rupanya. Alahaiii si hoodies pink.

Hadhira tepuk dahi. Kan dah lain balik suara inche smiling eyes ni. Semua salah kau cheesecake. Kan dah tersasul depan Ezzaq. Mesti lepas ni dia ingat isteri dia ni jenis melantak. Malam-malam pun tanya cheesecake. Aiyooooo.

Macam mana nak buat ni?


"Kalau awak dah suka, just telling him. Don't let him in the dark." kata Nadiah tidak sebelum dia pulang. 

"Si hoodies pink, did you ever, ever, loved me?" 


BUT HOWWWWW?

..................

p.s: Here we go! hehe. Harapnya yang ni lebih panjang sikit dari chapter 36. 

Labels:


6 Surat Chenta ♥

6 Comments:

Blogger cikpah said...

next pliss=)

17 August 2011 at 07:08  
Blogger فنيڠ ڤيکيراڤ said...

nak pengsan, oh..

17 August 2011 at 07:19  
Anonymous Anonymous said...

best....cpt sikit sambung ...huraikan apa yang tersirat

17 August 2011 at 10:53  
Blogger ~ZYX~ said...

cpt la smbg...dhira please just get to the point...jgn selok-belok ttg hati n perasaan....hehe...

17 August 2011 at 12:47  
Blogger - AtiKAh - said...

adoi..xpasl2 senyum sorg2..huhu

19 August 2011 at 16:27  
Anonymous Anonymous said...

bila nk smbung ni..x sabar tggu kisah strusnya

20 August 2011 at 19:59  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas