Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bab 2: 10 tahun = 1 dekad
Posted on Tuesday 20 March 2012
@ March 20, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Senyuman yang tadinya menghiasi muka bujur sirih itu bertukar menjadi segaris sebaik saja lelaki berkemeja putih itu berpaling kepadanya.

Abiir terkedu. Terkejut.

Farhan. Hati berdesis.

Dan jelas sekali yang lelaki itu juga terkejut melihatnya.

Abiir cuba mengkompos diri. Tak mahulah riak terkejut itu bermain lama di wajahnya. Dia tersenyum. Janggal.

"Hai." Dia mengangkat tangan. Long time no see.

Farhan berdehem. Membetulkan anak tekak.

"Hai." Buku yang dipegangnya tadi dimasukkan ke dalam bakul. Dia berdiri menghadap Abiir yang berdiri di sebelahnya yang jelas sudah bertambah matang, bertambah cantik, bertambah ayu..

10 tahun. 1 dekad.

Takkanlah nak expect Abiir Humairah ni macam Abiir yang dulu.

"Buat apa sini?"

Abiir tersenyum. "Ini kedai buku ibu saya. Lepas kerja saya datang sini. Lepak."

Farhan mengangguk. Betulla. Kata Aiman, Abiir suka membaca.

"So cari buku apa? Kut-kut saya boleh tolong." Abiir tersenyum.

Farhan mengangkat buku biru di dalam bakul lalu ditunjukkan ke arah Abiir.

Diet ibu mengandung? Abiir membaca tajuk buku itu. Zapppp. Senyuman tadi bertukar menjadi kelat.

He's married. A father.

"Ohhhh." Hanya itu saja yang terkeluar.

Farhan menjeling sedetik buku di tangannya. Diet ibu mengandung. Dia menepuk dahi. Matanya kembali kepada wajah bujur sirih di hadapannya. Ingin menerangkan hal sebenar.

Tapi sebelum sempat dia membuka mulut. Abiir berbicara.

"Dah kahwin.."

Tidak pasti sama ada tanda soal di hujung ayat itu atau titik noktah.

Tetapi yang pastinya suara Abiir bunyinya lemah sekali di telinganya. Cemburukah dia? Terkilan kah Abiir bila 'mendapat' pengkhabaran yang Ahmad Farhan Ezry ni dah berumah tangga.

Tiba-tiba Farhan tersenyum. Entah kenapa dia rasa seronok.

Soalan (atau ayat penyata) dari mulut Abiir dibiarkan sepi. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

"Bagus ke buku ni?" Farhan bertanya.

Abiir mengangkat muka. Cuba mengkomposkan diri.

"Bagus tak bagus, saya tak pasti tapi ramai juga bakal-bakal ibu bapa yang beli.."

Farhan mengangguk faham. "Kalau macam tu I angkut je la. Lagi you nak rekomen apa?"

Abiir memandang buku-buku di dalam bakul itu. Hampir penuh. "Saya rasa dah cukup dah kut tu."

Farhan tersengih.

"First child?" Abiir bertanya bila mereka sama-sama berhenti di kaunter. Tangannya pantas mengskan barcode di belakang buku.

Farhan lagi bertambah senyum. Tiba-tiba mode usik mengusik dihidupkan.

Seraya dia menggeleng. "Nak masuk dua." Dua anak sedara.

Abiir memberhentikan kerjanya. Dah dua anak..

"Ohhh." Sekali lagi hanya itu yang dia mampu katakan.

"You dah kawen ke belum?"

Abiir mengangkat muka. Lama dia pandang lelaki yang dah bertukar status tu. Akhirnya dia menggeleng perlahan.

Farhan mengangguk. Dalam hati dah macam party gembira dah..

"Why?"

Abiir hanya tersenyum menggantikan jawapannya. "Nah. Semua RM 98.00."

Farhan mengeluarkan wallet dari kocek seluar. Dua keping not RM50 dikeluarkan.

Abiir hanya diam melakukan kerjanya. "Nah baki. Come again."

Farhan tersenyum. "Definitely." Senyuman extra gula selamat dia tebarkan pada Abiir.

There will be a next, next, next time.. again Miss Abiir Humaira.

Definitely.



TV yang sedia terbuka itu tidak dihiraukannya. Kepalanya masih lagi teringat kisah perjumpaan selepas 10 tahun itu tadi.

Macam tak sangka. 10 tahun. Akhirnya diorang berjumpa balik.

Tapi dalam masa 10 tahun tu, banyak benda dah terjadi.

He is the father of two. Going two. 

"Helllloooooooooooo.." Satu suara menyampuk. Abiir tersedar dari lamunannya.

Tangan Aiman melambai-lambai di hadapan matanya. "Are you thereeeeeeee?"

Tangan Aiman ditangkapnya. "Yes I'm here. Kenapa Encik Aiman?"

"Mana tahu dekat Paris dah ke sekarang ni. Orang panggil tak menyahut, diam. Berangan."

Abiir mengeluarkan lidah. Mencebir.

"Pinjam kereta?" Aiman menadah tangan.

"Kereta abah mana?"

"Diorang keluar. Pleaseee."

"Pergi mana pulak ni?" Tanya Abiir. Sesungguhnya dia berat hati nak berikan kereta kesayangannya kepada Aiman. Mana taknya setiap kali Aiman memandu, setiap kali itulah dia akan dapat surat chenta dari polis trafik.

"Ada reunion. Tengok bajulah.."

Abiir memandang sekilas adik lelaki di sebelah. Berbaju melayu ungu.. siap bersampin bagai. "Ni nak pergi kawin ke nak pergi reunion?"

"Theme kakak, theme. Takkan Melayu hilang di dunia. Ni mesti idea Pak Derawan ni." Pak Derawan tu cikgu BM sekolah mereka dahulu. Nama jolokan yang budak-budak bagi. Sebabnya dia kaki dera. Nama sebenar Ridhwan. Maka bila sambung, dah jadi DERA+WAN.

Abiir membuka beg tangannya. Kunci proton Gen 2 itu dibawa keluar. "Jangan laju-laju. Kakak dah tak larat dah nak bayar saman. Everytime awak cuti, mesti kakak dapat surat chenta!"

Aiman tersengih. Tangan menunjukkan isyarat OKAY.

"Thank you kakak!"

"Iyeeeee. Have fun."

"I will."

...................................................................

Assalamualaikum semua. Here we goes the second chapter of 10t=1d.

Have fun. ;)

Labels:


31 Surat Chenta ♥

31 Comments:

Anonymous lilyan said...

haha...along!!! naughty nyer..anak 2 ekkk...jahatnya mendera abiir ^^

along ni mmg kaki usik :D

ps: hi ed..assalamualaikum! :)

20 March 2012 at 00:48  
Blogger joenyz said...

This comment has been removed by the author.

20 March 2012 at 00:55  
Anonymous Anonymous said...

kak ed!! along sangat sweeettttt and caring too... hahahaha falling in love again n again wit him... *gatai kan? i know*


-zayani zaharudin

20 March 2012 at 00:57  
Blogger mizz acu said...

Erks.. E darlink.. Too short laaa! Hehe.. Jeles ke Abiir.. Hehe dulu sape suro xmo.. Aahaks! Notti along nii..

20 March 2012 at 01:22  
Blogger sallynna said...

yeayeayea!! ada update. terima kasih awak!:) tp terkejut gak tadi, sbb tajuk link yg kuar kt 'mereka punya' tu 'si hoodies pink'. but nevermind, i love this :)

20 March 2012 at 01:25  
Blogger belle.talib said...

yay!
tapi...cian kat abiir...
bukan salah abiir~ hhuuuu

20 March 2012 at 01:30  
Blogger sGurL90 said...

Semua salah aiman, kalau tak along dan abiir dah ada lebih dari dua anak dah pun

20 March 2012 at 06:46  
Blogger ~ZYX~ said...

kesian abiir...farhan main2kan die.....ambil langkah cepat ye farhan aka along...nanti melepas abiir tu...hahaha...

20 March 2012 at 07:16  
Blogger aimie_afifah said...

alahai Along ni..masih lg nak main-mainkan Abiir...mesti reunion tu Aiman jumpe Along gak kan?...

ohhh..dah x sabar tunggu next n3...:)

20 March 2012 at 09:10  
Anonymous Anonymous said...

along dh jmp abiir..suka2.
tp sj ea dia kenakan abiir..
anak dh dua ye..haha
comel!

[hawa]

20 March 2012 at 11:50  
Anonymous sakeena said...

E...kami dh pesan buh huge post kat wall...hahaha..bestnya bca..even it was too short..i really like along..*but i'm stick to hariz* hahahaha

20 March 2012 at 12:12  
Blogger Kak Sue said...

Along rupanya dah ada buah hati ya...
Suka sakat orang ya along.... sat lagi Abiir pula sakat along bagi terkedu sikit.... hehehe...

20 March 2012 at 13:17  
Blogger Hajar said...

kehkeh. gen menyakat memang ada dalam family diorang ni ek? makin kerapla along menyinggah agaknya lepas ni bila tau abiir masih saa :)

20 March 2012 at 13:43  
Anonymous Anonymous said...

Hamboii, galak ya si Along menyakat Abir? Abir dah patah hati ke tuh? Hahaha

20 March 2012 at 16:52  
Anonymous Anonymous said...

fuhhh...!finally blh gak bace previous chapter...tengkiu....tengkiu...really apreaciated..!!

20 March 2012 at 17:36  
Anonymous super_something said...

yeah,,,abirr ada jgak rsa jeles...the along ni pun....suka menyakat! haha

20 March 2012 at 19:32  
Anonymous nim said...

kesukma, nape pendek je entry ni? suka la dgn along yang nakal itu :p

20 March 2012 at 19:57  
Anonymous MaY_LiN said...

along ni memang nak kena tubit ni..
sayang..awak nye layout yang baru ni agak susah la sayang..
n very very plain..

20 March 2012 at 20:35  
Anonymous ain79 said...

along da jmpe da cnte lme dye..ehehhehe..tkjut miss abiir along da kwin..ank sdare je pn..

20 March 2012 at 20:47  
Blogger Aida Sherry said...

farhan... awak sangat nakal... kesian abiir.... moga cinta lama kembali bertaut...

21 March 2012 at 13:04  
Blogger Ednin said...

@lilyan: waalaikumussalam lilyan! hehehhe kaki usik tulah yang membuatkan kita terhibur. teheee.

@zayani: HAHAHHAA. GATAI! Haruslah sweet baru orang suka!

@mizz acu: Tullah pendek kan? E tengah busy (?) sekarang ni. Asal free je dah malam.. pastu ngantuk. Sorry ye acu.

@sallyna: Sama-sama awak sebab baca. HAHAHA. Terkejut kan? Tadi error sikit.. dah delete dah.

@haliban: Yeayyy betoiii. Bukan salah Abiir. :) Sep sikit.

@sgurl90: Aaaahh betoi semua salah Aiman. hahaha. Anda dengan haliban synchronize la. I likeee.

21 March 2012 at 17:46  
Blogger Ednin said...

@zyx: ahahhaha. Sepuluh tahun tuhhh. Tengok dapat ke tak Abiir tu. Hehehe.

@aimie_afifah: ahahhaa. Dah namana kaki usik! heehe dia tak jumpa Aiman lagi. Kaki usik vs kaki usik. HAHAHAHA. Stay tuned for what happen next.

@hawa: Aah. Anak dah dua.. anak sedara. Pandai dia pusing ayat kan.

@sakeena: Tudiaaa mai dah peminat Hariz. hehehe. Sudah-sudah, kita bukak cerita pasal Along plak! Biar Hariz dok diam-diam dengan Ezzah.

@Sue: Macam mana Abiir nak sakat Along tu? Jeng jeng jeng.

@Hajar: HAHAHAHA. Gen menyakat eh? Aah la Ezzah pun kuat sakat kan?

@Husnina: Mai kita tunggu next chapter.

@Anon: No big deal, lovelies! Skarang dah ada sidebar. Senang sikit kut.

@

21 March 2012 at 17:52  
Blogger Ednin said...

@super_something: hahaha suka menyakat. Sebab nak bagi korang tersenyum.. lepas ni kita masuk bab mendera perasaan. AHHAHAHAHA. Jahat tak?

@nim: Pendek kan? Soorryy sorry. Sebab tak sempat nak update.

@may_lin: Susah ehh? Plain eh?? Susah macam mana? Kejap lagi nanti kita tambah2 benda biar tak plain.. tapi kan sy suka kosong-kosong. HAHAHA.

@ain79: Terkejut ngannn.. hahahaha. Tullah abiir sapa suruh cakap tak.. kang dah melepas.

@Aida sherry: HAHAHAHA. DIA MEMANG NAKAL! Biar. Selalu dia kacau Ezzah, skang biaq dia kacau Abiir pulak. HAHAHA.

21 March 2012 at 17:55  
Blogger canim said...

dah lama tunggu cite baru.....kisah along pula ..bestnya......thanks ednin....

22 March 2012 at 02:33  
Blogger anchovy said...

unnie!faa tengah exam.hehe.
btw,i love it.so much! go on farhan!

23 March 2012 at 11:25  
Blogger Ednin said...

@canim: terharu sbb awak menunggu.. rasa bersalah plak lambat update.. Sama-sama. Alhamdulilah korang suka!

@anchovy: Tengah midterm keh? GOOOD LUCK, DONGSAENG! Dah lama tak nampak awak di kicauan burung2.. LOL.

23 March 2012 at 12:57  
Anonymous Hanis_Azri said...

Hai Kak E, sesungguhnya baru baca dah tertunggu2. kak mcm nie stories akak mmg jd staple diet sy lah jawabnya di perantauan nie. cerita akak memang best!

18 June 2014 at 14:57  
Anonymous najiah said...

assalamualaikum...

selama sy bace je e-novel ni.. mula dgn vice versa sambung ke si hoodie pink melarat ke 10 thun 1 dekad ni...in just..urmmm, 3 days? ahaha.. addicted gilaa..

*ni yang buat nak melabur duit niii 3 in one terus* hailoohhh..hahaha.. waiting 10 tahun 1 dekad to be continued.. good luck for mencari idea! >.< fiiamanillah

12 August 2014 at 00:47  
Blogger Ednin said...

@hanis_Azri: terima kasih terima kasih. Hahaha janganlah ikut diet ni sebab kang diabetes nanti. Hihi.

@najiah: waalaikumussalam. Terima kasih Najiah, Fuhhh janganlah addicted nanti kena gi jumpa doc minta ubat. Alamak nak melabur duit beli 3 in 1? E baru je siapkan satu nih. Hehehe. InshaAllah doakan kisah Along menjadi ya. Saya dah terstuck lama dah ni. :(

12 August 2014 at 09:39  
Blogger Harayumi Saruwatari said...

I love it!Best betul!

6 March 2016 at 17:15  
Blogger Harayumi Saruwatari said...

Best!I love It!

6 March 2016 at 17:16  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas