Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 14
Posted on Thursday 1 December 2011
@ December 01, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah berjalan masuk ke kandang di sebelah ladang kelapa sawit itu. Mamat-mamat Myanmar yang sedang melihatnya itu tidak diendahkan. Mungkin pelik melihat kedatangan seorang perempuan yang memakai dress labuh bercorak bunga di tengah-tengah keterikan panas matahari. Ahhh Ezzah tak peduli panas ke tak, yang pasti dia nak jumpa tuan punya kandang!

Menurut informer dia (yakni Widad dan Aida), abang Hariz (abang?) selalunya akan ada di ladang kelapa sawit dan tak pun di kandang yang bersebelahan dengan ladang tersebut. Dan tadi bila dia bertanyakan dengan pekerja di situ di mana Iman Hariz? Terus pekerja itu menunjukkan jari ke arah kandang. Maka betullah tak salah lagi yang mamat Monster tu ada kat kandang.

Dari jauh dia melihat Hariz sedang berdiri memandang kambing-kambingya. Cepat-cepat dia berjalan ke arah lelaki itu. Dia tahu yang Hariz sedar akan kehadirannya tapi lelaki Monster tu lebih selesa memandang kambingnya dari memandang Ezzah!

Hariz yang sedang memberi makan anak kambing itu sedar akan kedatangan Ezzah tapi dia buat tak peduli dan meneruskan kerjanya tadi.

"Awak!" suara itu datang menghampiri.

Hariz tak memberhentikan kerjanya.. tapi sebaliknya dia bergerak ke arah pagar lagi satu dan memberikan kambing-kambing itu makan. Tak peduli dengan kehadiran perempuan di belakangnya. Kerja tetap diteruskan.

"Makan banyak-banyak yaaa Messi, biar cepat besar.." kata Hariz lalu memberikan anak kambing itu makan.

Ezzah yang tadinya geram bila lelaki itu tak mempedulikannya mula tersenyum bila mendengar nama yang Hariz sebutkan tadi. Messi? Lionel Messi? Pemain bola sepak?

"Nah, yang ni untuk Maradona pulak.." sambung Hariz lagi. Ezzah memandang anak kerbau yang sedang mengunyah rumput-rumput itu.

Mara what? Maradona?

"Come Kaka..."

KAKA KAKA KAH KAH KAHAKAH.

Akhirnya terlepas juga ketawa yang dia cuba sorokkan dari tadi. Kartun sungguh? Ada ke dia bagi nama kambing semuanya nama pemain bola sepak? Ezzah menggelengkan kepala. Tak ada nama lain ke nak pilih. Ni nama pemain bola sepak juga yang dipilihnya.. Ezzah dah tersengih monkey. Kepalanya dah mula berimiginasi kambing-kambing sedang berebut bola di tengah padang.

Hariz memberhentikan kerjanya.. telinganya geram mendengar ketawa itu. Siap boleh start dengan KAKA? Kenapa salah ke dia bagi nama macam tu kat anak kambing dia? Salah ke?

Ezzah menutup mulut bila dia perasan yang mata Hariz sedang mencerun ke arahnya.

"Sorry.. ehem.. biar saya teka nama kambing ni pulak.. Ronaldinho? Ronaldo? Drogba?"

Ketawa itu sambung lagi..

Hariz diam. Matanya masih lagi memandang gadis berdress labuh di tengah kandang ni. Perempuan ini sumpah tak tahu ke tak sedar ke yang dia dah salah tempat. Ingat ni apa tepi pantai? Golfclub? High tea function ke nak pakai macam ni masuk kandang?

Ezzah memberhentikan ketawanya bila melihat lelaki itu serius memandangnya.

Owhhh time to get serious!

"What are you doing here, city girl?" Perfecto English accent!

Ezzah menelan air liur, gerun bila mendengar soalan tanpa nada itu. Dia memandang lelaki di hadapannya ini. Dia mungkin ada English accent, like seriously deep gila tapi melihat muka serius yang mendung itu terus Ezzah melepaskan keluhan. Lelaki di hadapannya ni bukan lelaki yang keluar dalam 'lakaran' Iman Hariz dia semalam. Dia tinggi, lebih kurang 10cm tinggi dari Haikal. Badannya lebih sasa, bukan macam Haikal yang sederhana.. dan obviously dia tak ramah dan suka tersenyum macam Mak Cik Awa. Untuk sekian kalian Ezzah meragui kenapa? Kenapa dia begitu berbeza dengan Ibu dan adiknya?

"Saya nak putus tunang!" kata Ezzah, dalam satu nada.

"Huh?" Sepatah dijawabnya.

"Come one, we both know.. awak dengan saya macam ni..." sambil menunjukkan isyarat X menggunakan tangannya. "IM-POS-SI-BLE." sambung dia lagi.

"So?" Sepatah juga dijawabnya lagi.

"Saya nak putus." Ezzah mengulang kembali ayatnya tadi. Semalam dia dah pikir baik-baik. Lantaklah orang kata pertunangan dia ialah pertunangan yang paling tersingkat dalam abad ni dia tak kisah. Yang penting hatinya tak rosak, tak seksa nak kena layan tunang tak da perasaan ni.

"Putus la, saya tak kisah. Awak pergi cakap sendiri, I'm out of this. Done. So get out, I need to do my work." kata Hariz. Dia berjalan meninggalkan Ezzah.

Ezzah mengetap gigi. Tengok? Macam mana nak berbincang, sebabnya setiap kali dia datang dekat je dengan lelaki ni mesti Hariz akan meninggalkan dia.

Pertama kali bila accident kereta hari tu. Tak da ribut tak ada tsunami, dia blah.

Kedua bila peristiwa dia kena tengking depan rumah kenduri hari tu.

Ketiga bila jumpa di kedai runcit tempoh hari..

Dan hari ini, macam selalu, mesti dia yang akan mengejar Hariz! Macam la dia mahu sangat bercakap dengan Hariz.. Ini perkara penting, kalau dia tak buat macam ni, hidup dia sah-sah akan merana. Time is ticking, kalau diikutkan kata sepakat keluarga dua-dua belah pihak, majlis pernikahan akan dilaksanakan tahun hadapan. Pertengahan tahun hadapan, maka enam bulan dari masa sekarang? Haaaaaa tak mahuuuu!

"Awak gila? Mampus saya kena nag dengan Opah.. awakkan lelaki?"

Hariz masih lagi meneruskan kerjanya dengan anak-anak kambingnya.

Ezzah masih lagi setia mengikut sambil mengetam mulut. Geramnya.. dia lagi layan kambing ni dari aku?

"Sebab saya lelaki? Wooww like really wowwww, kalau semua lelaki kena buat, perempuan tak perlu..now I wish I can be a girl jugak macam ni. Don't you think so, my city girl?" Hariz menjawab. Sinis. Macam selalu.

Ezzah melepaskan keluhan.

"This is all about you, sebab awak la.. awak yang usulkan proposal yang absurd ni?!"

"Absurd? dan awak ni perfectly in mind la bila accept proposal saya ni? Wow! I'm impressed." Mata Hariz dibeliakkan. Kunun-kununnya impress la dengan tindakan Ezzah.

"Can you stop being sarcastic?"

"Ouch. That must be hurt, eh?"

"We seriously need to talk. Kalau macam ni sampai bila pun tak boleh nak selesaikan masalah kita.. I dont want to suffer myself kalau nak kena kawen dengan awak yang... yang.. Monster ni.. dan awak pun mesti tak nak kawen dengan manusia yang macam saya. We are the opposite of each other. Awak duduk kampung, saya orang bandar.. awak sinis, saya sensitif.. awak dengan kambing, dan saya.. saya.. tak suka kambing.. arghhhh.. we.. we just cant.. I don't even like you.. and you .. you don't even like me... like.. wait.. wait a second.." Ezzah memberhentikan ayatnya. Kepalanya dah memikirkan satu sebab kenapa benda ni berlaku.

No way.. tak mungkin! Kemungkinan sebab ini hampir di takuk zero tapi oh my.. that explains it. The proposal?!

Dia memandang Hariz yang dah duduk di bangku yang tersedia di situ sambil menghirup air masak di dalam botol. Matanya dibulatkan, cuba mencerna idea pelik yang sedang berlegar-legad di benak kepalanya.

"Seriously?" Dia duduk di hadapan Hariz. Betul-betul di hadapan Hariz... matanya memandang lelaki di hadapannya.

Hariz yang sedang meneguk air di dalam botol itu memandang tempat lain.. apa la yang ada dalam kepala perempuan ni? Botol ditunggangkannya lagi.. 'Serious what?'

"Betul la ni!" kata Ezzah. Tangannya kanannya dah menepuk tangan kirinya.

"OH MY... love at first sight! That's it... sebab tu awak tak boleh tengok saya... YOU FALL FOR ME, ISN'T IT? Awak suka saya, sebab tu awak suruh Ibu awak datang merisik!"

Phusssshhhhhh.

Tersembur air yang sedang diminum Hariz. SUKA DIA?! GILA APA?! Dia mengelap air yang di bibirnya. Perempuan ni imiginasi setinggi mana yang sampai keluar idea entah papa ni?

"Iman Hariz!!!!!!!" jerit Ezzah. Dia mengelap air dimukanya.

Hariz memandang ke arah gadis yang dah terjelepuk jatuh dari kerusi hadapannya. Muka kuning langsat itu dah basah walaupun cuaca tengah panas ketika ini.

Hariz dah ketawa di kerusinya. Sumpah dia tak sedar yang dia dah tersembur gadis di hadapannya.. padan muka. Sapa suruh buat ayat berani mati lagi.

Ezzah mengelap mukanya yang dah basah dengan air semburan Hariz tu. Tak pasal-pasal dia kena.

"Seriously, I dont mind married to you.. sebab apa tahu? sebab my life would be dull without you. HAHAHAHAHA. Mana ada orang berani masukkan telur dalam helmet saya, prank saya tengah-tengah siang, pastu mana ada perempuan yang pengsan bila tengok tunang dia dan yang paling penting sekali not everyone boleh blurt out absurdly sampai kena sembur macam ni. No one.. but you. Awwww serius, hidup saya mesti warna warni kan bila awak ada.." kata Hariz sambil ketawa.

"Saya tak suka la macam ni... saya nak cancel our engagement sekarang jugak! Kita tak akan kawen. TAK AKAN! I would never allow that!"

Hariz akan kening, "We'll see tapi kan city girl, saya bukan nak riak.. but I always get what I want. Always." kata Hariz lalu berjalan meninggalkan Ezzah yang terkial-kial membersihkan dirinya akibat terjatuh tadi.

Ezzah menjelir lidah.. "I always get what I want.." dia mengejek apa yang Hariz cakapkan tadi. Matanya hanya mengikut bayangan lelaki itu sehingga hilang di pandangan.

Ezzah berdiri. Tangan digenggam. "And you Misthurrrr Monster, saya pun selalu jugak dapat apa yang saya nak! All the time."

.............................................

p.s: It's December! A new month, and a new hope. Enjoy your day everyone!

Labels:


11 Surat Chenta ♥

11 Comments:

Anonymous Anonymous said...

likelike..... please sambung XD

1 December 2011 at 09:00  
Blogger Hajar said...

serius kelakar. kambing semua jadi pemain bola okay? hihi.

1 December 2011 at 10:25  
Blogger Ms. Liaw said...

yeayy..comel jer nama kambing semua nama bola .. asal tak letak safie sali :d thanks for entry ...letaklah banyak2 lagi hari ni ek

1 December 2011 at 10:42  
Blogger anchovy said...

yeah! i love thisss

1 December 2011 at 10:58  
Blogger Kak Sue said...

Hahaha.... ketawa terguling-guling bila baca .... so sweet...
Ezzah kuatkan semangat kita tengik si pak cik tu .... boleh cair x dengan city girl.... hehehehe.....

1 December 2011 at 11:19  
Anonymous sweetstalker said...

hahaha..mak aiii smpai nk putuih 2nang...xmo la putuih 2nang xmaknanya la BENCI+SAYANG :))

1 December 2011 at 12:05  
Blogger IVORYGINGER said...

u r right Hariz. Without Ezzah ur day will be dull. n she is the 1st lady can make u laugh. 2 times already. she different from other. among lady in village also can be like her. she the only paint when know u r her fiance. if the village girl mesti dah tkinja2x. n she only can make prank over u no other. hehehe...
tpkan ayat Ezzah mcm ada benar.1st love sight, thats why suddenly ask her mother to merisik Ezzah. mgkin dlm keadaan tak sedar permintaan tu. tp rsnya benar. cuma bila lihat ezzaq mula la start dendam tu. cinta dikaburi oleh dendam.
anyway pasangan ni sgt sepadan. i like it much. lps ni apa la taktik Ezzah nk gagalkan perkahwinan dia. i cant wait.

1 December 2011 at 14:08  
Anonymous iman said...

best gler!!!

1 December 2011 at 14:51  
Blogger the apple of my eye said...

the best!!

1 December 2011 at 17:01  
Blogger Aida Sherry said...

seriusly...cite ni best.... saya paling suka jln cite yg macam ni....
hero n heroin...mula2 jumpa bergaduh....masing2 ego, tak nak beralah....then lama2 terjatuh cinta... i like...mula2 benci pastu sayang...akhirnya cinta....
baru baca cite ni....best....

1 December 2011 at 23:41  
Anonymous MaY_LiN said...

ish..pe nak jadi pasangan ni..
ngamok la opah nnti kalau tau

2 December 2011 at 00:48  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas