Poskad 12

11:58

“NAH. PENAT aku cari kat KOOP lepas exam tadi.” Kad bersaiz A5 itu diletakkan di sebelah buku tebal yang bertulis Fluid Mechanics itu. Setengah jam dia menghabiskan masanya mencari kad yang sesuai untuk projek matchmaking mereka tu. Bukan senang nak jumpa. Mana nak cari kad untuk pujaan hati? Yang ada hanyalah kad hari jadi, newborn babies, best wishes, anniversary.. anything but not what they’re looking for.

Belek punya belek akhirnya dia terjumpa poskad gambar Eiffel Towers di sebalik kad-kad itu. Siap tulis Je t’aime lagi tu. Terus dirembat, bawa pergi ke kaunter dan kaching kaching.

“20 bucks.”

Kening Mardia terangkat. “Mahalnya.”

“Tengoklah dulu.”

Tangan Mardia pantas menyeluk plastik KOOP itu. Ringan. Sekeping kad dibawa keluar.

Poskad dengan gambar permandangan hitam putih yang berlatarkan Eiffel Tower.

Sumpah klasik.

So Ais-esque.

“Wow pandai kau cari. Poskad pun poskadlah kalau kad tak jumpa. Ini dah lebih romantika de amour ni.”

“Kan? Usaha kita ni macam dipersetujui saja kan. So kita nak tulis apa ni?” Nab mengetuk meja.

“Aku dah cari lirik lagu tu..” Tangan Mardia rancak memunggah fail biru di atas rak buku. Seminit kemudian kertas putih A4 yang bercetakan lagi Things I Will Never Say - Avril Lavigne itu dikeluarkan.

“Nah.”

Kertas A4 itu bertukar tangan.

“So nak gunting pastu lekatkan ke?” Nab membaca lirik di tangannya itu.
Mardia menggeleng kepala. Mulut dimuncungkan. Serius tak romantik la cik Nab Nom Nom ni!

 “Apa kes nak cut and paste.. Kata klasik.”

“Dah tu nak tulis?” Pelipis digaru.

Mardia mengangguk. Pen berdakwat basah yang sedia di tangan itu diserahkan kepada Nab. “Kau tulis.”

“Semua nie?” Matanya menyiring bait-bait lirik di atas kertas A4 itu.

Sepuluh rangkap, satu lagu.

Kepalanya dianggukkan. “Lepas tu kita taruk bedak sikit.” Dia ketawa suka.

“So klasik.fm.”

“So Ais-esque!”

Nab tersengih. Jelas kelihatan lesung pipit di pipi kiri. Matanya memandang kompartmen Maisa yang gelap, tidak berlampu itu. Dia kembali memandang Mardia. Dia tersenyum.

“I like.”




KUNCI DI tangan dipusing-pusingkan dengan jari. Gembira. Kertas peperiksaan terakhir -- itupun kalau lepas -- dalam hidupnya. Mungkin bukan terakhir kalau dia mahu sambung ke peringkat yang lebih tinggi tapi untuk sekarang, untuk detik ni, dia mahu berehat dulu dari ke-stress-an menjadi pelajar.

Mari katakan tidak pada projek tahun akhir, kerja tugasana, laporan amali dan apa-apa lagi yang sinonim dengan seorang pelajar. Dia mahu mengutip pengalaman bekerja dahulu sebelum menyambung master nanti.

Lagipun surat tawaran bekerja -- disebabkan biasiswanya -- sudah selamat sampai di pintu rumah minggu lepas.

Maka, no more exams, for now.

“Ihsan, waittt..” Suara dari belakang memanggilnya. Pantas dia menoleh dan melihat kekasih- baru-masuk-dua-bulannya, Sarah sedang berlari anak mengejarnya.

Ihsan menampar dahi. Lupa yang dia pergi dan balik dengan Sarah. Eh pembetulan, Sarah yang pergi dan balik denganya Langkah diberhentikan. Menunggu si gadis.

“So how’s the exam? Okay?” Wajah kemerah-merahan di hadapannya dipandang lama tapi mengikut pengiraannya, it wasn’t really oka__

“Tak sempat. I dapat rasa I’m gonna flunked this subject.”

Ihsan menggangguk. Tengok muka cemberut tu pun dia dah dapat agak.

“Well biasalah Engine. Kalau tak fail, bukan budak Engine la namanya.”

Mata dihadapannya itu terjegil keluar. Tak percaya. “Don’t you say that.”

Ihsan angkat kening. Bukan tadi ke dia cakap I-m-gonna-flunked-this-subject?? Dan sekarang don’t-ya-say-that? Huh? Tak fahamlah dia dengan telatah Sarah ni. Lantas kaki digerakkan ke depan.

“Tapi you tak pernah fail kan?” Sarah bertanya. Kalau ikutkan CGPA lelaki ni, tak mungkin, sama sekali yang Ihsan akan ada markah bawah B.

“But I failed my koko last semester.” Sebab dia terlalu fokus dengan FYP. Akhirnya kena barred, dan bila kena barred, fail la jawabnya. Tapi semuanya dah settle, dia dah selesaikan semua aktiviti kokonya semester ni.

Sarah menjeling. “Malas la I nak layan you. I nak balik!” Kaki dilajukan lagi.

Ihsan mengangkat bahu. Tak faham dengan angin kejap-okay-kejap-tak Sarah ni.

Lantas kakinya menyaingi Sarah yang sudah berjalan ke arah keretanya. Tiba-tiba perutnya mula berkeroncong. Pukul 1 petang, tanpa breakfast dan dinner pukul 9 malam semalam, tak mustahil kalau perut itu dah berirama techno.

“Sarah, kita singgah makan dulu nak tak?” Perut berbunyi lagi.

Sarah menggeleng. “Esok I exam. I nak kena study. You pergi sorang la.”

“Okay.” Kepalanya tengah memikirkan nama yang berpontensi untuk diajak keluar.

Sarah yang bagai memahami sikap Ihsan terus membrek laju. Dia berpaling menghadap Ihsan yang berdiri di belakangnya.

“Oh oh.. apa ni brek-brek macam ni?”

Muka Sarah tiada riak. Segaris. Tanpa perasaan. Mata tajamnya menikam Ihsan. “Tapi you jangan dok menggatal ajak orang lain. I tak suka!”

“Oh..” Hilang semua nama potensi tadi.

“Ahmad Redha Ihsan, I meant it.” Jari telunjuknya ditunjukkan kepada Ihsan.

Lambat-lambat Ihsan mengangguk. Dia memadang Sarah yang dah mula berjalan ke tempat parking kereta.
Fuhh. Cemburu buta Sarah ni tingginya ya amat. Dua bulan kenal -- bercinta (jika mengikut definisi adik-adik sekarang) atau pun mengenali hati budi masing-masing (ikut definisi artis-artis) -- hanya dua minggu saja dia rasa butterflies in the stomach.

Lepas saja dua minggu itu… everything turns into a nightmare. Perangai yang dulunya lemah lembut itu bertukar rentak. Menjadi extreme. Lebih garang. Lebih cengil. Dan cemburu. Cemburu buta yang dah masuk tahap five stars punya peringkat. Setiap jam kena bagitahu dia dimana, buat apa, dengan siapa. Semuanya nak kena dilaporkan -- on time -- dekat ‘penguatkuasa’ tak bertauliah ni dan kalau dia lambat -- ataupun dia saja-saja buat tak perasan mesej atau panggilan masuk -- esok tu bila berjumpa. Memang kena laser la. Tu tak termasuk lagi dengan nak melayan kerenah merajuk dia tu..

“Apa ni?” Suara Sarah seakan terjerit di telinganya.

Ihsan terkejut. Hilang terus apa yang berada di dalam fikirannya. Dia memandang Sarah yang sudah berdiri di kiri kereta dan mengambil sesuatu dari kaca depan Neo itu.

Sampul surat pink?

Kening dinaikkan. Sejak bila pak guard Uni pakai sampul surat pink hantar saman? Tangannya mahu membuka sampul yang Sarah berikan padanya.

Zaassss.

Sampul surat itu direntap kasar oleh Sarah. Isi di dalam dibawa keluar. Matanya menjeling Ihsan yang sudah berdiri di sebelah.

Poskad?

Ihsan memanjangkan leher. Mengintip apa isi sampul surat pink itu.

Sebelum sempat dia membaca ayat pertama di atas poskad itu dia dihadiahkan dengan pandangan berbara dari Sarah. Mata berkanta sentuh kelabu itu seakan-akan bertukar menjadi merah berapi.

Ihsan melepaskan keluhan. Ahhh sudah. Mode cemburu buta sudah dihidupkan…

“See!” Poskad menara Eiffel itu dilemparkan di kaki jalan. Geram.

Ihsan membongkokkan badan. Poskad itu dikutipnya. Dia mendengar Sarah mendengus di sebelah.

Poskad itu dikibaskannya. Sisi gambar Eiffel itu dipusingkan ke belakang.

I'm tugging at my hair
I'm pulling at my clothes
I'm trying to keep my cool
I know it shows
I'm staring at my feet
My cheeks are turning red
I'm searching for the words inside my head
Macam pernah baca tapi dimana ya? Dia meneruskan pembacaan. Tak kisah dengan gadis yang sudah memberontak di sebelah itu.
 (Cause) I'm feeling nervous
Trying to be so perfect
Cause I know you're worth it
You're worth it
Yeah
Avril Lavigne. Things I’ll never say. Lagu yang adiknya, Ilyia selalu menyanyi. Matanya tertuju ke arah bawah kanan poskad itu.

Maisa.

Maisa mana pulak ni? Adik-adik junior ke? Keningnya berkerut sejuta.

019-9311999

Zappp. Matanya berhenti di nombor telefon yang tertulis kecil di bawah ‘Maisa’ itu. Bagaikan pesakit yang menderita dari amnesia, otaknya mula mencantum kepingan-kepingan memori.

“Polis kut..”
Mata Ihsan mengecil memandang Husni. Kening diangkat sebelah. Polis?

“Dah 999 nombor dia.” Jelas Husni sambil tersengih. Lawak tak menjadi pulak hari ni. 

Ihsan jatuh rahang. Takkan miss bazooka tu kut?!
Seriously, serious?!

--------------------------------------------------

Assalamualaikum!
Finally... chapter 12 of Poskad.
Maaf kerana membuatkan anda tertunggu. Janji itu hari tersasar sampai ke lima bulan baru nak update. Alhamdulilah, dengan izin-Nya dan doa famili dan sahabat2, E dah berjaya tamatkan MSc. Hehekhehek.
Dan Alhamdulilah dah bekerja juga. Alhamdulilah.
Sebab tu masa jadi tight. Balik kerja, settle hal belajar, settle hal rumah, settle hal tengok drama dan Running Man lagi, settle urusan travel sana sini... dan kisah klasik dibiarkan macam tu.
Dan bos pun dah suruh hantar proposal untuk next target of life. Dan mungkin akan kembali busy lagi. Maaf! (awal-awal cakap)
Terima kasih atas doa kalian.
InshaAllah. Akan update kalau ada masa.

Regards, E.




You Might Also Like

8 comments

  1. wa weee idea mmg bang bang boom c madia ni
    sis..da keje yek..tahniah
    tempoh fasa dewasa skang
    hikhikhik..gud luck ya

    ReplyDelete
  2. Wow waiting for this like forever.tq miss writer :)

    ReplyDelete
  3. E...... Tahniah n update yg dinantikan sanggattt........ Best tahap tak hengat bab nie...... Nk update lg pliiisss..... plisssss @_@

    ReplyDelete
  4. yeay!!! E dh update blog dier..
    suka-suka.. :)

    ReplyDelete
  5. yeay!!! E dh update blog dier..
    suka-suka.. :)

    ReplyDelete
  6. @MaY_Lin: hi awakkk, thank you. Dah dewasa dah dan xbest rupanya dewasa ni. Luls. Thank you, awak.
    @Anon: Ohh dont wait. Please. Hihihi. Sama-sama juger, anon!
    @Safiah Ahmad: Terima kasih kerana sudi membaca Kisah Klasik. You're d best. Hugs and kisses from E.
    @Aznur Elya: haahahhahaha janganlah segan tau kita xupdate. Thank you!
    @happy mind: that was sweet, dear. Hopefully you're in a happy state right. Thanks.

    ReplyDelete