Poskad 3

22:16

“TERIMA KASIH, pak cik.” Maisa memulakan ayat apabila pak cik teksi itu meletakkan beg guni 66cm x 96cm itu di sebelahnya. Tangannya mengeluarkan not RM50 lalu dihulurkan kepada pak cik yang berbaju hijau; si pak cik teksi itu.

Senyuman masih setia di bibirnya -- seperti saat pertama dia menjejak kakinya ke dalam teksi ini tadi -- walaupun hatinya sedang terbakar dengan perangai si pak cik teksi yang memberhentikan teksinya jauh dari kawasan terminal itu.

Bila ditanya kenapa, pak cik tu menjawab kerana takutkan jalan sesak bila mahu keluar nanti. Ringkas saja jawapan si pak cik baju hijau tu tapi dalam simple-simple tu berbara jugaklah hati Maisa. Mahu saja Maisa keluarkan serangan berapi tapi ditahannya bila melihat nombor kad pengenalan yang tertera di atas dashboard teksi itu.

391101..

Nombor itu bermula dengan angka 39. Itu maksudnya pak cik itu lahir pada tahun 1939. Tahun yang sama  dengan arwah Tok. Terus perasaan marah itu bertukar menjadi simpati. Mana taknya dalam usia yang lanjut begitu, pak cik ini masih lagi bekerja mencari sesuap nasi. Cuba dibayangkan pula kalau Tok yang berada di tempat si pak cik teksi itu; sudah tentu dia tak mahu Tok dimarah, diserang dengan serangan berapi seperti yang dia mahu buat tadi.

Maka akhirnya, dia biarkan saja. Siap ditambah ekstra dengan senyuman berkampit gula lagi tapi si pak cik teksi itu tetap dengan caranya. Sikit pun tidak dibalas senyuman ekstra gula Maisa itu tetapi sebaliknya pak cik teksi itu terus masuk ke dalam teksinya dan berderu laju meninggalkan Maisa di situ.

Maisa berdiri di kaki jalan itu sambil memandang teksi yang dah pergi meninggalkannya. Hanya asap berkepul-kepul saja yang menemani.

Halahaih.

Tangan membetulkan bagpack di belakang; yang terisi laptop itu dan memasukkan dompet kembali ke dalam slingbag di sisi.

Phewww.

Dia mengeluh bila melihat bag guni yang sebesar alam yang turut sama menemaninya itu.

Sekilas pandangan jatuh pula pada terminal yang dalam beberapa meter di hadapannya itu.

Berselang-seli kedua objek itu dipandangnya.

Nak kena heret la ni?

Dahinya diketuk. Lagi mau tanya! Jam di tangan dijeling. 9.45 malam. Banyak masa lagi ni. Kau heret sajalah Maisa oii. Pelan-pelan.. inshaALLAH sampai.

Maka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, kakinya diaturkan ke arah terminal bas Hentian Duta itu.



IHSAN MEMASUKKAN kunci keretanya ke dalam kocek seluar. Matanya liar mencari Husni yang sudah hilang dari pandangan matanya. Mungkin Husni ke kaunter bertanyakan nombor basnya kerana itu yang sering dilakukan Husni setiap kali dia pulang ke kampungnya di Arau. Empat tahun menjadi tukang hantar Husni membuatkan dia tahu apa gerak langkah si kawan baik itu.

Kaki mula diaturkan ke terminal sambil matanya mengimbas kawasan sekitar. Kut-kut ada Husni di sebalik orang ramai itu. Tiba-tiba matanya terhenti ke arah seorang gadis yang sedang mengheret bag guni besar di pintu masuk Hentian Duta itu. Jatuh simpati bila melihat gadis kecil yang sedang menarik bag guni yang lebih kurang sama besar dengannya itu…

Lama matanya terfokus ke arah gadis yang memakai tees hitam bertudung kelabu itu…

Macam familiar. Desis hatinya.

Pandangan dileretkan pada bag sling hitam jalur putih di sisi kiri gadis iru.

Ting!

Keputusan berpadanan antara satu sama lain.

Tees hitam + bag sling hitam = All black head to toes.

Siapa lagi kalau bukan…

Miss bazooka! Jerit hatinya. Tambah yakin bila melihat ada jalur ungu putih di tali sling bag itu. Terus kakinya menukar arus.
Digerakkan kakinya ke arah gadis yang sedang berusaha kuat mengheret beg guni itu.

“Hai miss bazooka.” Ihsan menegur bila sampai di hadapan gadis itu. Tangan kanannya diangkat.

Maisa memberhentikan langkah. Matanya beralih kepada lelaki yang sedang tersengih di hadapannya. Kening diangkat serupa The Rock, mengimbas lelaki yang berkemeja petak-petak itu. Sumpah! Dia tak kenal. Bag guni sebesar alam itu ditariknya ke dalam tangan. Kaki sudah bergerak terus ke terminal.

“Miss bazooka!” Maisa memberhentikan langkah. Miss bazooka? Sounds familiar… Dia memandang kembali lelaki yang sudah mengambil tempat disebelahnya.
Ahmad Redha Ihsan! Kad matrik.. dia dah mula ingat kembali. Cuma kali ni wajah serabut itu dah bertukar gaya. Rambut sudah disisir rapi. Tidak seperti dua minggu lepas. Matanya mengecil, tajam memandang lelaki di hadapannya ini.

“Yes?” Antara pasti dengan tak pasti.. sejak bila dah tukar nama dalam IC nih?

“Sorang?”

“Taderlah.” Senyuman dihadiahkan. “Tiga.” Mata dijulingkan. Laju tangan menunjukkan bahu kanan dan bahu kiri.

Ihsan tersenyum.

“Bak sini saya angkat. Nampak macam berat saja ni.” Serentak tangannya mencapai bag guni di tangan gadis itu. Terlepas pegangan miss bazooka dari beg guni. Terus diangkatnya dibawa ke depan, berjalan ke terminal, meninggalkan gadis yang sudah tercegat, membutangkan biji mata.

Maisa mengurut dada dengan perangai tiba-tiba lelaki itu. Langkahnya terus laju mengikut lelaki itu lalu memotong langkah lelaki yang sudah mengangkut bagnya itu.

Sssrreettttttttt.

Ihsan membrek mengejut bila gadis itu sudah memotong tanpa memberi signal di hadapannya. Nasiblah tidak laju mana dia berjalan… kalau tak ada kang kena langgar tadi.

“Saya boleh buat sendiri, saudara.” Keras dia menuturkan. Sungguh dia tak suka orang datang tolong-tolong ni. Lagilah tak suka bila orang bersimpati dengannya. Sungguh, dia cukup tak suka.

Ihsan tahan senyum. Saudara lagi… Miss bazooka plus miss klasik.FM. Dia berbisik di dalam hati. Mata jatuh memandang gadis di hadapannya ini. Gaya moden, berseluar jeans, baju tees independent… siap dengan headphone di leher tapi perangai, masih di zaman duu-dulu kala.

Maisa memandang tajam lelaki di hadapannya. Dia perasan lelaki itu sedang meleret senyum.

Ihsan tersenyum lagi. “Sun.”

“Huh?”

“Sun, that’s what they called me.” Ihsan memberitahu. Sebelum ini dia tak sempat pun mahu berkenal-kenalan dengan gadis ini. Yellah, pertemuannya dengan miss bazooka ini hanya sekejap cuma. Nama yang diberitahu di dalam perbualan telefon tempoh hari pun dia sudah lupa.

“Sun?” Perlahan dia bertanya. Sun. Ihsan. Dia mengangguk perlahan. Sudah nampak logiknya nama ‘Sun’ itu pada nama lelaki itu.

“Yeapp. They called me the Sun of SOE.” Bangga Ihsan memberitahu gelarannya di kuliahnya itu.

Something bbanjak, bbanjak..
Something sparkling..
Something that makes him stand out among the crowd.

“Itulah Sun. The Sun of SOE.”


Suara Mardia dua tahun lepas terngiang-ngiang di kepalanya. Peristiwa di kafe itu mula berhimpun menjadi satu gambaran yang makin jelas. Imej lelaki berkemeja putih yang sedang menyisip air kopi di hujung kafe sudah kabur dimamah tahun itu kembali jelas di kepalanya.

Gulp.

Maisa menelan air liur pahit. Inikah? Kalau ini, maknanya Ahmad Redha Ihsan inilah crush setengah hari dia tu? Kepala cuma mengingat kembali. Masih kabur. Apa yang dia ingat hanyalah senyuman itu.

“Tapayah la bersaudara-saudara. Just call me Sun.”

Terus Maisa mengangkat kepala. Memandang Ihsan yang masih lagi tersenyum itu. Sepasang lesung pipit hadir di kedua pipi itu. Lebih dalam di sebelah kiri pipi dari yang satu lagii.

Voila!

The Sun of SOE… he is!

Dan sedetik saat itu.. tanpa mesej, tanpa sms, tanpa signal, hati Maisa berdetak lebih laju.

Dupdap dupdap dudap dudap dap dap..

Maisa menundukkan pandangan. Tak semena-mena.

Astagfirullahal’azim.

“Bak balik..” Tangannya meminta kembali beg di tangan lelaki itu.

“Saya nak tolong ni. Ikhlas. Tak tipu.”

Dudapdudappdappp..

“Tak payah. Saya boleh buat..” Kepala diikut geleng.

“Tapi…” Ihsan was-was. Salahkah dia mahu bersifat gentleman; mahu menolong orang yang pernah menolongnya. Sekurang-kurangnya boleh juga dia membalas budi. Hari itu pun dia tak sempat berterima kasih pada lanyard ‘Don’t lose me’ itu. Takkan nak membantu pun tak boleh kut?

“Bak balik.” Suara Maisa tekankan sedikit. Biar lelaki itu tahu yang dia serius dengan apa yang dia katakan. Tambah-tambah bila hati dah buat perangai macam ni.

Ihsan menyerahkan kembali beg guni itu. Lambat-lambat. “Betul ni?” Sambungnya.

Maisa mengangguk laju. “Positif.” Diam.

Ihsan menyoroti gadis di hadapannya, yang jelas tunduk memandang tanah itu.

“Terima kasih. Bye!”

Ihsan mengangguk lemah. Matanya setia memandang gadis yang gigih mengheret bag guni itu. Orang nak tolong pun degil. Dari miss bazooka ke miss klasik.fm, dan sekarang miss berdikari? Fuhhh. Tak sampai seminggu mereka berjumpa tetapi sudah banyak karakter gadis ini dia ketahui. Kepala digelengkan sekali.

Awak oh awak!



“KAU APAHAL tercongok kat sini?” Suara Husni membantutkan lamunan Ihsan. Ihsan memandang kaunter yang sudah kosong tanpa bayang miss bazooka itu. Ades! Tak sempat pun dia bertanyakan nama gadis itu tai.

“Woi.” Husni sekali lagi menumbuk lembut bahu Ihsan. “Kau kenapa? Macam tak betul je?”

Ihsan menghela nafas lalu memandang Husni yang sedang menunggu jawapan kepada soalannya tadi.

“Aku tak faham la.”

“Apa yang kau tak faham?”

Ihsan mengangkat bahu. Sungguh tak faham..

Husni menunggu dengan penuh sabar. Air mineral yang berada di sisi bag ditarik keluar. Diteguk perlahan. Membiarkan Ihsan menyusun ayat dahulu. No rushing, lama lagi masa sebelum bas datang.

“Tak fahamlah.. orang nak tolong angkatkan beg pun tak boleh ke? Salah ke?” Muka Husni ditatapnya bersungguh-sungguh. Cuba memohon pengertian dari Husni yang selalunya ada penjelasan pada setiap masalah yang berlaku.

“Tak salah.. nope, no, at all.” Jawap Husni sambil menggelengkan kepala. Air mineral dimasukkan balik ke dalam sisi bag. Dia tak nampak salah pun kalau nak membantu mengangkat beg. Lagi bertambah suka adalah.

“See.. kan? Tak faham aku.”

Husni mengangguk laju. Betul, betul, betul. Matanya sudah terarah pada deretan kedai makanan yang berhampiran dengan tempat mereka berdiri itu. Automatik dia mengulum senyum. Aura perut naganya sudah datang.

“Nah.” Bag balik kampungnya itu diletakkan ke tangan Ihsan.

“Buat apa ni?” Ihsan keliru. Apa kena pulak dengan Husni ni?

“Dah kata tadi nak tolong angkat beg, ni aku dah bagi dah. Banyak songeh pulak…”

Huh? Come again? Sejak bila aku nak angkat beg dia ni?

Husni menggelengkan kepala. Dia memandang enteng Ihsan yang sudah membulatkan mata tanda tidak puas hati itu. Nasiblah kau, Sun. Kaki sudah laju berjalan meninggalkan kawan baiknya dan sekali dengan bag kepunyaannya itu. Senyuman mekar di bibir. Well Sun, I know what you did just now. Rancangan nak mengorat tak jadi kan? Apa salahnya aku tolong sambungkan niat baik kau tadi. Nak tolong angkat bag guni ye? Ini ha bag Husni kau kena bawakan.

HAKHAKHAKHAK.

Nasiblah kau, Sun.

................................

Salam. Kali ni awal sikit dari selalu, ganjaran sebab siapkan assignment. 11 to go. Hikhikhik. Semoga terhibur.


You Might Also Like

17 comments

  1. Heuheuheu...
    Awat miss klasik fm ni eksen sgt? ;p
    Sian sun.. Hajat xksampaian..
    Well.. Nasib kaulahhh sun. Hik3
    Notti boy husni!! Bahahahahahhaahhaaa
    Sabaq ja la ada kwn cenggituuu

    ~acu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenalah eksen, baru mahal harganya. eheh.

      Delete
  2. heh...tak dpt tolong bwk bag guni, terpaksa plak tanggung bag husni...tak pasal je...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. padan muka dia. ngegada sangat.

      Delete
  3. kelakarlah.. i enjoyed reading your writings.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyuuuu. Couldnt do it without u guysss.

      Delete
  4. haha . .poor sun . .sabo jer lh . .

    ReplyDelete
  5. 2 in 1 ke Sun bila nak tolong orang...
    Husni bagi angkat bag dia ja bukan macam tadi guni ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam taleh tolong Ais, kena tolong kawan dia. Hakhkahka

      Delete
  6. uish..
    pela sun ni
    suka gelar2 kn org
    klasik fm ya..
    aduhai..crush c maisa lak
    :)

    ReplyDelete
  7. Wah Sun and miss klasik tu... mantap... amboi eh maisa, jumpa crush boleh plak jual mahal... ish2x rugi2x...hahaha ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. well, memang jadi perempuan kena mahal kan? ;)

      Delete
  8. miss bazooka, miss klasik.fm huh? hahahha ok, lap it kak e :)

    ReplyDelete