Poskad 8

09:57

MARDIA DUDUK bersila di atas kerusinya. Kepalanya dah tepu dengan teori-teori Mechanics of Materials ni. Dari pagi sampai pagi sampai petang kepalanya cuba mengamal dasar selami MOM. Selam punya selam, tengok-tengok dia sendiri yang makin pening. Makin dibaca, makin banyak dia rasa tak faham. Sekarang, otaknya sudah tidak boleh menerima input lagi. Lantas kepalanya mula menarik keluar earbuds di telinganya. Mahu ke tandas, membasuh muka. Moga-moga lepas ini, bolehlah dia kembali segar untuk menelaah lagi.
           
Suara gelak di luar sana menarik minatnya. Papppp. Buku terus ditutup. Terus dia bingkas bangun. Langkah kaki diaturkan ke depan, lampu kompartmen bilik Nab saja yang bercahaya. Kak Fatin mesti balik rumah dan Ais mana lagi kalau tak kat studio kesayangan dia tu.
           
Langsir diselak dari luar.
           
Nab elok bersila atas lantai sambil makan Pringels cicah aiskrim Vanilla.
           
Cisss. Tak aci!

Orang sibuk-sibuk stress nak final minggu depan, dia boleh layan Pringles cicah aiskrim Vanilla. Siap tengah tengok Family Outing lagi. Episode Cha Tae Hyun. Double tak aci! Itulah episod kegemarannya. Lawak selawak lawaknya! Lantas dia membetulkan silanya di sebelah Nab. Tanpa dipelawa tangan terus mengambil Pringles lalu dicicahkan dengan aiskrim. Not healthy but superbly yummeh. Sinful.

“Sampai hati tak ajak?” Mata ikut sekali melihat adegan dua kawan baik -- Cha Tae Hyun dan Kim Jong Kook -- bergaduh itu.

“Kau dok karaoke lagu Hindustan tadi. Tak sampai hati nak kacau.. feeling on the top. Terkesan jiwa aku dengar..”

Sungguh bila masuk fasa mau exam je, mesti minah ni akan stress. Pastu dia akan plug in earphone, and sing along. Phewww. Bernanah telinga ni dengar. Ni nasib baik Mardia sorang je dalam bilik, kalau ada Ais memang lagi havoc, mana taknya kedua-dua mereka mesti akan berkaraoke secara berjemaah. Sorang lagu Hindustan, seorang lagi lagu orang putih. Dua bahasa bersatu. PBB dengar pun boleh jatuh air mata terharu.

“Ais tak balik lagi?” Mardia bertanya. Keropok Pringles dimasukkan ke dalam mulut.

Nab menggelengkan kepala. Matanya masih melekat kepada Cha Tae Hyun di skrin. “Kalau tak sah-sah dia akan join kau karaoke tadi.” Sempat dia mengenakan Mardia sekali lagi.

Mardia tersengih monkey. Kena kepuk dengan bedilan ayat Nab yang sinism.

“Kuat eh aku nyanyi tadi?”

“Boleh tahan la. Dengar dari tingkat bawah tadi. Kajol dengar pon boleh kalah bila dia dengar kau dok bolechudiyan, bolekangna.. agaknya kalau aku chop kepala kau tu boleka?”

“Sorry sorry. Stress tau tak mengadap MOM tue.”

“Aku dah dok tiga tahun dengan kau. Faham sangat dah. Tengok ni apa aku beli?” Nab meletakkan beg plastik hitam di atas riba Mardia.

Tanpa disuruh-suruh, Mardia menyeluk keluar isi dalam beg plastik itu.

Kotak headphone. “Headphone?” Kening diangkat.

Nab mengangguk. “Headphone aku dah rosak. Persediaan. Nanti kalau kau dengan Ais berjemaah aku sarung kat kepala buat pendinding. HWAHWHAHAA.” Nab versi gelak syaitan nirrojim.

Kedebaappp.

Beg plastik tu hinggap di paha Nab.

“Nak kena kau ni kan Nab. Kau ada satu tahun lagi dengan aku Nab.. jaga kau.” Mata dijegilkan buat efek marah.

Nab menjulingkan mata. Macam aku takut..

Tiba-tiba Mardia diam. Muka yang tadinya gembira bertukar kusam. Nab mengangkat kening. Aikkk tak paham sungguh dengan minah ni. “La awat ni?”

“Ni semester last Kak Fatin dengan Ais..” Mardia memandang kosong dinding di hadapannya.

Nab mengangguk perlahan. Aa’ah baru perasan. Tiga tahun mereka berkongsi bilik dan dalam beberapa minggu lagi Kak Fatin dengan Maisa akan tamat sesi degree mereka. Kak Fatin dengan Bioteknologi dan Maisa pulak dengan Senibina (Part I).        

Dengan kak Fatin dia tak kisah sangat sebab bila-bila mereka boleh berjumpa sebabnya rumah Kak Fatin tu macam belakang universiti je. 10 minit perjalanan sampailah tapi dengan Maisa? Boleh tarik nafas lagi kalau dia sambung Part II kat Malaysia kalau dibuatnya dia sambung di luar negara? Memang makan jari la kalau nak jumpa selalu. Nak bertepuk tampar macam sekarang ni…

“Nab..” Tiba-tiba dia rasa ada idea jatuh mendarat. Tak semena-mena.

Nab berpaling ke arah suara yang dah bertukar nada tu. Tadi macam sedih, sekarang macam terlebih teruja pulak lagaknya.

“Jom kita jalankan misi sebelum diorang habis nak tak?”

Nab mengecilkan matanya. Tajam memandang wajah bercahaya di hadapannya. Mardia memang penuh dengan idea-idea entah-happapa dia tu.

“Kau jangan..”

Nab teringat kenangan mereka di tahun satu bila Mardia tiba-tiba ajak mereka -- Kak Fatin terselamat sebab masa tu dia balik ke rumah -- mengikutnya berjogging hanya semata-mata kerana dia naik 1kg. Kalau waktu-waktu sesuai tak apalah lagi tapi Mardia ajak mereka berjogging pada pukul empat pagi; di atas alasan orang tak ramai, dan ya memang betul la orang tak ramai!

Empat pagi ye kawan-kawan, diulang suara. EMPAT PAGI! -- dan akhirnya misi berjogging mereka itu bertukar menjadi misi-ku-dikejar-dengan-pak guard. Lintang pukang mereka berlari. Mana taknya baru first year. Mana tak takut bila terpandang muka pak guard yang bermisai lentik dan bersuara garang tuh.

Phewww. Nab mengelap peluh. Sampai sekarang pun dia masih trauma lagi bila nampak pak guard bermisai lentik tu.

Mardia tersenyum monkey. “Aku janji ni biasa-biasa je.” Tangan diangkatkan ke atas tanda bersumpah.

Nab menggelengkan kepala. Sungguh senyuman itu sebiji sama dengan senyuman masa dia merencanakan misi empat pagi tu. Sunguh tatipoo.

“Senyuman kau tu.. err macam tak kena je ni. Macam tak boleh nak berjaya je.. macam misi jogging kau masa kita first year tu. GAGAL!”

“Kau ingat lagi?”

Nab menjulingkan mata. Mau tak ingat… Boleh masuk pengalaman pahit dalam buku biodata tau.

“Tapi okay apa. Kita ‘jogging’ jugak apa tuh.” Perkataan jogging itu di quote-unquote guna tangan.

“Jogging palahotak kau. Tu dah kena ligan.. phewwww. Nasib baik doh tak kena tangkap. Kalau kena mana nak sorok muka mak ni u’olls?”

Kedua-dua sambung gelak. Memang memori bila teringatkan balik kenangan first year tu. Dah tiga tahun rupanya mereka sebilik. Nasiblah dapat teman sebilik yang otak tak pernah center ni. Kreatif semedang!

“Kau nak buat apa?” Nab mengangkat kening.

Mardia menyimpul senyum. “Haaa.. mai sini.” Tangannya didekatkan di telinga Nab.

Sok sek sok sek.

Mardia menerangkan plannya kepada Nab. Nab terbuntang mata.

This is far crazier than misi empat pagi tuh.

Serius tatipoo.

You Might Also Like

10 comments

  1. Ada ja nak buat untuk kenangan ya... macam best ja rancangan gila Mardia.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kenangan seumur hidup! Apa dia kita nantikan. ;)

      Delete
  2. kak E!! again and again and agaiiinnn.. mohon sambung cecepatttt.. HAHA.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhikhik. Tengssss sebab baca. Next rabu!

      Delete
  3. ohh MOM.nasib baik tak masuk major kita.susah kot. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu dengar orang bising pasal MOM, that's y masuk dalam nih. Hikhikhik

      Delete
  4. uish cam byk je idea depa ni
    haru haru
    nk prank kn ais ngan sun ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhikhik. Jeng jeng jeng. Stay tuned!

      Delete
  5. Hai May_Lin, we have a same idea. ;D hahaha...
    mardia nk kenen Ais dgn Sun of SOE kew???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhuhukkhukhukkk stay tuned. :D

      Delete