Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink 08
Posted on Wednesday 1 June 2011
@ June 01, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


5 tahun kemudian

'Ya ALLAH penatnya..' Lantas dia melabuhkan punggung di sofa merah hati di ruang tamu. Mahu berehat sebentar. Penat memandu dan meredah traffic jam tadi pun tak hilang lagi. Penatnya ya amat. Kalau duduk KL tak merasa 'nikmat' jam ni memang tak boleh panggil duduk KL la namanya..

KL oh KL.

Jam di dinding dipandang. 8.45 malam. Rumah kondo tiga bilik yang diduduki bersama Jo dan Kak Nia masih itu masih lagi gelap. Tandanya penghuni-penghuni yang lain masih lagi berada di luar, mungkin sedang sibuk bekerja ataupun sedang berhempas pulas melawan traffic jam.  

Mata yang tadi sememangnya penat terus dipejam. Keluhan dilepaskan.

Welcome to adulthood, Hadhira~!

...

Bahunya terasa dipegang. Mata yang tadi terpejam terus dibuka perlahan. Imej Kak Nia yang sedang melambai-lambai di hadapannya mula jelas. Kak Nia terus duduk disebelahnya. Lampu ruang tamu sudah dipasang.

"Awat Dhir tidur kat depan ni? tak pasang lampu pulak tu.. terkejut Kak Nia tadi tahu.." tanya gadis yang tua setahun daripadanya itu. Kak Nia ini rakan sekelasnya ketika belajar di Australia dulu. Kawan rapat la jugak. Yella dekat negara asing, semua pelajar-pelajar Malaysia akan rapat sesama sendiri macam famili.

"Pukul berapa dah ni?" tangannya menggosokkan mata.

"9.30 malam.." jawab Rania. Tangannya mengambil remote di atas meja. TV dipasang.

"Baru balik? Lambatnya.."

"Project baru nak tender.. pastu keluar kejap tadi.."

Kepalanya mencari bayangan Jo. Tak ada bayang. Aikk takkan tak balik lagi perempuan ni.. tapi mungkin la kut sebab antara dia dan kawan-kawan mereka yang lain Jo la yang paling nampak sekali potensi nak jadi workaholic berjaya.

"Eh Jo tak balik lagi ke?"

"Dia tak mesej Dhir ke? Kan dia balik rumah parents dia.. kawan dok busy nak prepare for the majlis la tue.."

Hadhira terus mencapai beg tangannya. Blackberry terus dikeluarkan. Aaah ada mesej dari Jo. Kalau dia dah rasa penat dengan kerja, mesti Jo lagi double penat. Yella Jo kan sedang sibuk menyediakan itu ini untuk majlis pernikahannya bulan hadapan. 

Sungguh betul la dia tak sangka jodoh Jo tu memang dengan abang sepupunya, Razif Afifi. Dia ingat lagi bila Jo membuka cerita yang dia sukakan abang sepupunya itu. Terkejut. Mana taknya Jo tu pun lebih kurang macam dia. Si tak ada perasaan... tup-tup rupa-rupanya hati dah tersangkut dekat si Ajip tu. Jodoh tu kuasa Tuhan kan?

"Dhir.. aku tak boleh lupakan dia la.. dah try tapi tak boleh" kata Jo bila mereka sedang duduk makan aiskrim di Ballina dulu. Jo yang selalunya tenang dan cool dalam menghadapi hidup memang nampak keruh muka masa tu.

Masa tu juga dia sedar yang Jo ni bukan perempuan tak ada perasaan tapi dia sebenarnya dah simpan perasaan dia tu kat orang lain.. sebab tula dia jadi heartless dengan budak-budak lelaki lain.

Macam dia.. 

"Kak Nia.."

"Ha ni kenapa.. termenung je kerjanya sejak dua menjak ni.."kata Kak Nia. Dia perasan yang Hadhira ni sejak dua menjak asyik sangat leka dalam dunia dia. Cepat sangat termenung. Ada masalah ke? Ataupun kerja berlambak menunggu di ofis?

"Lepas ni kita berdua je la kan.."

Sungguh dia terasa tertinggal jauh ke belakang sangat bila Jo cakap dia nak kahwin hari tu. Yella kan bila kawan baik tiba-tiba nak kahwin. Bakal meninggalkan zaman solo tra dang dang ni dan masuk ke alam isteri-hood. Pastu kalau ada rezeki masuk pulak ke alam motherhood. Uishh memang la sedikit sebanyak dia terasa kehilangan.

Sekarang pun dia dah mula terasa bila Jo kerap kali tak ada masa bersama macam dulu. Busy je semedang.  Urus itu ini. Kejap-kejap tak ada.. padahal satu rumah.. tapi dia faham Jo dah ada tanggungjawab lain..

Keluhan dilepaskan lagi. 'Amboi cik Hadhira.. keluh kesah je sekarang ni!' gumam hatinya.

"Kena la cari cepat-cepat. Dhir dah tua tahu.. dah 23 tahun"

Hadhira mencebik. Baru 23 tahun la. Muda lagi kut...?

Tangannya menyiku Kak Nia.. terus bangkit. Nak solat. Kalau gamaknya orang sana sini dah advance tinggalkan aku yang solo ni, aku still ada tanggungjawab dengan yang satu tu. Lagipun ajal dan jodoh tu semuanya ketentuan-NYA.

Sebelum dia memasuki biliknya dia berpaling..

"Kak.. kita duduk je la macam ni sampai tua.. nak tak?"

Kalau Ma dengar tu sah-sah aku kena pancung terus.

Labels:


3 Surat Chenta ♥

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

akhirnyaa jo + razif nak bersatuu.. suka couple tuuh jgakk
kDija

24 June 2012 at 09:31  
Blogger Ednin said...

Hahaha. :) Saya pon!

27 June 2012 at 00:09  
Anonymous Anonymous said...

Suka. Sangat menarik. :)

28 July 2013 at 00:00  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas