Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink 23
Posted on Thursday 30 June 2011
@ June 30, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Jo tersengih bila melihat muka Hadhira yang sudah siap bersolek itu. Inilah pertama kalinya dia melihat Hadhira disolek. Lain benar dari selalu. Dah macam baby doll dah dia tengok. Dengan mata bulat yang kadang-kadang tu selalu digunakan untuk meminta simpati. Dia terus tergelak..

"Kau gelak apasal?" tanya Hadhira. Ya Allah beratnya benda-benda alah atas kepala ni. Berat juga bulu mata palsu ni. Boleh tertidur aku macam ni.. padan sangat la semalam tak cukup tidur nak siapkan hantaran kawen. Kawen express lagi..

"Muka banyak cantik lorrrr..." Memang cantik pun. Sumpah tak tipu. Cuma dia tak biasa saja sebab Hadhira ni mana pernah pakai mekap pun seumur hidup dia. Even keluar pergi jalan-jalan pun dia bare face je.

"Nak kutuk la tu?"

"Serious..ni!"

"Macam la tak biasa tengok aku pakai mekap"

"Elleh bila masa kau pakai?" tanya Jo. Kepalanya mula ligat berpikir bilakah yang Hadhira ni pernah sekali pakai full mekap. Tak pernah kut. Enam tahun diorang berkawan.. sumpah sekali pon tak pernah tengok.

"Dulu masa dinner.."

"Dinner tu kau pakai bedak dengan celak je okay.."

"Serious ke muka aku pelik?"

"Cantik.. Ezzaq pasti tertawan"

"Dah lama dah Ezzaq tertawan.. masa tu cik kak ni selekeh kut dengan hood dia tu" kata suara dari luar bilik. Jo dan Hadhira berpaling.. Ya Allah Sarah dengan Aini. Rindunya zaman bilik 105!

"Mangkuk betul la.. kau balik rupanya?"kata Hadhira.

Sarah dan Aini tayang gigi. Saja ja diorang kata dekat Hadhira yang diorang tengah busy dengan klinikal sebab tu tak boleh nak balik padahal awal-awal lagi dah tempat tiket flight.

"Aku kan nak tunaikan janji aku.. Mestilah kena balik.."kata Sarah.

"Sungguhla aku cakap.. aku doakan dia ended up dengan mamat tu jugak.. pastu masa dia nikah je aku nak pergi kat dia senyum sinis dengan buat muka I-TELL-YOU-SO. Expression dia masa tu aku nak tangkap gambar dan bingkaikan. Serius aku cakap!"

Jo, Sarah dengan Aini tersengih. Mereka semua ingat lagi perkara lima tahun lepas di bilik 105 itu. 

Hadhira je yang masih bingung. Sumpah dia tak faham drama apa yang kawan-kawan dia tengah lakonkan sekarang ni.

Jo lantas menceritakan kisah sebenar. 

Hadhira terus menunjukkan buku limanya. Amboi minah ni.. dah jadi psikik apa.

"See? mulut aku masin kan?" kata Sarah..

"Kau doakan aku bahagia jugak tahu.."kata Hadhira. Sarah hanya mengangguk. Dia tumpang gembira untuk kawannya yang sorang ni. Aini pun begitu tapi tidak pulak bagi Jo. Baginya ayat terakhir Hadhira tadi macam ada something wrong somewhere.. cuma dia tatahu kenapa.

"Jom tangkap gambaq!" 

Suara Aini itu membantutkan fikirannya. Dia pantas ke arah tiga kawannya yang sudah posing semacam di hadapan kamera. Rindunya kolej.

...

"Finally boleh rest!!!" jerit hati Ezzaq. Dia masuk ke dalam bilik. Mahu rehatkan badan sekejap. Dari semalam lagi badan ni tak fully rest. Ada je kerja nak kena buat tapi dalam penat-penat ni dia rasa blissfully happy. Senyum je kalau fikir..

Finally after five years.. I'm married.. to Nur'iz Hadhira Hisham.

The same girl yang aku jatuh cinta pandang pertama lima tahun lepas.

Terima Kasih YA ALLAH!

Pintu bilik air dibuka. Hadhira dah siap mandi. Mukanya tadi nampak sangat riak terkejut. Terkejut tengok aku ada kat bilik ni kut tapi normal la kan ada husband sendiri dalam bilik pengantin ni. Takkan dia nampak aku macam Arul kut? HA HA HA.

Sama-sama diam.

"Tak nak mandi?" tanya Hadhira. Rambut yang diikat tadi dilepaskan. Lega. Satu hari pakai tudung hari ni.. tak masuk udara. Dia mengambil penyegar Loreal di atas meja solek itu.. lepas habis pakai ni aku mahu tidur. Mata dah serupa mata anak cina dah. Sepet. Mengantuk punya pasal.. tapi sebenarnya dia segan. Nak tidur atas katil ke? Ahh susahnya kahwin.. dia memandang Ezzaq yang sudah merebah dirinya di atas katil melalui cermin meja solek itu. Nak tanya pasal sleeping arrangment,, dia rasa takut pulak? Ada ke wife tanya soalan tu masa first night diorang as husband and wife? Naaaa I dont think so.

Ezzaq hanya menggelengkan kepala. Penat sangat. Dia rebahkan badan di atas katil. Kedua tangannya diletakkan di bawah kepala. Mata memandang siling putih itu. Penat juga kawen kan? Sumpah tanak kawen dah lepas ni. Ha ha ha. Ada hati tu nak tambah satu lagi.. yang sorang ni pun susah nak dapat.


"Awak.." kata Hadhira masa diorang shopping beli barang hantaran hari tu. 

Ezzaq hanya diam mendengar. Takut jugak dia masa tu. Takut kalau-kalau Hadhira ni tiba-tiba nak batalkan perkahwinan. Janganlah.. kad dah diedar, dan lagi seminggu je. Kang mengamuk lagi mama dengan Opah. Nak pujuk diorang meminang sekali lagi pon dah jenuh.

"Saya sebenarnya..tak bersedia lagi.. to... you know.. marriage.."

"Tak boleh get over Arul lagi?" tanya Ezzaq. Tangannya dah digenggam erat di bawah meja. Kalau boleh mahu saja dia tumbuk meja ni. Kasi pecah sikit. Come on, lelaki mana boleh bersabar sampai macam ni. Setiap benda ada limit..


"Saya try tapi macam awak cakap it takes time.."

"I need help. From you.. harap awak faham" sambung Hadhira lagi bila Ezzaq dihadapannya dah muka dah keruh semacam.

"I'm not going to cancel off the wedding"

"Bukan tu maksud saya.. I mean.. give me some time.. bagi saya masa untuk gantikan Arul dengan awak.."

Masa tu dia tatahu nak kata apa tapi apa boleh dia buat kalau si hoodies pink dia seorang ni tak bersedia dan perlukan masa. Takkan aku nak ikutkan perasaan sendiri je.. perasaan si hoodies pink macam mana?

"Dia first time heartbroken.. so she needs time. Kau kena la sabar.. Dhir ni jenis lembut dan aku yakin kau boleh pikat dia balik. Cuma bagi masa dan ruang kat dia.." kata Jo sebelum pulang tadi.

Dia pandang Hadhira yang sedang duduk di hadapan cermin. Bagi masa? Tapi sampai bila? Ezzaq mengeluh.

"Saya nak mandi. Awak tidur la dulu.. Ma cakap awak tidur berapa jam je siapkan hantaran." kata Ezzaq. Dia bergerak ke arah beg bajunya yang dibawa tadi mencari tees dan seluar tidur.

"Towel saya dah letakkan dalam bilik air.."kata Hadhira. Ezzaq mengangguk. Baru je nak tanya tadi. Ada chemistry rupanya kita ni.

Hadhira pantas bangun bergerak ke katil bila saja pintu tandas itu ditutup. Dia mahu tidur. Dari tadi kepala dah berat.. badan dah minta katil. Penat berkenduri memang real. Ingatkan jadi raja sehari best, penat ya amat rupanya. Tanak la aku jadi raja dah lepas ni. Jadi Hadhira lagi best! Mata yang ngantuk itu terus terlena bila dia letakkan kepala di atas bantal.

Lima belas minit kemudian Ezzaq keluar dari bilik mandi. Fresh. Nikmatnya mandi. Suasana dah kelam. Hanya lampu meja saja dibuka. Air-cond di dalam bilik dinaikkan suhu.. sejuk wok!

Matanya memandang katil. Memandang si hoodies pink yang sedang tidur. Comel. Rambut ikal tu dah hampir penuhi muka. Dia berjalan ke arah katil. Mahu tidur jugak. Tapi sebelum sempat dia tiba di kanan katil, dia singgah dulu di kiri katil yang menempatkan Hadhira yang sedang lena tidur berpelukkan bantal segi empat itu..

Dia berlutut di atas lantai, tangan pula menongkah dagu. Mahu menghayati pemberiaan Allah. First time dia rasa dia betul-betul duduk dalam jarak dekat dengan Hadhira. Sebelum ni tak pernah langsung ada chance nak tengok wajah si hoodies pink ni dengan betul-betul. Selalunya kalau dia mara dekat je, Hadhira akan belok tempat lain.. tak pun kalau dah dapat duduk dekat-dekat mesti Hadhira ni dalam keaadaan berair mata..

"This is how my wife looks like.." bisiknya dalam hati. Thank you Allah..

Rambut-rambut yang memenuhi muka Hadhira itu dikuiskannya. Muka itu bersih tanpa sebarang mekap.. ingat lagi tadi pagi bila dia first time tengok Hadhira bermekap. Terkejut pun ada. Terkejut tengok yang si hoodies pink ni rupa-rupanya ada rupa. Kalau dulu perkataan pertama tengok si hoodies pink ini ialah comel tapi tadi si hoodies pink ni nampak cantik. Nampak matang..

Dahi itu diciumnya lama.

"Good night sayang"

Labels:


4 Surat Chenta ♥

4 Comments:

Blogger cikpah said...

keh3... seb bek tidoq skali...=) dah slalu sangat baca novel yg kawin paksa-rela ni tidoq asing2...

18 July 2011 at 21:44  
Anonymous Anonymous said...

Okayy. Ini comel. Hoho -Adawiah

28 July 2013 at 06:32  
Anonymous Anonymous said...

sweet...sy dh jatuh aty nie...

30 May 2014 at 22:37  
Blogger Ednin said...

Terima kasih anonymous! :)

10 June 2014 at 09:12  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas