Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 8
Posted on Monday 7 November 2011
@ November 07, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah perlahan-lahan berjalan ke arah dapur. Suara ketawa dari dapur itu menarik minatnya yang sudah pening menghadap FYPnya dari tadi. Nak juga dia tengok apa yang Opah sibuk gelakkan tu.. dan bila dia hampir tiba di muka dapur, dia terdengar namanya disebut-sebut dalam perbualan itu.

Jeng jeng jeng..

Ezzah lantas menyembunyikan dirinya di antara dinding penghadang dapur dan ruang tamu itu. Telinga ditekapkan di dinding.. kunun-kununya bagi impak pendengaran yang lebih jelas walaupun sebenarnya tanpa perlu kan aksi begitupun dia pasti dengar. Satu rumah kut.. rumah kampung lagi.. pasti dengar melainkan ada kecacatan.

"Lama Ezzah duduk sini, Cik?" tanya Puan Awa bila mereka berdua sudah habis ketawa atas insiden 'telur' kelmarin tu. Tak sangka sungguh gadis yang dia nampak lemah lembut itu sebenarnya nakal dan berani! Yella mana ada manusia berani kacau anak lelakinya tu..

"Entah. Katanya sampai dia habis cuti semester dia tu. Nak temankan Opah dia ni, Ezzaq la ni risau semacam bila Cik jatuh demam hari tu. Terus dipaksanya Ezzah balik kampung.. kesian jugak Cik tengok dia. Duduk sini bukannya nak ada kawan pun, dah la dia pun orang bandar.. tak pernah masuk kampung.. kamu nak tahu Awa, ada ke pagi tadi disuruh potong halia, dibuatnya potong halus dadu tu.."

HAHAHAHHAHAHA.

Sekali lagi dekahan suara ketawa Opah dan kawannya itu memenuhi rumah hujung kampung itu.

Ezzah yang disebalik dinding itu sudah merah mukanya menahan malu. Aiyooo apa la Opah ni, ada ke buat diskusi pasal diri dia dengan orang lain. Kan dah jatuh saham ni.

"Nanti-nanti dia pandai la Cik.. sekarang kan dia sibuk belajar.."

Ezzah tersengih. Suka mendengar orang membelanya. Teheee. Hati dah menari-nari kesukaan.

"Belajar tu memangla tapi dia tu kan perempuan.. kenalah tahu kemahiran memasak ni. Jangan dok harapkan bibik di rumah tu aja.."

Ezzah mencebir. Opah ni ada je hujah nak balas balik, aiiii.. tapi okay apa bukannya dia tak tahu masak sangat pun. Tak pandai sangat tapi okaylahh.. sekurang-kurangnya cucu Opah ni pandai masak cupcakes dan dia juga ada 'kemahiran' mengenai restoran-restoran yang menyediakan juadah yang sedap. Cakap saja, nak western, east, kampong style.. anything. Ezzah Hani pasti tahu di mana. Teheee.

"Cik... sebenarnya ni Awa datang ada hajat.."

Ezzah menaikkan kening, telinga ditekapkan ke dinding..

"Hariz.."

Ezzah buat kening the rock, kepalanya mula mencerna nama Hariz dalam kotak ingatan.. Hariz? Tak kenal kut. Telinganya sekali lagi ditekapkan di dinding.

"Dia minta Awa risikkan Ezzah untuk dia.."

Ezzah membulatkan mata dan mulut. Kejap, kejap, kejap..

Inhale. Exhale. Inhale. Exhale.

"Dia minta Awa risikkan Ezzah untuk dia.." Suara mak cik tadi bermain di kepalanya sekali lago.

Risik? Ezzah? ME?!

Terus dia terjelepuk di belakang dinding tu.. that cannot be. Cannot be..

....

"Can you stop laughing now?" marah Ezzah bila dia mendengar dekahan ketawa Shen di hujung telefon sana. Rasa mahu saja dia campakkan iPhone 4 ni ke luar tingkap tapi bila mengingatkan keringat yang dia terpaksa lakukan untuk mendapatkan telefon ni terpaksa juga dia menadah telinga mendengar ketawa menjengkelkan itu.

"No.. come on I thought your family ni modern but what mesirik.."

"Merisik." keras Ezzah membetulkan perkataan yang terkeluar dari kawan Chinesenya ni.

"Whatever it is but hahahhaa.. oh my god I just cant stop laughing now. Could you excuse me for a while.."

Sekali lagi dekahan menjengkelkan itu bermain di corong telefon bimbit tu.

Ezzah mengetapkan giginya. Nasib baik kawan seorang ni berada beratus kilometer jauhnya, kalau lah ada di hadapan mata.. sah-sah dah berbinjul kepala mamat seorang ni.

"So you nak buat apa? Lari rumah? That sounds like hella fun."

"No I dont think so but you know, I dont think my Opah akan accept that pinangan.. lagipun I rasa Opah I ni open-minded, she'll let me decide it on my own.. I think."

"La yang you screwed up sangat apasal? Chillex.."

Tok tok tok.. pintu bilik berbunyi.

"Ehh will call you later. Daaa." terus talian itu dimatikan.

"Tengah cakap telefon ka?" tanya Opah bila Ezzah membuka pintu biliknya.

"Dah habis dah cakap ni.. awat Opah?" tanya Ezzah. Senyuman segaris dihadiahkan kepada Opah. Segaris saja, tu pon dia rasa dah cukup kekok. Hurrr agaknya macam mana nak berlakon ni? Nak buat-buat terkejut ke bila Opah cakap pasal tu, tak pun pengsan terus pun baik juga. Boleh dapat simpati Opah sikit..

"Opah nak bincang sikit.."

Ezzah menelan air liur. Otak dah mula memikirkan idea-idea untuk menolak..

"Kamu kenal Hariz, anak cik Awa tu?"

Ezzah menggeleng kepala. Tupperware air disebelah dihirup.. tekak rasa kering.

"Hariz mintakan cik Awa tu datang pinang kamu untuk dia.. kamu ni dah ada sapa-sapa?" tanya Opah. Kalau Ezzah ni dah ada calon, dia pasti akan menolak pinangan Hariz tu..

Tupperware biru itu diteguk lagi.

Opah diam memerhati..

Kepala Ezzah digelengkan. Betul la mana ada siapa lagi.. boyfriend paling last pun tahun lepas punya kekasih hati.

"Opah.. Ezzah.." sebelum sempat Ezzah habiskan ayatnya Opah dah awal-awal menjawab.

"Kalau macam tu Opah terima je la ye.."

Rahang jatuh.. mata Opah dipandang dalam-dalam meminta penjelasan. Opah yang seakan-akan faham itu hanya mengangguk sambil menunjukkan ekspresi muka yang sampai bila Ezzah tak akan mengerti, yang membuatkan Ezzah tak sanggup untuk berkata tidak kepada kehendak Opah yang satu tu.

....

"WHAT?!" empat jam selepas peristiwa itu, suara Ezzaq pula yang kedengaran di rumah miliknya. Hadhira di sebelah hanya memandang suaminya yang sudah berdiri memandangnya.

"Tapi Opah.. Ezzah dengan Hariz.. Hariz, Opah.. Hariz Iman.. bukan dia benci kita ke Opah?" kata Ezzaq, sesungguhnya dia dah tak faham apa yang dah berlaku sekarang ni.

"Ezzah mana? Dia jawap apa?"

"Opah.. please. Ezzaq balik minggu ni, nanti kita bincang elok-elok. Ezzaq tak boleh benarkan adik pergi ke tangan orang yang tak sukakan keluarga kita Opah.. please ya Opah.. okayy bye.. Assalamualaikum."

Telefon tangan dimatikan. Ezzaq memandang Hadhira yang sedang memandangnya.

"Kenapa?" tanya suara lembut itu. Mata bulat itu di pandang lama..

"Ezzah.. wait.. Hariz, dia hantar pinangan untuk Ezzah.."

Rahang Hadhira jatuh. Terkejut.

"Hariz yang awak cakapkan tu.. kisah sepuluh tahun lepas tu?"

Ezzaq mengganggukkan kepala. The very the one.

"That cannot be.."

"Can...." jawab Ezzaq sambil mengangguk.

"But why?"

"Dia je yang tahu sebabnya,.. saya takut la awak, Ezzah tulah satu-satunya adik saya. Saya takut Hariz apa-apakan dia.. and she knows nothing pasal cerita sepuluh tahun lepas tu. Ahh tak faham sungguh dengan Hariz ni.. apa yang dia nak cuba buat ni?" kata Ezzaq. Bahu si isteri dirangkulnya erat. Dia mahukan kekuatan dari tubuh kecil yang semakin membulat itu..

Hadhira tersenyum. Pelukan suaminya diketatkan.. dia tak tahu nak memberi respon apa selain dari apa yang dia sedang buat sekarang ni..

"Things gonna be okay.. He, the Almighty knows better. Mana tahu ada rencana disebalik kisah ni?" kata Hadhira. Itu saja dia dapat simpulkan. Cliche, but it helps. Keyakinan pada Dia yang Satu itu perlu ada pada setiap manusia, setiap muslim. Dan sesungguhnya setiap kesulitan itu akan datang kesenangan..

Ezzaq mengangguk. Mungkin ada benda yang menanti di sebaliknya? Who knows? Ezzaq tersenyum.. ironi sungguh kalau dulu dia yang menjadi si crying shoulder untuk Hadhira dan sekarang pula Hadhira yang berbuat demikian bila dia lelah dan gusar. Agaknya inilah kut kecantikan ikatan perkahwinan yang orang uar-uarkan tu.

It feels great.. completeness.

Pelukan itu dirungkaikan..

"So kena balik Kedah la minggu ni, yang. Alahai awak okay ke? Nak ikut balik Kedah? Kalau tak nak pun tak apa, alla awak stay je la rumah Ma dengan Abah, saya balik sorang-sorang je.."

Hadhira menggeleng.. lengan Ezzaq dirangkulnya.

"Nak ikut! Tak kira!.."

"Degil."

"Takut rindukan saya ler tu.." kata Ezzaq.

"Mana ada.. orang rindukan Opah dengan karipapnya la. Tak puas makan hari tu.."

Ezzaq tergelak. Hidung Hadhira ditariknya.. "Bagus juga nanti ada la orang layankan saya dalam kereta..  menyanyi lagu Chris Medina pastu menangis.."

Kedepaappppp. Bantal kecil di atas sofa dibalingkan ke arah Ezzaq.

"Menangis-nangis jangan sebut,." kata Hadhira. Malu.

"Tak pa.. tangisan awak tu la yang membuatkan saya sayang.." kata Ezzaq lalu memeluk Hadhira. Insha-ALLAH sampai ke liang lahad dia akan sayangkan perempuan ni seorang. Janji.

...............................

Selamat Hari Raya Idul Adha ya korang! Teheee.. have fun, meh kirim daging sini sikit meh. Teheee..

Labels:


6 Surat Chenta ♥

6 Comments:

Blogger fisha said...

nice......
tak sabar nk tgk apa jadi bila ezzah vs hariz

7 November 2011 at 01:16  
Anonymous MaY_LiN said...

hihihi..
kemain riso nye c abang ni..

7 November 2011 at 01:42  
Anonymous Anonymous said...

waa~~
hehe...
nice...
xtau nak ckp apa...
nak lagi boleh?
hehe...

-arisa-

7 November 2011 at 10:09  
Blogger anchovy said...

comell.unnie.selamat hari raya

7 November 2011 at 11:49  
Blogger keSENGALan teserlah.. said...

aaapa jadi lepas tuuu?

nak lagi !

7 November 2011 at 23:04  
Blogger Ednin said...

@fisha: Ezzaq vs Haris? Meh kita tgk sapa yang K.O dulu? HEHEHE.

@MaY_LiN: Sapa tak risau adik kesayangan tu!

@arisa: heee new chapter is up! thanks for reading.

@anchovy: thankyou dear.. selamat hari raya juga adik akak yang sweeeet ni :)

@keSENGALan terserlah: haaahh apa jadi?? new chapter is up!

8 November 2011 at 00:34  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas