Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink 10
Posted on Friday 10 June 2011
@ June 10, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Dari satu kedai ke satu kedai diorang berjalan masuk mencari tudung yang sesuai untuk persalinan Jo nanti. Tapi dalam berpuluh-puluh kedai yang diorang masuk tu, satu apa pun tak lepas dari piawaian cik Nur Jannah Amani. Minah cerewet dot com betul la. Mesti ada saja yang tak kena. Ada yang tak labuh la, ada yang warna tak match la..alahai nasib la kau Hadhira..

Jam sudah menunjukkan pukul 12.10 tengahari. Perut dah berdongdang sayang dah ni. Nasib baik tak hardcore sangat, kang malu aku kalau orang kanan kiri dengar perut berbunyi ni. Padanlah dengan makan roti je tadi pagi. Kalau tahu, mesti bantai buat mee goreng ke apa ke. Something heavy..

Matanya memandang Jo yang sedang berkerut bercakap dengan penjual itu. 

Kain tudung yang sudah siap bermanik labuci semua itu dipandangnya. Cantik. Warna tudung satin putih itu dihiasi dengan labuci bermotifkan bunga di kepala. Just nice.

Jo berjalan ke arahnya sambil membawa tudung tersebut.

"Cantikkan?" Jo bertanya. Hadhira dihadapannya sudah mengangguk laju-laju. Dia tersenyum. Lapar la tu. Tadi sibuk je mengadu lapar.

"Tapi pricy la sikit.. kau rasa nak beli ke tak?"

"How much?"

"RM150 tapi kak ni cakap dia bagi RM 130.."

"Buatan tangan ni dik. Kain pun dari Jepun.. corak memang the only one dalam dunia ni.."sambung kak bertudung biru itu. Eh bila pulak akak ni datang berdiri sebelah ni?

"Sesuai kan dengan baju kau?"tanya Hadhira.

Jo mengangguk. Dia memang suka bila bawa Hadhira ni berjalan membeli-belah. Memang financial consultant yang bagus. Kadang-kadang tu kalau dia nak membeli barang tak berguna je, Hadhira mesti akan masuk campur. Cakap apa yang baik dan buruk pasal barang tu.. sampaikan kadang-kadang tu tak terbeli barang tersebut walaupun dia dah berbulan-bulan simpan duit nak membeli.

"Okay beli je.."

"Tapi mahal la.. membazir plak tu..aku bukan nak pakai dah pun lepas ni.." jawab Jo. Grand semacam.. dengan bermanik labuci ni. Kang aku pakai masuk office kang pengsan Mr. Teoh. Si simple Jo Jannah yang selalu pakai kemeja ni alih-alih berlabuci bagai.

"Kau sewakan je. Kak kau kan wedding consultant.." balas Hadhira balik. Alahai perut dah tukar gear masuk genre pop dah ni.

"Tapi tak mahal sangat ke for tudung?"

"Jo. Aku bayarkan je la.." Eh wait Hadhira.. kau cakap apa ni?

"Serious?"

"Kang nanti aku tarik balik kang.." 

Oh demimu perut. Sanggupku berkorban apa saja. RM 130 untuk tudung saja? WOW!

"Yella aku ambik..tapi kau jangan risau.. kau tayah bayarkan. Aku nak hadiah tiket kelas pertama gi Paris je.. so yang ni aku bayarkan ye.."jawab Jo lalu berjalan mengikut kak bertudung biru itu ke kaunter. 

Tangan Hadhira menunjukkan penumbuk ke arah Jo. Ingat aku ni anak raja ke nak sponsor tiket kelas pertama free free macam tu. Dari bagi kau baik aku bawak aku je gi sana. Ish ish kedekutnya seorang Hadhira ni.

...

Elok je lepas lunch di Secret Recipe mereka pun sehati sejiwa berjalan ke arah kedai buku Minerva. Novel-hunting! Hoyeye. Nampak je dua-dua ni macho kunun-kununya hati tak da tapi kan kalau nak tahu, dua-dua manusia yang hati tak da ni memang minat novel-novel Melayu. Hardcore. Jangan tatahu.

Ingat lagi masa di OZ dulu, dia paksa Ma supaya poskan novel-novel dari Malaysia tiap-tiap tiga bulan sekali. Yella duduk negara English speaking ni kadang-kadang tu rasa lemau juga kalau nak layan novel English je memanjang. Maka nak tak nak memang terpaksa suruh Ma poskan. Nasib baik Ma cool je tak kisah spend money hantarkan. Ingat lagi perasaan masa dapat parcel tu.. memang priceless la.. berebut diorang nak baca novel.

Ngeee. I miss OZ somehow. Life as a student actually. Sekarang ni hidup dah macam tak ada life.

Novel-novel dirak dipandangnya. Banyaknya novel baru nie. Publisher pun dah macam-macam jenis dah sekarang ni. Kalau dulu satu publisher ye yang memonopoli pengeluaran novel-novel ni. Tapi sekarang banyak.. tak terpilih.

Dah lama tak membaca. Pelik kan kalau dulu kat OZ sana memang rasa macam dah tahap addict je.. asalkan ada masa je mesti akan baca novel tapi sekarang bila dah balik tanah tumpah darahku ni tak da pulak terkinja-kinja macam dulu walaupun stock kat sini memang ada tiap-tiap masa.

Kekangan masa kut. Yella busy je semedang je dengan kerja. Mana nak ada masa nak membaca.. kalau cuti pun mesti dia akan keluar menghirup udara segar.. tak pun tidur. Kekeke. Tidur kan aktiviti utama.. tambah-tambah lagi bila nak qada' tidur yang tak pernah cukup bila waktu kerja tu. OT memanjang.

Dua novel di rak diambilnya. Sinopsis macam okay je ni lantas dibawanya ke kaunter. Cukup kut stock untuk sebulan.

"Hi Dhir.."

Hadhira yang sedang sibuk memasukkan duit baki ke dalam pursenya terus memandang lelaki yang menegurnya.

"Ah Ajip. Jo kat belakang kut.." tangannya serentak menunjukkan arah.

"Habis tak shopping tadi?" tanya Ajip lagi.

"Jo cakap ada benda lagi dia nak beli.. untuk hantaran kut. Korang ni memang tak pandai planning.."gumamnya. Amboi pandai la kau Hadhira.

"Eh elle kau nanti aku nak tengok jugak macam mana.." kata Ajip.

Hadhira mencebir.

"Jannah kat belakang eh?" tanya Ajip lagi.

Hadhira mengangguk. Tangannya membuka plastik minerva itu, nak tengok novel baru! Rakus tak rakus tolak tepi. Asalkan aku dah bayar.

"Zaq, aku pergi belakang jap.."jerit Ajip kepada seorang lelaki tinggi yang sedang bercakap ditelefon di luar kedai.

Hadhira yang tadi kemain semangat nak tengok novel baru terpempan. 'Ezzaq' bisik hatinya.

YA ALLAH!

Boleh tak aku pengsan kat sini?

Labels:


6 Surat Chenta ♥

6 Comments:

Blogger cikpah said...

yesss!!!! hero dah sampai.... ni yg cheq suka ni...

17 July 2011 at 23:25  
Blogger Ednin said...

heee harus sampai! lalalala..

20 July 2011 at 19:17  
Blogger anchovy said...

yeye.ezzaq is here

3 September 2011 at 21:09  
Blogger Ednin said...

Hehehe hero kesayangan saya dah sampai!

3 September 2011 at 23:04  
Anonymous Anonymous said...

jmpaa dah ngn ezzaq.. pertmuan pertamaa

kDija

24 June 2012 at 09:37  
Blogger Ednin said...

After years.. hihihi.

27 June 2012 at 00:09  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas