Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 13
Posted on Wednesday 30 November 2011
@ November 30, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah melihat gambar-gambar sekitar hari pertunangannya. Cantik. Dia tersenyum. Dah seminggu dah dia pegang title tunangan orang. Macam mana rasa? Dia geleng kepala. Sama ja. Dia masih tak tahu siapa tunangan dia. Dia tahu nama tapi dia tak tahu siapa? Pelik bunyinya kan.

Dia mahu juga bertanya kepada Opah tapi entah kenapa dia rasa malu nak bertanya. How could I say yes if I dont know him kan? Opah sendiri pun tak ada initiatif nak bersembang-sembang pasal tunang dia.

Dan akhir sekali, dia duduk di atas katil ni sambil tengok gambar-gambar dan mula 'membuat' lakaran wajah tunangnya di dalam kepalanya. Dia membayangkan Iman Hariz ni tinggi sebab Haikal, adik Hariz tu tinggi. Mukanya suka tersenyum sebab Mak Cik Awa rajin tersenyum. Badannya sedang-sedang, tak kurus, tak gemuk.. macam Haikal. Matanya bulat dan tersenyum.. dan ramah macam Haikal dan Mak Cik Awa.

Ezzah tersenyum. Entah apa-apa.. tapi okay apa, tunang sendiri kut kan?

"Ezzah.." suara Opah dari luar bilik memanggilnya.

Ezzah bingkas bangun dari katil dan bergerak ke arah pintu. "Awat Opah?"

"Nanti tengah hari kita pergi rumah Mak Cik Awa.. dia panggil makan kat sana."

"Mak Cik Awa?" Mak Cik Awa, bakal mak mertua, Ibu tunang dia tu?

"Aaah. Kenapa kamu ada kerja ke?" tanya Opah. Takut juga dia bila tiba-tiba Ezzah ada kerja yang perlu disiapkannya.

Ezzah menggeleng. Mana nak ada kerja kalau duk melagho je dalam bilik ni. Pergi pun bagus juga, dah bosan dia pandang dinding bilik..

Kalau pergi, entah-entah inche tunangan mesti ada di rumah. Gulp. Tiba-tiba dia rasa takut, nervous.

"Kamu siaplah ye." kata Opah lalu menghilang ke biliknya.

Ezzah menarik nafas. Dia jadi cuak tiba-tiba. Macam mana kalau tunangnya ni tak sampai tahap apa yang selama ni dia bayangkan. Macam mana kalau Iman Hariz ni pendek untuk dia yang tinggi ni? Macam mana kalau dia ni sebenarnya tak peramah, sebaliknya pendiam?

Ezzah menarik nafas.

Semuanya akan okay..

......

"Banyaknya Ibu masak hari ni?" kata Hariz bila dia masuk saja ke dapur. Bau masakan Ibu dah memanggil-manggilnya dari dalam bilik. Dia memandang hidangan di atas meja. Beraneka juadah.. rajinnya Ibu. Selalunya dua tiga juadah je sehari.. ni satu..dua.. enam juadah. Nak sambut menantu ke apa? Hariz menggelengkan kepala. Langkahnya dihalakan ke peti sejuk. Dahaga.

"Ada sapa nak datang ke Ibu?" tanya Haikal pulak. Dia terus duduk di meja makan.

"Aikk tangan tu.. tunggu ada tetamu." kata Mak Cik Awa bila Haikal cuba mengambil bergedil di atas pinggan.

"Tetamu? Sapa Ibu?" tanya Haikal lagi. Mak Cik Awa memuncungkan mulutnya ke arah Hariz yang sedang membuka peti sejuk mengambil air.

Haikal hanya mengangguk. Paham sangat. Ni mesti taktik Ibu ni nak baik-baik kan abang dengan Ezzah.

"Siapa Ibu?" tanya Hariz. Dia kurang dengar tadi jawapan Ibu bila Haikal bertanya.

"Assalamualaikum.." suara dari luar memanggil.

Mak Cik Awa tersenyum. Perfect time. Terus dia berjalan ke pintu, Haikal hanya mengikut dari belakang dan Hariz pula terus ke sinki meletakkan gelasnya.

"Masuklah.. jom semuanya dah siap. Mai makan." suara Ibu kedengaran.

Hariz berjalan untuk menyambut tetamunya..

dan betapa terkejutnya dia bila melihat tetamu yang sedang berjalan ke dapur itu. Apa yang Ibu cuba buat ni?

"Hah Hariz.. salam Opah." kata Ibu. Hariz hanya berjalan dan bersalaman dengan Opah. Gadis yang dibelakang Opah itu masih sibuk memasukkan barang ke dalam begnya..

Ezzah yang mendengar nama 'Hariz' di sebut terus mengangkat muka dari begnya. Matanya terpandang lelaki yang sedang bersalaman dengan Opah..

dan bila saja lelaki itu mengangkat muka terus dia terpaku di situ.

Dia? Monster? Heartless? Wooden heart?

Kakinya rasa lembik di situ.. dan kedebupppp dia terjatuh di situ.

.....

Hariz yang melihat gadis berbaju kurung merah hati itu terjelepuk di hadapannya itu terus ketawa. Ketawa yang betul-betul punya ketawa sehinggakan dia merasa tangan Ibu mengetam lengannya itu barulah dia berhenti. Muka Ibu dah merona, mungkin marah melihat dia yang 'suka' melihat 'kejatuhan' orang. Tapi serius la, sumpah lawak.. melihat gadis yang selama ni 'kuat' melawan dan bergaduh dengan dia tiba-tiba terkulai layu di hadapannya. Sejujurnya ini bukan ekspresi dan aksi yang dia harapkan... dia ingat pertama kali bila Ezzah berjumpa dengan dia, Ezzah mungkin akan menggunakan idea yang lebih kreatif tapi pengsan? Senyuman terukir di bibirnya..

"Ya ALLAH.. kenapa dengan Ezzah ni?" tanya Opah sambil memapah cucunya ke ruang hadapan. Mak Cik Awa membantu sambil menjeling ke arah anaknya yang sedang tersenyum. Hishhhh..

"Nah ibu.." kata Haikal bila dia kembali dari dapur dengan semangkuk air. 

Mak Cik Awa mengambil air dari tangan Haikal, terus merenjis ke muka Ezzah.

Opah di sebelah hanya memandang cucunya. Raut risau terpancar di wajah setiap manusia di situ.. kecuali satu mahluk yang sedang bersandar di dinding ruang tamu itu.

Hariz hanya berdiri, bersandar di dinding dengan tangannya disilangkan di dada sambil menghadap mereka yang sedang mengelilingi Ezzah. Dia sedang cuba fokus untuk tidak ketawa..

Tak berapa lama selepas itu, Ezzah akhirnya tersedar..

Retina matanya difokuskan kepada wajah Opah yang nampak sangat risaunya. Mak Cik Awa pun sama.. kepalanya sedang menyusun kembali apa yang berlaku sebentar tadi.. Ezzah cuba untuk dan bangun dan saat dia bangun dan memandang ke hadapannya dia melihat lelaki yang sedang memeluk tubuh di hadapannya.

Matanya mencerun ke arah lelaki yang sedang tersenyum memandangnya.

Senyuman yang dia tak dapat nak rungkaikan.. tapi 99.9999% hatinya berkata senyuman itu senyuman sinis yang lelaki itu selalu 'hadiah'kan bila mereka bertemu.

"Kenapa Ezzah pengsan? Ezzah okay ke?" tanya Opah.

Pengsan? For real, sebetul-betulnya dia pengsan ke tadi? Patutlah senyuman itu mekar sekali... sekarang baru Ezzah faham apa ertinya senyuman itu. Mesti dia fikir aku ni lemah kan?

Ezzah mengangguk. "Okay.."

Mak Cik Awa menaikkan kening, mungkin sedang memikirkan kenapa ya tiba-tiba bakal menantunya ini pengsan..

"Betul ni?" Mak Cik Awa bertanya lagi untuk memastikan yang Ezzah betul-betul okay..

"O.."

"Okay. So jom makan. Hariz dah lapar dah ni." kata Hariz tiba-tiba sebelum sempat Ezzah menjawab. Dia terus berjalan ke arah dapur meninggalkan mereka yang masih lagi mengadap Ezzah.

Ezzah hanya mampu mengangguk. Tangannya mengcengkam bantal kecik disebelahnya.. kalau tak memikirkan manusia-manusia lain di sekeliling mereka.. dah lama dah bantal tu elok kena kat belakang Monster tu.

Labels:


14 Surat Chenta ♥

14 Comments:

Blogger keSENGALan teserlah.. said...

KAH KAH KAHHH..
akhirnyaaa !!
sukeee.

nk lagik nak lagikkk

30 November 2011 at 15:03  
Blogger Hajar said...

haha. dramatik ah cara diorang jumpa. mau tak terkujat si ezzah.

30 November 2011 at 15:21  
Blogger Kak Sue said...

hahaha... pengsan... dah agak ....
lepas ni mesti lagi hebat cara mereka...
hahahaaaaa

30 November 2011 at 15:44  
Blogger - AtiKAh - said...

hahahahahaha..aduyai sis.,..kelakr..smpai terpengsan..sukenye tgk sis byk update..chaiyok2 sis...smbg..huhu

30 November 2011 at 16:02  
Blogger miss_adikimi said...

kehkehkeh..lawak btol la..
;DD

30 November 2011 at 16:13  
Anonymous Anonymous said...

a'ah... lucu betul la ezzah ni..
haha... hariz b0leh pulak ketawakan ezzah ye...
erm..xpe2.. nanti bila dah syg bru tau..kan?kan?kan?^^

30 November 2011 at 16:17  
Blogger Ms. Liaw said...

yeayyy ... ezzah dah jumpa inche tunang... tak sabar dah nak tau next .. thanks ednin..nanti masuklah entry byk2 cam arini

30 November 2011 at 16:49  
Anonymous Anonymous said...

teruja nampak entry baru!! teruskan!!

30 November 2011 at 16:53  
Anonymous sweetstalker said...

hahaha..2dia,,,tergezut smpai pengsan...memg dasar wooden heart:)) nk lggggggggggg hihihi

30 November 2011 at 17:33  
Blogger IVORYGINGER said...

hahaha... mmg kelakar la Ezzah ni. kenapa la tkejut smpai boleh pengsan. xsama ek gambaran awk Hariz yg handsome, baik n rajin. Rupa2xnya monsters, heartless n wooden heart. yuhuu...
Lps ni apa ya Ezzah nk bt. ada serangan balas tak kat meja makan. hehehe...

30 November 2011 at 18:32  
Anonymous ami said...

best! buka2 blog ni ad 3 update...
thanks :)

30 November 2011 at 20:09  
Anonymous MaY_LiN said...

eeeuuuuuhhhh..
jatuh sudah kamu ya..
aish terkejut beno nmpk gayanya tu..

30 November 2011 at 20:35  
Anonymous nursya said...

ala...
hariz kan inche monster syg ezzah...
hihihi...
mmg lawak ezzah pengsan time tu...

30 November 2011 at 20:56  
Anonymous Anonymous said...

best!

30 November 2011 at 21:37  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas